You are on page 1of 12

APLIKASI KAEDAH STICK UNTUK MENINGKATKAN

KEUPAYAAN SEBUTAN K MURID MASALAH


PERTUTURAN PELAT
Oleh :
Noraisah binti Mohamad, Mangaleswaran a/l Annamalai
Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Dato Razali Ismail
aisahmohd2@gmail.com, manga@ipgmkdri.edu.my

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran bertutur bagi murid Masalah
Pembelajaran melalui Kaedah Stick. Responden kajian terdiri daripada seorang murid
PPKI di Sekolah Kebangsaan Kedal Buluh, Terengganu. Responden menghadapi
kesukaran dalam pertuturan seharian yang disebabkan masalah pelat yang dihadapinya.
Instrument yang digunakan dalam kajian ini ialah pemerhatian menggunakan senarai
semak, temubual dan analisis dokumen. Berdasarkan analisis data dan dapatan kajian,
Kaedah Stick dapat merangsang otot-otot lidah dan melatih lidah murid utuk menyebut
huruf K. Diharapka kajian ini dapat membantu gutu meningkatkan kemahiran bertutur
murid
Kata kunci: Kemahiran bertutur, Masalah Pertuturan, Pelat, Kaedah Stick

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Bagi praktikum fasa ketiga kali ini, pengkaji telah berada di Sekolah Kebangsaan Kedai Buluh,
Terengganu dan telah dipertanggunganjawabkan untuk mengajar tiga buah kelas iaitu Dahlia,
Orked dan Chempaka. Ketiga-tiga kelas ini dibezakan melalui pencapaian kognitif murid.
Subjek yang diamanahkan kepada pengkaji ialah Bahasa Melayu, Pengurusan Diri dan
Pendidikan Seni Visual.
Semasa menjalani praktikum, pengkaji mempunyai empat masa pengajaran dan pembelajaran
dalam satu minggu untuk subjek Bahasa Melayu bagi kelas Dahlia. Murid dalam kelas ini telah
dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan satu yang mempunyai tahap kognitif dan
pertuturan yang lebih baik berbanding kumpulan dua yang mempunyai tahap kognitif dan
pertuturan yang lebih lemah.
Apabila mengimbas kembali sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang
dilaksanakan dalam kelas Dahlia, pengkaji dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi murid ini
apabila pengkaji mengajar tajuk bacaan iaitu membaca perkataan KV+KV dengan tema alam
benda. Murid ini tidak mampu menyebut perkataan suku kata terbuka KV+KV yang menpunyai
huruf K ditengah perkataan. Misalnya, perkataan yang jelas membuktikan responden tidak
berupaya menyebut dengan betul ialah paku dan buku. Murid ini juga telah melakukan
1

pertukaran pada perkataan ini iaitu paku menjadi patu dan buku menjadi butu. Melalui
pemerhatian pengkaji juga, murid ini sememangnya menghadapi masalah pertuturan kerana
hanya mampu menyebut suku kata terakhir setiap perkataan dalam ayat apabila pengkaji
menguji pertuturan responden. Responden menyebut gu, kit yot untuk cikgu, sakit perut.
Selain itu, hasil temubual yang telah dijalankan terhadap guru-guru Pendidikan Khas di sekolah
ini, didapati bahawa responden ini mempunyai masalah pertuturan yang jelas dalam
percakapannya. Menurut guru, masalah pertuturan yang dihadapi oleh responden ini kadangkala
menyebabkan guru dan murid lain sukar memahami kehendak responden yang sebenar. Jesteru,
hasil maklum balas dan dapatan yang diperolehi melalui pemerhatian dan temubual telah
mendorong pengkaji melaksanakan kajian tindakan ini. Kajian ini bertujuan untuk membantu
responden meningkatkan keupayaan sebutan huruf yang memfokuskan kepada huruf K dengan
menggunakan kaedah stick.

