You are on page 1of 26

1

1.0 PENGENALAN

Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 telah menjadikan seluruh semenanjung Tanah
Melayu, Sabah dan Sawarak di bawah Malaysia yang sememangnya kaya dengan
pelbagai etnik. Kepelbagaian etnik ini telah menyebabkan satu aura kenegerian,
perkauman, keagaman dan sebagainya mengwujudkan masalah-masalah tertentu
didalam perhubungan rakyat Malaysia. Selain itu, secara umum ketahui bahawa
kedudukan geografi Malaysia telah dibahagiakan kepada dua bahagian iaitu
Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak yang dipisahkan melalui Laut China
Selatan. Kedudukan ini secara tidak langsung telah memberikan satu garisan
perantaraan bagi memisahkan kesepaduan dan kekitaan sebagai rakyat Malaysia.

Di samping itu, negara Malaysia yang terdiri daripada masyarakat yang


pelbagai memperlihatkan keunikan dari segi perbezaan kaum, etnik, budaya dan
agama. Hal ini demikian kerana, setiap etnik dan kaum mempunyai latar belakang
yang berbeza, adat yang berbeza serta pantang yang berbeza. Disini dalam mencipta
kesepaduan rakyat Malaysia, kadang kala mengalami kesukaran. Akan tetapi keadaan
masyarakat yang sering bersikap positif dan bertolak ansur menjadikan Malaysia
sebuah negara yang aman dan makmur.

Mengukuhkan perpaduan adalah satu proses atau sistem hidup yang


menyatupadukan seluruh anggota masyarakat dan negara melalui ideologi negara
supaya setiap anggota masyarakat itu dapat membentuk satu identiti dan nilai
semangat kebangsaan. Hal ini demikian kerana tanpa perpadauan, negara itu akan
terdedah kepada pelbagai-bagai kelemahan dan ancaman yang boleh menjejaskan
kedaulatan negara itu sendiri.

Oleh itu, terdapat beberapa usaha yang perlu dilakukan bagi mencapai
kesepadan masyarakat Malaysia. Hal ini demikian kerana, terdapat pelbagai masalah
serta isu-isu yang menjadikan ia sebagai penghalang di antara rakyat Malaysia
khusunya bagi Semenanjung Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak. Fokus esei
ini adalah mengupaskan tentang masalah utama yang dihadapi oleh negara Malaysia
dalam usaha untuk membina dan mengukuhkan intergasi di antara Semenanjung
Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak.
2

2.0 PENGERTIAN INTEGRASI

Integrasi nasional menjadi isu negara yang hangat sekitar 1960-an dan 1970-an. Ini
kerana ketika itu, Malaysia masih baru ditubuhkan.Namun, bermula pada tahun 1990-
an, isu integrasi nasional semakin dilupakan, ekoran kemakmuran ekonomi yang
dikecapi. Rata-rata pihak berpendapat, pembangunan ekonomi dan kestabilan politik,
mampu melenyapkan perbezaan yang ada.

Integrasi berasal dari bahasa inggeris “integration” yang berarti keseluruhan.


Istilah integrasi mempunyai erti pembauran atau penyatuan dari unsur-unsur yang
berbeza sehingga menjadi kesatuan yang utuh atau tetap. Secara harfiah integrasi
berlawanan dengan perpisahan, suatu sikap yang meletakkan tiap-tiap bidang dalam
kawasan yang berlainan.1 Integrasi memiliki sinonim dengan perpaduan, penyatuan,
atau penggabungan, dari dua objek atau lebih. Integrasi menurut Sanusi adalah suatu
kesatuan yang utuh, tidak terpecah belah dan bercerai berai. Integrasi meliputi
kebutuhan atau kelengkapan anggota-anggota yang membentuk suatu kesatuan dengan
jalinan hubungan yang erat, harmoni dan mesra antara anggota kesatuan itu.2

Integrasi juga ialah satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam
kalangan kumpulan yang terpisah dari segi budaya, sosial dan lokasi dalam sesebuah
unit politik. Integrasi nasional merupakan satu proses penyatuan antara kumpulan
manusia yang berbeza dari segi latar belakang, status sosial dan budaya untuk
membentuk entiti yang mempunyai pegangan norma serta mengamalkan kehidupan
bersama. Daripada penyatuan yang terbentuk, maka akan wujudlah perkongsian
persefahaman dan pemikiran antara kaum di dalam sesebuah negara. Integrasi
sebegini merupakan satu proses yang berlaku hasil ikatan batin, iaitu ikatan perasaan
antara manusia sendiri. Ia adalah proses kerohanian atau spiritual yang merupakan
hasil daripada satu penghayatan di mana akhirnya berlaku perkongsian pemikiran dan
hati, jauh merentasi perbezaan budaya dan kumpulan etnik. Integrasi nasional
merupakan satu proses berbentuk abstrak, satu proses penyatuan atau ikatan yang
sebati dan berpanjangan.

1 Zainal Abiding Bagir, Integrasi Imu Dan Agama, Bandung: Mizan Pustaka, 2010.
2 Novianti Muspiroh, Integrasi Nilai Islam Dalam Pembelajaran IPA, Jurnal Kebijakan Pendidikan
Vol. Xxviii No. 3. 2013.
3

Integrasi Nasional merujuk kepada satu proses dinamik untuk merapatkan


masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di antara negeri-negeri di
Semenanjung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, untuk membentuk satu Bangsa
Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan
dan Rukun Negara. Hubungan antara kaum boleh dilihat dari segi darjah ‘kedekatan’
yang bermula dengan hubungan yang terpisah sehinggalah hubungan yang berbentuk
sebati. Dalam proses integrasi menggambarkan cara bagaimana kumpulan minoriti
menjadi sebahagian daripada arus utama masyarakat. Ia juga menggambarkan
tahaptahap perpaduan dan integrasi dalam masyarakat. Dengan adanya akomodasi di
dalam masyarakat, sudah dapat mencerminkan bahawa masyarakat adalah dalam
keadaan bersatu padu. Namun, keadaan integrasi yang sebenar hanya dapat dicapai
bermula dengan berlakunya proses akulturasi, asimilasi dan akhirnya mengalami
amalgamasi.

Salah satu cabaran utama untuk mencapai perpaduan kaum ini ialah aspek
dalaman iaitu perbezaan bahasa, kebudayaan, kepercayaan dan keturunan yang
mempengaruhi sikap dan nilai sesuatu kaum. Perbezaan ini menyebabkan setiap
kaum di negara ini sukar untuk menerima perubahan yang ingin dilaksanakan oleh
kerajaan dalam dasar pendidikan, kerana pada sangkaan mereka ia melibatkan
penerimaan dan pengorbanan iaitu mereka terpaksa menerima unsur kaum lain dan
mengorbankan unsur kaum sendiri. Situasi sebegini pasti akan mendapat tentangan
daripada pelbagai kaum kerana unsur keturunan, kepercayaan, budaya dan bahasa
sudah menebal dalam kaum masing-masing.

Dengan wujudnya integrasi nasional ia menunjukkan persefahaman antara


kaum yang timbul sendiri dalam kalangan penduduk yang berbilang kaum tanpa
paksaan. Keharmonian yang berpanjangan dapat dinikmati oleh masyarakat. Jadi
setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam usaha ke arah integrasi
nasional. Peranan semua pihak amat diperlukan dalam mencapai integrasi nasional.
Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting sebagai wadah untuk memupuk,
memelihara dan menjaga perpaduan dan keharmonian rakyat yang berbilang bangsa
ini. Justeru, tugas seorang guru sememangnya sangat penting dalam menjayakan
agenda pembangunan negara ke arah mencapai Wawsan 2020 yang dihasratkan.
4

3.0 MASALAH UTAMA DALAM MEMBINA DAN MEMPERKUKUHKAN


INTEGRASI ANTARA SEMENANJUNG MALAYSIA DENGAN SABAH DAN
SARAWAK

3.1 PEMBENTUKAN MALAYSIA

Sabah dan Sarawak antara negeri terbesar dalam Malaysia tetapi semasa menyertai
Malaysia pada 16 September 1963, negeri-negeri tersebut pada waktu itu adalah
sebuah negeri yang tidak begitu matang dengan pengalaman politik, mundur
ekonominya serta terkebelakang kemudahan sosialnya. Pada masa yang sama,
mempunyai penduduk yang begitu pelbagai dan mereka berada dalam peringkat
pembangunan yang berbeza. Oleh yang demikian, tidak hairanlah wujudnya sentimen
bahawa kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia adalah suatu penjajahan
semula oleh orang Semenanjung yang jauh lebih maju. Sentimen ini telah
menyebabkan pemimpin tempatan Sabah dan Sarawak mendesak agar Kerajaan
Persekutuan memperuntukan constitutional safeguards dalam dalam menghadapi
kecederungan pemusatan kuasa Kerajaan Persekutuan.3

