You are on page 1of 8

4 Persediaan PENTING sebelum :

1. Dokumen
Segala dokumen yang diperlukan mesti disediakan secepat mungkin. Buat pemeriksaan doktor di
klinik swasta atau hospital kerajaan. Barang diingat, harga untuk buat pemeriksaan di klinik
swasta dan hospital kerajaan lebih kurang sama. Kelebihan membuat pemeriksaan kesihatan di
hospital kerajaan ialah ia mengambil masa yang lama. Di klinik swasta, sehari boleh siap. Pilihlah
mana-mana yang berkenan.

Dokumen lain macam salinan kad pengenalan, sijil-sijil, gambar dan borang-borang perlu
disediakan dan diletakkan dalam sebuah fail supaya mudah diuruskan. Takde la kalut bila ada di
depan meja pendaftaran nanti.

2. Pakaian
Universiti bukan tempat untuk melaram. Penampilan sangat penting. Sapa-sapa yang nampak
serabai tu silalah perkemaskan diri. Pakaian mesti tidak menampakkan bahagian yang sepatutnya.

Bawa pakaian formal seperti yang universiti tetapkan. Biasanya kemeja, talileher, seluar slack,
kasut hitam itu wajib pada minggu pertama. Untuk pelajar perempuan, baju kurung, tudung, dan
sebagainya juga diperlukan. Bergantung kepada universiti, kod etika berpakaian biasanya telah
disertakan dalam surat tawaran. Ikut peraturan universiti. Universiti bukan macam sekolah, kita
buat salah cikgu nak tegur. Pak guard tahan dan terus saman tanpa banyak bicara.

Selain dari pakaian formal, pakaian sukan dan pakaian biasa juga mesti ada. Takkan nak pakai
kemeja sepanjang tahun. Tapi kalau itu memang pakaian rasmi universiti kenalah ikut.

3. Peralatan
Belajar umpama berperang. Tanpa ada peralatan yang cukup tak mungkin kita akan berjaya.
Zaman ini peralatan untuk belajar yang wajib ialah komputer. Semua asigmen nak kena buat guna
komputer. Ada baiknya bawak laptop yang kecik dan senang di bawa. Tapi untuk kursus
multimedia atau sains komputer mungkin tak sesuai laptop kecik. Jangan risau, kursus anda telah
menyediakan peralatan yang cukup untuk itu. Laptop tu untuk tulis asigmen dan presantation je.
Bab design gunakan makmal komputer.

Bukan setakat komputer, alat tulis juga penting. Saya cadangkan sediakan buku tebal untuk satu
samester punya subjek. Letak dalam satu buku yang dibahagikan ikut subjek. Bila nak exam
senang nak baca. Kat situ kita catat nota, kat situ kita buat latihan. Jadi tak ada la masalah nota
hilang. Biasa nota hilang bila kita tulis dalam kertas sehelai-sehelai.

Selain daripada ke tiga-tiga persediaan di atas, ada baiknya sediakan diri dengan ilmu komunikasi.
Mungkin ia dapat membantu kita dalam mendapatkan ilmu. Di universiti tempat kita mendapatkan
segala keperluan untuk hidup di masa akan datang. Bertindak aktif dan proaktif dalam segala hal.
Masa ni dah tak ada zaman suap menyuap lagi. Semua kena cari sendiri.

4. Mental
Mental juga merupakan persediaan utama sebelum kita melangkah ke alam baru. Dalam
menghadapi alam baru di universiti kita akan diserap dengan pelbagai budaya dari pelbagai latar
masyarakat. Justeru, persediaan mental dan emosi adalah penting bagi menghadapi pelbagai
lapisan budaya dan mengelakkan dari 'culture shock' yang mana boleh memberi effect negative
kepada diri kita dan pelajaran kita.

Jadi, perlulah kita buat persediaan mental dan emosi terlebih dahulu ! Mengerti?!

