You are on page 1of 5

Pada era globalisasi tanpa limitasi kini, kita dapat melewati pelbagai program dan

aktiviti yang sering dianjurkan terutamanya di sekolah, universiti dan juga jabatan kerajaan.
Setiap majlis mempunyai tujuan dan objektif yang berbeza. Namun begitu, sama ada ia
majlis rasmi atau tidak rasmi, sesuatu majlis itu mestilah disusun dan dirancang dengan teliti
sebelum pelaksanaannya. Hal ini demikian kerana bagi mengelakkan berlakunya sebarang
kepincangan yang tidak diingini semasa majlis tersebut berlangsung. Oleh itu, perancangan
dan pelaksanaan yang rapi perlu dilakukan bagi menjaga imej sesuatu organisasi itu. Antara
perkara yang penting ialah persediaan atur cara majlis, senarai tetamu kehormat yang hadir
dan atur cara pentadbiran.

Majlis bermaksud perjumpaan orang ramai untuk sesuatu tujuan tertentu atau
keramaian iaitu perayaan ataupun pesta. Orang ramai akan berkumpul di suatu tempat yang
mempunyai suatu set peraturan dan adat untuk mengawal ketertiban, kesopanan, dan
keharmonian dalam pelaksanaan sesuatu majlis. Secara umunya, terdapat tiga jenis majlis
iaitu majlis rasmi, majlis separuh rasmi dan majlis tidak rasmi (Khairuddin Mohamad et. al,
2012).

Majlis rasmi bermaksud suatu majlis, upacara, keramaian yang diadakan ataupun
diwujudkan di sekolah, pejabat dan tempat yang bertutup. Majlis rasmi ini kebanyakannya
dianjurkan oleh kerajaan, sebuah organisasi ataupun jabatan. Ia dilancarkan dengan penuh
susunan yang teratur dari segi pakaian dan pertuturan yang efisien. Kebanyakan majlis
rasmi jarang dilakukan secara kerap. Contoh majlis rasmi ialah majlis Hari Anugerah
Kecemerlangan, Mesyuarat Agung PIBG dan juga majlis Konvekesyen di universti.

Majlis tidak rasmi pula ialah suatu majlis yang dianjurkan oleh pihak swasta ataupun
sesuatu organisasi bukan kerajaan di mana keseluruhan kos penganjuran dan perlaksanaan
dibiayai sepenuhnya oleh penganjur dan semua yang terlibat tidak perlu mematuhi
sepenuhnya peraturan dan adat majlis yang rasmi. Antara contoh majlis tidak rasmi yang
kita dapat lihat di Malaysia ialah sambutan hari keluarga, rumah terbuka pada hari perayaan
seperti Hari Raya Cina, Deepavali dan Aidilfitri yang diadakan di rumah jiran tetangga.
Laras bahasa menurut Nik Safiah Karim (1982) menyatakan bahawa laras
bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa.Sesuatu laras akan sentiasa
berubah-ubah berdasarkan fungsi dan keadaan.Oleh itu, banyak jumlah laras bahasa wujud
dalam sesuatu masyarakat kerana selari dengan kewujudan situasi-situasi
penggunaanbahasa. Di samping itu, setiap laras menitikberatkan pilihan kata atau istilah
dan menggunakan struktur ayat yang berlainan mengikut disiplin atau bidang tertentu. Untuk
kita belajar matematik, kita akan menggunakan laras bahasa matematik yang sesuai
manakala untuk belajar bahasa Melayu, bahasa sastera yang tinggi akan dipelajari dan
dipergunakan.