Perlu dijelaskan bahawa hasrat Sabah dan Sarawak untuk menyertai dan
membentuk Malaysia ini adalah pilihan terbaik ketika itu dan kenyataan ini boleh
ditafsirkan melalui pandangan Suruhanjaya Cobbold dalam laporannya. Pandangan
Suruhanjaya Cobbold ini kemudiannya telah diterbitkan di London oleh wakil
kerajaan Britain dan Malaysia. Hasil daripada laporan inilah, maka persetujuan telah
dicapai untuk menubuhkan Persekutuan Malaysia. Sebuah Jawatankuasa Antara Kaum
(Inter-Governmental Committee) juga telah ditubuhkan yang dianggotai oleh
perwakilan dari kerajaan British, Malaya, Sabah dan Sarawak. Tugas utama
Jawatankuasa ini ialah merangka peruntukan Perlembagaan bagi maksud penubuhan
Persekutuan Malaysia dengan mengambil kira kepentingan Sabah dan Sarawak.4

Perkara ini menunjukkan Sabah dan Sarawak sebenarnya tidak memasuki


tetapi sebaliknya membantu pembentukan Malaysia. Pandangan ini tersurat dalam
laporan Suruhanjaya Cobbald yang menyatakan bahawa penubuhan Malaysia atas
dasar kerjasama dan kepentingan bersama, menghormati kedaulatan Sabah dan

3 Mohd Sarim Mustajab & G. Anantha Raman, Sabah Dalam Konteks Pembinaan Nasion Malaysia,
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, 2003, hlm. 18.
4 Ibid.
5

Sarawak sebagai sebuah entiti yang berbeza serta bukan ‘subordinate’ kepada
pemerintahan pusat. Kesungguhan pemimpin Sabah dan Sarawak ketika itu untuk
membentuk Malaysia tetapi pada masa yang sama memelihara kepentingan ekonomi
dan politik dan ini menyebabkan Kerajaan Persekutuan terpaksa memberi laluan untuk
memasukkan peruntukan-peruntukan khas dalam Perlembagaan Persekutuan bagi
memenuhi hasrat penduduk Sabah dan Sarawak.

Penerimaan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan juga pernah mendapat


tentangan daripada negeri lain dalam Persekutuan. Kerajaan Kelantan dalam kes
Kerajaan Kelantan vs Kerajaan Persekutuan Malaya dan Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj telah memulakan satu tindakan mahkamah untuk mendapatkan pengisytiharan
bahawa Perjanjian Malaysia dan Akta Malaysia adalah batal dan tidak sah serta tidak
mengikut negeri Kelantan. Kerajaan Kelantan telah berhujah bahawa Akta Malaysia
akan menghapuskan ‘Persekutuan Malaya’ dan oleh yang demikian bercanggah
dengan Perjanjian Persekutuan Malaya 1957.5 Kerajaan Kelantan juga berhujah
bahawa apa-apa pindaan terhadap Perjanjian Malaya haruslah mendapat restu
daripada negeri-negeri lain dalam persekutuan termasuklah Kelantan dan perkara ini
tidak dilakukan. Kerajaan Kelantan berpandangan bahawa Sultan Kelantan harus
menjadi ahli dalam Perjanjian Malaysia mengikut konvensyen perlembagaan yang
dikehendaki agar pandangan setiap pemerintah negeri dalam persekutuan diminta
terutama dalam perkara yang akan melibatkan pindaan besar terhadap perlembagaan.

Namun, mahkamah telah memutuskan bahawa Parlimen semasa mengubal


Akta Malaysia dengan meminda artikel (1) dan artikel (1) bertindak mengikut kuasa
yang diperuntukkan dalam Perkara 159 Perlembangan Persekutuan. Mahkamah
berpandangan bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak menghendaki Kerajaan
Persekutuan untuk berunding dengan mana-mana kerajaan negeri. Mahkamah juga
memutuskan bahawa Perjanjian Malaysia telah ditandatangani bagi pihak Persekutuan
Malaya oleh YAB Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan 4 ahli kabinet dan
ini adalah selari dengan kehendak Perkara 39 dan 80 (1) Perlembagaan dan tidak ada
peruntukan yang menghendaki kerajaan Persekutuan mendapat restu daripada
Kerajaan Negeri berkenaan dengan kemasukan mana-mana negeri dalam persekutuan.
6

5 Ibid., hlm 19.


6 Ibid.
6

Pernyertaan Sabah dan Sarawak telah membantu memperkukuhkan kedudukan


Persekutuan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat yang baru mengecapi
kemerdekaan. Pembentukan Malaysia ini adalah satu formula ‘win-win’ di mana
negeri Sabah dan Sarawak pada waktu ini amat memerlukan bantuan dan sokongan
untuk pembangunan sosioekonominya. Kerajaan Persekutuan pula berhasrat
memperkukuhkan kedaulatan wilayahnya dan jelas kemasukan Sabah dan Sarawak
adalah hadiah bermakna kepada Kerajaan Pusat terutama kerana kekayaan sumber asli
dan keluasan wilayahnya yang makmur.

3.2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perlembagaan Malaysia adalah berasal dari Perlembagaan Persekutuan tahun 1957


yang telah dipinda oleh Akta Malaysia tahun 1963. Pindaan-pindaan itu adalah hasil
dari cadangan IGC yang membolehkan Sabah dan Sarawak memasuki Malaysia. Oleh
kerana syarat-syarat kemasukannya yang dikatakan khas itu menyebabkan kedudukan
negeri-negeri itu berlainan dari negeri-negeri di semenanjung dari segi perlembagaan.
Sabah dan Sarawak mempunyai bidang kuasa negeri dan kuasa bersama yang lebih
luas daripada kuasa-kuasa yang dipunyai oleh negeri-negeri lain di semenanjung.
Keadaan ini dapat melahirkan anggapan bahawa Malaysia adalah dalam dua bentuk
iaitu Persekutuan Negeri-negeri Tanah Melayu dan Persekutuan Negeri-negeri Borneo
yang jelas diterangkan dalam perkara 1(2).7

Perlembagaan Malaysia yang melingkungi 20 perkara di Sabah dan 18 perkara


di Sarawak merupakan syarat-syarat yang ditandatangani pada 1963 semasa
pembentukan Malaysia daripada Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Ia sering
dibangkitkan apabila sesetengah pihak mendakwa bahawa hak-hak Sabah dan
Sarawak seperti yang terkandung dalam perjanjian itu telah dipinggirkan. Isu juga
dibangkitkan mengenai soal imigresen di mana rakyat Semenanjung memerlukan
kebenaran untuk masuk ke Sabah dan Sarawak serta memerlukan permit untuk
berkerja. Tujuan asal perkara-perkara ini dimasukkan adalah untuk melindungi
kepimpinan Sabah dan Sarawak yang dianggap masih terkebelakang.

3.2.1 Kedudukan Agama bagi Negeri Sabah


7 Mohd Noor Abdullah, Kemasukan Sabah Dan Sarawak Ke Dalam Persekutuan Malaysia, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1979, hlm. 35.
7

Antara salah satu perkara yang menjadi pertimbangan penting di dalam Laporan Inter-
Governmental Committee atau ’20 Perkara’ adalah berhubung dengan status agama
bagi negeri Borneo Utara. Ini kerana Negeri Borneo Utara menerima tidak perlunya
pindaan berhubung Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan ‘Islam
adalah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan
aman dan harmoni di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan.’ Alasan mengapa
Islam tidak boleh menjadi agama bagi negeri Sabah pada ketika itu dilihat daripada
Laporan Report of the Commission of Enquiry atau dikenali sebagai Cobbold
Commission Report yang menyatakan situasi di negeri Borneo Utara, perenggan 102
menyatakan Islam merupakan agama yang diamalkan oleh kelompok minoriti dalam
negeri itu.8

Pada 25 Spetember 1973, Perlembagaan Negeri Sabah telah dipinda bagi


memasukkan Agama Islam sebagai agama negeri Sabah berdasarkan Enakmen No
8/1973. Pindaan yang dibuat terhadap peruntukan di dalam Perlembagaan Negeri
Sabah ini memasukkan Perkara 5A dan Perkara 11A. Peruntukan baru Perkara 5A di
dalam Perlembagaan negeri Sabah menyebutkan bahawa Islam adalah agama bagi
negeri; tetapi mana-mana agama boleh diamalkan dengan aman dan harmoni di dalam
mana-mana bahagian di dalam negeri. Selain itu, peruntukan baru Perkara 11A adalah
merujuk kepada bahasa rasmi bagi Kabinet Negeri dan Dewan Undangan Negeri
mestilah bahasa Malaysia. Pindaan perlembagaan ini telah dibacakan kali kedua di
dalam Dewan Undangan Negeri Sabah oleh Said bin Keruak, yang ketika itu
merupakan Menteri Pertanian dan Perikanan negeri Sabah.

