You are on page 1of 16

Disediakan oleh: Mohd Syafiq Mohd Ikhwan Mohd afiq Nuraini

Menurut

Abdull Sukor Shaari, Prof. Madya Dr. Nuraini Yusoff & Mohd Isha Awang (2003:117) dalam buku Bahasa Melayu Komunikasi, laporan ialah dokumen yang digunakan bagi menyampaikan maklumat khusus kepada pembaca tertentu. Maklumat yang disampaikan harus mengambil kira aspek ketetapan dan kepadatan di samping disusun dengan sistematik dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Menurut Sulaiman Masri, Mashudi Bahari & Juliyana Mohd Junid (2007:174) dalam buku Bahasa Melayu Rujukan Menengah, laporan diertikan sebagai pemerian bertulis tentang kejadian, perkara atau pendapat yang disampaikan dalam format tertentu dan laras bahasa lebih formal. Laporan yang ditulis bergantung kepada situasi. Menurut Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1999:67) dalam buku Aktiviti Lisan, laporan ialah bertujuan untuk merekod, melapor dan mencadangkan sesuatu perkara. Laporan ini boleh disediakan oleh individu, jawatankuasasesebuah organisasi dan seumpamanya. Menurut Noraslina & Nik Mashi (2003:47) dalam buku Contoh Karangan UPSR Tahun 4,5&6, menyatakan laporan ialah rekod yang ditulis untuk melaporkan sesuatu hal dan peristiwa ataupun kejadian yang telah berlaku.

Kohler, (2003:330) in Financial Statement Analysis and Reporting, report is a body of information organized for presentation to others, it often includes interpretations, recommendations and findings with supporting evidence in the form of other reports. Terjemahan: Laporan adalah sebuah badan maklumat yang dianjurkan untuk pembentangan kepada orang lain, ia selalunya mengandungi tafsiran, cadangan dan penemuandengan bukti sokongan dalam bentuk laporan yang lain.

Fred Allen (2003:184) in How to Write a Conference Report, it is a gathering of important people who singly can do nothing, but together decide that nothing can be done. Terjemahan: ia adalah satu perhimpunan orang yang penting secara tunggal yang tidak boleh berbuat apa-apa, namun bersamsama memutuskan bahawa tiada apan yang boleh dilaksanakan.

Merakamkan,

memberitahu dan mencadangkan sesuatu. Persediaan dalam membuat sesuatu keputusan. Mempertahankan sesuatu tindakan yang akan diambil. Menyalurkan cadangan. Memaklumkan pelaksanaan dan perkembangan sesuatu.

Laporan tahunan Pemerian secara bertulis sesuatu jabatab, badan atau syarikat bagi tahun lepas. Laporan ini memuatkan perjalanan jabatan, badan atau syarikat daripada segi keahlian, kegiatan, kewangan dan kemajuaannya. Laporan rutin laporan ni digunakan bagi kegunaan dalaman seperti kemajuan projek persendirian dalam jabatan. Ia ditulis dalam borang khas kerana dengan cara ini penulisan dan bacaan laporan lebih mudah dan cepat.

Laporan prestasi Laporan yang mengandungi penjelasan tentang tugas-tugas yang telah selesai dan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh sesebuah syarikat atau organisasi. Ia diterbitkan bagi makluman pihak tertentu bagi memperlihatkan keupayaan syarikat tersebut. Laporan penilaian Laporan ini digunakan untuk meyatakan mutu, keadaan atau sifat sesuatu yang menjadi fokus penilaian. Ia ditulis bagi memberikan maklumat kepada pihak tertentu yang akan membuat keputusan dan hanya sebagai makluman sahaja. Laporan sulit Laporan ini biasanya ditujukan kepada seseorang individu. Ia mengandungi segala maklumat yang berkaitan dengan orang tersebut seperti kelulusan, kelayakan, kelebihan dan juga keistimewaan serta taraf kesihatannya. Laporan ini digunakan bagi membantu sesuatu pihak. Ia digunakan bagi kes ynag berkaitan dengan salah laku disiplinatau pelanggaran tatatertib individu tersebut.

