You are on page 1of 74

”Idea-idea yang perlu diketahui oleh semua

Orang untuk mencari pendapatan sampingan


bagi menikmati kehidupan yang lebih selesa”

MUHAMAD ANUAR BIN MARSIB


http://www.sembanghari2.blogspot.com
© 2011 HAKCIPTA TERPELIHARA
7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

Notis Undang-undang & Penafian


Ebook ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan menyalurkan maklumat
umum mengenai perkara yang dibincangkan. Segala usaha telah dilakukan untuk
memastikan ebook ini menepati matlamat dengan tepat dan betul pada masa ia
diterbitkan.

Idea yang disebutkan dalam ebook ini mungkin tidak sesuai 100% untuk setiap
individu. Tiada sebarang jaminan samada semua orang mampu mendapat hasil
yang sama dengan teknik atau maklumat yang diberikan kerana kita berbeza dari
segi kemahiran, pengetahuan, pemahaman dan apa jua faktor kemanusiaan.

Kita hanya mampu merancang dan berusaha untuk mendapatkan ilmu dan rezeki
seperti yang dikehendaki. Tetapi rezeki ditentukan oleh tuhan yang maha
berkuasa. Sehubungan itu sebarang libialiti atau kerugian tidak boleh
dipertanggungjawabkan kepada penulis atau pengeluar ebook ini.

Hakcipta ebook ini milik sepenuhnya MUHAMAD ANUAR BIN MARSIB atau
http://www.sembanghari2.blogspot.com

Dengan ebook ini, ANDA :


[Boleh] diberikan sebagai bonus dalam laman web jualan anda
[Boleh] dijual semula sebagai Produk Master Resale Rights
[ Boleh] dipakejkan di website anda
[ Boleh] diletakkan di laman web keahlian berbayar
[Boleh] diberikan secara percuma kepada orang lain
[Tidak Boleh] dijual semula di web lelong atau shoping chart
[Tidak Boleh] diletakkan di dalam web forum, portal & komuniti
[Tidak Boleh] mengaku ia produk anda sendiri
[Tidak Boleh] mengedit apa jua isi kandungan dalam ebook ini
[Tidak Boleh] copy/paste isi kandungan ebook ini ke tempat lain

Sebarang aduan sila emailkan kepada anuarmarsib@gmail.com

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 1


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

BIODATA PENULIS

• Nama: Muhamad Anuar Bin Marsib

• Umur: 30 Tahun

• Asal: Kampung Gajah, Perak

• Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (KUiTTHO)

Sarjana Pendidikan (UTHM)

• Pekerjaan: Sektor Kerajaan

• Tempat Bekerja: Politeknik Mukah Sarawak

• Mula mengenali perniagaan internet: Disember 2009

• Sifu Perniagaan Internet: Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet)

En. Jamaluddin Bahari (pakar e-book)


• Sifu Dalam Bidang Keusahawanan: Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Dato’ Dr. Rusly Bin Abdullah (Chef Li)


• Laman Web/Blog yang dimiliki: http://www.sembanghari2.blogspot.com

http://discount-hari2.blogspot.com

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 2


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

PENDAHULUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bersyukur saya ke hadrat illahi


kerana akhirnya berjaya menyiapkan edisi PERCUMA ebook “7 Strategi
Tambah Wang Saku”.

Panduan serta teknik yang terkandung dalam ebook ini diharapkan dapat
dijadikan sebagai penunjuk jalan dan pemberi semangat untuk kita sama-sama
berusaha meningkatkan kedudukan kewangan kita pada hari ini. Jadi saya harap
anda dapat mempraktikkan segala strategi yang dibincangkan dalam ebook ini.

Strategi-strategi yang didedahkan dalam ebook ini mungkin bukan sebuah


strategi yang sempurna. Ianya perlu difahami dan sentiasa memperbaiki strategi-
strategi ini dari semasa ke semasa mengikut keadaan. Jadi dengan perkongsian
ini, mungkin anda dapat memperbaiki lagi idea-idea ini supaya boleh
memperolehi hasil yang lebih memuaskan.

Saya amat berharap idea yang terkandung dalam ebook ini akan dapat
membakar semangat anda menambahkan pendapatan bulanan anda. Insya
Allah mudah-mudahan kita akan dimurahkan rezeki. Jika panduan saya ini dapat
memberikan anda pendapatan yang lumayan pada suatu hari nanti saya harap
anda sentiasa bersyukur kepada tuhan yang melimpahkan rezeki kepada anda.
Semoga anda terus maju dalam bidang yang anda ceburi.

Sekian, terima kasih

Yang benar,
MUHAMAD ANUAR BIN MARSIB
http://www.sembanghari2.blogspot.com
http://discount-hari2.blogspot.com

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 3


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

PENGENALAN

7 STrategi Tambah Wang Saku merupakan perkongsian yang perlu


diketahui oleh semua orang bagi merealisasikan impian mereka untuk menikmati
kehidupan yang lebih selesa pada masa akan datang. Ianya diberikan secara
percuma kepada Follower dan pengunjung blog Sembang Hari2.

Dalam e-book ini anda akan didedahkan dengan strategi-strategi yang


boleh anda laksanakan bermula dari teknik mengurus wang dengan betul dan
seterusnya strategi untuk mengembangkan atau menggandakan wang anda
samada secara perlahan atau secara agresif.

Setiap strategi yang dikongsikan dalam e-book ini adalah realistik. Namun
setiap strategi yang dikongsikan ada risiko untung rugi. Ianya sebagai suatu
lumrah dalam bidang pelaburan dan perniagaan.

Justeru itu setelah memahami isi kandungan e-book ini anda perlu bijak
mentafsir peluang dan seterusnya memanfaatkan setiap peluang yang
terbentang di hadapan anda untuk merealisasikan impian menikmati kehidupan
yang selesa.

Semoga e-book ini memberi matlumat berguna kepada anda, dan dapat
membantu membuka minda anda untuk berfikir dan bertindak sebagai seorang
jutawan. Diharapkan dengan perkongsian 7 strategi ini dapat membantu lebih
ramai rakyat Malaysia menjana pendapatan tinggi bagi menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi.

Sekian, salam kejayaan dari admin Blog Sembang Hari2. Semoga anda
dapat menjadi seorang yang dermawan pada suatu hari nanti.

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 4


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

BAB 1

STRATEGI PENGURUSAN WANG

Perkara terpenting untuk membantu meningkatkan kedudukan kewangan


anda adalah melalui strategi pengurusan wang yang betul. Tanpa pengurusan
wang yang betul, kebarangkalian untuk anda menghadapi masalah kewangan
tetap ada walaupun anda mempunyai pendapatan RM10,000 sebulan. Ini suatu
realiti. Ramai dikalangan kita pada hari ini mempunyai pendapatan tinggi, tetapi
hidup dalam kesengsaraan akibat berhutang sana sini. Jadi sebelum anda
melangkah lebih jauh dalam e-book ini, lebih baik sekiranya anda membuat
semakan dan muhasabah diri terhadap pengurusan kewangan anda sekarang.
Cuma anda tanya kepada diri anda mengenai soalan-soalan berikut:-

1. Adakah anda seorang yang boros berbelanja?


2. Adakah anda mengalami masalah kewangan setiap hujung bulan?
3. Adakah anda terpaksa membuat pinjaman bank untuk kegunaan
perbelanjaan harian?
4. Adakah anda terpaksa menggunakan kad kredit untuk membeli barang
keperluan harian disebabkan kehabisan wang tunai di tangan dan
dalam simpanan?
5. Adakah anda pernah gagal membayar ansuran pinjaman kereta,
rumah, pinjaman, bil api, bil air, bil astro dan sebagainya?

Jika anda ada mengalami masalah-masalah di atas, anda telah


melakukan satu tindakan yang tepat dengan membaca e-book ini. Ayuh! Mari
kita mulakan pembacaan selanjutnya.

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 5


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

1.1 PENJIMATAN

Pengurusan wang yang betul tidak akan lari daripada menggunakan


perkataan ini iaitu ”Penjimatan”. Penjimatan tidak bermakna anda langsung tidak
boleh membelanjakan wang anda. Itu merupakan prinsip Haji Bakhil seperti yang
anda pernah tonton dalam filem klasik Melayu lakonan Tan Sri P. Ramlee yang
berjudul Labu-Labi. Pastinya anda akan merasa hidup tertekan sekiranya anda
melaksanakan teknik penjimatan seperti itu.

Penjimatan yang saya maksudkan di sini adalah anda perlu


membelanjakan wang anda secara berkhemah. Dalam ajaran agama Islam
setiap penganutnya di suruh supaya bersederhana dalam setiap aspek
kehidupan. Begitu juga kempen yang dilaksanakan oleh kerajaan iaitu ”Berjimat
Cermat Amalan Mulia”.

Untuk berbelanja secara berhemah anda perlu mengenal pasti antara


keperluan dan kemahuan. Anda perlu berbelanja berdasarkan keperluan tetapi
bukan kemahuan. Bagaimana untuk anda mengenal pasti apa yang
dimaksudkan dengan keperluan dan apa pula yang dimaksudkan dengan
kemahuan?

Keperluan merupakan perkara asas yang diperlukan oleh setiap orang


pada sesuatu masa (zaman) cukup sekadar untuk memberi kemudahan yang
sepatutnya tanpa perlu bermewah-mewah untuk kepuasan diri. Setiap zaman
berbeza keperluannya. Contohnya suatu ketika dahulu pelajar Universiti tidak
memerlukan komputer untuk menyediakan tugasan, kerana kebanyakan tugasan
boleh disiapkan dengan tulisan tangan. Tetapi pada hari ini kebanyakan tugasan
perlu disediakan secara bertaip, supaya pelajar dapat menyediakan tugasan
melalu perlbagai sumber maklumat yang tidak terhad yang boleh didapati dalam
talian internet.

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 6


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

Jadi dalam situasi ini komputer telah menjadi suatu keperluan. Justeru itu
setiap pelajar Universiti memerlukan komputer untuk memenuhi keperluan
pengajiannya di Universiti.

Saya ambil satu contoh lagi iaitu tentang pengangkutan. Suatu ketika
dahulu memiliki sebuah kereta merupakan suatu perkara yang hanya mampu
dimiliki oleh orang-orang kaya dan berada. Pada ketika itu kereta merupakan
kemahuan dan bukan keperluan. Disebabkan pengeluaran kereta pada ketika itu
adalah terhad, harga kereta terlalu mahal untuk dimiliki. Ianya hanya mampu
dimiliki oleh golongan berada.

Tetapi pada hari ini kereta merupakan satu keperluan. Setiap keluarga
memerlukan sebuah kereta. Namun begitu keperluan memiliki kereta merujuk
kepada kemampuan dan bilangan ahli keluarga. Sebuah keluarga kecil dengan
pendapatan bersih seisi rumah RM 2,000 sebulan memadai dengan hanya
memiliki sebuah kereta kancil. Bukan membeli sebuah kereta Toyota Vios untuk
memenuhi kemahuan bagi menjaga ’standard’ di mata rakan-rakan, sanak
saudara dan jiran tetangga.

Menurut pakar kewangan, agihan pendapatan sebanyak 15% sahaja


daripada pendapatan kita boleh digunakan untuk membayar ansuran bulanan
kereta. Pinjaman pembelian kereta yang ideal menurut pakar kewangan adalah 3
tahun sahaja, dan pada pendapat saya paling lama pun 5 tahun. Ini bagi
mengelakkan anda menghadapi masalah pada masa akan datang. Perlu diingat
harga kereta semakin susut setiap tahun. Faedah yang dikenakan ke atas
pembelian kereta pula semakin tinggi, sekiranya tempoh pinjaman semakin
lama. Jadi fikir-fikirkanlah kereta apa yang sesuai anda miliki dengan
menggunakan 15% daripada pendapatan anda dan pinjaman dibuat dalam
tempoh 3 tahun.

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 7


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

Contoh seterusnya untuk membezakan antara keperluan dan kemahuan


adalah telefon bimbit. Pada hari ini telefon bimbit merupakan satu keperluan.
Setiap orang memerlukannya tidak kiralah anda seorang suri rumah, pelajar IPT,
pekerja binaan, pekerja pembersihan, pemandu, dan sebagainya. Tetapi harus
diingat keperluan memiliki telefon bimbit sekadar untuk perhubungan.

Anda tidak seharusnya membeli atau menukar telefon bimbit sedia ada
dengan telefon bimbit model terkini dengan spesifikasi yang lebih canggih seperti
dilengkapi dengan kamera 15MP, TV, Bluetooth, GPRS, Game 3 Dimensi,
Radio, WIFi, dan sebagainya. Mungkin anda akan berasa puas hati dan bangga
dengan berpeluang memiliki telefon bimbit dengan ciri-ciri yang saya sebutkan di
atas. Tetapi adakah berbaloi dengan kedudukan kewangan anda sekarang? Dan
Adakah semua spesifikasi tersebut menjadi keperluan anda atau sekadar hanya
memenuhi kemahuan? Jadi fikir-fikirkanlah dengan minda yang terbuka.

Selain itu beberapa contoh perbezaan lagi antara keperluan dan


kemahuan yang perlu anda fikirkan untuk menyelamatkan diri anda daripada
menghadapi masalah kewangan di kemudian hari. Ianya disenaraikan seperti
dalam jadual berikut:-
KEPERLUAN KEMAHUAN
TV Warna Biasa 21” TV Warna ”Flat Screen” 42”
Pakaian yang dibeli di pasar raya atau Pakaian fesyen terkini yang ditempah
di tempah dari kedai jahit biasa dari pereka fesyen terkenal
Motosikal berkuasa kecil di bawah 150 Motosikal kuasa besar yang melebihi
CC 250 CC
Makan di kedai makan biasa atau Makan di restoran Mewah dan
warung tepi jalan Berprestij yang dikunjungi oleh orang-
orang ternama

Banyak lagi contoh yang boleh anda fikirkan untuk membezakan antara
keperluan dan kemahuan selain yang disenaraikan dalam jadual di atas. Jadi

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 8


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

pesanan saya sebelum membelanjakan wang anda untuk membeli sesuatu


diharap anda dapat berbincang bersama pasangan anda, kenal pasti ianya
samada keperluan atau kemahuan.

Secara rumusannya keperluan memadai untuk digunakan bagi


melengkapkan dan memudahkan kehidupan anda seharian. Tanpa keperluan
urusan kehidupan anda tidak berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan.

Kemahuan pula adalah suatu keperluan yang mewah atau bukan


keperluan yang dibeli untuk memuaskan nafsu membeli dan keegoan dalam
menjaga ’status’ diri. Jadi sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lebih
lanjut tentang petua penjimatan dan teknik pengurusan wang anda boleh layari
laman web berikut:-
Petua Jimat Duit (Klik Di Sini)

1.2 AGIHAN 70%-30% DARI SUMBER PENDAPATAN

Setelah anda tahu betapa pentingnya penjimatan dalam pengurusan


wang, seterusnya anda perlu mengetahui cara untuk mengagihkan pendapatan
anda. Menurut pakar kewangan anda hanya boleh membelanjakan 70%
daripada pendapatan anda untuk perbelanjaan seharian. 70% ini termasuklah
senarai perbelanjaan seperti berikut:-

a. Membayar bil elektrik, air, astro, telefon, prepaid, dll


b. Membayar ansuran pinjaman kereta, rumah, sewa rumah, dll
c. Membayar hutang kad kredit, pinjaman pendidikan dan pinjaman
peribadi (sekiranya ada)
d. Untuk keperluan hidup seperti makan, minum, pakaian, alat mekap,
minyak kereta dan sebagainya
e. Membayar lain-lain hutang yang ada seperti pinggan mangkuk,
perabot dan sebagainya.

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 9


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

Manakala 30% lagi daripada agihan pendapatan anda akan digunakan


untuk pelaburan bagi memperbaiki taraf sosio-ekonomi anda. Sebagai contoh
sekiranya anda memperolehi pendapatan RM2000 sebulan, anda hanya boleh
membelanjakan sebanyak RM1400(70%) untuk kegunaan perbelanjaan harian
pada bulan tersebut sahaja. Baki RM600(30%) anda gunakan untuk pelaburan
bagi menjana kekayaan.

