You are on page 1of 12

PENGGUNAAN KAEDAH M-BOARD DALAM MENINGKATKAN

PENGUASAAN SIFIR DIGIT 6 HINGGA 10


BAGI MURID TAHUN 4 POTENSI
Oleh:
Tuan Ismail bin Tuan Soh , Samsiah binti Hassan
Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato Razali Ismail
tuanismailtuansoh@gmail.com , hsamsiah@ipgkdri.edu.my
ABSTRAK
Sifir merupakan tunjang bagi operasi pendaraban yang menjadi salah satu
kemahiran asas dalam subjek matematik. Justeru itu, satu kajian telah dijalankan
bertujuan meningkatkan penguasaan sifir digit 6 hingga 10 dengan penggunaan
Kaedah M-Board dalam kalangan murid tahun 4 Potensi. Peserta kajian kajian
adalah 4 orang murid lemah tahun 4 yang terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan
2 orang murid perempuan, Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang. Peserta-peserta
kajian dipilih berdasarkan kepada pencapaian Ujian Diagnostik. Objektif kajian
ialah untuk meningkatkan penguasaan sifir digit 6 hingga 10 dengan menggunakan
Kaedah M-Board. Instrumen kajian yang digunakan adalah ujian pra, ujian pasca,
temu bual berstruktur dan pemerhatian. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif
mengikut peserta kajian. Ujian pra dibuat untuk mengenalpasti kelemahan murid
dalam mendarab soalan yang melibatkan digit 6 hingga 10. Ujian pasca pula
digunakan untuk menguji keberkesanan Kaedah M-Board dalam membantu murid
menjawab soalan yang melibatkan sifir digit 6 hingga 10. Hasil temu bual
berstruktur dan pemerhatian mendapati minat serta keyakinan peserta kajian
bertambah melalui penggunaan Kaedah M-Board. Beberapa cadangan dan
penambahbaikan turut dibincangkan untuk tujuan kajian lanjutan.
Kata kunci : Kaedah M-Board, penguasaan sifir

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Pada tarikh 3 Februari 2014 iaitu hari isnin dalam minggu kedua bagi sesi praktikum ketiga,
pengkaji telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran mengenai topik pendaraban bagi
murid Tahun 4 Potensi di Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang. Berdasarkan pengalaman ketika
menjalani praktikum ketiga tersebut, pengkaji mendapati wujudnya masalah dalam menguasai
kemahiran mendarab sifir digit 6 hingga 10 di kalangan murid Tahun 4 Potensi.
Kelas tersebut merupakan kelas kedua antara tiga kelas Tahun 4 di sekolah ini. Majoriti murid
kelas ini berasal daripada keluarga bertaraf sederhana dan pencapaian matematik mereka agak
lemah terutamanya dalam proses mendarab sifir digit 6 hingga 10. Lantaran daripada itu, bagi
mengatasi masalah tersebut, pengkaji telah menjalankan satu kajian tindakan bagi meningkatkan
penguasaan sifir digit 6 hingga 10 dengan penggunaan Kaedah M-Board.

