You are on page 1of 17

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

KUCHING, SARAWAK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

TUGASAN 2 : PENULISAN ILMIAH

MPU 3122

HUBUNGAN ETNIK

NOMBOR KAD
NAMA PELAJAR ANGKA GILIRAN
PENGENALAN

AG MOHD FIRDAUS BIN AG AJI 2018042340079 990812-12-5155

KUMPULAN PENGAJIAN : PISMP BAHASA MELAYU BM(SK)3 JUN 18 SEMESTER 5

TARIKH HANTAR : 9 OKTOBER 2020

NAMA PENSYARAH : DR. HJH TIWI KMIDIN


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

SOALAN TUGASAN

Tugasan 2 (Individu) : 60%


Penulisan Ilmiah (1500 patah perkataan)

Perpaduan adalah proses menyatu padukan seluruh masyarakat dan negara bagi
mewujudkan identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan,
sosial dan lokasi. Tidak dapat dinafikan bahawa usaha membentuk perpaduan kaum
merupakan satu perkara yang amat penting agar setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.

Gariskan sejarah pembentukan masyarakat pluralistik di Malaysia dan analisiskan usaha


kerajaan dalam membina semangat perpaduan dan integrasi nasional.

MPU 3122 - HUBUNGAN ETNIK


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

SENARAI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN______________________________________________ 1

2.0 SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI


MALAYSIA____________________________________________________ 1

2.1 PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI TANAH MELAYU 1-3

2.2 PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI BORNEO UTARA 3-5

2.3 PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI SARAWAK 5-6


3.0 USAHA KERAJAAN DALAM MEMBINA SEMANGAT PERPADUAN
DAN INTEGRASI NASIONAL______________________________________ 6
3.1 RUKUN NEGARA 7-9
3.2 DASAR EKONOMI BAHARU 9-10
3.3 DASAR PENDIDIKAN NEGARA 10-11
4.0 KESIMPULAN_______________________________________________ 11
5.0 RUJUKAN__________________________________________________ 12-14

MPU 3122 - HUBUNGAN ETNIK


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

1.0 PENGENALAN
Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 memperlihatkan gabungan
antara Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak yang kekal hingga kini.
Pembentukan Malaysia ini telah membawa negara ke era kemerdekaan yang
mampu menentukan pegangan politik, pemikiran, peradaban serta pegangan
identiti para penduduk Malaysia (Gilbert Khoo. Dorothy Lo, 1977).
Pembentukan Malaysia juga telah membawa kepada kesatuan dalam
masyarakat berbilang kaum, bangsa, etnik, agama, fahaman dan kebudayaan
untuk saling bekerjasama serta bertoleransi antara satu dengan yang lain.
Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2008), pluraliti di Tanah Melayu
merupakan hasil pertemuan dan pertembungan budaya besar dunia yang
melahirkan fenomena sosial yang istimewa di Alam Melayu secara semula
jadi. Ini dapat dilihat melalui kedatangan pedagang dari seluruh pelusuk dunia
ke Melaka. Pertukaran budaya, fahaman dan sebagainya melalui
perdagangan ini telah membawa kepada terbentuknya pluraliti di Tanah
Melayu. Namun, setelah kedatangan penjajah ke Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak, masyarakat pluralistik mula terbentuk. Pluralistik merujuk kepada
paksaan pihak-pihak tertentu terhadap pelbagai bangsa dan agama di suatu
tempat demi kepentingan ekonomi dan politik. Dalam konteks ini, pluraliti dan
pluralistik banyak memainkan peranan dalam pembentukan negara Malaysia.
Oleh itu, dalam esei ini saya akan menghuraikan sejarah pembentukan
masyarakat pluralistik di Malaysia serta menganalisis usaha kerajaan dalam
membina semangat perpaduan dan integrasi nasional

