You are on page 1of 74

MYFIRE

FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY.

Saya sudah BERJAYA mencapai KEBEBASAN KEWANGAN dengan


mengamalkan formula ESI.
Seperti yang diterapkan dalam formula ESI. Penjanaan pendapatan
yang menghasilkan lebihan tunai (cash flow) adalah kunci mencapai
FIRE. Tanpa lebihan pendapatan, ADALAH MUSTAHIL UNTUK
MEMBUAT PELABURAN.
Hanya apabila kita mempunyai cara menjana pendapatan barulah kita
boleh mula menyimpan dan seterusnya melabur dalam pasaran saham
untuk terus menjana KEKAYAAN dan mencapai FINANCIAL
INDEPENDENCE RETIRE EARLY.

Sekiranya anda ingin mengikuti jejak langkah saya, saya


menjemput anda untuk memulakan perniagaan online
menggunakan sistem affiliate ETORO. Saya menjana pendapatan
lima angka setiap bulan sabagai affiliate Etoro. Hasil pendapatan ini
saya laburkan di pasaran saham!

Berikut ialah kenapa saya mempromosikan platform Etoro?


Bukan itu sahaja, Etoro merupakan syarikat Fintech yang pantas
berkembang di dunia.

https://www.businessinsider.com/etoro-hit-13-million-registered-users-globally-2020-5
Bagaimana ingin memulakan bisnis affiliate Etoro?

Langkah 1
Buka akaun Demo/Percubaan secara PERCUMA. Buat sekarang!
Guna link ini: ​Bit.ly/globalstocksbroker

Langkah 2
Download kit penerangan: ​Business Kit

Langkah 3
Sekiranya anda bersedia untuk memulakan perniagaan affiliate, sila
daftar akaun affiliate (guna email lain tidak boleh sama dengan email
akaun trading demo)
Guna link ini: ​bit.ly/etorofirebiz
** Anda perlu mempunyai funded account untuk boleh memohon sebagai
affiliate Etoro. Sila funding akaun demo yang dibuat di langkah 1 dengan
minima USD200.

Langkah 4
Dapatkan video kursus pembelajaran marketing untuk mengembangkan
bisnis anda.​https://youtu.be/PIQ_VE2SHS4
Dapatkan koleksi video belajar saham: ​https://youtu.be/SYavizPbLuc

Seterusnya, ikuti kisah saya bangkit dari zaman kegelapan untuk


dijadikan motivasi...
I.C.U
INTENSIVE
CARE UNIT
KISAH DARI BILIK ICU MENCAPAI KEBEBASAN KEWANGAN

MOHD SHUKRI BIN MAHADI


Master Of Business Administration
I.C.U
INTENSIVE CARE UNIT
KISAH DARI BILIK ICU MENCAPAI KEBEBASAN KEWANGAN

2019 Mohd Shukri Mahadi

Segala hak cipta terpelihara. Tiada bahagian dari buku ini yang boleh diulang cetak,
dipindah dalam apa jua bentuk kepada pihak ketiga sama ada secara elektronik,
photocopy,scanning,recording​ tanpa persetujuan dari penerbit.

Diterbitkan di Melaka oleh ETIQA TRADE PLT (LLP0004462-LGN)


Sebarang pertanyaan boleh diajukan di website ​www.shukrimahadi.com

Cover design:
Mohd Shukri Mahadi

Penulis:
Mohd Shukri Mahadi
shukri@shukrimahadi.com

Pemeriksa:
Norhasni Mahadi
DEDIKASI

Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu saya Hjh Jariah Abd
Latiff yang banyak membimbing saya dalam mengharungi liku-liku kehidupan.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada isteri saya Marwati Manap yang sentiasa
menyokong saya di saat saya sihat lebih-lebih lagi ketika saya sakit. Terima kasih
kerana sentiasa menjaga anak-anak kita yang memudahkan saya mengejar cita-cita.

Terima kasih kepada kekanda saya Norhasni Mahadi yang sebenarnya memberi saya
idea dan dorongan untuk menulis buku ini.

Kepada anak-anak, Ilham Aliff, Ilham Aimar, Iman Ashley dan Iman Audrey, semoga
menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan akhirat.

Terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang bersama saya seperti Khairul
Amirin, Joe Kedah, Aqmal, Shahril, Helmi Rizal,Shufaad, Ridzuan Mamat, Rizwan
Ramalan, Fizwan Aziz, Almarhum Azmi Yunus dan ramai lagi yang sedang atau
pernah berjuang bersama saya.

Akhir sekali terima kasih kepada FXPRIMUS khususnya Merry Lin dan Linda Ahmad
yang sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada saya untuk terus maju dalam
industri perdagangan online.

Mohd Shukri Mahadi


November 2019
BUKU INI TENTANG APA?
Salam sejahtera rakan pembaca yang dikasihi.

Buku ini menceritakan bagaimana saya mencapai ​ financial freedom ​atau kebebasan
kewangan pada usia 40 tahun. Bila saya katakan kebebasan kewangan, ini bermakna saya
boleh bersara dan berhenti membuat sebarang aktiviti ekonomi sama sekali, tetapi
pendapatan saya tidak akan berhenti. Saya boleh tidak lagi bekerja untuk wang, tetapi wang
yang bekerja untuk saya. Kini dengan izin yang Maha Esa, jika saya membuat keputusan
untuk tidak berbuat apa-apa pun, saya boleh meneruskan hidup yang sempurna dengan
hanya meraih pulangan dari pendapatan pasif saya.

Ini bukanlah kenyataan yang angkuh lagi sombong, bukan juga ingin menunjuk-nunjuk
apatah lagi untuk riak, tetapi tujuan saya hanyalah ingin memberi kesedaran kepada
rakan-rakan semua dengan mengambil cerita kehidupan saya sebagai ​eye opener ​ yang
seterusnya boleh menjadi inspirasi dan motivasi untuk mencapai ​financial freedom​ seperti
saya.

Dalam buku ini saya menceritakan kepayahan dan cabaran yang saya hadapi. Bukan itu
sahaja, dalam setiap topik saya akan berkongsi info dan tips-tips berguna yang kebanyakan
tidak diajarkan di sekolah. Kebanyakannya saya dapat dari pengalaman dan pencarian saya
sendiri. Saya yakin info-info ini amat berguna untuk semua rakan pembaca.

Saya hanyalah insan biasa, budak kampung yang hidup sederhana. Saya bukan anak
hartawan. Mungkin ada kalangan rakan-rakan yang membaca buku ini berasal dari keluarga
yang lebih berada dari saya. Ibu bapa saya tiada harta benda yang boleh saya warisi.
Namun, saya bersyukur dan berterima kasih kepada kedua orang tua saya kerana mereka
memberi saya ilmu kehidupan yang lebih bermakna dari harta benda dan wang ringgit.

Emak saya khasnya, adalah insan yang sering memberi dorongan, bimbingan dan tidak
jemu-jemu memberi semangat ketika saya mula mengenal kehidupan ini. Emak sayalah
tulang belakang saya, yang sentiasa memberi semangat agar saya jadi insan yang berguna
dan tidak mudah mengaku kalah. Di saat saya hampir tersungkur, saya bangun dengan
kata-kata azimat emak saya yang berbunyi, “Nak, biar kita putus duit, tapi jangan sekali-kali
kita putus akal. Jangan sekali-kali mati akal nak. Gunalah akal, ikhtiarlah, insyaAllah hidup
kita tak melata.” Sungguh inilah kata-kata keramat yang lebih bermakna dari harta benda
dan wang ringgit. Terima kasih mak atas kata-kata azimat ini. Terima kasih tidak terhingga.
Saya sayang mak.
KANDUNGAN BUKU INI

Topik 1: Apakah Yang Mendorong Saya Untuk Berjaya.

Topik 2: Sejarah Hidup Saya.

Topik 3 : Muhasabah Diri.

Topik 4: Membuat Perancangan.

Topik 5: Perniagaan Online.

Topik 6: Bisnis Pilihan Saya.

Topik 7: Fokus dan Kerja Kuat.