SOROTAN LITERATUR
Menurut American Psychiatric Association (2002), masalah pertuturan yang disebabkan oleh
faktor organik juga adalah termasuk kehilangan pendengaran, sumbing, bentuk gigi yang tidak
sempurna (dental malformation) dan juga ketumbuhan. Kecacatan otak pula berkait dengan
kerosakan saraf yang seterusnya boleh menyebabkan masalah pertuturan seperti apraksia dan
dysatria. Masalah artikulasi dan fonologi boleh berbeza di antara individu bergantung kepada
bahagian mana yang mempunyai masalah.
Masalah artikulasi didefinisikan sebagai masalah yang mengganggu sistem dalam sesuatu
bahasa. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat seramai 10% daripada kanak-kanak
prasekolah mengalami masalah artikulasi (ASHA, 2002). Kebolehan sebutan menggunakan kod
bunyi yang jelas dan betul bergantung kepada beberapa pembolehubah iaitu umur murid, sejarah
perkembangan, kemahiran oralmotor dan persekitaran.
Sebutan didefinisikan sebagai aksi atau cara menyebut suku kata, perkataan dan ungkapanugkapan mengenai pengeluaran bunyi-bunyi dan penempatan tekanan, intonasi dan sabagainya
(Schell dan Martins, 2006).
TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap keupayaan sebutan huruf
K murid yang disebabkan oleh masalah artikulasi, meningkatkan tahap keyakinan murid
dalam pertuturan seharian murid serta melihat keberkesanan aktiviti intervensi yang
dilaksanakan terhadap murid pelat. Murid terbabit merupakan murid masalah pembelajaran yang
mengalami masalah pertuturan di kelas PPKI Sekolah Kebangsaan Kedai Buluh.
Objektif
Objektif khusus kajian ini supaya murid dapat :
1. Menyebut huruf K dengan jelas bagi murid masalah pertuturan pelat menggunakan
Kaedah Stick.
2. Menunjukkan perubahan sebutan pada kemahiran bertutur bagi murid masalah
pertuturan pelat.
2

Persoalan Kajian
Terdapat dua persoalan yang ingin dirungkai melalui kajian ini iaitu :
1. Bagaimanakah aplikasi Kaedah Stick dapar membri penambahbaikan keupayaan sebutan
K bagi murid pelat?
2. Bagaimanakah perubahan sebutan pada kemahiran bertutur bagi murid pelat melalui
Kaedah Stick?

METODOLOGI KAJIAN
Kajian tindakan ini melibatkan seorang murid bermasalah pembelajaran yang mengalami
masalah pertuturan pelat dari Kelas Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan Kedai Buluh.
Subjek kajian dipilih berdasarkan kepada pecapaian dalam ujian diagnostik. Pengumpulan data
menggunakan instrument pemerhatian secara senarai semak, temubual berstruktur dan analisis
video. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian.
Pengkaji menggunakan model kajian tindakan yang dibangunkan oleh Kemmis & McTaggart
(1988). Model tersebut menyarankan empat langkah kajian tindakan berdasarkan gelungan
seperti mereflek, merancang, bertindak dan memerhati.

Refleksi

Perancangan

Pemerhatian

Tindakan

Rajah 1 : Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988)


Mereflek
Berdasarkan kajian Model Kemmis & Mctaggart di atas, kajian tindakan ini bermula dengan
pengkaji membuat refleksi terhadap sesi PdP yang dijalankan oleh pengkaji sendiri di kelas
Dahlia. Pengkaji mendapati, masalah pertuturan pelat responden sangat ketara sehingga
meyebabkan responden dipinggirkan seketika. Responden juga turut diperhatikan oleh pengkaji
apabila berada di luar bilik darjah. Rentetan itu, pengkaji telah menjalankan ujian diagnosis
terhadap responden untuk mengenalpasti lebih terperinci kelemahan dalam pertuturan sebutan
responden. Pengkaji telah mendapati sebutan huruf K merupakan masalah yang sangat jelas
yang dituturkan oleh responden berbanding sebutan huruf lain. Pengkaji juga telah menjalankan
temubual bersama guru untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang responden yang terlibat
dalam kajian ini.