10% pertama (RM200) daripada agihan 30% tersebut anda gunakan


untuk kebajikan. Samada untuk menolong orang tua, anak yatim dan menderma.
Harus diingat dengan rezeki yang berkat akan membawa kebahagiaan dan
tuhan akan melipat gandakan rezeki kita. Ianya bukan sebuah mitos. Banyak
kisah-kisah benar yang pernah saya baca di internet dan buku-buku tentang
rezeki yang melimpah ruah diterima oleh orang- orang yang suka menderma.
Sebagai contoh seorang dermawan dan jutawan terkenal Tan Sri Syed Mokhtar
Al Bukhari. Beliau merupakan seorang yang cukup dermawan. Sifat dermawan
beliau dapat digambarkan dengan penubuhan Yayasan Al-Bukhari sebagai
sebuah badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin,
menyokong perkembangan seni dan budaya islam.

Berkat dari sifat pemurah beliau, tuhan telah melimpah ruahkan rezeki
beliau. Kini beliau telah memiliki beberapa perniagaan seperti import eksport
pakaian berjenama, perniagaan perkapalan, penglibatan dalam projek
penswastaan dan memiliki saham dalam pelbagai syarikat yang berkembang
maju. Dianggarkan nilai kekayaan Tan Sri Syed Mokhtar bernilai RM 1.67 billion
yang menjadikan beliau usahawan bumiputra yang terkaya di Malaysia.
Disebabkan itu, dalam agama islam mewajibkan umatnya untuk membayar
zakat. Dengan membayar zakat akan dapat menyucikan harta dan tuhan akan
memurahkan rezeki kita dari sumber yang tidak disangka-sangka.

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 10


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

Seterusnya kita sambung kembali tentang agihan 10% kedua (RM200)


daripada sumber pendapatan kita untuk perniagaan. Tidak kira apa jenis
perniagaan yang diceburi anda perlukan modal untuk permulaan. Wang tersebut
pada peringkat permulaan akan digunakan untuk pergi berkursus, membeli
buku/bahan bacaan, mendaftar perniagaan, membeli alat kelengkapan
perniagaan dan sebagainya. Kebanyakan orang-orang yang berjaya pada hari ini
mengutamakan pelaburan ke atas peningkatan maklumat terhadap pelaburan
dan peluang perniagaan. Perniagaan yang bersifat menyampaikan maklumat
merupakan perniagaan paling menguntungkan. Disebabkan itu, jika kita lihat
ramai penulis-penulis buku menjadi jutawan hasil daripada royalti jualan buku
yang mereka terima. Mereka menulis buku sekali atau dua kali dan goyang kaki
menerima wang.

Untuk menjadi seorang penulis buku anda perlu sentiasa memenuhkan


ilmu di dada dengan mempelajari sesuatu yang baru setiap hari supaya anda
dapat membuka minda untuk menulis sesuatu yang menguntungkan kepada diri
anda dan juga kepada pembaca-pembaca hasil tulisan anda. Ingat! Kita boleh
mencapai matlamat yang kita impikan dengan memperolehi ilmu untuk mencapai
matlamat tersebut.

Seterusnya, 10% yang ketiga (RM200) anda simpan untuk masa depan
anda. Ini adalah kunci kepada kejayaan anda kerana ianya akan meledakkan
akaun anda dalam senyap. Jika anda berjaya menyimpan RM200 secara
berterusan pada setiap bulan dengan bonus 10% setahun, simpanan anda bakal
mencecah

- RM 151,206 (simpanan berterusan selama 20 tahun)


- RM 434,264 (simpanan berterusan selama 30 tahun)
- RM 1,168,444 (simpanan berterusan selama 40 tahun)

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 11


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

Teknik 70/30 ini sungguh hebat dan berkesan jika anda mahu menikmati
kehidupan dalam keadaan selesa pada masa akan datang. Tidak kira walau
berapa pun gaji anda sebulan, anda perlu gunakan teknik ini untuk masa depan
anda. Tetapi malangnya tidak ramai yang menggunakan teknik ini untuk menjadi
kaya. Sebab itu tidak ramai yang menjadi kaya dan masih perlu bekerja
walaupun telah berpencen. Ini kerana tiada lebihan wang setiap bulan untuk
disimpan.

Jika anda mahu mencapai kebebasan kewangan sebagai salah satu


strategi untuk menjadi jutawan, saya sarankan kepada anda untuk mengikuti
formula 70/30 bermula pada hari ini juga. Sekiranya anda berminat untuk
mendalami ilmu tentang pengurusan kewangan peribadi anda boleh layari laman
web berikut:
Pengurusan Kewangan Peribadi (Klik DI Sini)

E-book tips kewangan peribadi mendedahkan kepada anda bagaimana


menguruskan wang melalui tips yang mudah, padat dan menjimatkan. Saya
syorkan anda melawat laman web berikut supaya anda dapat mengenal pasti
kelemahan dalam pengurusan kewangan dan seterusnya memperbaiki teknik
pengurusan kewangan anda dengan betul sebelum kedudukan kewangan anda
menjadi Parah.

Seterusnya saya juga menyarankan anda supaya melayari laman web


rahsia pengurusan wang gaji di laman web berikut:
Pengurusan Wang Gaji (Klik Di Sini)

Dalam e-book ini anda akan didedahkan bagaimana untuk merancang


simpanan, menyediakan perlindungan, melabur, dan mengurus perbelanjaan
anda dengan bijaksana.

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 12


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

BAB 2

STRATEGI SELESAIKAN HUTANG

Setiap orang tidak akan lari daripada istilah hutang dalam kehidupan
seharian mereka. Kita terpaksa berhutang untuk ’berpeluang’ menjalani
kehidupan yang agak selesa. Tanpa berhutang kita mungkin tidak mampu untuk
memiliki rumah, kereta, menyambung pelajaran, menyediakan modal
perniagaan, membeli alat kelengkapan rumah, membuat pelaburan, membeli
hartanah dan sebagainya. Malahan ada diantara kita yang hendak mendirikan
rumah tangga juga terpaksa berhutang. Paling menyedihkan hutang tersebut
hanya dapat di selesaikan dalam tempoh yang lama. Adakalanya pasangan telah
mempunyai anak berusia 12 tahun baru berjaya menyelesaikan hutang tersebut.

Sebahagian besar masyarakat kita hari ini menerima gaji bulanan cukup
hanya sekadar untuk membayar hutang. Sebaik sahaja wang gaji masuk ke
dalam akaun bank, ianya habis dikeluarkan untuk membayar hutang. Baki untuk
digunakan sebagai perbelanjaan bulanan dan simpanan hanya tinggal beberapa
ratus ringgit sahaja. Sekiranya anda juga tergolong dalam golongan ini, saya
nasihatkan supaya cuba membuat sesuatu untuk memperolehi pendapatan
sampingan. Tanpa pendapatan sampingan boleh menyebabkan kedudukan
kewangan anda bertambah parah. Lebih teruk lagi, sekiranya anda tidak mampu
menampung perbelanjaan bulanan anda dengan baki wang yang ada dan
meminta bantuan dari ’Ceti moden’ atau dikenali sebagai kad kredit.

Menggunakan kad kredit untuk menampung perbelanjaan bulanan yang


tidak mencukupi bukan satu langkah yang bijak. Ianya dapat di umpamakan
seperti lagu dendangan Salleh Yaakob yang pernah dipopularkan suatu ketika
dahulu "Gali lobang tutup lobang, Ada wang bayar hutang.."

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 13


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

Sekiranya pada bulan ini anda terpaksa menggunakan kad kredit


sebanyak RM400 untuk menampung perbelanjaan bulanan anda, adakah anda
dapat membayar tunai RM400 tersebut pada bulan hadapan? Atau anda hanya
mampu membayar 5%-25% (RM20-RM100) dan terpaksa menggunakan
beberapa ratus lagi untuk menampung kekurangan perbelanjaan pada bulan
hadapan dan berterusan ke bulan-bulan berikutnya.

Awas! Sekiranya anda menganggap kad kredit sebagai teman atau


penyelamat anda sebenarnya anda telah membuat kesilapan yang cukup besar.
Anda pasti akan terus dibelenggu masalah kewangan dan ianya akan menjadi
semakin parah apabila anda telah menggunakan kesemua nilai maksimum had
pembiayaan kad kredit. Katakan limit kad kredit anda adalah RM 4000 dan anda
telah pun menggunakan kesemua nilai tersebut. Berapa bayaran minimum yang
perlu anda bayar?

Tentulah RM200 sebulan iatu 5% daripada nilai tersebut. Untuk


pengetahuan anda, kad kredit mengenakan faedah 1.5% sebulan daripada baki
hutang yang tinggal dalam kad kredit anda. Harus diingat anda akan dikenakan
faedah 1.5% daripada 95% hutang anda yang tertinggal dalam kad kredit. Cuba
kita lihat jadual di bawah untuk melihat apa yang berlaku kepada hutang 95%
yang tertinggal dalam kad kredit setiap bulan.

Bulan Hutang 1.5% Faedah 5% Bayaran Baki hutang


semasa (RM) (RM) minimimum (RM) (RM)
1 4,000.00 60.00 200.00 3,860.00
2 3,860.00 57.90 193.00 3,724.90
3 3,724.90 55.87 186.24 3,594.53
4 3,594.53 53.92 179.73 3,468.72
5 3,468.72 52.03 173.44 3,347.31
6 3,347.31 50.21 167.37 3,230.16
7 3,230.16 48.45 161.51 3,117.10
8 3,117.10 46.76 155.86 3,008.00
9 3,008.00 45.12 150.40 2,902.72

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 14


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

10 2,902.72 43.54 145.14 2,801.13


11 2,801.13 42.02 140.06 2,703.09
12 2,703.09 40.55 135.15 2,608.48
13 2,608.48 39.13 130.42 2,517.18
14 2,517.18 37.76 125.86 2,429.08
15 2,429.08 36.44 121.45 2,344.07
16 2,344.07 35.16 117.20 2,262.02
17 2,262.02 33.93 113.10 2,182.85
18 2,182.85 32.74 109.14 2,106.45
19 2,106.45 31.60 105.32 2,032.73
20 2,032.73 30.49 101.64 1,961.58
21 1,961.58 29.42 98.08 1,892.93
22 1,892.93 28.39 94.65 1,826.67
23 1,826.67 27.40 91.33 1,762.74
24 1,762.74 26.44 88.14 1,701.04
25 1,701.04 25.52 85.05 1,641.51
26 1,641.51 24.62 82.08 1,584.05
27 1,584.05 23.76 79.20 1,528.61
28 1,528.61 22.93 76.43 1,475.11
29 1,475.11 22.13 73.76 1,423.48
30 1,423.48 21.35 71.17 1,373.66
31 1,373.66 20.60 68.68 1,325.58
32 1,325.58 19.88 66.28 1,279.19
33 1,279.19 19.19 63.96 1,234.42
34 1,234.42 18.52 61.72 1,191.21
35 1,191.21 17.87 59.56 1,149.52
36 1,149.52 17.24 57.48 1,109.29

Cuba anda lihat Jadual di atas, sehingga 3 tahun (36 bulan) anda masih
tidak dapat menyelesaikan hutang kad kredit anda sekiranya anda mengekalkan
bayaran minimum seperti yang dikehendaki oleh pihak bank. Itu belum termasuk
lagi caj kelewatan yang perlu anda bayar. Biasanya caj kelewatan ini bergantung
kepada jenis bank. Adakalanya caj kelewatan ini sehingga 5% daripada baki
hutang anda. Cuba anda bayangkan berapa lama masa yang anda perlukan
untuk menyelesaikan bayaran kad kredit anda.

Nilai di atas saya andaikan anda sudah tidak lagi menggunakan kad kredit
sebaliknya hanya menyelesaikan hutang yang sedia ada. Tetapi berdasarkan
kepada kedudukan kewangan golongan yang kita bincangkan saya yakin,

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 15


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

golongan ini akan ‘terdesak’ lagi untuk menggunakan kad kredit. Jadi
pengajarannya di sini kad kredit adalah suatu kemudahan dan ianya bukan
sebagai sahabat atau penyelamat untuk anda gunakan bagi menampung
perbelanjaan bulanan anda.

Mengikut statistik, sejumlah RM20.4 bilion hutang kad kredit tertunggak


sehingga Februari 2007. Manakala, 25% daripada jumlah orang yang
diisytiharkan muflis adalah terdiri daripada pengguna kad kredit. Jadi awasi
penggunaan kad kredit anda mulai dari saat ini.

2.1 Bebaskan Diri Anda Daripada Belenggu Hutang

Seperti yang dibincangkan dalam awal bab ini kita tidak akan lari dari
berhutang. Pada hari ini hutang merupakan satu keperluan. Tetapi harus diingat
anda perlu cuba sesuaikan komitmen membayar hutang-hutang anda dengan
tahap kemampuan anda. Menurut seorang pakar ekonomi yang saya kenal
“Menyelesaikan hutang adalah cara terbaik untuk melaburkan wang anda
sekiranya anda takut menghadapi risiko pelaburan”

Untuk maklumat anda setiap pelaburan ada risiko untung rugi. Kita hanya
boleh membuat andaian terhadap beberapa faktor sebelum membuat pelaburan,
tetapi kita tidak dapat menjangka apa yang bakal berlaku dalam masa 2-10
tahun akan datang. Jadi, sekiranya pada ketika itu anda mempunya lebihan
wang, dalam masa yang sama anda mempunyai banyak hutang. Saya syorkan
anda selesaikan hutang anda terlebih dahulu sebelum membuat pelaburan.

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 16


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

2.2 TIPS PERANCANGAN KEWANGAN

Bagi memastikan anda tidak di belenggu masalah kewangan pada tahun


ini, kaji kedudukan kewangan anda pada tahun lepas. Adakah kedudukan
kewangan anda stabil? Adakah anda mempunyai wang simpanan setiap bulan?
Berapakah budget yang dikeluarkan setiap bulan untuk memenuhi keperluan?
Berapa pula wang yang digunakan setiap bulan untuk memenuhi kemahuan?
dan pelbagai soalan lagi perlu ditimbulkan untuk anda menyemak balik
penggunaan wang anda di sepanjang tahun 2010 supaya dapat menjadikannya
sebagai rujukan untuk merancang dan memperbaiki keadaan ekonomi anda
pada tahun ini.

Cara yang paling mudah untuk memperbaiki keadaan kewangan anda


adalah dengan mengamalkan konsep gaya hidup yang sederhana. Anda boleh
menilai orang yang menjalankan kehidupan yang sederhana biasanya
mempunyai sifat berjimat cermat yang berhemah.
Terdapat beberapa cadangan yang dapat membantu anda berjimat cermat di
dalam perbelanjaan anda:

• Kurangkan perbelanjaan harian anda dengan membeli sesuatu yang anda


benar-benar perlukan sahaja
• Batalkan/tangguhkan pembelian/pembuatan sesuatu yang menelan
perbelanjaan yang besar daripada bajet anda. Contohnya anda ada budjet
RM1000 untuk membeli peti ais. Tapi peti ais yang anda minati berharga
RM2000. Jadi tindakan bijak yang harus anda lakukan adalah membeli
peti ais dengan budjet yang anda ada. Cuba elakkan daripada berhutang.
Sekiranya anda tetap mahukan peti ais yang berharga RM2000, anda
perlu menangguhkan dahulu pembelian anda sehingga anda berjaya
mengumpul badjet sebanyak RM2000 untuk membeli peti ais tersebut.

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 17


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

• Minimakan penggunaan – jimatkan penggunaan elektrik, air dan telefon


dengan menjadi pengguna berhemah.
• Kurangkan sampah atau kitar semula – gunakan kertas di kedua-dua
belah muka surat dan gunakan kain lampin daripada lampin pakai buang.
• Baiki barang yang rosak yang masih boleh digunakan – Contohnya jahit
pakaian yang koyak, gam bahagian kasut yang tertanggal.
• Cari barang pengganti yang lebih murah – beli jenama umum, membeli-
belah semasa ada jualan murah, menyewa daripada membeli
• Cari hiburan yang percuma atau murah. Contohnya bersukan bersama
rakan-rakan, berekreasi ditempat yang percuma atau tubuhkan kumpulan
yang mempunyai minat yang sama.
• Berkongsi dalam pembelian yang besar. Membeli barang secara borong
dengan kuantiti yang bayak akan dapat mengurangkan kos pembelian.
• Bertukar barangan atau perkhidmatan. Jika anda pandai menggunting
rambut dan rakan anda pandai membuat kek, buat pertukaran kemahiran.
Anda akan mendapat apa yang anda perlukan dan begitu juga sebaliknya.
Melalui kaedah ini akan dapat menjimatkan wang.

