You are on page 1of 4

WAWANCARA SEJARAH LISAN BERSAMA ENCIK SYAFIQ BIN HUSSIN

TAJUK: SEJARAH KEREPEK


TARIKH: 10 MAC 2021
MASA: 9:00 MALAM
PEWAWANCARA: AHMAD SAIFULLAH BIN MOHD ZAMRI
NAMA TOKOH DIWAWANCARA: SYAFIQ BIN HUSSIN BINTI SANIP
UMUR: 68 TAHUN
TEMPAT: RAKAMAN MELALUI TELEFON (KOLEJ KEDIAMAN DAN BACHOK, KELANTAN)
DURASI: 8 MINIT
Ahmad Saifullah: Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum W.B.T. Nama saya Ahmad
Saifullah bin Mohd Zamri, saya daripada IPG Kampus Darulaman, Jitra, Kedah. Tujuan saya
jumpa encik ni untuk melakukan temuramah, untuk menyelesaikan kerja kursus Sejarah saya.
Boleh encik?

Encik Syafiq bin Hussin: Waalaikumsalam W.B.T saudara Saiful, InsyaAllah boleh

Ahmad Saifullah: saya terus masuk kepada soalan pertama saya ye encik, Soalan pertama,
boleh encik ceritakan latar belakang?

Encik Syafiq bin Hussin: Nama saya ialah Syafiq bin Hussin binti Sanip. Saya anak seramai 9
orang. Anak-anak saya kesemuanya sudah besar dan sudah mendirikan rumah tangga sendiri.
Dorang dah tinggal di rumah saya .Sebenarnya, saya membuat perniagaan kerepek adalah
untuk membantu ahli keluarga saya untuk menyara kehidupan saya. Saya memang tidak
mempunyai pelajaran yang tinggi hanya sampai SPM saja.

Ahmad Saifullah: Berapa umur encik ya?

Encik Syafiq bin Hussin: Umur saya pada tahun ini ialah 68 tahun.

Ahmad Saifullah: Baik encik, soalan kedua saya. Boleh encik ceritakan sejarah kewujudan
kerepek-kerepek ni?

Encik Syafiq bin Hussin: maksud encik macam mana saya mulakan perniagaan kerepek ini
ye? Saya dulu membuat penjualan kerepek secara kecil-kecilan saja. Satu uli tepung pun cukup
untuk satu hari tetapi sekarang satu uli tepung dah tak cukup untuk dipasarkan kepada orang.
Mereka mula mencari saya dan meminta saya membuat pelekat stiker sebagai identiti saya.
Pada pelekat stiker itu, saya meletakkan nombor telefon saya dan memudahkan proses mereka
untuk order terus dari saya.

Ahmad Saifullah: Oh begitu perkembangan perniagaan encik.

Encik Syafiq bin Hussin: Haah begitu sejarah perkembangan perniagaan saya pada waktu itu
dan alhamdulillah sudah berjaya sehingga sekarang.

Ahmad Saifullah: Soalan seterusnya, perniagaan yang encik lakukan adalah kerepek. Boleh
saya tahu sudah berapa lama beroperasi?

Encik Syafiq bin Hussin: Oh, saya sudah lama beroperasi semenjak tahun 1977 tak silap
saya. Memang sangat lama dan sewaktu itu saya masih kecil lagi. Pada permulaan perniagaan,
saya menggunakan dapur kayu sahaja untuk menggoreng setelah mendapat permintaan yang
banyak, saya menaiktaraf dapur saya menggunakan dagur gas. Walaupun menggunakan dapur
gas, ia tetap tidak mampu untuk menampung dan mencukupi untuk memproses kerepek secara
bilangan yang banyak. Tetapi pada masa sekarang, saya telah menggunakan dapur yang besar
yang menggunakan elektrik dan menggunakan minyak yang banyak untuk menggoreng. Dulu
saya hanya pakai satu dapur besar dan ditambah menjadi dua supaya proses menggoreng
menjadi senang.

Ahmad Saifullah: Baik encik, soalan seterusnya, di mana lokasi kedai encik?

Encik Syafiq bin Hussin: tentang lokasi kedai saja, saya melakukan perrniagaan dekat
dengan rumah saya. kedai saya sebelah rumah saya sendiri.