Topik 8: Kunci Kepada Kebebasan Kewangan.

Topik 9: Kejayaan Yang Telah Saya Capai.

Topik 10: Bagaimana Anda Juga Boleh Berjaya.

Topik 11: Kuasa Penuh.


MUKADIMAH

Kenapa saya judulkan buku ini dengan tajuk I.C.U?

Apakah makna akronim I.C.U?

I.C.U ialah singkatan bagi Intensive Care Unit. Ia adalah Unit Rawatan Rapi yang ada di
hospital. Unit rawatan rapi biasanya dilengkapi pengalihudaraan (ventilasi) mekanik untuk
membantu pernafasan melalui tiub endotrakea atau trakeotomi; pengawas jantung termasuk
yang ada telemetri; perentak jantung luaran; pendefibril; kelengkapan dialisis untuk masalah
buah pinggang; kelengkapan untuk pengawasan fungsi tubuh secara berterusan; sejaringan
saluran intravena, tiub suapan, tiub nasogaster, pam sedutan, saliran dan kateter; dan
beraneka jenis drug untuk merawat kondisi-kondisi utama dalam rawatan di hospital. Koma
teraruh ubatan, analgesia, dan sedasi teraruh adalah antara alat-alatan biasa dalam ICU
yang direka untuk mengurangkan kesakitan serta mengelakkan jangkitan sekunder. Dalam
bahasa mudah I.C.U ialah tempat di mana pesakit yang berada dalam keadaan sangat
kritikal dan memerlukan rawatan dan perhatian yang sangat teliti ditempatkan.

Ada dua sebab utama kenapa saya memilih judul ini.

Sebab yang pertama ialah, saya pernah menghuni bilik I.C.U ini bukan sekali, tetapi empat
kali akibat dari penyakit yang saya hadapi. Dari bilik inilah saya banyak mendapat
kesedaran.

Sebab yang kedua ialah, bukan sahaja tahap kesihatan saya yang memerlukan rawatan
rapi, tetapi tahap ekonomi saya juga pernah berada dalam keadaan yang memerlukan
rawatan rapi.

Maka oleh sebab bilik I.C.U inilah, saya mendapat dorongan untuk mengubah jalan hidup
saya 360’. Dan saya berharap rakan pembaca juga akan mendapat motivasi dari buku
pengalaman hidup saya ini.

Okay, sebelum kita pergi lebih jauh, saya ingin kongsikan statistik terbaru yang dikeluarkan
oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Statistik ini juga adalah antara pencetus sehingga saya
mendapat idea untuk menulis buku ini. Saya terpanggil untuk memberi kesedaran kepada
rakan-rakan untuk bertindak dan membuat persediaan memperkasakan ekonomi
rakan-rakan sebelum terlambat. Ini adalah kenyataan. Marilah kita lihat statistik berikut:
Gambar : Statistik Simpanan Rakyat Malaysia (sumber TMI)

Menurut statistik, 90% daripada seluruh penduduk Malaysia tidak mempunyai sebarang
simpanan wang tunai. Maknanya, dari 10 orang, 9 orang hidup bulan ke bulan.
Statistik sama juga mendedahkan hanya 2% sahaja yang mempunyai sedikit simpanan yang
boleh bertahan maksima untuk 3 bulan. Ini bermakna 90% rakyat Malaysia sebenarnya
sangat memerlukan unit rawatan rapi kerana tahap ekonomi yang tidak sihat dan kritikal.

Memeranjatkan sungguh statistik ini. Tapi adakah saya terperanjat? TIDAK. Kerana saya
juga pernah berada dalam statistik 90% itu. Saya tahu apa rasanya apabila hujung bulan
kita tidak punya wang lebihan, malahan tidak bercukupan. Jauh sekali untuk diasingkan
untuk dibuat simpanan. Hari ke hari saya mula memikirkan yang saya perlu bertindak. Saya
tak boleh putus akal di saat saya putus duit. Betul kata-kata hikmat emak saya itu.
Topik 1: Apakah yang mendorong saya untuk berjaya.

Manusia hanya akan mengambil tindakan dalam dua keadaan sahaja. Ada dua keadaan
yang akan menjadi daya tolak dalam hidup ini. Tanpa dua keadaan ini, kebanyakan orang
hanya berada dalam keadaan resisif iaitu tidak aktif dan pegun.

MOTIVASI
Kenapa anda memilih buku ini? Inilah jawapan kepada dua keadaan yang saya maksudkan.
Motivasi. Saya amat pasti kerana anda telah mendapat motivasi maka mendorong anda
untuk bertindak memiliki buku ini. Dalam minda anda, anda terdorong untuk menjadi seperti
saya. Mungkin selepas mendengar ceramah saya di seminar-seminar pelaburan, mungkin
anda ada melihat kejayaan saya di Facebook, mungkin juga anda ada menonton video saya
sebelum ini. Maka dengan itu anda sangat terdorong untuk menjejaki bagaimana saya
mencapai kebebasan kewangan yang saya maksudkan. Jadi anda telah mendapat
dorongan daripada keadaan pertama yang saya sebutkan iaitu motivasi.
DESPERASI
Sebab kedua yang membuatkan orang bertindak adalah akibat dari desperasi @
desperation.​ Desperasi adalah satu keadaan di mana seseorang itu betul-betul terdesak. Ini
ialah daya tolakan yang paling kuat. Apabila kita terdesak, tidak boleh tidak, kita pasti.
bertindak. Desperasi menolak kita untuk bertindak.

Apalagi kalau seorang isteri kematian suami atau diceraikan. Bahunya menggalas beban
keluarga. Kita banyak melihat hari ini ibu tunggal yang keluar daripada cengkaman
kesusahan menjadi lebih berjaya setelah terdesak dalam kehidupan. Desperasi menolak
individu seperti ini untuk bertindak.

Katakan juga kita mempunyai sorang anak. Ini lah permata hidup kita. Suatu hari anak ini
diculik. Penculik meminta RM 1juta atau kita tidak akan dapat berjumpa anak ini lagi.
Apakah tindakan yang kita mampu lakukan ketika itu? Tentu akan tergerak untuk kita
melakukan apa sahaja asalkan dapat kita menyelamatkan anak kita tadi..​by hook or by
crook​ kita akan cuba menyelamat anak kita.

Inilah contoh keadaan yang sangat desperate. Dalam keadaan ini, daya tolak yang terhasil
sangat ​explossive.​ Saya juga mendapat dorongan dari sebab​ desperate..

Topik 2: Sejarah hidup saya.

“Apa jadi sekiranya aku mati hari ini!”


​ tau satu ungkapan lapuk dan basi bagi rakan pembaca. Tapi
Ayat di iatas mungkin ​cliche a
ayat inilah yang benar-benar mendorong saya bertindak. Saya benar-benar pernah merasai
situasi ini. Kalau aku mati, ia adalah pengakhiran kepadaku. Tapi ia adalah permulaan yang
perit bagi keluargaku. Fikiran saya sering terganggu apabila saya teringat akan MATI.

Pada tahun 2013 - 2014


Saya mengalami masalah pernafasan yang sangat serius. Sepanjang tahun 2013 dan 2014
hampir 6 kali saya dikejarkan ke hospital Putra Specialist Melaka kerana kesukaran
bernafas. 4 dari 6 kali ini saya dimasukkan ke I.C.U (intensive care unit). Nasib baik saya
mempunyai medical card, kalau tidak, bertambah sakit saya.
Wad ICU bukan satu tempat yang seronok untuk berada di situ. Melihat jiran katil sebelah
meninggal dunia perkara biasa ketika berada dalam wad ICU. Pengalaman berada di dalam
ICU itu hanya tuhan sahaja yang tahu. Di dalam ICU, disamping pelbagai alat yang
dipasang di tubuh kita, akan ada nurse yang memantau keadaan kita secara dekat 24 jam
sehari.