Perancangan
Selepas mereflek, langkah seterusnya ialah merancang tindakan untuk menjalankan intervensi
bagi mengatasi masalah yang telah dikenalpasti. Pengkaji telah merancang kaedah yang dapat
membantu responden untuk meningkatkan keupayaan sebutan huruf K. Dalam usaha
menjayakan kaedah kajian ini, pengkaji telah merancang beberapa aktiviti dalam intervensi bagi
menggerakkan kaedah yang telah dipilih.
Tindakan
Pada peringkat ini, pengkaji akan melaksanakan aktiviti intervensi yang telah dirancang,tempoh
perlaksanaan intervensi adalah selama sepuluh minggu. Dalam tempoh tersebut,pengkaji akan
memulakan aktiviti pada waktu pagi kerana memandangkan responden masih bersemangat pada
waktu itu. Pengkaji akan menjalankan kajian pada setiap minggu dengan melaksanakan tiga
aktiviti pada setiap sesi mingguan.
Pemerhatian
Tahap yang terakhir bagi teori Kemmis & McTaggart ialah memerhati. Pengkaji akan memerhati
dan membuat kesimpulan akhir berkaitan keberkesanan aktiviti terhadap peningkatan keupayaan
sebutan huruf K kepada responden. Pemerhatian yang dibuat dicatat oleh pengkaji dan
direkodkan melalui borang senarai semak. Pemerhatian juga bertujuan untuk mengenalpasti
kekuatan dan kelemahan kaedah yag dipilih, menentukan keberkesanan hasil intervensi dan
mengenalpasti maklumbalas responden terhadap kaedah yang diperkenalkan. Segala
penambahbaikkan dilaksanakan sepanjang pemerhatian

PROSEDUR CARA MENGUMPUL DATA


Pengkaji telah menggunakan beberapa cara untuk mengumpul data iaitu membuat pemerhatian,
temubual dan analisis dokumen. Pengkaji mengumpul data yang diperolehi melalui pemerhatian
berdasarkan senarai semak, temubual bersama guru dan ibubapa menggunakan borang temubual
serta analisis dokumen berpandukan rakaman video.
Pemerhatian (Senarai Semak)
Senarai semak merupakan pemerhatian berstruktur yang mengandungi spesifikasi item berkaitan
masalah pertuturan. Dalam kajian ini, pengkaji membuat pemerhatian sebelum dan selepas
intervensi bagi setiap minggu menggunakan senarai semak. Melalui senarai semak, pengkaji
dapat mengenalpasti kelemahan dan peningkatan sebutan responden setelah intervensi
dijalankan. Pengkaji perlu mengelakkan daripada meggunakan soalan yang sukar, terlalu
panjang dan bersifat kabur (Cohen, Manion & Moorrison, 2000).
Temubual
Terdapat beberapa jenis temubual iaitu temubual berstruktur, temubual separa berstruktur.
Temubual digunakan unutk menperoleh maklumat berkenaan fakta kepercayaan, perasaan,
kehendak mengikut keperluan persoalan kajian (Mohd. Majid, 2000). Dalam kajian ini, pengkaji
menggunakan temubual tidak berstruktur untuk mendapatkan maklumat berkaitan responden.
Pengkaji menemubual guru yang mengajar responden dan ibubapa responden. Temubual
dijalankan untuk mengenalpasti dan memahami dengan lebih mendalam mengenai masalah yang

dihadapi oleh responden dan juga untuk mengesan tahap kemajuan serta perasaan murid semasa
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Analisis Dokumen
Data yang dianalisis terdiri daripada hasil dapatan rakaman video sepanjang kajian dilakukan.

SPESIFIKASI INTERVENSI
BIL.
1.

MINGGU/SESI
Pertama

INTERVENSI
Senaman mulut

Mengunyah

Menjilat lollipop

AKTIVITI
Membuka dan menutup
mulut dalam tempoh
tertentu
Menggerakkan lidah ke
arah kiri dan kanan
sambil menahan dalam
tempoh tertentu
Menggerakkan lidah ke
atas dan bawah sambil
menahan dalam tempoh
tertentu
Menggerakkan
lidah
dengan menolak ke
belakang dan menjelir ke
hadapan
Rasional merangsang
otot-otot lidah untuk
bertutur

Ulang aktiviti minggu


pertama
Mengunyah
gula-gula
sambil melihat cermin
Mengunyah
makanan
secara perlahan
Berkumur menggunakan
air
Rasional merangsang
otot-otot lidah untuk
bertutur

Menjilat
gula-gula
lollipop berperisa
Menjilat
aiskrim
berperisa
Menyebut
huruf
K
sambil menahan lidah

Menahan lidah

2.