Kedua-dua peruntukan ini bukanlah peruntukan baru malahan ia selari dan


menyempurnakan apa yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan di dalam
Perkara 3(1) berhubung Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan Perkara 152 yang
menyentuh Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.9 Namun begitu, persoalan
timbul sama ada pindaan Perlembagaan negeri Sabah yang dibuat pada tahun 1973 ini

8 Mohd Nazim Ganti Shaari, Unconstitutional Constitutional Amendments?: Exploring The 1973
Sabah Constitutional Amendment That Declared Islam The State Religion’, Kajian Malaysia, Vol. 32,
No. 2, 2014, Penerbit Universiti Sains Malaysia, hlm 4.
9 Perkara 3(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan
aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Perkara 152 (1) Bahasa kebangsaan ialah
bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh
Parlimen.
8

menyalahi ’20 Perkara’ yang telah menjadi persepakatan bahawa tiada agama rasmi
bagi negeri Sabah.10

Ini kerana di dalam beberapa kes perundangan di peringkat Mahkamah


Persekutuan mengiktiraf dokumen-dokumen sejarah seperti Suruhanjaya Cobbold,
Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (Inter-Governmental Committee), dan
Jawatankuasa Perundingan Solidariti Malaysia sebagai dokumen yang membentuk
pembentukan Persekutuan Malaysia. Ini dapat dilihat di dalam kes perundangan
seperti Pihak Berkuasa Negeri Sabah v. Sugumar Balakrishnan & Another Appeal11,
Datuk Haji Mohammad Tufail Mahmud & Ors v. Dato’ Ting Check Sii 12, dan
sebagainya. Justeru, timbul persoalan ini yang menyatakan sama ada pindaan
perlembagaan 1973 itu sah atau sebaliknya. Namun begitu pada masa yang sama,
Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang utama di dalam negara. Justeru
jika dirujuk tindakan yang dilakukan pada tahun 1973 itu menyalahi Perlembagaan
atau sebaliknya maka pada masa yang sama hakikatnya ia telah melalui proses
pindaan perlembagaan di dalam Dewan Undangan Negeri dengan mendapat sokongan
dua pertiga majoriti ahli Dewan.

Jika rujukan dibuat di dalam kes perundangan khususnya di dalam kes Phang
Chin Hock v Public Prosecutor13 bahawa walau pun peguam di dalam kes ini cuba
berhujah menyatakan struktur asas Perlembagaan Malaysia terdiri daripada
ketertinggian Perlembagaan, Raja Berperlembagaan, agama bagi Persekutuan adalah
Islam, pembahagian kuasa antara tiga badan eksekutif, legislatif dan kehakiman serta
sistem Persekutuan namun kuasa Parlimen yang boleh memusnahkan struktur asas
dengan pindaan Perlembagaan ini tidak diterangkan dengan panjang lebar hakim di
dalam kes tersebut. Oleh itu, secara lahiriahnya dapatlah kita simpulkan kuasa
meminda undang-undang itu diberikan kepada Dewan Undangan Negeri mahu pun
Parlimen di Malaysia untuk meminda undang-undang lama mahu pun Perlembagaan
itu sendiri. Jika Parlimen merasakan Perlembagaan perlu dipinda maka jika proses
perundangan telah dipatuhi maka persoalan sama ada ia merosakkan ‘struktur asas’

10 Mohd Nazim Ganti Shaari, 2014,’ Unconstitutional Constitutional Amendments?: Exploring The
1973 Sabah Constitutional Amendment That Declared Islam The State Religion’, Kajian Malaysia, Vol.
32, No. 2, 2014, Penerbit Universiti Sains Malaysia, hlm 1.
11 [2002]4 CLJ 105
12 [2009]4 CLJ 449
13 [1980]1 MLJ 70, FC
9

Perlembagaan bukan lagi satu persoalan. Ini dapat dilihat di dalam penghakiman yang
dibuat di dalam kes Loh Kooi Choon v. Government of Malaysia.14

3.2.2 Penggunaan Bahasa Melayu di negeri Sabah dan negeri Sarawak

Antara salah satu perbahasan penting di dalam kemasukan negeri Sabah ke dalam
Persekutuan Malaysia adalah berhubung dengan kedudukan bahasa Melayu di dalam
negeri Sabah dan Sarawak. Memorandum ’20 Perkara’, menyatakan dengan terang
dan jelas bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi di negeri Sabah bagi semua
tujuan, Persekutuan atau negeri, bagi tempoh 10 tahun dan hingga Dewan Undangan
Negeri membuat undang-undang sebaliknya. Perkara ini juga mencakupi penggunaan
bahasa Inggeris di dalam mahkamah dan di dalam Dewan Perundangan Negeri.

Perlembagaan Persekutuan yang digubal pada tahun 1957 sebagai


undangundang utama negara mengiktiraf kedudukan bahasa Melayu ini di dalam
sebarang urusan rasmi negara. Peruntukan Perkara 152 (1) mengiktiraf bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan.15 Malahan Tun Salleh Abas di dalam bukunya Prinsip
Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia mengiktiraf bahasa Melayu sebagai
salah satu unsur tradisi penting yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan. 16
Bagi memastikan Bahasa Melayu ini mengakar di seluruh tanah air selepas
kemerdekaan maka Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 di gubal. Tujuan
penggubalan ini adalah untuk menyeragamkan penggunaan bahasa Melayu di
Semenanjung Malaysia yang berkuatkuasa pada 11 April 1963 manakala bagi negeri
Sabah dan Sarawak ianya mula berkuatkuasa pada 1 September 1967.

Walau pun begitu, peraturan yang telah menentukan bahawa Bahasa Melayu
akan menjadi bahasa rasmi tunggal di Tanah Melayu pada tahun 1967 tidak dapat
diterima oleh Sabah dan Sarawak, memandangkan tempoh peralihan dari penggunaan
Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu adalah terlalu singkat.17 Justeru, tempoh 10 tahun
telah diperuntukan sehingga tahun 1973, seperti juga kebenaran diberikan kepada
negeri-negeri lain dari tahun 1957 kepada tahun 1967, di mana tempoh penggunaan
bahasa Inggeris berakhir sebagai bahasa rasmi di Semenanjung Malaysia. Hal ini
14 [1977]2 MLJ 187
15 Perkara 152(1), Perlembagaan Persekutuan.
16 Salleh Abas, Prinsip Perlembagaan & Pemerintahan di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Cetakan Kedua, Kuala Lumpur, 2003, hlm 237.
17 R.S Milne dan Diane K.Mauzy, Politik dan Kerajaan di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 1982, hlm 81.
10

membolehkan wakil-wakil dari Sabah dan Sarawak boleh menggunakan bahasa


Inggeris di dalam Parlimen dan mahkamah di kedua-dua negeri. Bahkan Bahasa
Inggeris juga boleh digunakan sehingga tarikh tersebut dalam kedua-dua buah Dewan
Undangan Negeri atau untuk tujuan rasmi yang lain.

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan selepas merdeka dengan


penggunaannya yang digunakan secara rasmi diperkukuhkan lagi dengan kewujudan
Akta Bahasa Kebangsaan ini membolehkan badan perundangan seperti Parlimen dan
Dewan Undangan Negeri secara automatik menekankan penggunaan bahasa Melayu
sebagai medium perbahasan di dalam Dewan. Ini boleh dirujuk di dalam Seksyen 5
dan Seksyen 6 mengiktiraf teks sahih undang-undang hendaklah diterima di dalam
bahasa Melayu. Peruntukan Perkara 161(1) membolehkan negeri Sabah dan Sarawak
menggunakan bahasa Inggeris dalam sebarang urusan termasuklah urusan rasmi
kerajaan negeri. Tempoh masa sepuluh tahun yang diberikan sebagai tempoh peralihan
daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu diterangkan di dalam Laporan
Suruhanjaya Perlembagaan Reid. Pada bulan Disember 1963, kerajaan negeri Sabah
juga telah membangkitkan isu mengenai surat-surat dari kerajaan Persekutuan kepada
Sabah yang ditulis di dalam bahasa Melayu dan ia menimbulkan kurang senang
Sabah.

