You are on page 1of 2

SULIT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN


Semester 1 Tahun 1
MALAYSIA DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA

NO.KOD : SJHK3023 TARIKH : 4 OKTOBER 2020


NAMA : AHMAD SAIFULLAH BIN MOHAMAD ZAMRI MASA : 30 minit

ARAHAN KEPADA CALON

Arahan : Jawap soalan tersebut

Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) adalah peraturan atas dasar


kemanusiaan dan menentukan batasan untuk menghadkan kesan-kesan konflik bersenjata.
UUKA melindungi mereka yang tidak terlibat, atau tidak lagi mengambil bahagian dalam
peperangan, dan menghadkan cara dan kaedah peperangan.

1. Senaraikan empat perjanjian UUKA yang paling dikenali dalam membentuk Undang-
undang Kemanusiaan Antarabangsa ?

(10 markah)
SULIT

1. Empat perjanjian UUKA yang paling dikenali dalam membentuk undang-undang


kemanusiaan antarabangsa ialah Konvensyen Geneva 1949. Ia terbahagi kepada
empat, iaitu

Konvensyen Geneva Pertama. Konvensyen ini ialah penambahbaikan terhadap keadaan


mereka yang cedera dan sakit dalam angkatan tentera di medan pertempuran (12 Ogos
1949) iaitu melindungi petempur yang cedera dan sakit, kakitangan yang merawat mereka,
bangunan tempat mereka diberi perlindungan dan peralatan yang digunakan untuk merawat
mereka. Mengawal dan menentukan penggunaan lambang Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah.

Konvensyen Geneva Kedua. Konvensyen ini ialah penambahbaikan terhadap keadaan


anak-anak kapal dari angkatan tentera yang cedera, sakit dan karam semasa pertempuran
di laut (12 Ogos 1949) iaitu memberi perlindungan kepada petempur-petempur yang terdiri
daripada anak-anak kapal yang karam dan mengawal serta menentukan sesuatu keadaan
yang membolehkan mereka dibantu.

Konvensyen Geneva Ketiga. Konvensyen ini merujuk kepada layanan yang diberikan
kepada tawanan perang (12 Ogos 1949) iaitu melindungi angkatan tentera yang ditawan
semasa perang. Menyediakan peraturan bagi tatacara layanan tawanan perang dan
mewujudkan hak dan tanggungjawab terhadap kuasa menawan mereka.

Konvensyen Geneva Keempat. Konvensyen ini berkaitan dengan perlindungan orang awam
semasa perang (12 Ogos, 1949) iaitu mewujudkan peraturan bagi melindungi masyarakat
awam, khususnya mereka yang mendiami di kawasan jajahan dan mereka yang dinafikan
kebebasannya.

You might also like