You are on page 1of 17

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/299453079

KONFLIK MELAYU-CINA SELEPAS PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU

Article · March 2016

CITATIONS READS
0 17,297

8 authors, including:

Mohamed ALI Haniffa


Universiti Utara Malaysia
21 PUBLICATIONS   10 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

PERAN MAQASID View project

Projek Pelestarian Budaya dan Warisan di Negeri Pahang View project

All content following this page was uploaded by Mohamed ALI Haniffa on 28 March 2016.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Pendudukan Jepun dan Konflik Kaum di Tanah Melayu: Penelitian Awal
Berasaskan Sumber Lisan

Mohamed Ali bin Haniffa

Pusat Pengajian Umum,


College of Arts and Sciences (CAS),
Universiti Utara Malaysia,
Kedah, Malaysia.
m.ali@uum.edu.my

Abstrak
Artikel ini mengemukakan mengenai polisi divide and rule British yang telah membawa
kepada pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Peminggiran mengikut zon
kemakmuran ekonomi telah membawa kepada ketidakseimbangan ekonomi dan
pengagihan kekayaan di antara etnik. Pengunduran tentera Jepun dari Tanah Melayu telah
memberikan ruang kepada komunis Bintang Tiga melakukan kezaliman khususnya ketika
proses melegitimasikan kuasa mereka. Polarisasi perkauman yang telah disuburkan oleh
tentera Jepun telah membawa kepada tercetusnya konflik perkauman yang melibatkan
orang Melayu dan Cina. Orang Melayu yang telah dizalimi oleh komunis mula
bergantung kepada ulama, pemimpin agama dan tempatan bagi mempertahankan
kelangsungan hidup mereka. Golongan ulama memanifestasikan jihad dan sabilillah
sebagai tindakan terakhir dalam usaha mempertahankan kelangsungan hidup mereka.
Kajian ini menggunakan sumber lisan dalam memberikan gambaran awal kepada meletus
dan merebaknya konflik perkauman di Tanah Melayu berikutan pengunduran tentera
Jepun. Di samping itu, menggunakan kaedah penyelidikan kepustakaan, melibatkan
dokumen dan fail. Hasil kajian mendapati bahawa kuasa kolonial telah merencanakan
ketidakstabilan politik, ekonomi dan sosial di Tanah Melayu sehingga meletusnya konflik
perkauman yang terburuk dalam sejarah Malaysia. Kajian ini juga membuktikan bahawa
perjuangan orang Melayu menentang komunis telah mencetuskan nasionalisme dan lebih
bersifat untuk membebaskan tanahair.

Kata kunci: Masyarakat majmuk, divide and rule, Komunis Bintang Tiga, sabilillah

1
Abstract
The Japanese Occupation and Racial Conflict in Malaya: A Preliminary Study
Based on Oral Sources

This article argues about the British policy of divide and rule which has led to the
establishment of a pluralistic society in Malaya. Marginalization of the zone of economic
prosperity has led to economic imbalances and the distribution of wealth among the
ethnic groups. The withdrawal of Japanese troop from Malaya has allowed the
Communist Three Stars Army to do injustice especially in the process of legitimizing
their power. Communal polarization that has been nourished by the Japanese has led to
the outbreak of communal conflicts involving Malays and Chinese. Malays who were
oppressed by the communists began to depend on the clergy, religious and local leaders
to maintain their viability. The clergy and sabilillah manifests jihad as a last resort in
order to sustain themselves. This study uses oral sources in providing an initial overview
of the outbreak and spread of racial conflict in Malaya resulting from the withdrawal of
Japanese troops. In addition, it also uses the methods of literature research, involving
documents and files. The findings of the study found that the colonial powers have
contributed to the instability in politic, economy and social at Malaya until the outbreak
of the worst racial conflict in the history of Malaysia. This study also proves that the
Malay struggle against the communists has sparked nationalism and more to free the
fatherland.

Keywords: Pluralistic society, divide and rule, Three Stars Army, sabilillah

2
Pendahuluan
Malaysia mempunyai masyarakat majmuk yang dibentuk oleh penduduk berbilang kaum
dan dicetuskan oleh penjajah British. Perpaduan antara kaum dan perkara berkaitan
merupakan isu penting dalam sejarah Malaysia. Imperialisme penjajah di Tanah Melayu
telah mencetuskan prasangka ras yang sukar dibendung dan telahpun berakar umbi di
kalangan pelbagai golongan etnik. Kedatangan kuasa penjajah telah meminggirkan orang
Melayu dari arus pemodenan. Hal ini dirumitkan lagi dengan zaman pemerintahan Jepun
yang telah mempertajamkan hubungan dingin di antara orang Melayu dan Cina.
Pengeksploitasian dan penguasaan ekonomi yang tidak seimbang, perbezaan budaya
kehidupan serta agama Islam yang mula diperkotak-katikkan oleh komunis telah
menyebabkan orang Melayu bersatu di bawah jemaah. Perbincangan dalam kertas kerja
ini memberi tumpuan kepada konflik kaum selepas pendudukan Jepun yang telah
dicetuskan oleh komunis dalam usaha melegitimasikan kuasa mereka di Tanah Melayu.