2.0 SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI


MALAYSIA
2.1 PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI TANAH MELAYU
Imperialisme Britain terhadap tanah Melayu sejak abad ke-18 telah
memberi kesan yang besar terhadap pembentukan masyarakat pluralistik.
Banyak perubahan yang berlaku dalam sistem kehidupan masyarakat di
Tanah Melayu selepas kedatangan buruh Cina dan India (Uqbah, Nordin &
Ahmad, 2015). Pertambahan peluang pekerjaan yang banyak dalam
perusahaan melombong bijih timah, ladang getah, menanam tebu, memungut
daun teh dan bekerja di pelabuhan-pelabuhan (Sivachandralingam Sundra

MPU 3122 - HUBUNGAN ETNIK 1


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

Raja et al., 2008) telah menarik lebih banyak imigran luar masuk ke Tanah
Melayu. Peluang-peluang pekerjaan ini tidak diberikan kepada penduduk
tempatan kerana British berpendapat penduduk tempatan tidak mempunyai
kemahiran dalam sektor pekerjaan ini.
Penghijrahan imigran secara pesat ke Tanah Melayu berlaku sekitar
pertengahan abad ke-19 apabila British membuka Pulau Pinang (1786),
Singapura (1819) dan tertubuhnya Negeri-negeri Selat (1926) yang menjadi
pusat pelabuhan (Mohd Rais Abd Rahim, 1991). Menurut Tregonning (1964),
bermula tahun 1895 hingga 1927 bilangan Cina di Tanah Melayu ialah
seramai enam juta orang. Begitu juga dengan pertambahan imigran dari India
yang merekodkan sebanyak 120,000 pada 1901, meningkat kepada 625,000
pada 1931 dan 2,725,917 orang pada tahun 1941 (Sandhu, 1969).
Pertambahan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu juga ada kaitannya
dengan pemerintahan Malayan Union yang menjanjikan prinsip Jos Soli
(Zulhimli Padi & Rohani, 2003). Prinsip ini memberikan peluang kepada orang
bukan Melayu unuk mendapatkan kerakyatan dengan mudah dan sekaligus
menjanjikan persamaan taraf yang dengan orang Melayu. Kemasukan Cina
ke Tanah Melayu pada awalnya adalah menggunakan sistem Kangchu dan
kemasukkan India pula adalah menggunakan sistem Kangani.
Bagi imigran Cina, kedatangan mereka ke Tanah Melayu adalah untuk
bekerja di bawah sektor perniagaan, pertanian dan perladangan seperti
ladang gambir, Lada hitam dan sebagainya (Ruslan, Mahadee & Zaini, 2010).
Galakkan daripada pihak British dengan memberikan subsidi tambang,
jaminan keselamatan dan memperkenalkan undang-undang imigresen yang
memudahkan kemasukkan orang Cina mendorong imigran masuk dengan
lebih pesat. Bagi imigran India pula, perkembangan pertanian ladang
terutamanya getah menjadi faktor kedatangan buruh India secara besar-
besaran (Cheah Boon Kheng & Ali Abdul Talib Ahmad, 1990). Golongan India
juga dianggap sebagai komoditi jual beli dalam apa-apa urusan untuk
meningkatkan ekonomi (K.A. Neelakandha Aiyer, 1938) dan menjadikan
pasaran buruh India menjadi tinggi. Koordinasi antara Kerajaan British di
Tanah Melayu dan Kerajaan British di India memudahkan lagi kemasukan
India ke Tanah Melayu. Ringkasnya, kemasukan imigran ke Tanah Melayu
telah menjadi faktor utama terbentuknya masyarakat pluralistik di Tanah

MPU 3122 - HUBUNGAN ETNIK 2


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

Melayu. Pengguguran kuasa Raja-raja Melayu menyebabkan pihak British


bertindak sewenang-wenangnya terhadap dan menghiraukan kepentingan
penduduk asal di Tanah Melayu.