Gambar : ICU Putra Hospital Melaka

Berbalik kepada kisah saya dimasukkan ke ICU, ia berlaku pada satu hari dalam bulan
Ramadhan. Saya dan keluarga pergi ke Masjid Cina di Krubong, Melaka untuk berbuka
puasa dan seterusnya mengerjakan solat tarawih. Selepas berbuka saya turut solat maghrib
berjemaah. Sedang saya solat, tiba-tiba saya merasa susah bernafas dan macam hendak
jatuh. Saya segera memberitahu anak lelaki saya, panggil mama, babah nak pergi hospital
sekarang. Bergegas kami menaiki kereta dan isteri saya memandu. Ini ialah perjalanan yang
paling jauh saya rasakan. Jarak dari masjid ke hospital sekitar 10 KM sahaja tetapi pada
hari itu saya rasakan perjalanan untuk sampai ke hospital sangat jauh. Saya bergelut untuk
bernafas. Saya seolah-olah memerlukan usaha yang keras untuk bernafas. Sedangkan
sebelum ini saya sama seperti rakan-rakan juga tidak perlu pun berusaha untuk bernafas. Ia
adalah proses semulajadi. Kemudian saya dapat merasakan kaki saya sudah mula kebas,
diikuti dengan tangan saya juga terasa kebas. Dan kemuncak saya seperti telah kehilangan
kepala saya.

Gambar : Masjid Cina Negeri Melaka

Dalam serba kepayahan menanggung perjalanan yang terasa amat jauh itu, bagaimana pun
secara spontan saya mengucapkan terima kasih kepada emak saya yang turut ada bersama
ketika itu. Saya turut memohon maaf atas segala dosa. ​“Mak, terima kasih kerana menjaga
orang dari kecil sehingga sekarang. Allah sahaja yang membalas jasa dan pengorbanan
mak”.

Saya juga turut mengucapkan selamat tinggal kepada isteri saya. Walau pun terasa sukar
tapi permohonan maaf serta ucapan selamat tinggal meluncur terus dari mulut saya.
“Mama, jaga anak-anak kita elok-elok. Semoga kita bertemu lagi di akhirat”

Anak-anak di belakang menangis kerana takut dengan apa yang mereka lihat. Saya
benar-benar merasa inilah pengakhiran hidup saya. Terus saya bergelut untuk bernafas
dengan segala daya. Dalam saya bergelut dengan kesakitan dan perasaan yang bercampur
baur, akhirnya sampai juga saya ke hospital. Saya terus dibawa masuk ke wad kecemasan.
Doktor terpaksa memberi saya dadah jenis ​morphine​ untuk menstabilkan keadaan saya
kerana saya benar-benar sukar bernafas. Inilah pengalaman mendekati mati yang saya
sendiri alami. Ia pengalaman yang amat ngeri.
Gambar : Wad Kecemasan Putra Hospital Melaka

Berada di dalam ICU 24 jam sehari juga adalah hari yang sangat panjang kerana tidak ada
apa yang boleh dilakukan selain terbaring dengan wayar-wayar berselirat di tubuh kita. Jadi
di sinilah saya banyak berfikir tentang betapa rapuhnya hidup. Saya turut rasa ingin segera
bangun dari katil ICU itu. Saya bukan hanya mahu kembali sihat, tapi saya mahu mengubah
kehidupan keluarga saya. Saya mahu bertindak memajukan diri dan ekonomi saya. Saya
mesti keluar dari ICU ini dengan ​new mission dan direction​. Sekiranya masa untuk kembali
kepada Pencipta telah tiba, tiada daya kita melawannya. Jadi saya berdoa sepenuh hati
saya mesti bangun dan tidak boleh meninggalkan orang yang disayangi dengan kesusahan.

Gambar :Steve Jobs (sumber Google)

Steve Jobs, antara manusia terkaya di dunia, mati pada usia 56 tahun akibat sakit cancer.
Dengan duit yang beliau ada, beliau mampu sahaja mendapatkan doktor terbaik di dunia,
perubatan terkini di dunia. Ataupun membuat kubu paling kebal di dunia supaya maut tidak
dapat mencari beliau. Namun, tiada apa yang dapat menghalang maut.
Peluang kedua..

Gambar : Putra Hospital Melaka

Di dalam ICU ini juga saya banyak berfikir, “kalau aku mati hari ini..apa yang akan berlaku
kepada isteri? Bagaimana dia boleh meneruskan kehidupan dengan perlu menjaga
anak-anak yang masih kecil”.
Kalau aku mati hari ini..macam mana dengan nasib anak-anak ini. Ya kehidupan akan
diteruskan, tapi kehidupan yang macam mana? Yang selesa? Yang senang? Atau yang
susah? Yang terhimpit? Yang meminta-minta ehsan?

Pelbagai persoalan timbul di benak. Kerana kalau saya pergi, keluarga saya pasti akan
menghadapi kesukaran. Tiada apa yang saya dapat tinggalkan kepada mereka semua
kerana saya tiada simpanan duit. Tiada rumah sendiri, tiada harta sama sekali. Yang ada
kalau saya pergi ialah hutang. Suami apa saya ini! Bapa apa saya ini! Saya GAGAL.

Pada masa inilah saya banyak berdoa kepada Ilahi, sekiranya Allah memberikan saya
peluang kedua, saya tidak akan sia-siakan. Saya akan berusaha untuk menjadi suami yang
terbaik kepada isteri. Saya akan berusaha menjadi bapa yang terbaik kepada anak-anak.
Saya akan berusaha menjadi anak yang baik untuk emak saya. Saya akan melakukan apa
sahaja untuk keluarga saya. Saya perlu berbuat sesuatu untuk mereka. Ia bukan tentang
saya. Ia tentang mereka. ​And things really get personal. Its either DO or DIE trying.

Syukur Allah maha mendengar lagi maha mengasihani. Walaupun saya tidaklah sembuh
100% dari keadaan ini, namun simptomnya semakin berkurangan. Doktor membuat 4 kali
angiogram dan satu angioplasti sepanjang tempoh 2013 hingga 2014. Dengan menjaga
pemakanan dan pengambilan ubat-ubatan serta kembali aktif bersenam, saya semakin
pulih. Bukan sahaja semakin pulih dari penyakit ini, saya juga pulih dari sudut spiritual dan
pemikiran saya lebih konseptual. ​I'm now a man with a mission​.​ And a man with a mission is
a dangerous man.​ Saya perlu memulihkan pula situasi kewangan saya.

Topik 3 : Muhasabah diri.

Perkara pertama yang saya lakukan dalam misi saya ialah saya perlu tahu di manakah
kedudukan kewangan saya. Kalau di hospital doktor akan tentukan tahap penyakit kita,
begitu juga penyakit kewangan, kita juga perlu tahu di manakah tahap kita. Perkara ini
penting kerana ibarat kita menggunakan GPS google map. Google map perlu tahu di mana
kita berada terlebih dahulu baru lah dia boleh bantu kita untuk sampai ke destinasi yang di
tuju. Kalau google tak boleh kenal pasti di mana lokasi kita, maka tiada ​direction​ yang boleh
diberikan. Kita akan ​stuck ​sahaja di situ. Begitu juga dengan perkara kewangan. Kita perlu
tahu kedudukan kewangan kita. Untuk tujuan ini kita perlu membuat perkiraan ​NETWORTH​.
Ini ialah tools yang digunakan untuk menilai tahap kesihatan kewangan. Sayangnya topik ini
tidak diajar di sekolah. Topik ini sangat penting dan perlu diterapkan seawal mungkin
kepada generasi muda.
Gambar : Aset Dan Liabiliti

Dua perkara penting yang perlu kita tahu ialah pertama apa itu assets dan kedua apa itu
liabilities atau beban.

Aset ialah apa apa yang mempunyai nilai dan boleh menjana aliran tunai atau pun
peningkatan nilai.

​ ula ialah beban yang perlu kita tanggung dan memerlukan pengeluaran tunai.
Liabilities p

Dalam bahasa paling mudah aset memasukkan duit ke dalam poket kita. Dan ​liabilities
mengeluarkan duit dari poket kita.

Mari kita buat latihan ini.