Asal Mula Masyarakat Majmuk di Tanah Melayu


Kesultanan Melayu Melaka menjadi model kepada keharmonian hubungan kaum di
Malaysia. Pendekatan liberal dan terbuka mula diamalkan sejak pemerintahan Iskandar
Syah (Parameswara) dan dua orang pengganti selepasnya. 1 Baginda menggalakkan
pedagang dan orang luar datang ke pelabuhan Melaka sehingga terbentuknya masyarakat
majmuk di kota Melaka. Kepelbagaian etnik di Melaka telah dinyatakan oleh Tome Pires
dengan pernyataan “… di pelabuhan Melaka biasanya terdapat lapan puluh empat bahasa
digunakan, tiap-tiap satu berlainan …”.2 Kepentingan dan pengiktirafan terhadap politi
orang Melayu boleh dilihat apabila Raja Ming menubuhkan Jabatan Bahasa Melaka
(Bahasa Melayu) bagi meningkatkan hubungan ekonomi di antara Melaka dan China.3
Abdullah Munsyi pula di dalam Hikayat Abdullah mencatatkan bahawa penduduk kota
Melaka terdiri daripada pelbagai komposisi bangsa dan kaum. Beliau memberikan
gambaran mengenai hubungan antara kaum di Melaka begitu kuat dan harmonis sehingga
seorang budak yang nakal dari satu bangsa boleh ditegur oleh bangsa lain. Ibu bapa

1
Berita Harian, 1 Jun 2010, hlm. 27.
2
Zainal Abidin b. Abdul Wahid, Kerajaan Melaka Dalam Hubungan Antarabangsa, dlm. Polemik Sejarah
Malaysia (Jilid 1), Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia, 2008, hlm. 124.
3
Obaidellah b. Haji Mohamad, Kesultanan Melaka: Dari Bahan Sejarah China Melihat Aspek Ekonomi,
dlm. Polemik Sejarah Malaysia (Jilid 1), Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia, 2008, hlm. 312.

3
kanak-kanak yang dipukul atau ditegur itu akan berterima kasih kepada mereka kerana
mengambil berat perlakuan atau perangai anaknya.
Imperialisme British telah menggalakkan penghijrahan masuk orang Cina dan
India secara tidak tersekat dan dengan jumlah yang ramai. Tenaga mereka digunakan
dalam sektor perlombongan bijih timah dan membuka tanah baru bagi mewujudkan
ladang getah. Bilangan orang Cina di Tanah Melayu meningkat menjadi 1,704,452 orang
pada tahun 1931 dan 2,614,667 orang pada tahun 1947.4 Orang Cina telah menggunakan
tujahan ekonomi yang disediakan oleh British dan menjadikan kedudukan ekonomi
mereka pada awal abad ke-20 menjadi lebih kukuh.

Faktor Pencetus Pergaduhan Kaum


Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah menyebabkan berlakunya ketidaksatabilan dan
buat pertama kalinya berlaku konflik di antara orang Melayu dan Cina. Tindakan pertama
yang dilakukan oleh tentera Jepun bagi mendapatkan sokongan rakyat Tanah Melayu
ialah dengan mengadakan kunjungan dan bertemu dengan pemimpin di peringkat akar
umbi serta mencanangkan kembali slogan "Asia untuk orang Asia". Pendakwah Islam
yang berbangsa Jepun juga telah dihantar ke kawasan Asia bagi mendapatkan sokongan
dan menjalankan kerja-kerja propaganda bahawa penaklukan yang sedang berlangsung
ialah suatu perjuangan suci bagi menegakkan cita-cita "Lingkungan Kemakmuran Asia
Raya".5
Kezaliman tentera Jepun terhadap etnik Cina di Tanah Melayu diterjemahkan
melalui operasi 'Sook Ching'. Oleh yang demikian, orang Cina meneruskan sentimen
benci kepada Jepun dengan menjalankan pemulauan. Pemulauan tersebut membawa
kepada pembunuhan seramai 70,000 orang Cina di Singapura kerana Jepun melabelkan
kesemua orang Cina berkenaan sebagai komunis.6 Orang Melayu juga tidak terkecuali
dari menjadi mangsa kekejaman tentera Jepun. Sebagai buktinya ialah apabila seramai 13
orang penduduk di Mukim Sega, Raub, Pahang, telah diseksa kerana menolong askar
British yang diketuai oleh Tuan D. Headly ketika mereka melalui Mukim Sega dalam

4
M.V. Del Tufo, A Report On The 1947 Census of Population, Singapore: The Government Publications
Bureau Singapore, 1949, hlm. 75.
5
Fajar Asia, No. 5, 13 Shigatsu 2603, Tahun 1, hlm. 136.
6
CO 537/3757 (27-28), Political Developments Chinese Affairs.

4
bulan Julai 1945.7 Orang Melayu telah dipaksa oleh Jepun untuk menjadi tali barut dan
hal ini telah disalah tafsir oleh masyarakat Cina.8
Dasar campur tangan British di Negeri-negeri Melayu telah memberikan kuasa
yang luas kepada British memanipulasi kekayaan di Tanah Melayu. Polisi divide and rule
menyebabkan peminggiran kaum mengikut zon kemakmuran ekonomi British dan
keadaan yang terpisah ini tidak memungkinkan hubungan baik terjalin antara mereka.
Penguasaan tentera Jepun di Tanah Melayu jelas memperlihatkan kelemahan polisi divide
and rule British. Rasa tidak puas hati terhadap dasar kolonial dan percaturan ekonomi
yang tidak seimbang telah disuarakan oleh orang Melayu ketika berlaku zaman
kemelesetan ekonomi dunia yang melanda Tanah Melayu antara tahun 1929-32.
Perniagaan orang Cina menjadi semakin makmur dan meningkat. Hal ini dilihat oleh
orang Melayu sebagai suatu ancaman besar kepada situasi politik dan ekonomi mereka.
Orang Melayu menjalankan aktiviti pertanian dengan menanam pinang dan getah. Orang-
orang Cina pula mengusahakan tanaman gambir dan lada hitam. Aktiviti pembalakan
juga dilakukan di kawasan pedalaman dan hulu sungai. Senario kehilangan tanah
pertanian kerana faktor kemiskinan telah dialami oleh orang Melayu di Mukim IV dan
Mukim VII Batu Pahat.9
Konflik perkauman selepas pendudukan Jepun juga berpunca daripada
percanggahan dalam budaya kehidupan. Kenelm O.L. Burridge menggambarkan:
"Before the war we and the Chinese lived in peace. But now they
want to swallow the people (makan orang). We Muslims do not
chase money. That is the Chinese way. They are not Muslims and
they do not have the same understanding (faham). If they became
Muslims it would be all right”.10

