You are on page 1of 50

PENGARUH PEMBACAAN KOMIK TERHADAP

PSIKOSOSIAL PELAJAR TINGKATAN 4 SEKOLAH MENENGAH TEKNIK


DI DAERAH JOHOR BAHRU

BAB 1

Pendahuluan

1.0

Pengenalan

Perkembangan teknologi yang pesat telah menyebabkan berlakunya banyak kemajuan


dalam media massa termasuklah bidang pencetakan dan penyiaran. Kemajuan ini telah
berjaya meletakkan industri ini lebih

terkehadapan dalam penghasilan karya dan

penyebaran maklumat. Akibatnya pengaliran maklumat menjadi lebih cepat dan lancar
serta terkini.

Media massa boleh dikatogerikan kepada dua kumpulan utama iaitu media cetak
dan media elektronik. Media cetak termasuklah majalah, komik dan akhbar, manakala
media elektronik merangkumi radio, televisyen dan teknologi baru komunikasi.

Majalah dan komik menarik perhatian orang ramai dewasa ini. Minat masyarakat
terutamanya kanak-kanak dan remaja terhadap komik, bukanlah sesuatu yang baru.
Remaja yang dimaksudkan adalah terdiri daripada kalangan pelajar-pelajar yang berusia

diantara 13 tahun hingga 20 tahun. Sejak dahulu lagi orang memperkatakan tentang
komik yang cukup sinonim dengan kanak-kanak. Sukar untuk dinafikan bahawa
masyarakat kita sejak dari dahulu lagi begitu gemar kepada bahan bacaan yang berbentuk
ringan ringan iaitu mudah difahami dan tidak memerlukan pembacanya memikirkan
tentang perkara yang ingin disampaikan disebaliknya. Justeru itu majalah komik sering
dianggap tidak menyumbangkan kepada pencatusan idea dan pemikiran positif.

Usia penghasilan komik di Malaysia boleh dikatakan agak lama juga. Kini tradisi
penerbitan komik menjadi lebih beraneka ragam lagi. Umpamanya, komik-komik bukan
sahaja dihasilkan untuk siaran akhbar sahaja tetapi telah dijadikan dalam bentuk buku dan
majalah dengan cerita-cerita panjang dan bersiri. Terdapat juga cerita-cerita di dalam
komik yang dijadikan siri televisyen bersiri dan filem seperti Usop Santorian dan Kluang
Man di Malaysia dan lebih ketara lagi kalau di barat seperti Batman, Supermen,
Spiderman, Sesame Street dan sebagainya.

Menurut Ratnawati (1994), jika dibuat perbandingan pasaran komik di Malaysia


terdapat tiga perbezaan komik dari segi penerbitannya. Perbezaan tersebut ialah dari segi
komik tempatan, komik terbitan tempatan (saduran komik asing) dan komik asing.
Contoh komik tempatan ialah Ujang, Anak-anak Sidek, Varia Lawak dan Usop
Sontorian. Manakala komik tempatan yang dialih bahasakan daripada komik asing ialah
Doraemon, Mutiara Naga, Pedang Setiawan, Alam Perwira dan Detektif Konan.
Sementara komik asing ialah Batman, Spiderman, Conan The Barbarian dan Garfield
( Lampiran 1 ). Bentuk cerita yang dipaparkan dalam komik Hong Kong misalnya, lebih

bercirikan kepada dendam dan pertarungan. Manakala komik Jepun pula banyak
memaparkan idea-idea baru yang kreatif dan memberikan kesan dari segi hiburan dan
kesedaran, disamping itu tidak kurang juga unsur-unsur negatif yang bertentangan dengan
nilai masyarakat timur terutamanya Malaysia. Komik dari Barat seperti Amerika pula
banyak memaparkan watak-watak super-hero. Secara keseluruhannya, boleh dikatakan
komik dari Jepun dan Hong Kong yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu lebih
banyak diperkatakan dan menguasai pasaran pada hari ini.

Menurut Rustam (1994), di seluruh alam berbudaya cina ( termasuklah Jepun,


China, Hong Kong, Taiwan dan Korea), komik merupakan satu bentuk media yang
penting. Ini adalah kerana komik yang dihasilkan bukan sahaja boleh menyebabkan
pembacanya ketawa tetapi turut mencabar minda dan daya fikir.

Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan melihat kesan terhadap minda, fikiran,
sikap dan perlakuan remaja akibat pembacaan majalah komik.

1.1

Kenyataan Masalah

Pembacaan komik tentunya boleh menimbulkan berbagai-bagai kesan kepada pembaca


terutamanya golongan pelajar-pelajar sekolah. Kesannya boleh dilihat berdasarkan
kepada perubahan pengetahuan, sikap dan tingkah laku pembaca yang membaca komik
semada perubahan secara positif atau negatif.

Di Malaysia, jumlah penerbitan komik amat tinggi. Kumpulan yang menjadi sasaran
kepada penerbit komik ialah golongan remaja dan kanak-kanak yang teridiri daripada
pelajar-pelajar sekolah. Komik juga boleh dikatogerikan sebagai bahan bacaan yang
ringan dan sudah semestinya akan menjadi pilihan kepada golongan terbabit.

Minat yang mendalam golongan tersebut mungkin menimbulkan kesan yang


negatif terhadap perubahan psikososial mereka dari segi pengetahuan, sikap dan tingkah
laku. Kesan negatif ini menjadi kebimbangan masyarakat terutamanya ibu bapa, guruguru dan pihak kerajaan. Komik dari Hong Kong misalnya banyak memaparkan unsurunsur keganasan, seks dan tahyul seperti Anak-anak Wira, Pendekar Laut, dan Juara
Wira. Bagi masyarakat yang beragama Islam pula komik yang memaparkan cerita-cerita
yang bergama Buddha yang keterlaluan seperti Alam Perwira dan Anak-anak Wira
mungkin akan mempengaruhi pembaca terutamanya kepada pelajar di peringkat awal
remaja yang belum dapat berfikir dengan matang.

Secara amnya, penggunaan majalah komik oleh pembaca adalah untuk


mendapatkan hiburan. Namun begitu, pembacaan yang terlalu kerap mungkin akan
memberikan berbagai-bagai kesan kepada pembaca terutamanya pelajar. Kesannya boleh
dilihat dari tiga aspek iaitu pengetahuan, sikap dan tingkah laku. Berikut persoalan yang
ingin dipersoalkan dalam kajian ini;

1. Siapakah pembaca majalah-majalah komik yang banyak di pasaran sekarang?


2. Mengapa mereka sanggup membelanjakan wang yang begitu banyak untuk
membeli komik-komik tersebut.?
3. Komik manakah yang menjadi pilihan mereka?
4. Adakah ia mengubah taraf pengetahuan mereka?
5. Adakah ia mengubah sikap mereka? dan,
6. Sejauh manakah ia mengubah tingkah laku mereka?

1.2

Objektif Kajian

Objektif umum kajian ini ialah untuk melihat kesan pembacaan komik kepada golongan
remaja melalui perubahan psikososial dari segi pengetahuan, sikap dan tingkah laku
pelajar.

Objektif khusus kajian ini ialah untuk ;

1. Mengetahui latar belakang pembaca komik;


2. Mengetahui kategori komik yang menjadi pilihan responden;
3. Mengetahui judul komik yang menjadi pilihan responden;
4. Melihat kesan terhadap pengetahuan pembaca komik;
5. Melihat kesan terhadap sikap pembaca komik; dan
6. Melihat kesan terhadap tingkah laku pembaca komik.

1.3

Hipotesis Kajian

Berdasarkan tajuk kajian yang akan dijalankan, pengkaji telah melihat beberapa perkaraperkara untuk dijadikan hipotesis kajian. Hipotesis kajian ini ialah :-

1. Mengkaji hubungan antara pengaruh pembacaan komik dengan perubahan


pengetahuan di kalangan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik di daerah
Johor Bahru.
2. Mengkaji hubungan antara pengaruh pembacaan komik dengan perubahan sikap
dikalangan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik di daerah Johor Bahru.
3. Mengkaji hubungan antara pengaruh pembacaan komik dengan perubahan
tingkah laku di kalangan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik di daerah
Johor Bahru.

1.4

Kepentingan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat mengenai pengaruh majalah komik
terhadap golongan remaja terutamanya pelajar-pelajar sekolah menengah di daerah Johor
Bahru. Hasil kajian ini dapat memberikan maklumat yang penting kepada Pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia, Pentadbir-pentadbir sekolah terutamanya Sekolah
Menengah Teknik, guru-guru, keluarga, kartunis dan masyarakat amnya.

