You are on page 1of 21

7 Langkah Mudah

Buat Duit Di Internet.

7 Langkah Mudah Buat Duit Di Internet

Page 1

LANGKAH 1 : Alternatif Mudah.my


Ebook ini merangkumkan 7 cara mudah untuk buat duit di internet. Bukan 1 atau 3
tetapi 7 langkah. Ya, memang betul! Saya akan kongsikan idea-ideanya dengan anda
semua. Jom kita mulakan!
Baiklah, alternatif pertama yang kita boleh gunakan ialah www.Mudah.my. Err..apa tu
Mudah.my? Saya pasti ada sesetengah daripada anda masih kurang mengetahuinya.
Tetapi, bagi yang sudah tahu, tahniah saya ucapkan kerana anda telah maju ke
hadapan!
Mudah.my merupakan satu web pengiklanan. Apa saja yang anda ingin iklankan tidak
menjadi masalah.
Selagi mematuhi syarat yang ditetapkan. Di bawah ini merupakan gambaran sebenar
laman web.

http://www.mudah.my

7 Langkah Mudah Buat Duit Di Internet

Page 2

Okey, dah nampakkan. Itu gambaran home page Mudah.my. Sekarang kita
lihat pula contoh iklan yang dipaparkan.
Sebagai rujukan, saya akan ambil contoh di Johor.
Perhatikan anak panah di Johor.

Hasilnya, bermacam barangan diiklankan.

7 Langkah Mudah Buat Duit Di Internet

Page 3

Ermm..dari tadi saya menyatakan tentang Mudah.my tapi kenapa ya? Apa
sebabnya saya syorkan Mudah.my?
Jangan risau, saya ada sebab tersendiri. Cuba lihat di screenshot di bawah..

http://www.alexa.com

Setakat ebook ini ditulis, butiran yang kita dapat adalah :


Worldwide _ Ranking 2931
Malaysia _ Ranking 12
Apa yang saya boleh katakan ialah WOW! Satu keputusan yang sangat
memberansangkan!

Untuk pengetahuan anda, Alexa.com digunakan bagi mengenalpasti


kedudukan atau ranking sesuatu laman web.
Sama ada tersenarai di list yang top atau pun bottom, di sinilah kayu
pengukurnya.

7 Langkah Mudah Buat Duit Di Internet

Page 4

Untuk memudahkan lagi anda memahami kenapa saya syorkan Mudah.my,


sila lihat konsep seperti berikut :

Bayangkan anda mempunyai sebuah kedai dan kedai anda menerima


kunjungan yang sangat ramai.
Orang asyik keluar masuk, dah tentu anda banyak untung.. Haa.
Mudahkan..
Tapi di internet, kunjungan pelawat yang melihat-lihat produk sangat luar
biasa. Di sini, saya berani menyatakan bahawa nisbah kunjungan pelawat
adalah sebanyak 1:100. Bahkan mungkin lebih, siapa tahu kan.
Baiklah, saya rasa itu sudah memadai untuk anda mengetahui apa itu
Mudah.my dan mengapa saya syorkannya. Sekarang anda yang perlu
bertindak sendiri.
Cara untuk buat duit tidak perlulah saya
ajarkan. Sebab apa? Caranya sangat simple. Kelebihan di Mudah.my ini ialah
pelanggan mencari anda, bukan anda mencari pelanggan. Tak nak ke
macam tu?
Apa yang perlu anda buat?
1. Mula cari produk untuk dijual
2. Iklankan produk anda
3. Tunggu pelanggan yang bertuah

7 Langkah Mudah Buat Duit Di Internet

Page 5

LANGKAH 2 : Alternatif Pay Per Lead


Baiklah, seterusnya saya akan beritahu anda langkah mudah buat duit di
internet yang ke-2. Langkah ini tergolong dalam kaedah Pay Per Lead.
Sejujurnya saya sangat menggemari teknik ini. Kenapa? Saya tak
perlu keluarkan modal satu sen pun! Wah, siapa tak nak macam tu kan.
Okey, sebelum kita pergi lebih jauh saya pasti beberapa persoalan di bawah
ini akan muncul di pemikiran anda :
1)
2)
3)
4)
5)

Apa itu Pay Per Lead?


Bagaimana PPL berfungsi?
Macam mana nak terima bayaran jika buat teknik ini?
Ada ke syarat-syarat yang perlu dipatuhi?
Dan yang paling penting, bagaimana nak mula?