Gambaran "kasar dan tidak beradab" telah diberikan kepada orang Cina dan hal ini telah
menimbulkan batasan pergaulan di antara orang Melayu-Cina.11 Orang Cina juga, telah

7
229/1947 (1-2), Asst. Penghulu Sega, Raub, Mukim of Sega kepada Yang Mulia Tengku Nasruddin
A.D.C. to H.H. Pahang, 17th September 1947.
8
Wawancara dengan Karim bin Petah di Kampung Ulu Cheka, Jerantut, Pahang, 23 November, 2007.
9
Wawancara dengan Tuan Haji Ali Badron bin Haji Sabor di Surau Jalan Omar, Batu Pahat, Johor, 22
Oktober 2012.
10
Kenelm O.L. Burridge, “Racial Relations in Johore”, Australian Journal of Politics and History, Vol. II,
No. 2, May 1951, hlm. 163.
11
Wawancara dengan Tuan Haji Daud bin Sadron di Kampung Separap, Mukim IV, Batu Pahat, Johor, 23
Oktober 2012.

5
dikatakan membawa budaya berjudi dan minum arak.12 Terdapat juga masyarakat Cina di
Batu Pahat yang berkahwin dengan orang Melayu dan menjadi Muslim (masuk
Melayu).Tetapi apa yang amat menyedihkan ialah orang Melayu tidak boleh mengahwini
gadis Cina.13 Orang Cina juga sering kali suka melibatkan diri dalam hal yang berkaitan
dengan adat istiadat orang Melayu.14
Konflik perkauman juga berlaku disebabkan oleh provokasi sesuatu pihak kepada
pihak yang lain. Orang Cina sering kali menaruh prasangka terhadap segala aktiviti orang
Melayu. Sehinggakan apabila orang Islam berkumpul di surau atau masjid dengan
bertahlil “La illa ha il Allah” mereka menyangka orang Melayu menyeru “Lai la”
(marilah).15 Keadaan ini telah menyebabkan orang-orang Cina tidak boleh tinggal dalam
keadaan aman dan sentiasa risau pada waktu malam.16 Situasi tidak tenteram ini telah
berlaku di Setapak dan Ulu Gombak pada 18 Januari 1946. Hal ini juga menyebabkan
beberapa orang peniaga Cina bersama keluarga mereka di Setapak dan Ulu Gombak
berpindah ke tempat lain bagi menyelamatkan diri. Perasaan prejudis dan propaganda
yang melampau menyebabkan British mengeluarkan arahan agar semua senjata yang
dimiliki oleh orang Melayu diserahkan kepada pihak berkuasa British.17

Kekejaman Komunis Bintang Tiga dan Survival Orang Melayu


Pencabulan ke atas kesucian agama Islam telah menjadi faktor semerta kepada
meletusnya konflik perkauman Melayu-Cina.18 Masyarakat Melayu telah hilang
kepercayaan terhadap komuniti Cina apabila komunis Bintang Tiga mula mengganggu
aktiviti keagamaan di surau dan masjid. Peristiwa tersebut telah berlaku di Batu Pahat,
Johor sebelum tentera Jepun menyerah kalah. Tentera Bintang Tiga melarang orang
Melayu berkumpul di surau atau masjid untuk mengerjakan sembahyang terawih dan

12
Kenelm O.L. Burridge, “Racial Relations ”, hlm. 166.
13
Wawancara dengan Tuan Haji Ali Badron bin Haji Sabor.
14
Seruan Ra’ayat, 17 November 1945, hlm. 2.
15
Seruan Ra’ayat, 21 November 1945, hlm. 2.
16
Wawancara dengan Tuan Haji Ismail bin Kayat di Universiti Tun Hussin Onn, Batu Pahat, Johor, 23
Oktober 2012.
17
Seruan Ra’ayat, 19 Januari 1946, hlm. 2.
18
Wawancara dengan Tuan Haji Jubir @ Amir bin Haji Abd. Talib di Parit Haji Talib, Mukim 7, Batu
Pahat, Johor, 21 Oktober 2012.

6
beribadat.19 Larangan dan sekatan berkenaan telah menjadikan orang Melayu semakin
bersatu. Gerila komunis menggunakan kesempatan membunuh orang Islam dengan
menembak dan membakar masjid ketika mereka sedang bersolat.20
Gerila komunis bertindak kejam apabila ruang masjid digunakan sebagai tempat
penyembelihan dan memasak daging khinzir serta orang Melayu telah dipaksa untuk
menyertai mereka. Kawasan masjid di Air Hitam, Muar juga telah digunakan sebagai
tempat penyembelihan khinzir dan menyebabkan masyarakat setempat terganggu
daripada menjalankan ibadat. Di kawasan perkampungan Air Hitam, orang Melayu yang
disyaki sebagai tali barut Jepun, dibunuh, dicincang dan dijadikan sebagai makanan
khinzir.21 Ramai orang Melayu yang dibawa masuk ke dalam hutan dan nasib mereka
tidak diketahui. Masjid juga dicemari, dan al-Quran dijadikan sebagai pengesat najis.22
Dalam situasi yang amat meruncing ini, agama telah menjadi tenaga pendorong
dan penguat kepada kesedaran dan survival orang Melayu. Elemen tarekat menjadi
sebahagian dari amalan di dalam masyarakat Melayu. Dua tareqat yang terkenal dan
diamalkan oleh masyarakat Melayu ialah Qadiriyyah dan Naqshbandiyyah.23 Ilmu yang
dibawa dan diajar oleh guru tarekat ialah ilmu batin. Antara guru tarekat terkenal ialah
Shaykh Abdullah bin Mustafa di Kampung Parit Maimun, Mukim Simpang Kiri, Batu
Pahat, Johor.
Dalam usaha mempertahankan kelangsungan survival bangsa, ilmu persilatan
yang disertai dengan beberapa amalan ilmu kebal ataupun batin digunakan oleh orang
Melayu. Ilmu kebal juga mendapat pengaruh dari Indonesia dan mula dilaporkan pada
November 1945 di Negeri Sembilan. Mulai dari tempoh berkenaan, ilmu tersebut telah
diperluaskan hingga ke seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura. Terdapat
juga penggunaan ilmu halimunan yang telah dibawa oleh Tuan Guru Haji Abbas di