2.3 Penggunaan Wang Bonus Yang Di terima

Sekiranya anda menerima wang bonus contohnya RM4,000 apa yang


perlu anda lakukan ke atas wang anda sekiranya dalam masa yang sama anda
mempunyai beberapa hutang termasuk hutang kad kredit sebanyak RM4,000?
Adakah anda melaburkan wang anda dalam ASB untuk menerima dividen? Atau
menggunakan kesemua wang tersebut untuk membayar hutang?

Pada pendapat saya sekiranya anda menerima bonus hujung tahun


sebanyak RM4,000 saya sarankan anda pecahkan wang tersebut kepada 4
bahagian. Seribu ringgit pertama anda bayar hutang kad kredit anda supaya
dapat mengurangkan anda membayar faedah yang tinggi. RM1000 yang kedua

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 18


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

saya sarankan anda top-up mana-mana 2 hutang yang terendah dalam senarai
hutang anda. Sekiranya mencukupi selesaikan 2 hutang terendah tersebut.
Dengan menyelesaikan 2 hutang tersebut, selepas ini anda akan mempunyai
lebihan wang kerana 2 daripada hutang anda telah selesai. Jadi wang yang anda
gunakan sebelum ini untuk membayar hutang-hutang tersebut boleh anda
gunakan untuk top-up hutang-hutang yang lain pada bulan-bulan yang akan
datang terutamanya hutang kad kredit.

RM1000 yang ketiga anda gunakan untuk simpanan separuhnya dan


separuh lagi untuk membawa ahli keluarga anda pergi bercuti. Pergilah bercuti di
tempat percutian yang menggunakan kos yang minimum tetapi memadai untuk
menggembirakan ahli keluarga anda.

RM1000 yang terakhir anda gunakan untuk perbelanjaan di tahun baru.


Anda memerlukan wang tambahan daripada rutin perbelanjaan bulanan anda
menjelang tahun baru terutamanya bagi keluarga yang mempunyai anak-anak
yang bersekolah. Anda perlu membeli peralatan keperluan sekolah seperti
pakaian, alat tulis, buku, yuran pelajaran dan sebagainya. Harus diingat melabur
ke atas perbelanjaan persekolahan anak-anak anda merupakan perlaburan yang
cukup berharga bukan sahaja di dunia malahan juga di akhirat.

Secara rumusannya anda perlu bijak mengawal wang anda. Anda perlu
tahu dengan tepat bila masa yang sesuai untuk menyimpan, berbelanja,
membayar hutang dan membuat pelaburan. Menurut pakar ekonomi,
menguruskan wang anda seumpama anda mengurus sebuah perniagaan. Anda
perlu memastikan perniagaan anda untung dengan memperolehi aliran nilai
bersih positif pada setiap hujung bulan.

Nota: Nilai bersih merupakan aset tolak libialiti. Aset merupakan nilai harta
anda yang memberi keuntungan/sumber kewangan anda seperti wang gaji
anda, akaun simpanan, pelaburan dalam ASB, unit amanah dan nilai

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 19


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

semasa hartanah anda. Libialiti merupakan sesuatu yang anda tanggung


seperti baki pinjaman rumah, kereta, hutang kad kredit, baki pinjaman
pelajaran dan sebagainya

Untuk makluman lebih lanjut tentang cara menangani masalah hutang


anda, anda boleh melayarai laman web berikut:
Panduan Bebas Hutang (Klik Di Sini)

Semoga dengan panduan yang di sampaikan dalam e-book tersebut akan


memberi manfaat kepada anda dalam meyelesaikan kemelut kewangan yang
melanda kehidupan anda.

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 20


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

BAB 3

STRATEGI MENGGANDAKAN WANG MELALUI SIMPANAN

Setiap orang berpeluang untuk menikmati kehidupan yang selesa pada


masa akan datang. Dan semua orang sepatutnya perlu mempunyai RM 1 juta
sebelum berpencen atau berhenti berkerja supaya anda boleh hidup dalam
keadaan selesa setelah penat bekerja dalam tempoh 20 sehingga 40 tahun.
Hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara
berpendapatan tinggi bukanlah suatu yang mustahil untuk dicapai. Kunci utama
untuk mencapai matlamat tersebut adalah melalui simpanan, perniagaan dan
pelaburan

Sekiranya anda mengetahui konsep simpanan untuk menggandakan


wang anda, saya berani jamin, setelah berpencen anda tidak perlu berfikir
tentang kerja.. Anda tidak perlu berfikir bagaimana cara untuk mencari wang
untuk menyara keluarga, anak-anak dan cucu-cicit setelah bersara.. Sebaliknya,
jika anda perlu berfikir tentang urusan kerja sekalipun anda hanya perlu
bertanyakan kepada pekerja bawahan anda (Jadi bos lah tu)...

Masa yang ada semasa berpencen sepatutnya anda gunakan untuk


bersama keluarga, melayan cucu-cicit dan bagi yang beragama islam, anda
dapat memanfaatkan masa tersebut untuk perbanyakkan amal ibadah sebelum
tiba masanya kita meninggalkan dunia yang fana ini..

Tetapi untuk menjadi jutawan semasa berpencen bukanlah sesuatu yang


mudah.. Anda perlu mendisiplinkan diri dalam mengurus kewangan. Anda perlu
mempunyai simpanan berkala sekurang-kurangnya RM 500 secara berterusan
pada setiap bulan dalam akaun/saham/bank yang dapat memberi
pulangan/dividen 10% setahun. Mari kita sama-sama lihat jadual dibawah:-

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 21


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

Menyimpan 10 tahun lebih awal Menyimpan 10 tahun kemudian


Tahun

Jumlah Simpanan 10% Jumlah Jumlah Simpanan 10% Jumlah


simpanan Berkala daripda keseluruhan simpanan Berkala daripada keseluruhan
simpanan simpanan
1 0.00 6000.00 600.00 6600.00 0.00 0.00 0.00 0.00
2 6600.00 6000.00 1260.00 13860.00 0.00 0.00 0.00 0.00
3 13860.00 6000.00 1986.00 21846.00 0.00 0.00 0.00 0.00
4 21846.00 6000.00 2784.60 30630.60 0.00 0.00 0.00 0.00
5 30630.60 6000.00 3663.06 40293.66 0.00 0.00 0.00 0.00
6 40293.66 6000.00 4629.37 50923.03 0.00 0.00 0.00 0.00
7 50923.03 6000.00 5692.30 62615.33 0.00 0.00 0.00 0.00
8 62615.33 6000.00 6861.53 75476.86 0.00 0.00 0.00 0.00
9 75476.86 6000.00 8147.69 89624.55 0.00 0.00 0.00 0.00
10 89624.55 6000.00 9562.45 105187.00 0.00 0.00 0.00 0.00
11 105187.00 6000.00 11118.70 122305.70 0.00 6000.00 600.00 6600.00
12 122305.70 6000.00 12830.57 141136.27 6600.00 6000.00 1260.00 13860.00
13 141136.27 6000.00 14713.63 161849.90 13860.00 6000.00 1986.00 21846.00
14 161849.90 6000.00 16784.99 184634.89 21846.00 6000.00 2784.60 30630.60
15 184634.89 6000.00 19063.49 209698.38 30630.60 6000.00 3663.06 40293.66
16 209698.38 6000.00 21569.84 237268.22 40293.66 6000.00 4629.37 50923.03
17 237268.22 6000.00 24326.82 267595.04 50923.03 6000.00 5692.30 62615.33
18 267595.04 6000.00 27359.50 300954.54 62615.33 6000.00 6861.53 75476.86
19 300954.54 6000.00 30695.45 337650.00 75476.86 6000.00 8147.69 89624.55
20 337650.00 6000.00 34365.00 378015.00 89624.55 6000.00 9562.45 105187.00
21 378015.00 6000.00 38401.50 422416.50 105187.00 6000.00 11118.70 122305.70
22 422416.50 6000.00 42841.65 471258.15 122305.70 6000.00 12830.57 141136.27
23 471258.15 6000.00 47725.81 524983.96 141136.27 6000.00 14713.63 161849.90
24 524983.96 6000.00 53098.40 584082.36 161849.90 6000.00 16784.99 184634.89
25 584082.36 6000.00 59008.24 649090.59 184634.89 6000.00 19063.49 209698.38
26 649090.59 6000.00 65509.06 720599.65 209698.38 6000.00 21569.84 237268.22
27 720599.65 6000.00 72659.97 799259.62 237268.22 6000.00 24326.82 267595.04
28 799259.62 6000.00 80525.96 885785.58 267595.04 6000.00 27359.50 300954.54
29 885785.58 6000.00 89178.56 980964.14 300954.54 6000.00 30695.45 337650.00
30 980964.14 6000.00 98696.41 1085660.55 337650.00 6000.00 34365.00 378015.00

Sekiranya pada bulan hadapan anda mula menyimpan RM500 sebulan


secara konsisten setiap bulan dengan pulangan pendapatan 10% setahun. Anda
berpeluang untuk menjadi jutawan dalam masa 30 tahun dari sekarang.

Cuba anda perhatikan pada bahagian kanan di mana anda lewat 10 tahun
untuk memulakan simpanan. Nilai wang simpanan anda pada ketika itu adalah
RM 378,015 pada masa 30 tahun akan datang. Kelewatan anda menyimpan
dalam tempoh 10 tahuan menyebabkan anda kerugian lebih dari RM 600,000.

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 22


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

Iaitu 2 kali ganda daripada nilai simpanan anda pada ketika itu (Perbandingan
antara RM 1,085,660 dengan RM 378,015). Ini yang dikatakan menggandakan
pelaburan dengan kuasa masa.

Contoh yang kedua cuba lihat jadual di bawah. Dalam jadual berikut saya
membuat perbandingan antara 2 orang iaitu si A dan si B. A mula menyimpan
RM 500 setiap bulan secara berkala selama 10 tahun dan setelah 10 tahun
beliau berhenti daripada membuat simpanan tanpa mengeluarkan satu sen pun
wang simpanan beliau. Manakala B mula menyimpan 10 tahun lewat dari A
dengan nilai yang sama setiap bulan secara berterusan tanpa berhenti membuat
simpanan. Mari kita lihat antara A dan B yang mana telebih dahulu berpeluang
untuk menjadi jutawan?

Menyimpan 10 tahun lebih awal Menyimpan 10 tahun kemudian


Tahun

Jumlah Simpanan 10% Jumlah Jumlah Simpanan 10% Jumlah


simpanan Berkala daripada keseluruhan simpanan Berkala daripada keseluruhan
simpanan simpanan
1 0.00 6000.00 600.00 6600.00 0.00 0.00 0.00 0.00
2 6600.00 6000.00 1260.00 13860.00 0.00 0.00 0.00 0.00
3 13860.00 6000.00 1986.00 21846.00 0.00 0.00 0.00 0.00
4 21846.00 6000.00 2784.60 30630.60 0.00 0.00 0.00 0.00
5 30630.60 6000.00 3663.06 40293.66 0.00 0.00 0.00 0.00
6 40293.66 6000.00 4629.37 50923.03 0.00 0.00 0.00 0.00
7 50923.03 6000.00 5692.30 62615.33 0.00 0.00 0.00 0.00
8 62615.33 6000.00 6861.53 75476.86 0.00 0.00 0.00 0.00
9 75476.86 6000.00 8147.69 89624.55 0.00 0.00 0.00 0.00
10 89624.55 6000.00 9562.45 105187.00 0.00 0.00 0.00 0.00
11 105187.00 0.00 10518.70 115705.70 0.00 6000.00 600.00 6600.00
12 115705.70 0.00 11570.57 127276.27 6600.00 6000.00 1260.00 13860.00
13 127276.27 0.00 12727.63 140003.90 13860.00 6000.00 1986.00 21846.00
14 140003.90 0.00 14000.39 154004.29 21846.00 6000.00 2784.60 30630.60
15 154004.29 0.00 15400.43 169404.72 30630.60 6000.00 3663.06 40293.66
16 169404.72 0.00 16940.47 186345.19 40293.66 6000.00 4629.37 50923.03
17 186345.19 0.00 18634.52 204979.71 50923.03 6000.00 5692.30 62615.33
18 204979.71 0.00 20497.97 225477.68 62615.33 6000.00 6861.53 75476.86
19 225477.68 0.00 22547.77 248025.45 75476.86 6000.00 8147.69 89624.55
20 248025.45 0.00 24802.54 272827.99 89624.55 6000.00 9562.45 105187.00
21 272827.99 0.00 27282.80 300110.79 105187.00 6000.00 11118.70 122305.70
22 300110.79 0.00 30011.08 330121.87 122305.70 6000.00 12830.57 141136.27
23 330121.87 0.00 33012.19 363134.06 141136.27 6000.00 14713.63 161849.90
24 363134.06 0.00 36313.41 399447.47 161849.90 6000.00 16784.99 184634.89
25 399447.47 0.00 39944.75 439392.21 184634.89 6000.00 19063.49 209698.38

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 23


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

26 439392.21 0.00 43939.22 483331.43 209698.38 6000.00 21569.84 237268.22


27 483331.43 0.00 48333.14 531664.58 237268.22 6000.00 24326.82 267595.04
28 531664.58 0.00 53166.46 584831.04 267595.04 6000.00 27359.50 300954.54
29 584831.04 0.00 58483.10 643314.14 300954.54 6000.00 30695.45 337650.00
30 643314.14 0.00 64331.41 707645.55 337650.00 6000.00 34365.00 378015.00
31 707645.55 0.00 70764.56 778410.11 378015.00 6000.00 38401.50 422416.50
32 778410.11 0.00 77841.01 856251.12 422416.50 6000.00 42841.65 471258.15
33 856251.12 0.00 85625.11 941876.23 471258.15 6000.00 47725.81 524983.96
34 941876.23 0.00 94187.62 1036063.85 524983.96 6000.00 53098.40 584082.36

Jawapannya adalah A. Walaupun A telah menghentikan daripada terus


membuat simpanan setelah membuat simpanan 10 tahun lebih awal, tetapi wang
simpanan A terus berganda mengikut peredaran masa. Hasilnya akaun
simpanan A mempunyai nilai RM 1,036,063 dalam tempoh 34 tahun. Bagaimana
pula dengan nilai simpanan B yang masih menyimpan dan terus menyimpan?

Wang dalam akaun simpanan B bernilai RM 584,082 iaitu separuh


daripada nilai wang dalam akaun simpanan A. Anda sudah lihat bukti kuasa
masa ke atas wang simpanan anda. Nilai simpanan anda akan menjadi lebih
banyak sekiranya anda menyimpan lebih awal, daripada orang yang menyimpan
lewat tetapi menyimpan lebih banyak.

Tetapi sekiranya anda memiliki RM 100,000 pada hari ini anda mampu
menjadi jutawan dalam tempoh 25 tahun dari sekarang dengan syarat anda
melabur ke dalam akaun simpanan yang dapat memberi pulangan 10% setahun
tanpa mengeluarkan walau satu sen pun daripada akaun tersebut.

Selain itu anda juga mampu menjadi jutawan dalam tempoh 40 tahun
sekiranya menyimpan secara konsisten RM 200 sebulan dengan keuntungan
10% setahun. Tetapi apakah kenikmatan yang dapat anda rasakan dengan
mempunyai wang simpanan satu juta ringgit semasa anda berusia 65 hingga 70
tahun? Pada ketika itu anda tidak lagi dapat bergerak seaktif sekarang. Malah
mungkin pancaindera anda juga semakin lemah. Anda tidak lagi dapat merasa
kenikmatan simpanan anda walaupun ianya bernilai satu juta ringgit.

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 24


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

Secara rumusannya anda perlu mula menyimpan dari sekarang.


