You are on page 1of 3

KURSUS PENGURUSAN MESYUARAT, PENULISAN MINIT DAN KERTAS

CADANGAN/KERJA
19 20 September, 2016 Di Pusat Latihan IKTPP, Sungai Buloh, Selangor

PENGENALAN

Di dalam menjalankan aktiviti pentadbiran, operasi, perancangan dan pengurusan


pejabat sesebuah organisasi, mesyuarat adalah salah satu perkara penting yang akan
berlaku. Kemahiran mengurus mesyuarat yang antaranya aktiviti sebelum, semasa dan
selepas mesyuarat adalah kritikal untuk sesebuah unit, bahagian atau organisasi
berfungsi dengan baik. Penulisan minit mesyuarat wajib dilaksanakan dengan baik dan
teratur agar keputusan dan tindakan dapat direkod dan diedarkan peringatan secepat
mungkin. Manakala tempoh masa bermesyuarat pula dapat dijimatkan dengan ketara
sekiranya semua perkara yang memerlukan keputusan dan tindakan disediakan dalam
bentuk kertas cadangan atau kertas kerja ringkas yang mempunyai maklumat yang
cukup. Keupayaan kakitangan mengurus mesyuarat secara profesional akan
memberikan kelebihan kepada korum dalam menjalankan tugasan masing-masing
dengan cemerlang.

OBJEKTIF

Memberi kefahaman dan pengetahuan mengenai proses pengurusan mesyuarat


secara lengkap.
Memberi kemahiran untuk mengurus mesyuarat secara sistematik dan
profesional.
Membentuk sikap yang profesional semasa mengambil bahagian di dalam
mesyuarat.
Memberi kefahaman mengenai teknik mengambil catatan minit mesyuarat.
Memberi kemahiran untuk menyediakan minit mesyuarat dalam tempoh yang
singkat.
Memberi kefahaman mengenai keperluan menulis kertas cadangan dan kertas
kerja untuk edaran mesyuarat.
Berkebolehan menyediakan kertas cadangan ringkas untuk mesyuarat dalam
tempoh yang singkat.

KANDUNGAN KURSUS

Pengenalan Kepada Mesyuarat


Jenis-jenis mesyuarat dan jawatankuasa
Peranan pengerusi, setiausaha dan ahli mesyuarat
Pengurusan Mesyuarat
Sebelum mesyuarat, perancangan untuk bermesyuarat
Semasa mesyuarat, prosedur di dalam mesyuarat
Selepas mesyuarat dan keperluan minit mesyuarat

Penulisan Minit Mesyuarat


Kandungan dan format lazim
Olahan bahasa berbanding ringkasan

Bengkel Mesyuarat
Protokol dan bahasa semasa mesyuarat
Teknik catatan minit semasa mesyuarat

Penulisan Kertas Cadangan/Kerja


Format lapuran lengkap berbanding lapuran ringkas
Mengumpul dan menyusun maklumat
Kesimpulan, cadangan dan penutup

Bengkel penyediaan kertas cadangan ringkas untuk edaran mesyuarat.

CARA PENGENDALIAN KURSUS


Untuk memastikan keberkesanan program dan meningkatkan tahap pembelajaran bagi
setiap peserta, program ini akan dikendalikan secara santai dengan kombinasi seperti
berikut:

Ceramah
Latihan praktikal
Kajian Kes
Perbincangan kumpulan
Pembentangan kumpulan

SEBUTHARGA KURSUS

RM895.00 untuk setiap peserta termasuk makan/minum (3 kali sehari) semasa kursus,
beg sandang, fail dan nota serta sijil penyertaan. Diskaun kumpulan: 3 peserta atau
lebih, potongan 10% dan diskaun pendaftaran awal tambahan potongan 7% apabila
daftar sebelum 25 Jun, 2016.

PENCERAMAH

En. Nik Mohamed Fakaruddin b. Nik Mahir adalah pengasas IKTPP yang ditubuhkan
pada tahun 2002. Beliau berumur 49 tahun dan berkelulusan Sarjana Eksekutif
Komunikasi Korporat & Perhubungan Awam, Asia e University, Sarjana Muda
Pengurusan Majlis (Kepujian), UiTM dan Diploma Sains Kesetiausahaan, ITM. Beliau
pernah berkhidmat dengan agensi Kerajaan dalam bidang pengurusan dan juga terlibat
di dalam bidang kesetiausahaan dalam badan bukan kerajaan yang berprestij. Beliau
juga menulis beberapa judul buku termasuk buku rujukan pengurusan pejabat. CV
penceramah akan diedarkan bersama sebutharga.

KUMPULAN SASAR

Gred 17 48.

MAKLUMAT PENTADBIRAN

Tempahan Hotel dan pelbagai kemudahan berdekatan Pusat Latihan IKTPP boleh
dibuat terus kepada Orange Hotel, tel: 03-61504050 atau WL Hotel, tel: 03-61508269.
Jadual kursus 8.30am 4.30pm, jadual terperinci dan maklumat berkaitan seminar
akan diemel seminggu lebih awal. Muat turun borang pendaftaran peserta.

Kursus yang diadakan di Pusat Latihan IKTPP adalah seiring dengan penjimatan kos
pentadbiran jabatan dan agensi Kerajaan. Di sini IKTPP akan dapat melaksanakan
kursus-kursus di atas mengikut jadual walaupun bilangan peserta tidak ramai. Selain
itu, kemudahan tempat letak kereta percuma, wifi dan bilik sembahyang disediakan.
Urusetia IKTPP akan menyediakan khidmat pengangkutan antara hotel dengan pusat
latihan. Lokasi pusat latihan dan hotel adalah 15 minit menaiki kereta dari lapangan
terbang Subang Skypark, di Subang.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami. Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Pengetua
Nik Mohamed Fakaruddin b. Nik Mahir, HP: 018-3740050, eximlink1@hotmail.com,
nik@iktpp.edu.my
Institut Kemahiran Teknologi Pejabat & Pengurusan (SA0006607-D)
No. 2A-G & 2A-F, Jalan DC4/3, 47000 Sungai Buloh
Selangor Darul Ehsan
HP: 018-3740050 | Tel: 03-60383764 | Faks: 03-60388475
www. iktpp.edu.my
www.facebook.com/Iktpp

Tarikh kemaskini: 24/05/2016

You might also like