Sudah semestinya, terdapat banyak perbezaan di antara majlis rasmi dan majlis
tidak rasmi. Perbezaan yang dapat kita lihat ialah dari segi laras bahasa, etika pemakaian,
pengaturcaraan majlis, dan juga aktiviti program pada majlis tersebut. Perbezaan tersebut
memberikan impak yang besar kepada sesuatu majlis sama ada dalam keadaan untuk
bergembira, meraikan ataupun sebagainya

Antara yang akan diperincikan ialah perbezaan dari segi laras bahasa. Kebiasannya,
majlis rasmi terutamanya pihak sekolah akan menjemput orang-orang kenamaan untuk
hadir ke majlis tersebut. Sebagai contoh Menteri Pendidikan, Pegawai Pendidikan Daerah
dan pengetua bagi menjadi tetamu yang paling penting untuk menyempurnakan majlis. Oleh
itu, pengacara akan menyebut gelaran yang sesuai kepada tetamu kehormat seperti Yang
Berbahagia, Yang Berhormat dan juga Seri Paduka Baginda. Gelaran-gelaran ini
memberikan penghormatan yang besar atas kesudian mereka untuk menghadiri sesuatu
majlis.

Sementara itu, laras bahasa pada majlis tidak rasmi pula ia tidak menggunakan
bahasa yang formal malah lebih santai dan bersahaja kepada para tetamu. Ini disebabkan,
para tetamu yang hadir dalam majlis tidak rasmi ini merupakan orang yang rapat seperti ahli
keluarga, saudara dan juga rakan-rakan. Panggilan hormat pula cuma kepada golongan
yang lebih tua dan bagi meraikan anak-anak kecil untuk menceriakan majlis tersebut. Dari
segi bahasa pula ia menggunakan bahasa yang lebih mudah untuk difahami dan singkat
serta tidak berpantun serta berpuisi.

Selain itu, perbezaan majlis rasmi dan tidak rasmi ialah dari segi etika pemakaian.
Pada majlis yang rasmi, pakaian mestilah mengikut peraturan pada sesuatu majlis,
bertujuan untuk mencerminkan kredibiliti, kreativiti dan keupayaan sesebuah organisasi
untuk menganjurkan sesebuah majlis. Sebagai contoh, pada majlis jamuan makan malam
yang formal, golongan lelaki perlu memakai pakaian baju kebangsaan iaitu baju melayu
secara keseluruhan termasuk songkok dan juga sampan, manakala golongan wanita pula
perlu memakai baju kurung ataupun baju kebaya yang labuh. Etika pemakaian diwujudkan
bagi menjaga adab serta menunjukkan identiti seseorang mahupun sesebuah institusi.

Pada majlis tidak rasmi pula, seseorang itu bebas untuk memakai apa-apa pakaian
asalkan ia berpakaian sopan dan tidak menjolok mata. Secara zahirnya, etika yang sebegini
akan memudahkan para tetamu untuk hadir dan mengunjungi majlis tersebut. Tamsilnya,
pada majlis hari keluarga. Semua ahli keluarga akan disarankan untuk memakai pakaian
sukan tetapi tidak diletakkan syarat untuk memakai warna yang sama dan juga jenama baju
yang sama. Oleh itu, etika pemakaian akan berbeza mengikut situasi dan tujuan program
tersebut diadakan tanpa terikat dengan kod-kod pakaian yang tertentu.

Berdasarkan huraian yang telah diberikan, saya dapat menghubungkaitkan antara


pengalaman saya pada waktu sekolah dahulu dan maklumat pada dua majlis tersebut. Pada
waktu sekolah, seringkali diadakan majlis tidak rasmi iaitu perhimpunan harian di mana
semua murid dan juga guru akan terlibat dan aktivitinya melibatkan semua individu dalam
sekolah tersebut dan kesemuanya akan bersama-sama membaca al-Mathurat. Guru yang
bertugas akan memberikan laporan harian kepada para pelajar. Dari segi pemakaian pula
semua pelajar tidak diwajibkan untuk memakai pakain formal sewaktu perhimpunan harian
tersebut diadakan. Selain itu, pihak sekolah juga pernah mengadakan majlis makan malam
formal di dewan termasuk pelajar asrama serta warden yang terlibat. Majlis ini mempunyai
tema pemakaian iaitu berwarna merah dan majlis ini tersusun rapi mengikut atur cara yang
ditetapkan serta dilengkapi dengan pelbagai aktiviti yang menarik.

