You are on page 1of 51

Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Karangan 1
Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Faedah Menonton Televisyen”.

Televisyen merupakan salah satu media elektronik yang begitu meluas penggunaannya dalam
kalangan masyarakat kita kini. Hampir setiap rumah pasti memiliki satu atau mungkin dua televisyen.
Jadi, keadaan ini membuktikan bahawa ada banyak faedah menonton televisyen
kepada masyarakat.

Faedah yang pertama ialah seseorang itu dapat mengetahui peristiwa-peristiwa


penting yang berlaku di seluruh dunia dengan mudah dan cepat. Kita boleh menonton siaran
berita yang memaparkan kejadian-kejadian penting yang berlaku di luar negara.
Jelaslah, televisyen menjadikan seseorang itu lebih mengetahui peristiwa semasa
yang sedang berlaku di dalam dan di luar negara.

Selain itu, televisyen juga boleh dijadikan sebagai alat pendidikan yang berguna. Sudah
ada banyak program berunsur pendidikan yang disiarkan menerusi televisyen
bersama-sama program dokumentari dan sains yang boleh memberi informasi
kepada pelajar tentang sesuatu ilmu pengetahuan itu. Maka, pelajar boleh
mempelajari tentang pelajarannya menerusi program televisyen juga.

Malah, menonton televisyen menjadikan masa lapang seseorang itu dihabiskan dengan begitu
berfaedah. Seseorang itu tidak akan terbabit dalam gejala tidak sihat kerana
mereka tidak perlu keluar dari rumah untuk menonton televisyen. Oleh itu,
tindakan menonton televisyen memastikan seseorang itu menghabiskan masanya
dengan bermanfaat.

Kesimpulannya, menonton televisyen merupakan satu tindakan yang berfaedah kepada


manusia itu. Kebanyakan siaran televisyen berupaya untuk menjana pemikiran seseorang menjadi
lebih kritis dan kreatif. Cuma kita perlu mengawalnya agar sikap menonton ini tidak
keterlaluan atau terlalu lama untuk satu tempoh tertentu pula.

Karangan 2

1
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Komputer dan Peranannya‟.

Komputer sudah menjadi sinonim dengan kehidupan moden zaman ini. Hampir semua pejabat
malah individu memiliki sebuah komputer untuk menjalani kehidupan hariannya . Jadi, apakah
perana-peranan komputer yang sebenarnya?

Komputer boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi pendidikan pelajar di sekolah. Kalau
kita lihat sudah ada banyak halaman web yang menjadikan subjek pelajaran
sekolah sebagai bahan kandungannya bersama-sama penggunaan komputer yang
semakin meluas dalam kalangan guru ketika mengajar pelajar. Oleh itu, komputer
berperanan untuk mendidik pelajar dengan kaedah yang lebih mudah dan menarik.

Malah, komputer juga boleh merapatkan atau memudakan hubungan antara manusia
terutama hubungan jarak jauh. Ibu bapa yang tinggal berjauhan dengan anak mereka
kerana anak melanjutkan pelajaran di luar negara boleh menggunakan program
tertentu di komputer untuk berkomunikasi lalu menjalin hubungan rapat dengan
anak mereka. Jadi, komputer memastikan hubungan antara sesama manusia itu
terus berlaku walaupun faktor geografi memisahkan mereka.

Tambahan pula, komputer memudahkan seseorang untuk mendapatkan apa-apa maklumat


terkini dengan cara yang pantas serta mudah . Semua maklumat sudah siap wujud di dalam
rangkaian internet yang boleh diakses menerusi komputer di mana-mana tempat
pun di dunia ini. Jelaslah, komputer membolehkan seseorang itu memperoleh
maklumat yang betul lalu tidak melakukan kesilapan dalam keputusannya.

Konklusinya, komputer menjadikan kehidupan manusia lebih selesa dan mampu mencapai
satu tahap yang memuaskan. Semua pihak hendaklah bekerjasama untuk memastikan
penggunaan komputer ini dialami oleh semua lapisan masyarakat. Rakyat negara
ini harus celik komputer jika mahu bersaing dengan masyarakat luar.

Karangan 3
Telefon merapatkan hubungan dan memudahkan kehidupan manusia.

Sejak telefon dicipta penggunaannya terus mendapat perhatian masyarakat dunia. Kalau dahulu
hanya satu jenis telefon sahaja kini pelbagai bentuk, saiz dan jenis telefon terhasil seperti telefon

2
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

mudah alih serta telefon awam . Sesungguhnya, telefon berupaya untuk merapatkan
hubungan antara manusia.

Kelebihan utama telefon ialah ciptaan ini boleh menyalurkan maklumat menerusi
suara ke mana-mana tempat di dunia ini dengan begitu mudah . Seseorang yang berada di
Malaysia boleh berhubung dengan rakannya di Amerika Syarikat dengan begitu
mudah lalu merapatkan hubungan kerana mereka tidak selalu berpeluang untuk
bertemu. Jadi, telefon sememangnya merapatkan hubungan kerana mampu
menghubungkan manusia di dunia ini.

Selain itu, telefon juga menyediakan pelbagai perkhidmatan terutama perkhidmatan


pesanan ringkas atau lebih dikenali sebagai sms. Perkhidmatan ini begitu mudah dan unik
tetapi berkesan kerana pengguna hanya perlu menaip lalu menghantarnya
menggunakan telefon kepada rakannya tanpa menggunakan suara. Maka,
perkhidmatan sms sebegini menjadikan seseorang itu begitu suka untuk
berhubung dengan orang lain.

Harga telefon dan perkhidmatannya yang saban tahun bertambah murah turut menjad faktor
teknologi ini menjadi pilihan masyarakat untuk berhubungan sesama mereka . Hampir setiap
individu memiliki telefon terutama telefon mudah alih yang boleh dibawa ke
mana-mana lalu senang untuk dihubungi sepanjang masa pula. Oleh itu, telefon
yang murah menjadikannya pilihan utama kita semua sebagai alat untuk
mengeratkan hubungan pula.

Konklusinya, telefon memang memudahkan perhubungan dua hala manusia. Semua pihak
sudah mula menyedari kelebihan telefon ini lalu memiliknya pula. Masyarakat kita akan terus
menerima impak positif penggunaannya jika harga telefon dan perkhidmatannya
terus diturunkan dari semasa ke semasa.

Karangan 4

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Cara-cara Menghargai Masa”.

3
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Kata orang tua-tua masa itu sangat penting kerana masa yang berlalu tidak boleh ditarik semula
terutama jika masa itu tidak digunakan untuk melakukan sesuatu yang bernilai . Manusia yang
bijak ialah individu yang memahami kepentingan masa lalu menggunakannya
dengan sebaik mungkin. Jadi, bagaimanakah cara-cara yang positif untuk
membuktikan seseorang itu menghargai masa?

Sikap menghargai masa bermula dengan keazaman kuat yang ditanamkan dalam jiwa seseorang
itu. Rasa keazaman ini mengingatkan kita bahawa masa perlu dihargai tanpa wujud
sebarang alasan untuk menolaknya. Maka, mereka yang mempunyai keazaman itu
sudah memulakan usaha untuk menghargai masa dengan baik.

Selain itu, menghargai masa juga boleh dibuktikan menerusi sikap membuat perancangan
masa yang sistematik. Dalam aspek ini jiwa seseorang yang menghargai masa akan
membuat satu jadual lalu mematuhi perancangan masa itu dengan sebaik mungkin.
Jelaslah, sikap membuat jadual dan mematuhinya membuktikan betapa seseorang
itu menghargai masanya.

Malah, sikap tidak suka melakukan perkara-perkara yang sia-sia turut memberikan satu
persepsi bahawa seseorang itu menghargai masanya. Masa seseorang perlulah dipenuhi dengan
aktiviti yang berfaedah untuk masa depan kita seperti membaca buku dan membantu ibu bapa di
rumah. Sesungguhnya, mereka yang melakukan perkara-perkara positif dalam
hidupnya tahu kepentingan masa kepada manusia itu.

Sebagai kesimpulannya, semua kaedah yang diterangkan di atas itu boleh dilakukan oleh
sesiapa pun yang tahu menghargai masa. Semua pihak perlulah sedar akan kepentingan
masa ini kerana masa itu tidak akan berlalu begitu sahaja. Bak kata orang tua-tua
masa itu emas.

Karangan 5

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Jika Aku Seorang Jutawan”

Aku memang suka menjadi seorang jutawan. Kenapa aku suka menjadi jutawan? Sudah pasti
kerana sebagai jutawan aku akan memiliki wang yang banyak dan wang itu boleh digunakan untuk

4
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

diri sendiri, keluarga dan masyarakat . Namun, aku sedar usaha untuk menjadi seorang
jutawan bukanlah sesuatu yang mudah kerana banyak usaha perit-jerih harus
dilakukan.

Jadi untuk berjaya menjadi jutawan, aku akan pastikan diri ini bersemangat untuk
belajar sehingga berjaya dalam peperiksaan di sekolah . Kemudian, aku akan melanjutkan
pelajaran di universiti dalam bidang yang diminati pula. Sebaik sahaja aku
menamatkan pengajian di menara gading, aku akan mula bekerja demi mencari
wang untuk merealisasikan impian menjadi jutawan.

Semua wang yang aku terima menerusi pekerjaan itu akan disimpan dalam pelbagai bentuk
simpanan untuk memastikan jumlahnya akan bertambah setiap masa. Aku juga akan
memastikan supaya diri ini tidak membelanja sesuka hati tanpa halangan supaya
wang aku digunakan dengan sebaik mungkin. Aku akan menjadikan wang itu
sebagai asas pelaburan jangka panjangku kelak dalam pelbagai saham syarikat di
dunia ini.

Sebaik sahaja aku menjadi jutawan, ahli keluarga terutama ayah dan ibu akan
menerima imbuhannya. Aku akan menanggung kos kehidupan mereka tanpa banyak alasan lagi.
Malah, aku juga akan memberi sumbangan derma kepada masyarakat terutama
golongan miskin, cacat anggota dan anak yatim piatu supaya kehidupan mereka
lebih ceria serta bermakna.

Aku amat berharap supaya impianku ini menjadi kenyataan kerana aku memang ingin
membantu ibu bapa dan masyarakat di negara ini. Cuma aku sedar aku perlu lebih rajin
berusaha untuk mencapai impian tersebut kerana aku tidak mahu impianku hanya
sekadar angan-angan Mat Jenin sahaja. Mudah-mudahan impianku menjadi
kenyataan.

Karangan 6

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Dikejar Harimau”.

Pada musim cuti sekolah yang lalu, aku dan rakan-rakan telah pergi menyertai satu
perkhemahan pengakap anjuran sekolah. Aku dan dua rakanku telah berkongsi sebuah khemah yang

5
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

paling hampir dengan hutan. Aku dan rakan-rakan sibuk membersihkan kawasan
khemah kami kerana malam hampir menjelang.

Dengan tidak semena-mena, aku ternampak seekor harimau muncul dari hutan itu dan
memandang ke arahku. Bunyi ngaumannya begitu menakutkan semua yang mendengarnya .
Binatang buas itu terus berlari menuju ke arah khemah kami. Aku
menjerit memberitahu rakan-rakan yang lain. Semua orang menjadi panik dan lari
bertempiaran menyelamatkan diri masing-masing.

Aku melompat ke arah pagar yang memagari kawasan perkhemahan kami itu untuk
mengelakkan diri daripada harimau buas itu. Entah bagaimana aku mampu melepasi
ketinggian pagar itu masih tidak pasti. Sebatang sungai berada di depanku lalu
aku terfikir mungkin harimau tidak akan mengejar aku di sungai itu. Aku segera
memaling ke belakang dan menyedari bahawa binatang itu masih mengejarku. Aku
terus berlari laju ke arah sungai.

Sebaik sahaja sampai di tebing sungai itu, aku melihat ke belakang lagi dengan
harapan binatang itu sudah tiada. Aku hampa. Harimau itu hanya berada beberapa meter sahaja
dibelakangku. Aku segera melompat ke dalam sungai itu untuk menyelamatkan diri.
Habis basah seluruh muka dan badanku akibat percikan air sungai itu. Tiba-tiba
aku terasa seolah-olah sesak nafas pula.

Tidak lama kemudian, aku terdengar satu suara yang sudah biasa kudengar memanggil namaku
dengan kuat. Aku tersedar. Rupa-rupanya aku bermimpi tadi. Ibu berada disisiku bersama-
sama ayah. Mereka hanya tersenyum tetapi mukaku beransur-ansur menjadi
kemerahan kerana berasa malu pula.

Karangan 7

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Pengalaman Pahit yang Tidak Mungkin
Kulupakan”.

Setiap orang pasti mempunyai pengalaman pahit yang tidak mungkin


dilupakannya. Aku sendiri mempunyai satu kisah yang mungkin tidak akan

6
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

dilupakan begitu sahaja. Satu peristiwa pahit yang berlaku ketika aku berumur 12
tahun. Semuanya bermula pada suatu pagi ketika aku bersiap hendak pergi ke
sekolah seperti biasa.

