You are on page 1of 4

SK GAMBANG, 26300 KUANTAN PAHANG

KERTAS KERJA PROGRAM BACA CEPAT KAWANKU DAN KEM CAKBA


SECARA DALAM TALIAN TAHUN 1 / 2021

1.0 PENGENALAN
Program Cepat Kawanku merupakan suatu langkah ke arah mendedahkan bentuk abjad
atau huruf kepada murid tahun 1 yang belum menguasai kemahiran membaca.
Kemahiran membaca adalah bermula daripada mengenal, mengecam dan menyebut
abjad, suku kata, perkataan, ayat seterusnya petikan.
Murid yang terlibat terdiri daripada murid yang tidak menguasai konstruk 1
hingga konstruk 4. Seramai 38 orang murid yang belum menguasai kemahiran membaca
dan melibatkan 28 orang guru. Program ini akan dilaksanakan secara atas talian bagi
memastikan murid tidak ketinggalan dan mahir membaca.

2.0 RASIONAL
1. Memberi peluang kepada murid-murid untuk mempelajari asas-asas bacaan.
2. Melahirkan murid yang celik huruf dan menguasai kemahiran membaca.

3.0 OBJEKTIF
1. Mengenal dan menyebut abjad, mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan
tertutup.
2. Memberikan murid pengetahuan asas membaca
3. Murid sekurang-kurangnya melepasi Konstruk 4
4. Murid dapat menguasai kemahiran membaca dengan lancar sebelum akhir tahun.

4.0 PELAKSANAAN PROGRAM


KAEDAH 1 (KELAS HARIAN)
Perkara : Program Baca Cepat Kawanku Atas Talian 2021
Hari : Isnin hingga Jumaat
Masa : 12.30 tengah hari
Kelas : 1 Excellent dan 1 Intelligent
Modul : Buku Bacalah Sayang 1 dan 2
Guru yang terlibat : Semua guru kecuali guru matapelajaran Pendidikan
Agama Islam

1
KAEDAH 2
Perkara : Kem CakBa Secara Atas Talian Atas Talian 2021
Hari : Sabtu ( sebulan sekali)
: 26 Jun 2021
Masa : 8.00 – 12.30 tengahari
Kelas : 1 Excellent dan 1 Intelligent
Modul : Buku Bacalah Sayang 1 dan 2
Guru yang terlibat : Semua guru kecuali guru matapelajaran Pendidikan
Agama Islam

5.0 SASARAN
Murid-murid tahun 1
Rujuk Lampiran 1 (Senarai nama mentor dan mentee)

6.0 PELAKSANA
Jawatankuasa Program Baca Cepat Kawanku, Panitia Bahasa Melayu, Kelab Bahasa
Melayu dan Unit Bimbingan & Kaunseling SK Gambang.

7.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn Hjh Zunaidah bt Mohamed Som

Timbalan Pengerusi : Pn Norkhazimal binti Mohd Kamal

Naib Pengerusi 1 : Pn Hjh Januati binti Ibrahim

Guru B & K : Pn Salimah binti Che Hassan

Guru Pemulihan : En Mohd Yusoff bin Awang

Penyelaras Program : Pn Norliza binti Abd Manaf

Setiausaha : Pn Zarina binti Jusoh

AJK Pelaksana : Semua Guru SK Gambang

2
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Peruntukan : PCG Bahasa Melayu
: Kelab Bahasa Melayu ( Kokurikulum)

Bil Perkara Kuantiti Jumlah (RM)

1. Cenderahati 38 x RM10.00 380.00

JUMLAH BESAR RM 380.00

9.0 KESIMPULAN
Semoga program yang dirancang dan komitmen serta kerjasama daripada semua warga
SK Gambang dapat meningkatkan prestasi akademik sekolah bagi tahun ini dan seterusnya.

Disediakan oleh ; Disemak oleh ;

……………………………………. …………………………………….
Norliza binti Abd Manaf Norkhazimal binti Mohd Kamal
Penyelaras Program Baca Cepat Kawanku 2021 GPK Petang
SK Gambang SK Gambang

Disahkan oleh ;

…………………………………….
Zunaidah binti Mohamed Som
Guru Besar
SK Gambang

3
4

You might also like