You are on page 1of 11

Kerja Khusus Sejerah Tingkatan 5

Nama Pelajar : Cheong Jau Chun


Kelas : 5 ADVANCE
Sekolah : SMJK HWA LIAN

Tema: Malaysia dan Masa Hadapan


Tajuk: Pembentukan Malaysia
Standard Kandungan: 13.2 Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia
Pernyataan Masalah: Pembentukan Malaysia telah mengalami pelbagai cabaran dan
memberikan kesan-kesan terhadap proses pembinaan negara bangsa. Bincangkan.
Persoalan Kajian:
1) Apakah cabaran Dalaman Malaysia?
2) Mengapakah Singapura terpisah dari Malaysia?
3) Bagaimanakah kemakmuran dan kesejahteraan negara dapat dipastikan?

Objektif Kajian:
1) Menerangkan cabaran Dalaman Malaysia.
2) Huraikan sebab Singapura berpisah dengan Malaysia dari segi politik,
ekonomi dan masalah perkauman.
3) Jelaskan usaha-usaha warga pemimpin Malaysia dalam mendepani cabaran
demi memastikan negara terus makmur dan sejahtera.

Kaedah Kajian:
1) Melayari Internet
2) Kajian Perpustakaan
3) Audio Visual

Sumber Rujukan:
1) Dr Mohd bin Samsudin, 2020, Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
2)http://mirahin97.blogspot.com/2015/10/rancangan-pembangunan-lima-tahun.html
3)https://rnggt.com/20208390/

Laporan Kajian

(I) Pengenalan
Banyak usaha yang telah dilakukan oleh rakyat Malaysia untuk menjayakan usaha
pembentukan Malaysia dan akhirnya, Malaysia dapat dibentukan. Selepas pembentukan
Malaysia, negara telah menghadapi pelbagai cabaran termasuklah pemisahan Singapura,
ancaman komunis, isu pembangunan dan ekonomi serta hubungan antara kaum.

Oleh sebab itu, banyak usaha telah dilakukan untuk mengatasi cabaran tersebut untuk
memastikan negara Malaysia dapat mengekalkan keamanannya dan kedaulatannya.
(II) Cabaran Dalaman Malaysia
Walaupun Malaysia membuktikan kejayaan Persekutuan 13 buah negeri, tetapi negara
masih terpaksa menghadapi cabaran dalaman kerana mempunyai penduduk pelbagai latar
belakang kaum dan etnik. Negara pada masa itu juga perlu mewujudkan keseimbangan
pembangunan dan sosioekonomi. Oleh itu, kerajaan Persekutuan telah memainkan peranan
yang amat penting dalam menghadapi masalah berkenaan.

Cabaran Pembangunan dan Sosioekonomi di Sarawak dan Sabah


Selepas Malaysia dibentuk, lebih banyak peluang ekonomi yang lebih luas telah
ditawarkan kepada semua negeri. Penyumbang hasil bahan asli yang utama, iaitu Sabah dan
Sarawak telah meningkatkan jumlah eksport negara dan berjaya menambahkan pengeluaran
ekonomi negara. Tetapi negara tetap perlu menyelesaikan cabaran pembangunan dan
ekonomi di kedua-dua negeri tersebut.

(a) Mempelbagaikan Kegiatan Ekonomi


Walaupun Sabah dan Sarawak mempunyai kekayaan hasil bumi yang banyak, tetapi
rakyat masih mengamalkan pertanian sara diri. Bagi melibatkan rakyat dengan aktiviti
ekonomi, kerajaan telah mempelbagaikan pertanian komersial
(kelapa sawit, getah dan koko) dan membuka peluang kepada
penduduk untuk melibatkan diri dalam kegiatan berkaitan
petroleum.