Ahmad Saifullah: Ohh begitu, apakah peralatan yang digunakan untuk memproses pembuatan
kerepek?

Encik Syafiq bin Hussin: Antara peralatan yang sering digunakan adalah semestinyalah mesin
pemotong untuk memotong dan menghiris ubi, pisang dan keledek serta menggunakan kuantiti
minyak masak yang banyak untuk menggoreng.

Ahmad Saifullah: Seterusnya, berapa banyak jenis kerepek yang encik jual dan adakah susah
untuk membuat proses kerepek ini?

Encik Syafiq bin Hussin: saya menjual tiga jenis kerepek iaitu kerepek ubi,pisang dan keledek
yang biasa dimakan oleh rakyat Malaysia, Kalau dulu memang agak susah untuk memproses
dan sekarang memang terlalu senang untuk diproses. Jika dulu, proses yang perlu kita lakukan
adalah secara manual seperti nak mengopek buah dan memotong buah. Berbeza dengan
sekarang, semuanya menggunakan mesin kecuali sahaja. Jenis kerepek jika ubi kerepek saya
banyak mengikut demand pelanggan seperti keju, lada hitam dan BBQ.

Ahmad Saifullah: Baik encik, seperti yang encik katakan tadi terdapat banyak cabaran. Boleh
encik sebutkan cabaran yang dihadapi?

Encik Syafiq bin Hussin: Antara cabaran yang saya kena hadapi adalah untuk mendapatkan
bahan mentah. Terutamanya pisang dan juga ubi. Walaupun saya dapat bilangan kuantiti yang
banyak tetapi kebanyak bahan mentah tersebut tidak elok, contohnya expired, terlalu tua, hitam
dan busuk. Jadi, proses untuk membuat kerepek akan menjadi sukar untuk mengasingkan
bahan mentah seperti itu. Jika dapat pisang dan ubi yang sihat, maka proses akan menjadi
mudah dan senang tanpa membazirkan masa untuk mengasingkan. Tetapi, selalunya bahan
mentah tersebut tetap digunakan tapi ia akan menjadikan risiko yang tinggi kerana rasanya
akan lari menjadi tidak sedap dan ini akan menjadi risiko lah kerana pelanggan akan. Dari segi
jualan pula, pada mulanya amat susah kerana nak buat kerepek agak mudah tetapi untuk
pasarkan dalam masa satu hari amat susah tetapi sekarang Alhamdulillah semakin mudah dan
maju.

Ahmad Saifullah: Jadi, bagaimana encik atasi masalah tersebut seperti masalah pembekal?

Encik Syafiq bin Hussin: Bagi saya, saya perlu membuat aduan kepada pembekal yang
menghantar bahan mentah tersebut dan pada esok harinya akan mendapat bahan mentah
yang baik-baik sahaja.

Ahmad Saifullah: Ohh begitu, seterusnya bagaimana encik menyeimbangkan kehidupan dari
segi perniagaan dan juga keluarga?

Encik Syafiq bin Hussin: Kita kena pandai bahagi-bahagi masa untuk perniagaan dan juga
keluarga. Tetapi sekarang sudah ada pekerja kiranya saya kurang melakukan kerja terhadap
perniagaan saya sebaliknya saya mengawasi dan tolong-menolong. Rumah saya juga dekat
dengan kedai jadi mudah untuk selesaikan rutin kerja seharian di rumah.

Ahmad Saifullah: Baik encik, ini merupakan soalan terakhir. Bagi encik, macam saya perlukah
saya menceburi bidang keusahawanan seperti encik sendiri?

Encik Syafiq bin Hussin: Bagi saya mudah sahaja, ia bergantung kepada minat sendiri. Kalau
minat semua perkara akan menjadi mudah dan berjaya. Macam saya, saya hanya melakukan
perniagaan secara kecil-kecilan dan sambilan sahaja pada mulanya. Saya goreng kerepek
dalam bilangan yang kecil kemudian bungkus dan diletakkan pada kedai-kedai runcit. Lama
kelamaaan mula menjadi minat dan mula meluaskan perniagaan setapak demi setapak asalkan
minat itu ada.

Ahmad Saifullah: Jadi encik, itu sahaja soalan yang ingin ditanya. Terima kasih.

Encik Syafiq bin Hussin: Sama-sama

You might also like