Jadual Pengiraan Networth dalam Ringgit Malaysia

Tahun 2018

Assets Nilai Semasa Liabilities Baki Semasa

Rumah 280,000.00 Rumah 570,000.00

Kereta 58,000.00 Kereta 90,000.00

Simpanan bank 0 ASB loan 120,000.00

ASB (loan) 100,000.00 PTPTN 24,000.00

Kad kredit 9,000.00

Total 438,000.00 Total 813,000.00

Networth 2018 (375,000.00)

Tahun 2019

Assets Nilai Semasa Liabilities Baki Semasa

Rumah 300,000.00 Rumah 550,000.00

Kereta 50,000.00 Kereta 80,000.00

Simpanan bank 5000.00 ASB loan 120,000.00

ASB (loan) 100,000.00 PTPTN 20,000.00

Kad kredit 15,000.00


Total 455,000.00 Total 785,000.00

Networth 2019 (330,000.00)

Dari pengiraan di atas, nilai ​networth ​tahun 2018 ialah negatif RM375,000.00 dan pada
tahun 2019 nilai networth negatif RM330,000.00. Ini bermakna anda telah berjaya
mengurangkan jumlah hutang dan meningkatkan nilai aset. Perkiraan ini perlu dilakukan
setiap tahun supaya anda dapat melihat trend networth anda sama ada semakin bertambah
baik atau bertambah teruk. Ini lah caranya membuat autopsi status kesihatan kewangan kita
sendiri.

Topik 4: Membuat perancangan

Selepas mengetahui tahap kedudukan kewangan kita, seterusnya kita perlu tahu bagaimana
untuk menjana pendapatan. Pendapatan boleh dijana melalui tiga cara.

Makan Gaji
Perniagaan
Pelaburan (dibincangkan dalam topik 8)

Bagaimana keadaan kita lima tahun dari sekarang bermula dengan keputusan yang kita
buat hari ini. Kita menjadi apa yang kita pilih. Setuju? Kalau kita dilahirkan dalam keluarga
sederhana itu sudah takdir kita. Kita tidak boleh mengubah takdir minta dilahirkan jadi
golongan bangsawan. Tapi kita boleh membuat pilihan setelah apa kita ditakdirkan. Pilihan
di tangan kita untuk mengubah nasib kita.

Begitu juga kita pada satu peringkat perlu memilih sama ada kita mahu pergi bekerja atau
membuat perniagaan. Keputusan ini bukan keputusan yang mudah, tapi perlu dibuat
melainkan kita anak hartawan. Keputusan ini akan menentukan jalan hidup anda. Sama ada
akan menjadi keputusan yang paling tepat ataupun menjadi keputusan yang paling salah
anda pernah lakukan.
Makan Gaji
Makan gaji merupakan cara yang paling mudah untuk mendapatkan pendapatan.
Bergantung kepada apa yang kita pelajari kita boleh mencari pekerjaan yang bersesuaian.
Pekerjaan makan gaji juga ialah cara yang paling selamat dan tanpa risiko kehilangan modal
perniagaan. Tapi kekurangan kerja makan gaji ialah kita tidak mungkin jadi kaya. NOKTAH.
Gaji yang didapati dari pekerjaan boleh digunakan untuk meneruskan kehidupan. Tapi gaji
dari pekerjaan sangat sukar untuk membina kekayaan. Andaikan kita bekerja dengan gaji
RM3,000.00 sebulan. Apakah mungkin bulan depan gaji kita menjadi RM5,000.00 sebulan?
Tidak mungkin. Tahun depan juga tidak mungkin gaji kita akan mendapat kenaikan sehingga
RM5,000.00 Jadi kalau anda bercita-cita untuk menjadi kaya, kerja makan gaji bukan lah
caranya. Einstein pernah mengatakan, buat benda sama berulang kali dan mengharapkan
keputusan yang berbeza ialah satu kegilaan.

Perniagaan
Nabi Muhammad SAW bersabda, 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan.
Ye. Perniagaan ialah jalan terbaik untuk menjadi kaya. Tetapi nak buat perniagaan apa?
Modal kena ada. Kemahiran juga perlu ada. Saya juga datang dari latar belakang berniaga.
Emak saya mempunyai restoran di Melaka. Bertahun-tahun saya membantu emak
menguruskan perniagaan restoran ini. Perniagaan makanan bukan sesuatu yang mudah.
Sebagai contoh, ikan yang dibeli di pasar borong pada jam 5.00 pagi sehingga menjadi
masakan asam pedas di meja pelanggan pada pukul 8.00 malam, terdapat puluhan proses
yang perlu dilalui. Banyak ​manpower​ yang terlibat. Kepincangan dalam proses ini maka
anda akan mendapat masalah selepas pelanggan makan asam pedas itu. Sama ada
menerima komplen atau dimarahi.
Saya juga tidak pandai memasak maka perniagaan restoran warisan ini tidak dapat saya
teruskan kerana ia memerlukan skil yang tinggi. Dengan itu saya perlu mencari perniagaan
yang baru yang boleh saya kuasai. Saya akan terangkan perniagaan yang saya ceburi
dalam topik yang lain.

Pelaburan
Topik ini memerlukan penjelasan yang lebih mendalam dan merupakan kunci kepada
kebebasan kewangan. Saya akan diskus tentang topik ini dengan lebih lanjut dalam topik ke
lapan.

Saya senaraikan perbezaan antara makan gaji dan berniaga untuk perbandingan.
Berapa banyak duit yang boleh dibuat?
Dengan makan gaji, berapa banyak duit yang boleh dibuat bergantung kepada boss kita.
Manakala dalam perniagaan, kita menentukan sendiri berapa banyak yang kita boleh dapat.
Lagi rajin kita berusaha, lagi cekap kita menjalankan perniagaan, lebih banyak pendapatan
kita. Pendek kata tiada batas berapa juga boleh dicapai. Orang terkaya di dunia pada hari ini
ialah Jeff Bezos. Nilai kekayaan beliau pada tahun 2019 ialah USD $109.9 Bilion. Beliau
ialah individu pertama di dunia mencapai kekayaan melepasi angka 100B. Cuba teka apa
pekerjaan beliau? Ya, beliau ialah pengasas Amazon.com.

Gambar : Jeff Bezos Pengasas Amazon (sumber Google)

Kebebasan Masa
Sekiranya anda mencari kebebasan masa, maka perniagaan seharusnya menjadi pilihan
anda. Dengan berniaga anda boleh menentukan sendiri bila anda mahu kerja, apa yang
hendak dibuat dan bila hendak dibuat.
Sekiranya anda makan gaji, maka kebebasan masa adalah terhad kerana masa anda telah
dibayar oleh majikan. Majikan menentukan bila anda perlu kerja mengikut keperluan
mereka.
Peluang Berkembang
Semua orang inginkan kemajuan dalam hidup. Dalam perniagaan, sekiranya perniagaan
anda mendapat permintaan ramai, anda boleh melihat perniagaan anda berkembang
dengan pantas. Tiada halangan sejauh mana ia boleh berkembang selagi anda mampu
menguruskannya.
Berbeza pula dengan makan gaji, perkembangan kerjaya anda bergantung kepada kenaikan
pangkat. Nak naik pangkat ini kena capai KPI, kena pandai politik dan makan masa juga
sebab ada yang lebih senior.

Risiko
Dalam perniagaan cabarannya ialah peniaga terdedah kepada risiko. Pelbagai risiko ada
dalam perniagaan seperti trend produk yang berubah,perubahan citarasa pelanggan,
persaingan yang semakin sengit dan kegawatan ekonomi. Selain itu, terdapat pelbagai lagi
risiko yang di luar kawalan kita. Sekiranya anda takut kepada risiko kerugian perniagaan,
maka berniaga tidak sesuai dengan anda.
Sebaliknya makan gaji lebih selamat, tidak kira sama ada syarikat untung atau rugi, syarikat
bertanggungjawab secara undang-undang untuk melunaskan gaji anda. Maka jika anda
lebih mahukan sekuriti dan pendapatan yang tetap setiap bulan, maka makan gaji lebih
sesuai untuk anda.

Gambar : Perbezaan Antara Makan Gaji dan Berniaga (sumber Google)


Topik 5: Perniagaan online.

