You are on page 1of 8

PENCAPAIAN SEPANJANG PRAKTIKUM

Minggu Pertama Minggu Kelapan


(14 Julai 12 September 2014)
Sepanjang 8 minggu interaksi praktikum di sekolah, saya telah mengalami dan
melaksanakan perkara-perkara seperti yang telah dinyatakan dalam jurnal
refleksi dan menilai hasil daripada fokus yang telah dinyatakan dari 3 peringkat:

Aspek aspek :
Budaya Sekolah
Budaya sekolah merupakan punca persekitaran yang akan mempengaruhi caracara bersosialisasi, berkomunikasi, mengajar dan belajar dalam kalangan guru
dan murid.

Pernyataan Sebelum :
Budaya di sebuah sekolah boleh mempengaruhi interaksi antara guru-guru,
murid-murid. Ia turut mempengaruhi prestasi pencapaian murid-murid dalam
akademik dan kokurikulum.

Pernyataan Semasa :
Penglibatan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dianjur oleh pihak sekolah
untuk lebih mengenali masyarakat tempatan. Ini dapat menyesuaikan diri dengan
budaya setempat, tidak berasa diasing apabila bergaul dengan masyarakat
setempat.

Pernyataan Selepas :
Pengalaman yang diperolehi boleh dipraktik untuk masa depan apabila berkaitan
dengan mengenali budaya yang baru.

PENCAPAIAN SEPANJANG PRAKTIKUM


Minggu Pertama Minggu Kelapan
(14 Julai 12 September 2014)
Sepanjang 8 minggu interaksi praktikum di sekolah, saya telah mengalami dan
melaksanakan perkara-perkara seperti yang telah dinyatakan dalam jurnal
refleksi dan menilai hasil daripada fokus yang telah dinyatakan dari 3 peringkat:

Aspek aspek :
Rancangan Pengajaran Semester/Mingguan/Harian
Rancangan Pengajaran Semester, Mingguan dan Harian merupakan garis
panduan yang dirancang oleh guru sendiri untuk mencapai sesuatu objektif
pembelajaran. Perancangan yang baik dapat membantu guru untuk menghadapi
masalah yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan
topik-topik, bahan bantu mengajar, strategi serta persediaan fizikal dan mental.

Pernyataan Sebelum :
Pendedahan kepada format-format dalam penulisan RPS, RPM dan RPH yang
berfungsi sebagai satu panduan kepada guru untuk melaksanakan proses PdP.

Pernyataan Semasa :
Memperolehi pengenalpastian daripada pihak sekolah agar dapat merancang
aktiviti-aktiviti PdP berdasarkan topik-topik yang perlu diajar. Perancangan awal
diperlukan untuk RPH agar kelas-kelas yang bakal dimasuki dapat dikawal.

Pernyataan Selepas :
Penambahbaikan dengan hasil pembelajaran, aktiviti-aktiviti PdP yang dirancang
perlu dititiberatkan agar murid-murid dapat memahami maklumat-maklumat dan
isi-isi pengajaran yang disampaikan.

PENCAPAIAN SEPANJANG PRAKTIKUM


Minggu Pertama Minggu Kelapan
(14 Julai 12 September 2014)
Sepanjang 8 minggu interaksi praktikum di sekolah, saya telah mengalami dan
melaksanakan perkara-perkara seperti yang telah dinyatakan dalam jurnal
refleksi dan menilai hasil daripada fokus yang telah dinyatakan dari 3 peringkat:

Aspek aspek :
Interaksi Guru-Murid
Penyesuaian dengan budaya murid tempatan merupakan langkah utama yang
perlu seseorang guru yang baru melaksanakan. Aspek-aspek perbezaan dari
segi tingkah laku, personaliti dan gaya pembelajaran seseorang murid dapat
mempengaruhi

aspek

kelancaran

pelaksanaan

sesi

pengajaran

dan

pembelajaran.