Terdapat juga beberapa isu yang menjadi titik pertikaian berhubung status
penggunaan bahasa Melayu di dalam prosiding di Mahkamah di negeri Sarawak atau
Sabah ini. Antaranya pertikaian di dalam kes perundangan Wong Leh Yin v Public
Prosecutor18 di mana perayu membangkitkan bantahan kepada petisyen rayuan yang
dikemukakan pihak pendakwa raya di Mahkamah Tinggi Sibu atas alasan bahawa
petisyen tersebut di dalam Bahasa Malaysia adalah cacat dan patut dibatalkan.
Bantahannya berdasarkan Perkara 161(2)(b) Perlembagaan Persekutuan dalam Point
2C ’20 Point Malaysia Agreement’ yang memperuntukkan penggunaan Bahasa
Inggeris di Sarawak. Mahkamah memutuskan menolak rayuan dan menyatakan
penggunaan Bahasa Melayu tidak dilarang kerana ia juga adalah bahasa rasmi. Kes
perundangan di dalam Datuk Haji Mohammad Tufail Mahmud & Ors v. Dato’ Ting
Check Sii19 menarik untuk di bahaskan memandangkan isunya ia menyentuh secara
langsung persoalan sama ada peguambela dan peguamcara daripada Semenanjung

18 [2013]5 MLJ 820


19 [2009]4 CLJ 449
11

Malaysia boleh bertindak sebagai peguam di dalam kes rayuan yang didengar di
Putrajaya di mana kes itu bermula asalnya dari Mahkamah Tinggi Sabah atau di
Sarawak.

Mahkamah menyatakan bahawa hak untuk mengamalkan undang-undang ini


merupakan salah satu jaminan yang dijamin dibawah Annexure A di dalam Laporan
Inter-Governmental Committee. Kedudukan hak eksklusif bagi Majlis Peguam
Sarawak untuk beramal di dalam semua perkara di Sarawak akan terus diamalkan
selepas Hari Malaysia. Cadangan di dalam IGC, Suruhanjaya Cobbold dan Perjanjian
Malaysia sangat signifikan memandangkan tanpa wujudnya cadangan ini maka tidak
wujudlah Malaysia.20

3.2.3 Kuasa Imigresen Negeri Sabah dan Sarawak

Jadual Sembilan pula memperuntukan bahawa di dalam Senarai Persekutuan, hal


ehwal dalam negeri merangkumi urusan imigresen yang menjadi bidang kuasa
kerajaan Persekutuan. Walau pun begitu, perlindungan khas dan jaminan di bawah
peruntukan Perlembagaan Persekutuan bukan sahaja dapat dilihat di dalam
Perlindungan Tambahan bagi Negeri Sabah dan Sarawak namun ia juga boleh dilihat
daripada kuasa hal ehwal imigresen yang diberikan kepada negeri Sabah dan Sarawak.
Peruntukan Perkara 9(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukan setiap
warganegara tidak boleh dibuang negeri dari atau ditahan masuk ke Persekutuan.
Malahan Perkara 9(2) pula menyatakan setiap warga negara berhak untuk bergerak
dengan bebas di seluruh negara dan bermastautin di mana-mana negeri. Walau pun
begitu, peruntukan 9(1) dan 9(2) ini juga perlu dibaca bersama-sama dengan Perkara
9(3) yang menjelaskan pula negeri-negeri yang mempunyai kedudukan istimewa
seperti negeri Sabah dan negeri Sarawak boleh mengenakan sekatan imigresen
menghalang hak yang diberikan di bawah Perkara 9(2).

Menyorot sejarah kemasukan negeri Sabah dan negeri Sarawak ini pada tahun
1963, walau pun negeri-negeri Sabah dan Sarawak lebih besar berbanding
Persekutuan Tanah Melayu ketika itu dengan masing-masingnya 78,000 batu persegi
berbanding Tanah Melayu hanyalah 51,000 batu persegi namun jumlah penduduknya
pada tahun 1960, kurang satu perlima daripada jumlah penduduk Tanah Melayu. Dari

20 Datuk Haji Mohammad Tufail Mahmud & Ors v. Dato’ Ting Check Sii [2009]4 CLJ 457.
12

segi taburan penduduk mengikut pekerjaan, sejumlah besar terlibat dengan pertanian.
Kadar tanah yang digunakan dalam sistem penanaman tetap hanyalah 3 peratus.21

Wakil negeri Sabah di dalam Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) juga


menimbulkan kerisauan yang sama jika rakyat tidak bekerja di Tanah Melayu akan
mengambil peluang pekerjaan di negeri Sabah dengan datang ke sana. 22 Dengan sebab
itulah, mereka mencadangkan agar hak eksklusif imigresen negeri Sabah diberikan
kepada kerajaan negeri berbanding kepada kerajaan Persekutuan. Peruntukan khas ini
juga dilihat dapat menjadi penyelesaian masalah kemasukan negeri-negeri ini demi
memastikan kepentingan dan kedudukan pemimpin dan rakyat kedua-dua negeri ini
terjamin di dalam Malaysia.23 Jika diteliti apa yang dicadangkan di dalam Laporan
Jawatankuasa InterGovernmental Committee (IGC) juga di peringkat awalnya
berhubung hal ehwal imigresen hampir sama dengan apa yang dimasukkan ke dalam
Perlembagaan Persekutuan menunjukkan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
menyedari kepentingan memasukkan klausa ini.

Pada 21 Ogos 1963, Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak telah
membentangkan rang undang-undang Imigresen yang mengandungi pindaan terhadap
Ordinan Imigresen 1959 dengan menambah peruntukan berhubung dengan kemasukan
ke dalam negeri Sabah dan negeri Sarawak. Malahan Parlimen telah meluluskan Akta
Imigresen 1959/1963 pada 16 Spetember 1963 untuk melaksanakan peruntukan
Perkara 9(3) Perlembagaan Persekutuan ini. Perluasan Akta ini membolehkan kuasa
negeri Sabah dan negeri Sarawak di dalam mengenakan sekatan, membatalkan permit
dan pas masuk dan membatalkan taraf permastautin tetap yang diberikan kepada
seseorang dikuatkuasakan.24

Kuasa imigresen ini penting memandangkan wakil negeri-negeri Borneo ini


berhujah populasi mereka yang kecil dan masih terkebelakang perlu membolehkan
mereka melindungi kawasan mereka daripada orang luar ke dalam wilayah ini.

21 R.S Milne dan Diane K.Mauzy, Politik dan Kerajaan di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 1982, hlm. 58.
22 Nicholas Fung Ngit Chung, The Constitutional Position of Sabah, di dalam F.A. Trindade dan H.P
Lee, The Constitution of Malaysia Further Perspectives and Development, Oxford University Press,
1986, hlm. 98.
23 Malike Brahim dan Mokhtafizam Mokhtar, Kedudukan Kuasa Imigresen Sabah dan Sarawak:
Masihkan Relevan dalam konteks Politik Federalisme di Malaysia Masa kini?, Persidangan Undang-
undang Tuanky Ja’afar 2007, hlm, 85.
24 Ibid.
13

Perbincangan panjang di dalam beberapa siri jawatankuasa ini telah membolehkan


Perdana Menteri memberikan jaminan tiada migrasi yang akan berlaku ke dalam
wilayah negeri-negeri Sabah dan Sarawak ini. Malahan pindaan perlembagaan bagi
menjamin limitasi kuasa ini juga akan dibuat bagi mengurangkan kegusaran rakyat di
wilayah tersebut.

