You are on page 1of 24

PENGACARAAN MAJLIS

Bahasa Melayu Kontekstual BM 3311


Elbie Khamis Mohd. Ikhwan bin Mohd. Zulkifli Nurnadira Fatin binti Abdul Aziz Viviana Irina Nawot

DEFINISI PENGACARA MAJLIS


Individu

yang mengendalikan

perjalanan acara-acara dalam

sesuatu majlis, persembahahan


atau pertunjukan.

Menurut buku Chek Mat melalui Kursus Pengurusan Program (muka surat 145) Pengacara majlis atau jurucara atau Master of Ceremony (MC) mempunyai peranan yang berbeza mengikut majlis yang diadakan. Juruacara merupakan orang yang memimpin sesuatu acara atau majlis formal sebagai satu panduan kepada mereka yang hadir supaya diketahui apa yang berlaku dan bertindak seterusnya.

Menurut Samsudin Wahab melalui buku Belajar Berucap (muka surat 6) Pengacara majlis adalah orang yang memimpin sesuatu majlis yang diadakan. Oleh itu, ia juga boleh mempengaruhi keberkesanan acara ceramah atau pengucapan yang bakal dipersembahkan selepas mikrofon dilepaskan olehnya kepada penceramah khas.

Menurut Rahmat Ismail melalui buku Setiausaha dan kesetiausahaan (muka surat 145)
Pengacara majlis atau juruacara atau Master of Ceremony (MC) mempunyai peranan yang berbeza mengikut jenis majlis yang diadakan. Juruacara merupakan orang yang memimpin sesuatu acara atau majlis sama ada formal atau tidak formal sebagai satu panduan kepada mereka yang hadir

Menurut Jabari Mahiri melalui buku What they dont learn at school : literacy in the lives of urban youth (muka surat 25) A Master of Ceremony is somebody who was mastered rituals that are part of that ceremony.

Pengacara majlis adalah seseorang yang menguasai upacara yang menjadi sebahagian daripada majlis.

Menurut Letitia Baldrige melalui buku Complete Guide to Executive Manners (muka surat 320) The Master of Ceremonies is the "conductor" of an event or meeting. The primary responsibility of the Master of Ceremonies is to serve as a genial host. An ideal MC is a person who has poise, presence and who can command the attention of an audience. Pengacara majlis ialah individu yang menjalankan sesuatu acara atau perjumpaan. Tanggungjawab utama pengacara majlis sebagai tuan rumah yang ramah. Seorang pengacara yang ideal ialah seseorang yang bersifat tenang,

JENIS MAJLIS

Secara umum terdapat tiga jenis majlis iaitu: i) Majlis rasmi ii)Majlis separuh rasmi iii) Majlis tidak rasmi

Majlis rasmi

Majlis rasmi dan separuh rasmi atau disebut majlis formal atau separuh formal ialah majlis yang mempunyai peraturan-peraturan tertentu yang perlu dipatuhi seperti prosedur undangan, tempat majlis yang ditentukan, sistem panggilan, peraturan pakaian dan sebagainya.

Majlis rasmi dan formal


Majlis rasmi dan formal mempunyai dua taraf hadirin -Peringkat pertama ialah Raja-raja yangmemerintah dan Raja Muda atau Tengku Mahkota -Peringkat kedua ialah pemimpinpemimpin peringkat menteri, orang-orang kenamaan, ketua-ketua jabatan dan sebagainya.

Contoh

majlis ialah

-Majlis penganugerahan pingat


-Majlis sambutan kemerdekaan -Majlis pertunangan atau perkahwinan
Kerabat Majlis

diraja

pertabalan

Majlis separuh formal atau majlis rasmi

Majlis yang tidak melibatkan barisan orang kenamaan yang ramai dan hanya mempunyai satu taraf hadirin sahaja iaitu tetamu yang terdiri daripada pemimpinpemimpin yang berpangkat menteri, orang-orang kenamaan, pegawaipegawai tinggi kerajaan atau swasta dan lain-lain.