(b) Memajukan Sistem Perhubungan dan Pengangkutan


Sabah dan Sarawak yang mempunyai saiz negeri yang
besar telah menyukarkan perhubungan dan pengangkutan
kerana penduduk masih bergantung pada sistem pengangkutan air
(sungai dan laut) untuk berhubung. Oleh sebab itu, kerajaan telah
memasukkan Sabah dan Sarawak dalam Rancangan Malaysia
Pertama (sebahagian rancangan daripada Rancangan
Pembangunan Lima Tahun) pada tahun 1966 dan
berjaya membentukkan beberapa agensi (MARA, Isu perhubungan dan pengangkutan dalam
MIDA, PERNAS dan Bank Bumiputera) yang Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)
membantu memajukan sistem perhubungan dan
pengangkutan Sabah dan Sarawak.

(c)Memajukan Sistem Pendidikan


Sabah dan Sarawak pada zaman British telah
mewujudkan sekolah vernakular Inggeris dan Cina
di kawasan bandar manakala peluang bersekolah
adalah kurang kepada penduduk kawasan
pendalaman. Disebabkan oleh itu, penduduk-penduduk
tempatan tidak dapat mempelajari bahasa-bahasa
bangsa dengan tepat. Oleh itu, kerajaan berusaha untuk
membina sekolah dan melatih guru bagi memberikan Program pendidikan yang
pendidikan yang sepatutnya kepada penduduk tempatan, dicadangkan di Rancangan Malaysia
terutamanya kaum bumiputera. Pertama (1966-1970)
Cabaran Politik di Sarawak
Pada Jun 1966, terdapat 21 daripada 42 orang ahli Council Negeri (ADUN)
mengumumkan ketidakpuas hati dan tidak mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan
Stephen Kalong Ningkan sebagai Ketua Menteri Sarawak sejak 22 July 1963 telah
menyebabkan krisis perlembagaan. Stephen Kalong Ningkan dipecat oleh Gabenor Sarawak
Tun Abang Haji Openg.

Stephen Kalong Ningkan mencabar tindakan tersebut di Mahkamah Tinggi Sarawak


dan memenangi kes ini. Walaupun beliau kembali menjadi Ketua Menteri Sarawak, namun
telah gagal mendapat sokongan dan undi majoriti ahli majlis. Peristiwa ini menyebabkan
kemerosotan keadaan politik Sarawak sehingga menimbulkan ancaman yang serius kepada
keselamatan Sarawak dan Malaysia. Oleh sebab itu pada 15 September 1966, raja atas nasihat
kabinet telah mengisytiharkan darurat di Sarawak. Selepas itu, jawatan Ketua Menteri telah
digantikan oleh Tawi Sli.

Stephen Kalong Ningkan,


Ketua Menteri Sarawak
Pertama (1963-1966)

Tawi Sli, Ketua


Menteri Sarawak
Kedua (1966-1970)

Cabaran Perpaduan Kaum


Penduduk di Malaysia mempunyai pelbagai kaum (Melayu, Cina, India, Melanau,
Iban, Bidayuh, Kadazandusun, Murut dan Bajau) yang berlainan budaya, menyebabkan
perpaduan sentiasa menjadi agenda bagi pengurusan masyarakat dan pemerintah. Hal ini
dikatakan kerana rakyat jarang bergaul dengan kaum-kaum lain pada masa itu
menyebabkan kefahaman mereka terhadap budaya dan adat resam kaum-kaum lain
menjadi dangkal. Bukan sahaja itu, jarak antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah
dan Sarawak yang jauh juga sebuah cabaran kepada integrasi nasional serta sukar
memupuk semangat satu negara.
Selain itu, negara juga mempunyai rakyat yang bersifat etnosentrik, iaitu sikap dan
kepercayaan bahawa budaya dan nilai-nilai kaum sendiri lebih baik dan mulia
berbanding dengan kaum lain. Sifat etnosentrik ini menyebabkan rakyat yang menganggap
kaum sendiri mempunyai kedudukan yang lebih tinggi berbanding kaum lain.
(III) Pemisahan Singapura
Sejak Singapura menyertai Malaysia, banyak perselisihan dan konflik antara
Singapura dengan Persekutuan Kuala Lumpur telah ditimbulkan. Perselisihan ini semakin
hari semakin rumit dan melibatkan banyak yang tidak akan habis.