Kes penting yang melibatkan kuasa imigresen negeri Sabah ini dapat dilihat
dibincangkan di dalam penghakiman di dalam kes Pihak Berkuasa Negeri Sabah v.
Sugumar Balakrishnan & Another Appeal 65. Responden bukan penduduk negeri
Sabah dan merupakan seorang peguam telah bekerja dibawah permit kerja imigresen
dan telah beramal sebagai peguam sejak 1985 di sana. Walau bagaimana pun permit
kerja beliau telah ditamatkan atas alasan morality dan beliau diarahkan meninggalkan
negeri Sabah dalam tempoh 7 hari. Responden telah mencabar keputusan mahkamah
ini dan Mahkamah Persekutuan di dalam penghakimannya telah mengiktiraf bahawa
Bahagian VII (Peruntukan Khas bagi Malaysia Timur) berasal daripada Akta
Imigresen 1963 yang digubal selepas pembentukan Malaysia pada September 1963.

Bahagian VII di dalam Akta Imigresen ini juga mendapat pengiktirafan


Mahkamah apabila pada masa yang sama Mahkamah merujuk di dalam peruntukan
Perkara 9(3) yang berkaitan kedudukan khas Sabah dan Sarawak yang membenarkan
Parlimen mengubal undang-undang untuk membuat sekatan terhadap warganegara
yang ingin bergerak bebas. Perlembagaan Persekutuan membenarkan pindaan dibuat
ke atas Perlembagaan melalui undang-undang Persekutuan. Walau pun kelihatan
janggal Perlembagaan Persekutuan yang mempunyai undang-undang utama di dalam
Persekutuan berdasarkan Perkara 4(1) tetapi pada masa yang sama ia juga boleh
dipinda namun hakikatnya tujuan pindaan kadang kala adalah bagi menyesuaikan
dengan keadaan masyarakat ketika itu dan pada masa hadapan.25

3.2.4 Proses Borneosisasi Perkhidmatan Awam di negeri Sabah dan Sarawak

Di awal kepimpinan Donald Stephen sebagai Ketua Menteri Sabah, antara isu yang
dibangkitkan adalah perkhidmatan awam. Dengan pembentukan Malaysia, terdapat
lebih 630 jawatan pegawai British di Sabah dan di Sarawak, yang memegang jawatan
kanan dan penting di kedua-dua negeri tersebut. Walau bagaimanapun, jumlah rakyat

25 Loh Kooi Choon v Government of Malaysia [1977]2 MLJ 187


14

negeri Sabah dan Sarawak yang layak untuk mengisi kekosongan ini tidak
mencukupi.26 Malahan menurut Laporan Suruhanjaya Cobbold, pada tahun 1960
hanya 119 rakyat Sabah yang menyelesaikan pembelajaran diperingkat universiti atau
kolej teknikal dimana 115 daripadanya terdiri daripada berbangsa Cina. Hanya pada
tahun 1964, kumpulan pertama rakyat negeri Sabah dihantar ke luar negara bagi
program sarjana muda sebagai persiapan mengisi jawatan perkhidmatan awam di
Sabah.

Walau pun tindakan Stephen untuk proses Borneosisasi ini dilihat baik namun
sebaliknya kerajaan Persekutuan melalui Kuala Lumpur mahu mengisi jawatan
pegawai ini daripada Kuala Lumpur. Kerajaan Persekutuan menggunakan alasan
kekurangan pegawai yang layak dikalangan rakyat negeri Sabah dan dengan tujuan
perpaduan nasional maka dengan sebab itu cadangan pegawai dari Kuala Lumpur
perlu mengisinya. Perselisihan ini berada di kemuncaknya apabila Kuala Lumpur
dituduh cuba membelakangi proses Borneosisasi yang telah dirundingkan di dalam
Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC). Perenggan 27 di dalam Laporan
Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1962 ini berobjektifkan agar jawatan
perkhidmatan awam di negeri Sabah bakal diisi daripada anak-anak watan negeri
Sabah. Justeru, pindaan Perlembagaan Persekutuan perlulah dilakukan bagi
memastikan kelayakan pada masa ini yang berkuat kuasa di Sabah tidak akan
dinaikkan sehingga bilangan yang mencukupi calon yang mempunyai kelayakan yang
diperlukan boleh didapati.

Isu Borneosisasi perkhidmatan awam bukanlah perkara baru diperjuangkan


pemimpin-pemimpin negeri Sabah mahu pun negeri Sarawak. Kejayaan negeri
Sarawak mempunyai perkhidmatan awam yang ampuh tetapi keadaan yang sebaliknya
berlaku di negeri Sabah. Pengisian jawatan pegawai-pegawai kanan yang diambil alih
orang Melayu dari Semenanjung Malaysia berbanding kaum pribumi Sabah telah
menimbulkan perasaan kurang senang dikalangan rakyat negeri Sabah.27

Kes perundangan yang melibatkan proses Borneosisasi ini dapat dilihat dalam
kes Fung Fon Chen v. The Government of Malaysia & Anor 28. Plaintif pertama dan
26 Mohammad Agus Yusoff, The Politics Of Centre-State Conflict: The Sabah Experience Under The
Ruling Sabah Alliance (1963-1976), JEBAT 26, 1999, hlm. 5.
27 James Chin, Federal-East Malaysia Relations: Primus-Inter-Pares? di dalam buku Andrew Harding
dan James C, Malaysia: Federalism Revisited, Singapore, 2014, hlm. 156.
28 [2012]8 CLJ 706
15

plaintif kedua yang merupakan rakyat negeri Sabah telah mencabar kes ini. Plaintif
pertama merupakan salah seorang anggota polis Borneo Utara bermula 23 Ogos 1960
hingga 16 September 1963 sebelum beliau memilih memasuki Polis DiRaja Malaysia.
Beliau yang berjawatan Inspektor telah meletakkan jawatan setelah berkhidmat lebih
19 tahun. Mahkamah di dalam penghakiman kes ini menyatakan bahawa pelanggaran
perjanjian akan memberikan kesan kepada kehidupan anak negeri Sabah dan struktur
asas hubungan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri didalam pembentukan
Malaysia. Plaintif sebagai rakyat Sabah berhak menuntut haknya memandangkan
jaminan telah diberikan sebelum negeri Sabah menandatangani Perjanjian Malaysia.
Justeru, Mahkamah telah menolak permohonan Defendan bagi ‘strike out’ kes ini.

3.3 PENGARUH PARTI POLITIK

Parti politik dalam konteks Malaysia, telah memberi pengaruh yang kuat kepada
masyarakat majmuk dalam perkembangan amalan demokrasi. Ini dapat dilihat semasa
kerajaan kolonial Inggeris lagi, telah mewujudkan wakil-wakil kaum dan menerima
gabungan parti United Malays National Organisation (UMNO) dan Malaysian
Chinese Association (MCA) sebagai rakan rundingan bagi menyediakan
perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang bakal merdeka. Di samping itu,
pertumbuhan parti politik yang cenderung bergerak atas dasar perkauman dan
kedaerahan telah memperlihatkan parti-parti yang dominan di Malaysia seperti
UMNO, MCA, Malaysian Indian Congress(MIC), Democratic Action Party (DAP),
Parti Islam Se- Malaysia(PAS), Parti Pesaka Bumiputra Bersatu(PBB), Parti Bangsa
Dayak Sarawak (PBDS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS). 29 Dengan parti-parti yang
pelbagai ini telah mendapat sokongan daripada kaum masing-masing untuk terus
beroperasi manakala bagi parti yang bergerak di atas idealisme pelbagai kaum dan
tidak bersifat perkauman berakhir dengan kegagalan kerana tidak mendapat sambutan.
Oleh itu, perbezaan pendapat dalam parti politik ini telah menimbulkan masalah
dalam meningkatkan integriti nasional diantara kedaerahan seperti Semenanjung,
Sabah dan Sarawak.

