You are on page 1of 20

Bahasa Dalam Komunikasi Bertulis

Teks Ucapan
Teks Pengacara Majlis

Norshidah Bt Tambi Chik


Nurliyana Bt Zaini
Huzaifah Bt Omar
Pengenalan
• Terdapat beberapa jenis wacana lisan dalam bahasa
Melayu antaranya perbahasan, perundingan, ceramah,
ucapan dan taklimat.
• Menurut Maimunah Haji Omar,1993, ucapan
merupakan sebahagian kategori perucapan umumnya
dalam aspek perutusan.
Teks Ucapan

 Ucapan ialah komunikasi sehala, iaitu hadirin hanya


mendengar perkara yang disampaikan oleh pengucap.

 Ucapan selalunya terdapat dalam majlis-majlis


perasmian, perhimpunan, perkahwinan, perpisahan,
keraian, ulang tahun dan sebagainya.
Definisi Ucapan
 Definisi: Ucapan ialah kata-kata ynag mengandungi
isi bagi melahirkan berbagai-bagai harapan dan
perasaan kepada khalayak tertentu.

 Kegiatan melafazkan kata-kata kesejahteraan, rasa


terima kasih, tahniah, takziah dan sebaginya.
Jenis- Jenis Ucapan

1. Ucapan Rasmi

 Merupakan penyampaian dalam majlis formal yang dihadiri


oleh tetamu khas atau orang-orang kenamaan.
 Ucapan rasmi ialah bentuk komunikasi sehala, iaitu hanya
pengucap sahaja yang akan bertutur pada masa tersebut dan
hadirin bertindak sebagai pendengar.
2. Ucapan Tidak Rasmi
 Ucapan yang disampaikan secara bebas tanpa terikat kepada
sebarang prosedur.
 Menggunakan bahasa yang lebih mudah, ringkas dan terus
kepada maksud.
 Ucapan ini juga boleh diselitkan dengan unsur jenaka dan
usikan yang menimbulkan rasa gembira dan gelak tawa.
 Kadangkala ucapan ini juga merupakan komunikasi dua hala,
iaitu pendengar boleh menyampuk, bertanya atau membalas
apa-apa yang diujarkan oleh pengucap.
Ciri – Ciri Teks Ucapan
Ciri – Ciri Penerangan

Bahasa yang mudah difahami - Bahasa yang tidak berbunga-bunga, banyak kiasan,
mengandungi makna-makna tersirat dan istilah-istilah khusus.

Isi yang bermakna - Isi yang bermakna hendaklah sesuai dengan tajuk ucapan dan
disesuaikan juga dengan tahap keupayaan dan penerimaan
pendengar.

Struktur ucapan - Ucapan hendaklah disampaikan dengan mengikut struktur


ucapan yang ditetapkan.
- Ucapan perlu didahului oleh kata alu-aluan bagi menghargai
hadirin yang hadir, diikuti isi kandungan yang penting dan
diakhiri dengan kata-kata penutup dan ucapan terima kasih.
Ciri – ciri Penerangan
Suara yang jelas - Penutur yang menyampaikan ucapan ucapan hendaklah menyampaikan
ucapan dengan suara yang jelas dan dapat didengari oleh pendengar.
- Elak daripada menggunakan nada suara yang mendatar sepanjang ucapan.

Cara persembahan -Merujuk kepada cara pengucap menyampaikan ucapannya secara


keseluruhan.
-Bertujuan untuk memperlihatkan keyakinan dan kesungguhan pengucap itu
sendiri.

Keyakinan Diri - Ucapan perlu disampaikan dengan penuh keyakinan diri dan tanpa teragak-
agak atau gugup.