19
Hairi Abdullah “Kebangkitan Dan Gerakan Tentera Selendang Merah Dalam Sejarah Daerah Muar Dan
Batu Pahat”, Jebat, Bil. 3/4, 1973/4, 1974/5, hlm. 9.
20
Wawancara dengan Tuan Haji Ali bin Haji Yusuf di Kampung Parit Maimun, Batu Pahat, Johor, 19 Mac
2009. Lihat juga Kenelm O.L. Burridge, “Racial Relations”, hlm. 163.
21
Wawancara dengan Tuan Haji Jaafar bin Kamari di Kampung Parit Maimun, Simpang Kiri, Batu Pahat,
Johor, 18 Mac 2009.
22
Mingguan Malaysia, 4 September 2011, hlm. 6.
23
Syed Naguib Al-Attas, Some Aspects of Sufism As Understood And Practiced Among The Malays,
Singapore: Malaysian Sociological Research Institute Ltd., 1963, hlm. 34.

7
Sungai Choh, Hulu Selangor.24 Kiai Salleh bin Abdul Karim dikatakan kerap kali datang
ke Ulu Cheka, Jerantut, Pahang bagi membincangkan survival orang Melayu bersama
dengan Tok Pawang Nong bin Santan.25 Beliau juga merupakan pengikut dan pengamal
Tarekat Qadiriyyah yang diasaskan oleh Sheikh Abdul Qadir Jilani dan mempraktikkan
seni silat sendeng.26
Pada September 1946, Syeikh (Syed) Idris yang berketurunan Jawa mula
mengajar ilmu kebal dan mistik Melayu di daerah Kuala Kangsar, Perak. Menjelang
bulan Julai 1947, konflik Melayu-Cina bertambah serius di sepanjang Sungai Perak.
Orang Melayu telah menjadikan parang panjang sebagai senjata utama bagi
mempertahankan nyawa dan kelangsungan hidup mereka. Tempoh masa ktitikal dalam
sejarah survival orang Melayu ini juga dikenali sebagai "Zaman Parang Panjang".

Konflik Perkauman Selepas Pendudukan Jepun dan Natijahnya


Komuniti Cina khususnya di kawasan pinggir hutan merupakan antara golongan yang
telah dipaksa oleh komunis untuk memberikan sokongan kepada perjuangan mereka bagi
menubuhkan Republik Komunis Malaya. Pemerintahan Jepun telah melaga-lagakan
orang Melayu dan Cina. Orang Melayu yang telah dizalimi oleh komunis selepas
pengunduran tentera Jepun telah bersatu dan mempertahankan kelangsungan survival
bangsa. Agama Islam telah dijadikan sebagai pemersatu dan tunjang kekuatan. Justeru
itu, gerakan Sabilillah ialah anti-Cina dan anti-MPAJA. Gerakan ini bermatlamat
mempertahankan agama Islam dan kewujudan orang Melayu akibat dari pembunuhan
kejam serta penyeksaan yang dilakukan ke atas mereka. Konflik Melayu-Cina di Johor
telah bermula antara Mac hingga Ogos 1945.27 Konflik di Johor bermula di Ayer Hitam
pada 20 Jun 1945. Kejadian kedua telah berlaku pada 21 Jun 1945 di Parit Kuman,

24
Wawancara dengan Tuan Haji Yahaya bin Haji Abbas di Kampung Sungai Choh, Hulu Selangor, 18
Februari 2010.
25
Wawancara dengan Arif bin Nong di Kampung Jenerih, Ulu Cheka, Jerantut Pahang, 27 November 2007.
Lihat juga wawancara dengan Tuan Haji Abdullah bin Imam Nong di Kampung Napal, Budu, Benta,
Pahang, 30 Julai 2008/30 Ogos 2012.
26
Wawancara dengan Tuan Haji Yusof bin Salleh di Johor Bahru, Johor, 8 Disember 2009/23 Oktober
2012.
27
Cheah Boon Kheng, Sino-Malay Conflict in Malaya, 1945-1946: Communist Vendetta and Islamic
Resistance, Journal of Southeast Asian History, Volume 12, No. 1, 1981, hlm. 109.

8
Mukim Sungei Balang.28 Pada bulan Mei 1945 telah berlaku pembunuhan ke atas Moain
Saridin @ Shahidin dan Hassan Akasah.29 Konflik terakhir telah berlaku di Mukim Sri
Menanti pada 22 Ogos 1945.30 Pada 20 Ogos 1945 seramai dua orang Cina telah dibunuh
oleh orang Banjar di Batu 14, Sri-Menanti, Jalan Parit Jawa Muar.31 Pada 2 September
1945, Dato’ Sheikh Abdullah bin Yahya telah diculik oleh orang komunis dan beliau
telah dicederakan. Beliau telah meninggal dunia akibat dari kecederaan parah pada 5
September 1945.32 Ja’afar bin Abu Bakar dan Daeman bin Arshad telah dibunuh oleh
tentera Bintang Tiga pada 24 September 1945 di Sanglang.33 Sikam bin Gempal telah
dibunuh oleh gerila Bintang Tiga di Parit Lintang, Pontian.34
Hubungan Melayu-Cina di Segamat mulai renggang dan terdapat beberapa
kejadian pembunuhan.35 Kekacauan juga telah berlaku pada malam 9 Februari 1946
bersamaan hari Sabtu dan pada tengahari Ahad 10 Februari 1946 di Bukit Gambir dan
Parit Samsu, Johor.36 Pergaduhan kecil juga sering kali berlaku di beberapa lokasi yang
didiami oleh orang Melayu dan Cina seperti di Pengerang.37
Pada 10 Jun 1945, MPAJA telah membunuh seorang Pegawai Daerah Batu Pahat,
Ismail Abdullah, Tuan Haji Hasbullah (Kadi Batu Pahat), dan Dr.Woodhull (Pegawai
Perubatan Batu Pahat) ketika berunding dengan MPAJA di Benut, Johor. Berikutan dari
keganasan komunis ke atas orang Melayu, Kumpulan Parang Panjang Selendang Merah
telah dibentuk oleh Kiai Salleh di Simpang Kiri, Batu Pahat, Johor. Beliau telah
menggabungkan penduduk Melayu yang terdiri dari dua suku yang berlainan iaitu Jawa
dan Banjar.38 Senjata yang digunakan berupa parang panjang, lembing, keris, pedang dan