Gambar : Online Business (sumber Google)

Sebenarnya dalam zaman kecanggihan ekonomi ini, kita semua boleh mempunyai
perniagaan online. Dan perniagaan online ini ada yang boleh dibuat secara sambilan. Ini
bermakna anda boleh terus bekerja makan gaji jika mahu (jaminan pendapatan tetap) dan
dalam masa yang sama membina perniagaan online untuk pendapatan tambahan.

Perniagaan onlinelah yang telah mengubah hidup saya 360%. Nanti saya akan terangkan
apa yang saya buat dalam topik seterusnya.

Kita lihat apakah kelebihan utama perniagaan online berbanding perniagaan konvensional.

● Modal dan kos memulakan perniagaan online jauh lebih rendah berbanding
perniagaan konvensional.

● Perniagaan online boleh beroperasi 24 jam sehari 7 hari seminggu.

● Perniagaan online merentasi sempadan.

Apakah Jenis Perniagaan Online Yang Boleh Dimulakan?


Sekarang kita sudah mengetahui kelebihan melakukan perniagaan online. Jadi perniagaan
apa yang kita nak buat? Berikut ialah antara perniagaan yang boleh dimulakan:

Ecommerce

Ecommerce ialah kaedah yang paling banyak digunakan oleh peniaga online. Kalau 10
tahun dahulu, peniaga online membangunkan website sendiri untuk menjual produk mereka.
Tapi sekarang, ada cara yang lebih berkesan iaitu menggunakan shop portal seperti
Lazada, Shopee, Aliexpress dan sebagainya.

Pada awal tahun 2000 saya pernah juga mencuba membuat ecommerce. Saya pernah
menjual barangan kesihatan dan permainan kanak-kanak. Walaupun saya tidak berjaya
dalam perniagaan ini, tapi saya dapat pengalaman bagaimana berurusan dengan pembekal,
bagaimana berurusan dengan pihak kastam (import) dan bagaimana membuat simple
website.

Gagal tak apa, yang penting kita belajar sesuatu. Hidup ini memang macam pelan. Kalau
gagal pelan A, kita cuba pelan B. Gagal lagi, ada lagi banyak pelan untuk sampai ke pelan
Z. Yang penting, jatuh, bangun. Jatuh lagi bangun. Kalau tak ada yang nak bantu kita
bangun, kitalah yang kena bantu diri sendiri. Sebab yang sakit jatuh itu adalah diri kita,
bukan orang keliling kita. Jadi janganlah biarkan sakit terlalu lama, nanti merana. Janganlah
sampai melarat sakit masuk ICU. Bangunlah! Ingat pesan mak saya, JANGAN MATI AKAL.

Gambar : Ecommerce (sumber Google)


Online Tutor/Coaching/Course

Gambar : Online Course (sumber Google)

Ini ialah satu ekonomi baru yang sangat berkembang pesat. Dianggarkan industri ini bernilai
USD $12 bilion pada 2018. Dan wanita dilihat menerajui bidang ini kerana mereka
mempunyai kebebasan masa untuk membuat bisnes ini walaupun telah berkeluarga. Satu
perkara utama untuk membuat bisnes ini ialah kita perlu mempunyai satu-satu kemahiran
khusus. Sebagai contoh, boleh mengajar memasak, boleh ajar ​photography,​ boleh ajar cara
nak kurus, boleh ajar cara buat website dan pelbagai lagi kemahiran khusus. Saya sangat
rekomen rakan pembaca melihat dengan lebih mendalam tentang bisnes ini.
Gambar : Laporan Industri Coaching (sumber Real Business)

Contoh portal:
● Khan Academy
● Coursera
● Skillshare
● Udacity
● Lynda
● Masterclass
Freelancer

Gambar : Laporan Ekonomi Freelance (sumber Entrepreneurs)

Di Barat, freelance ini sudah menjadi kebiasaan. Freelance ialah anda membuat satu-satu
pekerjaan secara contract jangka pendek untuk satu-satu projek khusus. Anda akan dibayar
harga yang dipersetujui antara anda penyedia perkhidmatan dan owner project. Kontrak ini
tamat selepas projek ini selesai. Sebagai freelance anda hanya perlu menyiapkan satu-satu
tugasan secara ​case by case.​ Sebagai contoh, anda ialah arkitek, anda boleh menawarkan
perkhidmatan lukis pelan rumah. Atau anda boleh membuat ​design​, perakaunan,
ghostwriting ​dan sebagainya. Boleh refer contoh portal freelance ini :
https://www.freelancer.com/
https://www.truelancer.com/freelancers-in-malaysia
https://www.upwork.com/o/jobs/browse/?q=malaysia
Pekhidmatan Aplikasi

Gambar : Ekonomi Berasaskan Aplikasi (sumber Google)

Grab, Uber, AirBNB, Gojek, Food Panda adalah contoh-contoh ekonomi baru yang
berkembang pesat. Dalam bisnes model ini kita menjadi kontraktor kepada penyedia aplikasi
dalam memberikan servis kepada pengguna. Walaupun transaksi berlaku secara maya,
tetapi pekerjaannya dilakukan secara offline. Untuk model bisnes ini, sebenarnya kita perlu
juga mengeluarkan modal. Nak bawa grab car kena ada kereta. Nak buat Airbnb kena ada
rumah. Nak buat Food Panda kena ada motorsikal. Bisnes ini sesuai dilakukan untuk
mencari pendapatan tambahan.
Affiliate Marketing

Gambar : Affiliate Marketing (sumber Google)

Affiliate marketing ialah satu bisnes di mana kita bertindak mempromosikan produk dan
servis dari syarikat pengeluar. Terdapat pelbagai syarikat yang menawarkan program
affiliate dari produk pakaian, insurance, sehinggalah ke produk pelaburan. Ini ialah bisnes
yang bagi saya paling dinamik dan tidak perlu mengeluarkan modal besar. Tidak perlu beli
stok. Kita dibayar apabila pelanggan membuat pembelian. Ini bisnes rendah risiko tinggi
pulangan.

Perdagangan Online
Gambar : Perdagangan Online (sumber Google)

Satu lagi cara yang semakin menjadi mainstream ialah menjalankan perdagangan online.
Perdagangan online kini menjadi pilihan kerana perkembangan teknologi smartphone. Kini
semua orang boleh berdagang hanya dengan smartphone sahaja. Seperkara lagi ialah
modal untuk membuka akaun juga kini semakin rendah. Kalau 20 tahun dahulu, seseorang
perlu puluhan atau ratusan ribu ringgit untuk mula perdagangan online. Kini serendah 1 USD
pun sudah boleh memulakan perdagangan online. Terdapat pelbagai instruments yang
boleh didagangkan:
● Matawang (Forex)
● Saham
● Futures
● Commodities
● Cryptocurrency dsb.

Gambar : Statisktik Julat Umur Pedagang Online (sumber Google)


Topik 6: Bisnis pilihan saya.

Saya sendiri sangat berminat dengan perdagangan online. Ditambah pula bisnis ini
mempunyai sistem affiliate. Wah ini kira dua bisnis dalam satu. Jadi inilah bisnis yang akan
saya fokus kan untuk menjana pendapatan.

Kenapakah Saya Memilih Bisnis Ini?

Saya memilih untuk melakukan kedua-dua bisnes ini sekali gus kerana merasakan terdapat
peluang yang sangat baik dan harus direbut. Antara sebabnya ialah:

Bisnis secara global


Bermaksud tiada halangan sempadan. Orang dari mana-mana negara juga boleh
berdagang secara online.

Modal rendah
Untuk membuka akaun brokerage online juga tidak memerlukan modal permulaan yang
besar. $10 atau $1000 semua boleh. Jadi pasaran adalah luas.

Minimal Equipment
Untuk bermula dalam perdagangan juga amat mudah. Kini kebanyakan orang ada
smartphone. Hanya perlu install platform dan pasaran dunia sudah tersedia.