Kelewatan anda memulakan simpanan akan merugikan anda dikemudian hari.
Jadi anda perlu bertindak dari sekarang untuk menjadi "Datuk" Jutawan pada 30
tahun akan datang. Anda tidak perlu menjadi ahli perniagaan yang mendapat
pangkat Datuk dari mana-mana Sultan atau yang DiPertuan Agong untuk
menjadi jutawan.. Cukuplah anda menjadi Datuk kurniaan daripada yang maha
esa setelah mendapat cucu.. Tapi perkara yang paling penting anda mampu
menjadi jutawan pada masa tersebut dengan membuat simpanan sekurang-
kurangnya RM500 sebulan. Anda masih belum terlambat untuk bertindak dari
sekarang. Sekiranya anda berumur 25 tahun, anda akan menjadi jutawan dalam
umur 55 tahun. Sekiranya anda berumur 30 tahun, anda akan menjadi jutawan
dalam umur 60 tahun.

Jadi cuba ikhtiarkan cara yang terbaik untuk memulakan simpanan anda
RM500 pada bulan hadapan. Cara yang paling hampir dengan anda adalah
dengan menjual ebook yang mempunyai lesen RR, MRR, atau PLR. Anda hanya
mengeluarkan modal sekali dan boleh memperolehi keuntungan berkali-kali.
Dalam masa yang sama anda juga dapat berkongsi segala ilmu dalam e-book ini
untuk mendidik orang ramai tentang betapa pentingnya ilmu pengurusan wang
untuk merealisasikan impian untuk menjadi jutawan.

Selain dari melabur ke dalam ASB dengan cara menyimpan wang,


adakah cara lain lagi yang dapat digunakan untuk memperolehi
keuntungan melebihi 10% sebulan?

Selain daripada menyimpan di dalam ASB anda juga boleh melaburkan


wang anda ke dalam pasaran saham, ‘Unit Trust” dan pelaburan Hartanah.
Melabur dalam “Unit Trust” boleh menghasilkan pulangan yang lebih tinggi
daripada pelaburan ASB. Namun begitu ianya juga mempunyai risiko untuk
menanggung kerugian. Sekiranya anda berminat untuk mendalami ilmu
pelaburan dalam “Unit Trust” anda boleh layari laman web di bawah. Terdapat
beberapa buku yang dapat membantu anda untuk mempelajari strategi yang

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 25


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

digunakan oleh Jurulatih Jutawan terkenal Azizi Ali untuk memperolehi


keuntungan dalam pelaburan saham dan “Unit Trust”
Dapatkan Buku-Buku Tentang Pelaburan Di SIni

Selain buku terdapat juga ebook yang dapat menjadi panduan kepada
anda untuk menjadi seorang pelabur yang berjaya. Untuk maklumat lanjut, anda
boleh layari laman-laman web berikut:
Pelaburan Dalam Unit Amanah (Klik Di Sini)
Panduan Pelaburan Saham (Klik Di Sini)

Selain daripada pelaburan yang dibincangkan di atas, anda juga boleh


menjana pendapatan melalui pelaburan dalam emas. Sebenarnya pelaburan
emas merupakan pelaburan yang sangat menguntungkan. Nilai emas adalah
lebih bernilai berbanding dengan nilai matawang dollar. Matawang dollar boleh
naik dan turun pada bila-bila masa. Wang boleh dicetak dengan banyak
sehingga menyebabkan matawang tidak lagi bernilai. Cuba anda bayangkan apa
yang berlaku terhadap perkembangan ekonomi Negara kita sekiranya mata
wang Dollar US terus jatuh disebabkan masalah politik, ekonomi global dan
inflasi. Sudah tentu keadaan ekonomi kita juga turut jatuh disebabkan ekonomi
Negara banyak bergantung kepada mata wang Dollar. Dan sekiranya ini berlaku
nilai mata wang kita akan menjadi semakin rendah. RM1,000 pada hari ini
mungkin bernilai RM800 pada tahun berikutnya.

Tetapi ianya berlainan dengan melaburkan wang anda dengan emas.


Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang.
Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi
penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab
itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan
kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut
akan binasa. Gambarajah berikut merupakan graf harga pasaran emas dalam
tempoh 5 tahun dari tahun 2006 sihingga awal 2010.

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 26


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

Sumber : http://pengurusanwang.com/go/emas/hargaemas.jpg

Melalui graf tersebut kita dapat lihat kenaikan harga emas daripada
USD400 kepada melebihi USD1200 dalam tempoh 5 tahun. Ianya merupakan
kenaikan sebanyak 258% atau secara puratanya 51.6% setahun. Adakah anda
menjumpai satu jenis pelaburan lain yang boleh memberi keuntungan lebih tinggi
daripada pelaburan emas?

Jadi apa salahnya jika anda mencuba untuk melabur dalam emas.
Sekiranya anda berminat untuk mendalami ilmu perniagaan emas adalah
bolehlah mengunjungi laman web berikut:
Pelaburan Emas (Klik Di Sini)

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 27


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

BAB 4

STRATEGI JUTAWAN DALAM PERNIAGAAN

Dalam buku Menjejaki Jutawan Senyap arahan Cef Li, beliau


menyarankan supaya semua orang menjalankan perniagaan untuk menjadi
kaya. 9/10 daripada pintu rezeki adalah berpunca dari bidang perniagaan. Saya
tertarik dengan salah satu kisah yang dipaparkan dalam buku tersebut tentang
seorang pendatang dari Indonesia yang menjadi jutawan apabila datang ke
Malaysia.

Semasa hendak datang ke Malaysia, pendatang Indonesia tersebut


terpaksa menggadaikan tanah milik ibunya bagi menampung kos perjalanan dan
sara hidup sebelum mendapat pekerjaan. Jadi apabila datang ke Malaysia
pendatang Indonesia tersebut telah berazam untuk menebus kembali tanah
tersebut malah akan kembali menemui ibunya sebagai seorang jutawan.

Kisah pendatang Indonesia ini bermula sewaktu menjejakkan kaki ke


Kuala Lumpur. Beliau memerhatikan gelagat orang yang lalu lalang disekitar kota
raya tersebut. Beliau mendapati setiap orang mempunyai wang dalam poket
mereka. Tidak seperti di tempat beliau yang sebahagian besar penduduknya
hidup dalam kemiskinan. Jadi beliau mula mencari idea bagaimana untuk
mendapatkan wang walau satu ringgit daripada setiap orang yang lalu lalang di
sekitar kota raya tersebut. Akhirnya beliau telah mendapat satu idea perniagaan.
Perniagaan beliau telah berkembang dan terus berkembang dan menjadikan
beliau salah seorang jutawan senyap yang diceritakan oleh Chef LI. Perniagaan
apa yang diceburinya? Sekiranya anda mahukan kisah selanjutnya, sila
dapatkan buku tulisan Chef Li yang berjudul “Menjejaki Jutawan Senyap” di
kedai-kedai buku berhampiran anda .

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 28


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

Apakah perkaitan kisah dalam buku Menjejaki Jutawan Senyap arahan


Chef Li dengan Idea keempat iaitu Idea Jutawan Dalam Perniagaan?
Berdasarkan konsep minda jutawan, setiap orang boleh menjadi jutawan jika
menceburi bidang perniagaan. Setiap orang boleh menjadi jutawan dengan
menjual sebarang produk melalui konsep berikut;

1. Menjual produk yang berharga 10 sen kepada 10 juta orang pelanggan


2. Menjual produk berharga RM1 kepada 1 juta orang pelanggan
3. Menjual produk berharga RM10 kepada 100 ribu orang pelanggan
4. Menjual produk berharga RM100 kepada 10 ribu orang pelanggan
5. Menjual produk berharga RM1,000 kepada 1000 orang pelanggan
6. Menjual produk berharga RM10,000 kepada 100 orang pelanggan
7. Menjual produk berharga RM100,000 kepada 10 orang pelanggan
8. Menjual produk berharga RM1,000,000 kepada satu orang pelanggan.

Justeru itu, setiap orang boleh menggunakan salah satu konsep tersebut
untuk menjadi jutawan. Cuma perkara yang perlu dipertimbangkan samada
untuk menjual produk yang mahal atau yang murah.

Sekiranya anda dapat menjual produk yang mahal sehingga berharga


sejuta ringgit anda akan dapat menjadi jutawan dengan hanya menjualkan
produk anda kepada seorang pembeli. Sekiranya anda menjual produk yang
murah, anda perlu menjualkannya kepada ramai pelanggan.

Jadi bermula dari konsep tersebut telah memberikan saya cetusan idea
untuk menjana pendapatan melalui internet. Untuk menjana pendapatan melalui
sumber ini adalah mudah jika tahu caranya. Dan sukar jika tidak mengikuti
teknik-teknik yang telah dipraktikkan oleh pakar-pakar dalam bidang perniagaan
ini. Seperti kata orang tua-tua untuk kita belajar bersilat perlu berguru. Tanpa
guru boleh menjadikan langkah persilatan kita sumbang dan mudah untuk

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 29


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

ditewaskan oleh pihak lawan. Begitu juga halnya dengan jenis perniagaan ini.
Anda perlu memperbanyakkan ilmu dengan membaca rahsia-rahsia atau cara-
cara yang dikongsikan oleh pakar-pakar dalam perniagaan ini.

Untuk menjalankan perniagaan melalui bidang ini juga mempunyai risiko


untuk gagal. Bagi saya ini merupakan suatu lumrah dalam bidang perniagaan.
Tetapi risiko untuk mengalami kerugian terlalu rendah berbanding menceburi
jenis-jenis perniagaan yang lain. Ini disebabkan modal untuk memulakan
perniagaan ini terlalu rendah. Anda tidak perlu membeli dan menyimpan stok.
Disamping itu anda juga tidak perlu menyewa lot gerai/kedai, membeli perabot
dan kelengkapan perniagaan, dan sebagainya yang menelan belanja antara
RM10,000 hingga RM50,000.

Sekiranya anda mengalami kegagalan pada peringkat permulaan dalam


perniagaan ini, saya harap anda jangan lekas berputus asa. Sebaliknya anda
perlu membuat bedah siasat terhadap kegagalan tersebut. Lagipun kos untuk
anda menanggung risiko kegagalan dalam perniagaan ini adalah rendah
berbanding perniagaan lain yang memerlukan modal yang tinggi untuk
memulakan perniagaan.

Saya sentiasa memotivasikan diri saya dengan berpegang kepada prinsip


kejayaan yang telah dibuktikan oleh Thomas Edilson iaitu orang pertama yang
mencipta mentol. Beliau merupakan seorang yang cukup gigih dan penyabar.
Beliau telah membuat eksperimen demi eksperimen untuk menghasilkan mentol
elektrik dan setiap eksperimennya menemui kegagalan. Sehingga pada
eksperimen kali ke 2000 baru beliau berjaya menghasikan mentol yang kita
gunakan pada hari ini.

Cuba anda bayangkan apa akan berlaku sekiranya Thomas Edilson


berhenti menjalankan eksperimennya pada percubannya untuk kali yang ke 1000

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 30


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

atau pada kali yang ke 1500. Adakah kita akan merasai nikmat menggunakan
mentol pada hari ini? Mungkin jawapannya tidak.

Justeru itu kita harus berterima kasih kepada Thomas Edilson kerana
kesungguhan dan kegigihan beliau pada suatu waktu dahulu maka kita dapat
menikmati hidup dengan disinari cahaya mentol di waktu malam. Nikmat
kegagalan demi kegagalan yang telah beliau rasai suatu waktu dahulu telah
terbalas dan memudahkan kehidupan manusia sejagat pada hari ini.

Berbalik kepada usaha anda dan juga saya. Cuba anda bayangkan
sekiranya kita berhenti daripada usaha anda untuk memperolehi pendapatan
melalui internet. Adakah kita berpeluang untuk menjadi jutawan? Jawapannya
tentu tidak. Tidak ada jalan singkat bagi sebuah kejayaan. Jadi usaha demi
usaha perlu dipergiatkan untuk menjual ”produk anda” bagi menjana
pendapatan.

Pergiatkan usaha anda pada hari ini dan jangan berputus asa. Pasti anak-
anak dan cucu anda akan berterima kasih kepada anda kerana memberikan
mereka merasai kehidupan yang selesa pada suatu hari nanti.

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 31


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

BAB 5
STRATEGI PERNIAGAAN MELALUI INTERNET

Dewasa ini semakin ramai rakyat Malaysia yang menceburkan diri dalam
perniagaan internet. Perniagaan internet mampu memberikan anda pendapatan
yang lumayan. Dengan syarat anda perlu mengetahui strategi untuk berjaya
dalam perniagaan internet.

Melalui internet anda boleh memasarkan perniagaan anda secara


berbayar atau percuma. Sebagai permulaan saya syorkan anda memasarkan
perniagaan secara percuma terlebih dahulu. Dalam masa yang sama anda perlu
mempelajari cabang-cabang perniagaan internet. Setelah anda mahir, baru anda
melaksanakan perniagaan internet anda secara profesional dengan
mengeluarkan sedikit modal perniagaan.

Untuk membina sebuah perniagaan internet berjaya, anda perlu


mempunyai ilmu mengenai ”Niche Market Research”, ”Search Engine
Optimization (SEO)”, ”Product Development”, ”Sales Letter Writing”, ”Web
Development”, ”Internet Marketing”, ”Web Credibility”, ”Traffic Generation” dan
sebagainya

MEMASARKAN PERNIAGAAN MELALUI INTERNET SECARA PERCUMA

Terdapat beberapa cara yang anda boleh pasarkan perniagaan anda


melalui internet secara percuma. Cara pertama anda boleh menghasilkan blog
perniagaan anda secara percuma dengan Blogspot.com. Melalui blog anda
boleh menghasilkan post-post yang menarik untuk menarik lebih ramai pelayar
internet membeli produk anda. Melalui cara ini anda perlu menarik banyak trafik
untuk mengunjungi blog anda. Anda perlu mempelajari bebarapa teknik untuk
menarik trafik antaranya mempelajari teknik SEO, pemasaran melalui e-mail,

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 32


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

pemasaran melalui laman web sosial seperti facebook, twitter, dan MySpace
serta rajin menyertai forum-forum di laman-laman blog yang mempunyai trafik
yang tinggi. Sekiranya anda dapat memberi komen yang memberangsangkan
salam ruangan forum, ahli-ahli forum akan mengagumi pengetahuan anda dan
secara tidak langsung menarik perhatian mereka untuk mengunjungi blog anda.

Cara yang ke dua, anda boleh juga memasarkan perniagaan melalui


laman web pengiklanan percuma seperti di Lelong.my, Mudah.my, e-bay.com,
iklantunai.com, 707panduan.com dan bebarapa laman web seumpamanya.
Untuk menjual produk anda di laman-laman web pengiklanan percuma ini anda
tidak perlu tahu tentang pembinaan laman web. Perkara yang anda perlu tahu
adalah strategi pemasaran. Anda perlu tahu cara untuk menarik perhatian
pengunjung laman web tersebut untuk membeli produk anda.

Di antara tips yang dapat saya kongsikan di sini adalah dengan


memaparkan gambar tercantik produk anda, meletakkan maklumat jualan yang
lengkap, meletakkan harga lebih murah daripada harga yang boleh didapati
dipasaran, menjual barangan berkualiti, menjual barangan yang sukar untuk
didapati.

Perniagaan dalam laman web pengiklanan percuma ini memerlukan anda


memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan anda. Sekiranya
pelanggan anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang anda berikan,
pelanggan anda akan menjadi pembeli setia terhadap beberapa produk lain yang
turut anda jual.

Antara kesemua laman web pengiklanan percuma ini, saya syorkan anda
mendalami cara berniaga melalui e-bay. Terdapat beberapa orang rakan saya
menjana pendapatan sehingga RM 2000 sebulan dengan hanya membeli jam
tangan dari negara lain dan menjualkannya kembali jam tangan tersebut kepada
pembeli dari negara lain dengan hanya menjalankan urusniaga melalui e-

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 33


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

bay.com. Sekiranya anda berhasrat untuk mendalami ilmu perniagaan dalam e-


bay.com saya syorkan anda melayari laman-laman web berikut:
Rahsia Sifu e-bay (Klik Di Sini)
Sumber Produk Ebay (Klik DI Sini)
Teknik Menjalankan Perniagaan Di ebay 100% automatik

Selain itu anda juga boleh mendapatkan pendapatan dengan menyertai


beberapa perniagaan internet percuma seperti program pengiklanan dan
program Affiliate.