Faktor Pemisahan Singapura dengan Malaysia


Dari segi politik, Lee Kuan Yew telah menyatakan bahawa
kegiatan politik PAP adalah terhad di Singapura dan PAP tidak
bercadang untuk mengambil bahagian pilihan raya di Tanah
Melayu. Selepas itu PAP mengubah keputusan dan bertanding
dalam pilihan raya umum pada tahun 1964 namun Tunku Abdul
Rahman menegaskan bahawa PAP tidak diperlukan di Tanah
Melayu kerana sifatnya sebagai sebuah parti perkauman Cina.
Penglibatan PAP yang terlalu awal menjejaskan perpaduan kaum
terutamanya hubungan UMNO dengan MCA.

Dari segi ekonomi, Singapura asalnya hanya perlu


menyerahkan 40% daripada semua hasil yang dikutip untuk Lee Kuan Yew, Perdana Menteri
kerajaan Persekutuan dan 60% daripada semua hasil akan Singapura Pertama (1959-1990)
disimpan sendiri (mengikut perjanjian Singapura). Namun
disebabkan beban cukai Singapura paling ringan dan bertambahnya perbelanjaan pertahanan,
kerajaan Persekutuan bercadang bahawa Singapura menyerahkan 60% daripada jumlah hasil .
Cadangan ini dibantah oleh Singapura kerana mengikut perjanjian Malaysia, kerajaan
Persekutuan perlu mendapat kebenaran kerajaan Singapura sebelum mengenakan cukai
import baharu sebelum bulan Disember 1968. Selepas itu, kerajaan Persekutuan mengenakan
pelbagai cukai yang baharu tetapi Singapura tidak dibawa berunding terlebih dahulu. Pada
Februari 1965, Tan Siew Sin (Menteri Kewangan) mengarahkan pengusaha Singapura
berunding tentang perlindungan tarif. Arahan ini menimbulkan kemarahan para pengusaha
Singapura sehingga mendapat liputan media yang meluas.

Dari segi perkauman, semasa hubungan UMNO dan PAP semakin renggang,
beberapa peristiwa telah berlaku di Singapura. Setelah menyertai Malaysia, orang Melayu di
Singapura berasa diri diabaikan dan Singapura tidak mengambil tindakan untuk membaiki
kedudukan mereka. Oleh sebab itu, beberapa buah pertubuhan mewakili orang Melayu
menemui Tunku Abdul Rahman untuk melaporkan isu tersebut. Keadaan menjadi semakin
rumit selepas Syed Jaafar Albar (Setiausaha Agong UMNO) menuduh Lee Kuan Yew
(pemimpin PAP) cuba memecahkan perpaduan masyarakat Melayu di Singapura. Kerajaan
Singapura pula mengencam golongan ‘pelampau’ dalam kerajaan Persekutuan. Keadaan ini
menyebabkan rusuhan kaum di Singapura pada 21 Julai 1964. Para pemimpin politik
Singapura memperjuangkan konsep Malaysian yang seolah-olah mengenepikan institusi dan
mencabar kedudukan istimewa orang Melayu.

Disebabkan oleh faktor-faktor di atas, Singapura tidak mungkin terus kekal dalam
Malaysia tanpa mencetuskan keganasan dan akhirnya, Singapura berpisah dari Malaysia
pada Ogos 1965.
(IV) Kemakmuran dan Kesejahteraan Negara
Pada tahun 2020, Malaysia telah mengalami
wabak penyakit COVID-19 yang menyebabkan
Malaysia mengalami pelbagai masalah terutamanya
isu ekonomi dan hubungan antara kaum. Ekonomi
sesebuah negara adalah sangat penting kerana
ekonomi negara akan mempengaruhi perkembangan
negara serta taraf hidup rakyat. Disebabkan oleh
wabak penyakit ini, ekonomi Malaysia telah
semakin hari semakin teruk dan lebih buruk
daripada semasa dunia dilanda virus SARS (2003).
Selain itu, wabak ini juga telah menyebabkan Kes aktif COVID-19 di Malaysia
penjarakkan antara kaum kerana masyarakat perlu (1 September 2020 – 19 Oktober 2020)
memastikan penjarakkan yang tertentu dan masyarakat
tidak digalakkan keluar merayau-rayau. Oleh itu, warga pemimpin perlulah membuat
perubahan dan memberikan kerjasama kepada kerajaan supaya kemakmuran dan
kesejahteraan negara dapat dijamin walaubagaimanapun perubahannya.