Jadual 1 : Penduduk Semenanjung Malaysia mengikut etnik 1911 -1947

Melayu Cina India Lain-lain


Tahun (‘000
(‘000) (%) (‘000) (%) (‘000) (%) (%)
)
1911 1369.8 58.6 693.3 29.6 239.2 10.2 36.8 1.6
1921 1568.6 54.0 885.9 29.4 439.2 15.1 43.1 1.5
1931 1863.9 49.2 1284.9 33.9 571.0 15.1 68.0 1.8
1947 2427.8 49.5 1884.5 38.4 530.0 10.8 84.5 1.3

Sumber : Banci Penduduk 1911, 1921, 1931, 1947; Perangkaan Penting 1985

2.2 PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI BORNEO UTARA


Pembentukan masyarakat puralistik bermula semenjak kedatangan
Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBUB) ke Sabah dengan mengimport
imigran bekerja di lombong, estet tembakau dan membina landasan kereta
api bagi menyelesaikan ekonomi di Borneo Utara (De Silva, M, 2011).
Kebanyakkan pekerja yang bekerja di estet tembakau terdiri daripada
golongan Cina yang dikawal di bawah “Estate Coolies dan Labourers
Protection Proclaimation 1883”. Pihak British juga memberi ruang pekerjaan
dengan melaksanakan dasar buka pintu kepada imigran ke tanah jajahan
(D.S. Ranjit Singh, 1991). Keadaan ini menjadikan Sabah lebih terbuka
dengan kemasukan imigran dari negara serantau walaupun pada asalnya
memang terdapat kepelbagaian etnik dan kaum di Sabah.
Pada tahun 1911, jumlah buruh kontrak di Sabah adalah sebanyak
20,871 orang dan sebanyak 3,736 daripada jumlah tersebut terdiri daripada
buruh Cina, 4,097 buruh Jawa dan 3,338 buruh tempatan (D.S. Ranjit, 2003).
Jika dilihat, permintaan terhadap buruh import lebih tinggi berbanding buruh

MPU 3122 - HUBUNGAN ETNIK 3


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

tempatan untuk memenuhi kehendak industri. Kedatangan orang-orang Jawa


ke Borneo Utara bertujuan untuk menyediakan tenaga kerja di sektor
penanaman getah dan ladang-ladang (Tregonning K.G 1965). Kedatangan
Jepun pada 1941 juga memainkan impak yang besar dalam kemasukkan
orang Jawa ke Borneo Utara. Beribu-ribu orang Jawa dibawa melalui Jakarta
dan Singapura untuk menjalankan kerja-kerja yang diarahkan oleh Jepun
(Human Relation Area Files Staff, North Borneo, Brunei, Sarawak, 1973).
Bagi imigran India pula, mereka dilihat sebagai satu jalan penyelesaian
untuk masalah kekurangan tenaga pekerja yang dihadapi oleh SBUB (Tate,
1966). Proses migrasi Imigran India bermula pada 1882 setelah penubuhan
British North Borneo Constabulary untuk memenuhi keperluan perkhidmatan
kepolisan dan ketenteraan (Rambler, 1966). Menurut D.S. Ranjit Singh
(1993), pendudukan India di Borneo Utara pada awalnya difokuskan kepada
bidang perburuhan sama seperti kemasukan India ke Tanah Melayu
walaupun pada akhirnya tertumpu kepada jawatan urus tadbir di bawah
SBUB. Kemasukan buruh asing semasa pemrintahan SBUB dan Jepun
banyak memainkan peranan dalam pembentukan masyarakat pluralistik di
Sabah. Kemasukan buruh India, Cina dan Jawa telah membentuk gabungan
kaum yang lebih pelbagai demi kepentingan ekonomi pihak SBUB.