Aku segera mencari kunci rantai basikal tetapi masih gagal menemukannya.
Perasaanku bertambah resah kerana masa semakin suntuk untuk aku sampai ke
sekolah. Wajah pengawas yang garang mula kelihatan dalam minda ini. Tambahan
pula Cikgu Azman sudah berjanji akan membuat ujian sebentar lagi.

Tanpa berlengah-lengah lagi aku segera mengambil basikal abang yang


tersadai di tepi pagar rumah itu. Abang menjerit ke arahku tetapi aku hanya
melambaikan tangan tanda minta maaf kerana sudah kesuntukan masa untuk
meminta kebenaran tadi. Pasti abang akan memarahiku sebaik sahaja aku pulang
ke rumah petang nanti. Biarkanlah.

Kayuhanku semakin lama semakin laju kerana masa berdetik dengan pantas.
Sekali-sekala aku memandang ke arah jam tangan yang seolah-olah tidak memberi
peluang langsung kepadaku untuk sampai tepat pada masanya. Tiba-tiba aku
menuruni jalan yang agak tinggi dan aku cuba membrek untuk memperlahankan
basikal tetapi gagal. Aku terus merempuh pintu pagar sebuah rumah di tepi jalan
itu. Mataku terus gelap selepas satu bunyi yang kuat kedengaran.

Apabila aku membuka mata, kelihatan wajah abang tersenyum. Sebelum aku
sempat berkata apa-apa, abang memintaku agar tidak banyaak bercakap. Katanya
dia faham sebab aku tergesa-gesa mengambil basikalnya. Aku menyesal kerana
tidak membuat perancangan awal supaya tidak lewat ke sekolah lagi.

Karangan 8

Lengkapkan perenggan pendahuluan di bawah ini supaya menjadi cerita yang


menarik.

7
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Azman sedang mengulang kaji pelajaran di rumahnya bersendirian. Jam di


dinding menunjukkan pukul 10 malam. Ibu dan ayahnya masih belum pulang dari
pasar malam. Tiba-tiba Azman terdengar jeritan meminta tolong. …………………………..

Aku segera membuka tingkap rumah. Suara meminta tolong itu jelas
datangnya daripada rumah jiranku, Makcik Siti. Aku memanggil ayah dan ibu jika
mereka sudah pulang tetapi tiada jawapan dari bilik mereka. Aku terpaksa
membuat keputusan sendiri kerana pasti Makcik Siti dalam kesusahan.

Aku bergegas ke rumah Makcik Siti lalu mengetuk pintu tetapi tiada jawapan.
Aku segera menendang pintu itu sehingga terbuka dan ternampak Makcik Siti
sedang mengerang kesakitan. Muka perempuan tua itu mengerut menahan
kesakitan yang pastinya begitu menyakitkan. Namun, mataku segera ternampak
seekor ular tedung tidak jauh dari tempat Makcik Siti itu.

Aku mula faham bahawa Makcik Siti menjerit kerana ternampak ular itu
tetapi kini dia pula telah dipatuk dan pastinya bias ular itu mula memasuki system
peredaran darahnya. Aku perlu bertindak pantas dan tindakan pertama sudah
pasti untuk menghalau ular itu daripada terus menyerang kami berdua. Kayu
penyapu di tepi dinding segera aku capai lalu aku menolak ular itu ke arah pintu
supaya aku boleh memberikan bantuan kepada Makcik Siti.

Aku segera memeriksa denyutan nadi di tangan Makcik Siti dan mendapati
denyutan nadinya masih ada walaupun wanita itu kelihatan sudah pengsan agak
lama. Bunyi kereta di luar menandakan ayah dan ibu sudah kembali dari Bandar.
Aku segera mendapatkan mereka lalu menceritakan perkara yang sebenar. Ayah
dan aku mengangkat Makcik Siti untuk dibawa ke hospital dengan kereta ayah.

Sebaik sahaja sampai di hospital, aku segera memberitahu doktor bahawa


Makcik Siti telah dipatuk oleh seekor ular tedung supaya doktor boleh
memberikan ubat anti bisa yang sesuai. Kami menunggu di bilik menunggu
sementara pihak doctor cuba menyelamatkan jiran kami itu. Hampir sejam
kemudian, doctor itu kembali dan memberitahu bahawa Makcik Siti berada dalam
keadaan baik sambil mengucapkan terima kasih atas kepantasan aku bertindak
terutama memberitahu tentang jenis ular yang mematuk jiran aku itu.

Karangan 9

Tulis sebuah syarahan yang bertajuk “Masalah Pencemaran Udara di Negara Kita”

Salam sejahtera tuan pengerusi majlis, guru-guru dan pelajar semua. Tajuk
syarahan saya pada pagi ini ialah “Masalah Pencemaran Udara di Negara Kita”

8
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Hadirin sekalian,

Masalah pencemaran udara yang wujud di negara ini semakin meruncing. Bukti
betapa seriusnya kemelut ini boleh disaksikan menerusi pelbagai laporan akhbar
media massa terutama media cetak kita. Malah, pencemaran yang berlaku di
negara ini bukan setakat melibatkan udara sahaja tetapi air dan juga di daratan.
Antara faktor yang menyebabkan masalah udara kita tercemar ini ialah pelepasan
asap dari kilang dan kenderaan. Jumlah bilangan kenderaan di negara ini terus
meningkat saban tahun. Manakala pihak kilang pula secara berleluasa melepaskan
asap toksik kilang mereka tanpa bimbang disaman atau ditahan oleh pihak
berkuasa.

Pelajar-pelajar,

Untuk mengatasi masalah ini, pihak kerajaan hendaklah bertegas dengan


mereka yang melanggar undang-undang kualiti alam sekitar di negara ini. Pihak
berkuasa perlu mengenakan hukuman penjara selain denda yang kadangkala begitu
murah untuk dibayar oleh syarikat-syarikat ini. Satu pemeriksaan mengejut juga
perlulah dijalankan oleh pihak berkuasa dalam usaha menangani isu ini.

Selain itu, masyarakat juga perlu berubah terutama sikap tidak peduli
mereka itu. Semua ahli masyarakat hendaklah membuat laporan jika ternampak
sebarang tindakan mencemarkan udara kita seperti pembakaran terbuka kepada
pihak berkuasa. Sikap seperti inilah yang akan memudahkan pihak berkuasa untuk
memantau tindakan-tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak itu.

Kesedaran tentang bahaya pencemaran udara ini juga perlu dipupuk sejak
kecil. Kanak-kanak terutama di bangku sekolah renda hendaklah diterangkan
bahawa udara amat bernilai buat kehidupan manusia. Sikap menanam kesedaran
pada peringkat awal ini pasti memberi impak kepada mereka apabila dewasa kelak.
Sekian, terima kasih.

Karangan 10

Sekolah anda telah berjaya menjuarai pertandingan bola sepak. Suatu majlis
telah diadakan untuk meraikan kejayaan pasukan sekolah anda itu. Selaku ketua
pasukan, anda telah diminta untuk menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.
Sediakan teks ucapan anda itu.

9
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Salam sejahtera dan selamat pagi saya ucapkan kepada tuan pengerusi majlis,
guru besar, guru-guru dan rakan-rakan.

Hadirin semua,

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak
sekolah untuk mengadakan majlis yang sebegini meriah untuk meraikan kejayaan
kami. Sebenarnya, kami tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada pihak
sekolah kerana kejayaan kami ini amat kecil jika hendak dibandingkan dengan
perkara yang sudah dilakukan oleh pihak sekolah terhadap pelajar di sini.
Namun, kejayaan kami menjuarai kejohanan bola sepak peringkat negeri ini
merupakan satu kenangan yang sukar untuk kami lupakan nanti. Sebelum ini
pasukan bola sepak kita hanya mampu memasuki peringkat separuh akhir sahaja
tetapi tahun ini kejuaraan itu menjadi milik dan kebanggaan kita semua. Buat
kami kemenangan ini merupakan satu kemenangan buat pasukan bola sepak
umumnya dan juga sekolah ini khasnya.

Para hadirin,

Pada masa yang sama tidak kami lupakan untuk mengucapkan terima kasih
atas semua dorongan dan tunju ajar daripada Cikgu Azman Ali selaku jurulatih
pasukan bola sepak sekolah. Beliau begitu bersungguh-sungguh mahu membentuk
satu pasukan yang kuat dengan mengadakan pelbagai program dan latihan yang
telah membuahkan hasilnya kini.

Begitu juga dengan rakan-rakan sepasukan yang lain kerana usaha untuk
bersaing dengan pasukan bola sepak sekolah lain bukanlah sesuatu yang mudah.
Namun, semangat bekerjasama dan ingin berjaya telah menjadikan kami satu
pasukan yang kukuh lalu mampu menjadi juara peringkat neger yang tidak pernah
kita capai sebelum ini.

Semoga dengan kejayaan ini lebih banyak kejayaan lain pula akan menyusul.
Anggap sahaja kejayaan ini sebagai permulaan untuk kita melangkah lebih jauh
bukan sahaja dalam bidang sukan tetapi juga bidang akademik. Sekian, terima
kasih.

Karangan 11

Anda sebagai wakil pelajar telah dipilih untuk memberikan ucapan dalam majlis
perpisahan guru anda yang akan berpindah. Tulis ucapan tersebut selengkapnya.

10
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Yang mulia tuan pengerusi majlis, yang berusaha guru besar, guru-guru, dan
rakan-rakan yang dihormati. Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan
kepada anda semua.

Hadirin semua,

Saya selaku wakil pelajar di sekolah ini amat berbesar hati dan berbangga
kerana telah diberi kesempatan untuk memberikan sepatah dua kata dalam majlis
yang penuh bermakna ini. Sesungguhnya, majlis ini sememangnya bermakna kerana
kita akan kehilangan seorang guru yang amat kita semua kagumi dan hormati
tetapi pada masa yang sama kita turut berasa gembira kerana guru itu akan
bertukar ke sebuah sekolah yang lain pula untuk meneruskan usahanya mendidik
ank bangsa negara ini.

Guru yang saya maksudkan itu ialah Cikgu Azman. Beliau telah ditawarkan
jawatan sebagai guru besar di sebuah sekolah di ibu kota. Kita semua sedia
maklum bahawa Cikgu Azman begitu inovatif dan kreatif dalam usaha pengajaran
dan pembelajarannya kerana mahu semua pelajarnya berjaya dalam peperiksaan.
Sudah banyak perubahan dibawa oleh beliau ketika berkhidmat di sekolah kita ini.
Lihat sahaja perubahan yang dibawanya terhadap bilik komputer dan dewan
sekolah ini sahaja.

Hadirin yang dihormati,

Pemergian Cikgu Azman pasti menjadi dorongan kepada kita semua untuk
belajar dengan lebih baik supaya dapat melanjutkan pelajaran ke universiti
seperti yang sering dilaungkan oleh Cikgu Azman ketika mengajar kita di dalam
kelas. Selama ini, Cikgu Azman bolehlah dianggap sebagai pendorong utama
kepada kita untuk berjaya dalam pelajaran seterusnya melakukan perkara yang
kita impikan pula. Beliau umpama lilin atau obor yang menerangi hidup kita semua.

Kepada Cikgu Azman, kami doakan semoga cikgu akan terus menabur bakti
kepada anak bangsa walaupun di mana-mana cikgu bekerja kerana cikgu
mempunyai satu kelebihan dalam mendidik pelajar dengan berkesan. Sekolah ini
pasti akan kehilangan seorang guru yang berdedikasi tetapi kami yakin
penggantinya juga seorang yang seteraf atau berkemampuan untuk mengisi
tempat beliau itu.

Akhir kata, saya bagi pihak rakan-rakan semua di sekolah ini memohon maaf
atas semua kesalahan dan kesilapan kami terhadap cikgu. Sekian, terima kasih.
Karangan 12

Anda telah menyertai suatu pertandingan perbahasan yang bertajuk “Ilmu Lebih
Penting daripada Wang Ringgit”. Sebagai pencadang, sediakan hujah-hujah anda.

11
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Yang mulia tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru
besar, guru-guru , barisan pembangkang yang dikagumi dan rakan sekalian.
Sebagai pihak pencadang, saya menyokong penuh tajuk perbahasan kali ini, yakni
“Ilmu Lebih Penting daripada Wang Ringgit”.

Ilmu dan wang ringgit memang sama penting secara amnya tetapi pada
pandangan peribadi saya, ilmu mengatasi semua perkara di dunia ini terutama
sekali wang ringgit. Atas dasar apakah saya beranggapan sedemikian?

Bayangkan jika seseorang itu mempunyai ilmu pengetahuan sudah pasti dia
dapat menggunakan ilmunya untuk memperoleh wang pula. Sebagai contohnya,
seseorang yang kaya dengan ilmu mendidik boleh menggunakan ilmunya untuk
mengajar pelajar supaya lebih berjaya dalam pelajaran. Secara tidak langsung dia
akan memperoleh wang daripada ilmu yang dimilikinya itu.

Selain itu, seseorang yang berilmu juga mempunyai pemikiran yang berbeza.
Biasanya golongan berilmu ini melihat sesuatu daripada sudut pandangan yang
jauh dan rasional. Maknanya golongan yang berilmu akan bertindak dengan bijak
tanpa melulu atau mengikut perasaan pula terutama untuk urusan kewangan
mereka nanti.