Tetapi bagaimanakah warga pemimpin dapat menjamin kesejahteraan dan


kemakmuran negara? Yang paling utama sekali, warga pemimpin haruslah mencadangkan
strategi yang berkesan dan disenangi rakyat. Salah Satu contoh yang paling jelas ialah
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diarahkan oleh Muhyiddin Yassin (Perdana
Menteri Malaysia). PKP ialah arahan yang diberi bertujuan untuk mengehadkan pergerakan
rakyat supaya rantaian penyakit COVID-19 dapat diputuskan. Perintah ini telah menjamin
kemakmuran negara dengan mengurangkan kos perbelanjaan rawatan dan wabak penyakit ini
dapat diputuskan lebih awal supaya ekonomi negara dapat dikembalikan serta dimajukan.

Walaupun tempoh PKP ini perlu dipatuhi, tetapi ia juga telah membawa beberapa
kesan yang negatif. Sebagai contoh, tempoh PKP ini telah meregangkan hubungan antara
kaum di Malaysia. Disebabkan rakyat perlu memastikan penjarakkan antara satu sama lain
(mengikut arahan PKP), rakyat tidak dapat berinteraksi seperti sebelum PKP dan
menyebabkan hubungan antara satu sama lain tidak seperti yang dulu. Oleh itu, warga
pemimpin haruslah mencari jalan untuk merapatkan hubungan antara kaum.
Contohnya, mengadakan program yang memupuk perpaduan kaum ataupun melaksanakan
ucapan secara atas talian untuk menyedarkan rakyat tentang isu hubungan kaum ini.

Dengan kebijaksanaan warga pemimpin dan kerjasama rakyat, wabak penyakit


COVID-19 ini pasti dapat dicegahkan dan kemakmuran dan kesejahteraan negara pasti dapat
dijamin.
(V) Kesimpulan
Pembentukan Malaysia ialah peristiwa yang dibanggakan oleh semua rakyat
Malaysia pada masa itu sehingga kini, namun mengetepikan kebanggaan, adalah cabaran
yang perlu diatasi oleh rakyat Malaysia.
Cabaran Dalaman Malaysia merupakan salah satu cabaran yang susah diselesaikan
kerana kesusahan dan kawasan liputannya yang besar. Walaubagaimanapun, negara kita telah
berjaya menghadapi pelbagai cabaran ini kerana pemimpin negara telah mewujudkan
keseimbangan pembangunan dan ekonomi. Pemimpin negara telah berusaha mengatasi
cabaran tersebut dan membawa perpaduan dan integrasi kepada negara. Oleh itu, kita sebagai
rakyat perlulah mengukuhkan dan mempertahankan perpaduan yang sedia terjalin dan
integrasi nasional ini dengan sepenuh semangat bagi mewujudkan suasana negara yang
lebih sejahtera dan makmur.
Walaupun Singapura telah berpisah dengan Malaysia, tetapi ia mungkin adalah
penyelesaian yang paling bagus untuk kebaikan kedua-dua pihak. Seperti yang dikatakan oleh
Tunku Abdul Rahman bahawa ‘lebih wajar Singapura berpisah daripada Malaysia
sebagai jalan keluar terbaik untuk mengatasi pelbagai krisis yang timbul, demi
kepentingan perpaduan kaum, kestabilan ekonomi dan menghindarkan konflik politik
yang berterusan.’ Walaupun banyak konflik yang berlaku antara Malaysia dan Singapura
pada masa itu, tetapi kita tidak pernah melihat hubungan diplomatik antara kedua-dua negara
ini berputus pada zaman kini. Ini membuktikan walaupun Malaysia tidak dapat mengelakkan
pemisahan ini, tetapi tidak bermaksud kedua-dua pihak ini tidak boleh bekerjasama di
perjalanan yang berlainan. Semangat Singapura yang tidak membalas dendam terhadap
ketidakupayaan Malaysia pada masa itu haruslah dipelajari oleh generasi kini dan yang akan
datang.
Kesejahteraan dan kemakmuran sesebuah negara bukanlah sahaja tanggungjawab
warga pemimpin, rakyatnya juga perlu memberikan kerjasama yang sepatutnya. Walaupun
Malaysia telah mengalami isu ekonomi dan perkauman pada tahun 2020, tidak bererti
Malaysia tidak mempunyai penyelesaian. Warga pemimpin Malaysia telah melaksanakan
PKP di seluruh negara dan telah memulihkan sebahagian ekonomi dan hubungan antara
kaum. Kebijaksanaan warga pemimpin telah mewujudkan kemampuan kerajaan memelihara
rakyat dan memajukan negara, oleh itu kita wajarlah menghargai dan mempelajari jasa
mereka untuk menjaga kestabilan politik dalam mengekalkan keamanan negara. Bukan
sahaja warga pemimpin yang perlu berusaha, sebagai rakyat, kerjasama perlulah sentiasa
diberikan untuk kerajaan mencapai matlamat yang disusun barulah kemakmuran dan
kesejahteraan negara dapat dijamin.
Daripada cabaran-cabaran yang dialami oleh Malaysia pada masa lalu ataupun kini,
saya bercadang bahawa pemimpin negara dapat mempelajari kesalahan orang dahulu dan
menggunakan usaha-usaha pemimpin negara dahulu sebagai rujukan untuk menyelesaikan
masalah yang akan datang.
Yang akhir sekali, berharaplah negara Malaysia dapat mengekalkan keamanan dan
kesejahteraannya selama-lamanya serta kerjasama antara rakyat dengan kerajaan tidak akan
terjejas.
Jadual Kerja

