You are on page 1of 24

KULIAH 7

20.10.2020
FORMULA MUDAH UNTUK UCAPAN
RINGKAS
 Formula yang anda boleh gunakan dalam
merangka seni penyampaian anda.
 3 bahagian
 BAHAGIAN PERTAMA
 BAHAGIAN KEDUA
 BAHAGIAN KETIGA
BAHAGIAN PERTAMA
 Bahagian pertama ialah pembukaan. Di dalam
bahagian ini, anda hanya perlu memberitahu
kepada audien anda apa yang anda mahu
kongsikan dengan mereka.
 Ianya umpama memberikan GAMBARAN

KESELURUHAN kepada audien anda.


 Sebagai contoh anda boleh bermula dengan
berkata begini : “Terima kasih tuan-tuan dan
puan-puan sekalian sudi hadir ke program
hari ini. Dalam 10 minit ini, saya akan
kongsikan dengan anda 3 formula untuk
merangka ucapan yang mantap dan berkesan.”
 Sebagai bonus. Anda boleh tambah 2 perkara
lagi iaitu 1 Poin yang audien boleh dapat
dengan mendengar formula anda seterusnya 1
poin yang audien boleh elakkan dengan
mendengar atau mengikuti formula anda.
(What they can gain and what they can avoid
by following your instruction).
 Sebagai Contoh: “ Apabila anda mengikuti
formula saya ini, anda akan lebih
mudah menyampaikan topik ucapan anda
dan seterusnya tidak lagi gagap di hadapan
audien anda”
 Lebih mudah = Audien dapat
 Tidak lagi gagap = Audien boleh elak
BAHAGIAN KEDUA
 Di bahagian kedua ini, anda perlu sampaikan
FORMULA yang anda telah janjikan dibahagian
pertama tadi (pembukaan). Dicadangkan sebaik-
baiknya sampaikan 3 Formula, 3 Teknik, 3
Kaedah untuk selesaikan masalah audien.
 Sebagai contoh : “Berikut merupakan 3 Formula
yang saya ingin kongsikan dengan anda. Yang
pertama………………… Yang kedua…………….
Yang Ketiga…………” Sampaikan langkah demi
langkah.
 Ingat untuk menjadi seorang yang pakar
dalam bidang anda. Sentiasa fikirkan
bagaimana tip atau petua anda dapat
selesaikan masalah audien anda.
 Usah banyak bercerita tentang

mengapa….mengapa… mengapa… tetapi


banyakkan berkongsi bagaimana…
bagaimana… bagaimana…
BAHAGIAN KETIGA
 Setelah selesai berkongsi formula anda di bahagian
kedua. Di bahagian akhir ini, anda hanya perlu lakukan
kesimpulan dengan mengulangi kembali atau
memberitahu kembali kepada audien apa yang anda telah
kongsikan dengan mereka.

 Sebagai contoh : “Alhamdulillah, tuan puan sekalian. Kita


telah pun pelajari 3 formula untuk merangka ucapan
yang mantap. Pertama kita belajar tadi….. keduanya…..
dan akhir sekali kita telah pelajari juga……”
 Kaedah ini lebih berkesan jika anda dapat minta audien
sebut kembali nama-nama formula yang anda kongsikan.
Mereka akan sangat “enjoy” penyampaian anda.
MERANGKA PENGENALAN DENGAN
BERKESAN
 Merancang sesuatu pengenalan dengan baik
adalah dimestikan kerana ia adalah “First
Impression” atau “Kesan Pandangan
Pertama” kepada keseluruhan teks ucapan
anda.
 Terdapat beberapa tujuan pengenalan kepada
ucapan:
 Menarik minat audiens pada topik ucapan anda
 Memberikan impak positif audiens terhadap
speaker atau trainer
 Memberikan mereka peluang supaya
mendengar dengan bijaksana
 Mewujudkan hubungan kemesraan dan
kepercayaan audiens terhadap kebolehan anda.
Unsur-unsur Pengenalan
Fakta menarik atau unik serta
statistik.
 Fakta menarik atau unik serta statistik.
Pernahkah anda memulakan ucapan
menggunakan statistik yang diambil dari
majalah atau quote dari speaker? Anda
mulakan teks ucapan anda dengan
melontarkan soalan kepada audiens. Sebagai
contoh, “Tahukah anda menurut statistik
pada tahun 2009 dari Kementerian Kesihatan
Malaysia bahawa 3 Penyakit Utama yang
dihadapi oleh rakyat Malaysia adalah Penyakit
Kanser, Jantung & Arteri Koronari?”
Soalan ‘Rhetoric’ atau Soalan Biasa.
 Soalan ‘Rhetoric’ atau Soalan Biasa.
Soalan ini merupakan soalan yang sering
ditanya oleh semua trainer atau penceramah
seperti “Apa khabar semua?” “Bagaimana
keadaan anda hari ini? Atau “Adakah anda
sudah makan?” atau “Adakah anda sihat hari
ini?”
Jenaka Yang Memberi Pengajaran.

