You are on page 1of 109

PENYELIDIKAN PENDIDIKAN VERNAKULAR DI MALAYSIA

DOKUMENTASI PENYELIDIKAN MUZIUM PENDIDIKAN NASIONAL

ADI RATNA BINTI MOHAMMED NOR


PENOLONG KURATOR
MUZIUM PENDIDIKAN NASIONAL

0
ISI KANDUNGAN MUKASURAT
1.1 PENDIDIKAN VERNAKULAR
1.1.1 PENGENALAN 2
1.1.2 SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR
(SEBELUM PERANG DUNIA KE 2) 2
1.2 PENDIDIKAN MELAYU
1.2.1 SEJARAH PENDIDIKAN MELAYU 7
1.2.2 HASIL KAJIAN LAPANGAN
i. SK BAYAN LEPAS PULAU PINANG 13
ii. MAKTAB MELAYU KUALA KANGSAR (MCKK) 21
1.3 PENDIDIKAN CINA
1.3.1 SEJARAH PENDIDIKAN CINA 28
1.3.2 HASIL KAJIAN LAPANGAN
i. SK (C) CHUNG SHAN PULAU PINANG 33
1.4 PENDIDIKAN TAMIL
1.4.1 SEJARAH PENDIDIKAN TAMIL 49
1.4.2 HASIL KAJIAN LAPANGAN
i. SK (T) TAN SRI DATO MANIKAVASINGAM 53
TANJONG MALIM.
1.5 PENDIDIKAN INGGERIS
1.5.1 SEJARAH PENDIDIKAN INGGERIS 66
1.5.1 HASIL KAJIAN LAPANGAN 77
i. SEKOLAH VICTORIA KUALA LUMPUR
1.6 RUMUSAN 101
1.7 RUJUKAN 103

1
1.1 PENDIDIKAN VERNAKULAR
1.1.1 PENGENALAN
Bahasa vernakular bermaksud bahasa yang dipertuturkan oleh
golongan kaun yang tertentu. Vernakular bermaksud bukan penggunaan
bahasa atau dialek yang dipertuturkan oleh sesuatu golongan atau kaum
dalam masyarakat : sistem pendidikan : sekolah : bahasa (Dewan
Bahasa, 2016).

1.1.2 SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR (SEBELUM PERANG


DUNIA KE-2)

Tanah Melayu mula dijajah setelah kedatangan armada angkatan


tentera laut Portugis yang menyerang Melaka pada tahun 1511.
Semenjak itu Tanah Melayu bersilih ganti dijajah oleh kuasa-kuasa besar
dunia seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun. Kuasa besar yang
paling lama menjajah Tanah Melayu ialah Brtitish. Oleh kerana
menjajah Tanah Melayu dalam tempoh yang lama, sudah tentulah
kerajaan British perlu mengawal segala situasi di Tanah Melayu untuk
memastikan kuasa dan pengaruhnya di Tanah Melayu tidak terjejas.
Tujuan sebenar Inggeris datang ke Tanah Melayu pada mulanya bukan
bertujuan memperkenalkan sistem pendidikan tetapi terpaksa
diperkenalkan juga di Tanah Melayu kerana tuntutan politik dan juga
desakan daripada sesetengah pihak. Keadaan ini memaksa kerajaan
British mengatur dan mengawal sistem pendidikan di Tanah Melayu
(Bakar, 2010).

2
Kerajaan British telah mewujudkan sistem persekolahan Vernakular.
Sistem persekolahan Vernakular adalah merujuk kepada sekolah yang
menggunakan bahasa ibunda dalam penyelidikan dan pembangunan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sistem persekolahan
Vernakular ini sangat bertepatan dengan dasar pecah dan perintah yang
diamalkan oleh kerajaan British. Terdapat empat jenis sekolah
vernakular iaitu sekolah aliran Inggeris, sekolah aliran Melayu, sekolah
aliran Cina dan sekolah aliran Tamil (Bakar, 2010).

Pendidikan berteraskan sistem persekolahan Vernakular ini mampu


mewujudkan hubungan yang baik di kalangan etnik di Tanah Melayu.

Secara amnya, tidak terdapat sistem pendidikan kebangsaan di


Tanah Melayu semasa penjajahan British. Dasar British yang kurang
memberi perhatian kepada bidang pendidikan telah mewujudkan sistem
pendidikan vernakular. Sistem Pendidikan Vernakular bermaksud sistem
pendidikan yang berasaskan bahasa ibunda masing-masing sebagai
bahasa pengantar. Sistem pendidikan berbentuk vernakular dihasilkan
dengan mengekalkan setiap kaum dengan identiti bahasa dan negara asal
mereka. Sejarah membuktikan perkembangan untuk orang Melayu
disekat dan dibantutkan oleh strategi kolonial British bagi mengelakkan
pembentukan kesedaran kebangsaan. Sejak campur tangan British di
Negeri-negeri Melayu, peruntukan pendidikan Melayu telah digunakan
sebagai satu bentuk kawalan sosial untuk mengongkong orang-orang
Melayu memasuki media sosial mereka (Bakar, 2010).

3
Gambar 1 hingga 2 : Penubuhan Maktab Melayu Kuala Kangsar adalah
untuk untuk mendidik dan melatih golongan elit Melayu, yang terdiri
daripada kerabat di Raja. Anak lelaki kelahiran kebanyakan sukar untuk
mendapattempat di sekolah ini. Selepas kebangkitan nasionalisme1 orang
Melayu pada sekitar tahun 1947, syarat kemasukan ke sekolah ini
dilonggarkan dan semakin ramai anak-anak orang kebanyakan dapat
peluang untuk menuntut di sini. Kini anak Melayu terpilih berpeluang
mengikuti pembelajaran peringkat menengah di sekolah ini (Arkib,
2015).

Perkembangan yang berlaku menyebabkan British terpaksa


menyediakan sistem pendidikan berbeza kepada tiga kaum tersebut.
Penyediaan pendidikan bukanlah untuk membentuk masyarakat
enlightened2 tetapi bagi mengesahka alasan kehadiran British ke
Timur adalah untuk mentamadunkan3 masyarakatnya.

1 Maksud : 1. Perasaan cinta pada bangsa sendiri yang mendalam: sekolah rakyat itu akan menjadi
symbol~; 2. Pergerakan untuk mencapai kebebasan ekonomi dan politik daripada kuasa asing,
semangat kebangsaan: kaum intelek yang berpendidikan barat yang menjadi pelopor~; Politik dan
kebudayaan Kamus Dewan Bahasa Edisi ke Empat.

2 Maksud sekolah yang progresif Kamus Dewan Bahasa Edisi ke Empat.

3 Maksud : Menjadikan bertamadun; dalam proses perkembangan sistem penjajahan Barat, Tanah
Melayu mula ditamadunkan. Kamus Dewan Bahasa Edisi ke Empat.

4
Sekatan pendidikan turut dikenakan terhadap orang India yang
menetap di ladang ladang bagi mengekalkan status quo4 mereka
sebagai anak ladang. Orang India yang tinggal di bandar bandar
seperti Pulau Pinang dan Melaka, seperti juga orang Melayu telah di beri
peluang untuk memasuki sekolah Inggeris. Keadaan ini telah mendirikan
dua buah sekolah yang gah di bawah pimpinan pendidikan kolonial
British iaitu Penang Free School bagi melahirkan segelintir loyal
servant kepada pemerintah British.

Gambar 3 hingga 4 : Pintu masuk Penang Free School dan plak


perasmian pembukaan sekolah. Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan
2015.

4 Maksud : Bahasa Latin: keadaan sebagaimana yang sedia ada tanpa dibuat sebarang perubahan.
Kamus Dewan Bahasa Edisi ke Empat.

5
Gambar 5 hingga 6 : SMK Clifford Kuala Kangsar, Perak Gambar
diperolehi dari Kajian Lapangan 2015.

Gambar 7 hingga 8 : Bangunan SMK King Edward VII Taiping Perak.


Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan 2015.

Orang Cina pula mempunyai system pendidikan tersendiri yang


dibiayai oleh pedagang pedagang dan pelombong Cina. Ternyata orang
Cina mempunyai system pendidikan yang jauh lebih maju daripada
pendidikan orang Melayu dan India. Isu pendidikan vernakular perlu
difahami kerana melalui pendidikan inilah terbentuknya polarisasi5
kaum. Polarisasi ini pula terus menerus menyalurkan British dengan
sumber manusia tanpa sebarang tentangan dan kesulitan dalam kerangka
pengkhususan kerja masing masing. Walau bagaimanapun, terdapat

5 Maksud : Penggunaan Bahasa Vernakular, Sabah dan Sarawak yang terpisah dari Malaya dari segi
politik, ekonomi dan pentadbiran juga mempunyai dasar polarisasi Inggeris serta ~ yang hampir sama.
Kamus Dewan Bahasa Edisi ke Empat.

6
kesan negatifnya, iaitu menyebabkan orientasi terhadap negara ibunda
masing-masing. Sekolah yang memberi kebebasan wujudnya sekolah-
sekolah Cina dan India, telah menyebabkan masyarakat negara ini tidak
menuju kepada perpaduan kaum, dan ini disedari bercanggah dengan
kepentingan terhadap perpaduan.

1.2 PENDIDIKAN MELAYU

1.2.1 SEJARAH PENDIDIKAN MELAYU

Sebelum penjajahan British, kanak-kanak Melayu mendapat


pendidikan di surau, masjid dan sekolah pondok. Kokurikulumnya ialah
membaca dan memahami Al-Quran, mempelajari bahasa Arab, hukum-
hukum agama, serta kemahiran membaca, menulis dan mengira (Nor &
Othman, 2011).

Sistem Pendidikan pondok atau madrasah menyediakan pendidikan


yang lebih teratur. Ciri-ciri pendidikan pondok adalah lebih memberikan
penekanan terhadap ajaran agama. Pelajar yang lulus sekolah pondok
bakal berkhidmat sebagai guru agama yang bakal memberikan khidmat
kepada masyarakat. Tempoh pengajian di sekolah pondok memakan
masa yang terlalu lama iaitu sehingga sepuluh tahun (Yayasan Pondok 1,
2012).

Sekolah Madrasah pula mempunyai ciri-ciri tersendiri, yang mana


mata pelajaran yang diajar berdasarkan sukatan yang telah ditetapkan.
Tahap pendidikan ini dilaksanakan secara kelas mengikut tahap,
peningkatan darjah berlaku secara automatik. Tahap pengajian sekolah

7
ini terbahagi kepada tiga iaitu tahap permulaan, tahap pertengahan dan
tahap pengkhususan. Guru besar atau Mudhir adalah orang yang
bertanggungjawab dalam mengawasi dan menguasai perjalanan sekolah
Madrasah. Namun begitu terdapat satu lembaga dan jawatan kuasa yang
membantu dalam menyelia perjalanan sekolah ini (Bakar, 2010).

Gambar 10 hingga 11 : Madrasah Ad-Diniah Al-Latiffiah Kg Kuak Luar,


Pengkalan Hulu Perak.Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

Semasa pentadbiran British, Sekolah Melayu didirikan bagi


memberikan pendidikan sekular kepada anak-anak petani dan nelayan.
Sekolah sekular ini bermaksud pendidikan yang berkaitan dengan ilmu
keduniaan. Di sekolah ini anak-anak Melayu diajar menulis, membaca
dan mengira serta sedikit ilmu Geografi, seni pertukangan dan
perkebunan. Sekolah Sekular Melayu hanya memberikan pendidikan
rendah sehingga darjah enam sahaja. Sekolah sekular Melayu pertama
dibina adalah di negeri-negeri selat, iaitu Sekolah Melayu Gelugor dan
Sekolah Melayu Bayan Lepas di Pulau Pinang (Abdul, 2001).

8
Gambar 12 : Pelajar dan Guru SK Bayan Lepas pada tahun 1970an.
Ihsan Gambar dari Cikgu Norazian guru SK Bayan Lepas.

9
Gambar 13-16 : Gambar Guru SK Bayan Lepas pada tahun
1960an,1970an dan 1980an. Ihsan Gambar dari Cikgu Norazian guru
SK Bayan Lepas.