Jadual 2 : Orang Jawa di Borneo Utara daripada Tahun 1915-1919

Bil. Kawasan Tahun 1915 Tahun 1919


1. Residensi Tawau 541 1135
2. Residensi Pedalaman 308 641
3. Residensi Pantai Barat 956 2667
4. Residensi Sandakan 415 1306
5. Wilayah Kudat 479 686
Jumlah 2699 6435

Sumber : Official Gazette North Borneo, 1915 dan 1919

MPU 3122 - HUBUNGAN ETNIK 4


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

Jadual 3 : Populasi Masyarakat India di Borneo Utara (1891-1951)

Tahun Jumlah
1891 319
1901 442
1911 902
1921 1,185
1931 1,298
1951 1,692

Sumber : Mohd Juhar Harun et. al (2019)

2.3 PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI SARAWAK

Menurut A.m Cooper (1968), Sarawak berada di bawah siri pemerintahan


Raja-raja Putih selama 105 tahun sebelum menjadi tanah jajahan British.
Pembentukan masyarakat pluralistik bermula apabila imigran Cina dan
pendatang lain dibawa masuk ke dalam Sarawak. Menurut The Sarawak
Gazatte (7 Februari 1950), pertambahan jumlah orang Cina adalah pada
kadar yang pesat berbanding dengan kaum-kaum lain. Pendatang lain seperti
India juga memainkan peranan penting dalam pembentukan masyarakat
pluralistik. Seramai 276 orang India pada 16 Jun 1898 telah meningkat
kepada 381 orang pada 31 Disember 1898 (The Sarawak Gazette, 1
September 1898). Kebanyakkan buruh India yang dibawa masuk ke Sarawak
adalah untuk memenuhi keperluan tenaga buruh dalam ladang kopi dan teh
kilang di Kuching.
Imigran Cina pula yang merupakan golongan imigran terbesar di Sarawak
mula-mula datang ke Sarawak ialah orang Hakka. Mereka merupakan
pelombong emas yang lari dari Kalimantan akibat tekanan cukai dan
pentadbiran Belanda. Kumpulan Twelve Company merupakan kumpulan
Hakka yang terpenting masuk ke daerah Bau (The Sarawak Gazette, 31 Mac
1959). Sesetengah daripada mereka juga telah masuk ke Kuching sebagai

MPU 3122 - HUBUNGAN ETNIK 5


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

buruh kasar (Radio Times of Sarawak, 1959). James Brooke turut


membentuk undang-undang yang membolehkan orang Cina menyewa tanah.
Keadaan ini telah menarik lebih banyak Cina untuk datang melakukan
kegiatan ekonomi di Sarawak.
Charles Brooke juga membuat rancangan membawa imigran Cina ke
Sarawak untuk memajukan sektor pertanian seperti padi dan tanaman-
tanaman komersial yang lain .Kedatangan imigran ke Sarawak menjadikan
peningkatan golongan Cina semakin mendadak seramai 5,000 orang Cina di
Sarawak pada 1871 (Runciman, 1868-1917). Kedatangan imigran di Sarawak
lebih tertumpu kepada orang Cina. Buruh asing seperti India, Jawa dan
sebagainya kurang kelihatan kerana sikap keluarga Brooke yang berhati-hati
dalam membawa masuk imigran. Keadaan ini telah menyebabkan
masyarakat pluralistik terbentuk di Sarawak. Pembentukan masyarakat demi
kepentingan politik pada zaman pemerintahan keluarga Brooke telah
membentuk masyarakat majmuk di Sarawak sehingga kini.

Jadual 4 : Penduduk Cina di Sarawak

Tahun Jumlah Penduduk Orang Cina Peratusan Daripada


Jumlah Penduduk
Sarawak
1871 141,546 4,947 3.5
1909 416,000 45,000 10.8
1939 490.585 123,626 25.2
1947 546,385 145,158 26.6
1960 744,529 229,154 30.8
1970 976,269 293,949 30.1
1980 1,307,582 385,161 29.5
1990 1,670.444 483,301 28.9

Sumber : Reports On Population Censuses 1947, 1960, 1970 and 1980. (Sarawak
Department Of Statistic Malaysia (Sarawak Branch), Monthly Statistic Bulletin, 1991), hlm 11.

