You are on page 1of 8

Esei I : Sumbangan tamadun Islam, China dan India dalam membentuk kecemerlangan

tamadun Malaysia dalam konteks kepercayaan, Pendidikan dan pentadbiran.

1.0 Pengenalan.
Perkataan ‘tamadun’ berasal daripada perkataan Arab dengan kata dasar ‘da-na’ yang
bererti punyai agama. Tambahan pula daripada kata ‘da-na’ ini pula muncul kata madanna
serta tamaddana yang bersatu bagi menzahirkan erti mengasaskan dan membina
kehidupan perbandaran dan kehalusan budi pekerti. Tambahan lagi dari perkataan
tamaddana itulah wujudlah perkataan tamadun[ CITATION Jel08 \l 1033 ]. Maka, secara
keseluruhannya perkataan tamadun atau tamadun dalam bahasa Melayu itu boleh
ditafsirkan dengan satu suasana kehidupan yang maju dari segi ilmu, material, budaya dan
kerohanian berlandaskan kepada nilai-nilai dan kepercayaan keagamaan yang berkiblatkan
wahyu al-Quran dan al-Hadith.

Tambahan lagi istilah terawal yang digunakan untuk menghuraikan tamadun secara
ilmiah dipelopori oleh Ibnu Khaldun iaitu pengasas ilmu ketamadunan pada kira-kira abad
ke-14. Beliau telah menggunakan istilah penting iaitu Umran dan Hadarah. Umran merujuk
kepada kawasan tanah atau rumah yang didiami serta segolongan penduduk yang menetap
dalam suasana yang subur dan makmur. Manakala hadarah ialah suatu daerah, kota,
bandar, kampung atau tanah yang diusahakan [ CITATION Ibn89 \l 17417 ]. Maka kita dapat
lihat bahawa maksud yang ingin beliau sampaikan adalah tamadun merupakan satu
kawasan penempatan yang diusahakan oleh sekelompok manusia dalam keadaan aman
damai dari segi pembangunan dan rohani.

Setiap tamadun mempunyai sifat, pencapaian serta keunikan yang tersendiri.


Sesebuah tamadun menerima pengaruh luar melalui interaksi dengan tamadun lain.
Interaksi berlaku di peringkat nilai, idea, institusi dan insan di sepanjang sejarah. Interaksi
ini melahirkan kesan positif dan negatif. Menurut [ CITATION Moh89 \l 1033 ] interaksi antara
tamadun yang terdapat di Asia seperti Tamadun Islam, Tamadun China dan Tamadun
India telah lama berlaku atas beberapa faktor dan tujuan tertentu. Melalui interaksi yang
dilakukan, tamadun-tamadun tersebut mengasimilasikan pelbagai aspek politik, ekonomi
dan sosial yang terdapat sesebuah tamadun ke dalam tamadun tersebut. Perkara tersebut
adalah penting bagi sesebuah tamadun ke arah meningkatkan tahap ketamadunan
tamadun tersebut sama ada dari segi lahiriah mahupun rohaniah.

1
2.0 Faktor Interaksi.

(Rajah 1.0 Faktor Interaksi antara Tamadun.)

Pelbagai punca berlakunya interaksi antaranya faktor kepimpinan. Kepimpinan amat


mempengaruhi hubungan antara tamadun. Sekiranya pemimpin sesebuah tamadun itu
bersikap adil dan tidak menyalahgunakan kuasanya ke arah kezaliman, kehidupan serta
hubungan rakyat akan berjalan dengan baik. Hal ini juga memberi kesan terhadap ekonomi,
politik dan pengaruh sosial terhadap sesebuah tamadun. Contohnya, hubungan antara
Andalusia dan Madinah kekal terjalin di atas kekuatan pimpinannya yang bijaksana serta
berpaksikan pemimpin yang unggul iaitu Rasulullah SAW[ CITATION Kha09 \l 17417 ]. Perkara
ini jelas menunjukkan dunia bahawa selain aspek pembangunan semata-mata,
kesejahteraan pimpinan perlu menjadi teras dalam memajukan sesebuah tamadun.