Contoh Program Pengiklanan Yang Boleh Disertai


- Google Adsense
- Text-Links-Ads
- Bidvertiser
- Nuffnang
- Advertlets

Contoh Program Affiliate Yang Boleh Anda Sertai


- Clickbank
- Commision Junction
- PayDotCom
- Amazon.com
- Mempromosikan produk atau e-book orang lain dan mendapat
komisyen bagi setiap jualan

MEMASARKAN PERNIAGAAN MELALUI INTERNET SECARA BERBAYAR

Setelah anda mahir dalam teknik memasarkan perniagaan melalui internet


secara percuma, kini kita beralih kepada teknik berbayar. Melalui teknik berbayar
akan menambahkan keyakinan orang ramai terhadap perniagaan anda.

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 34


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

Perniagaan anda akan kelihatan sebagai sebuah perniagaan yang profesional


dengan mengaplikasikan teknik berbayar.

Sebut sahaja perniagaan di internet sudah pasti kita membayangkan


laman web. Untuk memastikan perniagaan laman web anda diyakini anda perlu
membeli domain sendiri dan menyewa tapak laman web atau dikenali sebagai
”web Hosting” Nama domain biasanya dijual pada harga antara RM30 sehingga
RM50 setahun bergantung kepada nama belakang domain yang hendak
digunakan samada ”.com”, ”.my”, ”.edu.my”, ”.com”, ”.com.my” dan sebagainya.

Harga bagi sewaan web hosting pula adalah di sekitar RM60-RM200


setahun bergantung kepada spesifikasi yang ditawarkan oleh pemilik syarikat-
syarikat web hosting. Sekiranya anda berminat untuk membeli domain dan
menyewa web hosting, saya syorkan anda pergi ke mana-mana satu laman web
seperti Link di bawah.

Daftar Domain dan Web Hosting di ecommercematry.com


Daftar Domain dan Webhosting di NetKL.com
Daftar Domain dan Web hosting di Mercumaya.net
Daftar Domain dan Webhosting di Jomhost.com
Daftar Domain Dan Webhosting di Sempoi hosting.com

Kesemua laman web di atas menyediakan perkhidmatan menjual domain


dan menyewa web hosting dengan harga yang berpatutan yang memberikan
lebih nilai untuk wang anda. Tetapi harus anda ingat, anda perlu mencatatkan
masa anda mendaftar dan bila masa luput bagi domain dan sewaan web hosting
anda. Sekiranya anda terlupa dan tidak memperbaharui bayaran tahunan anda,
kemungkinan kontrak anda akan ditamatkan oleh penyedia laman web dan web
hosting. Kesudahannya nama domain perniagaan dan web hosting akan
dilelong. Dan amat merugikan anda sekiranya anda meraih pendapatan yang
lumayan dengan nama domain tersebut.

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 35


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

Setelah anda membangunkan laman web perniagaan anda, anda perlu


menarik trafik (pengunjung) ke laman web anda. Lebih banyak pengunjung
datang ke laman web anda lebih berpotensi untuk anda meraih pendapatan.
Anda boleh menarik trafik datang ke laman web anda secara percuma melalui
menyertai ruangan forum di mana-mana laman web/blog, bertukar link laman
web dengan rakan, menyediakan program affiliate di laman web anda,
memasarkan produk di portal perniagaan seperti e-bay.com, mudah.com,
lelong.com dan meletakkan domain laman web anda pada iklan tersebut serta
menyertai laman web sosial seperti friendster, twitter dan Myspace. Disamping
itu anda juga perlu mempunyai key-word yang dicari oleh ramai orang di laman
web anda. Untuk mengenalpasti key word tersebut anda boleh menyemaknya di
beberapa enjin pencarian seperti google.com, cari.com, yahoo.com dan
seagainya.

Salah satu teknik menarik pengunjung yang menguntungkan adalah


dengan membuat pengiklanan berbayar di google adwords dengan kos serendah
RM 0.10-RM1 per klik. Kos tersebut anda perlu tetapkan bergantung kepada
badjet ke atas pengiklanan yang mampu anda keluarkan. Semakin tinggi harga
yang anda mampu bayar semakin kerap iklan anda dikeluarkan dan semakin
tinggi kedudukan laman web anda dalam ”rangking” pengiklanan. Kebiasaannya
iklan anda akan muncul di laman web google.com, di laman-laman web dan
laman-laman blog yang mendaftar sebagai penerbit iklan dengan syarikat
google.com

Jadi secara tidak langsung bila pengunjung-pengunjung internet melawat


mana-mana laman web atau blog yang mempunyai niche area yang hampir
sama dengan laman web anda mereka akan terpandang iklan anda. Bagi
mereka yang mengklik iklan tersebut, mereka akan dibawa ke laman web anda.

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 36


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

Selain teknik yang kita bincangkan di atas anda juga boleh menggunakan
teknik berbayar melalui kuasa pemasaran e-mail. Untuk berjaya dalam teknik ini
anda perlu memberi hadiah atau bonus kepada pengunjung laman web anda
dengan syarat mereka mendaftar nama dan e-mail di laman web anda. Teknik ini
dikenali sebagai teknik ”autoresponder” dimana setiap email yang didaftarkan
oleh pengunjung di laman web anda, ianya akan disimpan dalam ”database”.

Kemudian anda hanya perlu membuat follow up dengan menghantar e-


mail pemasaran perniagaan anda kepada senarai e-mail tersebut. Paling
menarik ianya dilakukan secara aoutomatik. Tidak kira berapa banyak pun
senarai e-mail yang anda berjaya kumpul samada 1,000, 5,000, 10,000 dan
sebagainya sistem akan menghantar secara outomatik kepada semua senarai
email tersebut.

Tugas anda adalah mudah iaitu hanya menyediakan bonus percuma


samada e-book, laporan, kupon jualan diskaun, dan sebagainya. Langkah
seterusnya anda perlu menyiapkan beberapa siri e-mail promosi untuk disetkan
dalam ”outoresponder” anda.

Biasanya pakar-pakar perniagaan internet menyediakan sekurang-


kurangnya 5 siri e-mail promosi yang disetkan ke dalam ’outoresponder’ mereka.
E-mail promosi ini akan dihantar secara berturutan mengikut minggu (bergantung
kepada apa yang anda setkan dalam ”outorsponder”). Sebagai contoh anda
mempunyai 10,000 senarai e-mail. Pada minggu pertama 10,000 prospek akan
menerima e-mail promosi pertama anda. Daripada 10,000 tersebut anda
mempunyai 1% pembeli (100 orang). Kemudian e-mail promosi kedua akan
menyusul pada minggu berikutnya ke atas 9,900 senarai e-mail yang tidak
membuat pembelian semasa e-mail promosi pertama dihantar. Daripada senarai
e-mail tersebut 99 orang (1%) membeli produk anda, dan ianya berterusan
sehingga e-mail yang ke 5. Cuba anda bayangkan jualan yang mampu anda raih

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 37


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

dengan teknik ini. Sekiranya anda mampu menjual satu produk dengan harga
RM50, anda mampu meraih pendapatan sebanyak RM25,000 dengan hanya
mempunyai 5% (500) pembeli daripada 10,000 senarai e-mail dalam simpanan
anda.

Kenapa anda memerlukan ”Autoresponder” untuk berjaya dalam


perniagaan internet? Dalam perniagaan internet anda perlu membekalkan
maklumat secukupnya kepada prospek anda sebelum mereka membuat
pembelian. Semasa prospek anda mengunjungi laman web anda, mereka hanya
membuat ”survey” ke atas produk anda. Jadi anda perlu ”Follow-Up” prospek
anda berkali-kali untuk memberi maklumat selanjutnya tentang produk anda
disamping mengingatkan mereka untuk membeli produk anda.

Pada ketika e-mail pertama dihantar, prospek anda tidak membeli produk
anda mungkin disebabkan tidak cukup wang atau tiada masa untuk membuka e-
mail. Jadi inilah gunanya penghantaran e-mail secara berturutan bertujuan untuk
mengingatkan prospek anda sekiranya mereka lupa tentang produk anda. Jadi
tanpa outorespoder saya rasa pasti sukar untuk anda melakukuan teknik berikut
iaitu menghantar e-mail berkali-kali kepada 10,000 senarai e-mail anda.

Terdapat 2 ”Outoresponder” yang dapat saya syorkan kepada anda iaitu


”getresponse” dan ”aweber”. Anda boleh membuat semakan tentang harga dan
maklumat selanjutnya berkenaan ”autoresponder” di laman-laman web berikut:

dapatkan Autorespoder di aweber.com


Dapatkan Aotoresponder di getresponse.com

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 38


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

Informasi Sejenak

Ramai usahawan internet telah menjadi jutawan hanya bekerja secara sambilan
dari rumah.
________________________________________________________________
Statistik penggunaan internet terkini

Di dunia:2 billion
Di Eropah: 475.07 juta
Di Amerika Syarikat: 409.3 juta
Di Asia: 835.09 juta
Di Indonesia: 30 juta
Di Malaysia:16.9 juta

Dan pengguna internet di seluruh dunia meningkat sehingga 200% setiap tahun.
________________________________________________________________

Kebanyakan orang hanya tahu menggunakan internat, tetapi tidak tahu cara
menjana pendapatan melalui internet. Cuba anda bayangkan pendapatan yang
anda perolehi sekurang-kurangnya RM1 daripada 1 juta pengguna internet.

Sudah pasti anda juga berpeluang untuk menjadi Jutawan

SOALAN CEPU EMAS

Sekiranya anda mempunyai sebuah kedai adakah anda boleh mendapatkan 1


juta pengunjung ke kedai anda?

Jawapannya adalah mustahil Melainkan kedai anda terletak kawasan yang


menjadi tumpuan ramai seperti KLCC, KLIA, Berjaya Time Square, City Square
dan beberapa pasaraya terkemuka sahaja. Tetapi dengan kedai ‘online’ anda
iaitu internet segalanya tidak lagi mustahil.

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 39


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

5.1 STRATEGI MEMBELI BARANG YANG MAHAL DAN


MENJUALKANNYA SEMULA DENGAN HARGA YANG
LEBIH MAHAL

Terdapat beberapa orang rakan-rakan saya telah mendapat untung


sehingga ribuan ringgit sebulan melalui perniagaan di internet tanpa mempunyai
laman web dan tanpa mempunyai pengetahuan untuk membangunkan laman
web. Mereka hanya mempunyai sebuah blog percuma yang dibangunkan
dengan blogspot.com. Saya bertanya kepada mereka apakah rahsia kejayaan
mereka sehingga dengan begitu mudah memperolehi pendapatan secara
sampingan yang lumayan diinternet.

Hampir kesemua mereka menggunakan strategi yang sama iaitu Strategi


membeli barang yang mahal dan menjualkannya semula dengan harga yang
lebih mahal. Barang-barang tersebut biasanya mereka dapati melalui laman web
pengiklanan percuma seperti di Lelong.com.my, Mudah.my, dan e-bay.com.
Kemudian mereka menjualkannya kembali ke laman-laman web berikut dengan
harga yang lebih mahal.

Contohnya seorang rakan saya membeli sebuah jam koleksi daripada


seorang penjual di e-bay.com dengan harga RM1000. Kemudian setelah barang
tersebut diperolehi, beliau mengambil gambar jam tersebut, dan mengedit
gambar tersebut dan mengiklankannya dengan sangat menarik. Iklan yang
dihasilkan menjadikan jam tersebut kelihatan sangat menarik dan eklusif.
Seterusnya beliau menjualkannya kembali di laman-laman web yang saya
sebutkan di atas dengan harga RM1,600. Beliau berjaya menjual jam tersbut
dalam masa 1 minggu selepas ianya diiklankan. Malah pernah juga terdapat
beberapa barangan lain yang berjaya dijual dalam masa 1 hari sebaik sahaja
ianya diiklankan. Sungguh menguntungkan.

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 40


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

Untuk anda berjaya dalam teknik ini anda perlu mengenal pasti barang-
barang yang kuantitinya sedikit di pasaran tetapi mempunyai permintaan yang
tinggi. Berbaloi ke atas wang anda sekiranya anda membuat pembelian barang-
barang tersebut kerana harganya akan menjadi semakin mahal dari masa ke
semasa. Antara barang-barang yang tergolong dalam kategori ini adalah seperti
senarai berikut:

• Jam Koleksi
• Barang-barang antik
• Kereta koleksi (bukan kereta biasa)
• Seramik antik
• Permaidani
• Barang kemas, lukisan atau batu antik.
• Setem, wang syiling atau wang kertas lama

Kebanyakan barang-barang dalam senarai ini digilai oleh ramai orang.


Terdapat orang-orang tertentu dari kalangan golongan berada yang meminati
barang-barang dalam senarai di atas. Golongan ini biasanya tiada masalah ke
atas wang mereka. Dan mereka cuba untuk mencari barang yang unik dan
istimewa untuk dimiliki bagi memenuhi kepuasan mereka. Semakin sukar
barang-barang tersebut didapai semakin tinggi nilainya. Sebagai contoh sebuah
lukisan yang berusia ratusan tahun seperti lukisan potret Monalisa. Potret
tersebut boleh dijual sehingga nilai satu billion ringgit disebabkan hasil
lukisannya yang menarik dan terlalu sukar untuk didapati (Hanya ada satu
sahaja yang asli). Tetapi contoh yang saya beri ini tidaklah realistik untuk anda
laksanakan. Cukuplah sekadar contoh sahaja ;)

Jadi ada beberapa barang dalam senarai di atas yang boleh anda ’survey’
di talian internet untuk dibeli dan dijualkan semula. Selain itu anda juga boleh
mencari barang-barang terpakai yang masih elok samada di rumah ayah anda,
rumah sanak saudara atau rumah atuk anda. Cuba cari barang-barang antik dan

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 41


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

iklankan barangan tersebut di portal perniagaan percuma seperti e-bay.com,


mudah.my dan lelong.com. Pasti anda akan terkejut dengan hasilnya. Seorang
rakan saya pernah menjual piring hitam lagu elvis pallesly yang dijumpai semasa
mengemas rumah yang baru dibeli.

Pada mulanya beliau berhasrat untuk membuang barang tersebut


disebabkan beliau tiada pemain piring hitam. Tetapi atas nasihat seorang rakan
yang lain, beliau telah mengiklankan barang tersebut dalam e-bay.com. Dalam
masa 2 minggu ianya diiklankan, ada pembeli dari luar negara berminat untuk
membeli piring hitam tersebut dengan harga yang tinggi. Jadi, rakan saya
dengan senang hati menjual barang tersebut. Lihat! Tanpa mengeluarkan
sebarang modal, rakan saya telah mendapat wang dengan mudah.

Walaupun secara asasnya, anda perlu menjual barang dengan harga


yang lebih murah dari harga pasaran semasa menjual di laman web pengiklanan
percuma seperti e-bay, lelong dan mudah.my. Namun bagi kes-kes menjual
barang-barang tertentu seperti yang dibincangkan di atas anda boleh menjualnya
dengan harga yang mahal tetapi berbaloi untuk wang pembeli.

Untuk melipat gandakan kejayaan anda dalam teknik ini, anda juga perlu
menimba ilmu bagaimana untuk memasarkan barangan anda sehingga ianya
terjual. Jadi, sekiranya anda berminat saya syorkan anda mengunjungi laman
web berikut untuk mempelajari teknik pemasaran yang betul untuk meraih
keuntungan semasa menjual di laman web mudah.my. Selamat mencuba..
Rahsia Mudah.my (Klik Di Sini)

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 42


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

BAB 6

STRATEGI JUTAWAN MELALUI PERNIAGAAN GAYA POS

Untuk meraih kejayaan dalam perniagaan melalui pos anda perlu


mengetahun niche area untuk produk anda. Sebagai contoh jika produk anda
tentang masakan, anda perlu memasarkan produk anda ke dalam majalah-
majalah masakan seperti Saji, Mingguan Wanita, Majalah Wanita dan
sebagainya. Bagi produk yang berunsur kecantikan seperti produk pelangsingan
badan anda boleh memasarkan produk anda di majalah yang kebanyakan
pembacanya adalah dari kalangan kaum wanita seperti Majalah Wanita,
Mingguan Wanita, Pa & Ma, Harmoni, dan sebagainya.