28
SUKJ. 6203/1945 (13A), Chinese Relief Committee kepada The Officer i/n Chinese Affairs, BMA
Singapore, 12 November 1945.
29
Utusan Malaysia, 28 Mei 2009, hlm. 5.
30
SUKJ. 6203/1945 (13A), Chinese Relief Committee, Muar Kepada The Officer i/n Chinese Affairs,
BMA Singapore, 12 November 1945.
31
RCJ. 241/46 (123), Soh Chiow Yew kepada The Resident Commissioner, Johore Bahru, 8 April 1947.
32
RCJ. 241/46 (167), Sheikh Mohamed Taufek kepada The Hon’ble The Resident Commissioner, Johore, 8
Julai 1947.
33
RCJ. 241/46 (81A), Penghulu Abu Bakar bin Ja’afar, Kayu Ara Pasong kepada The District Officer,
Pontian, 9 Julai 1947.
34
RCJ. 241/46 (T.T), Hj. Rashid bin Hj. Nasir kepada The District Officer, Pontian, 20 September 1947.
35
SUKJ. 6112/1945 (90), Political Report for Week 23-29.1.46, 30.1.46.
36
SUKJ. 6203/1945 (47), Major G.W.D. Johnson, I.A.O.C, Civil Affairs Officer, BMA (M), Muar kepada
SCAO Region 6, H.Q. BMA (M) Johore Bahru, 12 Februari 1946.
37
RCJ. 65/46 (54), Telegram Dari Resident Commissioner Johore kepada Chief Secretary Malayan Union
Kuala Lumpur.
38
Wawancara dengan Tuan Haji Ali bin Haji Yusuf.

9
tombak manakala komunis menggunakan senjata api. Konflik Melayu-Cina yang telah
bermula di Simpang Kiri telah merebak hampir ke seluruh mukim di Batu Pahat. Dalam
satu kejadian yang berasingan sebanyak 60 buah keluarga Cina dari Kampung Batu Pahat
telah lari meninggalkan harta benda apabila sekumpulan orang Melayu dan Jawa mencari
mereka dengan bersenjatakan parang panjang.39 Beberapa kejadian pembunuhan juga
telah dilaporkan di Benut dan Rengit. Perjuangan Kiai Salleh bin Abdul Karim
mempertahankan survival bangsa tidak terhenti setakat di Simpang Kiri, Mukim IV
sahaja malah hampir di seluruh daerah Batu Pahat.40
Konflik kaum di Johor telah berlarutan di Sungai Manik, Perak di antara 15 Ogos
1945 sehingga 15 September 1945.41 Isu sensitif di mana satu kaum diserang oleh kaum
yang lain sengaja disebarkan dengan harapan akan berlaku pergaduhan. Komunis tidak
berputus asa dalam menjalankan propaganda untuk merekrut ahli–ahli baru. Oleh yang
demikian, orang Melayu sentiasa berada dalam keadaan ketakutan. Senario kesusahan
orang Melayu digambarkan dengan kenyataan, “Bila siang Jepun cari, bila malam pula
Cina Bintang Tiga cari.”42 Dalam situasi cemas itu, penduduk kampung mula mencari
ulama yang boleh mengajar mereka ilmu kebal atau ilmu tidak lut senjata. Antara ulama
yang menjadi tumpuan di Sungai Manik ketika itu ialah Tuan Haji Amirus Hussin, Tuan
Haji Yusof, Tuan Haji Marzuki, Tuan Haji Dahlan, Tuan Haji Mat Samad, Tuan Haji
Anuar dan Tuan Haji Masmuda.43 Tuan Haji Bakri bin Haji Mohd Saman telah bertindak
sebagai Tuan Guru atau pakar rujuk.44 Beliau telah dilantik menjadi khalifah parang
panjang dan dibantu oleh Tuan Haji Shukor yang bertindak sebagai Naib Khalifah.45
Pengumuman Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 ialah pada bulan
Ramadhan telah menyebabkan MPAJA dan Malayan People Anti Japanese Union
(MPAJU) semakin berani mengisytiharkan kuasa mereka. Bintang Tiga telah mula
menghukum penduduk–penduduk kampung khususnya orang Melayu. Terdapat di antara

39
CO 537/1580 (3), Alfsea kepada The War Office, 4 Sep. 46.
40
Wawancara dengan Tuan Haji Yusof bin Salleh.
41
Seruan Ra’ayat, Ahad, 11 November 1945, hlm. 1.
42
Wawancara dengan Tuan Haji Ugoh bin Haji Mohamad Said di Parit 3 B, Sungai Manik, Perak, 6 Jun
2008.
43
Wawancara dengan Tuan Haji Hanapiah bin Haji Salleh di Parit 13 A, Sungai Manik, 6 Jun 2008.
44
Wawancara dengan Tuan Haji Zakaria bin Awang di Parit 8 C, Sungai Manik, Perak, 5 Jun 2008.
45
Wawancara dengan Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Bakri di Felda Sungai Kemahal, Triang, Pahang, 8
November 2008.