Karangan 13

Tulis sebuah berita tentang kejayaan sebuah sekolah dalam pertandingan sekolah
indah dan bersih peringkat negeri.

12
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

KUALA LUMPUR, 28 September – Sekolah Rendah Kebangsaan Padang Tembak,


di sini telah terpilih menjadi johan pertandingan sekolah indah dan bersih
peringkat negeri Wilayah Persekutuan. Sekolah itu juga dianggap antara sekolah
terbaik dalam prestasi peperiksaannya.

Semangat bekerjasama antara pihak guru dan pelajar-pelajarnya merupakan


rahsia kejayaan sekolah ini sejak dahulu. Semua pihak bersetuju bahawa kawasan
persekitaran sekolah yang indah dan bersih menjadikan pelajar-pelajar lebih
berminat untuk belajar lalu mampu meningkatkan prestasi peperiksaan mereka
pula.

Menurut Guru Besar Sekolah Rendah Jalan Padang Tembak, Encik Azman
Mohammad, 48, kejayaan sekolah ini berkat usaha pihak guru yang sanggup
melupakan cuti hujung minggu mereka untuk merangka program mengindahkan lagi
kawasan sekolah. Manakala pelajar menurut pengetua itu pula telah memberikan
kerjasama dengan turut memberikan idea untuk menjadikan sekolah mereka
antara yang terbaik di negeri ini.

Beliau memberitahu bahawa sejak awal tahun, pihak sekolah telah merangka
satu program yang bertujuan mengekalkan kebersihan kawasn sekolah. Antara
program itu ialah mengadakan gotong-royong dan melukis kawasan sekolah yang
diadakan sepanjang tahun supaya guru dan pelajar menyedari kepentingan
menjaga sekolah sepanjang masa.

Encik Azman juga memuji sikap ibu bapa yang turut memberi kerjasama
dengan sudi membenarkan anak-anak mereka terbabit dalam pelbagai program
yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Beliau bercadang untuk menggunakan wang
hadiah daripada pertandingan itu untuk membina sebuah trek larian baru yang
boleh digunakan oleh pelajar pada masa hadapan pula.

Karangan 14

Tulis sebuah berita tentang kejadian pelajar mati lemas.

13
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

ALOR SETAR, 29 Februari – Dua pelajar sekolah telah disahkan mati dalam satu
kejadian lemas di Sungai Kedah semalam. Mereka telah dikenali sebagai Mohd
Tarmizi bin Ali, 12 dan Soh Chin Kung, 12. Kedua-duanya pelajar tersebut
merupakan pelajar dari Sekolah Rendah Alor Setar.

Menurut beberapa rakan mangsa, kejadian itu berlaku pada pukul 3 petang
ketika mereka sedang bermain-main di tempat kejadian. Aras air sungai itu tiba-
tiba sahaja naik lalu arus yang deras membawa kedua-dua mangsa tanpa sempat
diselamatkan oleh rakan-rakan yang lain.

Kata mereka, kedua-dua mangsa hanya berada beberapa meter sahaja dari
tebing sungai ketika kejadian itu berlaku. Kata mereka lagi, hanya jeritan suara
meminta tolong sahaja yang sempat mereka dengar selepas itu. Pihak polis telah
menjumpai mayat kedua-dua mangsa itu kira-kira 2 kilometer dari tempat
kejadian lima jam kemudiannya.

Kejadian air sungai yang naik secara tiba-tiba itu memang sudah menjadi
kebiasaan kerana hujan yang turun di kawasan hulu sungai itu tidak kelihatan dari
tempat mangsa bermain. Pihak polis telah memberi amaran agar ibu bapa
mengawasi anak-anak mereka terutama ketika musim hujan begini supaya
kejadian yang serupa tidak akan berulang.

Karangan 15
Tulis sepucuk surat kepada kenalan anda untuk mengajaknya menyaksikan
persembahan kebudayaan di sekolah anda itu. Tulis surat untuk menyatakan
hasrat anda itu.

14
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Lot 228, Jalan Bola 2,


Taman Desa Petaling,
45000, Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

28 September 2010.

Menemui sahabatku, Azman bin Ali yang kini berada di Taman Kelang, Subang
Jaya, Selangor.

Saudara,

Apa khabar saudara sekarang? Saya berharap dan berdoa semoga saudara
dan keluarga berada dalam keadaan sihat walafiat. Diri saya di sini sihat belaka
bersama-sama keluarga yang tersayang.

Tujuan saya menulis surat ini ialah saya ingin mengajak saudara untuk
menyaksikan satu persembahan kebudayaan yang unik di sekolah saya. Majlis itu
akan diadakan pada 30 Oktober 2010 ini dan persembahan akan bermula pada jam
8 malam.

Persembahan itu unik kerana inilah kali pertama, sekolah saya akan
menganjurkan satu persembahan yang melibatkan semua kebudayaan di negara ini
pada satu masa. Dianggarkan terdapat 10 persembahan kebudayaan pada malam
itu daripada pelbagai latar belakang kebudayaan di negara ini.

Pihak sekolah saya mengadakan persembahan itu bertujuan untuk mendidik


generasi muda terutama pelajar tentang keunikan kebudayaan pelbagai bangsa di
negara ini. Sememangnya masih ada pelajar yang tidak mengenali tarian
kaumkaum di negara ini. Saya juga akan terbabit dalam persembahan tersebut.

Saya amat berharap saudara dan mungkin juga rakan-rakan saudara dapat
hadir ke majlis persembahan tersebut. Kedatangan saudara bukan sahaja akan
memeriahkan suasana itu tetapi juga memberi sokongan kepada diri saya.
Baiklah, sampai di sini sahaja surat saya untuk kali ini. Semoga kita bersua nanti.

Sekian, terima kasih.


Sahabatmu, Kamal

Karangan 16

15
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Persatuan Pengakap sekolah anda telah mengadakan satu perkhemahan di sebuah


kawasan taman negara. Selaku setiausaha persatuan, sediakan laporan tentang
aktiviti perkhemahan tersebut.

Laporan Perkhemahan Persatuan Pengakap Sekolah Rendah Jalan Padang Tembak

Persatuan Pengakap Sekolah Rendah Jalan Padang Tembak telah mengadakan


satu perkhemahan pada cuti semester yang lalu yakni dari 28 September hingga
3 September 2010. Perkhemahan kali ini telah diadakan di kawasan hutan simpan
Endau-Rompin, Johor. Sebanyak 50 orang ahli pengakap sekolah ini bersama-sama
enam orang guru pengiring.

Perkhemahan tersebut berlangsung selama tiga hari dua malam bertujuan


untuk mendedahkan aktiviti perkhemahan kepada ahli persatuan. Pada masa yang
sama aktiviti sebegini mampu untuk mengeratkan hubungan antara ahli serta
memupuk semangat bekerjasama antara mereka pula.

Pada hari pertama perkhemahan tersebut, ahli pengakap telah diuji tentang
kemahiran mereka untuk memasang khemah dan mencari kedudukan dalam peta.
Aktiviti ini amat penting buat mana-mana diri pengakap kerana kedua-dua aktiviti
itu mampu memberikan satu keyakinan kepada pengakap untuk berdikari di dalam
hutan.

Manakala hari kedua pula, satu acara merentas hutan telah dijalankan. Lima
pasukan telah dibentuk dengan setiap pasukan mempunyai sepuluh orang ahli
pengakap dan seorang guru yang akan berjalan merentas hutan berpandukan peta
yang telah diberikan. Dengan berbekalkan bahan-bahan asas seperti makanan
ringan, kompas, pisau, tali dan ubat-ubatan mereka terpaksa berjalan hampir 10
km dan kembali ke kawasan perkhemahan mengikut masa yang ditetapkan.
Aktiviti ini mewujudkan semangat tabah dan kerjasama antara ahli pengakap.

Pada hari terakhir, mereka dibenarkan untuk mandi-manda sebelum bertolak


pulang ke Selangor pada sebelah petangnya. Perkhemahan ini berakhir pada jam
12 tengahari.

Laporan disediakan oleh, 28 SEPTEMBER 2010.


Azman Azali
(AZMAN AZALI)
Setiausaha, Persatuan Pengakap,
Sekolah Rendah Jalan Padang Tembak.

Karangan 17
Tulis satu laporan aktiviti tahunan persatuan yang anda merupakan setiausaha
persatuan tersebut.

16
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Laporan Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Jalan Hulu

Penaung : Tuan Haji Ahmad Isa


Penasihat : Encik Azlan Kamarudin
Penegrusi : Mohammad Ali Seman
Naib Pengerusi : Suhaidah Yakob
Setiausaha : Azman Ali
Bendaharai :Leow Yee Man
Ahli Jawatankuasa :
Mohd Abu Sulaiman Ros Mustafa

Persatuan Bahasa Malaysia, Sekolah Kebangsaan Jalan Hulu telah ditubuhkan


pada bulan Januari 2008. Sehingga kini, dua mesyuarat agung telah diadakan
untuk melantik ahli-ahli jawatankuasa persatuan untuk melancarkan urusan
persatuan yang semakin penuh dengan pelbagai aktiviti itu.

Pada masa yang sama sambuatn daripada pelajar sekolah begitu


menggalakkan kerana sehingga kini sudah ada 300 pelajar yang menganggotai
persatuan ini dari darjah dua hingga enam.

Bermacam-macam aktiviti telah dijalankan oleh persatuan ini sepanjang tahun


2008 yang melibatkan semua ahli. Antaranya ialah:

1.Hari suai kenal dengan ahli baru


2.Pertandingan menulis karangan
3.Minggu Bahasa
4.Lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka
5.Persembahan drama

Semua aktiviti ini berjaya dijalankan kerana kerjasama guru penasihat persatuan
bersama-sama ahli persatuan yang benar-benar mahu melakukan satu perubahan
besar terhadap persatuan ini. Pada tahun hadapan persatuan bercadang untuk
melakukan lebih banyak aktiviti lagi.

Harapan kami supaya Persatuan Bahasa Malaysia akan lebih aktif pada masa
akan datang setanding dengan persatuan dan kelab lain di sekolah ini.

Disediakan oleh, 28 SEPTEMBER 2009


Azman Ali (AZMAN ALI)
Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia
Sekolah Kebangsaan Jalan Hulu.

Karangan 18
Tulis satu berita tentang kejadian kemalangan yang berlaku.

17
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

KUALA LUMPUR, 31 FEBRUARI – Empat orang sekeluarga termasuk dua kanak-


kanak terbunuh apabila sebuah van yang membawa lima orang penumpang
terbabas lalu jatuh ke dalam gaung di Kilometer 20 Jalan Rawang kira-kira jam 6
pagi semalam.

Mangsa yang terkorban ialah Mohamad Deli Seman, 30, Sulinda Kamarudin,
28, Marialinda Mohamad, 11, dan Shukri Mohamad, 10. Kesemua mangsa meninggal
dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Rawang. Manakala anak bongsu mereka
Jasmin Mohamad, 8, pula sedang dirawat di unit rawatan kecemasan tetapi
keadaannya dikatakan stabil. Kemalangan tersebut telah menyebabkan berlakunya
kesesakan lalu lintas sepanjang lima kilometer.

Van yang dipandu oleh Mohamad Deli itu dipercayai tidak boleh dikawal
setelah satu tayarnya meletup lalu merempuh besi penghalang jalan sebelum
jatuh ke dalam gaung itu. Menurut saksi, van tersebut berpusing beberapa kali
sebelum merempuh benteng besi tepi jalan itu. Ketika kemalangan itu berlaku,
hujan renyairenyai yang turut menyukarkan bantuan diberikan kepada mangsa
ketika kejadian tersebut berlaku.

Keluarga itu dikatakan baru sahaja pulang dari kampung mereka di Tanjung
Malim Perak sempena dengan musim cuti sekolah ini. Mohamad Deli yang bekerja
dengan sebuah syarikat swasta di ibu kota manakala isterinya pula bekerja di
sebuah sekolah swasta di Klang. Kesemua anak mereka bersekolah di sekolah
swasta tersebut.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur berkata, kemalangan itu sesuatu yang
menyedihkan lalu menasihati pengguna yang lain supaya lebih berhati-hati dan
memastikan kenderaan mereka sentiasa berada dalam keadaan yang baik sebelum
memulakan perjalanan.

Karangan 19

18
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk menceritakan pengalaman bercuti
anda di sebuah tempat.Tulis surat itu selengkapnya.

No. 234, Jalan Osman,


Taman Kerjasama Ulung,
46400, Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

28 September 2009.

Menemui saudaraku Ali bin Karim yang kini berada di Sungai Perak, Perak.
Semoga saudara berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Saudara,

Surat saudara itu telah pun selamat saya terima pada empat hari yang lalu
dan ribuan terima kasih atas kesudian saudara menulis itu. Nampaknya percutian
saudara bersama keluarga di Pulau Tioman itu memang menarik untuk dibaca
berulang kali.