Contoh

majlis ialah Majlis perasmian Majlis persaraan Majlis penyampaian sijil atau diploma Majlis perkahwinan Majlis penyampaian anugerah perkhidmatan.

Majlis tidak rasmi


Majlis yang berlangsung dalam suasana tidak formal, iaitu majlis yang agak longgar dari segi peraturan berpakaian, ucapan, sistem panggilan, tempat duduk tetamudan sebagainya. Majlis ini berlangsung dalam suasana santai seperti majlis perhimpunan, majlis sukan, majlis penyampaian hadiah, majlis hari keluarga, dan majlis jamuan akhir tahun.

Tidak

melibatkan menteri-menteri, orang kenamaan atau pegawai berpangkat tinggi. Lebih bersifat dalaman, iaitu dilaksanakanpada peringkat jabatan, institut, universiti,kolej, sekolah dan kampung. Melibatkan kakitangan, warga atau penduduk setempat sahaja

PERANAN PENGACARA

Memerlukan individu yang berpengalaman Mempunyai skrip pengacara majlis yang telah disediakan terlebih dahulu Menyelitkan unsur-unsur kecindan bagi menghidupkan suasana majlis. Bagi pengacara majlis tidak rasmi, skrip tidak semestinya digunakan sebaliknya pengacara majlis boleh bercakap secara spontan dan dibenarkan menggunakan ayat-ayat yang biasa

MAJLIS-MAJLIS DI MALAYSIA

- Majlis Penuh Istiadat (Pertabalan Diraja)

- Majlis rasmi dan formal (Majlis Graduasi)


- Majlis rasmi tetapi tidak formal (Majlis Pertandingan) - Majlis tidak rasmi tetapi formal (Perasmian Bangunan)

- Majlis tidak rasmi dan tidak formal (Jamuan


Akhir Tahun)

CIRI-CIRI PENGACARA MAJLIS


Tidak kekok tampil ke hadapan dan mampu berkomunikasi dengan yakin -Peka dengan situasi majlis -Sentiasa bersedia untuk mengumumkan sebarang perubahan kepada hadirin Mempunyai suara yang jelas dan ceria supaya dapat menghidupkan suasana majlis

Seorang yang kreatif dan mampu melahirkan ujaran spontan sekiranya terdesak Tidak kaku dan tidak menggunakan aksiaksi yang keterlaluan Dapat membezakan kelainan dalam sesuatu majlis seperti majlis rasmi, separuh rasmi atau tidak rasmi Tahu menyusunpengucapan bertatasusila mengikut prosedur dan etika sosial.

FORMAT BAGI TEKS PENGACARA MAJLIS


Teks disediakan dalam kertas bersaiz A4 yang dilipat dua. Satu muka surat hanya untuk pengumuman sahaja dan jumlah muka surat bergantung kepada jumlah pengumuman yang perlu disampaikan oleh pengacara sepanjang majlis berlangsung. Skrip pengacara hendaklah disediakan sebelum majlis bermula

Pengacara harus peka terhadap sebarangmaklumat baharu supaya keadaan majlis tidak kelam kabut Pengacara memulakan majlis dengan mengumumkan ketibaan tetamu kehormat dan meminta izin untuk memulakan majlis Pengacara memulakan majlis dengan menyebut barisan tetamu yang hadir mengikut gelaran, kedudukan dan pangkat masing-masing menggunakan panggilan hormat yang bersesuaian, diikuti dengan mengalu-alukan hadirin dan memperkenalkan majlis.

Pengacara juga boleh menyelitkan pantun dalam teks yang disediakan. Contoh pantun adalah seperti berikut: PERPISAHAN Asap api embun berderai, Patah galah di haluan perahu; Niat di hati tidak bercerai, Kuasa Allah siapa yang tahu. PENUTUP Putih cahaya si kunang-kunang, Terbang hinggap di dahan kayu; Di antara sirih dengan pinang, Di jari sepuluh sembah berlalu.

CONTOH TEKS

You might also like