You are on page 1of 13

PELAJARAN 9

KOMUNIKASI LISAN: PENGACARAAN MAJLIS


1.0 Pengenalan
Dalam tajuk ini, pelajar akan diperkenalkan dengan satu lagi
komunikasi lisan iaitu pengacaraan majlis.
2.0 Hasil Pembelajaran
Pada akhir pengajian ini, pelajar akan:
2.1 Memahami maksud pengacaraan majlis.
2.2 Memahami ciri-ciri pengacaraan majlis.
2.3 Mampu mengendalikan majlis-majlis rasmi.
3.0 Senarai Tajuk
3.1 Pengacaraan majlis
3.2 Aturcara Majlis
3.3 Juruacara
3.4 Aturcara Pentadbiran
3.5 Raptai
3.6 Ringkasan
4.0 Istilah
4.1 Majlis
Perjumpaan orang ramai atau keramaian.
4.2 Atur cara
Jadual pelbagai acara yang telah ditetapkan untuk
dilaksanakan dalam sesuatu majlis.
4.3 Acara
Rancangan atau susunan rancangan untuk sesuatu
majlis atau pertunjukan.
4.4 Raptai
Persembahan percubaan atau latihan besar-besaran
sebelum persembahan atau pertunjukan sebenar.
4.5 Atur cara pentadbiran

Aturcara majlis yang ditulis secara terperinci untuk


sesuatu majlis rasmi.
4.6 Pengacara
Orang yang mengendalikan persembahan acara-acara
dalam sesuatu majlis. Juga disebut juruacara.

5.0 Tajuk
5.1 Pengacaraan Majlis
5.1.1Persembahan
Pengacaraan majlis bermaksud pengendalian sesuatu
majlis dari awal hingga akhir. Majlis yang dimaksudkan
di sini adalah majlis-majlis rasmi. Ini kerana majlismajlis rasmi memerlukan pengacaraan yang teratur
dan kemas. Pengacaraan yang baik akan menjamin
kelangsungan majlis-majlis rasmi tanpa gangguan atau
kecacatan.
Orang yang mengendalikan majlis-majlis ini dinamakan
pengacara atau juruacara. Pengacara boleh jadi
seorang atau dua orang.

Sebab diperlukan Pengacara


Dalam majlis-majlis rasmi, kelancaran program adalah
amat penting. Majlis-majlis rasmi mempunyai aturcara
yang padat tetapi penting dan saling berkaitan antara
satu sama lain. Majlis-majlis rasmi seumpama ini juga
selalunya dihadiri oleh ramai orang. Oleh itu, seorang
pengacara adalah amat diperlukan untuk memimpin

perjalanan majlis supaya bermula dengan baik dan


berakhir dengan baik juga. Pengacaraan yang baik akan
menjamin bahawa majlis-majlis rasmi akan mencapai
matlamatnya dan meninggalkan kesan yang mendalam
kepada pesertanya.
Ciri-ciri pengacaraan majlis
Ciri-ciri pengacaraan majlis ada tiga iaitu:
1. Aturcara majlis
2. Aturcara pentadbiran
3. Pengacara
5.1.2Aktiviti
Senaraikan majlis-majlis yang pernah anda hadiri dalam
hidup anda. Cuba ingatkan semula aturcara majlis
tersebut.
Ceritakan
semula
pengalaman
anda
menghadiri majlis tersebut.
5.2 Atur Cara Majlis
5.2.1Persembahan
Aturcara majlis ialah jadual pelbagai acara yang telah
ditetapkan untuk dilaksanakan dalam sesuatu majlis. Ia
merupakan urutan acara dalam sesebuah majlis dari
mula hingga akhir.
Aturcara majlis sentiasa mengambil kira waktu
bermulanya majlis. Waktu bermula majlis amat penting
ditentukan kerana jika terlalu awal, sukar untuk orang
menghadirinya. Sekiranya lokasi majlis adalah jauh,
adalah sukar untuk orang ramai hadir terlalu awal.