Hasil kajian ini boleh digunakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
menyediakan program-program bagi membantu guru-guru untuk menyediakan bahan
pengajaran dan pembelajaran yang lebih afektif dan dapat menarik minat pelajar untuk
mengikuti pembelajaran disekolah. Pendekatan yang diperolehi ini juga dapat
menimbulkan minat pelajar-pelajar yang mempunyai masalah dalam pembelajaran untuk
terus mengikuti pembelajaran mereka.

Dapatan yang diperolehi daripada kajian ini juga dapat digunakan oleh pentadbirpentadbir sekolah menengah terutamanya pentadbir Sekolah Menengah Teknik untuk
menyediakan kemudahan dan kemahiran yang perlu bagi seseorang tenaga pengajar
dalam memastikan tenaga pengajarnya mempunyai kepakaran dalam menarik perhatian
para pelajarnya.

Bagi kartunis pula ia akan memberikan langkah-langkah yang positif dalam


penghasilan karya-karya yang lebih bermutu dan sesuai dengan kehendak pembaca,
terutama sekali golongan pelajar yang menjadi pembaca komik yang dominan. Aspek
kesesuaian ini bukan sahaja dari aspek jalan cerita yang menarik tetapi yang lebih penting
ialah dapat memberi perubahan positif dari segi pengetahuan, sikap dan tingkah laku
kepada pembaca.

Diharapkan pembacaan majalah komik tidak hanya memberikan hiburan kosong


semata-mata kepada para pembacanya terutama sekali pelajar-pelajar, tetapi dengan
pembacaan komik ini juga pelajar dapat menerima maklumat yang bermakna dalam

membentuk sahsiah yang baik disamping berhibur. Sudah sampai masanya bagi kartunis
melahirkan karya-karya yang lebih bertanggungjawab dan mengangkat martabat agama,
bangsa dan negara.

1.5

Limitasi Kajian

Kajian yang dilakukan ini hanya melibatkan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik
yang berumur diantara 16 tahun hingga 17 tahun sahaja. Selain itu, kajian ini hanya
dijalankan di Sekolah Menengah Teknik di daerah Johor Bahru sahaja. Oleh itu, segala
dapatan yang diperolehi daripada kajian ini tidak semestinya boleh diguna pakai untuk
sekolah-sekolah menengah teknik yang lain di Malaysia dan juga sekolah-sekolah
menengah yang terdapat di malaysia.

Memandangkan aspek pengaruh dapat dilihat dan diperolehi hasilnya melalui


kajian yang lama dan lebih mendalam, maka agak sukar untuk pengkaji memperolehi
hasil-hasil yang terperinci. Ekoran daripada dapatan hasil kajian yang diperolehi nanti
akan lebih bersifat luaran sahaja dan tidak begitu mendalam. Ia lebih mirip kepada
tanggapan kerana perubahan mengambil masa yang lama dalam pembentukan diri
individu.

1.6

Definisi Operasional

Operasionalisasi pemboleh ubah ialah pemberian sesuatu nombor atau kod dalam bentuk
angka numeric kepada sesuatu angkubah atau ciri sesuatu kes. Bagi kajian ini,
pemboleh ubah bebas yang dikaji ialah maklumat pembacaan komik. Manakala
pemboleh ubah bersandar yang akan dikaji ialah perubahan psikososial dari segi
perubahan pengetahuan, perubahan sikap dan perubahan tingkah laku pelajar.

Bahagian ini akan menghuraikan istilah-istilah dan definisi yang digunakan.


Istilah-istilah yang diberi perhatian adalah komik ( majalah), psikososial , pelajar
tingkatan 4 (remaja), dan Sekolah Menengah Teknik.

1.6.1

Komik ( majalah )
Konseptual - Komik atau majalah merupakan satu bahan yang digunakan
untuk dibaca atau untuk mendapatkan maklumat. Surat khabar, majalah
dan televisyen termasuk dalam kategori media massa. Banyak kajian telah
dijalankan mengenai media massa.
Operasional Komik atau majalah yang kebanyakkannya mempunyai
ilustrasi yang berkaitan dengan persekitaran alam perlawanan.

1.6.2

Psikososial
Konseptual Psikososial ialah pelbagai kemahiran untuk membentuk
sahsiaah cemerlang. Sahsiah yang cemerlang akan menghasilkan warga

berketerampilan, produktif, asertif serta kental semasa menghadapi segala


bentuk cabaran atau kekurangan dan sentiasa bersyukur.
Operasional Psikososial dalam kajian ini ialah perubahan yang berlaku
kepada sikap, tingkah laku dan pengetahuan pelajar terhadap pembacaan
komik.

1.6.3

Pelajar tingkatan 4 ( remaja )


Remaja bermula dari peringkat akil baligh dan akan berakhir apabila telah
memiliki emosi yang telah teguh.
Konseptual - remaja bermaksud seseorang yang telah mencapai umur
tanggung jawab jenayah ditetapkan di bawah seksyen 82 Kanun
Keseksaan dan di bawah umur 18 tahun mengikut akta kanak-kanak 2001
( Akta Kanak-kanak 2001 ).
Operasional - remaja yang dikaji ialah pelajar-pelajar tingkatan empat di
sekolah-sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru, Johor.

1.6.4

Sekolah Menengah Teknik


Konseptual - Sekolah menengah teknik ialah satu pusat pembelajaran yang
terlibat dengan proses pengajaran dan pembelajaran.
Operasional Sekolah menegah teknik yang terlibat dalam kajian ini ialah
Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru, Sekolah Menengah
Teknik Johor Bahru, dan Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri.

10

1.7

Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat dibuat daripada bab ini ialah pengkaji ingin menerangkan tentang
tujuan dan matlamat serta sasaran yang digunakan dalam kajian yang inging dilakukan.
Oleh kerana itu, pengkaji perlu menerangkan sesuatu tajuk objektif dan penyataan
masalah yang tepat untuk memudahkan pengkaji menjalankan kajian. Sekiranya objektif
dan penyataan masalah yang diberikan kabur, pengkaji mahupun orang lain yang
membaca atau laporan kajian yang dijalankan tidak dapat memahami dan mengetahui apa
yang ingin di kaji oleh pengkaji.

Menurut Othman Mohamed (2003), sesuatu penulisan akademik tidak lengkap


sekiranya penyataan masalah tidak dinyatakan dengan tepat. Ketepatan penggubalan
penyataan masalah akan memberikan panduan kepada penyelidik supaya menumpukan
perbincangan kepada menganalisis isu yang dikaji. Ini bermakna sesuatu kajian atau
penulisan akademik memerlukan penyataan masalah supaya perkara yang ingin dikaji
dapat diperolehi dengan sepenuhnya tanpa melencong ke arah atau persoalan yang lain.

Selain itu, batasan kajian atau limitasi kajian menunjukkan sesuatu kajian itu
mempunyai halangan-halangan yang tersendiri yang tidak dapat dielakkan. Ini kerana
ianya akan menjadikan kajian tersebut lebih bermakna dan akan menjadi persoalan
kepada pengkaji-pengkaji yang lain. Melalui definisi operasional pula, pengkaji dapat
menerangkan perkara yang ingin dikaji oleh pengkaji dengan memberikan definisi

11

daripada perkataan-perkataan dan juga secara keseluruhan daripada tajuk kajian yang
dijalankan.

Pemboleh ubah juga penting dalam bab ini dimana peranannya adalah untuk
memberikan panduan kepada pengkaji tentang apa yang ingin dikajinya. Dengan itu,
pengkaji akan memastikan perkara yang dikajinya akan menepati kehendak hipotesis dan
penyataan masalah yang telah dinyatakan. Melalui pemboleh ubah juga, pengkaji dapat
mencari sorotan kajian yang sesuai dan releven dengan tajuk yang dipilih.

Definisi operasional pula adalah bertujuan untuk menerangkan tentang perkara


yang ingin dikaji dalam kajian yang dilakukan oleh pengkaji tersebut. Oleh kerana itu,
definisi operasional dapat memberikan gambaran kepada pengkaji dan juga orang lain
tentang perkara yang ingin dikaji.

12

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.0

Pengenalan

Bab ini membincangkan tentang kajian-kajian yang dilakukan oleh pengkaji yang
terdahulu. Walaubagaimanapun, kajian-kajian yang lalu tidak banyak memfokuskan
kepada pengaruh atau kesan pembacaan majalah komik terhadap perubahan psikososial
pelajar. Namun begitu, kajian yang lalu banyak menyatakan kesan dan pengaruh yang
dihadapi oleh pelajar terhadap media massa.

Media massa disini boleh dikatogerikan kepada dua kumpulan utama iaitu media
cetak dan media elektronik. Media cetak termasuklah majalah, komik dan akhbar,
manakala media elektronik merangkumi radio, televisyen dan teknologi baru komunikasi.

Perkara-perkara yang menjadi fokus kepada sorotan kajian ini ialah ciri-ciri
remaja, pengaruh media massa secara menyeluruh, dan kesan media terhadap remaja,
media massa sebagai egen sosialisasi.