Bil Tarikh Perkara Catatan


.

1 28 April 2021 Taklimat Pelaksanaan Kajian Kes oleh Kelas 5A


Puan Norhayati 8:30 pagi

2 29 April 2021 Pemilihan tajuk dan merangka kajian kes Kelas 5A


2:00 pagi

3 5 Mei 2021 Perbincangan kumpulan Kelas 5A


8:30 pagi

4 6 Mei 2021 Mengumpul dan menganalisis data Buku teks, rujukan,


laman web

5 10 Mei 2021 Menulis laporan dan membuat folio kajian Di rumah sendiri

6 27 Mei 2021 Penghantaran folio kajian kes Kelas 5A

Sumber Rujukan

Rujukan Buku
Dr Mohd bin Samsudin, 2020, Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

Rujukan Laman Web


1) http://pembentukanmalaysia97.blogspot.com/2015/10/pemisahan-singapura-semenjak-
singapura_10.html
2) https://rnggt.com/20208390/
3) http://mirahin97.blogspot.com/2015/10/rancangan-pembangunan-lima-tahun.html
4) https://www.ukm.my/news/Latest_News/malaysia-alami-krisis-ekonomi-paling-teruk/
5) http://iyres.gov.my/images/MJYS/2010/MJYS%20Vol%202%20Edisi%20Khas%202010-
54-77.pdf
6)https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/RMK/RMK1.pdf

Rujukan Audio Visual


1) https://youtu.be/y3aU_1cljmI
2) https://youtu.be/Raze5IozOI8
Lampiran

http://iyres.gov.my/images/MJYS/2010/MJYS%20Vol%202%20Edisi%20Khas
%202010-54-77.pdf

http://pembentukanmalaysia97.blogspot.com/2015/10/pemisahan-singapura-
semenjak-singapura_10.html
https://rnggt.com/20208390/

http://mirahin97.blogspot.com/2015/10/rancangan-pembangunan-lima-
tahun.html
https://www.ukm.my/news/Latest_News/malaysia-alami-krisis-ekonomi-
paling-teruk/

Dr Mohd bin Samsudin, 2020, Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

You might also like