MPU 3122 - HUBUNGAN ETNIK 6


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

3.0 USAHA KERAJAAN DALAM MEMBINA SEMANGAT PERPADUAN


DAN INTEGRASI NASIONAL
3.1 RUKUN NEGARA
Integrasi ialah proses penyatuan pelbagai kaum dan etnik tanpa
dipengaruhi oleh identiti ras atau etnik (Ting, 1987). Dalam konteks ini,
masyarakat tidak lagi melihat perbezaan, dari aspek ‘dominan’ dan ‘minoriti’
serta tidak adal lagi prejudis dan perlakuan diskriminasi. Rakyat bersatu padu
dan menganggap masyarakat sebagai satu komuniti yang menyokong dan
mendokong. Ini turut diertikan sebagai identiti asional dalam kalangan
kumpulan yang terpisah daripada segi budaya, sosial dan lokasi. Perpaduan
pula merujuk kepada proses penyatuan yang membentuk identiti dan nilai
bersama (Shamsul Amri Baharuddin, 2007). Perpaduan juga mampu
melahirkan perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Secara
ringkasnya,pembinaan semangat Perpaduan dan integrasi nasional merujuk
kepada pembinaan identiti nasional yang membawa kepada penyatuan rakyat
tanpa melihat perbezaan yang wujud.
Antara usaha yang dilakukan oleh kerajaan ialah melalui pembentukan
rukun negara. Peristiwa 13 Mei 1969 yang telah membuka mata masyarakat
pelbagai kaum di Malaysia merupakan titik kesedaran terhadap pentingnya
tolak ansur dan kesefahaman setiap bangsa sama ada dari aspek budaya,
agama, latar belakang, adat kepercayaan, etnik dan warna kulit (Ruslan
Zainuddin, 2005). Rukun Negara telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh
Majlis Gerakan Malaysia (MAGERAN) berdasarkan pindaan Draf Rukun
Negara yang terbentuk melalui Majlis Perundangan Negara (MPN)
Pembentukan Rukun Negara haruslah dijadikan sebagai pegangan bagi
setiap bangsa di Malaysia. Ini bagi memastikan identiti dan semangat bersatu
dapat dikekalkan. Menurut Yahaya (1978) Rukun Negara adalah panduan
dan pegangan negara yang akan menyatupadukan rakyat dengan
menyuarakan tanggapan, kepercayaan dan keazaman rakyat mengenai
bangsa Malaysia. Dalam konteks ini, Rukun Negara menjadi pengikat
perhubungan antara pelbagai kaum bagi mengelakkan prasangka dan
diskriminasi daripada berulang kembali (Zainal Abidin 2009). Menurut
Ruhanie (2005), elemen negatif yang disalurkan menerusi neoimperialisme
budaya secara tidak langsung boleh mempengaruhi sikap, persepsi dan

MPU 3122 - HUBUNGAN ETNIK 7


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

perilaku terhadap budaya barat. Ringkasnya, penghayatan terhadap prinsip


Rukun Negara membantu dalam membentuk jati diri mampan serta mampu
memupuk semangat patriotisme dalam diri rakyat.

Jadual 5 : 5 Prinsip Rukun Negara


Bil. Rukun Negara Keterangan
1. Kepercayaan Kepada Tuhan Agama dijadikan pegangan utama
rakyat Malaysia. Menurt
Perlembangaan Persekutuan Perkara .
Agama Islam merupakan agama rasmi
persekutuan tetapi agama lain masih
boleh dianuti.
2. Kesetiaan Kepada Raja dan Malaysia mengamalkan Sistem
Negara Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berperlembagaan. Rakyat perlulah
menumpahkan seluruh taat setia
kepada raja yang memerintah negeri
tanpa mengurangkan taat setia kepada
Yang di-Pertuan Agong.
3. Keluhuran Perlembagaan Merujuk kepada kepatuhan rakyat
dalam meneria, mematuhi dan
mempertahankan Perlembagaan
Negara. Menjaga dan mematuhi
Perlembagaan adalah keutamaan
semua rakyat bagi memastikan keadilan
dan hak rakyat dapat dikekalkan.
4. Kedaulatan Undang-Undang Keadilan diasaskan atas kedaulatan
undang-undang di mana setiap rakyat
sama tarafnya di sisi undang-undang
negara. Undang-undang negara
berasaskan kepada Perlembagaan.
Undang-undang negara dijamin oleh
institusi kehakiman yang bebas dan

MPU 3122 - HUBUNGAN ETNIK 8


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

berwibawa.
5. Kesopanan dan Kesusilaan Membentuk warganegara yang
bersopan santun dan bertatasusila.
Menerapkan nilai-nilai murni serta
menjadi panduan perilaku masyarakat
pelbagai kaum di Malaysia.