SOROTAN LITERATUR
Pengkaji melakukan kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan menyediakan kaedah kepada murid
untuk menyelesaikan masalah pendaraban tanpa perlu menghafal sifir digit 6 hingga digit 10. Ia
juga bertujuan untuk menarik minat murid bahawa konsep matematik bukanlah sukar seperti yang
disangka. Aida Ibrahim (2006) pula menyatakan dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan
penyelesaian masalah, kemahiran mencongak Fakta Asas Darab adalah yang paling utama.
Semasa menyelesaikan masalah matematik yang melibatkan pendaraban dua digit dengan digit
lain, kita perlu memahirkan Fakta Asas Darab bagi memudahkan proses pendaraban yang lebih
kompleks.
Kaedah yang sering digunakan oleh guru kepada murid-murid sekarang iaitu kaedah hafalan yang
mana merupakan satu kaedah yang kurang berkesan di kalangan murid. Menurut Walker (2000)
memori hafalan mengambil sejumlah masa yang agak lama dan komitmen yang tinggi untuk
berkesan lalu menjadikannya timbul kelemahan dalam kaedah tersebut. Memori hafalan ini
memerlukan banyak latihan dan pengulangan. Oleh itu, kebanyakkan murid yang tidak mampu
menghafal sifir di rumah, sebahagian masa pembelajaran perlu digunakan untuk tujuan itu. Murid
selalu beranggapan bahawa pendaraban menjadi satu batu penghalang bagi mereka meneruskan
kemajuan dalam matematik. Ramai yang menggunakan kaedah yang tidak cekap dan tidak tepat
dan menghadapi masalah semasa menghafal jadual pendaraban.
Kajian oleh Munirah (2010) pula menyatakan bahawa wujud hubungan yang positif di antara
teknik pengajaran menggunakan Bahan Bantu Mengajar menerusi model dengan peningkatan dari
segi kefahaman dan ingatan murid. Beliau menyebut bahawa para guru perlu menyediakan satu
kaedah pengajaran yang berkesan dengan menggunakan sebanyak mungkin Bahan Bantu
Mengajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Kajian lepas yang dilakukan oleh Habibullah Razali (2011) menggunakan Petak Cepat Sifir
boleh membantu murid dalam mengingat sifir fakta asas darab. Namun terdapat kelemahan yang
telah dikesan dalam kaedah ini iaitu tidak melibatkan bahan manipulatif dan hanya fokus kepada
menghafal sifir sahaja. Penciptaan bahan manipulatif ini diharap akan lebih meningkatkan
kemahiran dan minat murid untuk mempelajari tajuk darab. Kajian Norma Binti Haji Hassan
(2004) mendapati bahawa minat murid dicetuskan dan rasa bosan dapat dikurangkan melalui
penggunaan BBM.
Lantaran daripada dapatan kajian tindakan lepas dan pendapat tokoh-tokoh matematik, pengkaji
ingin memperkenalkan satu kaedah yang melibatkan bahan konkrit dan penglibatan aktif murid
untuk membantu murid memahami konsep matematik. Pengkaji mengenalkan kaedah pendaraban
menggunakan bahan bantu mengajar yang dinamakan oleh pengkaji iaitu M-Board sebagai
bantuan kepada murid untuk menyelesaikan masalah pendaraban dalam subjek matematik.

TUJUAN KAJIAN
Matlamat kajian tindakan ini adalah untuk membantu murid dalam meningkatkan kemahiran
operasi darab dengan mendarab sebarang dua digit bagi matapelajaran Matematik tahun 4 dengan
menggunakan Kaedah M-Board. Melalui kajian ini, harapan saya agar murid-murid ini dapat
menguasai kemahiran mengingat sifir digit 6 hingga 10 apabila menggunakan Kaedah M-Board
nanti.
Objektif
Meningkatkan penguasaan sifir digit 6 hingga 10 dengan menggunakan Kaedah M-Board.
Persoalan Kajian
Bagaimanakah Kaedah M-Board dapat membantu murid Tahun 4 Potensi dalam meningkatkan
penguasaan sifir digit 6 hingga 10?

