You are on page 1of 2

SITI NURAFIQAH BINTI ROSLAN

LATIHAN 7 ( SOALAN 16)

Jadual ini menunjukkan statistik pembantu rumah warga asing yang melarikan diri
daripada majikan mengikut warganegara terpilih dari tahun 2010 hingga tahun 2013 dan terdapat
usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengurangkan masalah pembantu rumah warga
asing yang melarikan diri daripada majikan yang diperolehi daripada Mohd. Termizi Che Anuar
dan Norhidayu Mohd. Hassan ‘Majikan Malaysia Rugi Lebih RM1 Billion’ dlm. Utusan
Malaysi, 25 April 2014.

Statistik pembantu rumah warga asing yang melarikan diri daripada majikan mengikut
warganegara Myammar, India dan Filipina menunjukkan peningkatan secara berterusan. Pada
tahun 2010, terdapat 25 orang yang terus meningkat kepada 49 orang pada tahun 2013 bagi
warganegara India iaitu peningkatan sebanyak 24 orang bersamaan 48.79%.

Statistik pembantu rumah warga asing yang melarikan diri daripada majikan mengikut
warganegara Indonesia menunjukkan penurunan secara berterusan. Pada tahun 2010, terdapat
17538 orang yang terus menurun kepada 9025 orang pada tahun 2013 iaitu penurunan sebanyak
8513 orang bersamaan 48.54%.

Antara usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengurangkan masalah


pembantu rumah warga asing yang melarikan diri daripada majikan ialah menetapkan gaji
minimum. Hal ini demikian kerana memberi keupayaan kepada pembantu rumah untuk menyara
kehidupan mereka serta keluarga di kampung. Sebagai contoh, kerajaan telah menetapkan
kepada semua majikan yang mengambil pembantu rumah warga asing agar dibayar gaji mereka
sehingga RM1100. Kesan daripada itu, bebanan yang ditanggung oleh golongan pekerja tersebut
akan berkurangan.
Selain itu, usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengurangkan masalah
pembantu rumah warga asing yang melarikan diri daripada majikan ialah mengutamakan
kebajikan. Hal ini disebabkan oleh setiap pekerja mempunyai hak untuk mendapatkan layanan
dan perlindungan yang baik daripada majikannya. Sebagai contoh, pihak majikan hendaklah
menjaga makan dan minum, pakaian serta kesihatan setiap pembantu rumah mereka. Kesan
daripada itu, keselesaan dan keselamatan pembantu rumah warga asing akan terjamin.

Kesimpulannya, statistik pembantu rumah warga asing yang melarikan diri daripada
majikan mengikut warganegara terpilih dari tahun 2010 hingga tahun 2013 menunjukkan
warganegara Myammar, India dan Filipina mengalami peningkatan secara berterusan dan
warganegara Indonesia mengalami penurunan secara berterusan.

You might also like