10
mereka yang diikat kaki dan tangannya serta dimasukkan ke dalam guni lalu
dicampakkan ke dalam laut hidup–hidup. Kemuncak kemarahan orang Melayu ialah
apabila sebuah masjid di Parit 6 C mahu dijadikan sebagai bilik gerakan dan dewan
drama oleh Bintang Tiga. Ketika dalam keadaan yang terdesak ini, Tuan Guru Imam Haji
Bakri bin Haji Mohd Saman di Parit 8 B Sungai Manik telah mengisytiharkan perang
jihad melawan komunis yang telah cuba mempersendakan agama dan nyawa orang Islam.
Kumpulan Parang Panjang pemuda yang diketuai oleh Tuan Haji Ugoh bin Haji Mohd
Said telah diberikan pesanan seperti berikut:
“Perjuangan ini adalah syahid. Qada dan Qadar telah ditetapkan
oleh Allah S.W.T.. Kalau ditakdirkan mati dibunuh, maka akan
matilah dibunuh. Sentiasa amalkan kalimah La hi la ha hillallah
dan ayat empat.”46

Konflik Melayu-Cina yang mula merebak menyebabkan orang Cina yang tinggal
di Kampung Koh, Sitiawan, Ipoh, Kampar, Langkap dan Chucap datang memberikan
bantuan kepada orang–orang Cina yang masih menetap di Sungai Manik. Boleh
dikatakan hampir setiap hari akan berlaku pergaduhan kecil yang melibatkan orang
Melayu dengan komunis. Pergaduhan ini disertai dengan beberapa perkara ganjil yang
berlaku dengan izin Allah S.W.T..
Konflik perkauman Melayu-Cina di Perak terus merebak sehinggakan kampung-
kampung tradisional Melayu menjadi mangsa kekejaman komunis. Antaranya ialah di
Kampung Bekor, Kuala Kangsar, Perak. Komunis telah menjadikan Sekolah Melayu
Bekor sebagai markas dan memaksa penduduk Kampung Bekor mendengar ceramah
serta propaganda komunis di Sekolah Melayu Bekor.47 Akhbar Majlis telah melaporkan
seperti berikut:
“… seluruh Kampung Bekor yang dulunya sangat–sangat
menyokong keras akan gerakan kerajaan Bintang Tiga telah
ditukarkan tuhan akan perasaan dan rohnya lalu mereka itu
berpaling tadah dan mula menentang segala pujukan–pujukan yang
mengandungi racun daripada bangsa Cina yang mengajak lagi
supaya orang Melayu bercampur dengannya untuk menghalau
British daripada Semenanjung Tanah Melayu dan kemudiannya
Tanah Melayu ini diperintah oeh tiga bangsa …” 48

46
Wawancara dengan Tuan Haji Ugoh bin Haji Mohd Said.
47
Wawancara dengan Tuan Haji Abdul Aziz bin Shaari di Kampung Kubang Udang, Bekor, Kuala
Kangsar, 20 November 2008.
48
Majlis, 17 Februari 1947, hlm. 2.

11
Penglibatan beberapa orang ulama tempatan seperti Tuan Haji Salleh bin Abdul
Manan, Tuan Haji Abdul Rahman bin Abdul Manan dan Tuan Haji Shahbudin bin Lebai
Sulaiman Bakul telah berjaya menyuntik semangat bagi mempertahankan nyawa di
Kampung Bekor. Terdapat juga penglibatan beberapa orang Syeikh dari Bagan Serai
seperti Tuan Syeikh Osman.49 Keadaan yang mencemaskan di Bekor berikutan tekanan
komunis telah menyebabkan wakil orang Melayu mengemukakan tiga tuntutan kepada
orang Cina. Akhbar Seruan Ra’ayat melaporkan seperti berikut :
“Sa-orang guru Tauhid di–Manong di–dalam suatu mashuarat
antara China dengan Melayu kerana hendak mendamaikan
perkelahian di–situ telah mengeluarkan 3 tuntutan dengan chakap
yang keras dan menghentam–hentam meja dengan tinju–nya sa–
hingga China–China yang di–dalam mashuarat itu puchat muka–
50
nya .”

Serangan komunis ke atas Kampung Bekor telah berlaku selama dua hari.
Serangan pertama berlaku pada 5 Mac 1946, hari Selasa jam 10.00 pagi. Serangan kali
pertama ini berjaya dikalahkan oleh penduduk kampung.51 Pada pagi hari Rabu 6 Mac
1946, antara jam 5.00 hingga 5.30 pagi telah berlaku serangan kali yang kedua ketika
kebanyakan penduduk kampung masih sedang tidur.52 Antara tokoh yang menjadi teraju
utama bagi mempertahankan nyawa penduduk Melayu Bekor ialah Tuan Haji Abdul
Rahman bin Abdul Manan, Tuan Haji Salleh bin Abdul Manan, Tuan Haji Kulub Alang
dan beberapa orang tokoh tempatan. Keadaan yang terkepung telah menyebabkan ramai
kanak–kanak dan kaum wanita yang sedang tidur menjadi mangsa pembunuhan
komunis.53 Peristiwa 6 Mac 1946 telah meninggalkan kesan yang mendalam khususnya
kepada penduduk Melayu di Kampung Bekor. Dalam serangan yang dianggarkan selama
dua jam ini seramai 80 orang Melayu termasuk kanak–kanak telah dibunuh. British
dalam satu laporan menyatakan seramai 70 orang Melayu telah dibunuh di Masjid Bekor
(Bikaw).54

49
Wawancara dengan Abdul Rahman bin Uda Mohamad di Kampung Kubang Udang, Bekor, Kuala
Kangsar, 20 November 2008.
50
Seruan Ra’ayat, 7 Januari 1946, hlm. 1.
51
Wawancara dengan Ibrahim bin Uda Mohd di Kampung Suak Petai, Manong, Perak, 21 November 2008.
52
WO 172/9773 (281), SECRET, War Diary Of, H.Q. Malaya Command, 1946, Message Form From Hq
Malaya Command To SACSEA , ALFSEA, DTO0 07. Lihat juga wawancara dengan Tuan Haji Abdul
Aziz bin Shaari.
53
Utusan Melayu, 12 Mac 1946, hlm. 4.
54
CO 537/1580 (8), Extract From Official Report.