Bagi masalah yang dihadapai dalam parti politik di Malaysia adalah dengan
mendapatkan sokongan ramai untuk membentuk satu kerajaan dalam parlimen. Ini

29 Nidzam Sulaiman, Pakatan dalam Politik Sarawak, Universiti Kebangsaan Malaysia : Bangi, 2006,
hlm. 21.
16

terlihat dalam gabungan politik ini memerlukan sokongan yang berbeza aliran
mendesak beberapa parti bergabung untuk membentuk kerajaan. Namun begitu,
apabila berlaku sesuatu krisis dalam mendapat kesepakatan politik sehingga memberi
masalah kepada kesepaduan dan integreti nasioanl telah menyebabkan berlakunya
pengubaran dalam gabungan politik. Contohnya, PAS umpamanya menyertai BN pada
tahun 1974 tetapi terkeluar daripada gabungan pada tahun 1977 apabila menghadapi
krisi kepimpinan politik Kelantan meletus manakala PBS juga menyertai gabungan
ini pada tahun 1986, tetapi bertindak kekuar pada tahun 1990.30

Tambahan pula, masalah yang dikenalpasti bagi mengwujudkan integrasi


nasional diantara Semenanjung, Sabah dan Sarawak disebabkan terdapat tindakan
manipulasi dalam politik sehingga memperlihatkan ketidakadilan dalam pentadbiran.
Hal ini kerana keadaan dalam memanipulasikan dalam politik ini terlihat dalam tujuan
sensai, dan kepentingan memancing undi dalam berpilihanraya. 31 Keadaan ini sering
kita lihat apabila menjelang pilihanraya berlaku manifesto yang semenangnya
merupakan satu janji yang dilontarkan oleh ahli politik untuk mendapat sokongan
ramai. Namun begitu, mereka sering mempergunakan parti-parti yang kurang
mendapat sokongan ramai seperti parti di Sabah dan Sarawak yang semenangnya
memiliki parti yang banyak. Oleh itu, tindakan tersebut telah memperlihatkan bahawa
tindakan manipulasi dalam politik yang disebabkan ketidakadilan bagi sesetengah
bahagian.

Bagi peningkatan masyarakat di Malaysia agak tidak seimbang diantara


Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Bagi masyarakat di Sabah dan Sawarak sedang
mengalami proses perubahan dan pemodenan meskipun demikian, pengenalan kepada
institusi sosial dan politik moden kesan daripada pembangunan tidak mengikis
sepenuhnya adat dan budaya tradisional masyarakat sabah dan Sarawak. Hak ini
demikian kerana, sebahagian daripada mereka mengalami pemodenana, namum
sebahagian besar daripada mereka masih berada di peringkat transisi, dan juga
sebahagianya yang masih lagi berada di tahap kais pagi makan pagi.

Di samping itu, bagi isu politik telah berkaitrapat dengan keputusan piliharaya
yang mana menunjukkan bahawa faktor-faktor perkauman dan keagamaan banyak

30 Ibid., hlm 22.


31 Firdaus Haji Abdullah, Ketidakadilan Akibat Manipulasi Politik, Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala
Lumpur, 1983, hlm 151.
17

mencorak politik di Malaysia. Ini dapat dilihat apabila keputusan pilihanraya 1985 dan
1986, Parti Bersatu Sabah (PBS) yang mana pendukung kuat kristian mendapat
sokongan padu komuniti Kadazan Kristian dan Kaum Cina manakala USNO
mendapat sokongan mojoriti komuniti Islam.32 Oleh itu, dikaitkan disini bahawa tidak
ada satu parti pun yang boleh mendakwa sebagai mewakili kepentingan mana-mana
kaum atau agama di Sabah. Hal ini kerana soal isu keagamaan di Sabah sering
mendapat terkenan dalam politik. Hal ini mempunyai kaitan dengan soal politik di
Semenanjung juga bahawa kadang kala perbezaan sentiment agama dijadikan isu
dalam pembahasan politik sehingga ia dapat dijadikan masalah utama dalam membina
integrasi nasional.

3.4 KEADAAN GEOGRAFI

Geografi merupakan satu perubahan pantas yang berkait secara langsung dengan
elemen ruang dan masa. Hal ini kerana segala perubahan yang berlaku dalam ruang
akan memberi impak langsung kepada perubahan masyarakat. Perubahan geografi ini
memberikan impak kepada masalah yang hadir dalam membentuk integriti
masyarakat di Malaysia khusnya diantara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
Hal ini demikian kerana dalam membina proses perkembangan dan pembangunan
masyarakat, faktor alam dan manusia menjadi asas kepada perhubungan tersebut
kerana sumber-sumber tersebut akan menyumbang kepada interaksi sesebuah
masyarakat.33 Sebagai contoh, Sarawak terdapat beberapa keadaan yang melahirkan
masalah pembangunan masyarakat di Sarawak yang mana menghadapi desakan hidup
sehingga mereka terus ditinggalkan kemajuan. Oleh itu, desakan hidup masyakarat
tersebut menyukarkan perhubungan intergrasi sesama masyarakat di Malaysia.

Selain itu, masalah terhasil kerana terdapat perbezaan diantara faktor geografi
seperti bentuk rupa bumi, kedudukan bukit, gunung, sungai dan lembah, jenis tanah-
tanih, telah memberi rintangan kepada kawasan pendalaman terutama bagi kawasan
Sabah dan Sarawak untuk membangun. Bagi kawasan di Malaysia ini terdapat
penyesuaian dan kependudukan yang berbeza. Di pesisir terdapat kawasan yang telah
dimajukan menjadi Bandar, pelabuhan dan juga tumpuan kegiatan berkaitan dengan
laut. Tanah di kawasan ulu pula bergunung dan berhutan tebal. Oleh itu, pembahagian

32 Ismail Yusoff, Politik dan Agama di Sabah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1997, hlm. 120.
33 Zainal Kling, Pembangunan Masyarakat di Sarawak: Masalah Alam dan Sosio-Budaya, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur , 1983, hlm. 35.
18

kawasan geografi yang dibahagikan kepada kawasan-kawasan telah menyebabkan


satu sempadan yang jelas untuk masyarakat berhubung dan bangun.

Disamping itu, masalah integrasi diantara Semenanjung dengan Sabah dan


Sarawak berkaitrapat dengan jurang sosial antara wilayah maju dengan yang mundur.
Ini dapat dilihat apabila berlaku ketidakseimbangan atau inisiatif kerajaan dalam
meningkatkan pembangunan di sesuatu kawasan atau negeri. Hal ini dibuktikan
apabila pembangunan di wilayah Sabah dan Sarawak masih dalam keadaan yang
lambat atau terkebelakang berbandingkan dengan kawasan di Semenanjug. Keadaan
ini telah membawa ketidakpuashatian kepada masyarakat di sesetengah kawasan
sehingga telah mendatang masalah dalam menghubungkan hubungan integrasi
diantara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

3.5 PENDIDIKAN

Masalah yang dapat dikenal pasti dalam membentuk dan memperkukhkan integrasi
nasional diantara Semenanjung dan Sabah, Sawarak adalah melalui pendidikan. Hal
ini demikian kerana setiap perkembangan insan dimulai dengan cara tunjuk ajar dan
didikan oleh ibu bapa pada peringkat awal yang membentuk indentiti sesorang. Ini
dapat dikaitkan kerana, perbezaan cara pendidikan diantara masyarakat Malaysia akan
memberi kesan kepada pembentukan sesebuah masyarakat. Namun begitu, cabaran
pendidikan yang dihadapi untuk mencapai perpaduan sukar kerana dari segi aspek
dalaman yang berbeza. Contohnya, perbezaan dalam bahasa, budaya, kepercayaan dan
keturunan membawa kepada pengaruh sikap dan nilai seseorang. Maka dari situ akan
mendapat hasil yang berbeza dalam setiap komuniti masyarakat di Malaysia sama ada
dari Semenanjung ataupun Sabah dan Sarawak yang semenangnya menjadi sukar oleh
kerajaan dalam membentuk dasar pendidikan di Malaysia.

Antara punca masalah yang dikenalpasti dalam membentuk intergrasi nasional


adalah keadaan-keadaan yang terdapat di sekolah-sekolah sama ada di desa atau
dibandar, memiliki kekurangan yang banyak dalam meningkatkan potensi para pelajar
untuk meningkat. Hal ini telah dibuktikan apabila satu tinjauan dilakukan oleh pihak
Kementerian Pelajaran khsusnya Jemaah Nazir Persekutuan Malaysia telah
menjalankan kajian di peringkat sekolah desa.34 Hal ini jelas menunjukan apabila

34 Amir Awang, Pendidikan di Desa: Teori dan Praktis, dalam buku Isu Ekonomi, sosial dan politik
Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1983, hlm. 96.
19

tinjauan yang dilakukan didapati memperolehi kelemahan seperti kekurangan


peralatan belajar, kekurangan tenaga pengajar, bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran amat tidak menyenangkan. Namun begitu, jika dibandingkan dengan
pembangunan persekolah di Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak,
mereka memperolehi tekanan yang lebih berganda tentang masalah ini. Hal ini dapat
dilihat bagaimana pembangunan prasarana di Sabah dan Sarawak jauh terbelakang
berbandingkan dengan Semenanjung Malaysia.