10
Gambar 17-20 : Gambar Sejarah aktiviti, program dan peristiwa pada
tahun 1970an di SK Bayan Lepas. Ihsan Gambar dari Cikgu Norazian
guru SK Bayan Lepas. Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

11
Gambar 21 : Gambar Hari Guru pada 16 Mei 1974.

Gambar 22- 23 : Bangunan asal yang telah di robohkan dan gambar


bangunan yang masih digunakan hingga kini di SK Bayan Lepas. Ihsan
Gambar dari Cikgu Norazian guru SK Bayan Lepas.
12
Gambar 24 - 25 : SRK Bayan Lepas, Pulau Pinang. Gambar diperolehi
dari Kajian Lapangan 2016.

Sekolah-sekolah sekular Melayu kemudiannya dibuka di Seberang


Prai, Melaka dan kemudiannya dibuka di negeri-negeri Melayu yang
lain. Pada tahun 1872, A.M. Skinner memperkenalkan persekolahan dua
sesi iaitu pagi untuk matapelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Ilmu
Alam dan matapelajaran vokasional. Manakala pada sebelah petang pula
matapelajaran Bahasa Arab dan Al-Quran(Abdul, 2001).

Sekolah-sekolah sekular yang didirikan khas untuk orang Melayu


kurang mendapat sambutan walaupun percuma. Kehadiran pelajar yang
tidak menggalakkan ini adalah disebabkan syak wasangka ibu bapa
Melayu tentang sekolah yang didirikan oleh orang asing ini. Mereka
tidak percayakan orang asing dapat memberi pendidikan terbaik terhadap
anak mereka selain ajaran agama. Tiadanya pengajaran Al-Quran juga
merupakan faktor kepada kurangnya sambutan kepada sekolah sekular
13
ini. Disamping itu kekurangan sambutan kepada sekolah ini juga
didorong oleh amalan budaya orang Melayu sendiri, dimana tenaga
anak-anak Melayu diperlukan untuk mengerjakan sawah, menolong
keluarga ke laut dan juga di rumah bagi anak-anak orang Melayu yang
perempuan (Abdul, 2001).

Lokasi sekolah sekular ini yang jauh dari petempatan atau


perkampungan Melayu juga antara faktor kenapa sekolah ini kurang
mendapat sambutan. Orang Melayu tidak mampu untuk membiayai
tambang perjalanan ke sekolah sekular ini berikutan taraf ekonomi
keluaga yang rendah. Selain itu kebanyakan anak-anak Melayu khuatir
meninggalkan rumah kerana yang perempuan sangat terikat dengan
budaya dan adat orang Melayu tradisi yang menghalang anak-anak
perempuan untuk melangkah jauh meninggalkan rumah. Keadaan ini
berkait rapat dengan tentangan daripada golongan konservatif iaitu
golongan yang berpegang kuat pada asas amalan tradisi Melayu (Shahril,
1999)

1.2.2 HASIL KAJIAN LAPANGAN

i. SK BAYAN LEPAS PULAU PINANG

Nama Sekolah : SK Bayan Lepas Pulau Pinang

Alamat : Jalan Dato Ismail Hashim 11900 Bayan Lepas Pulau Pinang

Telefon : 04-6441149

Tarikh Penyelidikan : 24 April 2016

Nama Guru Besar : Puan Fauziah binti Saad

Tahun Ditubuhkan : 1926

Sejarah : Seawal tahun 1926, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah


Umum Bayan Lepas. Sekolah ini pada asalnya mempunyai 2 cawangan
14
iaitu bagi murid Tahun 1 dan Tahun 2, mereka belajar di sekolah yang
sekarang ini di kenali sebagi SRJK (T) Bayan Lepas manakala Tahun 3
hingga Tahun 6, mereka ditempatkan di sekolah yang ada sekarang ini.
Sekolah Umum Bayan Lepas ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan
Bayan Lepas pada tahun 1957. Sekolah ini mula beroperasi sebagai
gedung ilmu bagi orang ramai. Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas
terletak kira-kira 16km dari Bandaraya Georgetown. Bangunan asal
sekolah Kebangsaan Bayan Lepas terdiri daripada tiga bangguan kayu ,
dua bangunan dijadikan dua buah Stream School6 dan satu bangunan
sekolah umum7. Sekolah ini mempunyai kuarters guru. Selepas merdeka,
English Stream School dipindahkan ke Lapangan Terbang Bayan Lepas
yang ada sekarang dan kemudian dipindahkan ke Bayan Baru dan diberi
nama Sekolah Kebangsaan Seri Permai. Semenjak berpindahnya English
Stream School, maka Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas kekal hingga ke
hari ini dengan wajah baru.

Kaedah Pembelajaran: SPBT (Skim Pinjaman Buku Teks)

Silibus Pembelajaran : KSSR

6 Maksud : Sekolah aliran

7 Maksud : Sekolah aliran Melayu

15
Gambar 26 27 : Senarai Guru Besar dari tahun 1926 hingga kini dan
Temuramah bersama Guru Besar SK Bayan Lepas Puan Fauziah binti
Saad. Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

Gambar 28 : Temuramah bersama Guru SK Bayan Lepas Puan Norazian.


Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

16
17
Gambar 29-42 : Antara kemudahan persekitaran di sekolah SK Bayan
Lepas. Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

18
Gambar 43-52 : Antara kemudahan persekitaran di sekolah SK Bayan
Lepas. Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

Gambar 53 56 : Pembelajaran di kelas Pra Sekolah SK Bayan Lepas.


Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

19
Gambar 57 : Blok Anggun dimana menempatkan pejabat pentadbiran SK
Bayan Lepas. Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

20
Gambar 59 -63 : Pengertian Logo sekolah, Misi, Visi, Pengertian
Bendera Sekolah Latar belakang Kedudukan Penduduk, Latar
Belakang Kemudahan Fizikal Sekolah dan Sijil Kementerian Pelajaran
Malaysia Daftar Sekolah Kerajaan. Gambar diperolehi dari Kajian
Lapangan 2016.

21
Gambar 64 : Gambar pakaian sekolah untuk pelajar di bawah Sekolah
Kerajaan yang diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

22
Gambar 65 -72 : Gambar hadiah, plak dan replika cek yang dimenangi
sepanjang tahun di SK Bayan Lepas. Gambar diperolehi dari Kajian
Lapangan 2016.

Pada tahun 1905, Kolej Melayu Kuala Kangsar (Malay College


Kuala Kangsar) ditubuhkan khas bagi anak-anak golongan bangsawan
Melayu yang menjadi alat pentadbiran British. Ianya berasaskan sistem
pendidikan terbaik di Britain. Pada tahun 1910, mereka yang telah lulus
darjah tujuh di kolej tersebut diserapkan ke dalam perkhidmatan
pentadbiran Melayu. Pada tahun 1930, golongan ini dilantik untuk
menjawat jawatan rendah dalam Perkhidmatan Awam Tanah Melayu
(MCS). Lulusan kolej ini diharap menjadi penyokong setia British. Atas
desakan untuk memenuhi kekurangan besar dalam bilangan guru,

R.O Winstedt selaku penolong Pengarah Pelajaran telah


dipertanggungjawabkan untuk mentadbir sekolah-sekolah vernakular
Melayu. Beliau telah mencadangkan penubuhan sebuah maktab bagi
melatih guru-guru Melayu di Tanjung Malim, Perak. Dengan ini, lahirlah
Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1922. Penubuhan
MPSI adalah mercu sistem pendidikan rendah Melayu (Loh 1975).

HASIL KAJIAN LAPANGAN

ii. KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

Ditubuhkan pada 1905 oleh pihak British atas cadangan daripada


R.J. Wilkinson, pegawai pendidikan jajahan pada masa itu. Cadangan itu
disokong sepenuhnya oleh Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Azam
Shah I (1886-1916)8.

23
Pada awalnya, penubuhan sekolah ini ialah untuk mendidik dan
melatih golongan elit Melayu, yang terdiri daripada kerabat diRaja.
Anak lelaki kelahiran kebanyakan sukar untuk mendapat tempat di
sekolah ini. Selepas kebangkitan nasionalisme orang Melayu pada
sekitar tahun 1947, syarat kemasukan ke sekolah ini dilonggarkan dan
semakin ramai anak-anak orang kebanyakan dapat peluang untuk
menuntut di sini. Kini anak Melayu terpilih berpeluang mengikuti
pembelajaran peringkat menengah di sekolah ini9.

Seorang graduan Universiti Oxford yang berasal dari Ireland,


William Hargreaves mendapat penghormatan untuk menjadi pengetua
pertama sekolah ini dan sekolah ini ditadbir oleh pengetua dari Britain
sehingga tahun 1965, di mana Abdul Aziz Ismail, seorang rakyat
berbangsa Melayu diambil sebagai pengetua sempena ulangtahun ke-60,
dan sehingga kini rakyat lelaki berbangsa Melayu memegang jawatan
tersebut10.

8 Maklumat dari temubual Guru Penolong Kanan MCKK, Cikgu Sabri bin Abd Ghani.

9 Maklumat dari temubual Guru Penolong Kanan MCKK, Cikgu Azmi bin Jimat.

10 Maklumat dari temubual Guru Penolong Kanan MCKK Cikgu Sabri bin Abd Ghani.

24
Gambar 73 : Bangunan Maktab Melayu Kuala Kangsar di Era 1950-an.
Gambar diperolehi dari Cikgu Anand bin Baharuddin, Pengetua MCKK.
Sumber Kajian Lapangan 2015.

Gambar 75 - 75: Bangunan Asrama untuk Tingkatan 1 dan Bangunan


Utama MCKK. Sumber Kajian Lapangan 2015.

Gambar 76- 77 : Temubual bersama Cikgu Anand bin Baharuddin,


Pengetua MCKK. Cikgu Sabri bin Abd Ghani, Guru Penolong Kanan
MCKK dan Cikgu Azmi bin Jimat, Guru Ko Kurikulum MCKK.
Sumber Kajian Lapangan 2015.

25
Gambar 78-79 : Gambar Pintu masuk utama MCKK.

Sungguh pun penubuhan MPSI dikatakan satu peritiwa bersejarah


dalam pendidikan Melayu, namun bidang pelajarannya masih sempit.
Kerajaan British masih tetap dengan dasar mengekalkan status quo orang
Melayu. Dasar yang dipegang oleh pentadbir British adalah semata-mata
untuk mengeluarkan petani dan nelayan Melayu yang tahu menulis dan
membaca (Abdul Wahid, 1998).

Gambar 80 : Bangunan Suluh Budiman dibina pada tahun 1921 menjadi


bangunan induk di era SITC. Sumber gambar di perolehi dari laman web
Muzium Pendidikan Nasional.

penubuhan SITC 1922 ialah melatih guru-guru untuk sekolah-


sekolah Melayu, disamping itu pihak British juga berharap lepasan SITC
akan digunakan sebagai tenaga kerja mereka. SITC menjadi Pusat
Kehidupan intelektual Melayu dengan penuntut-penuntut Melayu dengan
penuntut dating dari segenap pelosok Semenanjung. Menjelang
Kemerdekaan 1957, SITC telah mendapat menyediakan golongan intelek
26
berjiwa kebangsaan dan ini penting untuk mengisi ruang kemerdekaan
yang diberkan (Abdul Wahid, 1998).

Menurut Tan Din Eing, perhatian yang lebih berat diberikan supaya
orang melayu yang keluar dari kampung-kampungnya mendapat
pekerjaan. Pendidikan Vernakular Melayu adalah rendah mutunya.
Tumpuan diberi hanya kepada asas seperti membaca, menulis, dan
mempelajari asas kira-kira. Antara tahun 1914-1940, tidak terdapat
sekolah menengah aliran Melayu di Tanah Melayu. Perkembangan
sekolah hanya terhad kepada sekolah rendah sahaja. Unsur dualisme
dalam pendidikan vernakular Melayu sangat jelas. Bagi rakyat biasa,
tujuan pendidikan Melayu adalah hanya menjadikan mereka petani dan
nelayan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka (Abdul Wahid, 1998).