12
Kekacauan dan pembunuhan ke atas orang Melayu oleh komunis terus
berlangsung hampir di semua lokasi di Tanah Melayu. Pada 19 September 1945 berlaku
pembunuhan ke atas orang Melayu di Kota Bharu (Kelantan), 26 September 1945 di Alor
Gajah (Melaka), di Selangor,55 Selama, Taiping, Parit, Sitiawan (Perak) dan
Terengganu.56 Dalam kejadian di Sitiawan, seramai tujuh orang Cina terbunuh, dua
cedera dan beberapa buah rumah dibakar. Pada hari berikutnya komunis membunuh dan
mencederakan beberapa orang penduduk kampung.57 Pada 6 November 1945, dalam satu
serangan balas, sekumpulan orang Melayu seramai 300 hingga 400 orang Melayu
menyerang orang Cina di Padang Lebar, Kuala Pilah.58 Dalam kejadian tersebut, seramai
40 orang Cina terkorban. Kebanyakannya terdiri dari wanita dan kanak-kanak.59
Pergaduhan Melayu-Cina yang merebak ke Pahang juga menyebabkan amalan ilmu kebal
dan selendang merah disebarkan oleh golongan agamawan dibawa dan dipraktikkan di
Batu Malim, Raub, Pahang oleh Abu Jamal.60 Dalam kejadian di Batu Malim, Raub,
Pahang pada 11 Februari 1946, kekacauan berlaku di kawasan pasar yang melibatkan
seramai 200 orang Melayu dan 150 orang Cina.61 Seramai 30 orang Cina terkorban
termasuk 10 orang kanak-kanak Cina dan dua orang Melayu. Seramai 16 orang Cina dan
10 orang Melayu mengalami kecederaan.62

Kesimpulan
Proses penjajahan telah mencetuskan konflik perkauman yang melibatkan orang Melayu
dan komunis selepas pengunduran tentera Jepun dari Tanah Melayu. Orang Cina telah
dipaksa dan terlibat dengan komunisme. Justeru itu, orang Melayu mempunyai persepsi
bahawa komunis itu Cina dan Cina itu komunis. Konflik kaum sebelum, semasa dan

55
WO 203/5642 (1), Political Climate-Interview By British Authority Admin With Sultans, Aug/Dec. 45.
56
CO 537/1580 (20), Inward Telegram From Headquarters, B.M.A. (M), To 3, Of S., Colonies, 7 th March
1946.
57
CO 537/5985 (6), Extract From P.M.R. 1 Secret Part I, Political Intelligence Review, 5 th January, 1949.
58
Wawancara dengan Tuan Haji Hassan Basri bin Haji Shariff di Kampung Padang Lebar, Negeri
Sembilan, 17 Februari 2010.
59
CO 537/1580 (11), H. Ralph Hone, Headquarters, British Military Administration, Malaya, Kuala
Lumpur kepada Consul-General, Consulate-General of The Republic of China, Singapore.
60
Wawancara dengan Haji Abd. Aziz bin Mohd Tasin, Cheroh, Raub, Pahang, 6 Februari 2010. Lihat juga
Wawancara dengan Tuan Haji Mat Kiram bin Juna di Kampung Batu Malim, Raub, Pahang, 30 Januari
2010.
61
Wawancara dengan Rohani binti Ahmad di No. 57, Kampung Batu Malim, Raub, Pahang, 3 Februari
2010.
62
CO 537/1580 (8), Extract From Official Report.

13
selepas pendudukan Jepun berlanjutan sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Terdapat banyak kejadian pembunuhan dan serang-menyerang yang melibatkan individu
serta di kawasan kampung. Kekejaman komunis terhadap orang Melayu telah
menyebabkan mereka mengumpulkan kekuatan secara berjemaah dalam menghadapi
serangan dan kekejaman. Agama Islam telah dijadikan sebagai pemersatu bagi
mempertahankan survival bangsa. Penentangan terhadap keganasan komunis dianggap
jihad ke jalan Allah. Perlanggaran ke atas kesucian agama Islam oleh komunis telah
menjadi faktor semerta kepada kebangkitan orang Melayu mempertahankan survival
hidup mereka. Biarpun pada mata kasar kelihatan orang Melayu seperti mengamuk dan
membunuh komunis Cina, namun hakikatnya mereka membunuh komunis, yang bukan
sahaja terdiri daripada orang Cina, malah penyokong-penyokong komunis di kalangan
orang Melayu juga turut menerima padahnya.

BIBLIOGRAFI

War Office Record


WO 172/9773: War Diary.
WO 203/5642, Political Climate-Interview By British Authority Admin With Sultans,
Aug/Dec. 45.

Colonial Office
CO 537/3757, Malaya: Chinese Affairs and Correspondence With Mr. H.T. Pagden-
1948.
CO 537/1580, Growth Of The Inter-Racial Feeling In Malaya.
CO 537/5985: Law & Order Sino-Malay Relations.