Jadi, kali ini saya ingin membalas pula dengan menceritakan pengalaman
percutian kami sekeluarga di Pantai Lido, Johor. Kami sekeluarga telah pergi ke
kampung nenek saya yang terletak berhampiran dengan pantai yang terkenal itu.

Ketika tinggal di rumah nenek, saya dan adik saya telah berpeluang mengikuti
Pak Long pergi menangkap ikan. Awal-awal pagi lagi kami sudah bertolak ke laut.
Kami telah dibawa menaiki sebuah bot yang agak sederhana besarnya.

Kami berada di lautan selama hampir lima jam. Sebaik sahaja kami sampai di
daratan, sudah ada beberapa orang yang sedang menunggu kami. Rupa-rupanya
mereka membeli ikan daripada Pak Long. Semua kotak-kotak ikan itu kemudiannya
diangkat ke dalam lori yang sudah sedia menunggu.

Pada malam itu, kami sekeluarga duduk makan malam bersama-sama dengan
hasil tangkapan tadi. Makanan itu merupakan makanan malam yang paling sedap
pernah saya alami.

Setakat ini sahaja yang dapat saya ceritakan. Diharap pada cuti penggal yang
akan datang, kita dapat menghabiskan cuti bersama-sama pula.

Sekian, terima kasih.


Sahabatmu,
Azman
Karangan 20

19
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Anda menjadi pencadang dalam satu perbahasan yang bertajuk “Sukan memainkan
peranan penting dalam kehidupan pelajar”.

Selamat sejahtera tuan pengerusi majlis, para hakim yang bijaksana, barisan
pembangkang yang dihormati, guru-guru dan para hadirin sekalian. Saya bagi
pihak pencadang menyokong tajuk perbahasan kita pada hari ini iaitu “Sukan
memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar”.

Hadirin,

Slogan “badan cergas otak cerdas” menjadi satu laungan yang membuktikan
betapa pentingnya aktiviti sukan dalam kehidupan seseorang itu terutama pelajar.
Tanpa badan yang sihat seseorang itu pasti tidak mampu untuk melakukan apa-apa
tindakan lain terutama untuk belajar dengan sebaik mungkin. Kita boleh katakan
tanpa suka seseorang pelajar itu akan menjadi lemah lalu menjejaskan prestasi
pelajarannya.

Bukan sahaja prestasi pelajar berkaitan dengan sukan tetapi rasa keyakinan
diri pun akan bertambah. Kalau kita kaji kebanyakan ahli sukan yang berjaya
memiliki satu perasaan yakin diri yang amat tinggi sehingga mereka berjaya
memperoleh banyak kejayaan dalam hidup mereka.

Hadirin yang dihormati,

Malah, sukan juga boleh menjadikan interaksi seseorang pelajar itu lebih
matang dan meluas. Sukan melibatkan lebih daripada seorang pelajar lalu setiap
aktiviti sukan pasti melibatkan interaski yang kemudiannya boleh dijadikan asas
persahabatan buat seseorang itu. Semua interaksi yang berlaku ini menjadikan
kehidupan pelajar lebih bermakna.

Sukan juga menjadikan masa lapang pelajar dihabiskan dengan bermanfaat


sekali. Setiap permainan sukan memerlukan satu jumlah masa yang agak lama
seperti empat puluh minit atau sejam. Masa yang dihabiskan sebegini menjadikan
mereka mampu menghabiskan masa dengan lebih baik tanpa terbabit dalam
sebarang aktiviti yang tidak sihat pula.

Sebelum saya mengundur diri, sekali lagi saya menegaskan bahawa sukan
memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Hanya menerusi sukan
pelajar dapat memahami diri mereka lalu berjaya mencapai matlamat sebenar
mereka di dunia ini.

Sekian, terima kasih.


Karangan 21

20
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Murid-murid sekolah digalakkan mengikuti kelas tambahan.


Tulis faedah-faedah mengikuti kelas tambahan.

Murid-murid sekolah digalakkan mengikuti kelas tambahan kerana banyak


faedah yang mereka peroleh apabila mengikuti kelas sebegini. Kelas tambahan
sudah menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan murid-murid kini.

Faedah yang ketara apabila seseorang murid itu mengikuti kelas tambahan
ialah pemahaman mereka terhadap pelajaran akan menjadi semakin kukuh. Kelas
ini begitu penting buat murid yang lemah dalam sesuatu pelajaran.

Salah satu kelebihan kelas tambahan ialah guru boleh memberikan banyak
latihan tambahan yang boleh meningkatkan keupayaan murid itu untuk menjawab
soalan. Kaedah ini juga dikenali sebagai latih tubi yang turut memberikan satu
pengalaman kepada murid untuk menghadapi realiti peperiksaan sebenarnya.

Pengalaman menjawab yang dialami dalam kelas tambahan berupaya


memberikan satu keyakinan kepada murid tersebut dalam menghadapi
peperiksaan pula. Mereka yang sudah banyak kali membuat soalan yang hampir
serupa berasa yakin untuk menjawab dengan tenang dan tepat setiap soalan yang
diberikan itu.

Malah, kelas tambahan juga memastikan murid-murid memanfaatkan masa


dengan aktiviti yang berfaedah. Kelas tambahan yang diadakan selepas waktu
sekolah biasa menyukarkan murid-murid untuk terbabit dalam gejala yang tidak
sihat seperti melepak dan menghabiskan masa menonton televisyen.

Kesimpulannya, murid-murid sekolah perlu digalkkan mengikuti kelas


tambahan untuk memastikan masa depan mereka cerah. Namun, jumlah kelas yang
dihadiri oleh murid ini juga harus dikawal supaya mereka tidak menghabiskan
sepanjang masa dengan menghadiri kelas tambahan sahaja. Kualiti lebih penting
daripada kuantiti menghadiri kelas.

Karangan 22

21
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita.


Tulis karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri.

Semua individu perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam
keadaan yang sihat dalam hidup mereka. Ada banyak cara untuk memastikan
kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.

Cara yang laing mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri.
Aktiviti mandi dan memakain pakaian yang bersih serta memastikan kawasan
sekeliling rumah bersih merupakan langkah yang paling praktikal untuk dilakukan
oleh sesiapa sahaja.

Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang
berzat. Makanan segera perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam
kuantiti yang banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik.

Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik.
Senaman memastikan peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang mampu
memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap sebarang
serangan penyakit.

Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala.
Pemeriksaan yang berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika di
peringkat awal lalu mudah menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah
dipatuhi selalu.

Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawab yang


harus dilaksanakan dengan penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja
menijmatkan kos perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu kehidupan
yang penuh ceria kepada diri dan keluarga jua.

Karangan 23

22
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Tulis karangan yang bertajuk, “Faedah Membaca”

Semua orang tanpa mengira usia perlulah menyemai minat membaca dalam
sanubari mereka. Amalan membaca memberikan banyak faedah kepada seseorang
itu sepanjang hidupnya sama ada disedari atau tidak oleh diri individu tersebut.
Manfaat yang jelas diberikan oleh sikap membaca ialah ilmu pengetahuan
seseorang itu dalam pelbagai bidang akan bertambah. Pemilikan pengetahuan ini
memudahkan seseorang itu untuk menyesuaiakan diri dalam kehidupan era moden
yang penuh cabaran ini.

Tambahan pula, sikap membaca boleh menjadi satu cara yang paling mudah
dan murah untuk menghabiskan masa lapang. Seseorang itu hanya perlu membeli
majalah, akhbar atau buku dan duduk membaca di mana-mana yang sesuai buat
mereka berjam-jam lamanya tanpa sebarang gangguan.

Bahan bacaan juga boleh menjadi satu cara untuk menghiburkan seseorang
itu terutama ketika keseorangan. Ada banyak bahan bacaan yang mampu
memberikan pelbagai bentuk hiburan seperti novel, cerpen dan puisi kepada
pembacanya dengan mudah.

Malah, membaca juga boleh membantu seseorang itu terutama pelajar untuk
lulus dengan baik dalam peperiksaannya. Semakin banyak buku yang dibaca
semakin besarlah peluang pelajar itu untuk lulus dengan cemerlang kerana semua
soalan peperiksaan berdasarkan bahan bacaan yang diberikan oleh pihak sekolah.
Konklusinya, tabiat suka membaca perlu dipupuk sejak kecil. Minat ini
kemudiannya akan berkembang apabila mereka menjadi dewasa lalu amalan ini
akan terus wujud dalam diri seseorang itu.

Karangan 24

23
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Kamu dan rakan-rakan sedang mengikuti kelas kemahiran hidup. Tiba-tiba seorang
rakan kamu tercedera. Ceritakan pengalaman kamu menghadapi peristiwa
tersebut.

Saya dan rakan-rakan sekelas begitu gembira setiap kali kami menghadiri
kelas kemahiran hidup. Kami berasa gembira kerana kelas ini mengajar kami
pelbagai kemahiran hidup yang memerlukan kreativiti seperti menghasilkan
penyangkut baju dan kotak simpanan pensel.

Namun pada minggu lepas, satu kejadian buruk telah berlaku ketika kelas
kemahiran hidup itu sedang berlangsung. Kejadian itu berlaku selepas Cikgu Kamal
memberikan tugasan kepada kami semua iaitu untuk menyiapkan rangka gambar.
Beliau ketika kejadian itu berada di luar kelas.

Ali, rakan sekelas saya telah ditimpa kecederaan. Tangannya telah terluka
ketika sedang membantu seorang lagi rakan saya iaitu Azmi. Kemalangan berlaku
apabila Azmi hendak memotong kayu itu dengan gergaji lalu terkena tangan Ali
secara tidak sengaja. Ali hanya memegang tangannya yang berlumuran darah.

Tanpa melengahkan masa, saya segera memberitahu Cikgu Kamal yang ketika
itu berada di luar kelas bercakap dengan penolong kanan. Cikgu Kamal segera
masuk ke dalam kelas dan memegang serta mengambil ubat pembasmi kuman lalu
menyapukannya ke atas luka Ali itu sebelum membalutnya dengan menggunakan
kain pembalut luka.

Kemudian, Cikgu Kamal meminta kami semua supaya bertenang dan berhati-
hati apabila menggunakan alat-alat tajam di kelas itu pada masa hadapan. Beliau
membawa Ali ke klinik berhampiran sekolah untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Karangan 25

24
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Semasa rehat, seorang rakan kamu menyedari bahawa dia telah kehilangan wang.
Dia tidak mempunyai wang untuk berbelanja dan meminta pertolongan daripada
kamu. Ceritakan bagaimana kamu membantunya.

Semalam semasa sedang berjalan menuju ke kantin sekolah, Sulaiman baru


menyedari bahawa dia tidak mempunyai wang belanja. Dia berpendapat
kemungkinan wang itu tercicir ketika dia pergi ke sekolah atau tertinggal di
rumahnya.

Sulaiman berasa sedih kerana dia tidak mempunyai wang untuk makan lagi.
Saya memberitahunya supaya tidak berasa risau kerana saya akan membayar
untuk makanannya pada waktu rehat itu. Kami berjalan bersama-sama menuju ke
kantin sekolah.

Wang saku saya ada RM5 dan memberitahu Sulaiman bahawa kami akan
berkongsi wang tersebut untuk membeli makanan di kantin. Saya menjelaskan
kepadanya bahawa wang yang saya ada itu sudah lebih daripada cukup untuk
membayar makanan kami berdua.

Kemudian, saya membeli dua pinggan mi goreng yang berharga RM1 sepiring.
Saya menghulurkan mi itu kepada Sulaiman. Sejurus kemudian, saya membeli dua
gelas air yang berharga 50 sen dan memberikan segelas kepada Sulaiman juga.
Kami makan bersama-sama sambil bebrincang tentang pelajaran yang baru sahaja
kami dengar tadi.

Selepas makan saya memberikan RM1 kepada Sulaiman untuk tambang bas
ketika balik nanti. Dia hanya tersenyum lalu mengucapkan terima kasih kepada
saya atas bantuan itu. Sulaiman juga berjanji akan memulangkan semula wang
saya pada esok harinya. Saya herasa gembira kerana dapat membantu seseorang
pada hari itu.

Karangan 26

25
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Tulis karangan berdasarkan peribahasa “seperti kacang lupakan kulit”

Pak Kamal seorang pesawah yang tidak memiliki pendidikan tinggi. Dia tidak
mahu anak tunggalnya itu menjalani kehidupan yang serupa dengannya. Pak Kamal
lebih suka melihat Ali berjaya dalam hidupnya dan memiliki pelajaran yang baik.

Jadi, setiap hari Pak Kamal dan isterinua akan bekerja keras di sawah untuk
memastikan Ali mampu ke sekolah. Mereka sanggup berlapar dan tidak memiliki
pakaian yang banyak asalkan anak mereka itu mampu ke sekolah setiap hari.
Mereka sanggup berkorban apa-apa sahaja demi kejayaan Ali yang merupakan
anak tunggal mereka.

Kini, Pak Kamal dan isterinya boleh berbangga kerana Ali menjadi satu-
satunya penduduk kampung mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke
menara gading. Ali berjaya dipilih untuk memasuki kursus perubatan di sebuah
universiti terkenal negara.