Pernyataan Sebelum :
Interaksi pertama di dalam kelas akan bermula dengan kelas pertama.
Pengenalpastian corak yang digemari dalam PdP adalah penting.

Pernyataan Semasa :
Guru dapat mengesan tingkah laku yang tidak diingini dalam kelas dan bertindak
dengan segera.

Pernyataan Selepas :
Pengurusan dalam interaksi guru-murid boleh dilaksanakan dengan lebih baik
pada masa depan.

PENCAPAIAN SEPANJANG PRAKTIKUM


Minggu Pertama Minggu Kelapan
(14 Julai 12 September 2014)
Sepanjang 8 minggu interaksi praktikum di sekolah, saya telah mengalami dan
melaksanakan perkara-perkara seperti yang telah dinyatakan dalam jurnal
refleksi dan menilai hasil daripada fokus yang telah dinyatakan dari 3 peringkat:

Aspek aspek :
Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Proses Pengajaran dan Pembelajaran untuk sesuatu interaksi kelas turut
merangkumi aspek pengurusan masa, pelaksanaan aktiviti PdP, aplikasi arahan
dan interaksi guru-murid.

Pernyataan Sebelum :
Pemilihan strategi yang bersesuaian untuk kelas yang bakal diajar. Peluang
untuk mempraktikkan teori-teori, model-model dan teknik-teknik PdP yang telah
belajar di IPG.

Pernyataan Semasa :
Pertukaran cara-cara dan strategi-strategi PdP dengan tahap murid serta topik
yang bakal diajar dari semasa ke semasa.
Keberkesanan PdP boleh dipertingkatkan dan hasil pembelajaran dapat dicapai.

Pernyataan Selepas :
Pengalaman dalam pengendalian proses PdP boleh dirujuk untuk cabarancabaran yang bakal dihadapi pada masa depan.

PENCAPAIAN SEPANJANG PRAKTIKUM


Minggu Pertama Minggu Kelapan
(14 Julai 12 September 2014)

Sepanjang 8 minggu interaksi praktikum di sekolah, saya telah mengalami dan


melaksanakan perkara-perkara seperti yang telah dinyatakan dalam jurnal
refleksi dan menilai hasil daripada fokus yang telah dinyatakan dari 3 peringkat:

Aspek aspek :
Pengawalan Kelas
Aspek

pengawalan

kelas

yang

baik

dapat

mempertingkatkan

tahap

keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang telah


dirancang. Kelas tidak akan menjadi huru-hara apabila sesuatu peringkat proses
pengajaran dan pembelajaran sedang dilaksanakan sehingga objektif yang telah
ditentukan tidak dapat dicapai.

Pernyataan Sebelum :
Pengawalan kelas memerlukan keprihatinan dan sikap yang tegas. Aplikasi teoriteori pengawalan kelas yang telah dipelajari dalam situasi sebenar.

Pernyataan Semasa :
Kegagalan dalam aspek pengawalan kelas akan mewujudkan keadaan huruhara. Sikap ketegasan dan arahan yang jelas adalah penting untuk memastikan
proses PdP dapat dijalan dengan lancar.

Pernyataan Selepas :
Penekanan dalam menunjukkan sikap bekerjasama amat penting dalam
melaksanakan proses pengawalan kelas.

PENCAPAIAN SEPANJANG PRAKTIKUM


Minggu Pertama Minggu Kelapan
(14 Julai 12 September 2014)

Sepanjang 8 minggu interaksi praktikum di sekolah, saya telah mengalami dan


melaksanakan perkara-perkara seperti yang telah dinyatakan dalam jurnal
refleksi dan menilai hasil daripada fokus yang telah dinyatakan dari 3 peringkat:

Aspek aspek :
Rancangan Pengajaran Harian
Pelaksanaan perancangan untuk pengajaran harian menghadapi masalah yang
ketara dengan mengaitkan aspek masalah ini dengan proses pembelajaran yang
telah dirancangkan oleh pihak sekolah. Tahap pengajaran dan pembelajaran
telah berada di luaran tempoh yang telah dirancang. Perancangan pengajaran
harian dilaksanakan dengan mengaitkan kemahiran-kemahiran dan topik-topik
yang memerlukan pemulihan ataupun pengukuhan.