Kedua

Senaman mulut

Meniup buih sabun

menggunakan gula-gula
lollipop
Rasional Merangsang
/ melatih lidah belakang
untuk naik

Menahan
gula-gula
dibawah lidah sambil
menyebut huruf K
Menekan
lidah
menggunakan
stick sambil menyebut
huruf K
Menekan
lidah
menggunakan
jari
telunjuk
sambil
menyebut huruf K
Rasional
Merangsang / melatih
lidah belakang untuk
naik
Membuka dan menutup
mulut dalam tempoh
tertentu
Menggerakkan lidah ke
arah kiri dan kanan
sambil menahan dalam
tempoh tertentu
Menggerakkan lidah ke
atas dan bawah sambil
menahan dalam tempoh
tertentu
Menggerakkan
lidah
dengan menolak ke
belakang dan menjelir ke
hadapan
Rasional merangsang
otot-otot lidah untuk
bertutur

Ulang aktiviti minggu


pertama atau kedua
Meniup
buih
menggunakan
straw
besar
Minum
menggunakan
straw besar

Minum
straw

Menahan lidah

Rasional
Merangsang
otot-otot
lidah untuk bertutur

Menahan
gula-gula
dibawah lidah sambil
menyebut huruf K
Menekan
lidah
menggunakan
stick sambil menyebut
huruf K
Menekan
lidah
menggunakan
jari
telunjuk
sambil
menyebut huruf K
Rasional
Merangsang / melatih
lidah belakang untuk
naik

menggunakan

3.

Ketiga

Senaman mulut

Menahan lidah

Membuka dan menutup


mulut dalam tempoh
tertentu
Menggerakkan lidah ke
arah kiri dan kanan
sambil menahan dalam
tempoh tertentu
Menggerakkan lidah ke
atas dan bawah sambil
menahan dalam tempoh
tertentu
Menggerakkan
lidah
dengan menolak ke
belakang dan menjelir ke
hadapan
Rasional merangsang
otot-otot lidah untuk
bertutur

Menahan
gula-gula
dibawah lidah sambil
menyebut huruf K
Menekan
lidah
menggunakan
stick sambil menyebut

4.

Keempat

Senaman mulut

Magic Mirror

Meyebut
baring

Menahan lidah

Menyebut
huruf
K
sambil melihat cermin
Menyebut sukukata KV
dan KVK yang bermula
dengan huruf K sambil
melihat cermin
Rasional
Merangsang / melatih
lidah belakang untuk
naik

sambil

huruf K
Menekan
lidah
menggunakan
jari
telunjuk
sambil
menyebut huruf K
Rasional Merangsang /
melatih lidah belakang
untuk naik
Membuka dan menutup
mulut dalam tempoh
tertentu
Menggerakkan lidah ke
arah kiri dan kanan
sambil menahan dalam
tempoh tertentu
Menggerakkan lidah ke
atas dan bawah sambil
menahan dalam tempoh
tertentu
Menggerakkan
lidah
dengan menolak ke
belakang dan menjelir ke
hadapan
Rasional merangsang
otot-otot lidah untuk
bertutur

Menahan
gula-gula
dibawah lidah sambil
menyebut huruf K
Menekan
lidah
menggunakan
stick sambil menyebut

huruf K
Menekan
lidah
menggunakan
jari
telunjuk
sambil
menyebut huruf K
Rasional Merangsang /
melatih lidah belakang
untuk naik

DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian diperolehi hasil daripada analisis data secara deskriptif menggunakan tiga
instrument kajian iaitu pemerhatian (senarai semak), temubual berstruktur dan analisis video.
Ketiga instrumen ini digunakan bagi mendapatkan kesahan data dan mewujudkan trigulasi data
dalam kajian ini. Berikut menrupakan dapatan kajian yang telah diperolehi dalam kajian ini.
PENINGKATAN KEUPAYAAN SEBUTAN HURUF K SETIAP ASPEK MENGIKUT
MINGGU