13

2.1

Ciri-Ciri Remaja

Pelbagai takrifan tentang remaja diberikan dalam berbagai sudut pandangan. Ada yang
menyatakan remaja bermula dari peringkat akil baligh dan akan berakhir apabila telah
memiliki emosi yang telah teguh. Umumnya pada peringkat ini remaja inginkan
kebebasan sepenuhnya daripada ibu bapa tetapi sebaliknya berlaku, kerana kebebasan
yang mereka inginkan tidak diperolehi sepenuhnya.

Menurut Brook (1981), alam remaja merupakan satu jangka masa peralihan dari
alam kanak-kanak ke alam dewasa dan akan memperolehi kemahiran intelek, sosial,
emosi dan personaliti sebagai persediaan untuk menempuh alam dewasa. UNIESCO
(1981) pula menyebutkan bahawa dalam kebanyakan bahagian di dunia, golongan remaja
membentuk majoriti daripada keseluruhan jumlah penduduk di atas muka bumi. Di
beberapa buah negara, khususnya sebagaimana yang dipaparkan oleh sebahagian besar
negara-negara yang masih berusaha melepaskan diri daripada cengkaman kemunduran
ekonomi, golongan remaja membentuk diri mereka sebagai bekalan tenaga manusia yang
dikerah sehabis-habisnya untuk pelbagai maksud peningkatan ekonomi keluarga, tujuantujuan sosial sehinggalah kepada penerusan kehidupan semata-mata.

Remaja sering dirujuk sebagai jangka masa peralihan antara zaman kanak-kanak
dengan zaman kedewasaan dalam kehidupan seseorang. Sebahagian sarjana, seperti
Erikson (1963) dan Muuss (1975) memperlihatkan remaja berdasarkan pemeringkatan
umur antara 10 hingga 21 tahun; peringkat pra pada tahap umur 10 hingga 12 tahun; awal

14

remaja pada tahap 12 hingga 14 tahun; pertengahan remaja pada peringkat 14 hingga 16
tahun; lewat remaja pada peringkat 16 hingga 18 tahun dan peringkat akhir sekali iaitu
peringkat akhir remaja pada umur 18 hingga 21 tahun.

Satu lagi ciri yang terdapat pada remaja ialah mereka pemalu dan kurang
berkeyakinan pada diri sendiri. Namun begitu terdapat juga remaja yang bersikap serius,
matang dan bertanggungjawab (Chiam dan Nik Aziz, 1982).

Adams (1980) pula cenderung melihat konsep remaja dari segi keseluruhan ruang
pembangunan kehidupan remaja sebagai individu. Menurutnya, konsep remaja terjelma
apabila seseorang kanak-kanak mula merasakan keperluan dan pergantungannya serta
perhatian dan perlindungan keluarga semakin berkurangan. Penampilan remaja tersebut
kian terserlah apabila aspek-aspek fisiologi dan pertumbuhan hormon semakin
memperlihatkan kematangan. Apabila keadaan ini berlaku, anak tadi dikatakan semakin
menghampiri keremajaan apabila sudah mula berasa dia semakin perlu bertanggungjawab
bukan sahaja terhadap dirinya sendiri malah terhadap orang lain juga.

Mitchell (1979) pula berpendapat bahawa tiada peringkat hidup yang lain
setanding dengan peringkat remaja dari segi kecepatan dalam pertumbuhan dan dari segi
keupayaan untuk mencetus perubahan sosial dan emosi. Beliau seterusnya berkata
bahawa tubuh badan yang sedang membesar menghasilkan ketidakselesaan dan apabila
keadaan ini ditokok tambah dengan tekanan psikologi, perasaan rendah diri dan ragu-ragu

15

terhadap diri atau ejekkan rakan serta penyisihan oleh kaum dewasa berlaku, maka proses
pertumbuhan akan menjadi lebih sukar.

Perubahan mendadak yang remaja alami memerlukan mereka menyesesuaikan


diri dengan fenomena itu dan membuat perubahan yang sesuai mengikut tanggapan diri
mereka sendiri. Masalah penyesesuaian yang mereka hadapi menyebabkan sesetengah
pengkaji melabelkan peringkat ini sebagai peringkat kecelaruan emosi (Guardo, 1975).
Peringkat ini seringkali digambarkan sebagai zaman yang bergelora dan penuh tekanan.
Bahan-bahan rujukan pula cenderung menekankan pandangan bahawa kesugulan dan
masalah tingkah laku di peringkat remaja adalah akibat gangguan psikologi remaja
( Olbrich, 1990). Nightiangale dan Wolverton (1993) berkata bahawa selain daripada
mempunyai makna yang negatif, mereka bukan lagi di peringkat kanak-kanak dan juga
bukan di peringkat dewasa. Peringkat remaja seolah-olah tiada peringkat yang jelas
dalam masyarakat.

Bandura (1975), seorang ahli teori pembelajaran sosial, sebaliknya melihat


konsep remaja sebagai suatu bentuk kesinambungan daripada zaman kehidupan kanakkanak kepada zaman kedewasaan. Segala perubahan yang tercetus sewaktu jangka masa
keremajaan hanya dilihat sebagai suatu yang bersifat kesejagatan (universal) hasil
daripada pengalaman, faktor-faktor sosial individu, warisan dan juga jangkaan manusia.
Keremajaan, menurut pandangan beliau tidak lebih daripada hanya merupakan proses
sosialisasi yang dilalui oleh setiap manusia.

16

2.2

Media Massa Dan Masyarakat

Media massa mempunyai berbagai-bagai fungsi terutamanya sebagai alat penyebaran


maklumat. Menurut Laswell (1984) telah memberikan tiga peranan yang dimainkan oleh
media massa iaitu sebagai pengawas persekitaran, penyelaras komponen dalam
masyarakat dan juga sebagai penurunan warisan nilai dan budaya. Manakala Wright
(1960) pula menambahkan satu lagi peranan media massa iaitu sebagai hiburan untuk
fungsi yang keempat.

Surat khabar, majalah dan televisyen termasuk dalam kategori media massa.
Banyak kajian telah dijalankan mengenai media massa. Menurut Syed Arabi Idid dan
Safar Hashim (1993), media massa boleh ditakrifkan dalam dua pendekatan iaitu :-

1. Secara mekanikal meliputi surat khabar, radio, majalah dan televisyen dan alatalat eletronik terbaru seperti telefon bimbit, video dan komputer.
2. Bersiap konsepsual yang menekankan perutusan datang dengan sekaligus dan
serta merta kepada audien daripada satu sumber seperti radio, komputer dan
media cetak.

Sejarah majalah di Malaysia ada kaitannya dengan sejarah dan perkembangan


surat khabar (Syed Arabi Idid, 1987). Terbitan surat khabar yang pertama muncul ialah
akhbar Inggeris iaitu akhbar mingguan The Prince of Wales Island Gazzete pada tahun
1806 dan diikuti pula oleh akhbar The Singapore Chronicle pada tahun 1824. Manakala

17

akhbar cina yang pertama ialah The Chinese Monthly Megazine pada tahun 1815. Lat
Poo pula lahir pada tahun 1881, Sing Poa pada tahun 1890 dan Jit Shin Pau pada 1899.
Akhbar Bahasa Melayu yang pertama diterbitkan ialah pada tahun 1876 iaitu Jawi
Peranakan dan diikuti Utusan Melayu pada tahun 1939. Manakala akhbar Bahasa Tamil
yang pertama dikeluarkan pada tahun 1924 iaitu akhbar Tamil Nesan. Akhbar kanakkanak yang awal diterbitkan ialah Utusan Kanak-kanak iaitu pada tahun 1952 di
Singapura, dan pada tahun 1959 di Malaysia.

2.3

Penggunaan Dan Pengaruh Media Massa

Pengaruh dan kesan media mass telah banyak dibincangkan oleh para sarjana.
Kajian-kajian yang menunjukkan kesan media massa telah banyak dilakukan.
Bagaimanapun, kesan media selalu dibincangkan mengikut bidang disiplin yang berbeza
oleh para sarjana yang mempunyai latar belakang yang juga berbeza. Oleh itu, terdapat
perbezaan pendapat dan pendekatan yang digunakan. Menurut Jalaluddin (1989), kesan
media massa sebagai apa yang dilakukan oleh media massa seperti radio, televisyen, surat
khabar dan majalah dalam menambahkan pengetahuan, mengubah sikap atau
menggerakkan perilaku seseorang.