Unsur dualisme adalah bertujuan untuk mengekalkan status quo


masyarakat Melayu iaitu terus membiarkan orang Melayu terus taksub
dengan cara pendidikan mereka dan tanpa melihat kemajuan masyarakat
lain yang berada di sekeliling mereka. Dengan ini orang Melayu tidak
akan bangkit menentang kekuasaan British di tanah air mereka. Ini
bermaksud British ingin terus membiarkan orang Melayu terus di
belenggu kemiskinan dan pemikirian kolot mereka itu. British juga ingin
mengekalkan orang Melayu supaya terus tinggal di perkampungan
nelayan atau di kawasan pedalaman dengan mengusahakan sawah padi.
Penubuhan sekolah vernakular Melayu ini juga bertujuan untuk
mengekalkan kesetiaan dan jalinan persahabatan antara pegawai kerajaan
British dengan golongan elit Melayu, iaitu golongan raja dan pembesar-
pembesar Melayu supaya terus memberikan kerjasama dengan mereka
(Sufean, 2008).

27
Pada tahun 1855 sebuah sekolah Melayu telah dibina di Bayan
Lepas, Pulau Pinang kemudian pada tahun berikutnya dua buah sekolah
lagi telah dibina iaitu Teluk Belangah dan Kampung Gelam di Singapura
perkara ini adalah rentetan daripada Gabenor Jeneral di India
menghantar perutusan Jemaah Pengarah bagi lawatan ke Negeri-negeri
selat untuk membuat laporan tentang pendidikan di kawasan tersebut
pada tahun 1854 (Meng, 1996).

Sekolah Melayu di Melaka dikatakan berjaya kerana hampir semua


penduduknya adalah terdiri daripada masyarakat Melayu dan tenaga
pengajar juga cukup untuk mengajar pelajar pada tahun 1872. Sebelum
itu ketika tahun 1871 A.M Skinner telah mengunakan kelas Al-Quran
sebagai satu percubaan dalam pembelajaran sekolah Melayu. Di samping
itu, sekolah Melayu diatur iaitu ketika waktu pagi pembelajaran
dijalankan seperti biasa manakala ketika petang pembelajaran akan
belajar ilmu agama Islam. Antara matapelajaran yang terdapat dalam
pembelajaran adalah Mengarang, Menulis, Ilmu Hisap (Matematik),
Ilmu Alam (Geografi) dan Pendidikan Jasmani. Para ibu bapa pelajar
akan membayar dana untuk membiayai guru-guru yang bertugas di
sekolah tersebut (Keow, 2008).

Bukan itu sahaja, golongan kanak-kanak Melayu perempuan juga


turut dibina untuk mendapatkan pendidikan iaitu pada tahun 1884, satu
sekolah telah dibina di Teluk Belangah. Tambahan pula, pada tahun
1889 sebuah sekolah lagi telah dibina di Pulau Mutiara iaitu Pulau
Pinang. Menurut Meng (1996) pendidikan untuk golongan kanak-kanak
perempuan bertambah baik setelah berlalunya perang dunia pertama.
Rentetan daripada itu terdapat juga sekolah Melayu yang diwujudkan
mengikut kelas sosial iaitu sekolah raja yang dibina pada tahun 1890

28
di negeri Selangor. Mereka yang mempunyai kelas sosial golongan raja
sahaja yang layak untuk belajar di sekolah tersebut walau bagaimanapun,
sekolah ini hanya bertahan selama 4 tahun sahaja.

Matlamat pendidikan Melayu hanya untuk memastikan supaya


seorang anak nelayan atau petani menjadi seorang nelayan atau petani
yang lebih cerdik daripada bapa mereka. Sek. Melayu menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, diajar oleh guru-guru
berbangsa Melayu dan tidak mempunyai buku-buku teks wajib. British
tidak mempunyai perancangan yang teliti untuk memulakan pendidikan
di peringkat menengah dalam bahasa Melayu. Usaha awal memberi
latihan perguruan kepada guru sekolah Melayu dibuat pada tahun 1878
melalui sebuah pusat latihan di Telok Belanga, Singapura. Pada tahun
1900, Maktab Melayu Melaka ditubuhkan, Maktab Melayu Matang,
Perak (1913), Maktab Melayu Johor dan Maktab Melayu Kota Bahru
pada tahun 1919. Walau bagaimanapun, usaha ini kurang berjaya kerana
gaji guru sangat rendah serta tidak diminati oleh orang Melayu. Selepas
kajian dibuat - telah membawa kepada penubuhan Maktab Perguruan
Sultan Idris (MPSI) di Tanjung Malim (1922), Maktab Latihan
Perempuan Melayu ditubuhkan di Melaka (1935) untuk menampung
keperluan guru yang semakin bertambah. 1905, Maktab Perubatan
King Edward VII ditubuhkan dan dibiayai melalui sumbangan orang
perseorangan dan badan-badan kebajikan. 1920, Maktab Perubatan King
Edward VII mula mengadakan klinik perubatan, pembedahan, dan
perbidanan. Beberapa bidang pengajian yang lain juga turut ditambah.
1949, Maktab Perubatan King Edward VII digabungkan dengan Raffles
College untuk menjadi Universiti Malaya di Singapura - tawar kursus-
kursus peringkat ijazah dalam bidang Sastera, Sains, dan Perubatan.
Dalam bidang pelajaran teknikal, sebuah Sekolah Teknik dibuka di
29
Kuala Lumpur (1906) - latih pembantu teknik dlm Jab. Ukur, Jab. Kereta
Api dan Kerja Raya. 1942 - ditukar kepada Maktab Teknik. 1943 -
Maktab Pertanian didirikan di Serdang, Selangor kemudian (1971) taraf
maktab ini dinaikkan menjadi Universiti Pertanian Malaysia yang kini
dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia (UPM) (Abdul, 2001).

1.3 PENDIDIKAN CINA

1.3.1 SEJARAH PENDIDIKAN CINA

Pada peringkat awal, pendidikan untuk kanak-kanak Cina tidak


dipentingkan kerana tanggapan ibu bapa mereka datang ke Tanah Melayu
untuk mencari rezeki. Sekolah Cina yang pertama ditubuhkan di Melaka
pada tahun 1816 oleh sekumpulan mubaligh Kristian. Beberapa buah sekolah
lagi didirikan di NNS dan NNMB oleh kapital-kapital Cina seperti Yap Ah
Loy, Phua Choon Hiong, dan Cheng Soo Leong. Penubuhan sekolah-sekolah
Cina ini menandakan bermulanya keinginan orang Cina untuk bermastautin
secara tetap, walaupun sebelum itu Tanah Melayu hanya dianggap sebagai
penempatan sementara. Sekolah-sekolah Cina lebih tertumpu di bandar-
bandar sekitar kawasan perlombongan dan pelabuhan seperti Singapura,
Melaka, Pulau Pinang, Selangor, Perak, dan Negeri Sembilan (Sufean, 2008).

Sistem pendidikan Cina dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu


peringkat rendah (6 tahun), peringkat menengah (3 tahun), dan peringkat atas
(3 tahun). Menggunakan sukatan pelajaran sendiri kerana sekolah Cina
30
dikelolakan oleh orang-orang persendirian, badan-badan sukarela tanpa
campur tangan kerajaan British. Kurikulum sekolah Cina di Tanah Melayu
disesuaikan supaya selaras dengan apa yang dipelajari di China. Manakala
guru-guru didatangkan khas dari China. Mata pelajaran yang diajar ialah
Bahasa Cina, Kesusasteraan Cina Klasik, Sejarah China, Matematik, Sains,
Nyanyian, Lukisan, dan Latihan Ketenteraan. Buku-buku teks dicetak dan
diimport dari China. Sekolah-sekolah Cina di Tanah Melayu menggunakan
pelbagai dialek (Bakar, 2010).

Namun kemudiannya diselaraskan apabila semua sekolah menggunakan


bahasa Kuo Yu sebagai bahasa perantaraan bagi menggantikan pelbagai
dialek yang berlainan. Masy. Cina di Tanah Melayu lebih mengetahui
perkembangan politik di China berbanding Tanah Melayu. Sekolah Cina
menjadi pusat penyebaran ideologi yang bercanggah antara pihak
Koumintang dan Komunis. Oleh itu, keadaan ini perlu dikawal kerana boleh
menjejaskan keamanan. Pada tahun 1920, satu peraturan diperkenalkan
dengan mewajibkan semua sekolah Cina di Tanah Melayu didaftarkan.
Langkah ini bertujuan mengawal perkembangan sekolah aliran Cina di Tanah
Melayu. Pada tahun 1924, sekolah Cina mula mendapat bantuan kewangan
kerajaan. Bantuan ini digunakan untuk pelbagai perkara seperti membayar
gaji guru dan membina sekolah baharu. Jabatan Penolong Pengarah Sekolah
Cina juga ditubuhkan untuk mengawasi perkembangan sekolah Cina. Selepas
tahun 1945, semakin banyak sekolah Cina menerima bantuan kerajaan. Buku
teks tidak lagi dibawa masuk dan China tetapi diterbitkan di Tanah Melayu.
Sukatan pelajaran disemak untuk disesuaikan dengan persekitaran tempatan.
Pada tahun 1952, Bahasa Melayu mula diajar di sekolah Cina (Sufean, 2008).

Masyarakat Cina sememangya telah wujud di Tanah Melayu melalui


beberapa cara. Masyarakat ini juga banyak tingal di negeri Perak dan

31
Selangor terutama di kawasan lombong-lombong bijih timah. Manakala
masyarakat ini yang menetab di negeri-negeri selat sebagai perniaga. Sekolah
cina yang pertama diwujudkan pada tahun 1815 oleh Persatuan Mubaligh
London tetapi telah gagal dan ditamatkan (Arkib, 2015).

Rentetan daripada itu, sekolah cina telah didirikan semula dengan usaha
individu, persatuan cina daerah, persatuan kaum cina dan jabatan pentadbir
telah berusaha untuk membina sekolah-sekolah cina dengan memberi derma.
Kurikulum sekolah tersebut berbentuk klasik seperti mempelajari kaligrafi
dan pengiraan. Tambahan pula, bahasa penghantar yang digunakan adalah
bahasa cina berdielek tempatan. Walau bagaimanapun, pihak inggeris tidak
memberi campur tanggan kepada sekolah, malahan mereka bersikap
menetang keras atas usaha tersebut (Keow, 2008).

Sekolah-sekolah cina ini telah mendapat bantuan bermula pada 1901


daripada pihak China dalam bentuk kewangan pada pemerintaan Manchu.
Kesanya, guru-guru daripada negara China juga dibawa masuk untuk
dijadikan tenaga pengajar kepada murid di Tanah Melayu. Di samping itu,
kukurilum baru juga dijalankan seperti sejarah, sains, lukisandan lain-lain.
walau bagaimanapun, pada tahun 1911 telah berlaku satu revolusi di negara
China penerapan ideologi baru kepada sekolah-sekolah ini. Pada 1914 dan
1915 negara China telah menghantar wakil-wakil mereka untuk melawat
sekolah-sekolah di Asia tengara. Satu sekolah untuk melatik guru-guru juga
telah dibina di Nanking pada 1918 dan kesanya bilangan guru juga telah
meningkat(Nor & Othman, 2011).

Sekolah-sekolah cina juga telah mengunakan Bahasa Mandarin sebagai


bahasa penghantar rasmi kerana kesan daripada revolusi kebudayaan di
negara China pada tahun 1919. Selanjutnya sekolah ini juga telah mendapat

32
bantuan kewangan dan pengaruh daripada parti politik iaitu kuomintang telah
merancakan perkembangan sekolah tersebut (Shahril, 1999).

Perkembangan ini telah menbimbangkan pihak Inggeris dan mereka


telah mengambil beberapa langkah untuk mengawal ideologi negara China
yang bersifat anti-British iaitu Enakmen Pendaftaran Sekolah pada 1920.
Menurut Meng, (1996) perkara ini dilakukan bertujuan untuk mengawal
perkembangan sekolah sekolah cina.

Antara kandungan Enakmen Pendaftaran Sekolah adalah:

1. Pengarah pembelajaran mempunyai kuasa untuk mentutup


sebarang kegiatan sekolah yang mempunyai pentabiran dan
kurikulum yang tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan
oleh pihak British. Keadaan kesihatan juga turut ditetapkan oleh
pihak British.
2. Guru-guru dan pentadbir mestilah berdaftar dan diselia oleh
pengarah pelajaran.
3. Sekolah-sekolah yang berdaftar akan mendapat bantuan daripada
sekolah Inggeris. Sekolah yang layak untuk mendapat bantuan
adalah sekolah yang mengunakan dielak tempatan sebagai bahasa
penghatar dan pengunaan bahasa Mandarin dilihat sebgai agen
kerajaan China (Meng, 1996).