Pada hari Jumaat misalnya, acara majlis tidak akan


dimulakan pada waktu sembahyang Zohor kerana pada
waktu itu orang lelaki akan pergi ke masjid untuk
bersembahyang Jumaat.
Jika majlis tersebut dihadiri oleh tetamu utama seperti
menteri yang akan merasmikan sesuatu, waktu untuk
perasmian itu disesuaikan dengan waktu menteri
tersebut boleh hadir.
Dalam erti kata lain, acara majlis perlu praktikal dan
sesuai untuk kemudahan semua pihak yang menghadiri
majlis itu.
Contoh acara majlis:
Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang
Aturcara
8.30 pagi

Pelajar mengambil tempat masingmasing di dewan

8.40 pagi

Ketibaan para jemputan

8.50 pagi

Ketibaan Yang Berbahagia Datuk Ali


bin Abu, Pengarah Bahagian
Pendidikan Guru, Jabatan
Pendidikan Wilayah Persekutuan

9.00 pagi

Ucapan alu-aluan Pengetua


Sekolah, Puan Hendon binti
Marzuki.

9.15 pagi

Ucapan perasmian oleh Yang


Berbahagia Datuk Ali bin Abu

9.30 pagi

Penyampaian hadiah:
- Anugerah Pelajar Terbaik PMR
- Anugerah pelajar Terbaik SPM
- Anugerah Pelajar Terbaik STPM

10.00 pagi

Persembahan nasyid

10.30 pagi

Jamuan Ringan

11.15 pagi

Majlis Bersurai

5.2.1Aktiviti
Sila rangka satu aturcara majlis untuk Majlis Tilawah AlQuran peringkat akhir, bagi daerah Kuala Langat.
5.3 Juruacara
5.3.1Persembahan
Juruacara ialah orang yang mengendalikan perjalanan
sesebuah majlis. Tidak semua orang boleh menjadi
juruacara yang baik. Oleh itu, orang yang berkebolehan
dalam bidang ini sahaja yang selalunya menjadi
juruacara.
Seseorang juruacara perlulah fasih berbahasa. Mereka
mampu berbahasa dengan lancar dan yakin. Juruacara
juga perlu mempunyai keterampilan yang menarik
perhatian orang ramai. Ini kerana semasa juruacara
menjalankan tugasnya, dia menjadi perhatian seluruh
hadirin yang menghadiri majlis berkenaan. Juruacara
juga perlu menguasai atur cara majlis.

Juruacara juga perlu peka pada situasi majlis di


hadapannya. Mereka perlu bijak untuk mengendalikan
majlis-majlis berkenaan. Misalnya, dalam majlis
penyampaian hadiah, juruacara akan pastikan terlebih
dahulu yang tetamu jemputan untuk memberikan
hadiah tersebut telah bersedia. Juruacara tidak boleh
terus memulakan acara penyampaian hadiah sekiranya
dia mendapati penyampai hadiah dan penerima hadiah
belum bersedia.
Semasa menjalankan tugasnya, juruacara dibekalkan
dengan teks atur cara. Teks ini bukan disediakan oleh
juruacara,
sebaliknya
disediakan
oleh
satu
jawatankuasa khas yang lain. Tugas juruacara hanyalah
mengacarakan majlis berpandukan teks atur cara yang
diberikan kepadanya.
Dalam teks juruacara terdapat tiga bahagian penting
iaitu masa (MASA), panduan-panduan untuk juruacara
(CUE) dan teks pengumuman (ANN).

Lihat contoh berikut:


MASA :

10.00 pagi

CUE

Bacaan doa oleh Ustaz Akhil Hayy.

ANN

Para hadirin sekelian. Majlis dimulakan


dengan menjemput Ustaz Akhil Hayy untuk
membacakan doa. Dipersilakan.

CUE

Setelah doa selesai dibaca, juruacara


mengucapkan terima kasih.

ANN

Terima kasih, ustaz.