3
Skor

A
B
C

D
E

0
Sebelum
Intervensi

Intervensi M1 Intervensi M2 Intervensi M3 Intervensi M4


Minggu

Graf 1 : Peningkatan Keupayaan Sebutan Huruf K Setiap Aspek Mengikut Minggu


Kajian ini telah membuktikan bahawa aplikasi Kaedah Stick telah dapat meningkatkan
keupayaan sebutan huruf K murid. Berdasarkan analisis dan interpretasi data yang telah
dikumpulkan, didapati terdapat peningkatan sebutan K responden sebelum dan selepas intervensi
berdasarkan aspek-aspek yang dilihat dalam keupayaan sebutan K.
Peningkatan dalam aspek menyebut sukukata KV yang bermula huruf K (A) dapat dilihat pada
bar berwarna biru di mana, responden menunjukkan peningkatan daripada skor lemah kepada

skor sangat baik. Sebelum intervensi dijalankan, skor responden telah mencapai skor lemah,
dimana responden mampu menyebut beberapa sukukata KV yang bermula huruf K.
Peningkatan dalam aspek menyebut sukukata KVK yang bermula huruf K (B) dapat dilihat pada
bar berwarna merah di mana responden telah menunjukkan peningkatan selepas intervensi
dijalankan. Responden pada mulanya berada pada tahap sangat lemah 1 dan meningkat pada
tahap 5 iaitu sangat baik selepas intervensi.
Bagi aspek meyebut sukukata KVKV yang mempunyai huruf K (C) dapat dilihat pada bar
berwarna hijau. Responden telah mencapai skor kedua tinggi iaitu baik, 4 daripada permulaanya
ialah skor sangat lemah, 1.
Pada bar berwarna ungu pula, aspek bagi diskriminasi bunyi perkataan KVKV huruf K (D)
menunjukkan hasil peningkatan yang baik sepanjang intervensi. Skor tertinggi responden ialah
baik, 4. Bar terakhir menunjukkan peningkatan yang dicapai responden dalam aspek kejelasan
sebutan huruf K dalam pertuturan (E). Responden mencapai skor sederhana, 3 dalam aspek
pertuturan responden kerana merupakan pencapaian terbaik oleh responden berdasarkan tahap
keupayaan responden yang mengalami masalah pertuturan pelat dari lahir lagi.
Berdasarkan kajian yang dijalankan dapat membantu pengkaji mengesan perubahan yang
berlaku pada sebutan huruf K responden. Buktinya, maklumbalas temubual daripada guru
menyatakan bahawa responden lebih yakin untuk membaca di hadapan rakan sekelas yang lain
dan berlaku perubahan dalam sebutan K responden.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, Kaedah Stick telah dapat meningkatkan tahap keupayaan bagi murid
bermasalah pertuturna pelat. Pengkaji telah membuktikan melalui instrumen pemerhatian
menggunakan senarai semak dan temubual bersama guru. Pengkaji menggunakan senarai semak
untuk menilai lima aspek dalam melihat tahap perkembangan keupayaan sebutan huruf K.
Antaranya, menyebut sukukata KV yang bermula huruf K, menyebut sukukata KVK yang
bermula huruf K, menyebut sukukata KVKV yang mempunyai huruf K, diskriminasi bunyi
pperkataan KVKV yang mempunyai huruf K dan kejelasan sebutan huruf K dalam pertuturan.
Senarai semak ini telah digunakan semasa pengkaji melakukan pemerhatian untuk sebelum dan
selepas intervensi selama 4 minggu. Dapatan kajian telah dianalisis ke dalam bentuk graf
mengikut aspek dalam tahap perkembangan keupayaan sebutan huruf K.
Berikut merupakan keputusan akhir hasil pemerhatian pengkaji. Bagi aspek menyebut sukukata
KV yang bermula huruf K, responden telah berjaya mencapai tahap sangat baik setelah
intervensi. Manakala, dalam aspek menyebut sukukata KVK yang bermula huruf K
menunjukkan responden turut mencapai tahap tertinggi dalam skor.
Bagi aspek menyebut sukukata KVKV yang mempunyai huruf K dan diskriminasi bunyi
perkataan KVKV yang mempunyai huruf K menunjukkan terdapat peningkatan yang selari
antara kedua-dua keputusan. Sebelum intervensi, responden belum lagi mampu menyebut K
yang berada pada tengah perkataa KVKV, namun setelah intervensi hasil yang lebih baik dapat
dilihat daripada sebutan yang dikeluarkan oleh responden. Aspek yang terakhir dilihat ialah
kejelasan sebutan huruf K dalam pertuturan, pada akhir minggu intervensi responden dapat
mencapai skor sederhana, 3. Walaupun tidak mencapai tahap tertinggi, ianya merupakan
pencapaian terbaik bagi responden jika diukur melalui tahap keupayaan responden. Hal ini
10