Sebaik sahaja tamat pengajiannya, Ali telah berjaya mendapat kerja sebagai
doktor di sebuah hospital swasta yang terkenal. Gaji bulannya begitu lumayan.
Jauh lebih banyak daripada pendapatan ayahnya itu sehingga Ali sudah mampu
untuk membeli sebuah kereta dan rumah dalam masa tidak sampai setahun
sahaja.

Namun, kebahagian yang dijangkakan oleh Pak Kamal dan isterinya tidak
kesampaian kerana kehidupan di kota telah menyebabkan Ali lupa
tanggungjawabnya kepada keluarga. Dia tidak lagi pulang melawat ibubapanya di
kampung. Dia tidak mengenang jasa dan pengorbanan ayah serta ibunya itu.

Pak Kamal sedar bahawa anak yang dahulunya disanjung atas kejayaanya itu
kini menjadi seperti kacang lupakan kulit. Apabila teringatkan anaknya itu, Pak
Kamal menangis tetapi dia dan isterinya masih berdoa agar Ali akan berasa insaf
lalu pulang ke pangkuan mereka.

Karangan 27

26
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Anda telah menyaksikan satu kebakaran. Ceritakan pengalaman anda menangani


situasi tersebut.

Aku masih tidak dapat melupakan peristiwa kebakaran yang berlaku pada
bulan lepas. Setiap kali membaca akhbar tentang kejadian kebakaran fikiran ini
terus teringat akan kejadian itu. Masalah ini berterusan kerana aku terlibat
secara langsung dalam peristiwa tersebut.

Peristiwa kebakaran itu berlaku pada waktu petang hari Ahad minggu
terakhir pada bulan lepas itu. Ketika itu, aku berada di satu simpang jalan menuju
ke arah rumahku. Tiba-tiba sahaja, aku terdengar jeritan orang ramai meminta
pertolongan kemudian perkataan api berulang kali pula berkumandang. Rupa-
rupanya, jeritan itu datangnya dari sebuah rumah di deret rumah yang berada di
tepi jalan itu.

Tanpa membuang masa, aku segera menelefon pihak bomba dengan


menggunakan telefon bimbit yang diberikan oleh ibu tadi. Kemudian, aku menuju
ke rumah yang sedang terbakar itu. Ketika aku sampai, sudah ada beberapa jiran
yang sibuk mengangkat keluar beberapa peralatan elektrik dari rumah tersebut.
Aku membantu mereka. Ada juga beberapa orang yang hanya duduk melihat
sahaja.

Kemudian kedengaran bunyi siren bomba. Pasukan bomba begitu pantas


bertindak kerana dalam masa tidak sampai 10 minit sahaja api yang sedang marak
di bahagian atas rumah itu sudah berjaya dipadamkan oleh mereka. Menurut
jiranjiran, kebakaran itu berlaku akibat litar pintas.

Aku bersyukur kerana dapat membantu mangsa kebakaran dengan segera


membuat panggilan kepada pihak bomba. Semua penghuni rumah itu dalam
keadaan selamat. Hanya bahagian atas rumah itu sahaja yang terbakar teruk. Aku
difahamkan jiran-jiran kawasan itu telah memberi bantuan kewangan kepada
mangsa kebakaran itu.

27
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Karangan 28

Anda sebagai wakil murid tahun enam dikehendaki berucap dalam satu majlis
perpisahan antara guru dengan murid-murid tahun enam. Tulis ucapan itu
selengkapnya.

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru,
dan rakan sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan.

Ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana menjemput saya sebagai
wakil murid tahun enam untuk berucap dalam majlis yang meriah lagi bermakna
ini.

Hadirin,

Guru-guru sekolah ini telah mendidik dan membimbing kami demi kejayaan
pada masa hadapan. Oleh itu, kami akan sentiasa mengenang dan menghargai jasa
guru sekalian. Kami tidak sekali-kali akan menjadi seperti “kacang lupakan kulit”.
Tanpa guru siapalah kami.

Selain itu, kami berjanji akan terus belajar dengan tekan sehingga mencapai
kejayaan dalam peperiksaan akan datang. Walaupun kita akan terpisah, harapan
kami semua ialah guru-guru tidak akan melupakan kami begitu sahaja. Bak kata
pepatah “jauh di mata dekat di hati”.

Guru-guru dan rakan-rakan,

Kami berjanji akan mengingati semua nasihat guru terutama nasihat agar
menjadi insan yang berguna buat agama, masyarakat dan negara ini. Kami
berharap agar guru sekalian sentiada mendoakan kejayaan kami dalam segenap
lapangan yang kami ceburi.

Akhir kata, kami memohon maaf aras semua kesilapan yang kami lakukan
sepanjang kami belajar di sini.

Sekian, terima kasih.

28
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Karangan 29

Sebagai ketua murid, anda telah dipilih untuk memberi ucapan bersempena
dengan sambutan Hari Guru. Lengkapkan ucapan di bawah.

Yang Dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, guru-guru yang dikasihi
serta rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan.
Hadirin yang dikasihi,

Pada pagi yang penuh bermakna ini, saya mewakili pelajar tahun enam sekolah
ini mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru yang kami semua kagumi.
Didikan guru-guru semua telah banyak memberi kesedaran kepada kami semua.

Kami mengucapkan berbanyak-banyak terima aksih kepada guru yang begitu


tekun dan sabar serta dedikasi mendidik kami untuk memperoleh ilmu
pengetahuan. Guru-guru bekerja mendidik kami tanpa mengharapkan sebarang
balasan pun.

Namun, berkat ketekunan guru-guru semua, kami telah berjaya mencapai


kejayaan demi kejayaan dalam peperiksaan kami. Semua kejayaan ini tidak akan
berlaku tanpa kewujudan guru-guru semua.

Kami berharap guru-guru akan terus berkhidmat untuk mendidik anak bangsa
yang amat memerlukan bantuan ini. Tanpa pertolongan guru-guru semua, kami
boleh diumpamakan sebagai anak ayam kehilangan ibu.

Akhir sekali, kami mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru yang
dikasihi.

29
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Karangan 30
Tulis syarahan bertajuk “Cara-cara Menjadi Murid Cemerlang”

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, guru besar, para
guru serta rakan sekalian. Izinkan saya menyampaikan satu syarahan bertajuk
“Cara-cara Menjadi Murid cemerlang”.

Hadirin,

Kecemerlangan pasti mampu meningkatkan imej seseorang murid tersebut.


Oleh itu, setiap murid harus tahu cara-cara tertentu untuk mencapai
kecemerlangan pendidikan ini.

Langkah awal ialah setiap murid perlu sedar akan kelemahan diri mereka.
Kefahaman akan kelemahan diri ini membolehkan murid menyedari subjek yang
perlu diberi penekanan lebih mendalam. Oleh itu, murid akan belajar secara
sistematik bagi menangani kelemahan tersebut.

Selain itu, murid harus memiliki jadual belajar yang efektif. Kewujudan
jadual sebegini menjadikan murid tahu masa yang sesuai untuk melakukan
pelbagai aktiviti yang bukan sahaja berkaitan dengan pelajaran tetapi aktiviti lain
yang turut penting seperti berbual-bual dengan rakan dan bersukan. Kepatuhan
mematuhi jadual ini menjadikan murid akan mengalami satu kehidupan belajar
yang seimbang.

Hadirin yang budiman,

Setiap murid juga semestinya memiliki satu teknik ulang kaji yang berkesan.
Semua subjek harus diteliti dan latihan yang cukup dilaksanakan untuk
memastikan murid memahami subjek itu secara mendalam. Latihan yang
sistematik menjadikan murid lebih yakin untuk menghadapi peperiksaan kelak.

Malah, aspek kesihatan diri secara peribadi harus ditekankan. Amalan


pemakanan seimbang bersama-sama ketenangan emosi penting dalam kejayaan
seseorang murid itu. Keadaan ini boleh menjadikan murid lebih yakin dan tenang
menghadapi sebarang cabaran peperiksaan yang muncul.

Sesungguhnya, kecemerlangan tidak mungkin diperoleh dengan mudah sahaja.


Semua murid harus berusaha dan mematuhi amalan-amalan positif tertentu.
Tanpa usaha sudah pasti kejayaan tidak akan muncul begitu sahaja.

Sekian sahaja syarahan saya pada kali ini. Terima kasih.

30
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Karangan 31
Persatuan Bahasa Malaysia sekolah anda akan mengadakan lawatan ke Pulau
Pinang. Selaku pengerusi persatuan, anda dikehendaki menulis sepucuk surat
kepada Guru Besar sekolah anda untuk meminta kebenaran untuk mengadakan
lawatan tersebut.

Persatuan Bahasa Malaysia,


Sekolah Kebangsaan Taman Merdeka,
45000, Batu Berendam,
___________________________________________________________

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Merdeka,
45000, Batu Berendam,
Melaka 28 SEPTEMBER 2009

Tuan,

Memohon Kebenaran Melawat ke Pulau Pinang

Merujuk perkara di atas, saya selaku Pengerusi Persatuan Bahasa Malaysia


sekolah ini ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk membuat lawatan
ke Pulau Pinang pada cuti semester pertama akan datang ini.

2. Tujuan kami mengadakan lawatan tersebut adalah untuk melihat tempat-


tempat bersejarah yang terdapat di Pulau Pinang. Lawatan ini juga akan
meluaskan lagi pengetahuan murid tentang kepelbagaian kaum di negara ini. Pulau
Pinang merupakan antara negeri yang memiliki kaum-kaum yang unik untuk dilihat
oleh murid sekolah ini.

3. Rombongan ini akan meliputi 20 orang murid tahun enam dan diiringi 4 orang
guru. Kami berjanji akan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah. Kami juga akan mengikuti semua arahan guru pengiring kelak.

4. Kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan dan meluluskan


permohonan kami ini secepat mungkin. Hal ini kerana kami memerlukan masa
untuk membuat semua persiapan sebelum mengadakan lawatan.
Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,


azman
(AZMAN MOHAMAD)
Pengerusi,

31
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Persatuan Bahasa Malaysia,


Sekolah Kebangsaan Taman Merdeka.

Karangan 32
Jalan raya di kampung kamu telah rosak. Sebagai wakil penduduk, anda ingin
mengemukakan permohonan membaiki jalan. Tulis sepucuk surat kepada Jabatan
Kerja Raya untuk menyatakan permohonan kamu itu.

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung,


Kampung Pandan Indah Batu 25,
3200, Cheras,
Selangor.
____________________________________________________________

Jurutera Daerah,
Jabatan Kerja Raya Daerah Cheras,
Kompleks Bangunan Sultan Ismail,
Jalan Aman 2,43200, Cheras,
Selangor. 29 SEPTEMBER 2009.

Tuan,
Memohon Membaiki Jalan Raya

Berhubung perkara di atas, saya mewakili penduduk Kampung Pandan Indah Batu
25 memohon jasa baik pihak tuan agar dapat membaiki jalan raya yang sudah
rosak di kampung kami ini.

2. Jalan raya di kampung kami ini telah rosak akibat terlalu banyak lori berat
yang menggunakannya untuk mengangkut pasir ke kawasan pembangunan di
kampung sebelah. Keadaan ini menjadi semakin serius kerana musim hujan yang
baharu sahaja tamat bulan lalu menjadikan kawasan tepi jalan raya itu berlopak.

3. Akibat kerosakan jalan raya itu beberapa kemalangan kecil telah berlaku.
Malah, kami mula berasa bimbang kerana banyak anak-anak penduduk kami
menggunakan jalan tersebut untuk ke sekolah mereka.

4. Bukan sahaja masalah jalan raya ini menyusahkan pelajar ke sekolah tetapi
juga buat kami yang hendak pergi ke tempat kerja kerana jalan raya itu
merupakan jalan yang menghubungkan kampung ini dengan kawasan lain.

5. Besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat membaiki jalan raya di kampung
kami ini dengan segera. Sekian, terima kasih.

Yang benar,
KAMAL AHMAD

32
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

( KAMAL AHMAD)
Wakil Penduduk,
Kampung Pandan Indah Batu 25, Cheras.
Karangan 33

Balas surat kepada rakan anda untuk memberitahunya tentang persediaan anda
menghadapi peperiksaan akhir tahun.

No.228, Jalan Cheras 12,


Taman Cheras Utama,
45600, Cheras,
Selangor.

29 September 2009.

Ke hadapan saudara Kamal yang kini berada di Pulau Pinang, semoga saudara dan
keluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Saudara,

Surat yang saudara kirimkan itu telah saya terima pada minggu lalu. Saya
berasa amat kagum akan persediaan yang telah saudara ambil khas untuk
mengharungi peperiksaan akhir tahun pada bulan Oktober nanti. Sememangnya
saudara berfikiran jauh.

Untuk makluman saudara, saya juga sudah mula membuat persediaan dalam
menghadapi peperiksaan tersebut. Tindakan awal saya ialah dengan membuat
jadual belajar di rumah. Semua masa yang telah ditetapkan dalam jadual itu
sudah saya patuhi agar proses ulang kaji saya lebih berkualiti dan konsisten.