Gaya Penyampaian -Meliputi pergerakan anggota seperti badan, tangan, kepala, mimik, muka,
padangan mata dan senyuman.
- Pergerakan – pergerakan ini dapat berfungsi bagi membantu pengucap
mengukuhkan dan menegaskan perkara-perkara tertentu dalam ucapan.
Panggilan Hormat
• Panduan Pihak Terlibat Kata Panggilan
penggunaan kata Hormat
panggilan Pengerusi/ Pengacara Yang Dihormati/ Yang
hormat dalam Majlis Mulia
teks ucapan: Tuan Pengarah/ Ketua Yang Berusaha
Jabatan
Golongan Kehormat Yang Berbahagia

Guru-guru/ Ibu Bapa Yang Dihormati

Rakan-rakan Yang Dikasihi


Format Ucapan
• Ucapan dimulakan dengan rasa syukur kepada Allah, diikuti dengan kata hormat dan
salutasi mengikut protokol, iaitu peringkat kedudukan tetamu atau hadirin yang hadir.
• Susunan panggilan hormat haruslah bermula dengan gelaran, nama dan pangkat atau
Permukaan jawatan daripada yang tertinggi kepada yang terendah.
Ucapan

• Isi ucapan hendaklah bersesuaian dengan tajuk atau tema dan hal-hal yang berkaitan dengan
majlis.
Isi Ucapan

• Bahagian ini merumuskan keseluruhan tujuan ucapan.


• Dalam ucapan umum, ayat penanda yang biasa digunakan ialah `Akhir sekali saya..’, `Akhir
kata izinkan saya.
Penutup • Ucapan diakhiri dengan penyudah bicara seperti `sekian, terima kasih’, `sekian’, atau
Ucapan `wassalam’.
Teks Pengacaraan Majlis
Definisi Pengacara Majlis
Pengacara
Merupakan individu yang mengendalikan perjalanan acara-
acara dalam sesuatu majlis, persembahan dan pertunjukan.
Atau jurucara yang merujuk kepada orang yang memimpin
sesuatu majlis.
Majlis
Perjumpaan yang mengmpulkan orang ramai atau sesuatu
keramaian yang diadakan untuk sesuatu tujuan.
Majlis juga merujuk kepada tempat perjumpaan bagi
melaksanakan sesuatu sambutan.
Jenis Majlis
Terbahagi kepada tiga :
1. Majlis rasmi
2. Majlis separuh rasmi
3. Majlis tidak rasmi
Majlis Rasmi
• Dikenali sebagai majlis formal
• Mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi seperti prosedur
undangan, peraturan pakaian dan tempat duduk tetamu.

• Majlis bersifat rasmi sepenuhnya seperti majlis yang dihadiri


oleh raja-raja mempunyai sistem protokol yang lebih ketat.
Majlis Separuh Rasmi

• Juga dikenali sebagai majlis separuh formal.


• Tidak melibatkan barisan orang keramaian yang ramai.
• Hanya mempunyai satu taraf hadirin saja iaitu tetamu yang
hadir terdiri drpd pemimpin-pemimpin,orang-orang kenamaan
dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan atau swasta.
Majlis Tidak Rasmi
• Berlangsung dalam suasana tidak formal.
• peraturan adalah longgar dari segi, berpakaian ucapan dan
tempat duduk tetamu.
• Contoh majlis:
- majlis perhimpunan
- sukan
- penyampaian hadiah
• Tidak melibatkan menteri-menteri, orang kenamaan atau
pegawai berpangkat tinggi.
Ciri Pengacara Majlis

• Mampu berkomunikasi dengan yakin


• Suara jelas
• Tidak kaku
• Peka dengan situasi majlis
• Tahu menyusun pengucapan bertatasusila mengikut
prosedur.
Pengacara Majlis Rasmi atau
Separuh Rasmi

• Membuat latihan secukupnya


• Bertutur dalam bahasa melayu standard
• Penggunaan tatabahasa yang betul
• Gaya bercakap dan beraksi terkawal.
• Mematuhi atur cara majlis sepenuhnya
Pengacara Majlis Tidak Rasmi
• Tidak memerlukan latihan intensif
• Menggunakan bahasa pertuturan biasa
• Pengacara biasanya terdiri daripada individu yang
mempunyai hubungan rapat dengan institusi.
• Pengacaraan tidak semestinya berdasarkan skrip, tetapi
masih mematuhi susunan atur cara majlis
TAMAT

You might also like