Saya syorkan anda menggunakan kedua-dua medium pengiklanan iaitu


melalui majalah/akhbar dan internet. Ini kerana pada masa ini ramai orang telah
mula sedar tentang kepentingan penggunaan internet. Tetapi ada juga
sebilangan besar masyarakat kita yang tidak arif menggunakan internet tetapi
membaca majalah dan suratkhabar. Jadi, saya syorkan anda mencuba untuk
mendapatkan prospek daripada kedua-dua medium pengiklanan ini.

Untuk mengiklankan perniagaan anda melalui akhbar/majalah, anda perlu


membayar kos pengiklanan. Kos pengiklanan bergantung kepada harga yang
ditawarkan oleh akhbar/majalah tersebut. Bagi akhbar/majalah yang mempunyai
ramai pembaca semakin mahal kos pengiklanan yang dikenakan oleh pihak
syarikat. Antara akhbar/majalah yang top boleh anda iklankan ialah:-

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 43


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

a. Mingguan Wanita ~ 300,000 pembaca (RM189 untuk 2 minggu)


b. Mingguan Perdana ~ 40,000 pembaca (RM90 seminggu)
c. Bacaria ~ 30,000 pembaca (RM90 seminggu)
d. Mingguan Misteri ~ 20,000 pembaca (RM200 4 minggu)
e. Sensasi ~ 10,000 pembaca (RM60 seminggu)
f. Mingguan Malaysia – 1.5 juta pembaca
g. Berita Harian – 1 juta pembaca
h. Mingguan Metro – 800 ribu hingga 1 juta pembaca

Sila beli akhbar/majalah di atas dan lihat di pada ruangan iklan di untuk
makluman terkini. Tuliskan iklan anda disehelai kertas, dan poskan bayaran
dengan wang pos.

Jika anda perhatikan kebanyakan akhbar tidak meletakkan harga untuk


kos pengiklanan mereka. Anda perlu menghubungi mereka untuk mengetahui
harga tersebut. Jika kita lihat dalam senarai di atas kebanyakan akhbar
mempunyai pembaca lebih ramai daripada majalah. Disebabkan itu kos untuk
membuat pengiklanan di akhbar biasanya lebih tinggi daripada majalah.

Walaupun anda mengiklankan perniagaan anda di majalah, anda tidak


perlu khuatir akan kekurangan prospek. Kebiasaannya pembaca akhbar akan
membuang, menggunakannya sebagai alas atau menjual di kedai kitar semula
surat khabar yang telah mereka baca. Jadi kebanyakan pembaca akhbar tidak
sempat untuk melihat iklan anda disebabkan mereka akan mendapatkan akhbar
yang baru pada keesokan harinya dan meninggalkan akhbar pada hari
sebelumnya. Jadi walaupun pembaca akhbar lebih ramai daripada pembaca
majalah belum tentu anda akan mendapat respon/prospek yang lebih ramai
daripada pembaca akhbar.

Bagi pembaca majalah pula walaupun kuantiti pembacanya sedikit, tetapi


majalah biasanya akan disimpan dan dibaca berulang kali. Jadi sekiranya pada

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 44


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

hari ini pembaca majalah tidak sempat untuk memberi respon kepada iklan anda,
mereka akan berkesempatan untuk memberi respon samada pada keesokan
harinya ataupun lusa bergantung kepada kelapangan masa yang mereka ada.

Terdapat dua teknik yang dapat digunakan untuk mengumpul senarai


prospek anda melalui pengiklanan di akhbar/majalah. Cara pertama anda
meminta prospek anda menghantar sms tentang nama penuh dan alamat
mereka kepada anda. Dalam iklan tersebut, anda perlu sertakan sekali nombor
telefon anda. Cara yang kedua anda boleh meminta prospek anda mengirimkan
sampul surat yang bertulis nama penuh dan alamat sendiri berserta setem 60
sen kepada anda. Kedua-dua cara ini ada kelebihan dan kelemahannya sendiri.

Melalui cara pertama anda akan memudahkan prosepek anda. Tetapi


ianya akan memenatkan kerja anda untuk menulis atau menaip kembali nama
dan alamat prospek pada sampul surat. Selain itu anda juga memerlukan kos
yang agak mahal untuk membeli setem dan sampul surat untuk mengeposkan
risalah jualan kepada prospek-prospek anda.

Melalui cara kedua pula dapat menjimatkan masa dan kos anda. Anda
tidak perlu lagi hendak menulis nama dan alamat prospek anda pada sampul
surat. Anda juga tidak perlu membeli setem untuk mengeposkan surat. Apa yang
anda perlu lakukan adalah dengan memasukkan risalah jualan ke dalam sampul
surat yang diberi oleh prospek anda dan poskan kembali kepada mereka. Tetapi
harus diingat untuk memastikan cara yang kedua ini berjaya anda perlu
membuat tinjauan bahawa iklan anda mempunyai tarikan dengan ayat yang
paling ”membunuh” berbanding iklan-iklan lain yang terdapat dalam ruang
pengiklanan majalah tersebut.

Ini kerana tidak semua prospek anda rajin untuk mencari sampul surat
dan setem semata-mata untuk memberi respon kepada iklan anda. Pastinya
pembaca iklan anda akan lebih tertarik kepada iklan-iklan lain yang hanya

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 45


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

memerlukan mereka menghantar sms. Cuba anda fikirkan akan kebenaran kata-
kata saya ini. Adakah anda akan bersusah payah untuk mencari sampul surat
dan setem untuk memberi respon terhadap sesuatu iklan atau lebih selesa
sekadar menghantar SMS?

Saya tidak mahu membincangkan secara panjang lebar tentang contoh-


contoh pengiklanan yang perlu anda buat di akhbar/majalah. Ini kerana ianya
terlalu subjektif. Sara sarankan anda mendapatkan beberapa majalah/akhbar
kemudian anda lihat pada bahagian pengiklanan. Andaikan diri anda sebagai
seorang pembaca. Cuba anda baca kesemua iklan yang terdapat dalam majalah
tersebut. Daripada kesemua iklan tersebut yang mana satukah iklan yang paling
menarik minat anda untuk memberi tindak balas. Sekiranya anda telah mengenal
pasti iklan tersebut, jadikan ayat yang terkandung dalam iklan tersebut sebagai
contoh pengiklanan anda.

Tips utama pengiklanan yang boleh saya kongsikan kepada anda jangan
membuat iklan untuk menjual produk anda di majalah. Ini kerana anda hanya
boleh menggunakan ayat yang terhad semasa membuat pengiklanan di majalah.
Sekiranya anda cuba untuk meletakkan ayat jualan dalam iklan tersebut ianya
tidak akan berjaya memujuk prospek anda untuk membeli produk anda.
Sebaliknya anda perlu menawarkan sesuatu hadiah atau bonus kepada mereka
sekiranya mereka memberi respon terhadap iklan anda.

Sebagai contoh anda menawarkan laporan percuma kepada prospek


anda tentang teknik memperolehi pendapatan yang sampingan. Prospek
anda pasti gembira untuk memberi respon kepada iklan anda kerana akan
menerima laporan percuma tersebut yang juga merupakan surat jualan anda.

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 46


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

Melalui cara ini secara tidak langsung anda akan dapat mengumpul
senarai nama. Senarai nama ini dapat anda gunakan berkali-kali untuk pelbagai
jenis perniagaan anda tidak kira samada perniagaan MLM, Produk Insurans,
produk kesihatan dan sebagainya. Sekiranya anda pernah menceburkan diri
dalam perniagaan MLM tetapi belum berkesempatan untuk merasai hasilnya,
jangan salahkan diri anda.

Sebaliknya anda perlu buat bedah siasat berkenaan kegagalan anda


menceburi perniagaan MLM sedangkan tetapi rakan anda Berjaya. Padahal
anda telah mengikuti semua teknik dan tindakan yang di ajar oleh rakan anda.

Jawapannya di sini adalah strategi pemasaran. Bagi kebanyakan ahli


perniagaan, strategi pemasaran adalah aspek utama yang perlu diambil berat
selain daripada produk yang berkualiti untuk berjaya dalam sesebuah
perniagaan. Terdapat beberapa kaedah untuk berjaya dalam pemasaran. Salah
satu kaedahnya adalah dengan mengeposkan risalah jualan kepada prospek-
prospek anda. Pastikan risalah jualan anda mempunyai ayat-ayat membunuh
untuk menarik lebih ramai prospek membeli produk anda.

Untuk pengetahuan anda pengasas periagaan MLM boleh menjadi kaya


dengan hanya menerima yuran keahlian daripada pengedar-pengedar mereka.
Cuba anda bayangkan sebuah syarikat MLM yang mengenakan yuran keahlian
RM70 sekali seumur hidup. Berapa pendapatan yang mereka terima sekiranya
mereka mempunyai 100,000 pengedar? Ya nialainya RM 7 juta. Itu baru
mendapat keuntungan melalui yuran keahlian. Belum lagi keuntungan ke atas
jualan produk.

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 47


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

Sekiranya anda juga terlibat dalam perniagaan MLM dan belum


memperolehi hasil daripada perniagaan anda saya syorkan anda melayari laman
web berikut untuk mempelajari cara-cara memperolehi pendapatan yang
lumayan daripada perniagaan MLM anda.

Rahsia MLM (Klik Di Sini)

Selain itu, anda juga boleh mengunjungi laman web di bawah untuk
melihat contoh menjalankan MLM menerusi internet:

MLM Prepaid (Klik Di Sini)


MLM Bio Asli (Klik Di Sini)

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 48


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

BAB 7

STRATEGI JUTAWAN DALAM PELABURAN HARTANAH

Strategi yang terakhir adalah strategi jutawan dalam pelaburan hartanah.


Pelaburan hartanah sememangnya suatu pelaburan yang cukup
menguntungkan. Untuk Berjaya dalam pelaburan ini anda perlu mempunyai
pandangan jauh kehadapan bagi mentafsir nilai hartanah dalam tempoh 5-30
tahun akan datang. Sekiranya anda tersilap membuat tafsiran anda terpaksa
menghadapi sedikit kesulitan dalam aliran wang anda kerana anda perlu
membayar ansuran bulanan sesuatu hartanah sehingga 20 atau 30 tahun
lamanya.

Sekiranya pada Bab-bab sebelum ini saya ada membincangkan tentang


bagaimana caranya untuk menggandakan wang anda sehingga bernilai sejuta
ringgit. Wang sejuta ringgit yang boleh anda anda nikmati pada ketika itu
mungkin telah susut nilainnya. Ini kerana ianya dipengaruhi oleh kadar inflasi.

Sebagai contoh suatu ketika dahulu semasa zaman 1950-1960 dengan


wang sebanyak 20 sen kita boleh menggunakannya untuk beberapa perkara
seperti membayar tambang bas, tengok wayang, membeli sepinggan nasi, dan
sebagainya tetapi pada hari ini wang 20 sen sekadar boleh digunakan untuk
membeli gula-gula, bayaran masuk tandas, membeli aiskrim yang paling murah
dan lain-lain barangan yang paling murah.

Kita lihat kesan inflasi pada hari ini telah menyusutkan nilai wang anda
sehingga berkali-kali ganda dalam tempoh masa tertentu. Sebagai contoh mari
kita lihat jadual di bawah. Seandainya dalam masa beberapa tahun anda berjaya

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 49


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

memperolehi RM 1,000,000, anda boleh lihat nilai wang anda mengikut kadar
inflasi seperti berikut:

Kadar Inflasi (%) 10 Tahun 15 Tahun 20 Tahun


2 RM 820,300 RM 743,000 RM 637,000
4 RM 675,500 RM 555,200 RM 456,300
6 RM 558,300 RM 417,200 RM 311,800
8 RM 463,100 RM 315,200 RM 314,500
10 RM 385,500 RM 239,400 RM 148,600

Jadi untuk anda mendapat keuntungan kesan daripada inflasi, saya


syorkan anda mempelbagaikan bidang pelaburan. Antaranya adalah dengan
membuat pelaburkan ke atas hartanah. Pelaburan hartanah boleh menjadi
“rakan bisnes” dengan inflasi.

Sekiranya nilai inflasi tinggi harga barangan akan meningkat. Begitu juga
halnya dengan kos bagi bahan-bahan untuk membina bangunan seperti batu-
bata, simen, atap, cermin tingkap dan sebagainya yang turut meningkat dengan
peningkatan kadar inflasi. Sebagai Contoh, sebuah rumah teres dua tingkat (unit
tengah) di Bangsar Baru Kuala Lumpur dijual pada harga RM30,000 pada awal
70an. Pada tahun 2008, rumah yang sama dengan sedikit pengubahsuaian telah
dijual pada harga RM750,000.

Ini menunjukkan kesan inflasi turut mempengaruhi peningkatan nilai


hartanah selain faktor-faktor lain. Pada tahun 1970an, kita boleh mendirikan
sebuah rumah seperti yang disebutkan di atas dengan kos kurang daripada
RM20,000 disebakan bahan-bahan untuk membuat rumah pada ketika itu adalah
murah. Tetapi pada hari ini untuk membuat sebuah rumah kampung satu tingkat
3 bilik sahaja dengan menggunakan batu-bata biasa (bukan tanah liat), anda
memerlukan modal sekurang-kurangnya RM60,000. Begitulah kesan inflasi yang
menjadi salah satu faktor dalam peningkatan harga hartanah.

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 50


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

Contoh yang seterusnya.. sebuah Lot kedai di Kompleks Sungei Wang,


Kuala Lumpur berharga RM950,000 pada tahun 2001 tetapi pada tahun 2008
hartanah tersebut bernilai RM 1.5 juta ringgit. Anda lihat dalam masa 7 tahun
sahaja anda mampu memperolehi keuntungan sebanyak RM550 ribu dengan
pelaburan hartanah.

Jadi dengan 2 contoh ini akan dapat membuka minda anda tentang
keuntungan yang bakal anda perolehi dengan melabur ke atas hartanah.
Hartanah akan menjadi semakin mahal disebakan oleh beberapa faktor lain
seperti:

a) Faktor kepadatan penduduk yang tinggi seperti di Pulau Pinang,


Johor Bharu dan kawasan sekitar Lembah Klang
b) Harga barangan untuk membuat rumah yang semakin meningkat
c) Kedudukan yang strategik seperti terletak di kawasan Bandar atau
terletak di tempat yang mempunyai banyak kemudahan disekitar
kawasan tersebut
d) Mempunyai faktor “Feng Shui” yang baik (Saya kurang arif
berkenaan dengan perkara ini, untuk maklumat lanjut anda boleh
merujuk dengan kaum China)
e) Dan beberapa faktor lain lagi.

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 51


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

7.1 JENIS-JENIS HARTANAH

Sebelum anda membuat pelaburan dalam hartanah anda perlu terlebih


dahulu mengetahui jenis-jenis hartanah. Terdapat 4 jenis hartanah yang perlu
anda ketahui. Hartanah tersebut dikategorikan seperti berikut:

1. Tanah Biasa
2. Komersial (Kedai atau pejabat atau kilang)
3. Rumah Kediaman (Bertanah Atau Apartment Bertaraf Mewah)
4. Rumah Kediaman (Apartment kos rendah/sederhana)

Menurut pandangan pakar hartanah, sebaik-baiknya anda belajar


membuat pelaburan hartanah bermula dari Rumah Kediaman (Apartment Kos
Rendah/Sederhana) dahulu kemudian setelah anda mahir baru anda melabur
dalam Rumah Kediaman (Bertanah atau Apartment Bertaraf Mewah) diikuti
dengan komersial dan akhir sekali tanah biasa.

Saya bersetuju dengan pendapat pakar hartanah tersebut, terutama bagi


anda yang bekerja ‘makan gaji’ seperti saya. Bagi usahawan sepenuh masa atau
jutawan mungkin tidak menjadi masalah untuk melabur dari mana-mana satu
daripada 4 jenis hartanah tersebut. Kenapa saya berpendapat sebegitu?

Saya membuat analisis dari segi kos, risiko dan pulangan. Membeli rumah
kediaman (Apartment kos rendah/sederhana) lebih murah jika dibandingkan
dengan hartanah lain selain tanah biasa. Sebelum anda membeli mana-mana
hartanah anda perlu memastikan anda mampu membayar ansuran bulanan
hartanah tersebut sekiranya anda tidak mempunyai sebarang pendapatan dari
hartanah tersebut.

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 52


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

Harga bagi sebuah rumah teres sekitar RM90,000 sehingga RM150,000.