2
Selain itu faktor Faktor seterusnya yang mempengaruhi interaksi antara kepelbagaian
tamadun di Asia ialah faktor keagamaan[ CITATION Mun04 \l 1033 ]. Hal ini demikian kerana,
kebanyakan agama yang wujud di dunia kecuali Yahudi dan Shinto, berusaha sedaya
upaya bagi memperluaskan agama yang terdapat dalam tamadun mereka, ini akan
membuatkan penganut agama tersebut meningkat. Dalam hal ini, golongan agama adalah
individu yang memainkan peranan yang utama dalam penyebaran agama. Golongan agama
sebagai penentu kepada kehidupan beragama secara harmoni di mana kerangka hidup
bersama-sama insan yang mempunyai agama yang berbeza diterapkan. Berdasarkan
pernyataan tersebut, para agamawan yang terdapat dalam sesebuah tamadun akan
menghebahkan agama tamadun mereka kepada tamadun yang lain agar agama tamadun
tersebut berkekalan di merata dunia. Dalam konteks Tamadun Islam, golongan agama
merupakan para ulama tetapi dalam konteks Tamadun India yang berteras kepada agama
Hindu, minoriti kasta Brahmin menjadi tunggak kepada agama. Sebagai contoh, interaksi
antara Tamadun India dan China berlaku disebabkan oleh aktiviti penyebaran agama Hindu.
Keadaan tersebut telah mengakibatkan agama Hindu yang berasal daripada Tamadun India
bertapak kukuh dalam Tamadun China. Deduksinya, faktor keagamaan merupakan salah
satu faktor yang mempengaruhi interaksi antara kepelbagaian tamadun di Asia seperti
mana yang berlaku antara Tamadun India dan Tamadun China.

3.0 Sumbangan tamadun dari Aspek Kepercayaan.

Sumbangan yang paling besar diberikan oleh tamadun islam ialah dari segi agama atau
kepercayaan. Hal ini dibuktikan dengan jumlah bilangan penganutnya di Malaysia. Selain
itu, Islam juga menyediakan undang-undang dan peraturan hidup manusia untuk menunjuk
ajar dan memberi kaedah yang jelas kepada asas pembinaan tamadun. Malaysia
menjadikan agama Islam sebagai agama persekutuan, maka sumbangan dari segi
kepercayaan sangat jelas. Dengan adanya agama Islam perjalanan hidup majoriti rakyat
Malaysia yang terutama bangsa Melayu berubah dengan mengikut hukum hakam
berlandaskan Al-Quran dan Hadis.

Seterusnya kita beralih kepada Tamadun China, Kerajaan Srivijaya pada abad ke 7-11
Masihi merupakan pusat pengajian agama Buddha. Kehidupan masyarakat Malaysia yang
terdiri daripada pelbagai kaum boleh hidup secara aman damai dan mampu bertolak ansur
antara satu sama lain merupakan sebahagian daripada amalan Falsafah Confusianisme

3
yang merupakan kerpercayaan masyarakat di China. Terdapat beberapa konsep yang
diterapkan dalam amalan ini ini antaranya ialah ‘ren’, ‘li’ dan ‘jen’ yang mana semua konsep
ini secara umumnya memberi fokus terhadap tingkah laku yang baik[ CITATION Saz07 \l 17417
]. Menurut ajaran ini juga, kesempurnaan diri itu datang dengan usaha tersendiri dan tidak
dipengaruhi unsur-unsur ghaib. Ajaran ini telah mendorong masyarakat secara langsung
untuk bertolak ansur antara satu sama lain yang mana mampu mewujudkan kehidupan
masyarakat Malaysia yang harmoni dan aman damai.

Agama hindu adalah agama yang paling awal datang ke Tanah Melayu kira-kira abad 1
masihi disebabkan pemerintahan Kerajaan Funan yang berkait rapat dengan Tamadun
India[ CITATION Ahm08 \l 1033 ]. Agama di tamadun India boleh diklasifikasikan kepada
beberapa jenis iaitu Hindu, Buddha, Jaina dan Sikh. Tamadun India telah meninggalkan
pengaruh yang besar dalam hal agama kepada Malaysia melalui penyebaran agama Hindu
dan Buddha yang meluas. Penganut agama Hindu serta Buddha di Malaysia ini telah wujud
pada awal kurun pertama masihi. Mereka mengamalkan upacara keagamaan dan
mempercayai karma seperti yang dinyatakan dalam agama Hindu dan Buddha di tamadun
India. Contohnya dapat kita lihat setiap tahun di Malaysia wujudnya sambutan Deepavali,
Hari Wesak dan Thaipusam. Batu Cave merupakan lokasi yang wajib bagi penganut Hindu
apabila tiba perayaan Deepavali.

