You are on page 1of 3

Definisi Kerangka Operasional Kajian

Menjelaskan perkataan tertentu dalam kajian yang meragukan pemahaman bukannya


mendefinisikan tajuk kajian. Cara untuk mendefinisikan ialah dengan memilih
perkataan dan berikan definisi mengikut fahaman penyelidik bukannya berdasarkan
kamus.

Definisi Kerangka Konseptual

Dalam kerangka konseptual, hal utama yang perlu dititikberatkan adalah hubungan
suatu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain, terutamanya pembolehubah
yang penting.
Kerangka konseptual dilakukan dengan mengemukakan bagaimana hubungan
pembolehubah tidak bersandar dan pembolehubah bersandar. Hubungan ini mestilah
mempunyai sokongan secara ilmiah seperti dari sumber-sumber rujukan ilmiah. Cara
yang paling mudah ialah dengan mengambil kesimpulan daripada kajian orang lain
yang relevan dengan pembolehubah yang dikaji.

Definisi Teoritikal Kajian


Kerangka teoritikal menentukan persoalan kajian yang hendak dilakukan. Ia menjadi
panduan bagi menentukan orientasi penyelidikan yang akan dilakukan. Ia juga
mengenal pasti apa yang menjadi minat pengkaji, soalan-soalan yang berlegar-legar di
mindanya dan yang menjadi teka-teki. Satu kaedah untuk menentukan kerangka
pemikiran ialah melalui tinjauan literasi dengan pembacaan yang berkait rapat
dengan tajuk yang sedang dikaji. Tajuk jurnal, kata kunci dan maklumat-maklumat
lain yang didapati sepanjang pencarian berkenaan, penyelidik akan berjumpa dengan
konsep, model dan teori yang berbagai-bagai jenis. Yang boleh dibuat ialah memberi
pengkelasan terhadap hasil dapatan tersebut untuk menjadi kunci utama kepada
kerangka teoritikal nanti.
kerangka Teoritikal yang digunakan ialah:

Teori Metakognitif

merujuk kepada proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental
dalam otak manusia. Semasa berfikir, otak manusia akan bertindak untuk memahami

rangsangan luar yang diterima melalui deria, membentuk konsep, membuat tafsiran,
dan tindak balas berdasarkan pengalaman yang sedia ada dalam ingatan.

Mayor (1977)~ mentafsirkan pemikiran sebagai pengelolaan

You might also like