Menurut Mohd. Hamdan (1986), kedatangan media massa di percayai boleh


mempengaruhi watak, sikap bekerja dan sistem pendidikan sesebuah masyarakat. Media
massa juga berupaya untuk menghakis kebuadayaan tradisional dan menggantikannya

18

dengan nilai-nilai asing yang banyak bercanggah dengan nilai-nilai tempatan. Penerimaan
nilai-nilai asing lebih dirasai di kalangan remaja. Di jepun, umpamanya, sikap ketekunan
bekerja dikatakan merosot akibat pendedahan kepada media massa yang kedatangannya
lebih berunsurkan keseronokkan dan berfoya-foya dari bekerja. Semua ini menimbulkan
kerisauan di kalangan masyarakat dewasa. Maka dengan itu, remaja harus dilindungi dari
berbagaikesan negatif media massa.

Sungguhpun begitu, dalam mengkaji kesan media massa, terdapat tiga pendekatan
yang boleh dilakukan iaitu :-

1) Pendekatan melihat media itu sendiri dari kesan kehadirannya kepada cara
hidup,
2) Pendekatan melihat jenis perubahan yang terjadi pada diri khalayak media
massa sama ada dari segi penerimaan maklumat, perubahan sikap dan
perubahan tingkah laku dan,
3) pendekatan meninjau kesan fizik media massa dan kesan ke atas individu,
kelompok, organisasi dan masyarakat.

Secara umumnya, kesan kognitif terjadi apabila perubahan pengetahuan,


pemahaman atau persepsi khalayak media. Ini bermakna kesan ini melibatkan
pemindahan pengetahuan, ketrampilan, kepercayaan dan maklumat. Manakala kesan
afektif pula berlaku apabila terdapatnya perubahan dari segi apa yang dirasa, disenangi
atau dibenci oleh khalayak. Kesan ini berhubungan dengan emosi, sikap dan nilai. Kesan

19

perilaku pula merupakan kesan akhir media dari sudut psikologi. Kesan ini merujuk
kepada perilaku nyata yang dapat diamati, yang melibatkan pola-pola tindakan, aktiviti
dan kebiasaan berperilaku.

Media massa sering dikaitkan dengan imej yang negatif oleh masyarakat.
Menurut Mus Chairil dan Shamsudin (1994), media tempatan terutamanya media cetak
tidak banyak membantu untuk membentuk realiti sosial untuk remaja. Kajian tentang
pemaparan remaja dalam media cetak didapati bahawa pelajar remaja mendapat liputan
sebanyak 23 peratus daipada 1 904 item berita untuk remaja dalam 13 penerbitan
sepanjang tahun 1993. Sementara itu, bagi penyanyi, pelakon dan model mendapat
liputan sebanyak 40 peratus. Liputan untuk ahli sukan cuma 6 peratus sahaja. Lain-lain
liputan termasuklah pereka fesyen, ahli perniagaan, penari dan pengganggur. Berkaitan
dengan itu, 45 peratus daripada tema berita yang dipaparkan adalah tertumpu kepada
aktiviti-aktiviti sosial, 19 peratus hiburan, 12 peratus masalah sosial, 11 peratus sukan,
dan hanya 6 peratus berkaitan dengan pendidikan. Lain-lain tema adalah jenayah
sebanyak 4 peratus dan keinsafan 4 peratus.

Kajian-kajian di barat mengakui bahawa remaja menggunakan media massa untuk


membuat ketentuan tentang sesuatu situasi yang mana mereka tidak mempunyai
pengalaman secara langsung (Hawking dan Pingree, 1982). Kajian di barat juga
menunjukkan bahawa media massa memaparkan realiti sosial yang amat berbeza dengan
realiti sebenarnya. Mereka yang mempunyai pendidikan media massa yang tinggi akan
terpengaruh dengan realiti yang dipaparkan oleh media massa. Hal ini adalah di sebabkan

20

oleh kesan penyuburan dalam jangka masa yang lama (Gerbner dan Gross, 1976 dan
Garbnet et. al, 1980). Thornton dan voight (1984) juga mendapati hubungan dengan
remaja daripada kelas sosio-ekonomi yang rendah dengan pendidikan yang tinggi kepada
media massa yang bercorak ganas dan ketertiban boleh membuatkan mereka terlibat
dalam kesalahan juvana.

Menurut pendapat Gurevitch dan Haas (1973), konsep penggunaan meliputi


masyarakat yang aktif dan berupaya memilih media yang sesuai dengan kehendak dan
jiwa mereka. Manakala pengaruh ialah kuasa atau kekuatan batin yang terbit daripada
orang ke atas orang lain untuk meninggalkan kesan tertentu. Begitu juga dengan media
massa yang boleh meninggalkan kesan atau pengaruh kepada individu.

Mohd Fadzillah (1977) menyatakan umur mempunyai perkaitan yang positif


dengan penggunaan media massa. Ini bermakna orang yang lebih dewasa akan
menggunakan lebih banyak media massa berbanding dengan remaja terutamanya pelajar.
Terdahulu Edelstein (1973) pula mendapati bahawa individu yang pendidikan tinggi
berkeinginan dan berkemampuan untuk lebih membaca berbanding mereka yang
berpelajaran rendah. Maklumat yang di perolehi daripada pembacaan yang tinggi akan
digunakan

untuk membuat

keputusan.

Ini

bermakna

pembacaan

juga

boleh

mempengaruhi individu dalam membuat keputusan. Seterusnya Lily (1976) menyatakan


bahawa masyarakat telah dididik dan menerima kekuatan media dalam menggubah
pendapat-pendapat umum..

21

Media massa dikatakan mempunyai pengaruh terhadap pembentukan realiti sosial


remaja. Media massa dianggap sebagai jendela dunia untuk remaja kerana melaluinya
remaja dapat melanjutkan jangkauan pengalamannya yang terhad kepada dunia luar oleh
kerana pengalaman yang terhad, remaja dari segi gaya hidup, hubungan seks, pemilihan
pakaian, hubungan rakan sebaya, penggunaan dadah dan minuman keras serta lain-lain
perilaku berkaitan dengan kehidupan seorang remaja (Samsuddin, 1994).

Media massa mampu membentuk pemikiran dan tingkah laku masyarakat


termasuk remaja. Lantaran itu, bahan media yang ditonton, didengar atau dibaca
hendaklah bersifat membantu meningkatkan kualiti berfikir, menyuburkan nilai-nilai
murni dan melahirkan sifat hidup yang positif di kalangan penggunanya terutamanya
pelajar. Bahan-bahan media yang hanya bersifat sensasi tidak harus disiarkan melalui
media massa. Tindakan yang lebih tegas perlu di ambil oleh pihak berkuasa untuk
menghapuskan pengedaran dan penjualan video dan bahan lucah yang mudah di dapati di
negara ini (Abdullah Al-Hadi, 1995).

Seperti bahan bacaan yang lain, komik mempunyai dua kesan iaitu positif dan
negatif. Komik berunsurkan negatif yang dimaksudkan ialah komik-komik yang isi
kandungannya berteraskan kepada keganasan, seks, dan tahyul yang bertentangan dengan
kehendak agama. Penyebaran budaya negatif melalui komik yang berunsurkan negatif
adalah satu proses pembudayaan yang perlahan.

22

Manakala Abdullah (1996), di dalam kajiannya di kalangan pelajar matrikulasi


Universiti Putra Malaysia (UPM), mendapati para pelajar membaca komik sebagai
sumber untuk mendapatkan hiburan, menghilangkan rasa bosan dan merupakan alternatif
terbaik untuk mengisi masa lapang. Hasil kajian tersebut juga mendapati pelajar tidak
bersetuju dengan kenyataan mengatakan bahawa pembacaan komik akan mempengaruhi
tingkah laku individu terbabit. Ini kerana dalam peringkat umur tersebut, pemikiran
sudah matang dan sudah dapat membezakan di antara baik dan buruk serta sebagai
teladan atau sempadan.

Media massa merupakan saluran yang berkesan dalam menyampaikan maklumat


kepada penerima. Ini adalah kerana ia sebagai agen pembantu mempercepatkan proses
pembangunanatau perubahan masyarakat. Jenis perubahan yang selalu diharapkan ialah
perubahan kepada suatu sikap dan semangat baru yang bersesuaian dengan prinsip
pembangunan ekonomi dan masyarakat yang telah dirancangkan oleh kerajaan (Asiah
Sarji, 1991), Pasedoes (dalam Asiah Sarji, 1991) pula menyatakan media massa seperti
televisyen, radio, surat khabar dan majalah merupakan perantaraan yang penting untuk
memperkenalkan barangan baru kepada orang ramai.

Pengaruh penyuburan nilai nilai-nilai positif melalui media massa terutamanya


majalah adalah penting untuk pembentukan nilai dan norma. Oleh itu remaja harus
dididik supaya kritikal apabila membaca majalah terutama majalah komik dan hiburan.
Ini kerana proses pembangunan remaja yang berkaitan kesejahteraan diri dan negara

23

kerana kualiti media massa akam menjadi asas kejayaan dalam menanganu masalah
sosial remaja.

