You are on page 1of 6

KULIAH PENGURUSAN KOKURIKULUM

NAMA : RATTISWARY A/P RAVICHANDRAN


UNIT : PAKK ( SK/SJKT )
TARIKH : 7 APRIL 2020
MASA : 2.00-3.00 PETANG
FORMAT KULIAH : INTERAKSI MELALUI WHATSAPP DAN PELAJAR DIMINTA
MENYIAPKAN SOALAN LATIHAN.

SOALAN LATIHAN :

1. Jelaskan maksud dan konsep PROTOKOL.

Protokol ialah gabungan daripada dua perkataan dasar iaitu “protos” dan “koll”.
Protos bermaksud yang pertama manakala koll membawa maksud pelekat. Pelekat
yang pertama merujuk sehelai kertas yang ditampalkan pada dokumen undang-
undang untuk membuktikan kesahihannya. Konsep protokol ialah ia merupakan surat
cara atau surat rasmi yang asal, berkenaan keputusan perundingan atau persetujuan
dalam perjanjian. Selain itu, protokol juga dirujuk pada bidang tatasusila diplomatik.

2. Bincangkan aspek-aspek penting semasa pengendalian majlis rasmi.

i) Penyediaan senarai jemputan

Bagi setiap majlis rasmi, hendaklah disediakan senarai jemputan dengan lengkap.
Senarai jemputan akan dibahagikan kepada lima bentuk senarai, iaitu ringkasan
senarai, senarai nama, senarai mengikut keutamaan, senarai jawapan kehadiran dan
senarai hadir. Pertama sekali, tujuan untuk menyediakan senarai ringkas adalah
supaya kita dapat ketahui kategori tetamu, bilangannya dan peringkat tetamu.
Seterusnya, senarai nama akan membantu untuk menyenaraikan nama-nama
tetamu mengikut kategori dan senarai tersebut akan berdasarkan susunan
keutamaan yang ditetapkan. Selanjutnya, senarai jawapan kehadiran adalah sama
dengan senari ketiga tetapi ditambah dengan dua ruangan di sebelah kanan untuk
ditandakan hadir dan tidak hadir. Akhirnya, senarai hadir akan mengandungi senarai
tetamu yang menjawab hadir sahaja.

ii) Kepentingan menyediakan senarai jemputan


Terdapat beberapa kepentingan yang utama untuk menyediakan senarai jemputan.
Antaranya ialah untuk memastikan kita menjemput semua wakil yang penting ke
majlis rasmi yang dianjurkan. Selain itu, penyediaan senarai jemputan ini akan
membantu penyambut tetamu yang berkenaan untuk menjalankan tugasnya
dengan lancar. Tambahan pula, nombor ataupun tempat duduk bagi tetamu khas
akan dicatatkan dalam senarai jemputan tersebut. Oleh itu, penyediaan senarai
jemputan adalah aspek yang sangat penting dalam pengendalian majis rasmi.

KULIAH PENGURUSAN KOKURIKULUM


NAMA : RATTISWARY A/P RAVICHANDRAN
UNIT : PAKK ( SK/SJKT )
TARIKH : 21 APRIL 2020
MASA : 2.00-3.00 PETANG
FORMAT KULIAH : INTERAKSI MELALUI WHATSAPP DAN PELAJAR DIMINTA
MENYIAPKAN SOALAN LATIHAN.

SOALAN LATIHAN :

1. Berikan lima ciri pengacara sesuatu majlis yang ideal dan lima kriteria yang
penting dalam membina teks pengacaraan yang terbaik.

Terdapat ciri-ciri yang penting bagi seseorang pengacara majlis semasa


mengadakan sesuatu majlis. Antaranya ialah seseorang individu itu hendaklah
terdiri daripada mereka yang berkebolehan serta mahir dalam berkomunikasi
dengan yakin. Selain itu, individu tersebut juga perlu seorang yang berani,
berketrampilan baik, dan tidak kekok tampil di hadapan pentas atau di hadapan
khayalak. Seterusnya, individu tersebut harus sentiasa bersedia untuk
mengumumkan atau memaklumkan apa-apa yang akan berlaku mengikut urutan
majlis kepada hadirin. Akhirnya, seseorang pengacara itu haruslah mempunyai
gaya penyampaian yang baik dan mampu memberikan imej yang positif kepada
khayalak.

