You are on page 1of 9

Protokol dan Etiket Sosial

Walaupun tugas anda hanya sebagai pengacara...sebaik-baiknya anda juga perlu memahami
dan mengetahui tentang protokol dan etiket majlis supaya memudahkan tugasan anda
sebagai pengacara. Di bawah ini saya kongsikan sedikit tatacara protokol dan etikel majlis.

Protokol mempunyai 2 prinsip utama. Yang pertama, VIP kebiasaannya akan selalu lewat
sampai, dan mereka lah yang akan paling awal meninggalkan majlis. Kedua, susun atur
kedudukan mereka ini adalah mengikut seniority, bermaksud mengikut pangkat seseorang
VIP itu. Perkara ini boleh di lihat di mana-mana majlis rasmi di seluruh negara. Apakah yang
dimaksudkan dengan majlis rasmi? Ianya bermaksud majlis yang menggunakan wang
kerajaan. Sebagai contoh, majlis-majlis rasmi kerajaan seperti Anugerah Khidmat
Cemerlang, Anugerah Tokoh Maal Hijrah, Majlis Konvokesyen dan sebagainya. Yang
menentukan tinggi rendahnya sesebuah protokol itu ialah melalui formality nya. Ianya
bermaksud protokol tersebut mestilah mempunyai VIP, Aturcara, serta beberapa protokol
tertentu seperti tempat duduk, karpet merah dan sebagainya.

ELEMEN BERPAKAIAN
1. Ketika menghadiri sesuatu majlis rasmi, sebolehnya elakkan daripada memakai pakaian
yang berwarna seperti Oren, merah, serta hijau terutamanya di siang hari (bagi lelaki). Ini
kerana pakaian tersebut tidak dianggap sesuai ketika berada di majlis rasmi atas sebab
faktor warna baju tersebut yang dianggap terlalu cerah. Bagi aksesori pula, seeloknya
memakai sebanyak 3 jenis aksesori (lelaki) serta 4 jenis aksesori (wanita).
2. Bagi lelaki, aksesori yang perlu ada termasuklah cincin (pakai di jari tangan kanan), jam
tangan (pakai di tangan kiri) serta pen (diletakkan di dalam poket blazer anda). Pen tersebut
sebolehnya yang berjenama, yang boleh menampakkan ketrampilan diri anda ketika
berjumpa dengan pelbagai jenis VIP ketika di dalam majlis rasmi. Anda tentu tidak mahu
menggunakan pen berjenama sekolah, atau yang murah harganya ketika mencatitkan
sesuatu di hadapan mereka! Bagi wanita pula, seeloknya memakai cincin dijari tangan kiri
(bagi yang sudah berkahwin), jam tangan (belah kiri), gelang tangan, serta brudge tudung
(maksimum 2 sahaja). Ini dianggap aksesori paling sesuai yang perlu anda pakai ketika
menghadiri majlis rasmi. Bagi penggunaan beg tangan pula, penggunaanya adalah berbeza
bergantung kepada situasi samaada anda menggunakannya untuk kegunaan harian, atau
majlis rasmi.

3. Mengikut adab serta etiket yang sebetulnya, penggunaan beg tangan (khususnya wanita)
haruslah mengikut kesesuaian majlis. Jika anda menghadiri majlis rasmi seperti seminar,
kursus, dan jamuan di siang hari, seeloknya memakai beg tangan yang bertali panjang,
berukuran 12-15 inci dan bersaiz sederhana atau kecil. Ini dapat memudahkan anda untuk
meletakkan beg tersebut di tempat duduk anda kerana saiznya yang tidak terlalu besar serta
mudah dibawa kerana talinya yang agak panjang. Manakala bagi majlis rasmi terutamanya
ketika menghadiri jamuan makan malam, saiz beg tangan yang seeloknya ialah bersaiz 8-10
inci, lebih kecil dan pendek berbanding ketika menghadiri majlis rasmi di siang hari.
4. Persoalannya di sini, di manakah tempat yang sesuai untuk anda meletakkan beg tangan
tersebut? Salah satu caranya ialah dengan meletakkan beg tersebut di sebelah kanan meja
anda (bagi majlis rasmi siang hari) atau di belakang tempat duduk anda. Jangan sesekali
meletakkan beg tersebut di atas meja anda kerana ianya akan mencacatkan pemandangan
serta memberi imej yang buruk kepada anda! Cara yang lain pula ialah dengan
menggunakan handbag holder, iaitu sejenis cangkuk yang direka khas untuk menggantung
beg tangan anda ketika menghadiri majlis rasmi. Ini serba sedikit dapat menyembunyikan
beg tangan anda dan ianya selamat kerana anda boleh meletakkan nya bersebelahan
dengan tempat duduk anda.