5.3.2Aktiviti
Fikirkan tentang satu majlis rasmi, dan sediakan satu
skrip untuk juruacara menjalankan tugas-tugas
pengacaraannya dengan baik.
5.3 Atur Cara Pentadbiran
5.3.1Persembahan
Aturcara pentadbiran ialah aturcara majlis yang ditulis
secara terperinci untuk sesuatu majlis rasmi. Antara
matlamat aturcara pentadbiran adalah untuk dijadikan
panduan oleh pegawai yang mengendalikan program;
untuk panduan semua pegawai yang terlibat; untuk
menjamin majlis yang bakal dijalankan itu kelak akan
berjalan mengikut peraturan dan protokol yang
sepatutnya; untuk mengawal masa; untuk menjadi
panduan pada masa akan datang; dan dijadikan
sebagai bahan rekod.
Dalam sesuatu aturcara pentadbiran terdapat tiga
bahagian utama iaitu bahagian masa atau tarikh;
bahagian keterangan tentang urutan atur cara; dan
bahagian tindakan pihak-pihak yang berkaitan.
Sila lihat contoh aturcara pentadbiran berikut:
PERTANDINGAN PANCARAGAM SEKOLAH
SELURUH WILAYAH PERSEKUTUAN
Susunan Atur Cara dan Tugasan
Tarikh dan

Perkara

Tindakan

waktu
26 Ogos 2010
5.00 ptg

6.00 ptg

5.30 ptg

6.00 ptg

Tindakan sebelum
untuk menetapkan
tempat letak
kenderaan dan bas.
Pelekat untuk bas /
kenderaan
a) Pasukan /
peserta /
petugas
bertolak dari
sekolah
masing-masing
b) Memaklumkan
tempat
bersembahyan
g kepada
peserta
Pendaftaran semua
pasukan untuk
Letihan Penyesuaian
Gelanggang
a) Menandakan
kawasan
pertandingan
b) Menandakan
pentas / tempat
duduk tetamu
c) Menandakan
khemah hakim
d) Menandakan
tempat
penyampaian hadiah

Urus Setia /
Sekolah
berkenaan

Jawatankuasa
Teknik
Pendaftaran
Jawatankuasa
Teknik
Pendaftaran

e) Tempat khemah
pasukan-pasukan
f) Khemah uruseria
5.3.2Aktiviti
Andaikan yang anda adalah seorang pegawai
pendidikan di sebuah kolej swasta dan telah diberi
tugasan untuk menguruskan satu perjalanan majlis
konvokesyen. Sediakan satu aturcara pentadbiran
untuk majlis konvokesyen kolej berkenaan.
5.4 Raptai
5.4.1Persembahan
Raptai ialah persembahan percubaan atau latihan
besar-besaran sebelum persembahan atau majlis yang
sebenar. Kebanyakan majlis rasmi yang penting dan
melibatkan ramai orang akan mengadakan raptai.
Tujuan raptai diadakan adalah seperti berikut:
1. Supaya pihak yang terlibat tahu tugas masingmasing pada hari majlis sebenar diadakan.
Dalam majlis-majlis yang besar terdapat ramai
pegawai yang terlibat dan masing-masing pegawai
mempunyai tugas yang tersendiri. Majlis-majlis yang
penting dan besar juga mempunyai banyak
jawatankuasa dengan bidang kuasa yang berbezabeza namun sama penting dalam menentukan
kelancaran majlis. Melalui raptai, masing-masing
pegawai, jawatankuasa dan unit-unit lain dapat
memahami aturan tugas masing-masing.
2. Untuk melihat keberkesanan urutan majlis.

Selalunya aturcara majlis dibuat di atas meja di


kalangan satu jawatankuasa. Perjalanan majlis yang
sebenarnya mungkin tidak sama seperti yang
diaturkan dalam aturcara. Oleh itu melalui raptai,
para jawatankuasa dapat melihat keberkesanan
urutan majlis. Sekiranya perjalanan majlis didapati
tidak lancar, maka aturcara akan diubahsuai semula.
3. Untuk membuat penentuan masa.
Masa adalah penting dalam satu-satu majlis
khususnya dalam majlis yang mempunyai banyak
bahagian aturcara. Sekiranya pembahagian masa
tidak diaturkan dengan betul, majlis boleh jadi cacat.
Melalui raptai, pihak jawatankuasa dapat melihat
keberkesanan masa dan pembahagian masa yang
lebih baik untuk setiap bahagian dalam aturcara.