kerana, responden hanya memperolehi skor sederhana, 3 hanya satu kali sahaja berbanding yang
lain.
Peningkatan dan perubahan tahap keupayaan sebutan K pada responden turut dinilai melalui
analisis transkripsi temubual. Hasil temubual dengan guru terbukti bahawa aplikasi Kaedah Stick
dapat meningkatkan tahap keupayaan sebutan huruf K. Hasil kajian menunjukkan bahawa
Kaedah Stick telah dapat merangsang otot-otot lidah dan melatih lidah responden untuk
menyebut huruf K. Pada akhir kajian telah menunjukkan, responden telah berjaya menyebut
sebutan K yang terdapat dalam sukukata dan perkataan.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


Kajian ini dilaksanakan khusus untuk murid masalah pembelajaran kategori pertuturan yang
menghadapi masalah pelat. Kaedah intervensi yang telah diaplikasikan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran adalah penting untuk membantu murid masalah pembelajaran kategori
pertuturan untuk meningkatkan tahap keupayaan sebutan yang berpunca daripada pelat.
Sehubungan dengan ini, pengkaji mencadangkan agar kaedah intervensi yang telah dijalankan
dapat diberikan penambahbaikan, dari aspek keupayaan sebutan perkataan sahaja kepada
pertuturan. Hal ini kerana, bagi kanak-kanak masalah pertuturan pelat kemampuan untuk
menyebut satu perkataan dengan betul merupakan kejayaan yang sangat baik. Namun, kejayaan
dalam mencapai pertuturan dengan jelas pula merupakan pencapaian terbaik mereka.
Oleh itu, pengkaji mencadangkan agar kaedah intervensi ini dapat diaplikasikan pada kajian
yang akan datang untuk meningkatkan lagi perkembangan tahap keupayaan sebutan kepada
pertuturan bagi murid yang menghadapi masalah pelat.
Jesteru itu, guru juga seharusya lebih prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh murid dan
megambil inisiatif untuk melaksanakan intervensi yang sesuai bagi meningkatkan keupayaan
sebutan murid masalah pertuturan. Latihan rangsangan lidah yang berterusan akan dapat
mengubah keupayaan murid ke peringkat yang lebih baik. Selain itu, pihak sekolah juga perlu
memantau proses PdP di kelas Pendidikan Khas agar murid diberika pendidikan berkualiti.

11

RUJUKAN
BUKU
KLiaw, J. O. (2008). Kaedah Santai Tutur Untuk Kanak-kanak Autisme. selangor: Terbitan
Ilmiah.
Mohamed, J. K. (2006). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala Lumpur: Pts
Publisher Sdn.Bhd.
Razhiyah, K. (2006). Anak Istimewa. Kuala Lumpur: Pts Professional Sdn.Bhd.

JURNAL
Abd. Rahman Hamdan. 1996. Pengajaran Pertuturan kanak-kanak bermasalah Pendengaran.
Latihan Ilmiah. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Indirawati Zahid. 2006. Fonetik dan fonologi. Kuala Lumpur: PTS Professional
Publishing Sdn Bhd.
Tome, E.C.S, Edward, A.P, James, R.P, Carol, A.D (2004). Teaching Student With Special
Needs In Inclusive Setting. (4nd ed). United State of America.
Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Khas Malaysia.2000. Buku Panduan
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) Murid-murid Berkeperluan Khas.
Hallahan, D.P & Kauffman, J.M. (2003). Exceptional children: Introduction to special
education. Boston: Allyn and Bacon.

Abdul Razak Habib. (2006) . Kaedah Kajian dalam Pendidikan. Kuala Lumpur Open Univesity
Malaysia.
Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan Bacaan Asas.
Kuala Lumpur. DBP
Heward, W L (1996) Exceptional Children An Introduction to Special Education (5th Ed.).
New Jersey. Prentice Hall
Warren, S.F., & Abbeduto, L. (1992). The relation of communication and language development
to mental retardation. American Journal of Mental Retadation, 97(2), 125-130.
Wehmann, P., Moon, M. S., Everson, J.M., Wood, W., & Barcus, J. M. (1988). Transition from
school to work: New challenges for youth with severe disabilities.
Baltimore: Paul H. Brookes. Oliver, M. (1990). Understanding disability: From theory to
practice. London: Macmillan.

12

You might also like