2.4

Media Massa Sebagai Egen Sosialisasi

Media massa adalah saluran sosialisasi bagi kebanyakan pembaca sehingga menyamakan
pola peranan dengan tingkah laku. Setiap manusia akan mengalami proses sosialisasi dan
ianya berlaku sepanjang kehidupan. Sosialisasi ialah proses dimana manusia akan
mempelajari kemahiran dan sikap yang berkaitan dengan peranan sosial mereka.
Sekiranya seseorang itu belum disosialisasi, maka sukarlah baginya untuk berinteraksi
dengan orang lain, bekerja dalam satu kumpulan atau boleh mengawal diri sendiri
( Noran Fauziah, 1987).

Menurut Dominick (1996), media massa merupakan salah satu egen sosialisasi
selain daripada keluarga, rakan sebaya, sekolah dan pengalaman personal. Ini adalah
kerana media massa akan memberikan kesan yang kuat dalam sosialisasi di mana
melaluinya para remaja akan belajar melalui model, peranan, tingkah laku dan sikap yang
betul melalui pemerhatian. Beliau juga menyatakan bahawa remaja akan menerima
maklumat dan mempelajari sikap dan tingkah laku formal, pengalaman yang menjurus
dan melalui pemerhatian hasil tindakan daripada orang lain melalui media massa.

Menurut Arnett (1995), zaman remaja sangat penting dalam menjalani proses
sosialisasi terutama sekali dalam isu pembentukkan identiti seperti pemilihan pekerjaan,

24

pembelajaran peranan gender, dan perkembangan nilai dan kepercayaan. Dalam kajian
yang sama juga beliau menggatakan bahawa remaja menggunakan media dalam
membentuk dirinya, mengawal mood dan perasaan serta membentuk kehidupan yang
bermakna.

Oleh yang demikian, pembelajaran pemerhatian yang dilakukan oleh remaja ini
sangat penting kerana seperti yang kita tahu remaja sering melakukan perbuatan meniru
yang mungkin berpunca daripada perasaan ingin tahu yang menjadi sifat semulajadi
remaja. Ini telah dipersetujui oleh ahli teori pembagunan seperti Lerner et.al, (1985)
dipetik dari Arnett et.al, (1995) telah mengatakan bahawa kanak-kanak dan remaja
merupakan golongan yang aktif memilih persekitaran mereka untuk mempengaruhi
perkembangan diri mereka.

Arnatt, Larson dan offer (1995), telah bersetuju dan berpendapat bahawa remaja
menggunakan media untuk meningkatkan proses sosialisasinya dengan mengenal pasti
lima sebab utama remaja menggunakan media iaitu sebagai hiburan, mengenali identiti,
perasaan harga diri yang tinggi, meniru dan mengenal pasti budaya orang dewasa. Maka
dengan itu tidak hairanlah sekiranya remaja menggunakan media massa dalam konteks
kehidupan mereka kerana secara psikologikalnya sememangnya golongan ini berada di
peringkat metamorfosis yang menjadi detik perhitungan kritikal sebelum melangkah ke
alam dewasa.

25

Brown, Dykers, Steele dan White (1994), pula menyatakan media massa
merupakan sumber untuk membentuk identiti remaja kerana golongan ini merupakan
active audience untuk menggunakannya. Remaja menggunakan media massa khususnya
televisyen dan majalah dengan menganggap pengalaman tersebut yang akan
mempengaruhi apa yang dipilih dan bagaimana mereka menggunakannya. Mereka
menggunakan media massa dan keadaan sekeliling untuk membantu perkembangan diri
mereka.

Menurut Steele dan Brown (1995), remaja menggunakan media massa dalam
konteks kehidupan seharian mereka. Terdapat model yang menerangkan hubungan antara
remaja dengan menggunakan media massa iaitu Adolescents Media Practice Model di
mana melaluinya terdapat empat demensi penting berkaitan dengan kegunaan media
massa serta kesannya iaitu identiti, pemilihan, interaksi dan aplikasi.
Pengalaman
Identiti
Motivasi

Aplikasi

Penilaian /
Interprestasi

Pemilihan

Interaksi
Perhatian

Rajah 2.1 : Adolescents Media Practice Model

26

2.5

Penggunaan Dan Pemuasan Media

Dalam pendekatan penggunaan dan pemuasan media (Blumber dan Gurevitch,


1974), para sarjana mengemukakan beberapa andaian iaitu :-

1. Penggunaan media massa adalah berdasarkan keperluan-keperluan tertentu


yang wujud dalam persekitaran sosial.
2. Pemilihan terhadap sesuatu media.
3. Di samping media massa, terdapat juga sumbenr-sumber lain yang berupaya
memberi kepuasan kepada khalayak.
4. Khalayak menyedari dan bertanggungjawab akan keperluan mereka.

27

Konsep ini dapat diterangkan berdasarkan model yang ditunjukkan di dalam


Rajah 2.2 dibawah.

Persekitaran sosial
1. Ciri-ciri demografi
2. Keanggotaan dalam
kumpulan
3. Sahsiah, ciri-ciri
kepersediaan.

Keperluan
1.
2.
3.
4.

Sumber bukan media.

Kognitif
Afektif
Integratif peribadi
Pelepasan

1. Keluarga
2. Hubungan
interpersonal.
3. Hobi, tidur, dan
lain-lain

Media
1. Jenis media
2. Isi kandungan media
3. Pendedahan kepada
media
4. Konteks sosial dari
pendedahan kepada
media

Pengawalan media
1.
2.
3.
4.

Kawalan
Hiburan / pelepasan
Identiti diri
Hubungan / integrasi
diri

Rajah 2.2 : Model Penggunaan Dan Pemuasan Media (Katz, Gurevitch dan Haas, 1973)

28

Model ini bermula dengan persekitaran sosial yang meliputi ciri-ciri demografi
seperti umur, bangsa, jantina, keanggotaan dalam kumpulan dan ciri-ciri personaliti yang
terdapat dalam khalayak. Keperluan-keperluan khalayak ini pula dapat dibahagikan
kepada kategori-kategori yang tertentu seperti berikut :

1. Keperluan Kognitif
Keperluan kognitif adalah keperluan untuk memperkukuhkan maklumat,
pengetahuan dan pemahaman terhadap alam sekeliling. Ia berasaskan kepada
keinginan untuk memahami dan menguasai persekitaran serta memuas atau
memenuhi perasaan ingin tahu.

2. Keperluan Afektif
Keperluan yang berkait rapat dengan estetik, keseronokan dan pengalaman emosi.
Keseronokan dan hiburan merupakan motivasi individu dan boleh dipenuhi oleh
media.

3. Keperluan Intergratif Persendirian


Keperluan yang berkaitan dengan pengukuhan kreadibiliti, keyakinan, stabiliti
dan status individu. Ianya berpunca daripada keinginan untuk mencapai
penghargaan diri.

29

4. Keperluan Intergratif Sosial


Keperluan yang berkait rapat dengan pengukuhan hubungan dengan keluarga,
rakan-rakan dan dunia sekeliling. Ini berasaskan kepada keinginan seseorang itu
untuk berhubung dengan rakan-rakan mereka.

5. Keperluan Pelepasan
Keperluan untuk mengurangkan tekanan dalam diri atau untuk melepaskan
sesuatu yang tidak menyeronokkan.

Berdasarkan kepada beberapa keperluan ini, khalayak akan cuba memenuhi


keperluan mereka yang mana boleh dibahagikan kepada dua sumber iaitu sumber media
dan sumber bukan media. Sumber media meliputi isi kandungan media yang terdapat
dalam akhbar, radio, televisyen dan wayang gambar. Cara atau corak pemuasan media ini
juga berbeza sama ada penggunaan media seorang diri atau secara berkumpulan.

Berdasarkan kepada keperluan khalayak ini, media berupaya memberikan


berbagai kepuasan. Keperluan kognitif misalnya, boleh dicapai dan dipenuhi oleh fungsi
pengawasan, keperluan afektif dan pelepasan dan fungsi hiburan. Keperluan intergratif
personal dipenuhi oleh fungsi identiti diri dan keperluan intergratif sosial dan fungsi
perhubungan sosial.

30

Justeru itu, didapati khalayak dan media massa mempunyai hubungan yang erat.
Khalayak yang menggunakan media bagi memenuhi keperluan diri mereka sementara
media pula berfungsi bagi memenuhi keperluan khalayak.

Dalam kajian yang dilakukan oleh McQuail (1987), beliau telah memberikan
empat katogeri utama bagi pemuasan media, iaitu :-

a. Penyimpangan,
b. Hubungan peribadi,
c. Identiti peribadi, dan
d. Pengawasan.