4. Untuk memperbaiki kelemahan yang ada.


Melalui raptai yang dilakukan, pelbagai kelemahan
dapat dilihat dalam hamper semua aspek. Adalah
lebih baik mengesan kesilapan semasa raptai
daripada mengesannya pada majlis yang sebenar.
Setelah kelemahan berjaya dikesan, langkah-langkah
untuk mengatasinya boleh dilakukan sebelum majlis
yang sebenar.
5. Untuk mendapatkan suasana sebenar majlis.
Aturcara hanyalah suatu perancangan. Namun
melalui raptai, gambaran yang tepat dapat dilihat
tentang suasana sebenar sesuatu majlis. Ini akan
memberi
banyak
manfaat
kepada
pihak
jawatankuasa yang bakal mengendalikan majlismajlis penting tersebut.

5.4.2Aktiviti
Buatkan satu esei untuk menceritakan pengalaman
anda menghadiri satu raptai dalam makna-mana majlis
yang pernah anda sertai sebelum ini.

Ringkasan
6.1 Pengacaraan majlis bermaksud pengendalian sesuatu
majlis dari awal hingga akhir. Pengacaraan yang baik
akan menjamin kelangsungan majlis-majlis rasmi tanpa
gangguan atau kecacatan.
6.2 Juruacara ialah orang yang mengacarakan sesuatu
majlis.
6.3

Antara ciri yang diperlukan oleh seseorang juruacara


ialah fasih berbahasa, berketerampilan, bijak menguasai
aturcara majlis.

6.4

Aturcara majlis ialah jadual pelbagai acara yang telah


ditetapkan untuk dilaksanakan dalam sesuatu majlis. Ia
merupakan urutan acara dalam sesebuah majlis dari
mula hingga akhir.

6.5

Aturcara pentadbiran ialah aturcara majlis yang ditulis


secara terperinci untuk sesuatu majlis rasmi.

6.6

Matlamat aturcara pentadbiran ialah untuk dijadikan


panduan oleh pegawai yang mengendalikan program;
untuk panduan semua pegawai yang terlibat; untuk
menjamin majlis yang bakal dijalankan itu kelak akan
berjalan mengikut peraturan dan protokol yang
sepatutnya; untuk mengawal masa; untuk menjadi

panduan pada masa akan datang; dan dijadikan sebagai


bahan rekod.
6.7 Raptai ialah persembahan percubaan atau latihan besarbesaran sebelum persembahan atau majlis yang
sebenar. Kebanyakan majlis rasmi yang penting dan
melibatkan ramai orang akan mengadakan raptai.
6.8 Tujuan raptai ialah supaya pihak yang terlibat itu kelak
tahu tugas masing-masing pada hari majlis diadakan;
untuk melihat keberkesanan urutan majlis; untuk
membuat penentuan masa; untuk membaiki kelemahan
yang ada; dan untuk mendapatkan suasana sebenar
sesebuah majlis.

Latihan Kendiri
1. Berikan maksud bagi perkara-perkara berikut:
a. Majlis
b. Aturcara
c. Acara
d. Raptai
e. Aturcara pentadbiran
f. Pengacara
2.

Apakah perkara-perkara yang perlu dititikberatkan


dalam sesebuah aturcara?

Jawapan:
1. Maksud
a. Majlis: Perjumpaan orang ramai atau keramaian.

b. Atur cara: Jadual pelbagai acara yang telah


ditetapkan untuk dilaksanakan dalam sesuatu majlis.
c. Acara: Rancangan atau susunan rancangan untuk
sesuatu majlis atau pertunjukan.
d. Raptai: Persembahan percubaan atau latihan besarbesaran sebelum persembahan atau pertunjukan
sebenar.
e. Aturcara pentadbiran : Aturcara majlis yang ditulis
secara terperinci untuk sesuatu majlis rasmi.
f. Pengacara: Orang yang mengendalikan
persembahan acara-acara dalam sesuatu majlis. Juga
disebut juruacara.
2.

Perkara yang perlu dititikberatkan dalam sesebuah


aturcara ialah waktu. Aturcara majlis sentiasa mengambil
kira waktu bermulanya majlis. Waktu bermula majlis amat
penting ditentukan kerana jika terlalu awal, sukar untuk
orang menghadirinya. Sekiranya lokasi majlis adalah jauh,
adalah sukar untuk orang ramai hadir terlalu awal. Acara
majlis perlu praktikal dan sesuai untuk kemudahan semua
pihak yang menghadiri majlis itu.

You might also like