*******************************************************************

Lain-lain perkara PENTING :

5. DIPLOMA atau ASASI atau MATRIKULASI
Perkara ini memang jadi topik hangat dan banyak pandangan. Bagi saya, ini semua mengenai
KEBOLEHAN dan KEUPAYAAN kita.

Asasi dan Matrikulasi merupakan program singkat sebelum terus masuk ke Degree. Kebiasaannya
Asasi akan ambil pelajar yang tip top. Matrikulasi pula biasanya ramai yang masuk sebab nak short
cut ke Degree. Pendapat saya Matrikulasi mahupun Asasi memerlukan anda concentrate yang
banyak sebab tempoh masa yang agak pendek. Jika anda memilih jalan ini, saya nak berpesan
supaya anda janganlah pandang remeh semua ni dan jangan banyak main.

Next, Diploma. Banyak yang anggap ni jalan jauh sebab tempoh yang lama sebelum ke Degree tapi
pelajar Diploma boleh bekerja menggunakan Sijil Diploma mereka tidak seperti Asasi dan
Matrikulasi. Bagi saya Diploma ini sesuai untuk mereka yang ditaraf sederhana macam saya. Secara
jujur, otak saya ni agak lambat nak faham dengan cepat dan tidak boleh pressure sangat.
Pendapat saya mengenai Diploma, anda still boleh rehat/bersantai/main TAPI kena pandai arrange
masa. Nak main tu boleh tapi belajar jangan lupa ya!


6. BERDIKARI
Perkara paling penting sebelum masuk ke ALAM UNIVERSITI. Berdikari yang saya ingin ketengahkan
ialah PANDAI MENGURUS DIRI. Alam Universiti ni lain daripada zaman sekolah. Kalau pelajar hostel,
dulu ada rakan-rakan yang boleh tolong. Kalau pelajar harian, parents anda sentiasa jaga anda. Di
Universiti, anda kena jaga diri anda. Anda kena jaga duit perbelanjaan, pakaian anda dan juga
penggunaan masa anda. Di Universiti, tak ada siapa kisah anda nak buat apa. Sebab itulah kita
kena jaga diri kita. Yang penting, kita kena jaga SOLAT dan IMAN kita. Secara jujur, anda
janganlah terkejut jika ada di antara pelajar universiti yang mengabaikan perkara ini. Ingat! Jaga
SOLAT dan IMAN!


7. KAWAN/ HOUSEMATE/ ROOMATE
Topik yang sering disebut-sebut. Anda perlu PANDAI MEMILIH KAWAN. Pelbagai kerenah, perangai
dan sifat manusia di Universiti. Kalau boleh anda pilihlah kawan yang ulat buku/ skema or yang
agak alim supaya ada orang yang akan menasiahati kita. Ini bukanlah bermaksud anda tidak boleh
berkawan dengan yang perangai tak berapa tu. Kawan tu boleh tapi janganlah ambil
perangai/sifat/kerenah buruk mereka.

Mengenai hostel/rumah, kita perlulah BEKERJASAMA. JAGA HATI kita dan orang sekeliling kita.
Janganlah ketika semua pakat bersihkan hostel/rumah, kita pula sibuk nak belajar. Bekerjasama
dengan housemate/roomate. BERINTERAKSI secara baik. Yang penting JAGA HATI kita dan orang
sekeliling.


8. STUDY/ NOTA/ KULIAH/ LECTURER
Antara kebimbangan semua orang. Dulu saya beranggapan susah nak belajar di Universiti.
Ternyata itu hanya terjadi jika anda tidak pandai menguruskan diri. Bagi saya, semuanya akan jadi
mudah jika anda rajin. Dalam kuliah, janganlah sibuk nak berborak. Anda perlu concentrate dan
catat perkara-perkara penting. RAJIN BERTANYA supaya anda senang faham. Jika kita rajin
bertanya, lecturer senang ingat kita. Kalau susah nak faham juga, berjumpa dengan lecturer
ataupun pergi ke library. Tak pun Google. Macam-macam ada dekat Google kan? hehehe. Yang
penting sila penuhkan attendance anda. Tak perlulah nak ponteng. Perkara paling lecturer tak
suka ialah ponteng. Apa yang dapat kalau ponteng? Bazir duit kita adalah kan?