Oleh itu, saya akan cuba menerangkan serba ringkas supaya mudah untuk
anda memahaminya. Kita lihat jawapan-jawapannya
Pay Per Lead atau PPL adalah satu program internet di mana anda akan
dibayar dengan sejumlah komisyen oleh pihak penganjur atas usaha anda
mendapatkan sesuatu maklumat yang dikehendaki.
Program PPL kebiasaannya didatangi bersama cabaran tertentu. Pihak
penganjur akan mengumumkan cabaran berkenaan. Cabaran PPL diadakan
bertujuan mengumpul alamat emel prospek.
Sebagai contoh terdekat, saya menggunakan konsep di bawah :

7 Langkah Mudah Buat Duit Di Internet

Page 6

Anda telah pun lihat konsepnya. Ia lebih kepada program win-win situation.
Penganjur mendapat faedah dan ejen mendapat komisyen serta pelawat
mendapat produk. Adil kan? Saya sangat mengesyorkan anda untuk
mengambil bahagian.
Sebagai kajian kes, saya mengambil contoh cabaran PPL yang dianjurkan di
WangCyber.com. Ini adalah cabaran yang sebenar. Anda boleh perhatikan
screenshot di bawah.

http://wangcyber.com/forum

Sebelum terlupa, cabaran PPL mengandungi beberapa syarat. Syarat ini


WAJIB dipatuhi. Anda boleh rujuk pada pihak yang menganjurkan cabaran.
Sekiranya syarat-syarat tersebut TIDAK DIPATUHI, promosi yang dilakukan
oleh ejen TIDAK SAH. Maka, tak dapatlah komisyennya. Buat penat badan..
Jadi, lakukan dengan betul ya..
Apa yang perlu anda buat?
1. Cari program-program PPL berkaitan dan sertai cabarannya.
2. Promosi. promosi dan promosi!
3. Jana pendapatan anda.

7 Langkah Mudah Buat Duit Di Internet

Page 7

LANGKAH 3 : Alternatif Affiliate


Kaedah ke-3 ialah program affiliate. Dalam bab sebelum ini, saya telah
menerangkan serba sedikit tentang kaedah PPL.
Okey, kenapa saya nyatakan kedua-dua kaedah ini saling berkait?
Ini kerana PayPer Lead dan Affiliate mempunyai konsep yang sama. Kata
kuncinya ialah EJEN.
Perihal yang membezakan kedua-dua program ini terletak pada PRODUKnya.
Kebiasaannya, PPL menawarkan produk secara percuma manakala
AFFILIATE menawarkan produk berbayar.
Baiklah, untuk menjawab persoalan apa itu affiliate dan bagaimana affiliate
berfungsi, saya akan huraikan dalam bentuk cerita. Pasti anda akan dapat
memahaminya.

Abu seorang pengeluar sabun. Beliau bercadang untuk memasarkan


produknya kepada umum. Oleh kerana syarikatnya masih baru, beliau
merasakan bahawa dia perlu memPROMOTEkan sabunnya terlebih dahulu.
Bila dah kenal baru orang nak beli. Abu melantik Ahmad sebagai ejen
syarikat beliau.

Ahmad ditugaskan untuk memberitahu orang ramai tentang sabun tersebut.


Ahmad juga boleh terus membuat jualan. Promote punya promote, akhirnya
sabun Abu mula dikenali ramai. Ini semua atas bantuan Ahmad. Sabun pun
mula terjual. Seminggu berakhir, Abu memberi Ahmad RM300.

7 Langkah Mudah Buat Duit Di Internet

Page 8

Kira-kira di sini :
Harga 1 sabun = RM25
Komisyen per sabun = RM 10
Jumlah jualan sabun oleh Ahmad = 30 unit
Jumlah komisyen Ahmad = RM10x30 =RM300
Di atas adalah gambaran situasi produk yang nyata. Tapi affiliate, anda akan
menjadi ejen di internet.
Segala promosi, penjualan produk sehinggalah ke peringkat pembayaran
komisyen dilakukan sematamata dalam internet. Anda tak perlu susah
payah pergi sana pergi sini. Jumpa orang tu, jumpa orang ni. Semuanya
berlaku di hujung jari.
Di sini saya berikan gambaran sebenar program affiliate yang wujud.
Perhatikan screenshot yang berikut.
Ini adalah contoh di mana anda boleh menyertai affiliate :

http://www.killerfollowup.com

Anda search sahaja perkataan affiliate di google dan muncullah pelbagai


jenis affiliate
Apa yang perlu anda buat?
1. Cari program-program affiliate yang ada
2. Pilih yang mana berkenan di hati
3. Daftar sebagai affiliater
4. Promosi
5. Terima komisyen anda