PRINSIP PENGENALAN DIRI
1. Salah satu tujuan kita menghadiri majlis rasmi adalah untuk menambah networking, atau
rakan kenalan. Sebagai contoh, kita tentunya mempunyai ramai kenalan baru apabila
menghadiri seminar atau kursus dari pelbagai jenis agensi. Di dalam prinsip pengenalan diri
juga, terdapat beberapa etiket serta protokol yang perlu diketahui agar ianya tidak
merosakkan majlis serta memalukan diri sendiri. Individu yang kurang kuasanya, haruslah
diperkenalkan kepada orang yang lebih berkuasa. Sebagai contoh, seorang guru besar
diperkenalkan kepada Pengarah Kementerian Pelajaran. Bukannya Pengarah ini yang
memperkenalkan dirinya kepada guru besar tersebut! Dan seeloknya apabila sudah
diperkenalkan, seeloknya individu yang lebih berkuasa ini menghulurkan tangan untuk
bersalam terlebih dahulu.
2. Bercakap mengenai salam, terdpat beberapa jenis salam yang mungkin kita terlepas
pandang penggunaanya ketika berada di majlis rasmi. Antaranya:

Salam bersentuhan bahu bermaksud berjumpa rakan lama
Salam Touch N Go tidak berapa hendak salam
Salam cepat tarik bermaksud tergesa-gesa
Salam berpeluh bermaksud gugup/kurang bersedia
Salam yang erat (peluk bahu 3 kali) dan mesra Salam yang sebaik-baiknya.



3. Menjadi lumrah apabila menghadiri majlis rasmi, kita memang akan sentiasa berbual
dengan sesiapa sahaja. Namun, harus diingat bahawa setiap jenis perbualan haruslah
mengambil kira sensiviti pelbagai pihak, terutamanya individu yang baru dikenali. Ianya
seharusnya tidak mengaibkan orang lain, dengan menabur fitnah atau mencaci cerca orang
lain. tempoh masa antara 2-5 minit adalah tempoh yang dianggap sesuai untuk berbual
tentang sesuatu topik.


4. Banyak lagi wadah yang ingin saya ceritakan kepada anda mengenai protokol dan etiket
sosial ini, yang pada pendapat saya banyak membantu kita ketika tentang adab dan tatacara
yang sebetulnya ketika menghadiri pelbagai majlis rasmi. Pada bahagian kedua siri ini nanti,
saya akan menyambung topik yang dianggap penting terutamanya kepada pengacara majlis,
iaitu tentang peranan mereka ketika mengemudi sesebuah majlis, serta imej diri yang perlu
ada pada anda ketika berada di dalam majlis rasmi.
