METODOLOGI KAJIAN
Kajian tindakan ini terdiri daripada murid-murid Tahun 4 Potensi di SK Rusila. Seramai empat
orang murid Tahun 4 Potensi yang dipilih berdasarkan kepada pencapaian ujian diagnostik.
Peserta kajian terdiri daripada 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Semua peserta kajian
didapati mempunyai masalah mencongak fakta asas darab. Murid-murid ini adalah dalam
kalangan murid-murid yang sederhana dan berumur dalam lingkungan 10 tahun. Pengumpulan
data menggunakan instrumen ujian pra dan ujian pos, temu bual berstruktur dan pemerhatian.
Manakala data kualitatif pula dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian.
Ujian pra dijalankan sebelum pengkaji menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran terhadap
peserta kajian. Melalui ujian ini, pengkaji dapat melihat tahap pencapaian murid dalam kemahiran
mengingat sifir 6 hingga 10 sebelum pengkaji memulakan sesi rawatan. Pengkaji turut melihat
kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh peserta kajian semasa menyelesaikan soalan yang
diberikan. Ujian pasca dijalankan selepas pengkaji selesai menjalankan sesi rawatan. Ujian ini
bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah M-Board yang digunakan untuk membantu
meningkatkan penguasaan peserta kajian dalam kemahiran mengingat sifir digit 6 hingga 10.
Hasil ujian dapat membuktikan sama ada berlaku perubahan terhadap pencapaian peserta kajian
dan sejauh mana keberkesanan sesi rawatan yang dijalankan oleh pengkaji.
Seterusnya, instrumen temu bual telah dijalankan ke atas keempat-empat peserta kajian sebelum
sesi intervensi dan selepas sesi intervensi dijalankan. Instrumen ini membolehkan pengkaji
mengenali dan memahami apa yang difikirkan oleh peserta kajian khususnya mengenai isu atau
masalah yang difokuskan oleh pengkaji iaitu mengingat sifir digit 6 hingga 10 di samping
medengar pendapat peserta kajian berkaitan penggunaan bahan manipulatif M-Board dalam
membantu peserta kajian dalam meningkatkan penguasaan sifir digit 6 hingga 10.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pengkaji mendapati bahawa ramai murid dari kelas
4 Potensi menghadapi masalah untuk menyelesaikan masalah soalan pendaraban yang telah
didedahkan dengan cara mendarab menggunakan kaedah bentuk lazim pada pengajaran sebelum
ini. Hal ini kerana, mereka gagal memahami prosedur yang betul dalam membuat penyelesaian
darab menggunakan kaedah bentuk lazim. Antara kesilapan yang sering dilakukan ialah,
kesilapan mencari hasil darab sesuatu nombor lantaran daripada tidak ingat sifir. Oleh yang
demikian, murid gagal memberikan jawapan yang betul semasa melakukan operasi darab. Murid
juga menunjukkan rasa tidak berminat apabila guru menulis tajuk darab pada papan putih dengan
mengantuk semasa guru mengajar. Murid juga banyak bersembang semasa guru melakukan
penerangan dan tidak membuat lembaran kerja yang diberikan. Pengkaji telah menggunakan
pemerhatian berstruktur dengan menyenaraikan borang senarai semak pemerhatian terhadap
tingkah laku dan perkembangan pembelajaran yang dipamerkan oleh peserta kajian semasa sesi
intervensi dijalankan. Data yang diperoleh hasil daripada pemerhatian pengkaji terhadap tingkah
laku yang ditunjukkan oleh peserta kajian boleh diguna pakai oleh pengkaji dalam membuat
analisis maklumat yang berbentuk kualitatif dan deskriptif.

SPESIFIKASI INTERVENSI
Pengkaji telah memperkenalkan alat M-Board kepada semua peserta kajian dan menjalankan
tiga kali sesi intervensi bagi membantu mereka untuk meningkatkan penguasaan sifir digit 6
hingga 10. Pengkaji membuat penerangan yang jelas tentang ketiga-tiga sesi intervensi yang telah
dijalankan oleh pengkaji seperti yang tertera di bawah:

Sesi Intervensi 1
Tarikh : 09 Julai 2014
Masa : 11.00 12.00 tengahari
Kumpulan sasaran : 4 orang murid 4 Potensi
Hasil pembelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
1) Mengetahui dan mengenal fungsi setiap bahagian yang terdapat pada alat M-Board
2) Mengetahui konsep dan cara untuk untuk mengingat sifir digit 6 hingga digit 10 dengan
menggunakan alat M-Board.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran :


Langkah 1 : Memperkenalkan alat bantu mengajar M-Board kepada murid-murid.

Rajah 1 : M-Board

Terdapat 2 buah petak segi empat yang mempunyai 5 batang penanda setiap satu.
Setiap batang mewakili nombor masing-masing iaitu bermula daripada nombor 6 dari bawah
seterusnya menaik sehingga nombor 10.
Terdapat tali yang digunakan untuk membuat penanda ke atas nombor-nombor darab di antara
petak kiri dan petak kanan.
Langkah 2 : Menunjukkan cara penggunaan alat M-Board kepada murid-murid.