Pemuasan media bagi tujuan penyimpangan ialah bagi melarikan diri dari kerjakerja harian yang menjemukan serta mengurangkan bebanan masalah dan perasaan
tekanan jiwa.

Media juga digunakan bagi membentuk hubungan peribadi, iaitu bagi tujuan
persahabatan dan faedah sosial. Kebanyakan suri rumahtangga menggunakan radio bagi
mengelakkan perasaan bosan dari keadaan sunyi di rumah. Dengan adanya media radio di
rumah, mereka boleh menjadikannya sebagai rakan mereka, berkongsi idea dan dilawan
bercakap.

31

Pemusatan media sebagai identiti peribadi ialah bagi tujuan khalayak membuat
perbandingan di antara hidup mereka dengan rancangan yang ditonton. Dengan lain
perkataan media juga boleh digunakan sebagai rujukan peribadi (personal reference).
Masyarakat juga berupaya memahami kehidupan mereka yang sebenarnya serta berupaya
memberikan panduan tentang nilai-nilai hidup dalam sesebuah keluarga.

Jamsiah (1986) telah mengkaji penggunaan media dalam pilihanraya 1986 di


Mukim Kajang, Selangor. Media yang paling kerap digunakan ialah akhbar, diikuti oleh
televisyen dan radio. Dari segi penontonan televisyen pula, secara keseluruhannya
responden Melayu lebih kerap menonton berbanding dengan responden Cina. Ini
disebabkan oleh beberapa faktor antaranya terdapat kekurangan rancangan yang boleh
memenuhi selera masyarakat Cina. Keadaan ini telah mendorong orang-orang Cina
menonton rancangan-rancangan video yang diimport dari Hong Kong dan Taiwan.

Kajian Kipax dan Murray (1980) ke atas 98 responden dan 108 responden
perempuan berumur 18 tahun ke atas, mendapati televisyen memberi berbagai keperluan
sosial yang tinggi. Surat khabar dan buku pula memberikan fungsi yang lebih khusus
mengikut ruang-ruang tertentu seperti hiburan dan maklumat. Radio, jurnal dan filem
kurang membantu dalam memberikan pemuasan. Kajian ini juga mendapati bahawa
buku, filem dan jurnal digunakan oleh mereka yang berpendapatan tinggi, sederhana serta
golongan muda. Radio dan televisyen lebih digunakan oleh mereka yang tua dan yang
kurang berpelajran. Manakala akhbar pula dibaca oleh golongan lelaki tua dan yang
mempunyai pendidikan tinggi.

32

Berdasarkan perbincangan di atas, maka keputusan khalayak sama ada


memerlukan media massa atau sebaliknya adalah berdasarkan kepada berbagai faktor.
Maka di tahap ini, pemikiran serta pertimbangan wajar dari seseorang itu penting dalam
membuat keputusan. Sejauhmana penggunaan dapat dipengaruhi oleh bahan-bahan yang
terdapat dalam media massa adalah bergantung kepada tahap pemikiran mereka. Dengan
perkataan lain, pendedahan kepada media massa ini perlu diberi penilaian rasional
sebelum seseorang itu membuat keputusan bagi memenuhi keperluan mereka.

2.6

Kesimpulan

Bab 2 ini menerangkan tentang dapatan-dapatan dan sorotan kajian yang telah dilakukan
oleh pengkaji-pengkaji yang terdahulu sebelum pengkaji. Kajian-kajian lepas yang
releven dengan kajian yang dijalankan sahaja harus diterapkan ke dalam perbincangan.
Dalam kajian yang lepas juga, pengkaji dapat mengenal pasti batasan-batasan kajian yang
telah dijalankan dan dijadikan sebagai bahan rujukan kepada kajian yang sedang
dijalankan.

Menurut Othman Mohamed (2003), perbincangan yang baik tentang kajian yang
lepas menumpukan kepekaan penyelidik terhadap kelemahan ataupun kekuatan sesuatu
kajian lepas itu berhubung dengan kajian yang dijalankan. Menurut beliau lagi, cara
seperti ini memerlukan pengkaji menjadi kritis terhadap kajian lepas dan berupaya
melihat kajian tersebut daripada perspektif dan orientasi akademik. Berdasarkan

33

penyataan tersbut dapatlah pengkaji membuat kesimpulan bahawa bab 2 ini merupaka
salah satu daripada topik yang penting. Ini kerana sesuatu kajian yang dijalankan oeleh
seseorang pengkaji kebiasaannya telah pun dikaji oleh orang lain pada pasa sebelumnya.
Oleh kerana itu, pengkaji harus memastikan dimana kelemahan dan kekuatan kajian yeng
telah dijalanan tersebut. Kelemahan dan kelebihan yang diperolehi itulah digunakan
sebagai panduan dan juga bantuan untuk membuat kajian.

34

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0

Pengenalan

Secara umumnya bab 3 ini menjelaskan aspek-aspek yang berkenaan dengan metadologi,
alat kajian,lokasi kajian kesahan dan keboleh percayaan, populasi dan persampelan,
tatacara kajian, analisis data dan implikasi kajian serta jadual kerja.

3.1

Bentuk Dan Instrumen Kajian

Borang soal selidik digunakan dalam pengumpulan maklumat ( lampiran II ). Kajian ini
bertujuan untuk mengetahui jenis-jenis komik yang dibaca oleh remaja serta pengaruh
yang didapati hasil daripada pembacaan tersebut. Soalan yang terkandung dalam borang
soal selidik tersebut adalah seragam dan digubal khas bagi mencapai objektif kajian.
Untuk memudahkan responden menjawab dengan lebih bersistematik, borang soal selidik
dikategorikan kepada tiga bahagian utama berdasarkan kepada objektif kajian.

Bahagian A : Maklumat Latar Belakang Responden

Soalan yang dikemukan adalah berdasarkan kepada latar belakang responden seperti
umur, jantina dan hobi.

35

Bahagian B : Maklumat Pembacaan Komik.

Bahagian ini bertujuan untuk mengetahui kekerapan pembacaan komik. Terdapat empat
pemboleh ubah yang digunakan untuk menguji tahap kekerapan pembacaan komik iaitu
tidak pernah, kadang-kadang, selalu dan setiap keluaran. Terdapat tiga kategori komik
yang dikaji dalam kajian ini iaitu :

a. Komik Tempatan,
b. Komik Terbitan Tempatan ( Saduran Komik Asing ), dan
c. Komik Asing.

Bahagian C : Kesan Terhadap Pengetahuan, Sikap Dan Tingkah Laku.

Dalam bahagian ini, responden ditanya mengenai kesan terhadap pengetahuan, sikap dan
tingkah laku mereka selepas pembacaan komik. Soalan berbentuk ya atau tidak.

Bentuk soalan yang dikaji terdiri daripada soalan tertutup dan terbuka. Melalui
soalan tertutup, responden diberi pilihan jawapan. Manakala bagi soalan terbuka,
responden diberi kebebasan sepenuhnya untuk menyatakan jawapan yang difikirkan
sesuai. Untuk soalan terbuka, soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada pendapat
responden.

36

3.2

Kesahan dan Kebolehpercayaan

Prauji dijalankan seminggu sebelum kajian sebenar dilaksanakan. Ini adalah untuk
menguji kesahan borang soal selidik yang telah diubah suai. Responden yang terlibat
dalam pra uji kajian adalah pelajar-pelajar sekolah menengah yang ditemui sekitar Johor
Bahru terutamanya di pusat membeli belah iaitu angsana, City Square dan Jaya Jusco
Tebrau. Terdapat 20 orang responden terlibat dalam prauji kajian. Hasil dari pra ujian
yang dijalankan, beberapa soalan baru telah ditambah. Contoh soalan yang ditambah
ialah penambahan soalan terbuka kepada komik yang dibaca dan kesan terhadap
pengetahuan, sikap dan tingkah laku selepas pembacaan komik. Masa yang diambil bagi
mengisi borang soal selidik adalah 20 hingga 30 minit.

3.3

Lokasi Kajian

Kajian ini dijalankan di tiga buah Sekolah Menegah Teknik di daerah Johor
Bahru. Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Teknik Perdagangan, Johor Bahru,
Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Sekolah Mengah Teknik Tanjung Puteri, Johor
Bahru. Ketiga-tiga sekolah menengah teknik ini didirikan di kawasan berhampiran
bandar.

Sekolah menengah teknik ini hanya mempunyai pelajar di tingkatan 4 dan 5


sahaja. Oleh itu, jumlah pelajarnya tidaklah seramai pelajar di sekolah menengah harian.