1. Teks Pengacara Majlis Penutup Kursus Kepimpinan Asrama
Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Yang Berusaha Tuan Penolong Penagarah Pusat Kokurikulum,
Yang Berusaha Puan Sharifah Suharny bt. Syed Syeh, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK
Sultanah Bahiyah.
Barisan Fasilitator, guru-guru pengiring dan seterusnya rakan-rakan peserta Kem
Kepimpinan Pelajar yang dikasihi.
Assalammualaikum wbh dan saalam sejahtera.
Alhamdulillah. Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana program Kepimpinan Pelajar kita
telah pun sampai ke penghujung. Pastinya pada detik ini pelbagai perasaan berbaur-baur
dalam sanubari masing-masing. Dan segala yang berbaur itu menjadi satu pengajaran dan
kenangan yang akan terua dikenang selamanya dalai lipatan sejarah.
Tuan-tuan dan puan-puan, sidang hadirin yang dimuliakan;
Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Khairuddin bin Zainon
Untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
(Selesai bacaan doa)
Amin ya rabulalamin.
Sepanjang 4 hari 3 malam di sini, pelbagai pendedahan aktiviti telah kami lakukan
bersama. Banyakpengalaman yang kami peroleh. Untuk mendengar secara lebih
menyeluruh rentetan pengalaman dan perasaan sepanjang kami di sini, dipersilakan dengan
segala hormatnya Yang Berusaha Tuan Kem Komandan untuk menyampaikan
ucapan.Dipersilakan.
Demikian tadi ucapan dan sedikit luahan pengalaman sepanjang kami di sini. Majlis
merakamkan ucpan terima kasih.


Tuan-tuan dan puan-puan,
Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.
Terbang di awan burung jentayu,
Batu diangkat bunyi meletup;;
Kata azimat kami merayu,
Sebagai ucapan kata penutup.
Majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Tuan Penolong Pengarah Pusat
Kokurikum untuk memberi ucapan dan seterusnya merasmikan penutupan Kursus
Kepimpinan Pelajar anjuran Bersama SM Sains ubang Pasu dan SMK Sultanah Bahiyah dari
20 23 April 2011. Dipersilakan.
Terima kasih atas ucapan perasmian sebentar tadi.
Sekali lagi majlis menjemput dan mempersilakan Tuan ..
diiringi PK HEM SMK Sultanah Bahiyah dan PK Koourikulum SM Sains Kubang Pasu untuk
menyampaikan hadiah dan sij-sijil penghargaan kepada para pemenang. Dipersilakan.
Kategori .Nama / Kumpulan :
Kategori .Nama / Kumpulan :
Kategori Nama / Kumpulan :
Kategori Nama / Kumpulan :
Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Tuan-tuan dan puan-puan;
Banyak keluk ke penarik
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Dipersilakan tuan-tuan dan puan-puan serta para peserta untuk menikmati makan tengahari
sebelum bersurai.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Sekian, terima kasih.
2.
Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir, Tuan Pengarah
Kolej Vokasional Juasseh, PPD , tetamu-tetamu kehormat, tuan-tuan dan puan- puan,
hadirin dan hadirat serta pelajar tahun 1 kolej yang bakal mendaftar pada hari ini. Selamat
datang kami ucapkan.
Assalamualaikum dan salam 1 malaysia.
1.Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir
2. Yang berusaha Timbalan Pengarah Sokongan Akademik kolej ,Pn Hjh Zaidah Binti
Danial,
3. Yang berusaha Ketua Jaminan Kualiti Kolej, Pn Hjh Rusnawati Binti Hj Juda,
4. Yang berusaha NYDP PIBG KVJ , Tn Hj Ropie bin hj zainudin,
5. Ahli ahli Jawatankuasa Pelaksana majlis pendaftaran tahun 1 Kolej Vokasional
Juasseh
6. Para Pensyarah kolej Vokasional Juasseh
7. Pelajar tahun 1 Kolej berserta penjaga dan keluarga serta
8. Tuan-tuan dan puan-puan yang di rahmati sekelian

Kata alu-aluan
Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di pohon kayu
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah adat pusaka Melayu
Alhamdulillah, bersyukur kita terhadap Allah swt atas limpah kurniaNya diberi kekuatan
kepada kita untuk bersama-sama berkumpul dalam majlis yang berbahagia ini bagi
menyempurnakan majlis pendaftaran pelajar tahun 1 Kolej Vokasional Juasseh bagi tahun
2014. Terlebih dahulu pihak majlis ingin mengucap kan selamat datang pelajar semester 1
tahun 1 pra diploma vokasional malaysia sesi 2014-2017 kolej vokasional juasseh dan juga
kepada hadirin dan hadirat yang dirahmati sekelian.
Pergi berhuma di Tanjung Rokan
Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran tuan-puan kami alukan
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan

Sidang hadirin warga gemilang yang dimuliakan,

Kalau pergi ketanjung keramat
Anak manis jangan di angkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat

Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ustadz Hasbullah
Bin Ali untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

....Tamat Bacaan doa
Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada ustaz ustadz Hasbullah
Bin Ali atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Ucapan alu-aluan MC
Hadirin- hadirat yang dihormati ,
Buat pengetahuan hadirin dan hadirat, kolej vokasional juasseh telah melalui transformasi
pendidikan vokasional dimana ia ber kola borasi dengan industri bagi menginovasi
pengajaran dan pembelajaran yang berupaya menghasilkan tenaga kerja mahir dan
usahawan. Hal ini, secara tidak langsung bakal melahirkan graduan diploma kemahiran yang
diktiraf kerajaan bagi persediaan melanjutkan pengajian vokasional yang lebih tinggi atau
usahawan yang berdaya saing.
Kolej Vokasional juasseh juga masih mengekal kan program pengajian diploma vokasional
malaysia dalam pelbagai bidang, diantaranya adalah :
...................................................................................................................................................
Ucapan Alu-aluan NYDP
Para hadirin yang dihormati sekalian,
Bukan rumput sebarang rumput
Rumput penghias tepi halaman
Bukan jemput sebarang jemput
Jemput memohon kata aluan
Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang di hormati NYDP PIBG
Kolej Tn Hj Ropie Bin Hj Zainudin NYDP Kolej Vokasional Juasseh untuk menyampaikan
taklimat dan ucapan alu-aluan
Dengan segala hormatnya majlis mempersillakan.
.Tamat Ucapan
Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha hormati NYDP PIBG Kolej
Vokasional Juasseh atas taklimat dan ucapan alu-aluansebentar tadi
Ucapan pengarah
Para hadirin yang dihormati sekalian,
tampak cahaya jauh di kuala
kerdipan cahaya menawan hati
Tuan Pengarah kita persila
ucapan perdana kita hayati
Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berbahagia Tuan Pengarah
Kolej Vokasional Juasseh, Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir untuk menyampaikan ucapan dan
taklimat sempena majlis pendaftaran pelajar tahun 1 kolej vokasional juasseh sesi 2014-
2017. Dengan segala hormatnya majlis mempersillakan.
.Tamat Ucapan
Demikianlah tadi ucapan yang telah disampaikan oleh yang berbahagiaTuan Pengarah Kolej
Vokasional Juasseh, Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir. Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada atas ucapan tuan pengarah kolej sebentar tadi
Pengumuman
Hadirin- hadirat yang dihormati dan dikasihi sekelian,
Buat makluman para penjaga, selepas sahaja selesai majlis sesi taklimat pendaftaran ini,
ibubapa dan murid-murid yang bakal mendaftar boleh lah meneruskan sesi pendaftaran
kursus seperti yang dijadualkan dalam buku program yang telah dibekalkan. Sebaik sahaja
selesai, para pelajar /penjaga diminta untuk membuat pendaftaran koperasi dan seterusnya
pendaftaran asrama bagi murid-murid yang ditawarkan tinggal di asrama.





Penutup
Sebelum kita bersurai, pihak majlis ingin merakamkam jutaan terima kasih kepada semua
atas kerjasama yang diberikan. Segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku semasa
majlis ini berlangsung, kami sebagai J/K pengelola majlis memohon maaf.
Bersinar mentari memberi cahaya
Cahaya bersinar panas terasa
Adat majlis ada pincangnya
Maafkan kami insan biasa

Asap api embun berderai
Patah galah berderai semalu
Niat hati tak mahu bercerai
Namun masa cemburu selalu


Kami akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia, wabillahitaufik walhidayah
wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

You might also like