Pada masa yang sama, saya juga mengikuti kelas tambahan yang disediakan
oleh pihak sekolah saya. Kelas ini diadakan setiap hari Isnin bermula jam 4 petang
hingga 6 petang. Kelas tambahan ini saya gunakan untuk mengukuhkan lagi
kemahiran saya untuk menjawab soalan peperiksaan kelak.

Selain itu, saya juga telah menubuhkan satu kumpulan belajar. Kumpulan ini
terdiri daripada empat pelajar sekelas saya dan kami bertemu dua kali seminggu
yakni pada hari jumaat dan sabtu setiap jam 8 malam hingga 10 malam di rumah
saya. Kami berbincang dan bertukar-tukar pendapat supaya mampu menambahkan
pengetahuan bersama.

Saya amat yakin jika saya berusaha lebih gigih, saya boleh memperoleh
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun kelak lalu memberi
sedikit harapan kepada ibu bapa saya.

33
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Sekian sahaja buat kali ini. Terima kasih.


Yang benar,
Yusuf
Karangan 35

Tulis berita tentang satu rompakan yang berlaku di sebuah kedai runcit.

KUALA LUMPUR, 28 SEPTEMBER – Satu rompakan telah berlaku di sebuah kedai


runcit di Jalan Handal, Taman Seri Maju. Rompakan tersebut telah dilakukan oleh
dua lelaki dalam lingkungan umur 30-an pada petang semalam.

Menurut pemilik kedai runcit itu, rompakan itu berlaku ketika dia sedang melayan
seorang pelanggannya. Mereka terkejut apabila didatangi oleh dua lelaki itu yang
bersenjatakan sebilah parang dan kapak. Perompak-perompak itu berjaya
merampas wang hasil jualan hari itu bernilai hampir RM500. Pemilik kedai runcit
itu pada mulanya enggan menyerahkan wang tersebut tetapi setelah perompak
memberi amaran akan mencederakan pelangganya, dia terpaksa menyerahkan
wang tersebut.

Kejadian yang berlaku dalam masa 10 minit itu merupakan kejadian pertama yang
menimpa kedai runcit tersebut. Pihak polis yang datang membuat siasatan
kemudian mengesahkan bahawa dua lelaki dalam lingkungan umur 30-an sedang
diburu oleh pihak polis. Kedua-dua perompak tersebut dipercayai masih lagi
bersembunyi di kawasan berhampiran kerana semua kawasan keluar dari kawasan
itu sudah dikawal oleh pihak polis.

Pihak polis meminta bantuan orang ramai untuk menghubungi pihak polis jika
mereka ternampak dua lelaki yang mencurigakan di kawasan mereka dengan
segera.

34
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Karangan 36

Di kawasan tempat tinggal anda satu pasar tani telah dianjurkan. Gambarkan
suasana di pasar tani tersebut.

Kampung saya, Kampung Merdeka merupakan lokasi pasar tani sejak beberapa
tahun yang lalu. Pemilihan kampung saya mungkin ada kaitan dengan kedudukannya
yang strategik kerana berdekatan dengan kampung-kampung lain dan juga bandar
Melaka.

Setiap awal pagi Ahad, kampung saya akan dikunjungi para petani dan peniaga.
Semua sudah atau sibuk memasang dan menyusun barang jualan mereka. Ada juga
yang sedang memasak dan menggoreng pelbagai jenis masakan untuk dijual
kepada pengunjung nanti. Kelihatan juga beberapa kenderaan terutama van
diletakkan di tepi gerai mereka.

Menjelang jam 9 pagi, sudah mula kelihatan pengunjung memenuhi tapak


pasar tani itu. Ketika inilah para peniaga sibuk berkempen untuk memastikan
barangan mereka laris dijual. Suasana mula menjadi riuh-rendah dengan suara
peniagpeniaga ini. Manakala kawasan lalu lintas di situ mula menjadi sesak dengan
orang ramai berasak-asak membeli-belah.

Kebanyak pengunjung yang datang ke situ suka memilih dan menawar harga
terutama sayur-sayuran dan buah- buahan serta barangan keperluan harian lain.
Ada juga yang hanya datang untuk menjamu selera sambil beriadah bersama-sama
keluarga mereka. Suasana riuh-rendah tadi akan mula berkurangan menjelang
waktu tengah hari.

Ketika waktu inilah, para peniaga mula mengemaskan barangan mereka dan
pulang ke rumah masing-masing dengan penuh kegembiraan melihat keuntungan
yang diperoleh tadi.

35
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Karangan 37

Persatuan Bahasa Malaysia sekolah anda telah mengadakan lawatan ke Tanah


Tinggi Cameron. Selaku setiausaha persatuan, tulis laporan tentang lawatan itu.

Laporan Lawatan ke Tanah Tinggi Cameron

Pada 28 September 2007, sebanyak 25 orang ahli Persatuan Bahasa


Malaysia, sekolah Kebangsaan Damai, Klang telah mengadakan lawatan ke Tanah
Tinggi Cameron. Kami bertolak dari sekolah tepat jam 6.30 pagi bersama-sama
lima guru pengiring.

Tempat lawatan kami yang pertama ialah kebun sayur. Kami begitu kagum
melihat keluasan kawasan kebun itu bersama-sama dengan kepelbagaian jenis
sayur yang ditanam. Antaranya ialah kubis, lobak merah, cili dan sawi. Semua
tanaman itu kelihatan segar dan lebih besar daripada kebiasaan yang kami
nampak di pasar biasa.

Kemudian, kami melawat pula ke bunga. Sebaik sahaja sampai, semua pelajar
berasa begitu gembira kerana melihat keindahan bunga yang pelbagai warna itu.
Puan Erra iaitu salah seorang guru pengiring kami telah membeli beberapa jambak
bunga ros untuk hiasan di rumahnya kelak. Kami mengambil banyak gambar di
kebun bunga yang memang indah itu.

Lawatan kami yang seterusnya ialah lading teh. Penyelia lading itu telah
membawa kami berjalan ke kawasan ladang sambil menerangkan jenis-jenis pokok
teh dan proses menghasilkan teh. Penerangan yang diberikan itu telah banyak
memberikan informasi baru kepada kami tentang teh. Ladang itu memiliki banyak
pekerja.

Sebelum balik ke Klang, kami telah menghabiskan masa dengan berkelah di


kawasan air terjun. Di situ, kami sedang mandi-manda dan menikmati bekalan
yang sudah dibawa. Setelah berada hampir sejam di kawasan itu, bas kami
bertolak ke Klang dan sampai di Bandar itu menjelang jam 8 malam.

Sebenarnya, lawatan ini telah banyak memberi pengetahuan dan pengalaman


baru kepada pelajar semua. Kami bercadang utnuk melawat ke tempat lain pula
sekiranya berpeluang.

Laporan disediakan oleh, 28 Oktober 2008. Kamal Sulaiman


(Kamal bin Sulaiman)
Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia,

36
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Sekolah Kebangsaan Damai, Klang.

Karangan 38

Tulis sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah Bergoyong-royong:. Selamat


sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif
lagi bijaksana, Guru Besar, guru-guru, dan para hadirin. Ada pagi yang mulia ini,
saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah Bergotong-
royong”.

Hadirin sekalian,

Menurut Kamus Dewan 2009, konsep gotong-royong membawa maksud


mengerjakan atau mengusahakan sesuatu secara bersama-sama. Berdasarkan
makna ini, sebarang aktiviti kerja yang dilaksanakan secara bersama-sama
bolehlah dianggap sebagai bergotong-royong.

Amalan bergotong-royong memastikan semua kerja dapat dilaksanakan


dengan cepat, mudah dan menjimatkan kos serta meriah. Sebagai contoh, majlis
perkahwinan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan jika semua ahli masyarakat
bekerjasama melaksanakannya selain menjimatkan kos untuk mengupah orang
datang memasak atau membina pelamin buat pasangan pengantin. Ringkasnya,
sikap mementingkan diri dapat dihindarkan menerusi amalan yang murni ini.

Di kampung-kampung, amalan ini masih lagi boleh dilihat dan berlaku sehingga
hari ini. Dengan amalan ini, kita bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa
tetapi mengeratkan perpaduan sesama ahli masyarakat setempat kerana
berlakunya interaksi ketika amaln bergotong-royong ini dilakukan.

Oleh itu, amalan ini merupakan satu tradisi mulia yang perlu dikekalkan. Kita
sebagai rakyat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu
mengekalkan amalan murni ini supaya satu masyarakat yang bersatu-padu mampu
dihasilkan dengan mudah. Perpaduan yang selama ini wujud banyak bergantung
kepada kekerapan aktiviti bergotong-royong ini dilakukan.

Memandangkan masa tidak mengizinkan saya untuk terus berkata-kata, biarlah


saya mengundurkan diri dahulu.

Sekian, terima kasih

37
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Karangan 39

Pendidikan masa depan harus berteraskan teknologi maklumat. Sebagai


pencadang, sediakan teks perbahasan anda.

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, yang Berusaha Tuan Pegawai Pendidikan
Daerah, uru Besar, guru-guru, panel hakim yang arif lagi bijaksana, serta hadirin
sekalian.

Pada hari ini, saya selaku pihak pencadang ingin membahaskan tajuk yang
diberikan kepada saya yakni, “Pendidikan Masa Depan Harus Berteraskan
Teknologi Maklumat”.

Hadirin sekalian,

Kita semua sudah sedia maklum bahawa teknologi maklumat akan menguasai
dunia. Semua teknologi yang ada kini pasti mempunyai kaitan dengan teknologi
maklumat yakni memudahkan manusia untuk mendapatkan sebarang informasi di
hujung jari mereka sahaja terutamanya penggunaan internet. Lantaran itu,
pendedahan akan teknologi maklumat perlulah diberikan kepada pelajar seawal
mungkin.

Cara yang paling mudah adalah menjadikan teknologi maklumat sebagai


perantara utama dalam sistem pendidikan engara. Pendedahan yang sebegini akan
menjadikan pelajar kita sudah biasa dengan teknologi ini lalu mereka tidak lagi
berasa kekok untuk menggunakannya pada masa hadapan. Pada masa yang sama
semua pelajar ini akan menjadi celik komputer yang pastinya memudahkan lagi
usaha menguasai teknologi maklumat kelak.

Penggunaan teknologi maklumat terutamanya komputer dalam pembangunan


negara bukanlah sesuatu yang asing terutama dalam aspek ekonomi. Semua urusan
perniagaan kini mampu dilakukan menerusi komputer dengan begitu mudah dan
telur. Kemampuan mendedahkan pelajar dengan teknologi maklumat di sekolah
bakal menghasilkan satu sumber manusia yang sudah mahir menggunakan
teknologi ini sejak muda lagi.

Sidang dewan yang dihormati,

Kita mesti menyokong sepenuhnya usaha kerajaan untuk menjadikan


pendidikan masa depan berteraskan teknologi maklumat. Tindakan bijak kerajaan
ini mampu menjana pertumbuhan pembangunan negara menjadi lebih rancak dan
stabil pada masa mendatang berbanding negara jiran kita. Pada masa yang sama

38
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

wawasan negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 pasti
tercapai dengan mudah.

Sekian, terima kasih.


Karangan 40

Tulis sebuah berita tentang kejadian pelajar mati lemas.

KUALA LUMPUR, 2 April – Dua pelajar mati lemas ketika berenang bersamasama
empat rakan mereka di sebuah tasik di Ampang. Mereka yang lemas itu dikenali
sebagai Ahmad bin Ali dan Kamal bin Murad. Kedua-duanya berumur 13 tahun dan
merupakan pelajar di Sekolah Menengah Jalan Padang Tembak di sini.

Menurut empat lagi rakan mereka yang berada di tempat itu, tragedi itu
berlaku kira-kira jam 4 petang. Kedua-dua pelajar itu berenang bersama-sama
rakan mereka yang lain di tasik yang sering dikunjungi oleh orang ramai terutama
pada hujung minggu tetapi ketika kejadian itu tidak ada sesiapa yang datang
membantu mereka.

Keempat-empat rakan mereka cuba memberi bantuan tetapi gagal untuk


menyelamatkan dua mangsa lemas tersebut. Pihak polis berjaya menjumpai mayat
kedua-dua mangsa selepas empat jam menjalankan operasi mencari kerana tasik
itu agak dalam dan airnya agak keruh. Faktor hujan turut melambatkan operasi
mereka juga.

Tasik itu memang menjadi tempat tumpuan masyarakat terutama pada hujung
minggu. Namun, kawasan tasik itu merupakan tempat larangan berenang dan
kelihatan tanda amaran diletakkan di beberapa kawasan strategik di tasik
tersebut. Kebanyakan pelajar masih tidak memberi perhatian penting akan faktor
keselamatan diri mereka apabila berenang di tasik tersebut.

Pihak pengurusan tasik bercadang untuk meningkatkan tahap kelsematan di


kawasan tersebut dengan menempatkan lebih ramai pengawal keselamatan untuk
mengawasi tingkah laku remaja yang menyalahgunakan kemudahan di tasik
tersebut.