37

Jumlah pelajar di Sekolah Menengah Teknik Perdagangan, Johor Bahru adalah seramai
1 350

orang pelajar dan kesemua pelajarnya adalah perempuan. Daripada jumlah

tersebut seramai 734 orang adalah pelajar di tingkatan 4 dan selebihnya adalah pelajar di
tingkatan 5. Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru pula terdiri daripada 1 567 orang
pelajar yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Daripada jumlah tersebut
seramai 956 orang adalah pelajar lelaki dan selebihnya adalah perempuan. Pelajar
tingkatan 4 di sekolah tersebut adalah seramai 865 dan selebihnya adalah pelajar
tingkatan 5. Sekolah Mengah Teknik Tanjung Puteri, Johor Bahru pula terdiri daripada
pelajar lelaki dan perempuan seramai 1 443 orang. Daripada jumlah itu, seramai 743
orang adalah pelajar tingkatan 4 dan selebihnya adalah tingkatan 5.

Sekolah-sekolah menengah teknik ini telah dipilih untuk dijalankan kajian ini
adalah kerana sekolah tersebut berada di kawasan bandar dan berhampiran dengan
bandar. Oleh itu, para pelajarnya mudah untuk mendapatkan bahan bacaan seperti komikkomik yang berada di pasaran. Banyak tempat-tempat menjual majalah-majalah dan
komik di kawasan bandar Johor Bahru terutamanya di pusat-pusat membeli belah. Selain
itu sekolah-sekolah ini juga terdapat pelajar yang berlainan jantina dan berbilang kaum.
Oleh itu, mudah untuk mendapatkan dapatan yang terdiri daripada berbilang kaum dan
jantina.

38

3.4

Populasi Dan Persampelan

Responden terdiri daripada remaja peringkat awal yang menuntut dalam tingkatan
empat; berumur 16 tahun di sekolah yang telah dipilih pada peringkat awal. Responden
terdiri daripada pelbagai bangsa, status sosio-ekonomi, kecerdasan dan jantina.. Seramai
300 orang pelajar telah terlibat dengan kajian ini.

Sebagai remaja atau pelajar yang tinggal berhampiran dengan Johor Bahru,
mereka terdedah kepada berbagai-bagai bahan bacaan yang mengandungi unsur
pengetahuan, hiburan, sukan, dan isu-isu semasa. Pemilihan bahan bacaan adalah
bergantung kepada minat dan kecenderungan masing-masing. Bahan bacaan yang lebih
berunsurkan kepada hiburan sering menjadi tumpuan mereka. Unsur hiburan seperti
kisah-kisah mengenai artis, rekreasi dan bacaan ringan seperti URTV, Mangga, Remaja
dan Ujang seringkali menjadi pilihan mereka.

Kebanyakkan responden yang dikaji tinggal di kawasan-kawasan yang


berhampiran dengan sekolah seperti di kawasan Larkin, Bandar baru Uda dan Larkin
Perdana serta yang tinggal di kawasan Tanjung Puteri. Di sini, bahan bacaan seperti
majalah-majalah dan komik boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai yang terdapat di
sekitar taman.

39

3.5

Tatacara Kajian

Pengumpulan data dijalankan melalui borang soal selidik yang diserahkan kepada
responden secara berstrata. Pemilihan strata dilakukan secara rawak bebas, berdasarkan
bilangan kelas yang terdapat di sekolah tersebut.

Sebelum borang soal selidik diedarkan, satu taklimat ringkas telah diberikan
kepada responden untuk menjelaskan objektif-objektif kajian dan perkara-perkara yang
mesti dibuat dalam borang soal selidik yang diedarkan. Responden juga diberi peluang
untuk mengemukakan sebarang kemusykilan berhubung dengan soal selidik yang
diedarkan. Responden diberi masa sehari untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukan
untuk merujuk kepada bacaan mereka ( komik ) di rumah. Borang soal selidik yang telah
dijawab diambil pada keesokkan harinya.

40

I) Maklumat pembacaan komik.

Bagi mengetahui kekerapan pembacaan komik responden, penyelidik mengkatogerikan


maklumat pembacaan kepada empat tahap (Jadual 3.1) di bawah.

Jadual 3.1
Skala Kekerapan Pembacaan Komik Responden

Kekerapan Pembacaan

Skor

Setiap Keluaran

Selalu

Kadang-Kadang

Tidak Pernah

II ) Komik Pilihan Responden

Bagi menentukan judul komik yang menjadi pilihan responden, penyelidik telah
memberikan nilai mata bagi setiap komik yang menjadi pilihan responden (Jadual 3.2).
Nilai-nilai mata ini dicampur dan komik yang mempunyai nilai mata yang terbanyak
akan menjadi komik yang paling diminati oleh responden.

41

Jadual 3.2
Nilai mata untuk komik pilihan

Pilihan

Nilai Mata

Pilihan Pertama

Pilihan Kedua

Pilihan Ketiga

III ) Perubahan Terhadap Pengetahuan, Sikap Dan Tingkah Laku

Untuk mengetahui pandangan responden terhadap perubahan-perubahan yang dinyatakan


iaitu untuk mengukur perubahan responden dalam pengetahuan, sikap dan tingkah laku,
penyelidik telah mengkategorikan padangan tersebut dalam dua aspek (Jadual 3.3).

Jadual 3.3
Skala Pandangan Terhadap Pengetahuan, Sikap Dan Tingkah Laku

Pandangan

skor

Ya

Tidak

42

3.6

Penganalisisan Data

Ujian korelasi digunakan untuk melihat perkaitan di antara kekerapan pembacaan komik
iaitu komik tempatsn, komik saduran, komik asing dan komik secara keseluruhan dengan
perubahan pengetahuan, sikap dan tingkah laki.

Maklumat dianalisa dengan menggunakan program Statistic Package For The


Social Science ( SPSSWIN ) dengan menggunakan analisi deskriptif seperti peratusan,
min, sisihan lazim dan korelasi. Ujian hipotesis dijalankan dengan menggunakan dua
pemboleh ubah iaitu tahap pembacaan komik dengan kesan terhadap pengetahuan , sikap
dan tingkah laku.

43

3.7

Jadual Kerja
Jadual 3.4
Jadual Kerja Kertas cadangan
TARIKH

AKTIVITI

08.06.2006

Kenal pasti tajuk kertas cadangan.

08.06.2006

Bincang dengan pensyarah menganai tajuk kertas cadangan.

09.06.2006
11.06.2006
14.06.2006
15.06.2006
16.06.2006
16.06.2006
17.06.2006
18.06.2006
19.06.2006
20.06.2006
22.06.2006
23.06.2006

Murnikan semula tajuk kertas cadangan selepas berbincang


dengan pensyarah.
Bina pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian
dan hipotesis kajian.
Bincang dengan rakan-rakan dan pensyarah mengenai
pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian dan
hipotesis kajian.
Bina kepentingan kajian dan batasan kajian.
Rujuk buku-buku di perpustakaan mengenai kaedah
penulisan kepentingan kajian dan batasan kajian.
Rujuk buku-buku di perpustakaan dan laman web untuk
dapatkan kajian-kajian literature berkaitan dengan tajuk
kajian yang akan dijalankan.
Rujuk buku-buku tentag kaedah penulisan kajian-kajian
literature.
Siapkan kajian literature.
Rujuk buku-buku di perpustakaan dan laman web untuk
dapatkan instrument-instrumen kajian lalu yang berkaitan
dengan bidang kajian.
Ubah suai instrument kajian tersebut untuk disesuaikan
dengan kajian yang akan dijalankan.
Siapkan kesahan dan keboleh percayaan, populasi dan
persampelan.
Siapkan tatacara kajian, kaedah penganalisisan data dan
implikasi kajian.

25.06.2006

Siapkan implikasi kajian dan jadual kerja.