7 Langkah Mudah Buat Duit Di Internet

Page 9

LANGKAH 4 : Alternatif Google Adsense

http://www.google.com/adsense

Hai, kita bertemu lagi! Saya sudah pun memberitahu anda 3 langkah buat
duit di internet. Janji saya adalah sebanyak 7.
Okey, sekarang kita pergi ke langkah ke-4 dan ke-5. Kenapa saya nyatakan
langkah-langkah ini sekaligus?
Kerana ia mempunyai konsep yang sama. Konsep yang ditonjolkan ialah Pay
Per Click (PPC).
Pay Per Click merupakan satu program pengiklanan yang dibayar. Lebih
jelas lagi :
Pay Per Click _ Bayaran Per Klik.
Program ini berfungsi di mana anda mempunyai blog, anda memohon untuk
mendapatkan iklan-iklan yang berkenaan dan meletakkannya di dalam blog
anda. Apabila pelawat blog klik pada iklan tersebut, anda mendapat
komisyen. Senang kan konsepnya.
Itu adalah huraian konsep PPC. Sekarang kita pergi ke langkah ke-4.
Kajian kes, saya mengambil contoh program PPC google adsense. Program
ini disediakan oleh pihak google sendiri dan ianya sangat popular. Anda
boleh lihat iklan-iklan google adsense di merata tempat di dalam internet.
Ada di blog, website dan banyak lagi. Tapi biasanya di bloglah.

7 Langkah Mudah Buat Duit Di Internet

Page 10

Di sini saya tunjukkan contoh iklan adsense :

Ini pula contoh iklan adsense dalam blog :

7 Langkah Mudah Buat Duit Di Internet

Page 11

Untuk pengetahuan anda, pihak google akan membayar kita melalui


pembayaran cek. Cek akan dihantar ke rumah mengikut alamat yang
digunakan semassa pendaftaran. Setelah itu, tukarkannya ke cawangan
Western Union berdekatan.
Dah jelas? Sekarang kita pergi ke cara bagaimana untuk mendapatkan iklan
google adsense tersebut.
Apa yang perlu anda buat?
1. Daftar akaun Gmail
- www.Gmail.com
2. Daftar akaun blog di www.Blogger.com
-Pendaftaran sangat mudah
-Hanya perlukan 5 minit
-Saya tidak tunjuk bagaimana kerana anda boleh explorenya sendiri nanti
3. Post artikel ke dalam blog
-Blog yang mempunyai artikel BI sahaja diterima pendaftaran
-Post sekurang-kurangnya 20 artikel
4. Daftar akaun Google Adsense
-Anda dah ada akaun Gmail, blog dan blog berartikel BI
-Pergi ke www.google.com/adsense
-Isi maklumat dengan betul dan jujur supaya tak timbul masalah
pembayaran cek kemudian hari
-Submit application
5. Akaun adsense anda diluluskan
-Pihak google akan menapis permohonan
-Tempoh masa lebih kurang 1 minggu tapi jika anda power sekejap je dah
lulus
-Jika syarat dipatuhi, adsense anda diluluskan
6. Boleh mula buat duit
-Tahniah!
-Masukkan adsense dalam blog anda
-Promosikan blog
-Jana pendapatan anda

7 Langkah Mudah Buat Duit Di Internet

Page 12

LANGKAH 5 : Alternatif Nuffnang Ads

http://www.nuffnang.com.my

Ini pula adalah langkah ke-5 dalam buat duit di internet. Seperti yang saya
maklumkan sebelum ini, langkah ini berkait rapat dengan langkah ke-4.
Sebagai kajian kes, saya mengambil contoh program PPC Nuffnang Ads.
Ianya mempunyai konsep yang sama dengan google adsense iaitu ada klik
adalah bayaran.
Pembayaran juga dilakukan melalui cek. Akan dihantar ke alamat rumah
anda. Pada peringkat permulaan, anda janganlah terlalu berkira sangat
untuk memperoleh komisyen yang banyak. Nanti tamak pula jadinya. Buat
sedikit demi sedikit. Lama-lama jadi bukit.
Baiklah, di bawah ini saya tunjukkan gambaran sebenar laman web
Nuffnang :

7 Langkah Mudah Buat Duit Di Internet

Page 13

Ini pula contoh iklan Nuffnang Ads :

Dan ini pula contoh iklan nuffnang ads di dalam blog :