Merintangi tali ke atas batang yang mewakili nombor-nombor yang ingin didarabkan.
Setiap batang yang berada di bawah daripada tali dinilai 10 untuk setiap batang.
Batang yang berada di atas tali dikira satu dan bagi batang petak kiri didarabkan dengan batang
petak kanan.
Proses campuran perlulah dibuat dengan nilai bawah tali dengan hasil darab nilai atas daripada
tali. Jawapannya akan terhasil dengan tepat.

Sesi Intervensi 2
Tarikh : 16 Julai 2014
Masa

: 11.00 12.00 tengahari

Kumpulan Sasaran : 4 orang murid 4 Potensi


Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
1) Membuat dan menjalankan langkah-langkah pendaraban bagi sifir digit 6 hingga digit 10 dengan
menggunakan kaedah M-Board dengan betul.
2) Mengaplikasikan kemahiran yang diajar dalam bentuk semi konkrit terhadap soalan yag
diberikan.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran :


Langkah 1: Membuat pendaraban sifir 8 x 9 dengan menggunakan kaedah M-Board .

Letak getah pada batang kayu yang terdapat digit 8 dan 9.


Tarik getah tersebut ke bawah batang kayu digit 6.
Kira jumlah batang kayu yang terdapat getah yang mana nilai sebatang kayu adalah 10.
Batang kayu yang tidak diletakkan getah pula didarabkan.
Jumlah semua batang kayu yang tidak diletakkan getah di sebelah kiri didarabkan dengan jumlah
semua batang kayu yang tidak diletakkan getah di sebelah kanan.
Kira hasil jumlah batang kayu yang diletakkan getah dengan jumlah batang kayu yang tidak
diletakkan getah.
Contoh pengiraan seperti yang ditunjukkan di bawah :

Langkah 2 : Menukarkan kaedah M-Board dalam bentuk semi konkrit

Lukis gambar rajah M-Board seperti yang ditunjukkan di bawah :

Pilih satu contoh sifir digit 6 hingga 10.


Contoh : 6 x 7 =
Buat satu garisan lurus dari digit 6 ke digit 7 dan tutup titik ke bawah agar membentuk satu
segitiga atau segiempat seperti di bawah :

Kira jumlah titik yang digaris manakala titik yang di luar garisan didarab.
Semua jumlah titik kiri darab semua jumlah titik kanan.
Tambahkan hasil jumlah titik yang digariskan dengan titik di luar garisan yang didarab tadi.

Contoh di atas menunjukkan bahawa 6 x7 = 42.


Peserta kajian diminta oleh peserta kajian untuk membuat soalan lain pula bagi memantapkan lagi
kefahaman mereka terhadap kaedah M-Board dalam bentuk semi konkrit.

Sesi Intervensi 3
Tarikh : 23 Julai 2014
Masa

: 11.00 12.00 tengahari

Kumpulan Sasaran : 4 orang murid 4 Potensi


Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
1) Mengaplikasikan kaedah M-Board bagi menyelesaikan soalan yang melibatkan sifir digit 6
hingga digit 10 dalam bentuk semi konkrit.
2) Menjawab soalan yang diberikan dengan betul.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran :


Langkah 1 : Soalan latihan diedarkan kepada peserta kajian.

Peserta kajian diminta oleh pengkaji agar duduk di tempat yang telah disediakan.
Pengkaji mengedarkan soalan latihan pendaraban sifir asas digit 6 hingga 10 kepada setiap peserta
kajian.
20 minit masa yang diperuntukkan oleh pengkaji bagi peserta kajian menjawab soalan yang telah
disediakan.
Langkah 2 : Berbincang jawapan

Setelah habis masa menjawab, pengkaji terus menyemak jawapan bersama-sama dengan peserta
kajian bagi membolehkan peserta kajian tahu di mana kesilapan mereka.
Pengkaji menbandingkan prestasi pencapaian peserta kajian sebelum inervensi dengan selepas
intervensi samada meningkat, sama ataupun menurun.
Langkah 3 : Refleksi peserta kajian

Pengkaji menemu bual semua peserta kajian secara individu bagi mendapatkan respon mereka
terhadap intervensi yang dijalankan ke atas mereka.
Setiap rekod perbualan tersebut direkodkan bagi menunjukkan kesahihan transkrip temu bual
yang akan disediakan.

DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian ini menunjukkan bagaimanakah Kaedah M-Board dapat membantu murid Tahun
4 Potensi dalam meningkatkan penguasaan sifir digit 6 hingga 10. Bagi dapatan kajian ini
pengkaji akan menjelaskan perkembangan salah seorang peserta kajian iaitu Faris (bukan nama
sebenar) sepanjang tempoh kajian dijalankan.
Faris hanya dapat menjawab satu soalan sahaja daripada lapan soalan dengan betul dalam ujian
pra. Ini bermakna peratusan soalan yang dijawab betul ialah 12.5% dan soalan yang salah ialah
87.5%.

Rajah 2 : Skrip Jawapan Ujian Pra Faris

Rajah 3 : Skrip Jawapan Ujian Pra Faris


Berdasarkan Rajah 2 dan Rajah 3, pengkaji mendapati Faris masih belum dapat menjawab soalan
pendaraban yang melibatkan sifir digit 6 hingga 10. Antara kesilapan yang dilakukan oleh Faris
pada Rajah ialah Faris tertukar operasi darab dengan operasi tambah. Manakala pada Rajah pula
Faris hanya menyalin soalan semula dalam bentuk lazim. Apabila disoal tentang tahap kesukaran
soalan ujian yang telah disediakan oleh pengkaji , Faris telah menyatakan bahawaRase susoh
cikgu. Sebab saya tak ingat sifir.
Semasa sesi intervensi 1 dijalankan, Faris kelihatan agak pasif dan kurang berminat untuk belajar.

Rajah 5 : Faris duduk jauh daripada pengkaji

Rajah 6 : Faris tidur semasa membuat latihan


Berdasarkan Rajah 5 dan Rajah 6, pengkaji mendapati Faris lebih suka berkhayal dan tidur
daripada turut serta aktiviti yang dijalankan pada sesi intervensi tersebut. Namun begitu sebelum
berakhir sesi intervensi 1 ini, Faris mula menunjukkan minat ingin tahu tentang bahan manipulatif
M-Board ini. Ini kerana Faris tertarik untuk turut serta apabila melihat rakan-rakannya seronok
bermain dengan alat bantu mengajar tersebut.
Seterusnya apabila sesi intervensi 2 dijalankan, Faris telah menunjukkan peningkatan yang ketara
di mana Faris kelihatan tekun semasa menjawab soalan yang diberikan seperti yang ditunjukkan

pada Rajah 7. Faris juga dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul. Apabila ditanya
tentang perubahannya tersebut Faris menyatakan bahawa Sebab bile ada M-Board ni senang
nok jawab soalan darab cikgu..

Rajah 7 : Faris tekun semasa membuat soalan latihan


Bagi intervensi yang terakhir iaitu sesi intervensi 3, Faris berjaya menjawab semua kelapan-lapan
soalan yang diberikan oleh pengkaji dengan betul. Faris juga sudah mampu untuk mengajar
rakannya yang lemah dan menunjukkan riak wajah yang ceria semasa belajar topik pendaraban.
Faris juga sudah mampu untuk menjawab soalan yang mempunyai nilai digit yang besar seperti
yang tertera pada Rajah 8 dan Rajah 9.

Rajah 8 & 9 : Contoh soalan yang dijawab oleh Faris


Selepas menjalani ketiga-tiga sesi intervensi, Faris telah menunjukkan perkembangan yang positif
secara keseluruhannya terutamanya dalam segi kemahiran mendarab sifir digit 6 hingga 10.
Dalam sesi ujian pasca yang telah dijalankan, Faris didapati telah berjaya menjawab kesemua
lapan soalan yang disediakan dengan betul. Lantaran daripada itu, Rajah 10 telah menunjukkan
bahawa Faris telah menunjukkan perubahan yang drastik dalam pencapaian ujian pasca
berbanding ujian pra sebelum ini.