27.06.2006

Siapkan bibliografi dan kandungan

44

CATATAN

Jadual 3.5
Cadangan Perlaksanaan Kajian
TARIKH
01.08.2006

04.09.2006

11.09.2006

11.09.2006

12.09.2006

12.09.2006

18.09.2006

19.09.2006

20.09.2006
21.09.2006

AKTIVITI
Menghantar surat permohonan kebenaran untuk
menjalankan penyelidikan akademik di sekolah menegah
teknik di daerah Johor Bahru kepada Jabatan Pelajaran
Negeri Johor
Menghantar surat permohonan kebenaran untuk
menjalankan penyelidikan akademik di sekolah menegah
teknik di daerah Johor Bahru kepada Pegawai Pelajaran
Daerah ( PPD ) Johor Bahru
Menghantar surat permohonan kebenaran untuk
menjalankan penyelidikan akademik di Sekolah Menegah
Teknik Perdagangan Johor Bahru dan Sekolah Menengah
Teknik Johor Bahru di daerah Johor Bahru kepada pengetuapengetua sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru
Berbincang dan memberikan penerangan serba sedikit
kepada pihak pentadbiran dan pengurusan sekolah
menengah teknik mengenai kajian yang akan dijalankan,
kaedah pemilihan sampel dan cara mengumpul data ujian
Menghantar surat permohonan kebenaran untuk
menjalankan penyelidikan akademik di Sekolah Menegah
Teknik Tanjung Puteri di daerah Johor Bahru kepada
Pengetua Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri di
daerah Johor Bahru
Berbincang dan memberikan penerangan serba sedikit
kepada pihak pentadbiran dan pengurusan sekolah
menengah teknik mengenai kajian yang akan dijalankan,
kaedah pemilihan sampel dan cara mengumpul data ujian
Melaksanakan kajian dan ujian soal selidik di Sekolah
Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru yang bertajuk
Pengaruh Pembacaan Komik Terhadap Psikososial Pelajar
Tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik Di Johor Bahru
Melaksanakan kajian dan ujian soal selidik di Sekolah
Menengah Teknik Johor Bahru yang bertajuk Pengaruh
Pembacaan Komik Terhadap Psikososial Pelajar Tingkatan 4
Sekolah Menengah Teknik Di Johor Bahru
Melaksanakan kajian dan ujian soal selidik di Sekolah
Menengah Teknik Tanjung Puteri, Johor Bahru yang bertajuk
Pengaruh Pembacaan Komik Terhadap Psikososial Pelajar
Tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik Di Johor Bahru
Menganalisis data yang diperolehi

45

CATATAN

3.8

Implikasi Kajian

Kajian yang lalu juga mendapati, pembacaan majalah komik atau majalah ( media
massa ) dapat mengubah pengetahuan, sikap dan tingkah laku remaja. Jesteru itu, komik
dapat digunakan sebagai alat yang sesuai untuk menyalurkan sesuatu yang bermakna ke
arah pembentukan sahsiah remaja yang positif. Pembacaan komik

dapat dijadikan

sebagai formula untuk menarik minat pembaca di kalangan masyarakat terutamanya


remaja.

Untuk menghadapi cabaran dari komik-komik luar, para penerbit dan kartunis
perlulah memperbanyakkan lagi komik-komik tempatan supaya remaja atau pelajarpelajar masa kini akan lebih mengenal budaya mereka sendiri dan dididik minda mereka
dengan menggunakan karektor nasional dan latar cerita yang bercirikan tempatan. Hal ini
adalah perlu kerana kebanjiran komik-komik luar sedikit sebanyak membawa pengaruh
atau propaganda budaya dari negara asal watak kartun itu diterbitkan. Budaya yang asing
cuba diterapkan dalam pemikiran pembaca melalui watak kartun yang dipaparkan secara
simbolik. Misalnya adegan pertarungan yang ganas, gaya bahasa yang kasar, ilustrasi
yang berunsur lucah dan sebagainya. Hal ini disebabkan kebanyakkan bahan yang
disajikan kepada pembaca nerana ini adalah sama dengan komik asal. Yang diubah cuma
bahasa, dari segi ilustrasi sama ada sesuai atau tidak dengan tahap kesesuaian pembaca
terutamanya golongan kanak-kanak dan remaja diketepikan oleh pihak penerbit yang
bertanggungjawab. Apakah bahan pembacaan seumpama ini sesuai untuk bacaan rakyat
Malaysia yang sedang menerapkan konsep masyarakat penyayang?

46

Oleh sebab karya komik dihasilkan dalam konteks masyarakat luar, maka sudah
tentu tidak semua unsur nilai diketengahkan sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia.
Pengaliran budaya ini perlu ditangani dengan kepekaan dan tanggungjawab yang luar
biasa supaya aspirasi nasional yang masyarakat Malaysia laung-laungkan akan mencapai
matlamatnya.

3.9

Cadangan Kajian

Usaha dalam kajian ini adalah terbatas kepada pembacaan majalah komik dikalangan
remaja sahaja. Malahan remaja dalam kajian ini hanya terbatas kepada pelajar sekolah
sahaja sebagai cadangannya, pihak pengkaji telah merangka beberapa pendekatan yang
melibatkan beberapa pihak iaitu :

a) Pemerintah ( kerajaan)
b) Penerbit
c) Kartunis
d) Ibu bapa, dan
e) Pengkaji/penyelidik

a) Pemerintah
Pihak kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) Dan Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) perlulah bertindak

47

lebih tegas terhadap pengedaran masalah-majalah komik sama ada dari dalam
atau luar negara yang berunsur tahyul, ganas dan lucah daripada berleluasa di
pasaran. Begitu juga dengan masalah cetak rompak yang berleluasa sekarang ini.
Jika hal ini berterusan, pemilik sebenar kepada sesuatu hak cipta akan mengalami
kerugian manakala lanun cetak rompak pula akan mendapat keuntungan yang
berlipat ganda.

b) Penerbit
Dalam hal ini penerbit seharusnya tidak mementingkan aspek keuntungan sematamata. Mereka juga perlu disedarkan dengan dengan tanggungjawab sosial yang
harus mereka pikul bersama. Untuk itu mereka seharusnya tidak mengedarkan
majalah-majalah komik yang mengandungi unsur-unsur keganasan, tahyul dan
seks yang boleh menyumbang ke arah perlakuan negatif remaja. Di dalam
keghairahan mereka mengejar tuntutan komersial, mereka juga perlu memikirkan
sumbangan mereka dalam melahirkan remaja yang berkualiti yang mampu
mencapai aspirasi gemilang negara.

c) Kartunis
Untuk melahirkan watak-watak kartun yang mampu memberi hiburan dan dalam
masa yang sama juga mendidik pembaca ke arah yang positif, kartunis hendaklah
memantapkan lagi idea yang mereka miliki. Mereka perlu banyak membaca dan
berbincang sesama mereka agar hasilnya nanti adalah bermutu dan memberi
kepuasan kepada ramai pihak. Mereka juga perlu didedahkan dengan etika

48

sebagai kartunis. Seorang kartunis yang beretika akan lebih bertanggungjawab


dalam menghasilkan karya. Jika ini dapat dihasilkan, sudah tentu majalah-majalah
komik yang berada dipasaran akan bebas dari unsur-unsur keganasan, tahyul dan
seks.

d) Ibu bapa, dan


Ibu bapa bertanggungjawab memberikan bahan bacaan yang berkualiti kepada
anak-anak mereka. Tidak semua majalah komik sesuai dibaca oleh kanak-kanak
dan remaja. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengawasi perkara ini kerana bahan
bacaan merupakan salah satu faktor yang menentukan gaya pemikiran anak-anak
mereka. Untuk itu, ibu bapa seharusnya perlu mengambil berat terhadap bukubuku dan majalah yang dibaca oleh anak-anak mereka.

e) Pengkaji / penyelidik
Penulis ingin menyarankan kepada pengkaji / penyelidik yang akan datang supaya
dapat menganalisis isi kandungan yang terdapat dalam majalah komik dan
kesannya kepada pembaca. Untuk melihat kesan negatif pembacaan komik
terhadap remaja, lakukan kajian ke atas remaja lelaki sahaja kerana mereka
mungkin. lebih terdedah kepada majalah komik yang berunsur ganas, seks dan
tahyul.

49

3.10

Kesimpulan

Walaupun komik tempatan terpaksa bersaing dengan komik saduran dan asing namun
pembawaan budaya dan latar belakang yang berbeza oleh komik saduran dan asing belum
dapat diterima oleh remaja atau pelajar. Pendedahan kepada budaya luar yang berbeza
akan mengambil masa sebelum dapat diterima oleh remaja.

Pemilihan komik oleh responden adalah bergantung kepada jalan cerita yang
dipaparkan sama ada menarik atau tidak, idea dan kemahiran melukis yang tinggi
dimiliki oleh kartunis. Komik ujang misalnya, merupakan sebuah komik jenaka yang
berunsurkan nasihat dan diminati kerana mempunyai jalan cerita dan lukisan yang
menarik. Manakala doraemon pula mempunyai jalan cerita yang menarik dengan watak
nobita dan doraemon pula mempunyai berbagai-bagai cara dan pendekatan untuk
menyelesaikan masalah mereka di mana doraemon menggunakan poket ajaibnya untuk
mengeluarkan berbagai-bagai peralatan aneh.

Pendekatan yang digunakan mampu meningkatkan kreativiti selain dapat


menghiburkan pembaca. Keindahan kartun bukan sahaja dilihat melalui watak yang
dilukis tetapi fungsi kartun sebagai bahan hiburan untuk dinikmati oleh pembaca. Selain
daripada hiburan, ia memberi penekanan mengenai telatah manusia dan kehidupan
sekeliling. Ia juga memberi gambaran kepada masyarakat dan budaya pada suatu masa.
Di sebalik kelucuan yang dipaparkan, ada makna yang lebih mendalam perlu difikirkan.

50

You might also like