Kesan daripada langkah-langkah yang diambil oleh pihak British dilihat


sebagai mencabuli hak-hak masyarakat Cina. Tambahan lagi, kesan daripada
enakmen itu telah membatalkan sebayak 315 buah sekolah pada 1925 dan
1928. Setelah itu, tindakan yang lebih keras telah diambil oleh pihak British
iaitu menetabkan bahawa hanya masyarakat Cina yang lahir di Tanah Melayu
sahaja yang layak menjadi tenaga pengajar dan buku-buku teks yang
mengadungsi unsur anti-British juga telah diharamkan. Kawalan-kawalan ini
33
dilihat tidak berkesan kerana sekolah Cina masih lagi berkembang seperti
sekolah Chung Ling (Pulau Pinang), sekolah Yuk Chong (Ipoh) dan sekolah
Kuen Cheng (Kuala Lumpur) telah memulakan sekolah diperingkat
Menengah (Meng, 1996).

Pada 1932 bantuan kewangan dari negara China telah dihentikan


rentetan daripada kemelesetan ekonomi yang berlaku tetapi bersambung
semula pada 1935. Dasar yang dibuat oleh pihak British telah menyebabkan
berlakunya jurang antara pendidikan anak-anak masyarakat Cina dan
Melayu. Pendidikan Cina di Tanah Melayu sehingga abad ke-20 adalah
berasaskan pengetahuan klasik Confucius. Sekolah-sekolah Cina
menekankan kaedah pembelajaran secara menghafal, mendeklamasi teks
Confucius atau klasik Cina tanpa memahami maknanya. Penggunaan sempoa
(alat mengira) adalah penting. Terdapat tiga jenis sekolah Cina pada zaman
kolonial (Meng, 1996).

Sekolah yang pertama iaitu yang dikendalikan oleh jawatan kuasa


peringkat daerah, persatuan, keluarga Cina di Bandar atau di daerah tertentu.
Sekolah yang kedua iaitu ditubuhkan oleh orang perseorangan atau beberapa
orang guru dalam satu jawatan kuasa yang terdiri daripada penaja atau
dermawan. Sekolah yang ketiga pula yang dijalankan oleh guru yang
mengambil upah dari anak-anak murid mereka. Contoh sekolah vernakular
Cina ialh SJK(C) Hua Lian, Tanjung, Perak dan SJK(C) Chung Hwa, Kota
Bahru, Kelantan (Keow, 2008).

Sekolah Cina menggunakan bahasa Cina atau Mandarin (Kuv Yu)


sebagai bahasa pengantar. Guru, sukatan mata pelajaran dan buku dibawa
dari China. Sekolah Cina menyediakan pendidikan rendah selama enam
tahun. Terdapat sekolah Cina yang menyediakan pendidikan sehingga tahap
senior Middle iaitu pelajaran menengah atas tiga atau sekolah Tinggi. Bagi

34
mereka yang hendak melanjutkan pelajaran, mereka harus pergi ke negara
China (Keow, 2008).

Langkah untuk mengawal sekolah Cina bermula apabila sekolah ini


digunakan oleh parti Kuomintang (KMT) dan Parti Komunis China (PKC)
sebagai pusat dakyah. Sekolah Cina di Tanah Melayu pada tahun 1920-an
menjadi medan pertarungan antara dua ideologi politik yang bertentangan ini.
Pada tahun1920, kerajaan telah meluluskan enakmen pendaftaran sekolah
untuk mengawal sekolah-sekolah Cina. Menurut enakmen ini,semua sekolah
yang didirikan mesti didaftarkan. Enakmen ini memberi kuasa kepada
pengarah pelajaran untuk menutup sekolah yang tidak mengikut syarat
pengurusan, sukatan pelajaran, dan peraturan kesihatan yang ditetapkan oleh
British. Namun, perlaksanaan enakmen ini kurang berjaya (Sufean, 2008).

British kemudiannya terpaksa mengambil tindakan yang lebih tegas pada


tahun 1929. Antara tindakan itu adalah menghapuskan semua unsur Eropah
yang terdapat dalam buku teks sekolah vernakular Cina. Guru-guru yang
lahir di negara Cina tidak dibenarkan lagi masuk ke Tanah Melayu. Pegawai-
pegawai kerajaan dilantik untuk mengawal sekolah-sekolah Vernakular Cina
ini. Selain itu, peruntukan kerajaan juga diberikan kepada sekolah-sekolah ini
supaya dapat menyekat pengembangan ideologi komunis (Sufean, 2008).

Pada keseluruhannya, tiada permintaan yang luas bagi pendidikan Cina


pada tahap yang lebih tinggi kerana pendidikan Cina tidak membawa ke arah
kemajuan sosial dan ekonomi (Hing, 2006).

Menurut Andaya,..seperti hal dengan pendidikan India di Tanah


Melayu, sekolah-sekolah pengantar Cina tidak memberikan persediaan
supaya seseorang individu boleh naik meningkat di bawah pemerintahan
kolonial British.

35
1.3.2 HASIL KAJIAN LAPANGAN

i. SK (C) CHUNG SHAN BAYAN LEPAS PULAU PINANG

Nama Sekolah : SK (C) Chung Shan Bayan Lepas Pulau Pinang

Alamat : Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Shan, Jalan Sultan Azlan
Shah 11900, Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia

Telefon : 04-6436559

Tarikh Penyelidikan : 26 April 2016

Nama Guru Besar : Pn. Eng Phaik Kim

Tahun Ditubuhkan : 1914

Sejarah : Seawal tahun 1914, Pengasas Sekolah Chung Hwa ialah Ye Shu
Boe. Beberapa tahun kemudian, wujud pula Sekolah Shang Ye
berhampiran. Demi keperluan masyarakat pada masa itu, kedua-
dua sekolah telah bergabung dan digelarkan nama baru Sekolah
Chung Hwa Shang Ye. Dengan kerjasama LPS dan PIBG serta
sokongan kuat semua lapisan masyarakat tempatan, bilangan
murid makin meningkat sehingga sekolah terpaksa menubuhkan
Jawatankuasa Pembinaan Baru. En. Goh Tham Leng dilantik
sebagai Guru Besar.

Tahun 1929, Jawatakuasa Pembinaan Bangunan Baru telah


menyewa bidang tanah berlokasi di Kampung Perlis dan berjaya
memulakan projek pembinaan bangunan baru Sekolah Chung
Hwa Sang Ye di tapak tersebut. Akhirnya ia bergabung dengan
sekolah Jie Shan dan lahirlah SJK (C) Chung Shan.

Pada tarikh 18.09.1945, Dengan bantuan masyarakat tempatan


yang giat mencintai dan menyanjungi pendidikan Bahasa Cina,
SJK (C) Chung Shan memulakan sesi persekolah secara rasmi
semula selepas tamat Perang Dunia Kedua. En Hu Shun Rong
telah dilantik sebagai Pengerusi LPS yang pertama dan beliau
memegang jawatan ini selama 20 tahun (1951-1971).

36
22.01.1950 bilangan murid bertambah dengan pesat. Untuk
mengatasi masalah kekurangan bilik darjah, satu blok bangunan
sekolah baru SJK (C) Chung Shan telah siap dibina di Jalan Sultan
Azlan Shah, Bayan Lepas dengan bantuan modal penuh oleh En.
Aw Boon Haw dan sumbangan tanah 2 ekar oleh En Yeop Chor
Ee.

18.09.1951 Upacara Perasmian SJK (C) Chung Shan telah


dirasmikan oleh Lim Lean Teng

Tahun 1970 Pada awal tahun ketujuh puluhan, SJK (C) Chung
Shan mempunyai satu blok bangunan baru ada 10 buah bilik
darjah dan satu dewan besar. Pentadbiran sekolah dijalankan
dengan lancar. Jumlah guru dan staff ialah 28 orang dan bilangan
murid meningkat ke 800 orang.

Tahun 1974 sebahagian SJK (C) Chung Shan telah diambil oleh
kerajaan pusat untuk pembinaan Lapangan Terbang Pulau Pinang
yang dinaiktaraf menjadi lapangan antarabangsa.

01.03.1993 SJK (C) Chung Shan telah meningkat dari gred B ke


gred A.

Tahun 1994 LPS dan Persatuan Murid Tua berganding bahu


membina 2 buah bilik darjah baharu.

Tahun 1995 Dengan wang pampasan kerajaan, insfrastruktur


sekolah rendah telah dinaiktarafkan dan 6 bilik darjah baharu siap
dibina

Kini, SJK (C) Chung Shan dilengkapi dengan Bilik Darjah, Bilik
Guru Besar, Bilik Penolong Kanan, Bilik Guru, Pejabat, Bilik
Cyber, Makmal Sains, bilik komputer, perpustakaan dewan,
kantin, bilik BOSS, Bilik Muzik Stor Kitar Semula, Bilik
Kemahiran Hidup dan Kedai Buku Sekolah yang disediakan
secara berasingan.

Kaedah Pembelajaran: SPBT (Skim Pinjaman Buku Teks)

Silibus Pembelajaran : KSSR

37
Jumlah Murid : 182 orang

Kaum : Cina, Melayu dan India

Bilangan Kelas : 8 bilik darjah

Gambar 81 82 : Pembukaan upacara perasmian SJK (C) Chung Shan


telah dirasmikan oleh Lim Lean Teng. Gambar diperolehi dari Majalah
Cenderamata Perayaan Ulangtahun ke-50 SJK Chung Shan (C), Bayan
Lepas, Pulau Pinang. Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

38
Gambar 83-86 : Gambar sekitar bangunan SJK (C) Chung Shan. Gambar
diperolehi dari Majalah Cenderamata Perayaan Ulangtahun ke-50 SJK
Chung Shan (C), Bayan Lepas, Pulau Pinang. Gambar diperolehi dari
Kajian Lapangan 2016.

39
Gambar 87-90: Gambar aktiviti dan program yang diadakan di SJK (C)
Chung Shan. Gambar diperolehi dari Majalah Cenderamata Perayaan
Ulangtahun ke-50 SJK Chung Shan (C), Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

Gambar 91-92 : Gambar aktiviti dan program yang diadakan di SJK (C)
Chung Shan. Gambar diperolehi dari Majalah Sekolah SJK Chung Shan
(C), Bayan Lepas, Pulau Pinang.

40
Gambar 93-94: Gambar aktiviti dan program yang diadakan di SJK (C)
Chung Shan dan senarai nama Guru Besar hingga kini. Gambar
diperolehi dari Majalah Sekolah SJK Chung Shan (C), Bayan Lepas,
Pulau Pinang. Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

41
Gambar 97-100 : Gambar lagu sekolah, piagam sekolah dan falsafah
pendidikan, misi dan visi SJK (C) Chung Shan dan senarai nama Guru
Besar hingga kini. Gambar diperolehi dari Majalah Sekolah SJK Chung
Shan (C), Bayan Lepas, Pulau Pinang. Gambar diperolehi dari Kajian
Lapangan 2016.

42
Gambar 101-106 : Gambar aktiviti dan program yang diadakan di SJK
(C) Chung Shan dan senarai nama Guru Besar hingga kini. Gambar
diperolehi dari Majalah Sekolah SJK Chung Shan (C), Bayan Lepas,
Pulau Pinang. Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

43
Gambar 107: Temubual bersama Guru Penolong Kanan 1, Pn. Voon Bee
Leong.

Gambar 108-109 : Bangunan Penubuhan The Chong Shan School Union


iaitu Persatuan Murid Tua SJK (C) Chung Shan. Gambar diperolehi dari
Kajian Lapangan 2016.

44
Gambar 110-115: Gambar persekitaran SJK (C) Chung Shan. Pelbagai
kemudahan seperti dewan tertutup dan kelas yang masih lagi digunakan
sehingga kini. Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

Gambar 116: Piala dan pingat kejayaan SJK (C) Chung Shan. Gambar
diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

45
Gambar 117-118: Plak perasmian SJK (C) Chung Shan dan replika
gendang yang digunakan untuk masa rehat pada zaman dahulu. Gambar
diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

Gambar 119-121 : gambar persekitaran sekolah yang berdekatan dengan


stor simpanan Lapangan Terbang Bayan Lepas.