Evergreen
Perdagangan pasaran kewangan ini sentiasa berkembang saban tahun. Boleh kita
anggapkan pasaran untuk peserta runcit juga turut berkembang.
Pasaran Forex

Gambar : Peningkatan Trend Volume Perdagangan Forex (sumber Google/BIS)


Pasaran Saham Global

Gambar : Peningkatan Jumlah Permodalan Pasaran Saham Global (sumber Google/Bloomberg))


Rakan kongsi pilihan saya

Selepas saya membuat keputusan untuk terlibat dalam industri perdagangan online atas
sebab-sebab seperti yang saya nyatakan sebelum ini, seterusnya saya perlu memilih
syarikat (broker) untuk bekerjasama. Ini sebenarnya langkah yang paling penting kerana
syarikat broker ini merupakan kenderaan yang akan kita gunakan untuk sampai ke destinasi.

Sama juga misalannya, contoh kita hendak pergi ke Jepun untuk percutian idaman. Kita
boleh memilih untuk menaiki syarikat penerbangan MAS atau AirAsia dan sebagainya.
AirAsia mungkin nampak murah, tapi semua perkara lain seperti makan, minum, ​hot seats​,
bagasi semua kena bayaran tambahan. Kalau kita baca review pula, banyak yang komplen
penerbangan tertunda sehingga berjam-jam. Mungkin MAS pilihan yang lebih mahal, tetapi
​ an kita boleh tiba ke destinasi​ on time.
semuanya selesa dan ​smooth d

Pada peringkat awal saya tidak mendapat pendedahan untuk memilih syarikat broker yang
betul. Pernah berlaku mimpi ngeri apabila syarikat broker yang saya gunakan GIGFX
menutup website dan duit tidak dapat dikeluarkan. Satu lagi syarikat broker yang saya
pernah gunakan, juga tutup ialah broker PRIME4X. Kalau kita buat kajian kita juga dapati
ada banyak broker yang tutup dan tidak membayar wang pelanggan mereka. Antara yang
paling menggemparkan ialah IRONFX. Syarikat Ironfx bukan calang-calang. Mereka pernah
menaja kelab bola Barcelona!
Gambar :Broker Ironfx Penaja Barcelona (sumber Google)

Berita ini sungguh mengejutkan dunia perdagangan FX kerana jumlah kerugian ialah
ratusan juta USD. Peristiwa ini menjadi mimpi ngeri bagi para pedagang dan para affiliate
yang mempromosikan syarikat broker. Syukur saya tidak terlibat dengan Ironfx.

Setelah beberapa kegagalan dengan kerjasama broker sebelum ini seperti GIGFX dan
PRIME4X saya lebih berhati-hati dalam memilih syarikat broker. Kemudian pada sekitar
2010 saya telah berpeluang untuk bertemu dengan Mr Rahul iaitu wakil broker dari
FXPRIMUS. Setelah mencuba platform, mengetahui latar belakang syarikat, keselamatan
dana yang terjamin maka saya membuat keputusan untuk bersama-sama dengan
FXPRIMUS sebagai syarikat broker pilihan saya.

Walaupun saya menggunakan FXPRIMUS untuk berdagang, saya tidaklah agresif


mempromosikan broker ini sebagai affiliate sehinggalah tahun 2014 selepas saya pulih dari
penyakit yang saya hadapi sebelumnya.
Topik 7: Fokus dan kerja kuat.

2015 Tahun Kebangkitan


Selepas saya agak pulih dari penyakit, timbul satu iltizam yang kuat untuk memperbaiki
ekonomi keluarga. Ini peluang kedua untuk saya. Saya perlu bertindak. Perkara pertama
yang saya buat ialah saya perlu target berapa RM saya perlu capai dalam masa 5 tahun.

Target
Dengan beraninya saya meletakkan sasaran untuk mencapai RM 1 juta simpanan dalam
masa lima tahun. Saya belum ada sebarang perancangan lagi bagaimana nak mencapai
misi ini. Tapi saya tahu angka ini ialah angka kebebasan kewangan. Saya akan terangkan
kenapa angka satu juta ini amat penting dalam topik yang seterusnya. Jadi bermula dari sini
saya mula merangka apakah yang perlu saya lakukan. Pasti sekali yang bujur tak kan
datang bergolek, yang pipih tak kan datang melayang. Sekarang saya ialah lelaki yang telah
mempunyai misi yang jelas. Seterusnya tiada lagi alasan, mari bekerja untuk mencapai misi.

Skill
Oleh kerana saya memang terlalu obses dengan perdagangan online maka inilah jalan yang
saya perlu ambil. Saya telah menggariskan untuk menguasai tiga skil secara serentak untuk
mencapai misi saya. Ada yang saya tahu sikit-sikit. Ada yang memang tak tahu apa-apa
lagi. Tiga skil yang saya perlu pelajari ialah secara teori dan praktikal ialah

Menguasai perdagangan forex


Menguasai teknik marketing
Menguasai teknik pelaburan

Untuk itu saya banyak membuat pembacaan topik yang berkaitan. Ada yang saya beli buku,
ada yang saya tengok YouTube. Sebenarnya belajar sendiri tanpa mentor ini memang
susah dan makan masa. Masalahnya ialah kita tidak tahu apa yang kita tidak tahu. Jadi bila
begitu kita tak tahu apa yang perlu dicari. Maklumat yang kita dapat dengan cara begini
sangat berterabur dan tidak berstruktur. Akhirnya kita jadi​ information overload.​ Kita tak tahu
mana info yang perlu mana yang tak perlu. Jadi saya cadangkan rakan pembaca sekiranya
ingin menguasai satu-satu perkara, sebaiknya mencari mentor yang telah berjaya dalam
bidang tersebut. Ini sebenarnya menjimatkan masa, tenaga dan wang.
Seterusnya, menguasai ​skill​ itu satu perkara, dan menjadikan satu bisnes itu berjaya adalah
satu perkara yang lain. Perumpamaannya ialah, ramai yang pandai memasak. Mungkin
rakan pembaca juga sangat hebat memasak. Tapi adakah kita berjaya sebagai tukang
masak? Mungkin juga masakan kita lebih sedap dan kreatif dari Chef Wan, tapi adakah kita
berjaya menjadi berjaya sepertimana Chef Wan? Jadi di sinilah bezanya, iaitu semangat
keusahawanan berbeza antara setiap individu. Chef Wan menjadi seorang yang pakar
dalam bidang masakan, dan beliau menjadikan ​core​ ilmu masakan untuk membuat
bisnis-bisnis berkaitan masakan. Sebagai contoh, penulisan buku resepi, membuka
restoran, mengadakan kelas masakan, menjadi juri pertandingan masakan, menjadi
pengacara rancangan masakan. Membuat siri TV untuk masakan-masakan antarabangsa
dan sebagainya. Jadi inilah sebabnya, kenapa kita mungkin mahir dalam satu-satu perkara,
tetapi kita gagal untuk menjadikannya sebagai satu bisnes.

MULA TINDAKAN - FULL SWING

Pada tahun 2015 suasana perniagaan sangat mencabar terutama sekali disebabkan oleh
polisi baru kerajaan. Pertama ialah perlaksanaan gaji minimum. Kedua ialah perlaksanaan
GST. Ditambah pula dengan emak saya yang semakin berusia, saya berbincang dengan
emak untuk menutup perniagaan restoran keluarga ini. Berat rasa hati kerana perniagaan ini
ialah warisan dari arwah ayah saya. Kami adik beradik membesar dan dengan hasil
perniagaan restoran ini. Ini ialah keputusan yang paling berat pernah saya lakukan di dalam
hidup. Simpanan duit pun tidak ada, saya perlu bertindak segera. Kerana dengan menutup
restoran ini saya telah terputus mata pencarian. Sekarang saya betul-betul ​desperate.​Saya
betu-betul terdesak. Tiada lagi menoleh ke belakang. Waktu itu isteri saya juga tidak bekerja
dan hanya suri rumah dengan empat orang anak yang masih kecil.