3.2 DASAR EKONOMI BAHARU


Dasar Ekonomi Baharu (DEB) merupakan satu dasar yang dilaksanakan
sebagai langkah susulan bagi mengelakkan peristiwa rusuhan kaum yang
berlaku pada Mei tahun 1969 yang melibatkan prasangka dan perasaan
permushan antara kaum. Menurut Asrizal Mohamed Radzi (2013) golongan
bumiputera melihat bahawa golongan Cina tidak memainkan peranan penting
dalam membantu kaum lain agar pembahagian kekayaan ekonomi menjadi
lebih adil dan saksama. Keadaan ini telah menimbukan jurang kemiskinan
yang besar terhadap beberapa kaum bumiputera. Ketidakseimbangan sosio-
ekonomi yang berlaku menebabkan satu dasar ekonomi yang berfungsi
sebagai asas Rancangan Lima Tahun Malaysia Kedua (1971) iaitu ‘Dasar
Ekonomi Baharu (DEB) diperkenalkan.
Matlamat utama DEB ialah mewujudkan perpaduan negara dengan
mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kaum bandar dan luar
bandar. Pelaksanaan DEB juga bertujuan untuk menyusun semula
masyarakat berdasarkan ekonomi asal mereka. Terdapat dua strategi utama
dalam melaksanakan DEB iaitu dengan meninggikan taraf pendapatan dan
menambahkan peluang pekerjaan tanpa mengira kaum serta
mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia supaya
menjadi seimbang dan tidak tertumpu terhadap ekonomi tertentu.

Jadual 6 : Kadar Kemiskinan Mengikut Etnik Tahun 197

Pendapatan Purata
Etnik Kadar Kemiskinan (%)
Keluarga Sebulan (Rm)
Melayu 64.8 172.00
Cina 26.0 394.00
MPU 3122 - HUBUNGAN ETNIK
India 39.2 9
304.00
Lain-lain 44.8 813.00
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

Sumber : Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri

Hasil daripada pelaksanaan DEB, kadar kemiskinan dapat dikurangkan


dalam pelbagai sektor. Ini meliputi usaha input dan kemudahan yang
ditambahbaik di kawasan pertanian yang sedia ada. Penempatan isi rumah
miskin ke sektor pertanian moden dan sektor yang menjanjikan pulangan
pekerjaan yang pesat serta penyediaan kemudahan seperti pelajaran,
kesihatan, bekalan aiar dan sebagainya dapat meningkatkan mutu kehidupan
menjadi lebih baik. Dalam konteks ini, perpaduan dapat dibentuk melalui hak
dan peluang yang sama diberikan. Kerajaan bukan sahaja melihat situasi
namun bertindak mengikut keperluan rakyat demi menjamin semangat
perpaduan dan membentuk integrasi nasional yang lebih utuh.
3.3 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Seiring dengan kemerdekaan tanah air, timbul kesedaran di kalangan
pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya mempunyai
sistem pendidikan sendiri yang berfokus dalam membina identiti nasional.
Dasar Pendidikan Kebangsaan dilahirkan melalui Penyata Razak 1956 dan
dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar Pendidikan Kebangsaan
ini diwujudkan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk pembangunan,
pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Akta Pendidikan
1996 [Akta 550] telah digubal dengan tujuan agar sistem pendidikan
membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu,kemahiran dan nilai
murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat
global kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.
Berdasarkan Dasar Pendidikan Kebangsaan, terdapat 13 strategi
pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Antaranya ialah menjadikan
bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama. Semangat
perpaduan dalam kalangan rakyat dapat dipupuk melalui pertuturan bahasa
yang sama iaitu bahasa Melayu. Startegi ini turut termaktub dalam Seksyen
17, Akta Pendidikan 1996 yang menyatakan :