Sedia maklum dasar pendidikan Malaysia sudah banyak kali berubah demi
mendapatkan kata sepakat untuk membentuk perpaduan masyarakat. Hal ini adalah
disebabkan keadaan yang mendapat tentangan dari pelbagai kaum sebagai satu elemen
bangsa,kepercayaan, budaya dan bahasa yang kian menebal dalam kaum masing-
masing. Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan
pembangunan dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa
berikut, iaitu Zaman Pramerdeka (sebelum 1957), Zaman Pasca Merdeka (1957-
1970), Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Zaman Dasar Pembangunan Negara
(1991-2000) dan Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang).

Sistem Zaman Pra Merdeka (sebelum 1957), semasa pentadbiran British,


sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada empat aliran iaitu Sekolah
Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap sekolah
mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan kurikulum yang berbeza di antara satu
sama lain. Namun begitu, menjelang kemerdekaan timbul kesedaran untuk
mewujudkan satu sistem persekolahan, telah diwujudkan sistem persekolahan pada
masa itu dan menghasilkan Laporan Razak (1956) yang meletakkan asas bagi
perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem
Pelajaran Kebangsaan untuk semua. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi
semua sekolah. Namum begitu, bagi sistem pendidikan di Sabah, dasar kolonial telah
mengubah dan membawa masuk nilai-nilai Barat yang bertentangan dengan nilai-nilai
hidup masyarakat di sabah, khususnya orang Islam.35 Melalui dasar pelajaran Inggeris
yang menggalakkan perkembangan sekolah mubaligh kristian, secara tidak lansung
menyebabkan orang Islam Sabah tersisih daripada sisitem pendidikan moden yang
35 Ismail Yusoff, Politik dan Agama di Sabah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1997, hlm 75.
20

wujud dewasa itu. Oleh itu, sistem pendidikan di Sabah pada awalnya masih dalam
keadaan tidak seimbang telah meletakan curang perbezaan dari segi agama, budaya
dan adat.

Selain itu, pertikaian penetapan penggunaan bahasa rasmi Malaysia telah


menjadi isu walapun pada tahun 1957, sebuah perlembangan baru iaitu Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu telah dirangka dan dipersetujui. Perlembagaan tersebut
telah menetapkan bahawa bahasa melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi
negara dengan semakan semula 10 tahun selepas itu untuk mengkaji semula
kedudukan bahasa Inggeris dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
tunggal. Namun hasrat untuk merealisasikan usaha tersebut menerima kekangan-
kekangan yang besar sekaligus menganggu perpaduan dan integrasi nasional. Sebagai
contoh pada tahun 1966, kira-kira 1200 pertubuhan keturunan cina menjalankan
kempen mengutip tanda tangan menuntut supaya bahasa Cina dijadikan salah satu dari
bahasa rasmi negara. Oleh itu, telah timbul pertelingkahan yang menyebabkan retak-
retak perpecahan rakyat yang baru berlatih menjalinkan hubungan dan perpaduan
selepas era penjajahan sekaligus membantutkan usaha integrasi nasional.

Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa
Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) yang menggariskan cadangan
pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada tahun
1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan dengan
menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar dan bandar
di Malaysia. Seterusnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun
1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini
menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar
yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

3.6 MASALAH PERSEPSI

Komposisi etnik yang lebih pelbagai dan kompleks di Sarawak dan Sabah, berbanding
Semenanjung Malaysia, sudah pasti akan menimbulkan banyak salah faham jika
kurang pendedahan tentang aspek kehidupan masyarakat di negeri-negeri berkenaan.
21

Sarawak dan Sabah, terkenal dengan kepelbagaian etnik pribumi yang


sebilangan besarnya masih mengamalkan cara hidup tradisi mereka yang berkait rapat
dengan alam semulajadi. Malangnya, ia sering menimbulkan salah faham di kalangan
penduduk di Semenanjung Malaysia. Tidak dinafikan, masyarakat Sarawak dan Sabah
sering dilabel sebagai masyarakat yang masih tinggal di atas pokok, tinggal dalam
hutan, masih mengamalkan kegiatan memenggal kepala (di Sarawak), tidak berbaju
dan kurang bertamadun. Tidak kira sama ada pernyataan salah ini timbul kerana
kurang pendedahan ataupun ia memang sindiran dan gurauan yang sengaja dibuat,
namun apa yang pasti, kenyataan ini sudah tentu akan menyinggung setiap hati rakyat
Malaysia di Sarawak dan Sabah.

Terdapat juga sebilangan penduduk di semenanjung Malaysia yang tidak tahu


di mana letaknya Sarawak dan Sabah. Ada yang mengatakan Sarawak dan Sabah
terletak berdekatan dengan negara Thai. Ada yang tidak tahu bahawa Sarawak dan
Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia. Ada pula yang bertanya sama ada
Sarawak dan Sabah menggunakan matawang yang sama dengan Semenanjung
Malaysia. Ada pula yang mengenali Sarawak dan Sabah kerana hutan belantaranya.
Salah sangka sedemikian tidak seharusnya wujud, terutama setelah hampir 42 tahun
Malaysia ditubuhkan (semenjak 16 September 1963). Tambahan lagi dalam dunia
yang tiada sempadan ini, pengetahuan am seumpama ini seharusnya telah lama
dikuasai. Persepsi salah seumpama ini menyebabkan penduduk Sarawak dan Sabah
mempunyai tanggapan negatif terhadap penduduk Malaysia di Semenanjung
Malaysia. Ini sudah pasti akan menjarakkan jurang integrasi nasional antara
Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur.

Banyak pendedahan dan persoalan yang perlu dibuat dan diperjelaskan.


Kadangkala salah faham timbul di mana-mana saja. Oleh itu, ia harus segera
diperbetulkan bagi mengelakkan salah faham yang berlanjutan. Misalnya, kebanyakan
penduduk Sarawak dan Sabah masih terkeliru dengan tarikh hari kemerdekaan. Bagi
masyarakat semenanjung Malaysia, hari kemerdekaan ialah pada 31 Ogos 1957. Ia
berbeza sekali dengan masyarakat Sarawak dan Sabah yang hanya mengecapi erti
kemerdekaan pada 16 September 1963. Sebelum ini, hari kemerdekaan disambut
berasingan pada 31 Ogos dan 16 September, tetapi kebelakangan ini hari kemerdekaan
telah ditetapkan pada 31 Ogos setiap tahun. Ini menimbulkan kekeliruan kepada
22

penduduk Sarawak dan Sabah mengenai tarikh sebenar hari kemerdekaan bagi
Sarawak dan Sabah dalam Malaysia. Masih ada yang mempertikaikan hari
kemerdekaan Malaysia sepatutnya diletakkan pada 16 September 1963,
memandangkan ia adalah tarikh sebenar penubuhan Malaysia.

Selain itu, rakyat Malaysia juga kerap mendahulukan Sabah daripada Sarawak
ketika menyebut nama kedua-dua buah negeri ini. Sebutan 'Sabah dan Sarawak' ini
adalah salah kerana ia seolah-olah menggambarkan Sarawak adalah negeri yang
terletak paling jauh di penghujung Pulau Borneo. Selain itu, sebutan 'Sabah dan
Sarawak' juga menimbulkan konotasi disintegrasi sedangkan Sarawak terletak lebih
dekat dengan Semenanjung Malaysia, seolah-olah membuktikan Semenanjung
Malaysia lebih mementingkan Sabah daripada Sarawak. Oleh itu, sebutan 'Sabah dan
Sarawak' harus ditukar menjadi 'Sarawak dan Sabah'.

Masyarakat di Sarawak dan Sabah juga perlu sentiasa diperjelaskan tentang


peranan mereka di dalam Malaysia. Ini kerana sentiasa timbul desas-desus di kalangan
masyarakat Sarawak dan Sabah yang meminta untuk memainkan peranan yang lebih
besar di dalam negara tercinta ini. Jika urusan hubungan antara negara adalah hak
kerajaan pusat, paling tidak, Sarawak dan Sabah dibenarkan terlibat dengan lebih aktif
di dalam aktiviti yang bercorak kesukanan dan kebudayaan. Misalnya, dalam Sukan
Komanwel pada tahun 1998 di di Malaysia, tiada satu pun acara yang diadakan di
Sarawak dan Sabah. Bahkan, sebagai semangat menyahut kejayaan Malaysia menjadi
tuan rumah sukan ini, ramai penduduk Sarawak dan Sabah berkunjung ke
Semenanjung Malaysia semata-mata untuk menyaksikan sukan yang berprestij ini.
Begitu juga Sukan SEA yang telah beberapa kali berlangsung di Malaysia, tidak satu
pun acara yang diadakan di Sarawak dan Sabah.