4.0 Sumbangan tamadun dari aspek Pendidikan.

Tamadun Islam sangat terkenal dengan pemula perkembangan pendidikan di belah


timur semasa barat dalam keadaan zaman gelap. Oleh itu Selain itu, sistem pendidikan
Malaysia telah dipengaruhi oleh tamadun Islam melalui penubuhan sistem pendidikan
pondok. Kewujudan sistem pondok ini dikatakan muncul dari Pasai dan Aceh kemudian
dibawa masuk ke Malaysia melalui Patani. Sistem pendidikan pondok merupakan proses
pendidikan secara tidak formal dan tidak mengandungi sebarang kurikulum yang tetap dan
mengikut piawaian. Perkembangan sistem pendidikan pondok telah dimajukan hingga kini
yang bertujuan untuk melahirkan ramai penghafalan al-Quran, doktor hafiz, arkitek islamik
dan seumpamanya[ CITATION Abd051 \l 17417 ]. Perkembangan sistem sekolah pondok ini
berkembang sehingga wujudnya sekolah-sekolah agama serta kolej Islam dan beberapa
buah universiti. Misalnya wujudnya Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan
Sekolah Menengah Ugama (SMU).

4
Selain itu, Tamadun China amat mementingkan aspek pendidikan sebagai kekuatan
untuk membangunkan sesebuah negara dan bangsa. Pendidikan di China tertumpu untuk
melahirkan masyarakatnya yang mempunyai kemahiran ilmu yang tinggi serta peribadi yang
mulia. Buktinya ialah, universiti sudah wujud pada pemerintahan Dinasti Tang[ CITATION
Fat16 \l 1033 ]. Tambahan pula tamadun China telah menjadi asbab kepada wujudnya
Sistem Peperiksaan Awam (SPA). Tujuan SPA ini adalah untuk memilih individu yang bijak
untuk membantu dalam pentadbiran negara. Begitu juga dengan negara Malaysia, setiap
pemerintah dan ahli pentadbiran negara mestilah mempunyai daya intelek yang tinggi dan
berkemahiran dalam pelbagai aspek. Hal ini penting kerana pemimpin yang pemikiran
matang dapat mengawal pentadbiran negara dengan baik.

Selain itu, pengaruh Hindu yang datang dari tamadun India telah mempengaruhi sistem
pendidikan serta kesusasteraan di Malaysia. Pengaruhnya boleh dilihat dalam konteks
penggunaan bahasa Melayu pada zaman empayar Srivijaya. Batu bersurat yang dijumpai di
sekitar Palembang, Talang Tuwo dan di Pulau Bangka menunjukkan bukti Bahasa Melayu
mempunyai campuran bersama bahasa[ CITATION Azh04 \l 1033 ]. Malaysia juga dilihat
memperkasakan bidang ilmu Sains dan Matematik yang mana merupakan ilmu yang
mendapat tempat dalam tamadun India. Sistem persekolahan Malaysia melalui kewujudan
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) telah mengekalkan bahasa Hindu(tamil) diajar dan
mendapat penekanan dalam silibus pendidikan di Malaysia.

5.0 Sumbangan Tamadun dari aspek Pentadbiran.

Tamadun Islam merupakan penyumbang terbesar aspek pentadbiran kepada negara


Malaysia. Seperti yang kita tahu negara Malaysia sememangnya berasaskan sistem
pentadbiran yang bercorakkan Islam. Buktinya, ialah pentadbiran Malaysia kini adalah
berdasarkan sistem pemerintahan dan organisasi pentadbiran di Tanah Melayu.
Pemerintahan pada era Kesultanan Melayu Melaka merupakan pengurusan dan
pentadbiran Islam yang pertama di Malaysia. Malaysia masih mengekalkan panggilan
Sultan yang menukarkan gelaran Raja sebelum kedatangan tamadun Islam. Tambahan lagi
seperti yang sedia maklum ketua negara kita dipegang oleh Agong iaitu ketua agama Islam.