46
Gambar 123-126 : Kemudahan seperti gelanggang bola keranjang dan
padang kecil SJK (C) Chung Shan.

47
Gambar 127-134 : Gambar Persekitaran sekolah yang berdekatan
denagan kantin sekolah SJK (C) Chung Shan. Gambar diperolehi dari
Kajian Lapangan 2016.

48
Gambar 134 -136 : Bangunan Pentadbiran SJK (C) Chung Shan. Gambar
diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

Gambar 137-138: Senarai nama Guru Besar dan senarai pelajar


cemerlang UPSR 2015 SJK (C) Chung Shan. Gambar diperolehi dari
Kajian Lapangan 2016.

49
Gambar 138 -145 : Keratan Akhbar pelajar cemerlang UPSR 2015,
Buku Latihan SJK (C) Chung Shan. Buku Garis Panduan SJK (C) Chung
Shan. Pelan sekolah SJK (C) Chung Shan. Senarai guru dan carta
organisasi SJK (C) Chung Shan. Gambar diperolehi dari Kajian
Lapangan 2016.

50
1.4 PENDIDIKAN TAMIL

1.4.1 SEJARAH PENDIDIKAN TAMIL

Pada awalnya, pendidikan Tamil juga diusahakan oleh orang


perseorangan dan badan-badan sukarela terutamanya badan mubaligh
Kristian. Selepas penubuhan Penang Free School di Pulau Pinang pada tahun
1816, satu ketetapan diambil untuk membuka sebuah sekolah Tamil sebagai
satu daripada sekolah cawangan sekolah itu. Pada tahun 1850, sebuah
sekolah bernama Anglo-Tamil School yang mengajar bahasa Tamil dan
Inggeris dibuka di Melaka. Pada tahun 1860, sekolah ini terpaksa ditutup
kerana menghadapi pelbagai masalah seperti kekurangan murid. Sepanjang
tahun 1870-an, beberapa buah sekolah kecil yang mengajar bahasa Tamil
dibuka di kawasan ladang terutamanya di Seberang Perai, Negeri Sembilan,
Melaka, dan utara Johor yang diusahakan oleh badan-badan mubaligh
Kristian. Selain itu, terdapat juga usaha menyediakan pendidikan Tamil di
kawasan bandar. Pada tahun 1906 dan 1910, dua buah sekolah Tamil
didirikan, iaitu Thambusamy Pillai School dan Vivekananda School di Kuala
Lumpur. Pada tahun 1923, British memperkenalkan peraturan yang
mewajibkan majikan mendirikan sebuah sekolah di setiap ladang getah yang
mempunyai 10 atau lebih kanak-kanak yang berumur di antara 10 hingga 12
tahun. Selepas tahun 1920-an, semakin banyak sekolah Tamil didirikan di
Tanah Melayu. Pada tahun 1932, British mula memberi bantuan kewangan
kepada sekolah Tamil. Pendidikan di sekolah Tamil hanya terbatas setakat
sekolah rendah sahaja iaitu sebahagian besarnya hanya ditawarkan
pendidikan sehingga darjah empat dan ada sebilangan kecil sehingga ke
darjah enam. Hanya yang mampu sahaja dapat melanjutkan pelajaran ke
sekolah Inggeris di bandar. Kebanyakan sekolah Tamil menggunakan bahasa
Tamil sebagai bahasa pengantar tetapi ada sebilangan kecil yang

51
menggunakan bahasa lain seperti Telegu, Hindi, Gujerati, Malayalam,
Punjabi, dan Singhelese atau Gurkhali. Buku teks dan sukatan pelajaran
dibawa masuk dari India. Selain mempelajari kemahiran asas seperti
membaca dan menulis, murid-murid juga diajar matematik, ilmu alam,
lukisan dan kerja tangan, pengetahuan am, dan latihan jasmani11.

Kebanyakan sekolah Tamil tidak memuaskan kerana kurang kemudahan.


Gaji guru amat rendah dan di sesetengah sekolah, pekerja ladang seperti
kerani ladang, penyelia, dan pembancuh ubat ditugaskan untuk mengajar.
Selepas itu, sekolah Tamil di ladang hanya bertujuan untuk membasmi buta
huruf dalam kalangan anak-anak buruh. Sistem Pendidikan Zaman British.

Sekolah jenis ini bermula di kawasan-kawasan estet kopi, kelapa, getah


dan gula. Sekolah ini dibina untuk memberi pendidikan kepada buruh-buruh
India yang dibawa masuk oleh pihak British. Kebanyakan pekerja bertutur
dalam bahasa Tamil dan menyebabkan bahasa ini dijadikan sebagai bahasa
penghantar di sekolah Tamil. Di samping itu, pentabiran British juga
mewajibkan tuan estet untuk menyediakan kemudahan sekolah di ladang-
ladang mereka. Dasar ini bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah buta
huruf dikalangan masyarakat India tetapi ini dijadikan sebagai satu dorongan
untuk pekerja-pekerja untuk datang ke negara ini.

Disamping itu, mubaligh Kristian juga telah membina sekolah Tamil


kepada mereka yang mempunyai kemampuan. Walau bagaimanapun, sekolah
ini hanyalah terhad di peringkat sekolah rendah sahaja dan tenaga guru juga
diperolehi daripada India. Selanjutnya pihak British telah mewujudkan
sekolah Tamil di estet atau di bandar adalah untuk pembelajaran masyarakat
India krususnya kepada anak-anak pekerja di jabatan kerja raya dan kereta
api. Selain itu, pihak British juga telah menguatkuasakan kod buruh pada
11 Temuramah bersama Guru Besar SJK(T) Tan Sri Dato Manickavasagam, Cikgu Kuppayee A/P Raman.

52
1925 iaitu estet yang mempunyai 10 orang kanak-kanak diwajidkan
menyediakan sekolah dan tenaga pengajar (Sufean, 2008).

Sistem sekolah Tamil menjadi lebih baik apabila seorang Nazir pada
tahun 1930 bertujuan untuk menyelia dan mengawasan tetapi pada 1932
jawatan ini telah dimansukan. Setelah itu, sekolah ini hanya untuk
mengurangkan kadar buta huruf sahaja. Rentetan itu,setelah ekonomi pulih
penambah baikan telah berlaku iaitu guru-guru sekolah Tamil telah
dimulakan pada 1936. Pada 1928 peruntukan kewangan juga tela ditambah
dan jawatan Nazir telah diwujudkan semula (Sufean, 2008).

Semasa zaman pendidikan British kita melihat bahawa ,British tidak


mengambil berat tentang pendidikan orang India. Pendidikan Tamil adalah
secara formal di Tanah Melayu dan dimulakan oleh orang perseorangan dan
pertubuhaan masyarakat India. Dalam perkembangan sekolah India kita
dapat menilai dan melihat bahawa sekolah Vernakular Tamil dipengaruhi
oleh perkembagan ekonomi di Tanah Melayu . British telah mengarahkan
supaya Orang India berhijrah secara beramai-ramai untuk bekerja di Tanah
Melayu sebagai pekerja di ladang kopi, ladang tebu, ladang kelapa dan
ladang getah . Dalam masa yang sama juga masyarakat India telah membina
sekolah-sekolah Tamil dan sekolah sekolah ini telah didirikan di kawasan
ladang di Seberang Prai , Pulau Pinang dan Johor (Meng, 1996).

Dapat dilihat bahawa sekolah-sekolah India yang di bina pada waktu itu,
hanya sekolah sekolah ladang dan bermutu rendah dan menghadapi
pelbagai masalah seperti kekurangan kemudahan di dalam sekolah seperti
alat-alat untuk mengajar , dan juga bilangan guru yang betul-betul
berkelayakan . Lazimnya sekolah-sekolah adalah terdiri daripada Kangai,
Penyelia ladang, ataupun buruh-buruh yang yang secara kebetulan diketahui

53
tahu membaca dan menulis akan diambil secara langsung menjadi guru di
sekolah India pada masa itu (Meng, 1996).

Dari segi bahasa pengantar yang digunakan pula , di sekolah India telah
menggunakan pelbagai rumpun bahasa dari India seperti bahasa Telegu,
Malayalam, Punjabi atau bahasa Hindi. Hal ini menunjukkan bahawa sukatan
pelajaran yang digunakan pada masa itu, adalah yang berunsur keindahan.
Pada tahun 1962 , British telah memperkenalkan sebuah undang-undang
buruh yang mewajibkan pengusaha ladang supaya menyedikan sekolah dan
guru untuk anak-anak pekerjanya .Keadaan ini secara langsung telah
menyebabkan bilangan sekolah Tamil bertambah bagaikan cendawan selepas
hujan di setiap kawasan ladang di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun,
terdapat juga sekolah Tamil yang didirikan di kawasan bandar seperti sekolah
Thamboosamy Pillai dan sekolah Vivekananda di Bandar Kuala Lumpur
(Bakar, 2010).

Kesimpulannya, dapat kita renungkan bersama bahawa campur tangan


kerajaan pada masa itu terhadap sekolah Tamil adalah paling minimum
kerana banyak dikuasai oleh Gabenor British yang memerintah sesuatu
kawasan atau daerah Tanah Melayu, apa yang di katakan adalah muktamad
dan tidak boleh dibantah. Matlamat kerajaan pada masa itu juga hanya ingin
mewujudkan tenaga buruh India untuk kepentingan Tanah Melayu dan hanya
berpuas hati melihat orang India hanya mempunyai pengetahuan asas seperti
dalam bidang pertanian , dan dalam bidang kemahiran sahaja. Kerajaan pada
masa itu melihat kewujudan sekolah Tamil pada peringkat tinggi difikirkan
tidak perlu dan tidak penting kepada masa depan masyarakat Tamil. Hal ini
telah membawa kesan luka di jiwa masyarakat India pada masa itu kerana
hanya golongan India yang kaya sahaja mampu menghantar anak mereka ke
sekolah Inggeris yang lengkap dan mencukupi dari pelbagai kelengkapan.

54
Natijahnya, kita melihat bahawa ini telah membawa kepada jurang perbezaan
antara orang India yang berpendidikan Inggeris dan bejaya menceburkan diri
dengan kerjaya yang bagus berbanding dengan orang India yang miskin dan
terpaksa hidup kekal menjadi buruh di kawasan ladang dan pelabuhan sahaja
(Sufean, 2008).

1.4.1 HASIL KAJIAN LAPANGAN

i. SK (T) TAN SRI DATO MANICKAVASAGAM

Nama Sekolah : SJK(T) Tan Sri Dato Manickavasagam

Alamat : Jalan Ketoyong 35900, TanjongMalim Perak Darul Ridzuan

Telefon : 054590759

Tarikh Penyelidikan : 27 April 2016

Nama Pengasas : En. Rev. Pakianathan

Tahun ditubuhkan : 1930

Sejarah : Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1930 olehusaha En


Rev. Pakianathan. Beliau telah dibantu oleh Rev Chellieh yang
dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Mubaligh. Padamulanya
sekolah ini ditempatkan di kampong Melaka, TanjongMalim hanya 2
orang guru dan 17 orang murid manakala En John Abraham dilatik
sebagai Guru besar. Sekolah ini juga pernah ditutup ketika
penjajahan Jepun dan telah dibuka semula pada penghujung 1945.
Pada tahun 1946 sekolah tersebut telah diambil alih sepenuhnya oleh
kerajaan dan dua tahun selepas pengumuman tersebut sekolah ini
telah berpindah ke bangunan High School di Jalan Ketoyong,
Tanjung Malim. Ketika itu, En Ratnam telah menyandang sebagai

55
Guru Besar manakala terdapat 120 orang murid dan 3 orang guru.
Sekolah ini sekali lagi berpindah kebangunan kepunyaan
Jawatankuasa Mubaligh Methodist yang terletak berhampiran Gereja
Methodist. Pada tahun 1975. En. R. Govindaraju telah dilantik
sebagai guru. Semasa kepimpinan beliau telah berjaya membawa
beberapa kemudahan seperti perpustakaan yang penuh dengan buku-
buku dan alat pandang dengar yang serba moden pada ketika itu.
Pada ketika itu terdapat 6 buah bilik darjah dan bilangan murid juga
bertambah dari 160 orang meningkat kepada 216 padatahun 1982.