Rekod-rekod Kerajaan Negeri


Pahang
Pejabat Istana Sultan Pahang
229/1947, A.D.C. Menyembahkan Nama-nama Orang Yang Kena Seksa oleh Jepun
Kerana Menolong Tuan D. Headly, 17/9/1947.
Johor
Resident Commissioner Johore
241/46, Ulu Tiram Massacre And Exhumation of Dead Bodies, 30.4.46-12.11.47.
65/46, Weekly Situation Report, 10.4.46-8.2.48.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor
6112/1945: Departmental Reports & Correspondence, Police, Prisons & Fire Brigade,
15.9.45-17.9.45.
6203/1945, Outstation Reports And Correspondence Muar, 19.9.45-27.11.45.

14
Akhbar
Berita Harian, 1 Jun 2010
Majlis, 17 Februari 1947.
Mingguan Malaysia, 4 September 2011.
Seruan Ra’ayat, 1945-1946.
Utusan Melayu, 12 Mac 1946.
Utusan Malaysia, 28 Mei 2009.
Majalah
Fajar Asia, No. 5, 13 Shigatsu 2603.

Buku dan Artikel


Burridge, Kenelm, O.L., May 1951.“Racial Relations in Johore.” Australian Journal of
Politics and History, Vol. II, No. 2.
Cheah Boon Kheng, 1981.“Sino Malay Conflicts in Malaya, 1945-1946: Communist
Vendetta and Islamic Resistance.” Journal of Southeast Asian History, Volume 12, No. 1.
Del Tufo, M.V., 1949. A Report On The 1947 Census of Population. Singapore: The
Government Publications Bureau Singapore.
Hairi Abdullah, 1973/4, 1974/5. “Kebangkitan Dan Gerakan Tentera Selendang Merah
Dalam Sejarah Daerah Muar dan Batu Pahat.” JEBAT, Bil., 3/4..
Obaidellah b. Haji Mohamad, Kesultanan Melaka: Dari Bahan Sejarah China Melihat
Aspek Ekonomi, dlm. Polemik Sejarah Malaysia (Jilid 1), Kuala Lumpur: Arkib Negara
Malaysia, 2008.
Syed Naguib Al-Attas,1963. Some Aspects of Sufism as Understood And Practised
Among The Malays. Singapore: Malaysian Sociological Research Institute Ltd..
Zainal Abidin b. Abdul Wahid, 2008. Kerajaan Melaka Dalam Hubungan Antarabangsa,
dlm. Polemik Sejarah Malaysia (Jilid 1), Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.

Wawancara
Wawancara dengan Tuan Haji Abdullah bin Imam Nong di Kampung Napal, Budu,
Benta, Pahang, 30 Julai 2008/30 Ogos 2012.
Wawancara dengan Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Bakri di Felda Sungai Kemahal,
Triang, Pahang, 8 November 2008.
Wawancara dengan Tuan Haji Ali bin Haji Yusuf di Kampung Parit Maimun, Batu Pahat,
Johor, 19 Mac 2009.
Wawancara dengan Abdul Rahman bin Uda Mohamad di Kampung Kubang Udang,
Bekor, Kuala Kangsar, 20 November 2008.
Wawancara dengan Tuan Haji Abd. Aziz bin Mohd Tasin, Cheroh, Raub, Pahang, 6
Februari 2010.
Wawancara dengan Tuan Haji Abdul Kadir@ Muhammad bin Haji Bakri di Parit 8 B,
Sungai Manik, Perak, 5 Jun 2008.
Wawancara dengan Tuan Haji Abdul Aziz bin Shaari di Kampung Kubang Udang,
Bekor, Kuala Kangsar, Perak, 20 November 2008.
Wawancara dengan Tuan Haji Ali Badron bin Haji Sabor di Surau Jalan Omar, Batu
Pahat, Johor, 22 Oktober 2012.
Wawancara dengan Tuan Haji Daud bin Sadron di Kampung Separap, Mukim IV, Batu
Pahat, Johor, 23 Oktober 2012.

15
Wawancara dengan Tuan Haji Hanapiah bin Haji Salleh, di Parit 13 A, Sungai Manik,
Perak, 6 Jun 2008.
Wawancara dengan Tuan Haji Hassan Basri bin Haji Shariff di Kampung Padang Lebar,
Negeri Sembilan, 17 Februari 2010.
Wawancara dengan Ibrahim bin Uda Mohamad di Kampung Suak Petai, Manong, Perak.
21 November 2008.
Wawancara dengan Tuan Haji Ismail bin Kayat di Universiti Tun Hussin Onn, Batu
Pahat, Johor, 23 Oktober 2012.
Wawancara dengan Tuan Haji Jaafar bin Kamari di Kampung Parit Maimun, Simpang
Kiri, Batu Pahat, Johor, 18 Mac 2009.
Wawancara dengan Tuan Haji Jubir @ Amir bin Haji Abd. Talib di Parit Haji Talib,
Mukim 7, Batu Pahat, Johor, 21 Oktober 2012.
Wawancara dengan Tuan Haji Mat Kiram bin Juna di Kampung Batu Malim, Raub,
Pahang, 30 Januari 2010.
Wawancara dengan Rohani binti Ahmad di No. 57, Kampung Batu Malim, Raub,
Pahang, 3 Februari 2010.
Wawancara dengan Karim bin Petah di Kampung Ulu Cheka, Jerantut, Pahang, 23
November, 2007.
Wawancara dengan Tuan Haji Ugoh bin Haji Mohamad Said di Parit 3 B, Sungai Manik,
Perak, 6 Jun 2008.
Wawancara dengan Tuan Haji Yahaya bin Haji Abbas, Anak Sulung Tuan Haji Abbas di
Kampung Sungai Choh, Hulu Selangor, 18 Februari 2010.
Wawancara dengan Tuan Haji Yusof bin Salleh di Johor Bahru, Johor, 8 Disember
2009/23 Oktober 2012.
Wawancara dengan Tuan Haji Zakaria bin Awang di Parit 8 C, Sungai Manik, Perak, 5
Jun 2008.

16

View publication stats

You might also like