You are on page 1of 2

PROSEDUR KELUAR MASUK PELAWAT DAN KENDERAAN KE PREMIS SK ULU SAPI

 Kawasan Sekolah merupakan kawasan LARANGAN bagi BUKAN WARGA Sekolah.


 Warga sekolah ditafsir sebagai
I. Pelajar yang masih berdaftar serta bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ulu Sapi.
II. Semua guru dan kakitangan bukan guru yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Ulu Sapi.

 Pintu pagar depan merupakan pintu masuk utama dan satu-satunya laluan masuk ke kawasan SK. Ulu Sapi
yang terletak berdekatan dengan pondok pengawal.

1. Kenderaan tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah pada waktu berikut KECUALI kepada kenderaan guru/
staf/ pegawai PPD, JPN, KPM/ atau mana-mana kenderan yang mendapat kebenaran daripada Guru Besar SK. Ulu
Sapi.
a). Waktu Kemuncak 1 (6.00 pagi – 8.30 pagi)
b) Waktu Kemuncak 2 ( 11.30 pagi – 2.00 petang)
c) Waktu Kemuncak 3 (5:00 petang – 6.30 Petang)

2. Kenderaan dibenarkan memasuki ke premis sekolah atas urusan pejabat atau kecemasan dengan,
a) Menunjukkan kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri kepada pengawal keselamatan.
b) Mendaftar dalam Buku Pendaftaran Keluar Masuk di Pondok Pengawal. Pengawal keselamatan perlu
memastikan nama pelawat adalah sama dengan nama yang tercatat dalam dokumen pengenalan diri.
c) Medapatkan Pas Pelawat di Pondok Pengawal
d) Berurusan di Pejabat Sekolah.
e) Pelawat yang ingin berurusan dengan murid perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak pentadbir
sekolah.
3. Semasa meninggalkan kawasan sekolah:
a) Keluar melalui pintu pagar utama depan sekolah
b) Mengembalikan pas pelawat di pondok pengawal keselamatan.

4. Pelawat tidak berkenderaan perlu mematuhi perkara 1,2 dan 3 di atas

5. Selepas jam 6.30 petang atau SELEPAS SESI PERSEKOLAHAN, kenderaan luar dan pelawat tidak dibenarkan
BERADA atau MEMASUKI kawasan sekolah kecuali mendapat kebenaran daripada Guru Besar. Hanya kenderaan
GURU dan STAF SK. Ulu Sapi yang dibenarkan keluar atau memasuki kawasan sekolah.

6. Semasa hujung minggu dan Cuti Kelepasan Am, pintu pagar akan ditutup. Hanya kenderaan guru dan staf
dibenarkan masuk KECUALI mendapat kebenaran daripada Guru Besar. Kenderaan luar dan pelawat TIDAK
DIBENARKAN memasuki kawasan sekolah.

You might also like