Pada 4 Oktober 1982 sekolah ini sekali lagi berpindah


kebangunan baru di Jalan Ketoyong dan nama sekolah ini juga
ditukar kepada S.R.J.K (T) Methodist Tanjong Malim melalui
rancangan Malaysia ketiga. Manakalapada 14 januari 1986 nama
sekolah tersebut telah ditukar menjadi S.R.J.K (T) Tan Sri Dato
Manickavasagam, Jalan Ketoyong, 35600 TanjongMalim. Sekolah
ini juga telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Sri S. Samy
Vellu SPMJ. DPMS. PCM. AMN. Mantan Menteri Kerjaraya
Malaysia12.

Kaedah Pembelajaran : UPSR

Silibus Pembelajaran : KSSR

Buku teks : SPBT

12 Temuramah bersama Guru Besar SJK(T) Tan Sri Dato Manickavasagam, Cikgu Kuppayee A/P Raman.

56
Gambar 146 : Suasana di dalam kelas Tahun 6 SJK(T) Tan Sri
Dato Manickavasagam pada tahun 1999. Gambar ihsan oleh Cikgu
Kasturi A/P Bathumalai yang merupakan pelajar sekolah SJK(T)
Tan Sri Dato Manickavasagam. Gambar diperolehi dari Kajian
Lapangan 2016.

Gambar 147 -148 : Gambar kelas Tahun 6 UPSR SJK(T) Tan Sri
Dato Manickavasagam pada tahun 1999. Gambar ihsan oleh Cikgu
57
Kasturi A/P Bathumalai yang merupakan pelajar sekolah SJK(T)
Tan Sri Dato Manickavasagam. Gambar diperolehi dari Kajian
Lapangan 2016.

Gambar 149-150 : Temuramah bersama Guru Besar SJK(T) Tan Sri


Dato Manickavasagam, Cikgu Kuppayee A/P Raman. Gambar
diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

58
Gambar 151-152: Takwim dan maksud logo sekolah SJK(T) Tan Sri

Dato Manickavasagam.

59
Gambar 153 -156: Misi dan Visi, Piagam Pelanggan, Senarai Nama
Guru dan Carta Organisasi sekolah SJK(T) Tan Sri Dato
Manickavasagam. Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

60
Gambar 157-163: Guru Besar Cikgu R. Kuppayee A/P Raman
mengiring ke kelas Wawasan yang bermaksud murid perlu
berdikari, berdisplin, kreatif dan berkeyakinan di dalam kelas

61
sewaktu pembelajaran. Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan
2016.

Gambar 164 -167 : Cikgu Kasturi A/P Bathumalai dan Cikgu Padma
Priya A/P Arumugam mengajar kelas pra sekolah. Kedua-dua cikgu
ini adalah bekas murid SJK (T) Tan Sri Dato Manickavasagam.
Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

62
Gambar 168-169 : Buku Jadual kedatangan dan Buku Persediaan
Pengajaran untuk cikgu mengajar di SJK(T) Tan Sri Dato
Manickavasagam. Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

Gambar 170 - 173 : Beberapa kemudahan pembelajaran dan


pengajaran untuk cikgu mengajar di SJK(T) Tan Sri Dato
Manickavasagam. Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

63
Gambar 174- 181 : Gambar persekitaran bangunan dan padang
SJK(T) Tan Sri Dato Manickavasagam. Gambar diperolehi dari
Kajian Lapangan 2016.

64
Gambar 182-186: Permandangan persekitaran iaitu kantin, dewan,
kawasan perhimpunan dan plak perasmian di SJK(T) Tan Sri Dato
Manickavasagam. Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

65
Gambar 187-195 : diantara aktiviti aktiviti dan program program
yang diadakan di SJK(T) Tan Sri Dato Manickavasagam seperti
majlis sukan tahunan dan majlis kecemerlangan pelajar. Gambar
diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

66
Gambar 196-211 : diantara aktiviti aktiviti dan program program
yang diadakan di SJK(T) Tan Sri Dato Manickavasagam seperti
majlis sukan tahunan dan majlis kecemerlangan pelajar. Gambar
diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

67
Gambar 212- 215 : diantara aktiviti aktiviti dan program program
yang diadakan di SJK(T) Tan Sri Dato Manickavasagam seperti
majlis majlis kecemerlangan pelajar yang dirasmikan oleh Dato
Hajjah Rusnah binti Kassim Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan
Kerajaan Tempatan. Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

68
1.5 PENDIDIKAN INGGERIS

1.5.1 SEJARAH PENDIDIKAN INGGERIS

Sekolah Inggeris mempunyai 2 jenis iaitu free school, sekolah


Inggeris yang mendapat bantuan daripada kerajaan dan sekolah
Inggeris separa bantuan yang diasaskan oleh mubaligh Kristian.
Free school membawa maksud sekolah yang terbuka kepada pelajar
tanpa mengira kaum dan taraf sosial. Penang free school adalah
sekolah yang terbaik dalam jenis ini iaitu hasil daripada usaha Rev.
R. Hutchings pada 1916. Kemudian pada tahun 1920 sekolah ini
diambil alih oleh pihak kerajaan. Di Singapura pula telah
menubuhkan satu free school13 yang diberi nama Raffles dan telah
bertukar nama iaitu kepada Raffles Institution pada tahun 1863.
Kemudian di Melaka juga telah menubuhkan satu free school pada
tahun 1826 yang dikenali sebaga Malacca Free School dan
kemudian telah ditukarkan kepada Sekolah tinggi Melaka.
Tambahan pula, sekolah ini merupakan sekolah Inggeris kerajaaan
yang pertama. Sekolah Inggeris yang lain adalah sekolah Victoria,
Kuala Lumpur (1894) dan sekolah King Edward, Taiping (1906)
(Sufean, 2008).

13 Sekolah Inggeris ditubuhkan oleh mubaligh Kristian dan badan sukarela. Sekolah aliran Inggeris mula
ditubuhkan di Negeri-Negeri Selat contohnya Penang Free School (1816) di Pulau Pinang dan Malacca Free School
(1826) di Melaka.

69
Gambar 216: Bangunan Induk Sekolah Victoria, Kuala Lumpur.

Gambar 217 - 218 : Permandangan Bangunan Tambahan dan


padang, blok pra-universiti dan asrama Sekolah Victoria, Kuala
Lumpur.Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

70
Gambar 219 - 222 : Permandangan Bangunan Tambahan dan
padang, blok pra-universiti dan asrama Sekolah Victoria, Kuala
Lumpur.Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

Manakala sekolah separa bantuan pula adalah, sekolah Inggeris


yang dibiayai oleh Persatuan Mubaligh London, Mubaligh
Methodist, Gereja England dan Mubaligh Roman Katolik. Sekolah
ini juga bersifat terbuka kepada semua kanak-kanak tanpa mengira
agama dan bangsa. Sekolah ini ditubuhkan untuk menyediakan
pendidikan kepada kanak-kanak dan memperbaikan akhlak
mengikut ajaran Kristian. Sekolah jenis ini hanyalah terdapat
dikawasan-kawasan bandar sahaja walaupun perkara ini
bertentangan dengan dasa pentadbiran Inggeris. Masyarakat Melayu
tidak mempunyai peluang yang cerah untuk memasuki sekolah ini
kerana terikat dengan dasar suapaya masyarakat Melayu hendaklah
bersekolah di sekolah Melayu. walau bagaimanapun, pada
71
penghujung 1930-an sekolah Inggeris telah membuka kepada
masyarakat Melayu melalui peperiksaan setelah tamat empat tahun
di sekolah Melayu. Walau bagaimanapun, hanya sebilangan kecil
sahaja yang berjaya kerana faktor umur dan sekolah ini terletak di
kawasan bandar. Sekolah Inggeris menyediakan pelajaran bagi
semua kaum di Tanah Melayu. Sekolah-sekolah ini diusahakan oleh
mubaligh Kristian dan badan-badan awam. Tujuan kerajaan
mengadakan sekolah Inggeris adalah supaya penduduk tahu
membaca, menulis dan mengira. Walau bagaimanapun, pentadbiran
British memerlukan ramai kerani dan pegawai rendah tempatan yang
mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris. Sekolah Inggeris yang
pertama di dirikan di Negeri-Negeri Selat digelar Sekolah Free.
Sekolah ini digelar sedemikian kerana terbuka untuk semua kaum.
Sekolah Inggeris yang pertama di Tanah Melayu adalah Penang Free
School yang ditubuhkan pada tahun 1816. Tujuan penubuhan
sekolah itu adalah untuk melahirkan golongan pegawai yang cerdik,
tekun dan jujur14.

Sekolah Inggeris dibahagikan kepada sekolah perempuan dan


sekolah lelaki. Kelas yang lebih tinggi akan diajar kemahiran
pertukangan kayu, membuat kasut dan pakaian. Sekolah Inggeris
yang lain adalah Malacca School Free (1826) dan Singapore Free
School (1834). Terdapat sekolah Inggeris kerajaan di Negeri-negeri
Melayu yang menawarkan pelajaran percuma kepada anak-anak
lelaki golongan pembesar. Pegawai British seperti Frank
Swettenham, Hugh Clifford dan Martin Lister menganggap bahawa

14 Temuramah bersama Pn Sharifah Shafinaz bt. Al Sagoff dan En Sandhrasager A/L Kannan guru Sekolah
Victoria, Kuala Lumpur.

72
apabila pelajaran percuma diberikan, para pembesar akan lebih
mudah bekerjasama.

Pada tahun 1889, William Maxwell, residen Selangor telah


melantik Rev. Frank Haines sebagai guru Bahasa Inggeris kepada
anak-anak raja di Selangor. Sebuah kelas bahasa Inggeris dimulakan
pada tahun 1890 di sekolah Melayu di Kuala Lumpur tetepi
sambutannya amat dingin. Sekolah Inggeris didirikan akibat desakan
orang ramai ialah Victoria Intstution, Kuala Lumpur. Sekolah ini
ditubuhkan pada 1893 bersempena perayaan Jubli Intan
pemerintahan Ratu Victoria. Rayuan bagi memberi derma kepada
tabung sekolah tersebut disambut baik. Jumlah murid pada peringkat
awal adalah 150 orang kanak-kanak lelaki. Pada tahun 1925, sekolah
ini dijadikan sekolah kerajaan dan kemudian dipindahkan ke Bukit
Petaling pada tahun 1929.

Terdapat sekolah Inggeris yang ditubuhkan oleh badan


mubaligh Kristian seperti Pertubuhan Mubaligh London, Methodist
Amerika, Gereja Anglikan dan Gereja Roman Katolik. Sekolah-
sekolah ini berkembang apabila mendapat bantuan dari kerajaan
British. Sumbangan penting sekolah mubaligh adalah kejayaan
memberikan pelajaran kepada anak-anak perenpuan. Mereka berjaya
meyakinkan ibu bapa untuk menghantar anak perempuan mereka ke
sekolah. Pada akhir tahun 1974, tedapat kira-kira 33 buah Mubaligh
untuk kanak-kanak perempuan.

Antara sekolah mubaligh bagi kanak-kanak perempuan ialah


sekolah Perempuam Methodist Senior, Kuala Lumpur. Sekolah ini
diserahkan kepada mubalight Methodist Amerika masalah kewangan
dan kesukaran untuk mendapatkan tenaga pengajar. Terdapat juga

73
sekolah-sekolah mubaligh untuk kanak-kanak lelaki seperti sekolah
lelaki Katholik di Pulau Pinang dan St. John Institution di Kuala
Lumpur. Mata pelajaran adalah nahu Inggeris, Sejarah dan Geografi
diajar dalam tahun tiga. Mata pelajaran sejarah diajar berdasarkan
sejarah Rom atau Britain. Sekolah perempuan Inggeris memberi
penekanan kepada kelas jahitan, memasak dan muzik.

Setelah biasiswa-biasiswa Negeri (1863), Biasiswa Queen


(1885), dan sijil Cambridge (1891) diperkenalkan, barulah sekolah
Inggeris mempunyai sukatan pelajaran yang seragam. Sekolah
Inggeris kemudian dimajukan menjadi sekolah rendah dan sekolah
menengah. Sekolah rendah menyediakan pelajaran selama tujuh
tahun iaitu darjah rendah, satu dan darjah rendah serta diikuti darjah
satu hingga lima. Sekolah Menengah pula menyediakan pelajaran
selama 4 tahun, iaitu darjah enam hingga kelas Sijil Persekolahan.
Murid-murid dalam darjah lima boleh mengambil peperiksaan khas,
iaitu Sijil Junior Cambridge15.