Suka saya mengingatkan kepada anda bahawa permohonan akaun nuffnang


ads tidaklah serumit permohonan adsense. Situasi di mana anda perlu
mempunyai blog berartikel BI. Tapi permohonan nuffnang hanya meletakkan
syarat blog yang didaftar sahaja boleh diletakkan iklan.
Ia tidak mengambil kira bahasa perantaran dalam artikel blog. Lebih mudah
berbanding adsense! Sekarang kita pergi ke bahagian untuk bermula.
Apa yang perlu anda buat?
1. Pergi ke www.nuffnang.com.my
2. Pilih untuk pendaftaran
3. Gunakan blog anda untuk didaftarkan
4. Isi maklumat dengan betul supaya tidak timbul masalah di kemudian hari
5. Akaun nuffnang anda diluluskan
6. Masukkan iklan dalm blog
7. Promosi blog anda
8. Mula jana pendapatan pasif
7 Langkah Mudah Buat Duit Di Internet

Page 14

LANGKAH 6 : Alternatif Translator


Sebelum saya meneruskan langkah ke-6 dan ke-7, saya nak mengajak anda
mengenang kembali zaman persekolahan anda di peringkat awal dulu.
Tadika ke taska ke tak kiralah.
Saya cuma nak ingatkan anda kemahiran yang mula-mula anda belajar dulu.
Ingat tak kemahiran 3M? Menulis, membaca dan mengira..
Abu, tuliskan saya nama penuh kamu
Ali, bacakan kuat-kuat cerita ni
Ahmad, kira 1-10. Cikgu nak dengar.
Lebih kurang macam tu lah senario sekolah dulu-dulu kan.
Erk..saya bukan nak ajar tu. Saya suruh ingat balik je. Saya pun bukannya
cikgu.
Okey, apa kaitannya 3M ni dengan buat duit pulak? Hmm..sabar-sabar.
Salah satu kemahiran di atas iaitu menulis sangat berkaitan dengan kaedah
yang akan saya kongsikan sebentar lagi.
Langkah ke-6 ialah menawarkan servis translator. Servis ini memerlukan
anda mengalih bahasa sesuatu maklumat. Sebagai contoh, saya mempunyai
ebook Bi. Taklah tebal mana. Cuma 37 m/s je. Saya nak cari
orang supaya ebook itu dapat diterjemahkan kepada Bm. Dan anda pun
ambil tawaran itu.
Anda translate Bi kepada Bm. Anda tentukan bayarannya. Mudah kan servis
ini. Anda pun tak guna modal.
Lagi untung kan? Cuma kemahiran menulis yang diajar zaman anda kecikkecik dulu.

7 Langkah Mudah Buat Duit Di Internet

Page 15

Di sini, saya akan berikan gambaran sebenar bagaimana servis translate


bahasa berjalan.

http://www.wangcyber.com/forum

Dah nampak kan gambarannya. Saya bukan mencadangkan sesuatu yang


tidak logik, tetapi sudah pun berbukti.
Tapi sebelum itu, saya pasti anda akan dihujani dengan persoalan-persoalan
ini.
Ada ke orang nak upah aku buat servis ni?
Berapa tempoh masa aku nak kena siapkan?
Dan macam mana pulak aku nak tentukan bayarannya?

Saya berikan pandangan ikhlas saya, ok!


Persoalan 1.
Kebiasaannya servis ini mendapat permintaan tinggi berdasarkan faktor
masa dan tenaga.
Ada yang nak mengejar dateline dan ada juga yang kurang mahir dalam Bi.
Malas nak perah-perah otak.
Jadi, gunakan kemahiran anda! Kadangkala kemahiran-kemahiran yang
remeh macam ni lah yang akan memberikan anda pendapatan.
Tak nak??
7 Langkah Mudah Buat Duit Di Internet

Page 16

Persoalan 2.
Tempoh masa yang saya cadangkan ialah 1 hari 1 servis. Translate bahasa
memerlukan tumpuan yang memadai.
Sebab apa? Anda cuma alih bahasa je. Bukannya nak kena tambah apa-apa.
Ikut bulat-bulat kandungan maklumat tu.
Senang kan??

Persoalan 3.
Pada pendapat saya, peringkat permulaan anda janganlah demand sangat.
Tentukan bayaran ikut m/s buku tu.
Contohnya 5 m/s dan ke bawah = RM30. Atau anda tentukan dari segi
bilangan jumlah perkataan. 1 perkataan = RM0.05. Tapi, ini cadangan saja,
ok!
Janganlah mengambilnya secara subjektif. Sebab anda yang lebih berhak.
Masa anda, tenaga anda. Anda tentukan!
Banyak peluang untuk anda buat duit dengan kemahiran ini. Seterusnya,
kita pergi ke langkah ke-7.
Ianya juga menggunapakai konsep 3M ini.