Pada majlis makan malam formal tersebut, pelbagai persediaan telah dilaksanakan
bagi melancarkan program tersebut. Antaranya, penubuhan ahli jawatankuasa mengikut
bidang-bidang tertentu dan membuat atur cara majlis menjadi lebih lancar. Hal ini demikian
kerana atur cara majlis berfungsi sebagai panduan kepada pegawai yang terlibat
mengendalikan majlis, di samping dapat mengikut dan mengawal masa yang ditetapkan
seterusnya boleh dijadikan rekod atau panduan kepada tetamu yang hadir. Di samping itu,
membuat senarai nama tetamu kehormat supaya dapat menyusun atur tempat duduk
tetamu kehormat dengan kedudukan yang betul, bilangan yang betul, mengumumkan
ketibaan dan kepulangan mengikut tertib tetamu kenamaan, penyampaian cenderamata dan
perkara lain yang berkaitan.

Seterusnya, ahli jawatankuasa kerja logistik perlu ditubuhkan bertujuan bagi


menyediakan alatan untuk aktiviti yang bakal diadakan serta mewujudkan segala keperluan
berkaitan teknikal bagi melicinkan perlaksanaan program. Tidak kurang juga pentingnya
pengacara majlis yang merupakan nadi kepada majlis tersebut. Seseorang yang
dipertanggungjawabkan perlu menyediakan diri dari segi jasmani dan rohani serta
berkobolehan untuk bertutur dengan lancar dan berkesan.Datuk Mahathir Lokman pernah
menyatakan bahawa seseorang pengacara tidak boleh datang mengacara majlis dengan
keadaan emosi tidak baik dan monyok. Terlebih ceria juga tidak digalakkan sama sekali.
Mereka akan memberikan pengumuman mengenai kehadiran tetamu kehormat serta akan
melabuhkan tirai bagi sesuatu majlis.

Konklusinya, majlis-majlis yang dibuat sudah pasti mempunyai agenda dan tujuan
yang tersendiri sama ada untuk meraikan, penganugerahan ataupun untuk bergembira.
Jadi, kita sebagai tetamu ataupun penganjur perlulah menyelidik terlebih dahulu tujuan
program yang ingin dilakukan supaya kelancaran dan majlis tersebut berjaya dijayakan.
Penganjur juga perlu membuat persediaan yang rapi agar program yang dijalankan sentiasa
lancar dan tiada halangan yang mencacatkan. Selain itu, mereka juga perlu memilih tempat
yang sesuai dengan aktiviti yang dilaksanakan serta mempunyai barangan dan fasiliti yang
mencukupi bagi memberi kemudahan kepada para tetamu.
RUJUKAN

Aiman Fadhil. (2012, April 1). Academia.Edu. Diambil daripada


https://www.academia.edu/7198087/Definisi_Pengacara_Majlis

Ameer, Azlan. (2011, Januari 17). WordPress.Com. Diambil daripada


amerazlan.wordpress.com: https://amerazlan.wordpress.com/2011/01/17/peranan-
pengacara-majlis-protokol-dan-etiket-sosial-bahagian-2/

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Khairudin Mohamad, Maridah Alias, Siti Normaniaseh Zakaria, Fauziah Shamsudin, Maria
Mansur. (2012). Bahasa Melayu Kontekstual. Kuala Lumpur : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Muhammad Ahmad. (2011). Garis Panduan Tatacara Membaca Doa Di Majlis-Majlis Rasmi
Dan Separuh Rasmi Kerajaan . Panduan Doa Rasmi, 1-20.

Universiti Kebangsaan Malaysia. Struktur Organisasi 2019.UKM, Bangi .Diambil daripada


http://www.ptm.ukm.my/staff-department/pengurusan/

You might also like