Mata pelajaran utama yang diajar ialah bahasa Inggeris, Sejarah,


Kesusasteraan Inggeris, Matematik Permulaan, Ilmu Kesihatan dan
Ilmu Alam. Mata pelajaran lain turut ditawarkan tetapi bergantung
kepada kemudahan yang terdapat di sekolah tersebut. Misalnya,
Raffles Institution telah memulakan kelas Sains mulai tahun 1929.
Kelas Sains diadakan pada hari Sabtu dan waktu petang untuk murid
dari sekolah yang lain. Contohnya Sekolah Tinggi Bukit Martajam
akan pergi ke Penang Free School pada setiap hari sabtu untuk
menghadiri kelas Sains. Sukatan Pelajaran di sekolah Inggeris

15 Temuramah bersama Pn Sharifah Shafinaz bt. Al Sagoff dan En Sandhrasager A/L Kannan guru Sekolah
Victoria, Kuala Lumpur.

74
berasaskan berdasarkan sukatan pelajaran sekolah menengah di
England. Murid dari sekolah Inggeris mempelajari Sejarah dan
Geografi British serta Kesusasteraan Inggeris yang tidak berkaitan
dengan orang Asia. 4.0 Sebab sebab sistem pendidikan tersebut
tersebut memberi kesan terhadap hubungan etnik di Tanah Melayu
(Bakar, 2010).

Sistem pendidikan vernakular telah menyebabkan berlakunya


pembekuan yang mengongkong pertumbuhan idea masyarakat untuk
mengetahui sesuatu ilmu. Masyarakat Tanah Melayu terpinggir dari
arus pembangunan ekonomi, politik dan sosial serta ketinggalan
dalam arus pendidikan. Sistem pendidikan vernakular
mengongkong pergerakan dan pemikiran orang Melayu melalui
menyekat dan menghadkan pendidikan mereka. British hanya ingin
orang Melayu pandai membaca dan menulis serta mempelajari asas
pertanian supaya mereka boleh menjadi nelayan dan petani yang
lebih baik dari ibu bapa mereka. Keadaan ini menyebabkan orang
Melayu tidak akan terkeluar dari kepompong pemikiran mereka dan
terus tunduk kepada British (Abdul, 2001).

Pengenalan sistem pendidikan berasaskan bahasa ibunda


masing-masing sebagai bahasa pengantar menyebabkan masyarakat
di Tanah Melayu terpisah antara satu sama lain. Dalam keadaan
seumpama ini menyebabkan perpaduan kaum sangat sukar dipupuk
kerana tidak ada satu bahasa yang dapat dijadikan bahasa rasmi yang
boleh menyatukan semua masyarakat ketika ini. Jadi boleh
dikatakan penduduk di Tanah Melayu saling tidak memahami
bahasa antara satu sama lain. Untuk memupuk perpaduan kaum satu
bahasa harus ditetapkan sebagai bahasa perpaduan dan bahasa

75
komunikasi serta harus difahami semua lapisan masyarakatnya.
Keadaan ini disebabkan semua kaum di Tanah Melayu masing-
masing taksub dengan bahasa ibunda sendiri yang mana orang Cina
dengan bahasa Cina, orang India dengan bahasa Tamil, Malayam,
Telegu, Hindi dan sebagainya (Meng, 1996).

Masyarakat Melayu mula mendesak kerajaan British untuk


menyediakan sistem pendidikan yang lebih teratur daripada sistem
pendidikan Vernakular. Akhirnya, kerajaan British mula menggubal
dasar pendidikan bagi menyatukan sistem pendidikan yang
berasingan di Tanah Melayu. Kerajaan British menganggap sistem
pendidikan ini turut berubah kerana sistem pendidikan berasingan
ini bukan sahaja tidak dapat memainkan fungsinya, bahkan
menjejaskan perpaduan kaum. Kerajaan British juga sedar akan
keterdesakan untuk memajukan pendidikan orang Melayu yang
ketinggalan daripada orang Cina. Senario ini membawa kepada
terhasilnya Laporan Barnes 1950 (Meng, 1996).

Pada bulan Ogos 1950, Sir Henry Gurney telah menubuhkan


sebuah jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk mengkaji
system pendidikan vernakular dan kemudahan pendidikan untuk
orang Melayu (Shahril, 1999).

Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh L.J. Barnes yang


merupakan Setiausaha dan Pengarah Latihan Sosial di Universiti
Oxford London. Di samping itu, jawatankuasa ini mempunyai 14
orang ahli termasuk L.J. Barnes sendiri, Tunku Yaacob Ibni
Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Syah, Mahmood Mayyideen,
Dr. Mustapha Osman, L.I. Lewis, L.D. Whitfield, E.M.F. Payne,
Tom Dato Abdul Razak dan W.B. MacDonald, Aminuddin Baki,

76
Zainal Abidin Sultan Mydin, Tuan Syed Esa Alwee, Tuan Syed
Nasir Ismael serta Mohamed Nor Sulaiman. Pada 10 Jun 1951,
jawatankuasa telah menerbitkan laporannya yang dikenali sebagai
Laporan Barnes (Keow, 2008).

Antara kandungan laporan tersebut ialah :

i) Mencadangkan penubuhan sekolah kebangsaan peringkat


pendidikan rendah untuk kanak-kanak umur 6-12 tahun
bertujuan melahirkan kanak-kanak yang boleh membaca dan
menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pendidikan
yang menumpukan kepada satu aliran persekolahan ini dilihat
penting untuk mengubah pandangan kaum pendatang.

ii) Mengesyorkan satu corak pendidikan yang dapat mencipta suatu


rupa bangsa yang bercorak Tanah Melayu dan berdasarkan
percampuran kaum bagi mewujudkan rasa perpaduan.

iii) Mengesyorkan penggantian sekolah-sekolah vernakular dengan


sekolah rendah kebangsaan untuk semua kaum berbentuk dwi-
bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

iv) Mencadangkan penghapusan bantuan kewangan dari negeri dan


pusat untuk sekolah Cina dan Tamil bagi melemahkan dan
menamatkan sistem pendidikan bersifat perkauman (Keow,
2008).

Persekutuan, Pelajar-pelajar Melayu dan individu perseorangan


seperti E.E.C. Thuraisingham, L.I. Lewis termasuk Sir Henry
Gurney sendiri. Walau bagaimanapun, laporan ini menerima
tentangan dari masyarakat Cina dan India. Tentangan ini dapat
dijangka ekoran tiada seorang pun wakil Cina dan India dalan
77
Jawatankuasa Barnes yang telah ditubuhkan. Aspek yang paling
dibimbangi masyarakat Cina adalah saranan Laporan Barnes akan
dapat menggugat pendidikan, bahasa dan budaya orang Cina (Meng,
1996).

Antara yang menarik untuk dibincangkan adalah isu dwi-bahasa


dalam perlaksanaan pendidikan kebangsaan yang dicadangkan
itu.Masyarakat Cina berpendapat bahasa bukanlah faktor utama
penyatuan penduduk Tanah Melayu sebaliknya penggunaan buku teks
dan korikulum dan berorientasikan Tanah Melayu sebagai unsur
penyatuan kaum (Empat, 2016).

Di sini kita melihat bantahan masyakat Cina dan India terhadap


Laporan Barnes ternyata lebih menjurus atas faktor kebimbangan akan
pupusnya bahasa dan budaya mereka dengan pengenalan pendidikan
kebangsaan. Dengan kata lain, Laporan Barnes tidak memberi sebarang
pengiktirafan kepada sekolah vernakular atau sekolah yang
menggunakan bahasa lain, selain daripada BM. Sekolah kebangsaan
yang dicadangkan itu menurunkan kedudukan bahasa-bahasa Cina dan
Tamil ke taraf bahasa asing serta ditawarkan hanya sebagai satu mata
pelajaran. Akibat daripada tentangan terhadap Laporan Barnes ini
akhirnya muncul pula Laporan Fenn Wu yang lebih memberikan
sokongan kepada masyarakat Cina (Keow, 2008).

Reaksi negatif masyarakat Cina cuba dineutralkan oleh Sir Henry


Gurney dengan perlantikan sebuah lagi jawatankuasa pada tahun
1951. Jawatankuasa Barnes ini ditugaskan untuk mengkaji
pendidikan Cina di Tanah Melayu dengan menitikberatkan usaha
menyesuaikan sistem persekolahan yang bercorak perkauman
dengan sistem persekolahan bercorak kebangsaan bermatlamat

78
utama untuk merapatkan jurang perbezaan antara kedua-dua sistem
persekolahan. Selain itu, jawatankuasa turut diamanahkan memberi
nasihat dari segi penyeliaan buku teks yang berlatarbelakangkan
kehidupan di Tanah Melayu sebagai cara mengasimilasikan orang
Cina ke dalam masyarakat Tanah Melayu (Nor & Othman, 2011).

Jawatankuasa ini dianggotai dua orang ahli yang juga menjadi


pengerusi bersama iaitu Dr. William P. Fenn seorang Amerika dari
negeri Cina dan Dr. Wu Teh-Yao, seorang pegawai dari Bangsa-
bangsa Bersatu. Mereka berdua kemudiannya telah menerbitkan satu
laporan yang dikenali sebagai Laporan Fenn Wu. Bagaimanapun
laporan ini dapat dikatakan sebagai satu laporan yang lebih
menunjukkan rasa simpati terhadap sistem pendidikan Vernakular
Cina di Tanah Melayu. Antara lain kandungan laporan itu adalah
seperti berikut:

i) Berusaha menunjukkan sekolah vernakular boleh memberi


sumbangan yang berkesan ke arah pembentukan pendidikan
Tanah Melayu yang bersatu padu dan mengalami kesedaran
nasional.

ii) Mendesak supaya sekolah-sekolah Cina diteruskan, diberi


bimbingan dan bantuan kewangan berasaskan objektif
pendidikan dan bukannya atas tujuan politik.

iii)Sekiranya Bahasa Melayu diakui sebagai bahasa rasmi dan


Bahasa Inggeris diterima sebagai bahasa pengantar maka Bahasa
Cina tidak harus diabaikan.

79
iv)Sekolah Cina tidak boleh dihapuskan sehingga orang Cina
sendiri membuat keputusan yang pendidikan cina tidak
diperlukan lagi.

Oleh kerana Laporan Fenn-Wu memihak kepada masyarakat


Cina maka, laporan ini telah disambut baik oleh orang Cina itu
sendiri. Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu menunjukkan
masalah kritikal dalam sistem pendidikan di TM iaitu kedudukan
bahasa pengantar. Pengekalan sekolah Cina dan Tamil dilihat
sebagai satu halangan ke arah pembentukan identiti kebangsaan
manakala penghapusan sekolah Cina dianggap sebagai tindakan
menindas dan memupuskan budaya Cina. Melihatkan tiada jalan
penyelesaian untuk mewujudkan perpaduan kaum di Tanah
Melayu, kerajaan Persekutuan akhirnya mewujudkan Ordinan
Pelajaran pada tahun 1952 untuk menyatukan Laporan Barnes dan
Laporan Fenn Wu. 7.0 Ordinan Pelajaran 1952 (Keow, 2008).

Menurut ordinan ini, Tanah Melayu hanya mempunyai dua jenis


sekolah kebangsaan iaitu Melayu dan Inggeris. Bahasa Cina dan
Bahasa Tamil boleh diajar di sekolah sebagai bahasa ketiga jika
mendapat permintaan daripada ibu bapa dengan syarat terdapat
sekurang-kurangnya 15 orang pelajar dalam kumpulan yang sama.
Bahasa Inggeris akan menjadi pelajaran wajib bagi sekolah Melayu
dan Bahasa Melayu akan menjadi pelajaran wajib di sekolah
Inggeris (Keow, 2008).

Walau bagaimanapun, masyarakat Cina mentafsir ordinan ini


sebagai langkah yang akan membinasakan atau menghapuskan
pelajaran Cina. Di sini lagi kita dapat perhatikan jawatankuasa yang
diwujudkan masih berat sebelah. Hal ini telah mendapat tentangan

80
yang akhirnya membawa kepada pemansuhan jawatankuasa tersebut
(Meng, 1996).