39
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Karangan 41

Majalah berbentuk komik ada kebaikan dan keburukannya untuk pelajar.


Bincangkan.

Komik merupakan bahan bacaan yang digemari oleh remaja kini. Amalan
membaca komik sudah menjadi sesuatu yang lumrah sehingga amalan ini membawa
pelbagai impak kepada pelajar.

Kebaikan ketara membaca komik ialah pelajar mampu berlibur yakni berehat
untuk menenangkan emosi dan jiwa mereka dengan tenang. Penggunaan gambar
yang menarik dan jalan cerita yang unik menjadikan pembacaan komik satu amalan
yang menghiburkan Pada masa yang sama, amalan membaca komik ini juga secara
tersirat menjadikan seseorang pelajar itu minat untuk membaca.

Semakin banyak bahan komik yang dibaca sudah pasti timbul minat untuk
membaca sebarang bahan termasuklah buku teks yang pastinya memberikan
kesan positif kepada pelajar kita. Namun, komik juga membawa impak negatif
yakni harga bahan bacaan berunsur komik yang begitu tinggi ini. Sudah pasti
pelajar akan menghabiskan sejumlah wang yang banyak untuk membeli bahan
komik ini setiap minggu atau bulan yang boleh digunakan untuk membeli keperluan
penting lain juga.

Komik juga sering dianggap pencetus unsur keganasan kerana banyak aksi
yang dipaparkan melambangkan aspek keganasan. Tambahan pula, keganasan ini
menyebabkan pelajar mudah terpengaruh lalu berusaha untuk menirunya sehingga
menyebabkan mereka terjebak dalam aktiviti yang tidak sihat pula.

Kesimpulannya, pelajar perlu bijak untuk menilai jenis komik yang sesuai
untuk dibaca oleh mereka. Pelajar harus sedar bahawa sebarang pembacaan
perlulah berlandaskan rasa bertanggungjawab dan memberi informasi yang
berguna.

40
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Karangan 42

Andaikan anda seekor arnab. Tulis riwayat hidup kamu.


Nama saya arnab perang tetapi kadangkala saya mendengar orang memanggil saya
dengan nama sicomel. Kehidupan saya banyak di sebuah kedai haiwan. Setahu
saya, sejak kecil lagi saya sudah berada di kedai ini.

Saya ditempatkan di dalam sebuah sangkar yang agak besar bersendirian.


Keadaan sangkar itu juga bersih kerana pemilik kedai ini sering menjaga binatang
peliharaannya dengan baik. Di sebelah sangkar saya tinggal seekor arnab lain yang
dikenali sebagai arnab telinga panjang dan di sebelah kiri saya pula sangkar
seekor arnab berwarna hitam.

Suatu hari saya telah dibawa keluar dari sangkar itu dan dibawa pulang oleh
seorang lelaki. Sebaik sahaja tiba di rumah lelaki itu, saya terus diberikan kepada
seorang budak perempuan. Mungkin umur budak itu antara 8-11 tahun. Budak itu
terus memeluk saya dengan kuat dan mencium muka saya.

Sejak hari itu saya terus tinggal di rumah besar itu. Kawasan sangkar saya
pula agak besar malah lebih besar daripada tempat lama saya itu. Setiap hari
budak perempuan itu akan memastikan sangkar saya mempunyai bekalan air dan
makanan yang cukup. Saya juga sering kali dimandikan olehnya. Kadangkala budak
itu menggunakan sejenis cecair yang menyebabkan bulu saya berwarna wangi.

Sesungguhnya, kehidupan saya di tempat baru ini memang menarik kerana


saya sedar budak itu begitu memahami dan menjaga keselesaan hidup saya.
Mungkin saya akan hidup lama di rumah ini.

41
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Karangan 43

Anda telah terpilih untuk menyertai pertandingan syarahan antara kelas. Tajuk
syarahan itu ialah “Keburukan Siaran Televisyen Kepada Kanak-kanak.”. Tulis teks
syarahan anda selengkapnya.

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana,
Guru Besar, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi
ini ialah “Keburukan Siaran Televisyen Kepada Kanak-kanak.”

Hadirin sekalian,

Akibat pembangunan negara yang begitu pesat hampir semua penduduk negara ini
sudah memiliki televisyen di rumah mereka. Televisyen sudah diketahui mampu
bertindak sebagai alat penyebaran maklumat yang berkesan kepada negara ini.
Pada masa yang sama unsur hiburan turut ditimbulkan oleh televisyen menerusi
penyiaran program dalam dan luar negara itu.

Namun, peranan televisyen yang membawa kebaikan itu turut menyelitkan impak
buruk yang ketara kepada kanak-kanak di negara ini. Kebanyakan program yang
ditayangkan itu merupakan program import yang memaparkan pelbagai unsur
ganas yang tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak seperti rompakan dan
pembunuhan. Sikap menonton program ini dengan kerap akan menyebabkan kanak-
kanak cuba meniru aksi tersebut.

Selain itu, televisyen menyebabkan kanak-kanak menghabiskan terlalu banyak


masa dengan menonton tanpa membuat sebarang aktiviti yang berfaedah seperti
membuat kerja sekolah mereka. Alasan menonton program kesukaan mereka
sering menjadi alasan yang menyebabkan banyak aktiviti lain terganggu. Keadaan
ini boleh menyebabkan prestasi peperiksaan mereka menurun lalu menimbulkan
pelbagai kesan negatif kepada kanak-kanak itu pada masa hadapan pula.

Hadirin yang dihormati,

Semua pihak terutama ibu bapa perlu sedar akan pentingnya sikap mengawal
amalan menonton televisyen ini dengan lebih baik. Ibu bapa harus mengutamakan
program yang mampu menambahkan pengetahuan dan memupuk sikap baik dalam
diri kanak-kanak kerana kanak-kanak merupakan pemimpin negara pada masa
hadapan. Kita perlu sedar bahawa rancangan televisyen dapat mempengaruhi

42
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

fikiran dan tindakan kanak-kanak. Oleh itu, pilihlah rancangan televisyen yang
sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak.

Sekian, terima kasih.

Karangan 44

Anda telah terpilih untuk menyertai pertandingan syarahan antara kelas. Tajuk
syarahan itu ialah “Keburukan Siaran Televisyen Kepada Kanak-kanak.”Tulis teks
syarahan anda selengkapnya.

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana,
Guru Besar, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi
ini ialah “Keburukan Siaran Televisyen Kepada Kanak-kanak.”

Hadirin sekalian,

Akibat pembangunan negara yang begitu pesat hampir semua penduduk


negara ini sudah memiliki televisyen di rumah mereka. Televisyen sudah diketahui
mampu bertindak sebagai alat penyebaran maklumat yang berkesan kepada
negara ini. Pada masa yang sama unsur hiburan turut ditimbulkan oleh televisyen
menerusi penyiaran program dalam dan luar negara itu.

Namun, peranan televisyen yang membawa kebaikan itu turut menyelitkan


impak buruk yang ketara kepada kanak-kanak di negara ini. Kebanyakan program
yang ditayangkan itu merupakan program import yang memaparkan pelbagai unsur
ganas yang tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak seperti rompakan dan
pembunuhan. Sikap menonton program ini dengan kerap akan menyebabkan kanak-
kanak cuba meniru aksi tersebut.

Selain itu, televisyen menyebabkan kanak-kanak menghabiskan terlalu banyak


masa dengan menonton tanpa membuat sebarang aktiviti yang berfaedah seperti
membuat kerja sekolah mereka. Alasan menonton program kesukaan mereka
sering menjadi alasan yang menyebabkan banyak aktiviti lain terganggu. Keadaan
ini boleh menyebabkan prestasi peperiksaan mereka menurun lalu menimbulkan
pelbagai kesan negatif kepada kanak-kanak itu pada masa hadapan pula.

Hadirin yang dihormati,

Semua pihak terutama ibu bapa perlu sedar akan pentingnya sikap mengawal
amalan menonton televisyen ini dengan lebih baik. Ibu bapa harus mengutamakan
program yang mampu menambahkan pengetahuan dan memupuk sikap baik dalam
diri kanak-kanak kerana kanak-kanak merupakan pemimpin negara pada masa

43
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

hadapan. Kita perlu sedar bahawa rancangan televisyen dapat mempengaruhi


fikiran dan tindakan kanak-kanak. Oleh itu, pilihlah rancangan televisyen yang
sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak.

Sekian, terima kasih.

Karangan 45
Sejak akhir-akhir ini, masyarakat begitu bimbang tentang masalah salah laku
yang melanda pelajar-pelajar. Tulis sebuah karangan tentang cara-cara mengatasi
masalah tersebut.

Masalah salah laku dalam kalangan murid memang semakin membimbaangkan


terutama di kawasan bandar. Media massa sering menjadikan isu salah laku
pelajar ini sebagai berita utama mereka. Pada masa yang sama wujud pelbagai
langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi kemelut sosial yang melanda
golongan muda negara ini.

Tindakan yang paling efektif ialah pelajar-pelajar perlu diberikan


pendedahan motivasi. Langkah ini mampu menguatkan jati diri pelajar supaya
lebih tabah menghadapi dugaan kehidupan remaja yang penuh cabaran. Pelajar
juga boleh diselitkan dengan pendedahan ilmu keagamaan dan moral yang tinggi.

Malah, pihak sekolah perlu menyediakan perkhidmatan kaunseling yang


berkualiti di sekolah mereka. Semua pelajar yang sejak awal dikesan bakal
mempunyai masalah salah laku perlu menghadiri sesi kaunseling yang konsisten.
Pengawasan sebegini memastikan gejala ini mampu ditangani sejak awal lagi.
Selain itu, pihak berkuasa turut boleh memainkan peranan dengan mengawal
penyiaran unsur-unsur hiburan yang tidak bermoral terutama di media massa.
Kawalan yang ketat memastikan media massa tidak menyiarkan sebarang budaya
negatif yang boleh ditiru oleh golongan muda ini pula. Kerajaan harus memandang
jauh dalam usaha menangani kemelut sosial ini.

Tambahan pula, sikap pelajar itu sendiri perlu berubah. Semua pelajar harus
memiliki jati diri yang utuh untuk menghalang mereka terjebak ke dalam masalah
salah laku ini. Pelajar harus bijak menilai perkara yang buruk dan baik lalu
membuat keputusan dengan sebaik mungkin.

Kesimpulannya, masalah salah laku dalam kalangan pelajar di negara ini harus
ditangani secara holistik. Semua pihaak perlu bekerjasama melaksanakan perana
mereka baik ibu bapa, kerajaan dan pelajar itu sendiri. Pelajar merupakan
pemimpin negara pada masa hadapan.

44
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Karangan 47

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Cara-cara Menggunakan Masa dengan


Bijak”.

Masa amat penting buat seseorang manusia itu. Manusia yang tidak tahu
menggunakan masanya dengan baik sering kali dikatakan manusia yang tidak bijak.
Maka, ada pelbagai cara yang membolehkan masa seseorang itu habiskan dengan
baik.

Tindakan pertama ialah manusia menghabiskan sebahagian besar masanya


dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Antara aktiviti ini ialah
bekerja, melakukan hobi atau menghabiskan masa dengan membaca buku. Semua
aktiviti yang dilakukan ini boleh membawa manfaat kepada seseorang itu.

Selain itu, seseorang itu terutamanya pelajar boleh menggunakan masanya


dengan mengulang kaji pelajarn mereka. Tindakan ini bukan sahaja memastikan
masa mereka dihabiskan dengan efektif malah aspek pendidikan pelajar itu turut
meningkat. Semakin banyak masa dihabiskan dengan membaca bahan sekolah
semakin baiklah buat pelajar tersebut.

Masa yang ada juga boleh digunakan untuk mempelajari ilmu keagamaan. Kita
semua sedia maklum tanpa benteng agama sudah pasti seseorang itu mudah
melakukan perkara yang tidak baik. Pada masa yang sama mempelajari ajaran
agama menjadikan seseorang itu insan yang lebih sempurna.

Malah, seseorang itu juga boleh menghabiskan masa dengan bersenam


terutama ketika waktu petang. Amalan yang positif ini mampu memberikan tahap
kesihatan yang baik kepada seseorang itu dalam jangka masa panjang. Kajian
perubatan juga membuktikan bahawa senaman mampu menjadikan minda
seseorang itu lebih cerdas.

Kesimpulannya, setiap manusia berhak menghabiskan masanya dengan baik.


Mereka yang bijak sahaja mampu memenuhi masanya dengan amalan yang positif.
Mereka yang degil sahaja pasti akan kehilangan kepentingan masa dalam
kehidupan mereka itu.

45
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Karangan 48

Tulis sebuah karangan yang bertajuk „Jika aku Seorang Jutawan”. Panjangnya
karangan anda tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

Aku memang berhasrat untuk menjadi jutawan. Dengan memiliki wang dan
harta yang banyak, pelbagai perkara mampu dilakukan buaat diriku dan orang lain
terutama keluarga tercinta. Semua impianku pasti akan terlaksana dengan
menjadi seorang jutawan itu.

Namun, usaha menjadi seorang jutawan memerlukan ketekunan yang tinggi.