7 Langkah Mudah Buat Duit Di Internet

Page 17

LANGKAH 7 : Alternatif Servis Review


Kita dah pun sampai ke langkah yang terakhir. Langkah 7. Pada langkah
ke-6, saya telah memberikan huraian konsep kemahiran 3M. Harap anda
semua dah faham. Kemahiran 3M ini juga yang akan diaplikasikan dalam
langkah kita yang terakhir.
Okey, straight to the point. Langkah ke-7 ialah menawarkan servis review
produk.
Review produk memerlukan anda membuat sedikit huraian atau penerangan
tentang sesuatu produk.
Servis review ini boleh dikategorikan kepada 2 iaitu review ringkas dan
review penuh.
Review ringkas _ Anda membuat penerangan secara kasar dari segi
kelebihan produk
Review penuh _ Anda membuat penerangan panjang lebar secara
terperinci, juga kelebihan produk
Sebagai contoh, perhatikan gambar di bawah ini dan contoh review saya :

Kucing ni warna
putih.
Kecik lagi, baru 4-6
bulan.
Suka makan friskies.

7 Langkah Mudah Buat Duit Di Internet

Kucing ni warna putih. Putih


melambangkan bersih. Jadi, anda
akan sentiasa nampak kucing ni
bersih. Kecik lagi, baru 4-6 bulan.
Umur ni lah sesuai untuk
mengajarnya. Suka makan
friskies.
Juga minum susu. Sebab apa bagi
friskies? Sebab nak bulu cantik.

Page 18

Mengapa saya kata kelebihan produk? Yalah, ada orang nak upah anda buat
review, mesti nak tonjolkan yang baik-baik je pada umum. Yang kurang baik
tu untuk rujukan empunya produk je. Adil kan? Fair and square..
Baiklah, saya ada gambaran sebenar servis ini. Sila lihat..

http://www.wangcyber.com/forum

Dah jelas sekarang ? Jom jawab persoalan berikut. Persoalan yang sama
dalam langkah ke-6 sebelum ini.
Ada ke orang nak upah aku?
Ya, memang ada! Dan semestinya ada! Mengapa? Sebab ia adalah satu
teknik pemasaran viral. Pengupah servis juga akan mengetahui kekurangan
produk mereka dan segera memperbaikinya.
Berapa tempoh masa nak siap?
Seperti pada jawapan sebelum ini, 1 hari untuk 1 review. Tapi, hanya
cadangan. Bergantung pada diri anda sendiri.
Berapa bayaran?
Anda tentukan! Takkanlah saya nak tentukan juga.. Tapi pastikan servis
bagus dan standard dengan bayaran. Baru orang nak sambar servis anda
tu..

7 Langkah Mudah Buat Duit Di Internet

Page 19

Sebelum mengakhiri, saya ada beberapa tips untuk anda laksanakan 2


servis perkhidmatan ini.
Harga mesti reasonable.
Jangan terlalu tinggi dan jangan terlalu rendah.
Hargai pelanggan dan jangan lupa juga hargai masa, tenaga dan
kepakaran anda yang dilaburkan
Servis yang cepat dan tepat
Pelanggan pertama didahulukan dan jangan potong queue
Ikut kehendak pelanggan dan jangan ikut kepala anda.
Memenangi hati dan kepercayaan pelanggan
Buat servis sehabis baik dan jangan sambil lewa
Seorang pelanggan berpuas hati, berpusu-pusu pelanggan lain
menanti.

Tamat

7 Langkah Mudah Buat Duit Di Internet

Page 20

RUMUSAN
Kesimpulan pengisian ebook ini :LANGKAH 1 : Alternatif Mudah.my
Sangat mudah! Namanya pun Mudah.my. Segala-galanya mudah! Saya
sangat syorkan.
LANGKAH 2 dan 3 : Alternatif PPL dan AFFILIATE
Berpegang pada konsep yang sama iaitu EJEN. Rajin mempromosi rajin duit
masuk poket. Yang penting,promosi secara beretika ya!
LANGKAH 4 dan 5 : Alternatif Google Adsense dan Nuffnang Ads
Berpegang pada konsep bayaran per klik. Lakukan dengan sabar, ok! Jangan
tamak-tamak.
LANGKAH 6 dan 7 : Alternatif translator dan servis review produk
Menggunakan perkhidmatan anda sendiri. Dengan kepakaran dan kemahiran
dimiliki, jadikan ia satu pendapatan untuk anda. Utamakan kualiti jangan
kuantiti. Bina kredibiliti anda peringkat demi peringkat.

7 Langkah Mudah Buat Duit Di Internet

Page 21

You might also like