Jadi dengan sedikit modal yang ada saya fokus kepada perdagangan forex dan membuat
affiliate syarikat broker FXPRIMUS. Saya juga mula aktif dengan media sosial Facebook
sebagai alat pemasaran. Bersama beberapa orang rakan yang juga trader dan affiliate
FXPRIMUS kami membuat Roadshow FXPRIMUS di seluruh Malaysia. Ini lah sebenarnya
aktiviti yang telah memberikan impak yang besar dalam kerjaya saya sebagai trader dan
affiliate broker. Pertama pihak broker dapat melihat dan menilai berapa tinggi usaha kita
mempromosikan syarikat. Kedua kami kini lebih dikenali di persada FX Malaysia. Sepanjang
satu tahun melakukan ​roadshow​ di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak, lebih dari
10,000 orang pelanggan baru menyertai FXPRIMUS.

Bisnis Affiliate - Tindakan

Gambar : Roadshow Miri

Gambar : Roadshow Johor Bahru


Gambar : Roadshow Kota Kinabalu

Gambar : Roadshow Butterwoth Penang

Gambar : Roadshow Kuala Terengganu


Gambar : Roadshow Kuala Lumpur

Gambar : Roadshow Johor Bahru

Gambar : Roadshow Sungai Petani Kedah


Gambar : Roadshow Melaka

Gambar : Roadshow Putra Jaya


Gambar : Roadshow Kuala Lumpur

Gambar : Roadshow Pulau Pinang

Bisnis Perdagangan Online- Tindakan

Untuk trading saya sentiasa berusaha membaiki cara saya menganalisa pasaran. Tugas
utama sebagai trader ialah kita perlu sentiasa menganalisa pasaran sebelum membuat
keputusan perdagangan untuk apa juga pasaran seperti forex, saham dan sebagainya. Dari
masa ke semasa saya akan terus mengkaji untuk memahami bagaimana pasaran ini
bertindak. Alhamdulillah, walaupun saya tidak mampu untuk betul 100%, sebenarnya
dengan betul 60% dalam keputusan perdagangan sudah cukup baik dengan mengamalkan
risk to reward​ yang betul.

Berikut saya sertakan contoh-contoh analisa perdagangan sebelum dan selepas. Semua
analisa saya dikongsi secara umum di platform tradingview.
https://www.tradingview.com/u/ShukriMahadi/

Gambar : Carta GBPJPY Sebelum


Gambar : Carta GBPJPY Selepas

Gambar : Carta NZDUSD Sebelum


Gambar : Carta NZDUSD Selepas

Gambar : Carta EURNZD Sebelum


Gambar : Carta EURNZD Selepas

Gambar : Carta GOLD Sebelum


Gambar : Carta GOLD selepas

Ada kajian mengatakan bahawa untuk menjadi pakar dalam sesuatu bidang, kita perlu
membuat perkara yang sama berulang-ulang kali sehingga 10 ribu kali. Ini dikenali sebagai
rules of ten thousand hours/times​. Sebagai contoh, kalau kita hendak jadi pelukis yang
bagus, kita mesti berlatih menghasilkan sepuluh ribu lukisan. Kalau kita hendak menjadi
penyanyi yang hebat, kita perlu berlatih menyanyi sepuluh ribu buah lagu. Begitu juga,
sekiranya kita mahu menjadi trader yang bagus, kita perlu berlatih sepuluh ribu ​charting​.
Topik 8: Kunci kepada kebebasan kewangan.

Pendapatan yang saya dapat dari kedua-dua aktiviti bisnes affiliate dan perdagangan ini
saya kumpul. Tujuannya ialah untuk membuat pelaburan. Saya akan terangkan piramid
pelaburan untuk membina portfolio anda.

Gambar : Piramid Risiko Pelaburan (sumber Google)

Piramid pelaburan dibahagikan kepada empat kelas berdasarkan risiko setiap kelas :
● Risiko paling rendah - kelas 1
● Risiko rendah - kelas 2
● Risiko sederhana - kelas 3
● Risiko tinggi - kelas 4

Untuk melakukan portfolio berimbang (​balanced portfolio)​ dicadangkan mengikut pecahan


seperti ini:
Kelas Risiko Pulangan Pulangan Peratus
Dijangka Pecahan

1 dan 2 Rendah Rendah 3% - 8% 50%

3 Sederhana Sederhana 10% - 20% 40%

4 Tinggi Tinggi Lebih 20% 10%

Sebagai contoh, kita mempunyai simpanan RM100,000.00, maka pecahan yang berimbang
ialah,

Kelas Risiko Pulangan Peratus Nilai


Pecahan

1 dan 2 Rendah Rendah 50% RM 50,000.00

3 Sederhana Sederhana 40% RM 40,000.00

4 Tinggi Tinggi 10% RM 10,000.00

Total RM 100,000.00

Ideanya ialah, kita tak boleh simpan semua di dalam kelas 1 dan 2 kerana pulangan yang
kita dapat akan ditelan oleh inflasi. Sekiranya kita simpan RM 100,000.00 tadi semuanya di
dalam akaun saving dengan faedah 2% sedangkan kadar inflasi ialah 4%, maka duit
simpanan kita tadi sebenarnya menyusut dari segi nilai sebanyak 2%.
Kita juga tidak boleh menggunakan semua duit kita kepada pelaburan berisiko tinggi kerana
lebih tinggi pulangan yang diharapkan, maka lebih tinggi juga risiko yang perlu dihadapi.

Bagaimana saya menyusun portfolio saya?

Untuk mencapai kebebasan kewangan, saya memfokuskan kepada pelaburan kelas kedua.
Instrumen yang saya maksudkan ialah pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB). Setiap
bulan pendapatan yang saya jana dari perdagangan forex, saham dan bisnes affiliate saya
akan masukkan ke dalam akaun ASB. Target saya ialah untuk mempunyai aset ASB bernilai
RM 1 JUTA. Selepas itu baru lah saya akan melihat kepada peluang didalam pelaburan
kelas 3 dan 4.

Kita lihat bagaimana RM1 JUTA asset ASB menjadikan kita bebas kewangan.
Berikut ialah sejarah dividen ASB

Gambar : Sejarah Dividen ASB (sumber Google/BH)

Berdasarkan sejarah dividen di atas, kita dapat melihat purata dividen tahunan ASB ialah
7% setahun dan boleh dikatakan pelaburan ASB tiada risiko kerugian duit pokok langsung.
Apakah ada pelaburan yang lebih tinggi pulangan dari ini? Ya, memang ada. Tetapi
risikonya juga akan meningkat tinggi. Sama ada kerugian ataupun kehilangan modal terus.
ASB ialah dijamin kerajaan.
Dengan mempunyai asset tunai ASB bernilai RM 1 juta,

● Asset ASB = RM 1 JUTA


● Pulangan = 7% setahun
● Nilai pulangan = RM 70 ribu setahun
● Purata bulanan = RM 5800 sebulan

Inilah kunci kebebasan kewangan. Dengan RM 1 juta didalam ASB kita mampu meraih
sehingga RM 6000 pendapatan bulanan tanpa risiko. Pada pandangan saya dengan
pendapatan pasif RM 6000 sebulan, kita sudah boleh hidup selesa di Malaysia. Inilah
aset saya yang utama, sekiranya saya tidak lagi boleh bekerja atau telah pergi, isteri
dan anak-anak saya akan mampu meneruskan kehidupan dengan selesa. InsyaAllah.
Sekiranya anda juga ingin mencapai kebebasan kewangan dengan pendapatan pasif,
maka anda juga perlu berusaha dan fokus untuk mencapai angka keramat ini, iaitu
pelaburan ASB RM1 JUTA.

Info:
ASB menetapkan quota RM200 ribu bagi setiap penama.
Saya, isteri dan empat orang anak boleh membuka maksima RM200 ribu seorang.
Sekiranya anda bujang, maka anda boleh memilih Amanah Saham Malaysia (ASM) dengan
kadar pulangan dividen sedikit rendah dari ASB. Kini ada juga ASB 2 untuk anda melabur.
Topik 9: Kejayaan yang telah saya capai.

