You are on page 1of 2

Pengacaraan Majlis

Penganjuran majlis ialah kelaziman yang terdapat di mana-mana sahaja di


Malaysia seperti di sekolah, universiti, hotel dan sebagainya serta dibuat untuk tujuan
tertentu dalam majlis rasmi. Misalnya, majlis sambutan hari guru, sambutan
kemerdekaan, majlis tidak formal dan sebagainya. Di peringkat Institut Pendidikan
Guru,majlis-majlis rasmi seperti Hari Guru, Hari Penyampaian Sijil sering diadakan
manakala

majlis-majlis

tidak

rasmi

pula

merangkumi

Perhimpunan

Bulanan,

Penyampaian Hadiah Tahunan, Sukan Tahunan dan sebagainya.


Pengacaraan majlis ialah pengendalian sesuatu majlis dari awal hingga akhir.
Satu atau dua orang individu diperlukan untuk mengacara majlis tersebut dan individu
tersebut dikenali sebagai pengacara majlis. Pengacara majlis disebut sebagai MC yang
merupakan singkatan bagi perkataan master of ceremony dalam bahasa Inggeris.
Pengacara ialah individu yang mengendalikan perjalan acara-acara dalam sesuatu
majlis, persembahan atau pertunjukan. Di samping itu, pengacara juga dikenali sebagai
juruacara yang merujuk kepada orang yang memimpin sesuatu majlis. Majlis pula
membawa maksud perjumpaan yang mengumpulkan orang ramai atau sesuatu
keramaian yang diadakan untuk sesuatu tujuan. Bukan sahaja ini, majlis juga merujuk
kepada tempat perjumpaan bagi melaksanakan sesuatu sambutan. Apabila perkataan
pengacara dan majlis digabungkan menjadi kata majmuk iaitu pengacara majlis, kata
majmuk tersebut berperanan sebagai pengendali dalam sebarang majlis yang
dianjurkan. Menurut Noresah Baharum et al. (2010), pengacara majlis ialah orang yang
mengendalikan persembahan acara-acara dalam sesuatu pertunjukan, majlis dan lainlain manakala majlis pula sebagai perjumpaan orang ramai. Pengacara majlis turut
didefinisikan

sebagai

seseorang

yang

dilantik

secara

rasmi

untuk

dipertanggungjawabkan mengendalikan sesebuah majlis mengikut atur cara yang telah


ditetapkan serta merujuk kepada skrip yang telah diluluskan dan berpandukan arahan
Pegawai Protokol.
Pengacara majlis diperlukan semasa penganjuran majlis kerana mereka
memainkan peranan yang penting iaitu memastikan kelangsungan majlis tersebut tanpa
gangguan atau kecacaran. Kelancaran program adalah amat dominan dalam majlismajlis yang mempunyai atur cara yang padat tetapi perdana serta yang selalunya
dihadiri

oleh

ramai

orang.

Justeru,

peranan

pengacara

majlis

tidak

boleh

dikesampingkan kerana mereka diperlukan untuk memimpin perjalanan majlis agar

bermula dengan lancar dan berakhir dengan lancar juga. Pengacara yang baik akan
mengendalikan majlis dengan baik dan hal ini akan menjamin bahawa majlis-majlis
tersebut akan mencapai matlamatnya serta meninggalkan kesan yang mendalam
kepada pesertanya.

You might also like