‘Bahasa kebangsaan (bahasa Malaysia) hendaklah menjadi bahasa


pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan
Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaanyang ditubuhkan di bawah

MPU 3122 - HUBUNGAN ETNIK 10


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

Seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh


Menteri daripada subseksyen ini’ (Akta Pendidikan, 1996)

Strategi Pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan juga menekankan


pengajaran bahasa ibunda. Masyarakat India, Cina, Kadazan Dusun di Sabah
dan Iban di Sarawak masih berpeluang untuk mendapatkan pendidika bahasa
berteraskan masyarakat sendiri. Aspek ini amat penting dalam memastikan
pengekalan budaya dan identiti asal sesebuah kaum. Pada masa yang saya,
masyarakat di negara ini akan merasa dihargai dan mengelakkan daripada
wujudnya perasaan disisihkan oleh pihak kerajaan.

‘...pengajaran bahasa Cina dan Bahasa Tamil di sekolah Kebangsaan dan


sekolah Menengah Kebangsaan boleh diadakan dengan satu syarat jika
ada permintaan ibu bapa atau lebih dan jika munasabah dan praktik’. (Akta
Pendidikan ,1996)

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di negara kita banyak


dipengaruhi oleh kedatangan penjajah British. Kedatangan mereka untuk
mengaut keutungan hasil bumi dan kemahiran penduduk di Tanah Melayu,
Sabah dan Sarawak telah mendorong mereka untuk membawa lebih banyak
tenaga kerja. Keadaan ini menyebabkan banyak imigran dari luar tanah air
masuk secara paksa dan membentuk masyarakat puralistik. Namun, setelah
kemerdekaan kepelbagaian bangsa ini harus dikekalkan demi menjaga hak
dan keitimewaan setiap kaum. Negara perlu bijak mengatur dan memastikan
tiada penindasan berlaku dalam masyarakat majmuk di negara kita. Dalam
konteks ini, pembentukan integasi nasional dan semangat perpaduan amat
penting dalam menjaga keamanan dan ketenteraam yang telah kita capai
melalui perundangan yang dibina semasa kemerdekaan.

5.0 RUJUKAN

Akta Pendidikan 1996 (Malaysia) (Akta 550)

MPU 3122 - HUBUNGAN ETNIK 11


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

A.M Cooper (1968). Men Of Sarawak. Kuala Lumpur : Oxford University


Press, hlm 79-114

Asrizal Mohamed Radzi. (2013). Jurnal Biro Tatanegara: sejarah


pembentukan negara bangsadan 1Malaysia. Bil. 1. Putrajaya: Biro
Tatanegara.

Banci Penduduk 1911, 1921, 1931, 1947; Perangkaan Penting 1985

Cheah Boon Kheng dan Ali Abdul Talib Ahmad (1990) Kolonialisme di
Malaysia dan Negara-Negara Lain, Kuala Lumpur,Fajar Bakti.. Hlm 172

De Silva, M. (2011) Perekrutan Buruh Kontrak Jawa ke Borneo Utara :


Sejarah Diplomatik antara Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBUB) dan
Kerajaan Hindia Timur Belanda 1890-1932, dalam Azlizan Mat Eng (ed.),
Sejarah Diplomatik, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka, hlm. 62.

D.S. Ranjit Singh. (1991) Publisher: Singapore : Oxford University Press,


Brunei, 1839-1983 : the problems of political survival

D.S. Ranjit Singh (1993). “Indins in East Malaysia.” In Indian Communities In


Southeast Asia. Ed. Sandhu, K.S. dan A. Mani, Singapore: ISEAS &
Times Academic Press

D.S. Ranjit Singh (2003)The Making Of Sabah: The Dynamics of Indigenous


Society, KualaLumpur: University Malaya Press, hlm. 246.