Sekiranya anda membeli dengan membuat pinjaman Bank dalam tempoh 20-30
tahun dengan kadar faedah 8% setahun anda perlu membayar ansuran bulanan
sekitar RM600-RM1500. Bagi anda yang bekerja makan gaji saya rasa anda
masih mampu membayar nilai ini walaupun anda tidak memperolehi pendapatan
dengan menyewakan hartanah tersebut.

Rumah kos rendah atau sederhana mudah untuk disewakan bagi


memberikan pendapatan pasif kepada anda. Kebanyakan penyewa masih
mampu untuk menyewa rumah dengan kadaran sewa antara RM600-RM1500
sebulan. Disebabkan itu saya tidak mengesyorkan anda untuk membuat
pelaburan hartanah ke atas rumah kediaman (apartment bertaraf mewah).
Apartment bertaraf mewah biasanya di beli pada harga diantara RM250,00-
RM400,000. Bayaran bulanan untuk apartment bertaraf mewah adalah sekitar
RM2,200 sehingga RM4,000 sebulan.

Adakah mudah untuk anda mencari penyewa yang sanggup membayar


sewa bulanan sebanyak itu? Jawapannya tentu tidak. Sekiranya ada pun, adalah
penyewa dari kalangan golongan berpendapatan tinggi yang jumlahnya tidak
seramai golongan berpendapan sederhana.

Jadi sekiranya anda ingin melabur ke atas apartment bertaraf mewah


anda perlu mamastikan mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar
ansuran bulanan bagi hartanah anda.

Bagi hartanah jenis komersial pula, sebelum anda membeli saya syorkan
anda membuat sedikit tinjauan ke atas lokasi. DIsamping itu anda juga perlu
menyelidik latar belakang penyewa sebelum menyewakan hartanah tersebut.
Adakah rekod perniagaan mereka menguntungkan? Adakah penyewa tersebut
ada rekod hitam dalam sejarah pembayaran sewa lot-lot kedai sebelum ini?

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 53


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

Faktor latar belakang penyewa penting disebabkan faktor latar belakang


yang buruk boleh menyebabkan kebarangkalain untuk penyewa mempunyai
kekangan dalam pembayaran sewa bulanan. Anda mungkin menghadapi
masalah dengan pihak bank untuk menjelaskan ansuran bulanan kedai anda
sekiranya berlaku tunggakan pembayaran sewa diantara 2 hingga 3 bulan. Untuk
anda mengenakan faedah kelewatan kepada penyewa-penyewa anda adalah
sesuatu yang tidak masuk akal. Tetapi yang pasti pihak bank akan mengenakan
faedah dan denda terhadap kelewatan tersebut. Silap hari bulan anda telah pun
menerima surat amaran ke atas masalah pembayaran tersebut.

Bagi pembelian tanah biasa untuk pertanian contohnya, saya hanya


syorkan kepada anda yang mahu mengusahakannya secara sepenuh masa
dengan keluasan tanah melebihi 10 ekar. Walaupun harga tanah untuk pertanian
agak murah iaitu sekitar RM30,000 seekar. Namun anda perlu memikirkan
banyak perkara untuk mengendalikan tanah tersebut. Sekiranya anda bekerja
makan gaji, anda perlu memikirkan cara untuk menangani beberapa perkara
seperti berikut:-
• Kos permulaan untuk mencari benih, menanam, dan menjaga tanaman
yang memerlukan anda mengupah atau meminta bantuan orang lain
• Risiko kerugian ke atas kerosakan pada hasil tanaman
• Risiko kerugian ke atas penurunan harga pasaran hasil tanaman
• Gaji pekerja dan pengurusan hartanah lebih tinggi daripada pendapatan
yang diperolehi dari hasil tanaman
• Kecurian atau penyelewangan dari kalangan pekerja ke atas hasil
tanaman anda
• Nilai jualan bagi tanah pertanian yang sukar untuk meningkat lebih-lebih
lagi jika ianya terletak jauh dari jalan utama

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 54


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

Namun begitu, anda boleh meneruskan hasrat anda untuk membeli tanah
sekiranya:-

• Membelinya dengan tujuan untuk disewakan dan mempunyai kontrak


perjanjian sewaan selama lebih 10 tahun (pendapatan pasif)
• Membelinya untuk diusahakan oleh sanak saudara anda yang anda kenal
hati budinya
• Membeli tanah lot untuk mendirikan rumah atau banglo di kawasan yang
strategik
• Membelinya dengan tujuan untuk mendirikan rumah-rumah sewa kos
rendah, gelanggang futsal, gelanggang tenis, gelanggang badminton
untuk disewakan serta membuat kawasan parking kereta dikawasan yang
ramai pengunjung dengan kawasan parking yang terhad.

7.2 HASIL PULANGAN DALAM PELABURAN HARTANAH

Melalui pelaburan hartanah, anda boleh mendapatkan hasil pulangan


melalui cara berikut:-

• Hasil Sewaan pulangan jangka pendek


• Naik nilai harga pulangan jangka panjang.

Saya syorkan anda menggunakan kedua-dua cara tersebut untuk


memperolehi pendapatan yang lumayan dengan pelaburan hartanah. Dengan
menyewakan hartanah anda, anda dapat menjadi seorang bos manakala
penyewa anda adalah pekerja yang perlu membayar sewa bulanan.

Dengan wang sewa tersebut anda dapat membayar ansuran bulanan


hutang rumah anda serta lebihan wang untuk anda simpan bagi mengumpul

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 55


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

deposit untuk membeli unit rumah/hartanah seterusnya. Sekiranya anda mahu


menyewakan rumah anda, sila pastikan anda meletakkan sewa yang
menguntungkan iaitu

Bayaran Sewa Rumah = Bayaran Ansuran Bulanan Rumah +


Lebih Wang Di Tangan.

Disebabkan itu saya tidak mengesyorkan anda membeli rumah kediaman


mewah untuk tujuan sewaan. Biasanya bayaran ansuran bulanan untuk sebuah
rumah kediaman mewah adalah sekitar RM3,000 sebulan. Anda akan dapat
menyewakan rumah kediaman mewah anda dalam RM1,600 sebulan. Anda
terpaksa menggunakan wang gaji anda untuk membayar RM1,400 selebihnya.

Sekiranya penyewa keluar dari rumah sewa anda, sementara anda dalam
proses mendapat penyewa yang baru anda terpaksa membayar RM3,000
sebulan untuk rumah anda. Cuba anda bayangkan sekiranya dalam masa yang
sama anda menghadapi masalah kewangan akibat diberhentikan kerja serta-
merta, sakit dan sebagainya bagaimana untuk anda membayar RM3,000
sebulan tersebut? Tambahan pula untuk anda mencari penyewa yang mampu
menyewa rumah dengan harga RM1,600 sebulan adalah sukar berbanding
penyewa yang dapat membayar RM700 sebulan.

Untuk mengelakkan rumah anda ditarik oleh pihak bank kerana gagal
membayar ansuran bulanan mungkin anda akan menjadi penjual terdesak. Jadi
saya syorkan anda supaya tidak mengambil langkah yang berisiko tinggi seperti
berikut. Harga rumah paling ideal bagi semua orang sebagai langkah pertama
memulakan pelaburan dalam hartanah adalah seperti cirri-ciri berikut:-

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 56


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

• Jenis Hartanah – Rumah Kos Sederhana


• Harga Hartanah – RM100,000
• Bayaran Pendahuluan – RM30,000
• Jumlah Pinjaman – RM70,000
• Tempoh pinjaman – 25 tahun
• Kadar faedah bank – 8% setahun(kadar biasa)
• Bayaran ansuran bulanan RM545
• Sewa rumah RM600 atau RM700 sebulan (cuba RM700 dahulu)

7.3 2 STRATEGI JUTAWAN HARTANAH

7.3.1 Memiliki 1 buah rumah kediaman setiap 5 tahun Dan Berhenti


Membayar Ansuran Rumah dalam tempoh 30 Tahun

Membeli rumah Kos sederhana berharga dalam lingkungan


RM100,000 dengan modal permulaan RM30,000 dengan kadar faedah
yang sama 8% setahun selama 30 tahun. Katakan kita bermula pada
tahun 2011 dan berakhir pada tahun 2041. Komitmen kewangan anda
untuk pelaburan ke atas rumah adalah RM1,000 sebulan. Di mana
sebahagian daripadanya digunakan untuk membayar ansuran rumah dan
sebahagian lagi digunakan untuk mengumpul deposit bagi bayaran rumah
seterusnya. Kita andaikan peningkatan nilai rumah adalah 5% setahun.

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 57


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

RUMAH KEDIAMAN (RUMAH 1), RUMAH 2 DAN RUMAH 3


• Wang Deposit Hartanah : RM30,000.00
• Komitmen bayaran setiap bulan : RM1,000 selama 30 tahun
• Tempoh Pinjaman : 20 Tahun (8% setahun)
• Bayaran bulanan ansuran rumah kediaman : RM594
• Sewa rumah sebulan RM650
• Bayaran tabungan tetap sebulan RM406 untuk deposit rumah dan
mendapat dana tambahan RM55 setiap 5 tahun daripada
perbezaan sewa rumah dengan bayaran ansuran bulanan

Baki akaun Simpanan Keuntungan


Tahun Jumlah
semasa tahunan setahun
1
0.00 4872.00 487.20 5359.20
2
5359.20 4872.00 1023.12 11254.32
3
11254.32 4872.00 1612.63 17738.95
4
17738.95 4872.00 2261.10 24872.05
5
24872.05 4872.00 2974.40 32718.45
Nota: Menggunakan RM 30,000 untuk membayar deposit rumah ke 2

Baki akaun Simpanan Keuntungan


Tahun Jumlah
semasa tahunan setahun
6
2718.45 5532.00 553.20 8803.65
7
8803.65 5532.00 1433.57 15769.22
8
15769.22 5532.00 2130.12 23431.34
9
23431.34 5532.00 2896.33 31859.67
10
31859.67 5532.00 3739.17 41130.84
Nota: Menggunakan RM 30,000 untuk membayar deposit rumah ke 3

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 58


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

Baki akaun Simpanan Keuntungan


Tahun Jumlah
semasa tahunan setahun
11
11130.84 6192.00 619.20 17942.04
12
17942.04 6192.00 2413.40 26547.44
13
26547.44 6192.00 3273.94 36013.39
14
36013.39 6192.00 4220.54 46425.93
15
46425.93 6192.00 5261.79 57879.72
Nota: Menggunakan RM 50,000 untuk membayar deposit rumah ke 4

RUMAH 4
• Wang Deposit Hartanah : RM50,000.00
• Tempoh Pinjaman : 15 Tahun (8% setahun)
• Bayaran bulanan ansuran rumah kediaman : RM486.79
• Sewa rumah sebulan RM650
• Bayaran tambahan tabungan tetap sebulan RM163 (perbezaan
antara sewa rumah dengan bayaran ansuran bulanan

Tahun Baki akaun Simpanan Keuntungan Jumlah


semasa tahunan setahun
16 7879.72 8148.00 814.80 16842.52
17 16842.52 8148.00 2499.05 27489.57
18 27489.57 8148.00 3563.76 39201.33
19 39201.33 8148.00 4734.93 52084.26
20 52084.26 8148.00 6023.23 66255.49
Nota: Menggunakan RM 60,000 untuk membayar deposit rumah ke 5
Bayaran ansuran bulanan rumah 1 telah selesai

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 59


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

RUMAH 5
• Wang Deposit Hartanah : RM60,000.00
• Tempoh Pinjaman : 10 Tahun (8% setahun)
• Bayaran bulanan ansuran rumah kediaman : RM496.77
• Sewa rumah sebulan RM650
• Bayaran tambahan tabungan tetap sebulan RM153 (perbezaan
antara sewa rumah dengan bayaran ansuran bulanan
• Rumah 1 telah selesai di bayar. Wang tambahan bayaran ansuran
untuk rumah 1 sebanyak RM594
Tahun Baki akaun Simpanan Keuntungan Jumlah
semasa tahunan setahun
21
6255.49 17112.00 1711.20 25078.69
22
25078.69 17112.00 4219.07 46409.76
23
46409.76 17112.00 6352.18 69873.93
24
69873.93 17112.00 8698.59 95684.53
25
95684.53 17112.00 11279.65 124076.18
Nota: - Menggunakan RM 29,000 untuk membayar deposit rumah ke 6
- Bayaran ansuran bulanan Rumah ke 2 telah selesai
- RM 94,653 digunakan untuk menyelesaikan bayaran hutang rumah
No 3(RM35,640), rumah no.4(RM29,220) dan rumah
no.5(RM29,820)

RUMAH 6
• Wang Deposit Hartanah : RM29,000.00
• Tempoh Pinjaman : 5 Tahun (8% setahun)
• Bayaran bulanan ansuran rumah kediaman : RM1481.87
• Sewa rumah sebulan RM650
• Pendapatan tahunan untuk 5 buah rumah yang telah selesai
dibayar adalah RM39,000

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 60


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

Tahun Baki akaun Simpanan Keuntungan Jumlah


semasa tahunan setahun
26 0.00 39000.00 3900.00 42900.00
27 42900.00 39000.00 8190.00 90090.00
28 90090.00 39000.00 12909.00 141999.00
29 141999.00 39000.00 18099.90 199098.90
30 199098.90 39000.00 23809.89 261908.79

Nilai RM 261,908.79 ini akan ditolek dengan bayaran ansuran


rumah ke 6 iaitu RM1481.87x12x5 = RM88,912.20.Baki wang yang ada
dalam simpanan kita adalah RM 172,996.59

Sekarang mari kita lihat rumusan keseluruhan hasil daripada


pelaburan ke atas pembelian rumah teres kos sederhana selama 30 tahun
dengan membeli seunit rumah setiap 5 tahun.

Rumah Tahun Wang terkumpul Tahun Tamat Harga rumah


membeli setiap 5 tahun Membayar pada tahun 2041
Rumah 1 2011 RM 32718.45 2031 RM 250,000
Rumah 2 2016 RM 41130.84 2036 RM 225,000
Rumah 3 2021 RM 57879.72 2036 RM 200,000
Rumah 4 2026 RM 66255.49 2036 RM 175,000
Rumah 5 2031 RM 124076.18 2036 RM 150,000
Rumah 6 2036 RM 261908.79 2041 RM 125,000
HARGA ASET PADA TAHUN 2040 (JUMLAH) RM 1,125,000

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 61


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

Setelah 30 tahun berlalu berikut adalah nilai keuntungan yang diperolehi:-

• Wang dalam akaun simpanan berbaki RM 172,996.59


• Mempunyai nilai aset sebanyak RM1,125,000
• Memperolehi pendapatan pasif berterusan setiap bulan
daripada penyewa sebanyak RM3,250 sebulan.

SUDUT SEPINTAS LALU

Selain memperolehi pendapatan dengan menyewakan rumah secara


bulanan anda boleh menyewakan rumah secara harian dengan
menjadikan rumah anda sebagai “Home Stay”. Teknik ini lebih
menguntungkan disamping anda berpeluang untuk kerap melawat rumah
anda bagi menjaganya daripada sebarang kerosakan. Rumah Teres Kos
Sederhana boleh disewakan secara “Home Stay” dengan kadar sewa
antara RM150-RM200 untuk satu malam. Secara puratanya “Home Stay”
akan menerima penyewa 2 kali seminggu (bergantung kepada lokasi).
Hasil pulangan anda 2 kali ganda daripada menyewakannya secara
bulanan.

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 62


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

Soalan Cepu Emas


Bagaimana saya dapat memperolehi pendapatan daripada rumah kediaman
yang anda sedang duduki sekarang?

Sebenarnya anda boleh memperolehi pendapatan dengan rumah


kediaman anda sekiranya rumah anda berhampiran dengan tempat-tempat
menarik seperti di lokasi percutian, universiti, pusat pengajian tinggi, dan
sekolah-sekolah berasrama penuh. Terlebih dahulu anda perlu membuat
tinjauan tentang berapa banyak “Home Stay” yang terdapat disekitar kawasan
anda. Tanya kepada pemilik-pemilik “Home Stay” yang ada tentang kekerapan
pelanggan menghubungi mereka untuk membuat tempahan ke atas “Home Stay”
mereka. Sekiranya pemilik-pemilik “Home Stay” mengatakan ramai pelanggan
menghubungi beliau untuk menempah “Home Stay” tetapi beliau tidak dapat
memenuhi semua permintaan pelanggan disebabkan beliau cuma ada satu
“Home Stay”. Ini peluang baik buat anda. Tinggalkan nombor telefon anda
kepada pemilik “Home Stay” tersebut dan meminta pelanggan beliau
menghubungi anda sekiranya perkara yang sama terjadi.