5
Seterusnya kita beralih kepada tamadun yang menekan humanisme dan moralisme iaitu
Tamadun China. Hal ini menjurus kepada pemerintah perlu menjaga keamanan dan
kebajikan masyarakat tanpa berlaku zalim. Contohnya, Maharaja Hongwu dari Dinasti Ming
telah berjaya mendapatkan kembali China daripada penguasaan orang Mongol [ CITATION
Gha01 \l 1033 ]. Maka ini jelas menunjukkan dedikasi seseorang pemerintah kepada negara
di mana bertepatan dengan ajaran mereka. Sikap ini telah menjadi panduan kepada
pemerintahan Malaysia iaitu Perdana Menteri perlu menjaga keamanan dan menjalinkan
hubungan diplomatik untuk mengelakkan berlakunya sesuatu yang menggugat keamanan
negara.

Di samping itu pentadbiran di Malaysia juga mempunyai unsur pengaruh tamadun India.
Konsep Devaraja yang diamalkan oleh tamadun India diaplikasikan di Malaysia melalui
kewujudan institiusi beraja yang mana raja dianggap sebagai orang yang mempunyai
kedudukan yang tertinggi dalam lapisan masyarakat[ CITATION Azh04 \l 1033 ]. Pengaruh
daripada tamadun India mengenai konsep devaraja ini sememangnya jelas memberi impak
kepada tamadun Malaysia. Sebelum kedatangan agama Islam, masyarakat menggunakan
gelaran raja yang kemudian ditukar kepada sultan. Konsep raja juga berkait rapat dengan
konsep daulat dan derhaka. Alat- alat kebesaran juga mempunyai unsur daripada India
seperti cap mohor, tombak dan perhiasan warna kuning yang masih diamalkan hingga kini.

6.0 Penutup.

Kesimpulannya, dari paparan di atas, jelaslah bahawa pengaruh tamadun di atas


merupakan penyumbang utama dalam pembentukan asas negara Malaysia yang
merangkumi pelbagai bangsa dan agama serta telah memberi kesan yang besar dan
meluas dalam kehidupan masyarakatnya. Sehingga dengan itu telah berjaya
merealisasikan apa yang terbaik bagi menjamin negara yang maju. Sehubungan itu
interaksi antara tamadun sangat penting bagi menjamin kestabilan dari pelbagai aspek
seperti kepercayaan, pendidikan dan pentadbiran. Keadaan tersebut berlaku dalam
pelbagai aspek kehidupan rakyat Malaysia baik di kalangan individu, keluarga, masyarakat
atau negara.

6
Rujukan.

Abdullah Ishak. (1992). Islam Di Nusantara (Khususnya Di Tanah Melayu). Kuala


Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.
Abdullah Muhammad Zin. (2005). Pendidikan Islam di Malaysia: Dari Pondok ke
Universiti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Akip, F. (2016). Keagungan tamadun China . Pustaka Kelisa.
Ghazali Darusalam. (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara. Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Halimi, A. J. (2008). Sejarah dan tamadun bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan
Publications.
Halimi, J. (2008). Sejarah dan tamadun bangsa Melayu. Cheras: Utusan Publications.
Ibn Khaldun, . (1989). The Muqaddimah: An Introduction to History (Jld. III). (N.
Dawood, Ed., & F. Rosenthal, Penterjemah) United States, America: Princeton
University Press.
Khalif Muammar. (2009). Faktor Kegemilangan Tamadun Islam: Pengajaran dari Masa
Lalu. Jurnal Hadhari, 15-31.
Mohd, A. (2004). Tamadun India. Dewan Bahasa dan Pustaka .
Munif Zarirruddin. (2004). Modul Tamadun Islam dan Tamadun Asia I. Sintok: Universiti
Utara Malaysia.
Sazelin Arif et al. (2007). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Shah Alam, Selangor
Darul Ehsan: McGraw Hill.
Shafie, M. M. (1989). Sejarah Islam abad pertama. Batu Cave : Nurin Enterprise.
Tylor, E. B. (2016). Primitive Culture, Volume 1. London: Courier Dover Publications.

7
8

You might also like