3.7 MASALAH PEMBANGUNAN

Dari segi pembangunan pula, walaupun Sarawak dan Sabah telah banyak membangun
sejak merdeka, namun jika dibandingan dengan negeri-negeri di pantai barat dan
selatan semenanjung Malaysia, ternyata pembangunan Sarawak dan Sabah masih lagi
banyak ketinggalan walaupun mempunyai kekayaan sumber asli. Sekilas pandang,
perbezaan di antara Sarawak dan Sabah dengan Semenanjung Malaysia, sekiranya
23

tidak dibendung, mampu mencetuskan semangat kewilayahan yang mengancam


integrasi nasional.

Semenanjung merdeka enam tahun lebih awal daripada Sabah dan Sarawak
dan hal ini memberi implikasi dari segi tahap pembangunan dan wilayah terbabit. Dari
segi pembangunan, hal ini bermakna Sabah dan Sarawak berada sekurang-kurang
enam tahun di belakang Semenanjung. Masih banyak kawasan luar bandar dan
kampung di Sabah dan Sarawak yang masih belum mempunyai bekalan api dan air
bersih, serta jalan raya. Lebih daripada suku isi rumah tidak mempunyai bekalan
elektrik. Sebanyak 40% isi rumah di Sabah dan Sarawak tidak mempunyai akses
kepada air bersih yang dirawat berbanding 12% di Semenanjung.36

Bagi Sabah, pada 2009, umpamanya, keseluruhan kawasan luar bandar Sabah
yang memperoleh akses bekalan elektrik ialah 72.7 % dan jumlah ini hanya meningkat
sebanyak 2.0 % pada 2011, iaitu satu jumlah peningkatan yang amat perlahan
berbanding peratusan penerimaan bekalan elektrik di kawasan luar bandar di negeri
lain dalam Persekutuan Malaysia. Peruntukan sekurang-kurangnya RM740 juta diberi
kepada Sarawak bagi pembangunan infrastruktur daripada keseluruhan peruntukan
yang diterima Kementerian Kerja Raya di bawah Bajet 2013. Kementerian itu
diperuntukkan RM3.7 bilion untuk pelaksanaan projek tahun 2013 dan hampir
separuh daripadanya adalah untuk Sabah dan Sarawak. Sekurang-kurangnya 20
peratus daripada peruntukan masing-masingnya akan disalurkan ke Sarawak dan
Sabah.37

Banyak lagi yang perlu dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan masalah ini
dapat ditangani dengan berkesan dan agar rakyat luar bandar dapat merasai nikmat
kemerdekaan. Kita tidak boleh membiarkan masalah ini dan membiarkan jurang
antara bandar dan luar bandar dan antara rakyat Sabah dan Sarawak dengan
Semenanjung. Jalan yang becak dan berlumpur, kemudahan asas yang teruk sehingga
menyebabkan ada penduduk yang meninggal dunia kerana gagal mendapat perubatan
segera ekoran masalah jalan raya dan perhubungan. Kerajaan Pusat menyalurkan
36 Mujahid Abdullah, Pemimpin Sabah, Sarawak kecewa Pembangunan tak Seimbang, Terpinggir,
2016, https://sarawakvoice.com/2016/09/19/pemimpin-sabah-sarawak-kecewa-pembangunan-tak-
seimbang-terpinggir/, diakses pada 20/12/2018.
37 Ibid.
24

peruntukan yang lebih banyak melalui Kementerian Wilayah dan Luar Bandar.
Tujuannya adalah untuk memperbaiki prasarana dan kemudahan asas seperti bekalan
air dan elektrik dan jalan raya di Malaysia Timur, sekali gus merapatkan jurang antara
Malaysia Timur dengan Semenanjung Malaysia.

4.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya masih terdapat masalah-masalah yang timbul dalam membantu


meningkatkan perhubungan integrasi nasional di antara masyarakat di Malaysia. Ini
dapat dilihat dari segi perbezaan fahaman parti politik, sistem cara pendidikan,
perbezaan muka bentuk geografi dan sebagainya telah membawa satu jurang pemisah
diantara masyarakat Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Walaubagaimanapun,
terdapat usaha-usaha kerajaan dalam meningkatkan kerjasama dan nilai-nilai harmoni
antara penduduk Semenanjung Malaysia dengan penduduk di Sabah dan Sarawak.

Dalam proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yang mudah.
Hal ini dapat dilihat bahawa setiap kaum telah membawa hal masing-masing daripada
pelbagai sudut seperti sejarah,pendidikan, sosial, politik, ekonomi dan sebagainya
yang dikatakan kebanyakannya bersifat perkauman. Ia telah berakar umbi sejak
dahulu lagi sebelum, semasa dan selepas merdeka. Oleh itu, menjadi tanggungjawab
kita samaada sebagai seorang pemimpin, guru, pelajar, mahupun rakyat biasa untuk
sama-sama mengambil pengajaran dari sejarah yang pernah berlaku. Segala punca
masalah yang mengundang kepada perpecahan wajib dielakkan dan sentiasa berusaha
untuk mengukuhkan lagi perpaduan dan integrasi nasional yang telah menapak dibumi
Malaysia yang kita cintai ini.
25

5.0 RUJUKAN

Amir Awang. 1983. Pendidikan di Desa: Teori dan Praktis. Dalam buku Isu Ekonomi,
sosial dan politik Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Firdaus Haji Abdullah. 1983. Ketidakadilan Akibat Manipulasi Politik. Kuala


Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Yusoff. 1997. Politik dan Agama di Sabah. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.

James Chin. 2014. Federal-East Malaysia Relations: Primus-Inter-Pares?. Dalam


Andrew Harding dan James C, Malaysia: Federalism Revisited. Singapore.

Malike Brahim & Mokhtafizam Mokhtar. 2007. Kedudukan Kuasa Imigresen Sabah
dan Sarawak: Masihkan Relevan dalam konteks Politik Federalisme di
Malaysia Masa kini?. Persidangan Undang-undang Tuanku Ja’afar.

Mohd Nazim Ganti Shaari. 2014. Unconstitutional Constitutional Amendments?:


Exploring The 1973 Sabah Constitutional Amendment That Declared Islam
The
State Religion’. Kajian Malaysia, Vol. 32, No. 2. Penerbit Universiti Sains
Malaysia.

Mohd Noor Abdullah. 1979. Kemasukan Sabah Dan Sarawak Ke Dalam Persekutuan
Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Sarim Mustajab & G. Anantha Raman. 2003. Sabah Dalam Konteks
Pembinaan
Nasion Malaysia, Universiti Malaysia Sabah: Pusat Penataran Ilmu dan
Bahasa.
26

Mohammad Agus Yusoff. 1999. The Politics Of Centre-State Conflict: The Sabah
Experience Under The Ruling Sabah Alliance (1963-1976). UKM: JEBAT 26.

Mujahid Abdullah. 2016. Pemimpin Sabah, Sarawak kecewa Pembangunan tak


Seimbang, Terpinggir. https://sarawakvoice.com/2016/09/19/pemimpin-sabah-
sarawak-kecewa-pembangunan-tak-seimbang-terpinggir/, diakses pada
20/12/2018.

Nidzam Sulaiman. 2006. Pakatan dalam Politik Sarawak. Bangi: Universiti


Kebangsaan Malaysia.

Nicholas Fung Ngit Chung. 1986. The Constitutional Position of Sabah. Dalam F.A.
Trindade dan H.P Lee, The Constitution of Malaysia Further Perspectives and
Development, Oxford University Pres.

Novianti Muspiroh, 2013, Integrasi Nilai Islam Dalam Pembelajaran IPA, Jurnal
Kebijakan Pendidikan Vol. Xxviii No. 3.

Salleh Abas. 2003. Prinsip Perlembagaan & Pemerintahan di Malaysia. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Kedua.

R.S Milne dan Diane K.Mauzy. 1982. Politik dan Kerajaan di Malaysia, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abiding Bagir. 2010. Integrasi Imu Dan Agama. Bandung: Mizan Pustaka.

Zainal Kling. 1983. Pembangunan Masyarakat di Sarawak: Masalah Alam dan Sosio-
Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

You might also like