Kebebasan Kewangan 40

Saya bersyukur kerana menjelang umur 40 tahun saya telah mencapai kebebasan
kewangan. Saya mengambil masa sekitar lima tahun untuk mencapai apa yang telah saya
gariskan. Antara pencapaian hidup saya yang boleh saya banggakan ialah:

Anugerah dari FXPRIMUS

Gambar : Majlis Gala Dinner FXPRIMUS (Kiri Merry Lin / Kanan Linda Ahmad)
Membina rumah bernilai RM1.5 Juta

Gambar : Rumah Banglo Di Ayer Keroh Melaka

Membeli kereta idaman

Gambar : Kereta-Kereta Idaman


Percutian keluarga

Gambar : Percutian di London

Gambar : Percutian di Maldives


Gambar : Percutian di Paris

Gambar : Percutian di Disney Paris


Gambar : Percutian di Australia

Dijemput melawat ke ibu pejabat broker

Gambar : Ibu pejabat FXPRIMUS Cyprus


Gambar : Ibu pejabat FPMARKETS Sydney

Menjadi Speaker Di Acara Antarabangsa

Gambar : Barisan Speaker Antarabangsa di Africa Tradersfair 2019


https://africa.tradersfair.com/?fbclid=IwAR2Xqg5VT3JXduTWJjr0NVUxgzvPoaBN4XmTiboOxRVBFzfPHUUVKU54o-U
Topik 10: Bagaimana Anda Juga Boleh Berjaya

Itulah sedikit cerita saya bagaimana saya bangun semula untuk mengejar impian. Bermula
dari katil ICU dan pengalaman hampir mati membuatkan saya mengatur semula hidup saya.
Rakan pembaca tidak perlu untuk menunggu pula sehingga mengalami seperti saya baru
hendak bermula. Rahsianya ialah MULA BERTINDAK. Mulakan tindakan dengan rancangan
yang jelas. Kemudian tanpa sebarang alasan, terus bekerja mencapai tujuan. Ya, jalan ke
arah kejayaan bukan jalan yang lurus, ianya perjalanan yang penuh ranjau dan onak diri.

Kesimpulannya,
Berikut ialah tiga resepi kejayaan yang penting bagi semua rakan pembaca untuk mencapai
kejayaan dalam apa jua bidang yang ingin diceburi.

Pertama ialah mencari mentor.​


Mentor mestilah orang yang telah menguasai sesuatu bidang dan telah terbukti berjaya di
dalam bidang tersebut. Mentor yang baik akan memberi tunjuk ajar serta memimpin anda ke
arah mencapai objektif. Mentor yang berpengalaman akan memendekkan perjalanan anda
​ entor yang bagus akan
kerana mereka telah melalui perjalanan yang sama. Jangan ​expect m
melakukan secara percuma. Sebagai contoh, Bill Gates sudah kaya, maka tak perlulah jual
perisian ​Microsoft Office,​ bagilah percuma sahaja..kata nak bantu semua orang!
Mungkinkah ini terjadi? Tidak, bukan! Begitu juga dengan mentor.

Kedua ialah jelas dengan misi​.


Anda perlu jelas dengan misi anda. Anda tidak boleh sekadar meletakkan sasaran ingin jadi
kaya. Perlu jelas, berapakah jumlah yang anda inginkan. Bilakah anda ingin mencapai target
itu. Dan bagaimana anda mahu mencapai target itu. Setelah anda jelas, teruskan dengan
tindakan. Jangan tunggu masa yang sesuai. Kerana masa yang sesuai ialah sepatutnya
lima tahun dahulu. Kalau dah terlepas lima tahun dahulu, maka masa kedua yang terbaik
ialah sekarang.
Kalaulah dahulu Steve Jobs perlu menunggu masa yang terbaik untuk menghasilkan
Iphone, iaitu perlu ada internet yang laju, perlu ada screen gorila terbaik, perlu ada bateri
kecil yang berkapasiti 5000mah, perlu ada 1 juta apps, maka Iphone tidak akan dihasilkan
pada tahun 2007. Beliau perlu menunggu sehingga tahun 2019 untuk menghasilkan Iphone
sebab semua perkara tadi hanya ada pada tahun 2019. Sekarang anda nampak bukan
bagaimana usaha boleh memudahkan cara. Buktinya Steve Jobs telah berjaya
menghasilkan Iphone pada zaman belum lagi canggih seperti sekarang. Kerana apa beliau
berjaya? Kerana beliau bertindak.

Ketiga ialah harga.


Setiap kejayaan itu mempunyai harga yang perlu dibayar. Sekiranya anda perlu belajar 10
skill, maka itu perlu dilakukan. Sekiranya anda perlu bangun pukul 3 pagi, maka itu perlu
dilakukan. Sekiranya anda perlu berjumpa 1,000 orang, maka itu perlu dilakukan. Semuanya
perlu dibayar tanpa alasan dan tidak boleh berhutang.Anda kenal Usain Bolt, pelari
terpantas dunia? Adakah beliau lahir sahaja di dunia terus menjadi pelari terpantas? Sudah
pasti tidak. Beliau bangun seawal pagi setiap hari untuk berlari berpuluh-puluh kilometer.
Beliau berlatih berjam-jam di dalam ​gym​ untuk stamina. Beliau menjaga pemakanan beliau
dengan ketat dan pelbagai bentuk latihan lagi untuk menjadi juara dan pelari terpantas
dunia. Itu lah harga yang beliau perlu bayar untuk berjaya di dalam bidang yang beliau
ceburi. Maka kalau anda ingin berjaya dalam apa jua bidang yang anda mahu, maka anda
juga perlu membayar harga kejayaan. Saya telah membayar harga yang saya perlu bayar.
Topik 11: Kuasa Penuh

Perjalanan ini ialah perjalanan anda. Keluarga, kawan-kawan, mentor dan orang lain
mungkin boleh memberi sokongan untuk anda berjalan. Tetapi anda tetap perlu berjalan
sendiri. Andaikan perjalanan ini seperti anda seorang ​pilot k​ apal terbang.

Gambar : Cockpit Kapal Terbang Sebelum Berlepas

Untuk menaikkan kapal terbang di udara, kapal terbang perlu berada di landasan yang betul.
Kapal terbang perlu elok serba serbi. Minyak perlu mencukupi. ​Pilot ​akan menarik ​gear
100% dan memadam lampu dan memperlahankan pendingin hawa untuk memberi sepenuh
​ kan menekan minyak sehingga habis, supaya kapal
tenaga kepada enjin. Kemudian, ​pilot a
terbang ini dapat bergerak dengan laju sekali. Semua ini diperlukan untuk melawan tarikan
graviti yang menarik kapal terbang untuk terus berada di permukaan.

Begitulah ibaratnya perjalanan anda untuk mencapai kejayaan. Perlu ada tenaga yang
cukup kuat untuk melawan tarikan graviti yang mahukan anda kekal di takuk yang lama.
Anda perlu ​FULL THROTTLE​ untuk dapat terbang tinggi.

Yang menariknya ialah, apabila kapal terbang sudah berada tinggi di udara, sebenarnya
pilot s​ udah boleh memadamkan enjin. Kapal terbang masih tetap boleh terbang walaupun
enjin telah dimatikan dengan hanya menggelungsur di udara. Dan kapal terbang ini juga
boleh mendarat tanpa enjin dihidupkan.
Itulah hakikatnya, kita hanya perlukan seluruh tenaga, kekuatan dan fokus yang tinggi di
peringkat awal sahaja. Selepas sampai satu tempoh, semuanya akan jadi lebih mudah.
InsyaAllah kita akan sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Kini masa untuk anda
memulakan penerbangan anda pula.

Bagi menutup perkongsian saya untuk buku I.C.U ini, suka saya memetik satu kata-kata
pujangga,
BUKAN SALAH KITA JIKA DITAKDIRKAN KITA DILAHIRKAN MISKIN,
TETAPI MEMANG SALAH KITA JIKA KITA JUGA MATI DALAM KEADAAN MISKIN.

SEKIAN.
LAWATI WEBSITE SAYA UNTUK MENGETAHUI
SERVIS-SERVIS YANG SAYA TAWARKAN:

WWW.SHUKRIMAHADI.COM

You might also like