Selain daripada itu, kita juga akan melihat tentang kriteria-kriteria yang penting
dalam membina teks pengacaraan yang terbaik. Teks pengacaraan yang
disediakan perlulah berdasarkan jenis majlis yang dianjurkan pada masa
tersebut. Seterusnya, teks tersebut haruslah mempunyai struktur yang betul
seperti pengenalan, kata-kata aluan, dan sebagainya. Tambahan pula, teks
pengacaraan itu juga bertujuan untuk menarik minat hadirin terhadap majlis
dengan menggunakan beberapa teknik seperti menggunakan soalan.
Pengacara juga mestilah memastikan teks tersebut sesuai dan mudah untuk
dibacanya mengikut intonasi yang betul dan lancar. Akhirnya, teks tersebut perlu
mengandungi maklumat-maklumat yang penting tentang majlis yang dijalankan
itu.
KULIAH PENGURUSAN KOKURIKULUM

NAMA : RATTISWARY A/P RAVICHANDRAN


UNIT : PAKK ( SK/SJKT )
TARIKH : 14 APRIL 2020
MASA : 2.00-3.00 PETANG
FORMAT KULIAH : INTERAKSI MELALUI WHATSAPP DAN PELAJAR DIMINTA
MENYIAPKAN SOALAN LATIHAN.

SOALAN LATIHAN :

1. Bincangkan 5 faktor/ sebab mengapa pengurusan sesuatu majlis rasmi


mengutamakan protokol atau tatacara yang betul.

Terdapat beberapa faktor ataupun sebab mengapa pengurusan sesuatu majlis rasmi
mengutamakan protokol atau tatacara yang betul. Antaranya ialah untuk memastikan
majlis tersebut dijalankan tanpa mempunyai sebarang masalah dan gangguan.
Untuk ini, protokol yang disediakan sebelum akan membantu untuk menjalankan
majlis tersebut secara teratur. Seterusnya faktor yang lain ialah menentukan senarai
jemputan, bilangan tetamu dan sebagainya. Selain itu, tatacara yang betul akan
menjadikan pihak pengurusan mendapat pujian ataupun penghormatan yang baik
daripada tetamu yang datang untuk majlis tersebut. Tuntasnya, sebab-sebab ini akan
membantu untuk mengadakan majlis tersebut dengan lancar dan berkesan.
KULIAH PENGURUSAN KOKURIKULUM

NAMA : RATTISWARY A/P RAVICHANDRAN


UNIT : PAKK ( SK/SJKT )
TARIKH : 31 MAC 2020
MASA : 2.00-3.00 PETANG
FORMAT KULIAH : INTERAKSI MELALUI WHATSAPP DAN PELAJAR DIMINTA
MENYIAPKAN SOALAN LATIHAN.

SOALAN LATIHAN :

1. Bincangkan kriteria atau langkah-langkah sebelum, semasa dan selepas


melaksanakan atau menganjurkan sesuatu aktiviti.

Sebelum Aktiviti
- Menyediakan kertas kerja
- Menyediakan hal surat-menyurat
-Menyediakan senarai semak
-Tingkah laku semasa aktiviti
-Rancangan aktiviti-aktiviti yang dijalankan
- Merancang prosedur
- Merancang peraturan-peraturan

Semasa Aktiviti
- Memastikan tempat pengajuran aktiviti selamat dan mempunyai peralatan yang
secukupnya bagi aktiviti yang disediakan.
- Memastikan semua peserta dan wakil yang terlibat berada di tempat mengikut
masa yang ditetapkan.
-Memastikan langkah-langkah keselamatan telah diambil.
- Memberikan taklimat yang diperlukan kepada orang yang terlibat.

Selepas Aktiviti
- Membersihkan kawasan yang digunakan.
- Memastikan barang/ peralatan yang dibwa mencukupi.
- Membuat laporan mengenai aktiviti yang dijalankan.
-Membuat penilaian

You might also like