Laporan penyelidikan Biasanya berupa pemerian atau laporan yang disediakan oleh pgawai atau jawatakuasa tertentu bagi menyiasat dasar tertentu, pencapaian projek atau kegagalan projek. Kemudian, mereka akan membuat perakuan kepada pihak yang memberi tugas. Laporan lawatan Bertujuan untuk merakamkan peristiwa yang berlaku sepanjang lawatan itu berlangsung. Laporan ini melaporkan peristiwa yang berlaku kepada orang yang membuat laporan itu sendiri. Hal ini untuk memperlihatkan kesan yang berlaku terhadap pembelajaran. Laporan aktiviti persatuan Hendaklah ditulis mengikut format yang tertentu. Hal ini kerana terdapat beberapa perkara wajib yang perlu dilaporkan seperti sejarah ringkas penubuhan, jumlah ahli, aktiviti tahunan dan sebagainya. Pelapornya mesti berjawatan setiausaha. Laporan ini bertujuan untuk merakam dan memaklumkan sesuatu bagi tujuan untuk memberikan cadangan atau menyelesaikan isu.

Laporan Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Darau. Persatuan Matematik dan Sains dibentuk pada tahun 1982.Anggota-anggota persatuan ini berjumlah 60 orang. Mereka terdiri daripada pelajar Tahun Empat hingga Tahun Enam. Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Selain itu ,melalui persatuan ini,pelajar dapat bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran masing-masing. Persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sepanjang tahun 1995.Kegiatan-kegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik. Kegiatan pertama yang kami jalankan ialahPeraduan Menulis Esei Tentang Sains.Sambutan yang diberikan terhadap peraduan ini adalah sangat menggalakkan. Peraduan ini dimenangi oleh Suriani Mat Zin,pelajar Tahun Enam Mawar. Kami juga menganjurkan ceramah tentang sains dan matematik .Ceramah ini disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Malaysia. Selain itu ,kami turut mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Kami memperindahkan kawasan taman pra dengan menanam berbagai jenis bunga dan menamakan pohonpohon tersebut mengikut istilah sains. Pada cuti penggal kedua persekolahan,kami mengadakan lawatan ke Taman Ular di Batu Pahat. Sebagai hasil lawatan ini,kami banyak memperolehi pengetahuan tentang penyelidikan yang dijalankan oleh pihak Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia di situ. Pada keseluruhannya,kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami jalankan .Kami juga berterima kasih kepada guru penasihat,Cikgu Rosmini Jaafar yang banyak memberikan bimbingan kepada kami. Disediakan oleh, 25 Januari 1996 Azmi _______________ (AZMI SULAIMAN) Setiausaha Persatuan Matematik dan Sains Sekolah Kebangsaan Darau, Jerteh,Terengganu.

Kepala laporan Terdapat nama persatuan atau organisasi, seterusnya tajuk laporan. Jika dalam setahu, terdapat beberapa laporan, maka nombor bilangan hendaklah ditulis. Selang selepas tajuk, dituliskan tarikh, masa dan tempat bagi laporan aktiviti, lawatan atu majlis tertentu. Kesemuannya ditulis ditengah laporan. Isi laporan terdiri daripada tajuk atau subtajuk dan menggunakan sistem penomboran. Dimulakan dengan pendahuluan atau pengenalan dan diakhiri dengan penutup. Isinya bergantung kepada perkara yang hendak dilaporkan. Penamat laporan Ditulis selang sebaris daripada ayat terakhir, dimulakan dengan frasa pengakuan pelapor, Disediakan oleh,. Diikuti ruang untuk tandatangan pelapor dan dibawahnya nama lengkap pelapor dalam kurungan ditulis dengan huruf besar kesemuanya dan akhirnya nama jawatan pelapor. Kesemua maklumat ini ditulis di sebelah kiri

Bahagian-bahagian lain Ia digunakan bagi laporan yang mempunyai banyak halaman dan terdiri daripada bab. Hal ini bermakna tidak semua laporan memerlukan perkara tersebut.

Halaman judul muka surat. Mengandungi nama penulis, organisasi, tajuk laporan, tahun. Senarai kandungan. Muka surat dan penomboran pada tajuk atau subtajuk. Senarai jadual dan rajah. Nombor jadula atau rajah perlu dicatatkan berserta nombor halamannya. Abstrak atau ringkasan. Sinopsis keseluruhan kandungan laporan berkenaan. Huraian data. Data yang diperolehi ataupun yang ingin dilaporkan dan disusun mengikut topik dan subtajuk khusus. Kesimpulan. Mengandungi rumusan serta cadangan atau syor yang berkaitan dengan laporan. Rujukan atau bibliografi. Bahan-bahan yang digunakan semasa menyiapkan laporan, khususnya laporan ilmiah. Lampiran. Maklumat tambahan yang bertujuan mengukuhkan hujah atau memberikan bukti.

You might also like