Langkah awal untuk menjadi jutawan ialah aku perlu belajar dengan baik sehingga
berjaya memasuki menara gading. Kemudian, aku perlu memiliki satu kerjaya yang
baik. Ketika inilah perancangan amat penting terutama sikap menyimpan wang
harus diamalkan dengan lebih praktikal lagi.

Sebaik sahaja menjadi jutawan, aku akan memberikan derma kepada badan-
badan kebajikan yang amat memerlukan bantuan seperti rumah anak yatim dan
orang tua. Wang derma itu mungkin mampu menjadikan individu yang bernasib
malang ini lebih ceria dan mampu meneruskan kehidupan harian mereka dengan
baik.

Aku juga akan memberikan sejumlah wang kepada ayah dan ibu sebagai
bekalan masa tua mereka. Wang itu akan disimpan dalam satu akaun amanah yang
akan memberikan wang secara bulanan kepada ibubapaku dengan lancar. Jasa
mereka mendidik aku ketika kecil sehingga berjaya harus menjadikan tugas
menjaga mereka satu kewajipan yang utama.

Selain itu, aku juga akan mula membuka perniagaan keluarga pula. Buat masa
ini aku belum dapat memikirkan jenis perniagaan itu tetapi yakin perniagaan itu
bakal menjanjikan sumber pendapatan yang mantap buat diri sendiri dan keluarga
untuk satu jangka masa yang lama. Aku sedar semua perniagaan mempunyai risiko
tetapi aku yakin akan kemampuan diri.

Aku amat berharap dan berdoa agar impianku menjadi realiti. Sehingga
impian itu menjadi kenyataan, aku akan terus berusaha dengan gigih mencapainya
kerana semua impian tanpa usaha hanyalah satu angan-angan siang hari sahaja.

46
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Karangan 49

Tulis sebuah karangan yang bertajuk „Dikejar Seekor Harimau”.

Pada cuti sekolah yang lalu, aku telah mengikuti satu aktiviti meredah hutan
anjuran persatuan pengakap sekolah. Aku dan beberapa rakan yang lain telah siap
mendirikan khemah kami lalu duduk menikmati makanan di kawasan unggun api.
Malam memang gelap tetapi cahaya api unggun mampu memberikan sedikit cahaya
ketika itu.

Tiba-tiba aku mendapati semua rakan-rakanku hilang satu demi satu. Aku
memandang ke kiri dan ke kanan tetapi tidak menemukan sesiapun. Mereka
soelah-olah ghaib begitu sahaja ditelan kegelapan malam itu. Aku mula panik dan
cuba bangun untuk menuju ke khemahku. Mungkin di sana aku akan menemui
rakan-rakan semula.

Namun, sebaik sahaja aku memusingkan badan ke arah khemahku kelihatan


satu makhluk di depan khemah dengan matanya merah menyala. Semakin lama
semakin jelas mahkluk itu. Jantungku terus berdegup kencang kerana menyedari
makhluk itu ialah seekor harimau belang yang begitu besar. Bunyi ngaumannya
menyebabkan aku menutup telinga dengan lama.

Aku berlari dengan kuat ke arah yang bertentangan. Peluh mula menitis
pantas mungkin kerana rasa takut. Larianku tidak mempunyai arah hanya mahu
menyelamatkan diri daripada haiwan pemangsa yang ganas ini. Tiba-tiba, kakiku
tersandung akar pokok lalu aku tercampak di tengah-tengah hutan itu. Bunyi
tapak kaki harimau semakin lama semakin hampir. Bunyinya begitu menakutkan.
Aku sedar maut sedang berada di depanku sahaja. Aku terus menjeris kuat
dengan mata tertutup rapat.

Tidak lama kemudian, aku terdengar suara orang memanggilku. Suara yang
biasa aku dengar. Aku tersedar. Rupa-rupanya aku bermimpi dan ibu sedang
berada di sebelahku. Dia hanya tersenyum tetapi aku terus memandang tepat ke
arah gambar poster harimau yang tergantung di bilikku itu.

47
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Karangan 50

Tulis karangan dengan berdasarkan peribahasa „genggam bara api biar jadi
arang‟. Panjangnya karangan anda itu tidak kurang daripada 80 patah karangan.

Dalam budaya Melayu terdapat pelbagai peribahasa yang bukan sahaja sedap
untuk didengar tetapi mempunyai maksud yang tersirat. Peribahasa „genggam
bara api biar jadi arang‟ merupakan antara peribahasa yang menjadi pegangan
hidup masyarakat negara ini kerana peribahasa ini bermaksud jika kita melakukan
sesuatu pekerjaan yang sukar hendaklah dilaksanakan dengan sabar sehingga
berjaya memperoleh manfaatnya.

Peribahasa ini menuntut seseorang supaya melakukan sesuatu sehingga


berjaya jadi peribahasa ini mampu memberikan panduan kepada kita semua dalam
kehidupan. Usaha mengamalkan peribahasa ini menjadikan seseorang itu berusaha
dengan tekun seperti pelajar yang pastinya akan terus belajar untuk mencapai
impian mereka.

Pada masa yang sama, peribahasa ini turut memberikan peringatan bahawa
dalam usaha mencapai sesuatu itu pasti akan wujudnya cabaran yang getir. Untuk
mendapatkan kejayaan yang baik seseorang itu hendaklah mampu menahan atau
menangani cabaran yang wujud itu dengan sebaik mungkin. Sama seperti bara api
yang begitu panas tetapi jika digenggam dengan baik akan menjadi arang yang
membuktikan betapa cabaran akan menjadi mudah jika dihadapi dengan baik.

Selain itu, peribahasa ini turut menegaskan peri pentingnya sikap tidak
berputus asa dalam mencapai cita-cita. Sikap putus asa bukan sahaja akan
melunturkan daya juang seseorang malah mampu menjejaskan keyakinan diri
seseorang jua. Maka, peribahasa ini mengajak kita agar tidak mudah mengaku
kalah dan terus berjuang.

Kesimpulannya, peribahasa ini memang sesuatu yang positif untuk diamalkan.


Kita bukan sahaja akan berjaya malah kehidupan seseorang itu akan menjadi lebih
baik jika memegang utuh maksud peribahasa ini.

48
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Karangan 51

Tulis sebuah cerita yang bertajuk „Belakang parang sekalipun kalau diasah
nescaya akan menjadi tajam juga‟. Panjangnya karangan anda tidak kurang
daripada 80 patah perkataan.

Keputusan peperiksaan penggal pertama yang sudah diumumkan dua hari lalu.
Amirul hanya berdiam diri sahaja sambil tangannya memegang buku laporannya
dengan matanya masih berair merah. Dia masih berada di tangga terakhir dalam
kelas.

Ketika duduk di tepi pintu pagar sekolahnya menanti bas sekolahnya, dia
dihampiri oleh Cikgu Azman. Guru muda itu memang rapat dengan Amirul lalu
memberikan nasihat agar Amirul tidak bersediah lagi. Cikgu Azman menjelaskan
bahawa semua orang boleh berjaya kerana „belakang parang sekalipun kalau
diasah nescaya akan menjadi tajam juga‟.

Sebaik sahaja mendengar kata-kata gurunya itu, Amirul bangun lalu bertekad
akan belajar dengan bersungguh-sungguh mulai hari itu. Dia mengucapkan terima
kasih kepada Cikgu Azman lalu berjalan menuju ke arah bas yang sudah
menunggunya itu. Hati Amirul sudah membuat keputusan untuk mendapat
kejayaan cemerlang dalam UPSR kelak.

Sejak itu Amirul mula belajar dengan tekun. Dia sering memberikan
perhatian ketika guru mengajar di dalam kelas. Semua latihan guru dilakukannya
dengan segera dan penuh tumpuan. Semua kelas tambahan yang diberikan oleh
gurunya dihadiri tanpa banyak alasan lagi. Amirul tidak lagi banyak menghabiskan
masanya dengan bermain di padang atau di kelas.

Perubahan sikap Amirul itu mula menyaksikan prestasi peperiksaan semakin


bertambah baik. Guru-guru sekolahnya juga mula menyedari perubahan sikap
Amirul itu lalu mereka terus memberikan sokongan padu agar perubahan ini
berterusan. Sokongan guru-guru ini menjadikan Amirul semakin bersemangat
untuk melakukan yang terbaik dalam UPSR yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Apabila keputusan UPSR diumumkan, hati Amirul penuh ceria dan bangga. Dia
berjaya mendapat 4A dan 1B yang merupakan satu pencapaian yang cemerlang

49
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

buat dirinya. Kejayaan itu membuatkan dia semakin yakin untuk terus berjaya
terutama dalam peperiksaan PMR kelak.

Karangan 33

Sebagai seorang pakar motivasi, anda telah diundang untuk memberikan ceramah
yang bertajuk, „Sekolahku, Rumahku‟.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis. Selamat sejahtera buat guru-guru dan
muridmurid sekalian. Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih atas
jemputan pihak sekolah untuk saya memberikan ceramah yang bertajuk,
„Sekolahku, Rumahku‟.

Sebaik sahaja kita membicarakan mengenai „sekolahku‟ dan „rumahku‟ kita


sebenarnya memperkata perkara yang serupa. Rumah dan sekolah merupakan
tempat yang mampu memberikan pendidikan kepada pelajar. Justeru, pelajar
yang mampu menganggap sekolahnya umpama rumahnya, sudah psti pelajar itu
mampu belajar dengan lebih baik kerana hubungannya dengan pihak guru terjalin
dengan baik sama seperti hubungan rapat mereka dengan ibubapa. Hubungan yang
positif sebeginilah yang mampu memberikan impak positif kepada aspek
pembelajaran pelajar itu.

Selain itu, sekolah yang dianggap sebagai rumah sendiri mampu membentuk
sahsiah yang baik kepada pelajar tersebut. Amalan menjaga kebersihan, sikap
menghormati dan berdisiplin yang diamalkan di rumah dibawa ke sekolah
menjadikan murid-murid lebih berperibadi mulia.

Hadirin sekalian,

Sekolah merupakan gedung ilmu yang hanya menunggu untuk digunakan oleh
pelajar. Maka, pelajar yang selesa untuk menggunakan kemudahan sekolah ini
seperti di rumahnya pasti akan mendapat banyak manfaatnya. Perasaan
keserasian sebeginilah yang mampu menjadikan kehidupan pelajar di sekolah itu
sesuatu yang seronok dan merangsang minat untuk belajar.

Saya yakin jika semua informasi yang saya sebutkan tadi dapat difahami oleh
pelajar semua, maka impian kita untuk menjadikan sekolahku rumahku akan
menjadi kenyataan. Sebagai mengakhiri ceramah ini, ingin saya tegaskan bahawa
kejayaan sesuatu usaha itu banyak bergantung kepada kesungguhan dan
kerjasama semua pihak untuk mencapainya. Sekian, terima kasih.

50
Micheal anak saten KOLEKSI KARANGAN TERBAIK UPSR

Karangan 34

„Telefon merapatkan hubungan‟. Tulis sebuah karangan berdasarkan tajuk yang


diberikan.

Telefon merupakan hasil cipata seorang lelaki yang dikenali sebagai


Alexander Graham Bell. Ciptaan beliau itu kini telah menjadi salah satu alat
telekomunikasi yang popular terutama kepada generasi muda. Kini akibat
perubahan teknologi yang canggih pelbagai jenis telefon telah muncul seperti
telefon talian tetap, mudah alih dan telefon awam.

Telefon masih menjadi pilihan ramai walaupun kini persaingan sengit daripada
alat telekomuniasi lain mula kelihatan. Alat ini menjadi pilihan kerana penggunaan
yang cepat dan mudah. Kewujudan alat ini menjadikan komunikasi antara manusia
begitu mudah dilakukan.

Selain itu, teknologi ini juga menjadikan hubungan keluarga dan manusia
menjadi semakin rapat kerana mudah untuk berhubung. Jarak yang jauh bukan
lagi menjadi halangan besar buat manusia untuk berkomunikasi menerusi telefon.
Interaksi manusia menjadi begitu dekat akibat penciptaan teknologi ini.
Malah, telefon juga memastikan setiap manusia menerima maklum balas tentang
sesuatu perkara dengan segera. Sebarang keputusan yang diambil oleh seseorang
itu boleh disampaikan kepada orang lain dengan pantas terutama dengan
penggunaan perkhidmatan pesanan ringkas (sms). Keadaan ini memastikan
tindakan yang lebih tepat mampu dilaksanakan kerana maklumat disampaikan
dengan segera.

Bukan sahaja telefon mudah dan moden tetapi kosnya yang murah menjadikan
hampir semua keluarga mampu memilikinya. Sudah menjadi satu kelaziman remaja
kini mempunyai telefon bimbit yang menjadi lambang peribadi mereka. Harga
yang murah menjadikan alat ini sesuatu yang perlu dalam kehidupan manusia
moden.

Kesimpulannya, telefon memudahkan perhubungan antara dua hala. Tamadun


manusia menerima impak yang positif daripada teknologi ini. Tanpa telefon
kemungkinan interaksi manusia tidak akan menjadi sebegini intim.

51

You might also like