You are on page 1of 2

FORUM PROTOKOL DAN ETIKET

Definisi majlis rasmi ialah suatu majlis, upacara, keramaian, perjumpaan


yang diadakan di sekolah atau pejabat dengan diperakukan oleh kerajaan,
jabatan atau organisasi. Ia dijalankan dengan dengan lancar, elok, bersih
dan tersusun dari segi tugas, susun atur, program, pertuturan, pakaian dan
sebagainya. Antara isu yang sering timbul ialah

Susunan tempat duduk


Kadang-kadang pihak pengurusan sekolah kurang perihatin tentang
susunan tempat duduk bagi VIP yang menyebabkan kedudukan
mereka nampak janggal oleh orang ramai yang turut dijemput. Turut
perlu diambil berat juga tentang pasangan masing-masing yang turut
hadir. Begitu juga dengan bilangan kerusi di pentas kadang-kadang
tidak mencukupi.

Pakaian yang sesuai


Warga sekolah patut peka dengan pakaian supaya sesuai dengan
majlis rasmi yang diadakan, samada perlu pakai batik atau pakaian
biasa. Ada sesetengah guru memakai tali leher tetapi bersama baju
kemeja lengan pendek. Tidak kena dengan protokol berpakaian.

Pengacara majlis
Personaliti yang sangat penting dalam sesuatu majlis. Kecelaruan
pengacara majlis boleh menyebabkan majlis yang sepatutnya meriah
menjadi hambar dan kelam kabut. Pengacara majlis perlu mengenal
pasti betul-betul siapakah VIP yang hadir dan apakah gelaran yang
digunakan. Perlu menjalankan raptai beberapa kali supaya lancar.

Masalah alat siaraya


Alat siar raya terlalu kerap membuatkan sesuatu majlis menjadi
terganggu kerana kurang jelas atau terus tidak beroperasi. Tuan
rumah perlu menyediakan alternatif yang lain kerana alat siar raya

menghadapi masalah walaupun sebelum hari kejadian telah diuji


beberapa kali.

Nyanyian dan menaikkan bendera


Sekiranya sesuatu majlis memerlukan nyanyian lagu-lagu rasmi.
Pihak sekolah perlu memastikan bahawa lagu rasmi tersebut yang
terkini dan dinyanyikan mengikut urutan yang betul. Begitu juga
dengan menaikkan bendera rasmi mengikut lagu dan urutan

You might also like