Ini peluang anda untuk menjadikan rumah kediaman anda sebagai “Home
Stay” pada setiap hujung minggu. Caranya sekiranya rumah anda mempunyai 4
bilik, anda “reserve” satu bilik untuk menyimpan barang-barang anda. Pada
setiap hujung minggu anda masukkan semua barang kepunyaan anda dan seisi
keluarga ke dalam bilik tersebut dan bersedia untuk mengosongkan rumah anda
dengan pergi berkunjung ke rumah ibu bapa anda (Sekiranya rumah ibu bapa
anda terletak tidak terlalu jauh dengan rumah anda).

Cuba dahulu teknik ini. Sekiranya pulangannya menggalakkan saya


syorkan anda supaya membeli rumah lagi satu atau pun menyewa rumah lain
untuk anda tinggal dan menjadikan rumah anda sebagai “Home Stay” sepenuh
masa. Dalam situasi ini adakalanya menyewa rumah lebih menguntungkan

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 63


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

daripada menduduki rumah sendiri. Ini berlaku kepada diri saya sendiri. Di mana
saya menyewa quarters kerajaan dengan bayaran RM250 sebulan, dan
menjadikan rumah saya sebagai “Home Stay” dengan sewa yang dikenakan
sebanyak RM200 sehari.

Seorang kenalan saya berjaya memperolehi pulangan sehingga 3 kali


ganda sebulan melalui “Home Stay” beliau. Katakan “Home Stay” tersebut
mendapat purata 8 penyewa sebulan. Pendapatan anda RM1600 sebulan hasil
daripada sewaan “Home Stay”. Dengan pendapatan tersebut anda dapat
melangsaikan bayaran ansuran bulanan sehingga 3 bulan ke atas “Home Stay”
anda. Untuk Berjaya memperolehi penyewa saya syorkan anda mengiklankan
“Home Stay” anda diinternet samada dalam laman blog, laman web facebook,
laman web twitter, laman web my space, dan laman web mudah.com.
Tinggalkan nombor telefon anda untuk dihubungi oleh bakal pelanggan anda.

7.3.2 Menempah beberapa buah rumah dari pemaju dan menjualkannya


semula setelah rumah siap dibina.

Teknik yang ke dua merupakan teknik yang tinggi risikonya. Tetapi ianya
memberi keuntungan yang berlipat kali ganda daripada teknik pertama. Namun
begitu anda memerlukan modal yang agak tinggi untuk membayar deposit ke
atas beberapa buah rumah kos sederhanan atau rumah mewah.

Untuk berpeluang meraih kejayaan besar dengan teknik ini anda perlu
membuat sedikit tinjauan ke atas hartanah-hartanah tersebut bagi mencari
kedudukan yang strategik supaya anda boleh menjualkannya semula hartanah
yang anda seperti seperti goreng pisang panas.

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 64


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

Sebagai contoh anda perlu membeli di kawasan yang mempunyai


kepadatan penduduk yang tinggi dan pesat membagun seperti kawasan Lembah
Kelang, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Contoh Kes 1:
- Membeli rumah dua tingkat di Cheras dengan harga RM 240,000 pada
tahun 2002
- Membayar deposit RM24,000 (10%)
- Rumah siap pada tahun 2004
- Peningkatan nilai rumah antara 10%-20% setahun
- Menjualkannya pada harga RM310,000 pada tahun 2004
- Mendapat keuntungan kasar RM46,000 dalam tempoh 2 tahun dengan
modal RM24,000

Nota: Penjual mendapat untung (kasar) atas angin RM46,000 hanya


mempunyai nama seketika ke atas rumah tersebut

Perkara paling menarik sekali, pihak bank hanya mula mengutip bayaran
ansuran bulanan dari pembeli setelah pembeli mendapat kunci rumah daripada
pihak pemaju. Jadi dalam tempoh 2-3 tahun tersebut biasanya tiada lagi bayaran
ansuran bulanan yang dikenakan oleh pihak bank terhadap pemilik rumah
tersebut.

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 65


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

Contoh Kes 2:
- Menempah 3 unit rumah kos sederhana daripada penaja sebaik
sahaja ianya dilancarkan.
- Setelah siap 2-3 tahun kemudiannya 2 daripada 3 rumah tersebut
dijualkan
- Sebagai contoh rumah tersebut berharga RM120,000
- Membayar deposit RM12,000 (10%) x 3 = RM36,000
- Peningkatan nilai rumah antara 10%-20% setahun
- Menjualkannya pada harga RM160,000 sebuah rumah
- Dengan wang jualan yang diperolehi ke atas jualan tersebut anda
boleh membayar wang tambahan ke atas rumah yang ketiga sebanyak
RM80,000. Baki hutang ke atas rumah ke 3 sebanyak RM28,000
-

Contoh Kes 3:
- Membeli sebuah kondo berharga RM500,000.
- Membayar deposit sebanyak RM50,000 (10%)
- Peningkatan nilai hartanah 10% setahun
- Setelah siap 2-3 tahun kemudiannya kondo tersebut dijual dengan
harga RM600,000
- Memperolehi keuntungan RM50,000 dengan modal RM50,000 dalam
masa 2-3 tahun

Berdasarkan 3 contoh kes yang saya tunjukkan ini merupakan strategi


kekayaan yang dilakukan oleh orang-orang kaya. Disebabkan itu saya setuju
dengan pendapat orang ramai yang mengatakan orang kaya akan menjadi
semakin kaya. Dengan modal yang mereka ada mereka boleh menempah
seberapa banyak rumah-rumah baru yang mereka mahu dan menjualkannya
setelah rumah-rumah tersebut siap 2-3 tahun kemudiannya.

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 66


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

Untuk anda mengecapi peluang tersebut saya syorkan kepada anda


supaya berusaha meningkatkan pendapatan anda bermula dari sekarang.
Sekiranya sebelum ini anda mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang peniaga
tetapi tiada modal dan tidak tahu benda apa yang hendak dijual. Tetapi kini anda
sudah tiada lagi alasan untuk tidak mahu menjalankan perniagaan bagi
meningkatkan pendapatan anda. Perniagaan yang paling menguntungkan pada
hari ini adalah dengan menjual ilmu pengetahuan samada menjual buku,
majalah, akhbar, e-book, CD-ROM dan sebagainya. Untuk mendapatkan
maklumat lanjut tentang kaedah menjual ilmu pengatahuan anda boleh melayari
laman-laman web berikut:-
Pakar Produk Digital
Pakar Software
Panduan Menulis Ebook
Panduan Membuat Blog
Pakej Lengkap Blogger
Panduan Membangunkan Laman Web
101 Idea Perniagaan Internet
Panduan Bisnes Part time

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 67


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

RUMUSAN

Setiap manusia dikurniakan tulang empat kerat dan akal fikiran untuk
melaksanakan kerja seharian.Namun begitu taraf kehidupan yang dinikmati oleh
semua orang tidak sama. Ada diantara kita yang mempunyai pendapatan sekitar
cukup makan. Ada yang sederhana dapat menyimpan RM100-RM200 sebulan.
Malah ada yang kaya raya sehingga wang dan simpanan tidak menjadi masalah
dalam kehidupan seharian mereka.

Perkara ini boleh berlaku disebabkan cara kita berfikir dan bertindak.
Walaupun kita berpijak di bumi yang sama, mempunyai tulang empat kerat yang
sama dan hidup dalam persekitaran yang sama. Namun sekiranya kita tidak tahu
cara untuk menguruskan wang dengan betul dan strategi mengembangkan wang
tersebut, kita akan selamanya terkongkong dengan masalah ekonomi.

Setiap orang bekerja dalam menjalani kehidupan seharian. Cuma


kebanyakan orang bekerja makan gaji. Mereka hanya dibayar oleh majikan atas
kerja yang mereka lakukan. Pendapatan ini dikenali sebagai pendapatan Aktif.
Bagi kebanyakan orang kaya mereka mempunyai pendapatan pasif. Pendapatan
pasif merupakan pendapatan yang diperolehi secara berkali-kali dengan usaha
yang dilakukan sekali. Sebagai contoh pendapatan pasif adalah seperti berikut:-

1. Pelabur yang mendapat faedah


2. Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
3. Penulis yang menerima royalti daripada hasil tulisan mereka
4. Agen insuran yang mendapat pendapatan sampingan
5. Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes
6. Pengusaha hartanah yang mengutip kadar sewa setiap bulan
7. pelakon yang mendapat bayaran royalti
8. pencipta sesuatu formula yang mendapat royalti hasil dari penjualan atau
penggunaan formula yang dicipta
9. Pengusaha MLM yang mendapat komisyen setiap bulan

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 68


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

Dalam e-book 7 Strategi Tambah Wang Saku ini saya telah berkongsikan
kepada anda tentang beberapa strategi untuk memperolehi pendapatan pasif
iaitu:-

1. Pelabur yang mendapat faedah melalui simpanan


2. Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes
3. Pengusaha hartanah yang mengutip kadar sewa setiap bulan
4. Strategi perniagaan yang membolehkan anda mendapat komisyen yang
lumayan samada melalui pos atau internet.

Jadi anda boleh praktikkan ilmu-ilmu yang dikongsikan dalam e-book ini
untuk membebaskan anda dari belenggu masalah kewangan. Selain itu untuk
meningkatkan atau menambahkan ilmu anda tentang kepelbagaian peluang
perniagaan dan pelaburan anda boleh mendapatkannya di laman web berikut:

Klik Di Sini Untuk Melayari Laman Web

Terdapat banyak buku tentang peluang pelaburan dan perniagaan yang


dapat anda beli dengan harga yang lebih murah daripada harga yang dijual di
kedai-kedai buku. Kesemua buku-buku tersebut ditulis oleh penulis-penulis
ternama mengikut kepakaran dalam bidang masing-masing. Antara buku-buku
yang boleh anda dapati di laman web berikut adalah:-

• “Jutawan dari Planet Jupiter” karangan Azizi Ali


• “Lahirnya seorang jutawan” karangan Azizi Ali
• “Pesara Jutawan” karangan Azizi Ali
• “Bagaimana hendak menjadi Jutawan Hartanah” karangan Azizi Ali
• “Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar” karangan Irfan Khairi
• “Buat Duit Dengan SMS” karangan Irwan Dahnil
• “Wang, Anda Dan Islam” karangan Zaharuddin Abd Rahman
• “Rahsia Raja Lelong” karangan Eruwan Gerry Norsen
• “Pelaburan Unit Amanah” karangan Azizi Ali

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 69


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

• “Langsaikan Pinjaman Perumahan Anda Dalam Tempoh 5 Tahun atau


Kurang” karangan Azizi Ali
• “Ganda Wang Anda” karangan Azizi Ali

Pelaburan paling menguntungkan pada hari ini adalah pelaburan ke atas


ilmu. Tanpa ilmu yang anda perolehi pada hari ini sudah tentu anda tidak dapat
mengecapi kehidupan sebaik sekarang. Jadi pertingkatkan ilmu anda dari
semasa ke semasa supaya hasrat anda untuk merealisasikan impian untuk
memperbaiki keadaan ekonomi anda. Sekian sahaja perkongsian dari saya
untuk masa depan anda yang lebih gemilang.

Iklan Dari Saya


Muhamad Anuar Bin Marsib
http://sembanghari2.blogspot.com
http://discount-hari2.blogspot.com

Nota : Sekiranya anda mendapat manfaat dengan membaca ebook ini


diharap sudi follow blog saya dan tinggalkan komen yang membina.
Komen anda amat diperlukan untuk memberi semangat kepada saya untuk
terus menulis pada masa akan datang. Melalui komen anda juga secara
tidak langsung akan dapat merangsang orang ramai untuk turut membaca..

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 70


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

Senarai Rujukan Lain Yang Dicadangkan


Nota :Sila klik pada tajuk (bergaris) untuk melayari laman web yang disertakan pada
bahagian ini. Sekiranya terdapat paparan seperti di bawah sila klik button Allow….

INFO SENARAI PRODUK FIZIKAL

Kedai Kamera Online


Produk Untuk Minda
Payung Samurai
Teddy Bear Besar Untuk Awak
Mama Modern
Bengkung Moden
Rokok Secara Online
Pakej Bisnes Kentang Spring
Al-Quran Terjemah Perkata + Asbabun Nuzul
Al-Quran (15 Dalam1)
Laman Web Menjual Buku Fizikal
Kamus Elektronik
Produk InHealth Beauty

INFO PEMBANGUNAN DIRI

Panduan Menghafal Al-Quran


Panduan Kerjaya
Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Teknik Belajar bahasa Inggeris
Panduan Lulus Cemerlang Peperiksaan MUET
Panduan Dekorasi Rumah
The Biggest Library

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 71


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

Rahsia Anak Pintar


Teknik Pikat Awek
Rahsia Diet Wanita
Doa Pengasih
Cara Senang Hamil
Jom Bina Badan
Teknik Bermain Gitar
Teknik Pertolongan Cemas
Teknik Berhenti Merokok Dalam Masa 3 Minggu
Amalan Orang Murah Rezeki
Rahsia Super Motivasi
Panduan Menjaga Kucing Peliharaan
Rahsia Menjadi Model
Panduan Memikat Lelaki
Teknik Mendidik Anak Membaca Sejak Dari Kecil
Rahsia Menguruskan Badan Dengan Terapi Minda
Teknik Mengurus Masa
Aku Bahagia
Panduan Mendidik Anak
Teknik Menjimatkan Penggunaan Tenaga Elektrik

INFO PELUANG PELABURAN

Kelebihan Akaun Pelaburan Emas


Pelaburan Dalam Unit Amanah
Teknik Mendapatkan Modal Perniagaan
Panduan Pelaburan Saham
Rahsia Mendapatkan Emas Percuma

INFO KEUSAHAWANAN MELALUI INTERNET

Kisah10 Jutawan Asia


Pakar Produk Digital
Pakar Software
Panduan Menulis Ebook
Rahsia Buat Duit Raya
Panduan Membuat Blog
Pakej Lengkap Blogger
Panduan Membangunkan Laman Web
101 Idea Perniagaan Internet
Panduan Bisnes Part time
Kuasa Forex

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 72


7 STRATEGI TAMBAH WANG SAKU

Jana Wang Dengan Domain


Jana Pendapatan Dengan Adsense
Sumber Produk Ebay
Rahsia Mudah.my
Rahsia Menjual Tshirt
Rahsia Buat Duit Dengan Kuih Raya
Rahsia Menjana Wang di Facebook
Rahsia Menjalankan Perniagaan MLM
Rahsia Berniaga Di Mudah.my
Panduan Buat Duit Di Internet
Teknik PPC Percuma
Teknik Menjalankan Perniagaan Di ebay 100% automatik
Buat Duit RM20k dalam 20 hari
Teknik Dropshipping dalam perniagaan
Merempit Ebay Di Internet
Bisnes Internet Pro
Formula Luar Biasa
Teknik Buat Duit Dengan Menternak Ikan Tilapia
Perkongsian Kejayaan Mentor-Mentor Jutawan

INFO PENGURUSAN KEWANGAN

Panduan menguruskan Wang gaji


Tips Kewangan Peribadi
Usahawan Berjaya
Panduan Bebas Hutang
Teknik Melipat gandakan Keuntungan Perniagaan
Teknik Menjimatkan Pengurusan Majlis Perkahwinan

TOOLS PERNIAGAAN INTERNET


Daftar Domain dan Web Hosting di ecommercematry.com
Daftar Domain dan Webhosting di NetKL.com
Daftar Domain dan Web hosting di Mercumaya.net
Daftar Domain dan Webhosting di Jomhost.com
Daftar Domain Dan Webhosting di Sempoi hosting.com
Daftar Domain dan Webhosting di Secure Hostagor.com
Menghasilkan Laman Web Dengan Mudah
dapatkan Autorespoder di aweber.com
Dapatkan Aotoresponder di getresponse.com
Dapatkan Grafik Ministe Di sini
Instant Banner Creator

OLEH : MUHAMAD ANUAR page | 73

You might also like