You are on page 1of 2

SMK [P] METHODIST, TENGKERA, MELAKA

PANITIA SEJARAH
SEJARAH TINGKATAN 4 TAHUN 2020

TUGASAN KUKURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

Pelaksanaan Kajian Kes


TEMA : PEMBINAAN BANGSA
STANDARAD KANDUNGAN:
ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA

Pernyataan Masalah: British Military Administration (BMA) atau Pentadbiran Tentera


British diisytiharkan di negara kita selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Selepas itu,
British melaksanakan pentadbiran Malayan Union di Tanah Melayu. Pelaksanaan Malayan
Union yang mencetuskan bantahan secara besar -besaran daripada penduduk tempatan
menyebabkan British menggantikannya dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Berdasarkan gambar tersebut, sediakan satu kajian kes tentang reaksi


orang Melayu terhadap Malayan Union dan bentangkan mengikut
format berikut:

Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek aspek berikut:

• Pendahuluaan
• Objektif
• Kaedah Kajian
• Hasil Dapatan
• Kesimpulan dan cadangan
• Lampiran
• Rujukan
SOALAN TUGASAN :

Cari maklumat-maklumat seperti berikut dalam pelaporan awak :


1. Latar belakang penubuhan Malayan Union 1946
2. Siapakah yang menentang Gagasan Malayan Union 1946?
3. Apakah reaksi penduduk tempatan tentang Gagasan Malayan Union 1946?
4. Sejauh manakah reaksi penduduk tempatan ini Berjaya menentang Gagasan
Malayan Union 1946?
5. Nilaikan iktibar yang diperolehi daripada reaksi penduduk tempatan terhadap
Gagasan Malayan Union 1946?
6. Rumusan/Kesimpulan meliputi aspek :
(a) Pengetahuan yang diperoleh daripada kajian awak
(b) Nilai-nilai dalam perjuangan menentang gagasan Malayan Union 1946
(c) Unsur patriotism daripada perjuangan penentangan gagasan Malayan Union
1946
(d) Harapan kepada bangsa dan negara dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara yang cemerlang

TUGASAN KAJIAN KES TAMAT

Disediakan oleh,

……………………………………………
(En. Haizul Anuar Bin Izadin)
Guru mata pelajaran Sejarah
4K3 & 4K6

You might also like