1.5.1 HASIL KAJIAN LAPANGAN

i. VICTORIA INSTITUTION KUALA LUMPUR

Victoria Institution pada mula dibina di High Street, Kuala Lumpur, kini
jalan Hang Tuah dan dibuka secara rasmi pada 30 Kulai 1894. Nama Victoria
Institution mengambil sempena nama Ratu Victoria England bagi
memperingati Perayaan Jubli Emas Ratu Victoria. Sekolah ini diasaskan oleh
Residen british, saudagar bijuh timah Loke Yew, Kapitan Cina Kuala
Lumpur, Yap Kwan Seng dan ahli perniagaan Thanboonsamy Pillay bagi
memenuhi keperluan mewujudkan sekolah Inggeris bagi melahirkan
kakitangan yang cekap berbahasa Inggeris untuk mengisi jawatan dalam
Kerajaan Tempatan. Bangunan ini direkabentuk oleh firma arkitek terkenal,
Swan and Maclaren. Pada tahun 1925 satu tapak baru untuk membina
sekolah yang lebih besar bagi Victoria Institution telah dikenal pasti oleh
kerajaan iaitu di Bukit Petaling. DY.M.M. Sultan Selangor, Sultan Sir
Ala'eddin Suleiman Shah telah meletakkan batu asas sekolah Victoria
Institution yang baru ini pada 21 September 1927. Bangunan sekolah dengan
pelan induk berbentuk 'E' direkabentuk dengan gaya seni bina Art Deco
dengan tarikan utamanya adalah menara jam yang mendominasi landskap
Bukit Petaling ketika itu. Pada 2 Mac 1929, penuntut Victoria Institution
telah berpindah dari High Street ke Bukit Petaling pada 26 Mac 1929,
Victoria Institution di Bukit Petaling dirasmikan oleh Sir Hugh Clifford,
Pesuruhjaya Tinggi British. Justeru, ia menjadi sekolah menengah pertama di
Tanah Melayu. Victoria Institution terletak di No. 71, Jalan Hang Tuah
(dahulunya Jalan Shaw), Kuala Lumpur tersohor dengan pasukan kadet yang
ditubuhkan pada tahun 1901 oleh guru besarnya yang pertama En. Bennet

81
Eyre Shaw. Beliau juga menubuhkan pasukan pancaragam iaitu Pipe and
Bugle Band yang bergabung dengan pasukan kadet. Kini Sekolah Menengah
Kebangsaan Victoria mempunyai Pasukan Infranti Kadet. Kumpulan
peninjau Pertama Kuala Lumpur dan pasukan pancaragam yang melonjakkan
nama sekolah sebagai sekolah yang berprestij dan mengharumkan nama
negara setelah menjadi johan pertandingan pancaragam sekolah-sekolah
dunia. Dalam arena sejarah tanah air, sekolah inilah majlis penyerahan rasmi
tentera Jepun kepada pihak British pada tahun 1945. Selain itu, Persatuan
Alumni Victoria Institution dikenali sebagai Victoria Institution Old Boy's
Association (VIOBA) telah ditubuhkan pada tahun 1922. Kebanyakkan
alumni sekolah ni menjadi tokoh terkenal negara seperti Tan Sri Ananda
Krisnan, Alahyarham Mokhtar Dahari, mantan pemain bola sepak negara,
Datuk Dr. Mani jegathesan, Datuk Seri Rafidah Aziz, ahli ekonomi dan
mantan menteri, Y.B. Dato' Zulhasnan Rafique, Menteri Wilayah
Persekutuan, Y.B. Datuk Dr. Ng Yen Yen, Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat Malaysia dan Y.B. Dato' Seri Hj. Mohd Shafie b.
Hj. Apdal, Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia16.

16 Sumber - Jabatan Warisan Negara telah membaikpulih bangunan sekolah ini pada tahun 2009 dan ia menjadi

tempat diadakan Majlis Pengisytiharan Warisan Kebangsaan oleh Yang Behormat Menteri Perpaduan,

kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

82
Gambar 224 225 : Permandangan Bangunan Sekolah Victoria, Kuala
Lumpur.Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

Gambar 226 229 : Permandangan Bangunan Sekolah Victoria, Kuala


Lumpur.Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

83
Gambar 230 - 231 : Permandangan Bangunan Sekolah Victoria, Kuala
Lumpur.Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan 2016

84
Gambar 231 236 : Plak perasmian, plak Jabatan Warisan Negara, sejarah,
falsafah ikrar, misi dan visi Sekolah Victoria, Kuala Lumpur.Gambar
diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

Gambar 237 242 : Tokoh-tokoh ternama melalui kejayaan pendidikan,


kerjaya dan sukan Sekolah Victoria, Kuala Lumpur.Gambar diperolehi dari
Kajian Lapangan 2016.

85
Gambar 243 248 : Gambar kejayaan pelajar SPM Dan STPM dipaparkan di
dalam dewan Sekolah Victoria, Kuala Lumpur.Gambar diperolehi dari
Kajian Lapangan 2016.

86
Gambar 249 : Temubual bersama Pn Sharifah Shafinaz bt. Al Sagoff
dan En Sandhrasager A/L Kannan guru Sekolah Victoria, Kuala
Lumpur.Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

87
88
Gambar 250 - 263 : Peristiwa penting yang di simpan di Muzium Sekolah
Victoria, Kuala Lumpur.Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

89
90
91
Gambar 264 - 276 : Antara artifak dan buku cenderamata yang di simpan di
Muzium Sekolah Victoria, Kuala Lumpur.Gambar diperolehi dari Kajian
Lapangan 2016.

92
Gambar 277 285 : Gambar personaliti ternama yang tersohor pernah belajar
di Sekolah Victoria, Kuala Lumpur. Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan
2016.

93
Gambar 286 - 291: Gambar personaliti ternama yang tersohor pernah belajar
di Sekolah Victoria, Kuala Lumpur. Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan
2016.

94
Gambar 292 - 297 : Peristiwa penting yang di simpan di Muzium Sekolah
Victoria, Kuala Lumpur.Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

95
Gambar 298 - 301: Peristiwa penting yang di simpan di Muzium Sekolah
Victoria, Kuala Lumpur.Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

96
Gambar 302-303 : Piala kejayaan stem sijil kejayaan yang di simpan di
Muzium Sekolah Victoria, Kuala Lumpur.Gambar diperolehi dari Kajian
Lapangan 2016.

97
Gambar 304 - 310: Permandangan sekitar Sekolah Victoria, Kuala
Lumpur.Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

98
Gambar 311-318 : Permandangan sekitar Sekolah Victoria, Kuala Lumpur.
Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

99
Gambar 319 325 : Permandangan sekitar dan perpustakaan Sekolah
Victoria, Kuala Lumpur. Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

100
Gambar 326 - 331 : Permandangan sekitar dan perpustakaan Sekolah
Victoria, Kuala Lumpur. Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan 2016.

101
Gambar 332 - 338: Simpanan sejarah buku cenderamata perpustakaan
Sekolah Victoria, Kuala Lumpur. Gambar diperolehi dari Kajian Lapangan
2016.

102
Gambar 339- 342 : Simpanan sejarah gambar dan buku cenderamata
perpustakaan Sekolah Victoria, Kuala Lumpur. Gambar diperolehi dari
Kajian Lapangan 2016.

103
1.6 KESIMPULAN

Hasil daripada perbincangan tentang sistem pendidikan Vernakular yang


diperkenalkan oleh kerajaan British maka bolehlah dianggap sistem ini telah
memecah belahkan hubungan etnik di Tanah Melayu. Pelbagai cadangan dan
saranan untuk mewujudkan suasana hubungan etnik yang harmoni di
kalangan penduduk Tanah Melayu boleh dikatakan menemui jalan buntu
(Abdul, 2001).

Pemeritahan kolonial tidak ada minat untuk membangunkan rakyat dan


menyatukan etnik yang pelbagai kaum pada waktu tersebut melalui
pendidikan. Bagi penjajah Inggeris pada zaman terebut persefahaman dan
perpaduan tidak dianggap penting untuk dipupuk menerusi pendidikan. Oleh
sebab itu, British mengabaikan soal penggunaan satu bahasa pengantar,
kurikulum yang sama, pentadbiran yang terancang dan penubuhan satu
sistem sekolah yang tunggal yang dapat mendidik dan dapat menyatukan
anak-anak dari semua keturunan. Maka dapatlah disimpulkan sekali lagi di
sini bahawa terdapat benyak kesan negatif wujud disebabkan sistem
pendidikan kolonial yang diperkenalkan oleh British pada zaman penjajahan
(Arkib, 2015).

Namun demikian usaha yang dilakukan secara berterusan oleh kerajaan


Perikatan yang dipilih oleh rakyat menampakkan sedikit harapan.
Walaupun begitu sukar untuk memuaskan hati masyarakat Cina yang begitu
risau akan kepupusan budaya dan bahasa mereka di Tanah Melayu, akhirnya
mereka dapat menerima pendapat bahawa perpaduan antara kaum adalah
amat penting untuk mewujudkan negara bangsa yang unggul. Kejayaan
Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, menampakkan
perpaduan antara kaum di Malaysia semakin mantap dari sehari ke sehari.
Apa yang kita dapat lihat adalah kelemahan demi kelemahan telah diatasi

104
sehingga wujudnya satu sistem pendidikan yang amat jelas dan sistematik
seperti mana wujud sehingga kini. Keutuhan itu semakin jelas apabila semua
kaum bersatu padu membangunkan negara dan bersatu nyawa
mempertahankan kedaulatan negara Malaysia yang tercinta (Hing, 2006).

105
1.7 RUJUKAN

Buku

Abdul Wahid, Y. B. (1998). Sejarah Ringkas Maktab Perguruan Sultan Idris


(SITC), Tanjung Malim. Majlis Pengkisahan Sejarah Maktab Perguruan
Sultan Idris (pp. 5-9). Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn Bhd.

Abdul, A. M. (2001). Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur :


Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd Hlm 275.

Ding Eing, T. S. (1978). A Portrait of Malaysia and Singapore. In T. S. Ding


Eing, A Portrait of Malaysia and Singapore (p. 36). Kuala Lumpur: Oxford
University Press.

Hing, J. F. (2006). Tun Dr. Mahathdir's Legacy: An Inspirational Learning


Experience. Kuala Lumpur: Krista Education Sdn Bhd.

Keow, C. L. (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Subang Jaya:


Kumpulan Budiman Sdn Bhd .

Meng, E. A. (1996). Pendidikan Malaysia 1. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn.


Bhd.

Nor, M. R., & Othman, W. M. (2011). Sejarah dan Perkembangan


Pendidikan Islam di Malaysia. Sejarah dan Perkembangan Pendidikan Islam
di Malaysia , 63.

Shahril, M. (1999). Sorotan dan Cabaran. In S. P. Utusan, Kolonisme dan


Pendidikan di Malaya (p. 5). Kuala Lumpur: Utusan Publications and
Distributors Sdn Bhd.

Sufean, H. (2008). Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah


Edisi ke Dua. In H. Sufean, Sejarah Perkembangan di Malaysia (p. 7). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yayasan Pondok 1, P. M. (2012). Direktori Pondok-Pondok di Malaysia.


Kuala Lumpur: Yayasan Pembangunan Pondok 1 Malaysia.

106
Internet

Arkib, M. M. (2015, Jun 3). Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia. Retrieved
Mei 23, 2016, from Maktab Melayu Kuala Kangsar:
http://www.arkib.gov.my/web/guest/maktab-melayu-kuala-
kangsar?p_p_id=56_INSTANCE_Oj0d&p_p_lifecycle=0&p_p_state=norma
l&p_p_mode=view&p_p_col_id=column-inner-
3&p_p_col_count=1&page=1

Bakar, A. (2010, JANUARI 22). Hubungan Etnik - sistem pendidikan semasa


zaman penjajahan Inggeris dI Tanah Melayu dan Kesannya ke atas
Masyarakat Melayu pada Zaman Tersebut . Retrieved APRIL 2016, 27, from
abubakar69.blogspot.my: http://abubakar69.blogspot.my/2010/01/hubungan-
etnik-sistem-pendidikan-semasa.html

Empat, K. D. (2016). Kamus Online. Retrieved Mei 3, 2016, from Dewan


Bahasa dan Pustaka: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kamus+online

107
108

You might also like