Pernyataan Sebelum :
Rujukan dibuat sebelum melakukan sebarang rancangan dalam RPH untuk
sesuatu objek.

Pernyataan Semasa :
Pengulangan kemahiran-kemahiran diperlukan apabila hasil pembelajaran yang
dirancang tidak dapat dicapai.

Pernyataan Selepas :
Perancangan yang lebih baik dan rapi boleh dibuat pada masa depan untuk
memastikan murid-murid boleh memperolehi maklumat-maklumat/menguasai
kemahiran-kemahiran yang ingin disampaikan.

PENCAPAIAN SEPANJANG PRAKTIKUM


Minggu Pertama Minggu Kelapan
(14 Julai 12 September 2014)
Sepanjang 8 minggu interaksi praktikum di sekolah, saya telah mengalami dan
melaksanakan perkara-perkara seperti yang telah dinyatakan dalam jurnal
refleksi dan menilai hasil daripada fokus yang telah dinyatakan dari 3 peringkat:

Aspek aspek :
Pelakaran Soalan Lembaran Kerja
Penyesuaian tahap kesukaran soalan-soalan dengan tahap murid adalah satu
proses yang mesti dilakukan agar keberkesanan soalan-soalan yang telah
dilakar dalam lembaran kerja dapat mengesan masalah-masalah, kesalahankesalahan yang sering kali ataupun berkemungkinan dilakukan oleh murid-murid.

Pernyataan Sebelum :
Soalan-soalan lembaran disediakan untuk mengenalpasti tahap pemahaman
murid-murid dalam topik-topik yang telah disampaikan.

Pernyataan Semasa :
Pengabaian Blooms Taxonomy boleh mengakibatkan kualiti soalan-soalan
yang dihasilkan tidak memuaskan. Murid-murid akan menjadi keliru dan boleh
hilang minat untuk melengkapkan soalan-soalan yang dikemukakan.

Pernyataan Selepas :
Penekanan untuk Blooms Taxonomy adalah penting dalam menghasilkan
soalan-soalan yang berkualiti dan memberi peluang kepada murid untuk merasai
kejayaan dalam lembaran kerja yang dilaksanakan.

PENCAPAIAN SEPANJANG PRAKTIKUM


Minggu Pertama Minggu Kelapan
(14 Julai 12 September 2014)
Sepanjang 8 minggu interaksi praktikum di sekolah, saya telah mengalami dan
melaksanakan perkara-perkara seperti yang telah dinyatakan dalam jurnal
refleksi dan menilai hasil daripada fokus yang telah dinyatakan dari 3 peringkat:

Aspek aspek :
Pengurusan Murid
Kebatasan di antara guru dan murid mesti ditekankan dengan jelas agar muridmurid tidak akan melepasi batasan tersebut sehingga menimbulkan sebarang
masalah disiplin dalam kelas yang boleh menyebabkan penimbulan keadaan
huru-hara di mana murid-murid akan mengingkari arahan-arahan guru sehingga
menyebabkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat
dijalankan dengan lancar.

Pernyataan Sebelum :
Guru perlu peka dalam menguruskan hubungan antara murid-guru untuk
mengelakkan berlakunya masalah melepasi batasan sehingga mengingkari
arahan guru.

PernyataanSemasa :
Tahap kemesraaan yang diaplikasi telah terlalu mesra sehingga murid-murid
mula mengabaikan arahan guru. Guru perlu bijak dalam menguruskan talian
hubungan antara murid-guru agar mereka sentiasa menghormati guru.

Pernyataan Selepas :
Guru perlu mengawal tahap kemesraan dengan murid-murid. Guru perlu
memastikan kemesraan yang terjalin tidak mengganggu sesi PdP di dalam kelas.

You might also like