K.A Neelakandha Aiyer,. (1938) Indian Problems in Malaya, Kuala Lumpur:


India Office

Gilbert Khoo. Dorothy Lo. (1977). Asian Transformation: A History of South-


East, South, and East Asia. Heinemann Educational Books (Asia).Official
Gazette North Borneo, 1915

Malaysia (1971) Rancangan Malaysia Kedua, 1971-75, Jabatan Percetakan


Negara, Kuala Lumpur ms. 3

Mohd Juhar Harun, Anantha Raman Govindasamy, Jane Wong Kon


Ling,Arulselvan Raju & Kavitha Ganesan (2019). Migrasi Masyarakat
India ke Sabah Membawa kepada Fenomena Amalgamasi Sosial
Setempat. Jurnal Borneo Arkhailogia. Vol. 4(1), hlm. 1-15

Mohd Rais Abd Rahim. (1991). Malaysia Kita. Institut Pentadbiran Negara
(INTAN), hlm. 417

Official Gazette North Borneo (1919)

Radio Times of Sarawak, Programmes from 28 June to 11 July 1959, Vol 5,


Isuue 14, hlm 32.

MPU 3122 - HUBUNGAN ETNIK 12


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

Rambler(1966) Sabah Times. The story of Sikhs in Sabah. 13 April 1966.

Reports On Population Censuses 1947, 1960, 1970 and 1980. (Sarawak


Department Of Statistic Malaysia (Sarawak Branch), Monthly Statistic
Bulletin, 1991), hlm 11.

Ruhanie (2005), Patriotisme Malaysia : Penangkis Neoimperialisme.


Malaysia : Utusan Publications.

Runciman, The White Rajahs, hlm 207

Ruslan Zainuddin (2005). Kenegaraan Malaysia. Malaysia : Oxford Fajar.

Ruslan Zainuddin (ed.),Mohd.Mahadee,Zaini Othman.(2010). Kenegaraan


Malaysia Edisi Kedua. Selangor : OxfordFajar Sdn.Bhd. Hlm 59

Sandhu, (1969). Indians in Malaya: Some Aspects of their Immigration and


Settlement (1786-1957). Cambridge University Press

Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul Hubungan Etnik. Putrajaya:


Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Shamsul Amri Baharuddin (2008). Modul hubungan etnik. Pusat Penerbitan


Universiti, Universiti Teknologi MARA.

Sivachandralingam Sundra Raja et al. (2008). Sejarah masih


relevan.Selangor: Karisma Publication Sdn.Bhd

Tate, D. J. M. (1966). Planting in Ninenteenth Century Sabah and Sarawak.

The Sarawak Gazette, 1 September 1898

The Sarawak Gazette, 7 Februari 1950

The Sarawak Gazette, 31 Mac 1959

Ting Chew Peh. (1987). Hubungan Ras dan Etnik. Kuala Lumpur: Pustaka
Dimensi.

Tregonning K.G (1964). A History of Modern Malaysia and Singapore.


Eastern Universites Press

Tregonning, K. G. (1965). A History Modern Sabah (North Borneo 1881-


1963). Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Uqbah Iqbal, and Nordin Hussin, and Ahmad Ali Seman, (2015) Sejarah
perkembangan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu dan sifat ekonomi
masyarakat Melayu era pra-kolonial. Jurnal Antarabangsa Alam dan
Tamadun Melayu (Iman), 3 (2). pp. 95-119. ISSN 2289-1706

MPU 3122 - HUBUNGAN ETNIK 13


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

Yahaya,H. (1978). Malaysia: Nilai Politik dan Budaya. Kuala Lumpur:


Dinamika Kreatif.

Zainal Abidin, A.J. (2009). Tragedi 13 Mei: Apa yang Harus Kita Pelajari?
Membina Bangsa Malaysia, 4: 518-535.

Zulhimli Padi & Rohani Ab. Ghani, (2003). Kenegaraan Malaysia: Isu-isu
dalam Pembinaan Negara.PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.:
Pahang, hlm. 4

MPU 3122 - HUBUNGAN ETNIK 14

You might also like