9. KELENGKAPAN/ PERALATAN/ PAKAIAN
Laptop dan telefon bimbit. 2 benda paling penting bagi saya. Laptop amatlah diperlukan untuk
menyiapkan assignment, buat research dan juga untuk presentation. Tapi bagi yang tak ada laptop,
jangan risau, dekat library rasanya ada sediakan komputer. Guna pada masa terluang.
Telefon bimbit? Konfem semua ada. Handphone secarang pun dah canggih manggih. Boleh nak
surf internet. So, tak ada alasan assignment tak siap. Eh, lupa pula. Handphone ni berguna untuk
berkomunikasi antara classmate. Boleh tahu kelas yang batal. Boleh sambung tidur. hehehe

Benda-benda lain yang diperlukan sama macam nak masuk hostel. Yang penting seterika/iron.
Takkan nak pakai baju berkedut kot. Bercakap pasal pakaian, bawalah baju-baju yang smart sikit.
Barulah dapat naikan self-confident time nak buat presentation. Dan DILARANG PAKAI pakaian
yang TIDAK SOPAN. Masuk dalam peraturan tau. Kad Matrik pun kena bawa tau.


10. PERBELANJAAN/ SARA HIDUP
Kawal duit masuk dan duit keluar! Jangan lupa sediakan buku bajet kalau dah memang tak
terkawal duit tu. Gunakan duit yang ada sebaik-baiknya. Kalau pada permulaannya anda gunakan
perbelanjaan tu dalam kos yang banyak, hari hari seterusnya anda perlulah kawal dengan cara
penting kan keperluan sahaja. Kalau macam nak makan tu, makan ala kadar ja. Air pula tak payah
nak fresh orange, air kosong dah. Asalkan perut dilapik, tekak dibasahkan. hehehe

*******************************************************************

CHECK LIST Persediaan ke IPTA / IPTS / UNIVERSITI / KOLEJ / MATRIKULASI (Lepasan SPM/STPM)
PAKAIAN
- BAJU KURUNG (WANITA)
- BAJU KEMEJA (LELAKI)
- T-SHIRT
- SELUAR JEAN
- SELUAR SLACK
- BAJU DAN SELUAR SUKAN
- KAIN BASAHAN
- KAIN BATIK SARUNG (WANITA)
- CARDIGAN/ SWEATER
- TELEKUNG (WANITA)
- SONGKOK (LELAKI)
- SEJADAH
- STOKING
- TUDUNG/ SELENDANG (WANITA)
- BAJU SUKAN WARNA PUTIH (UiTM SAHAJA)

ALAT PENJAGAAN PERIBADI
- SABUN MANDI
- BERUS GIGI
- DEODARANT
- SIKAT
- MINYAK GAMAT
- SHAMPOO
- PENCUCI MULUT
- PENGETIP KUKU
- BALDI
- SHOWER BASKET
- TUALA MANDI
- PENCUCI MUKA
- BEDAK
- BALDI

KELENGKAPAN PELAJARAN
- 1 SET ALAT TULIS
- KERTAS KAJANG A4
- KALKULATOR
- BUKU NOTA KECIL

KELENGKAPAN BILIK
- CADAR DAN SARUNG BANTAL
- BANTAL
- SELIMUT
- MUG
- SUDU DAN GARFU
- PINGGAN DAN MANGKUK
- HANGERS
- PENGEPIT BAJU
- JAM LOCENG
- IRON
- BOTOL AIR
























SENARAI DOKUMEN:

Surat Tawaran (6 copy)
Borang Maklumat Pelajar Baru (bertampal gambar)
Borang Pengesahan Akuan Pendapatan
Bil Bayaran Yuran yg telah dijelaskan
Salinan IC Pelajar, Ibu dan Bapa
Salinan Sijil Kelahiran Pelajar, Ibu dan Bapa
Salinan SPM , STPM/ Asasi/ Matrikulasi
Salinan Penyata Pendapatan Ibu Bapa
Laporan Pemeriksaan Kesihatan & X-Ray
Gambar Passport (6-8 keping)

Orientasi (MDS untuk pelajar UiTM ,tak tau lagi U lain macam mana. terpulang kalau nak bawak):

Baju kurung (sekurang kurangnya 6 pasang)
Kain hitam (untuk gegirls) untuk dipakai dengn baju batik Uitm
Kasut sukan (kalau bawak kasut fancy takut kotor so bawak je lah)
Laptop tak payah bawak (takut ada kes kecuriaan) nak bawak pun mak sure lock locker
Girls free hair- bawa 2 or 3 helai tudung
Guys- baju kolar, baju kemeja, kasut bertutup, tie (pakaian formal)
Pakaian dalam --" (secukupnya)

p/s: yang atas ini semua untuk minggu orientasi.
daftar nak pakai apa? baju kurung ke jubah paling selamat..asal x berpinar mata orang lain dah!

Pakaian & Footwear

Baju kurung especially for Monday - Friday
T-shirt (berkolar bagi lelaki)
Baju kemeja
Seluar jeans
Tudung 2-3 helai untuk girls free hair & secukupnya & brooch
Anak tudung (dah ada tudung, anak jangan dilupakan!)
Seluar tidur or Pajama
Kain batik/pelikat
Cardigan. Sweater? Maybe yes or no. depends on you!
Telekung
Baju putih kosong lengan panjang for diploma students only
Stoking (sila bawak 1-2 pasang)
Kasut sukan
Kasut/Sandal pergi kelas (sandal aku reti eja)
Kasut/selipar jalan jalan
Selipar tandas (selipar jepun)


Toiletries

Shower gel (kalau guna sabun, jangan lupa bekas nya k)
Berus gigi & ubat gigi
Pencuci muka
Lotion badan
Shaver
Shampoo & conditioner
Deodorant
Perfume
Powder
Nail clipper
Baldi & gayung
Pad (untuk gadis)
Mekap (untuk gadis (?) kalau nak)
Pewangi locker (terpulang)
Cotton bud (terpulang)
Plastik sampah (penting! takut bersepah bilik. mana tahu roomate tak bawak)
Mini sewing kit
Tuala 1 atau 2 helai (penting! untuk yang tinggal jauuuhhh~)
Tuala kecil


Laundry

Sabun basuh baju (kalau serbuk letak dalam bekas lain. takut berterabur k)
Iron
Hanger (dalam 20. terpulang)
Pengepit baju

Emergency

Penadol
Minyak angin
Losen mustajab/minyak gamat
Ubat selsema
Ubat nyamuk (terpulang)

Makan & Minum

Sudu, Garpu
Stok makanan especially for breakfast (biskut dalam tin, maggi)
Pinggan, Mangkuk, Gelas
Minuman 3 in 1
Container (terpulang)
Botol air

Alatan Tulis / Kelas


Testpad
Tali kad matrik
Pendrive
File untuk isi kertas
Laptop & charger / Broadband
Alat tulis secukupnya
Buku kosong 1-2 buah buku / notebooks

Etc

Al- Quran / Surah yassin (agama islam. untuk non-muslim boleh bawak kitab masing masing)
Beg/beg sandang (untuk pergi kelas)
Bantal, Selimut
Cadar (kalau boleh 2 untuk yang tinggal jauuuhhh)
Charger handphone
Jam loceng (henpon kau mesti ada alarm)
Tisu
Mangga Locker
Penyapu ke Tikar
Rak buku / kotak
Penyangkut yang ada gam kat dinding (boleh gantung2 barang)

You might also like