You are on page 1of 2

SULIT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


Semester 2

PEPERIKSAAN BAWA PULANG: JUN 2020

KAMPUS : DARULAMAN

ANGKA GILIRAN :

KOD KURSUS : SJH1044


KURSUS : PEMBINAAN NEGARA BANGSA
MASA : 10 JAM
JUMLAH MARKAH : 100

ARAHAN KEPADA CALON


1. Buku soalan ini mengandungi TIGA soalan esei, jawab semua soalan:
Soalan esei 1 : (30 markah)
Soalan esei 2 : (30 markah)
Soalan esei 3 : (40 markah)

2. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Word menggunakan
font Arial 12, serta langkau 1.5 baris. Setiap jawapan hendaklah dilabelkan dengan
nombor angka giliran di sebelah kiri header dan kod kertas peperiksaan di sebelah
kanan header.

3. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi


peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

4. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan agar tidak
berbincang dan meniru jawapan calon-calon lain.

5. Calon yang GAGAL menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah dikira
telah gagal peperiksaan berkenaan.

BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 2 HALAMAN BERCETAK

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


SULIT SJH1044

BAHAGIAN A

(100 markah )

Jawab semua soalan.

1.
Orang-orang Melayu di Malaya mulai tahu menulis dan membaca bahasa Melayu
yang bertulis ‘Rumi’ apabila dalam tahun 1904 setelah dibentuk Panitia untuk memilih
tulisan Jawi bagi bahasa Melayu (Berita Harian, 21 April 1963).

Berikan hujah kepentingan bahasa Melayu sebagai medium penyatuan negara bangsa
Malaysia.

[600 patah perkataan: 30 markah]

2.
Terdapat tiga kumpulan yang menolak gagasan kebudayaan kebangsaan. Pertama
adalah kumpulan bukan bumiputera, kedua kumpulan bumiputera bukan Islam dan
ketiga kumpulan bumiputera Islam radikal. Rata-rata mereka telah menolak konsep
kebudayaan kebangsaan itu kerana unsur bumiputera based dan bumiputera defines
national identity yang tebal. Sebaliknya mereka menuntut pembinaan identiti nasional
mestiah berteraskan identiti pelbagai kaum selari dengan realiti masyarakat pelbagai
kaum di negara ini (Shamsul Amri, 1996; Kahn dan Lok, 1992).

Bincangkan cabaran pemerintah dalam menangani masalah identiti bagi


memperkukuhkan negara bangsa Malaysia.

[600 patah perkataan: 30 markah]

3.
Perkembangan ekonomi kapitalis berasaskan ideologi globalisasi neoliberal
menekankan kuasa pemodal dan kepenggunaan (consumerism). Dalam hal ini, ia
memberi ruang dan peluang kepada kuasa-kuasa ekonomi dunia meneruskan agenda
neokolonialisme dalam bentuk sektor perkhidmatan dan digital teknologi malah
mempromosi produk intelektual yang mampu menggugat keutuhan negara bangsa
Malaysia

Bahaskan pernyataan di atas.


[600 patah perkataan: 40 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2 SULIT

You might also like