You are on page 1of 2

SULIT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


Semester 2

PEPERIKSAAN BAWA PULANG : JUN 2020

KAMPUS : DARULAMAN

ANGKA GILIRAN :

KOD KURSUS : SJH1064


KURSUS : SEJARAH MALAYSIA MODEN, 1945-1969
MASA : 10 JAM
JUMLAH MARKAH : 100

ARAHAN KEPADA CALON

1. Buku soalan ini mengandungi TIGA soalan esei, jawab semua soalan:
Soalan esei 1 : (30 markah)
Soalan esei 2 : (30 markah)
Soalan esei 3 : (40 markah)

2. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Word


menggunakan font Arial 12, serta langkau 1.5 baris. Setiap jawapan hendaklah
dilabelkan dengan nombor angka giliran di sebelah kiri header dan kod kertas
peperiksaan di sebelah kanan header.

3. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi


peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

4. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan agar tidak
berbincang dan meniru jawapan calon-calon lain.

5. Calon yang GAGAL menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah
dikira telah gagal peperiksaan berkenaan.

BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 2 HALAMAN BERCETAK

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


SULIT SJH1064

BAHAGIAN A
( 100 markah )

Jawab dua soalan.

1. G.H Hall, Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan telah mengisytihar Dasar
Lepas Perang British terhadap Tanah Melayu pada 10 Oktober 1945 di Parlimen
iaitu Malayan Union

Berikan hujah faktor-faktor British ingin melaksanakan Malayan Union di Tanah


Melayu
[600 patah perkataan: 30 markah]

2.
Keputusan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum telah mencetus penubuhan
Jawatankuasa Barnes pada tahun 1950

Berdasarkan pernyataan di atas, bahaskan kegagalan pelaksanaan Laporan


Barnes di Tanah Melayu pada tahun 1951
[600 patah perkataan: 30 markah]

3.
Laporan PBB mengesahkan bahawa majoriti penduduk Borneo Utara (Sabah)
menerima kemasukan wilayah mereka ke dalam Persekutuan Tanah Melayu
(Nik Anuar, 2001: 14)

Bincangkan tindakan Filipina terhadap Persekutuan Tanah Melayu dalam usaha


menggagalkan pembentukan Malaysia pada tahun 1963
[600 patah perkataan: 40 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

2 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

You might also like