Rajah 10 : Perbandingan Penguasaan Faris dalam Kemahiran Mendarab yang Melibatkan


Sifir Digit 6 Hingga 10 Sebelum dan Selepas Intervensi
Secara keseluruhannya, keempat-empat peserta kajian yang dipilih menunjukkan penguasaan dan
peningkatan yang positif dalam kemahiran mendarab yang melibatkan sifir digit 6 hingga 10.
Berdasarkan penelitian ke atas ujian pasca, keempat-empat peserta kajian menunjukkan
peningkatan yang positif berbanding ujian pra yang dibuat sebelum sesi intervensi.
Seterusnya, hasil temu bual keatas kesemua peserta kajian, mereka menyatakan bahawa
penggunaan Kaedah M-Board mampu untuk membantu mereka dalam menyelesaikan soalan
pendaraban yang melibatkan sifir digit 6 hingga 10.

KESIMPULAN
Berdasarkan dapatan kajian yang telah diperolehi, pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa
penggunaan bahan manipulatif M-Board dapat membantu murid lemah Tahun 4 Potensi dalam
meningkatkan penguasaan sifir digit 6 hingga 10. Dapatan kajian yang diperoleh ini juga dapat
menyokong objektif utama kajian. Namun begitu, terdapat juga kelemahan bagi bahan
manipulatif M-Board iaitu hanya terbatas kepada sifir digit 6 hingga 10 sahaja. Oleh yang
demikian, bagi kajian lanjutan yang boleh dilakukan oleh pengkaji lain dicadangkan mencipta
bahan manipulatif yang dapat melibatkan sifir asas 1 hingga 9.
Dari segi aspek profesionalisme keguruan, kajian tindakan yang telah dijalankan oleh pengkaji
membantu pengkaji dalam meningkatkan tahap profesionalisme sebagai seorang bakal guru
terlatih. Oleh yang demikian, kajian tindakan yang dilakukan membimbing pengkaji supaya
sentiasa menerokai kaedah-kaedah baru yang berbentuk inovasi dan diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam usaha untuk membantu murid-murid yang
berpencapaian rendah dalam matapelajaran Matematik.

RUJUKAN
Aida Ibrahim (2006). Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta Asas Darab
Melalui Pendekatan Permainan Domino. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor
2006, 1-13
Azizi Haji Yahya (2010). Kepentingan Kefahaman Konsep dalam Matematik.
Diperoleh pada 9.2.2014 dari http://eprints.utm.my/10413/1/1.10_Bab2.pdf
Cooper, R. (1994). Alternative Math Techniques Instructional Guide. Bryn Mawr:
Learning Disabilities Resources.
Department of Education and Communities. (2011). Newman's prompts. Retrieved from NSW
Department
of
Education
and
Training:
http://www.curriculumsupport.education.nsw.gov.au/primary/mathematics/numeracy/new
man/
Dragonizer (2005). Penguasaan Sifir Darab Dalam Matematik Tahap Dua. Diperoleh
Pada 9.2.2014 daripada http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZERS/topic/
Habibullah Razali. (2011). Keberkesanan Penggunaan Kaedah Petak Cepat Sifir dan Kaedah
Cepat Sifir dalam Menyelesaikan Masalah Mengingati Fakta Asas Darab
Janting (2005). Memperbagaikan Pendekatan Untuk Mempelbagaikan Pendekatan
Untuk Membantu Murid-Murid Tahun 5 Menguasai Sifir Darab 1 Hingga 10.
Noraini Idris. (2005). Pedagogi dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan
Publications.
Norma Haji Hassan. (2004). Hubungan antara bahan bantu mengajar. Tanjung Malim:
Universiti Perguruan Sultan Idris.
Rosinah Edinin (2012). Penyelidikan Tindakan: Kaedah Dan Tindakan. Ed. ke-2.
Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Walker, A. (2000). Using rote memorization to teach the times tables. Retrieved March 24, 2014
from Multiplication.com website: http://www.multiplication.com/rote_memory.htm

You might also like