Anda juga boleh melakukan jenaka yang


tidak terlalu sensitif yang boleh melibatkan
emosi audiens. Salah satu jenaka
berpengajaran contoh yang boleh di
gunapakai dalam latihan adalah “Kisah Kura-
kura dan Arnab” dan “Kisah Ayam dan Burung
Helang”. Kedua-dua kisah ini adalah kisah
klasik yang popular diceritakan di dalam
kelas mahupun konvensyen.
Gunakan petikan dari Surat Khabar atau Buku

 Anda juga boleh gunakan petikan daripada


surat Khabar dan buku sebagai contoh untuk
dijadikan bahan untuk dijadikan topik
Pengenalan kepada ceramah atau ucapan
anda. Gunakan keratan akhbar sebagai
bahan utama untuk diperkatakan dan anda
juga boleh tunjukkan kepada audiens dengan
menggunakan slaid projektor atau Overhead
Prokector (OHP).
Contoh cerita, quote, pantun
 Contoh cerita, quote, pantun, perumpamaan,
bidalan, pepatah atau puisi berkaitan dengan
tajuk ucapan anda
Bahan yang saya senaraikan ini adalah contoh
terbaik yang boleh anda gunakan sebelum
majlis bermula. Ini kerana Ianya popular
dikalangan masyarakat golongan generasi X
yang amat berminat untuk menggunakan
senarai di atas sebagai satu wacana
pengucapan awam.
“Anecdote” atau Cerita Pendek
 Cerita pendek boleh digunakan sewaktu memulakan
latihan, majlis, bengkel, seminar atau konvensyen
mahupun sewaktu dan sebelum majlis. Cerita
pendek seperti cerita dari pengalaman anda atau
pengalaman orang lain merupakan cerita pendek
yang terbaik boleh dikongsikan kepada audiens.
Cerita pendek yang lain adalah cerita kelakar yang
bukan sensitif, cerita sejarah seseorang, cerita yang
benar yang melibatkan individu-individu tertentu
ataupun tidak dengan Tujuan untuk menyampaikan
maklumat sebagai satu kesedaran kepada audiens.
“Gimmick” mungkin seperti magic
 Bagi seseorang trainer atau penceramah yang berminat
dengan gadget atau permainan silap mata, anda boleh
melakukan aktiviti ringkas seperti Magic adalah semata
– mata untuk membuatkan peserta teruja dengan
kelebihan trainer. Gimmick seperti “Magic” yang tidak
membawa kepada kesan negatif boleh
membuatkan anda orang trainer atau penceramah
yang hebat kerana ramai trainer atau penceramah
diluar sana kurang mahir menggunakan peralatan
magic digunakan sebagai bahan latihan di dalam kelas
mahupun dewan seminar. Anda boleh mendapatkan
video magic di dalam Youtube mahupun buku-buku
panduan di kedai buku seperti Popular dan Kinokuniya.
 Kalau mencari tempat mandi,
 Pertama teluk kedua pantai;
 Kalau mencari pemimpin negeri,
 Pertama elok kedua pandai.
 Awal Bicara
 Alangkah indah dan murninya pantun di atas apabila dilafazkan dalam majlis yang
dihadiri
 oleh orang kenamaan atau pemimpin. Pantun tersebut bermaksud untuk memuji dan
 menghargai pemimpin yang sudi hadir dalam majlis. Pujian yang demikian, pada hemat
saya,
 suatu pujian yang jujur. Bahkan dari sudut komunikasi, pantun tersebut merupakan
suatu
 penghargaan, iaitu menghargai sifat “elok” (karisma) dan “pandai” (bijaksana) yang
 sememangnya menjadi ciri khusus bagi pemimpin, dalam apa-apa jua peringkat
 kepemimpinan. Demikianlah terpancarnya kebijaksanaan fikiran dan perasaan pencipta
dan
 pelafaz pantun dalam situasi yang mengizinkan pantun diketengahkan sebagai suatu
wacana
 pengucapan kepada khalayak
 uan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. pernahkah
anda mendengar, Kerana seekor kucing, tercampak ke dalam
neraka?
 Hadirin sekalian, dalam riwayat sahih al-Bukhari, "Seorang wanita
diseksa kerana seekor kucing yang dikurungnya sehingga mati.
Dia masuk neraka kerana dia tidak memberinya makan dan minum
sewaktu mengurungnya. Dia tidak pula membiarkannya mencari
makan."
 Ini menunjukkan kasarnya sifat wanita itu, betapa buruk
akhlaknya, serta tiadanya belas kasih di dalam hatinya. Dia
mengurungnya sepanjang siang dan malam. Kucing berasa haus
dan lapar dan meminta dengan suara yang meminta bantuan dan
pertolongan. Akan tetapi, hati wanita ini tidak terketuk oleh suara
pilu kucing itu. Suara kucing itu semakin lemah, lalu seterusnya
menghilang. Kucing itu mati. Ia mengadu kepada Tuhannya
tentang kezhaliman manusia yang hatinya keras dan membatu.
 Hadirin yang dihormati sekalian,

 “Bumi yang tiada rimba, seumpama hamba, dia dicemar manusia, yang
jahil ketawa.” Begitulah antara bait lagu Hijau dendangan Zainal Abidin.
Seni kata lagu itu menceritakan kemusnahan alam sekitar akibat
kerakusan manusia. Sikap manusia memang menjadi faktor utama
pencemaran alam sekitar. Buktinya, kini berlaku perubahan cuaca yang
tidak menentu, penipisan lapisan ozon, banjir kilat, kenaikan suhu
global dan pencemaran udara serta air bertoksin. Ketika ini, pelbagai
pihak tampil mempromosikan usaha memelihara alam sekitar menerusi
media secara serius. Namun usaha tersebut masih di peringkat
awal, kerana majoriti masyarakat seolah-olah belum peka dengan
masalah alam sekitar. Banyak pihak yakin cara terbaik untuk memelihara
dan memulihara alam sekitar adalah dengan memberikan pendidikan
awal kepada golongan kanak-kanak berkaitan alam sekitar. Pepatah
“melentur buluh biarlah dari rebungnya” adalah tepat untuk usaha ini.
 https://padlet.com/
marliana_mohamed_ramli/6d4hq5ydd2vg

You might also like