You are on page 1of 4

SULIT

Modul Bahasa Melayu


Topik: Ayat
Ayat Pengenalan
Ayat pengenalan merupakan pembuka kepada karangan. Ayat ini boleh dalam bentuk pendefinisian atau
memberi penjelasan kepada sesuatu konsep, boleh juga dalam bentuk pemaparan statistik, data, kajian serta
laporan.
Perlu diingat, ayat pengenalan memberikan persepsi awal terhadap
keseluruhan karangan. Jika ayat ini dibuat dengan penuh bergaya, maka
tentulah pemeriksa akan menelah bahawa karangan itu tentunya baik.
Ayat pengenalan tidak ada penanda wacana yang khusus. Namun, pelajar boleh menggunakan penanda
wacana seperti ini:
Dewasa ini ... / Dasawarsa ini ...
Seperti yang telah digembar-gemburkan oleh pihak media ...
Sejak dahulu lagi, kita sering mendengar berita ...
Era pascaperindustrian telah menjerumuskan kita ...
Pada zaman pascamodenisasi yang semakin memuncak ini ...
Hakikat yang selalu kita dengar tetapi jarang kita telan ialah ...
Dada-dada akhbar dan kaca televisyen sering diwarnai dengan ...
Ayat Arah
Sesuai dengan namanya sebagai ayat arah, ayat ini berfungsi sebagai menetapkan haluan karangan pelajar.
Dengan kata lainnya, ayat ini boleh dicipta melalui kehendak soalan yang dipaparkan. Berikut merupakan
contoh bagi soalan karangan:
Pencemaran air merupakan salah satu masalah yang kian meruncing. Pada pendapat anda,
apakah faktor-faktor yang mendorong kepada permasalahan ini?
Kehendak soalan ini ialah memerlukan pelajar menghuraikan faktor-faktor yang mendorong
kepada masalah pencemaran air. Jadi, ayat arah boleh ditulis sebagai:
Terdapat pelbagai faktor yang mendorong kepada masalah pencemaran air.
Natijahnya, banyak punca yang menyebabkan masalah pencemaran air semakin berleluasa.
Jadi, apakah faktor yang mendorong kepada permasalahan ini?
Ayat Topik
Ayat topik akan menggariskan isi penting bagi sesebuah perenggan. Oleh itu, pelajar diingatkan bahawa
menyusun isi yang dikemukakan mengikut susunan keutamaan, iaitu daripada yang paling penting atau
efektif kepada yang kurang penting atau lemah.
SULIT
Modul Bahasa Melayu
Ayat topik perlulah segar dengan penggunaan kata-kata yang dapat menarik perhatian pemeriksa dengan isi
yang dipaparkan. Oleh itu, elakkan menggunakan perkataan yang berulang-ulang. Ayat topik tidak perlu
panjang, cukup untuk pelajar menyebut isi yang akan dihuraikan dalam ayat huraian.
Berikut penanda wacana yang boleh digunakan dalam setiap ayat pertama dalam karangan :
Antaranya ialah ... / Antaranya adalah dengan ...
Cara perdana ... / Faktor perdana ... / Kesan yang paling mendesak ialah ...
Di samping itu ...
Selain itu ... / Selain itu juga ...
Tidak kurang juga ...
Bukan itu sahaja ...
Malahan ...
Bahkan juga ...
Ayat Huraian
Selain ayat pengenalan, dalam karangan juga perlulah ada ayat huraian. Ayat huraian juga dapat dikatakan
sebagai ayat lanjutan kepada isi yang telah diketengahkan. Ayat huraian biasanya menjawab persoalan
mengapa dan apa, misalnya apa kesannya?
Perlu diingat bahawa ayat huraian yang baik perlulah padat dengan segala informasi
yang berkaitan dengan isi yang digariskan pada setiap ayat.
Berikut merupakan contoh penanda wacana yang boleh digunakan dalam membuat ayat huraian :
Satu hakikat yang payah untuk dikesampingkan ialah ...
Realitinya, kita memang tidak dapat menyangkal ...
Seperti yang kita sedia maklum ...
Bertitik tolak daripada itu ...
Disebabkan kelebihan inilah ... / Berpunca daripada kepincangan inilah ...
Hal ini secara tidak langsung ...
Lantaran itu ... / Ekoran daripada tindakan itu ...
Keadaan ini tentunya menyumbang kepada ...
Perkara yang paling ketara ialah ... / Fenomena yang begitu menyesakkan dada ialah ...
Walaupun pelbagai langkah telah dilakukan ...
Kendatipun menggunakan cara kekerasan ...
Serupa juga dengan situasi yang tercermin di ...
Sungguhpun tidak banyak yang mengetahuinya ...
Ayat Contoh
Ayat contoh merupakan pembuktian yang ingin dibuat, selain bertujuan mengukuhkan isi yang telah
dinyatakan. Contoh boleh wujud dalam pelbagai bentuk, antaranya ialah contoh berbilang-bilang, contoh
tunggal, statistik, kajian, laporan, juga dalam bentuk analogi yang terdiri daripada kiasan, perumpamaan dan
SULIT
Modul Bahasa Melayu
sebagainya.
Berikut merupakan penanda wacana yang boleh digunakan untuk menulis ayat ini:
Sebagai contoh ...
Misalnya ...
Bukti yang paling jelas ialah ...
Biar kita ambil contoh yang begitu ketara ...
Contoh yang paling dekat dengan kita ialah ...
Bagi mengukuhkan hal ini, biar kita paparkan ...
Ayat Penegas
Ayat ini digunakan untuk menegaskan pendirian pelajar terhadap isi yang telah dinyatakan. Ayat penegas
hanya mengulang isi yang telah dinyatakan bagi memperlihatkan kekuatan pendirian pelajar terhadap
perenggan tersebut.
Antara penanda wacana bagi ayat penegas ialah:
Tegasnya ...
Natijahnya ...
Ringkasnya ...
Jelasnya ...
Sesungguhnya ...
Jadi ...
Ayat Kesimpulan
Ayat kesimpulan dibuat untuk memperlihatkan pendirian pelajar setelah berhujah dan menghuraikan isi
dengan panjang lebar. Kesimpulan yang baik perlulah meliputi kesemua pihak kerana suatu matlamat tidak
akan tercapai jika setiap pihak gagal melaksanakan peranan masing-masing.
Berikut merupakan antara contoh penanda wacana bagi membuat ayat kesimpulan :
Intihanya ...
Sebagai kesimpulannya ...
Akhir kalam/ Akhirulkalam ...
Bagi menutup perbicaraan ini ...
Secara rumusannya ...
Ayat Cadangan
Ayat cadangan dibuat untuk mengemukakan usul atau tindakan yang paling efektif dalam menyelesaikan
kepincangan sedia ada. Walaupun begitu, jika soalan sudah meminta pelajar mengemukakan
langkah-langkah, maka cadangan yang dikemukakan perlulah mengambil pelbagai faktor seperti
keberkesanan, kesesuaian, holistik, penglibatan semua pihak dan sebagainya.
SULIT
Modul Bahasa Melayu
Berikut diperturunkan beberapa ayat cadangan yang boleh digunakan :
Oleh hal yang demikian, kita perlulah ...
Sewajarnya kerajaan perlu mencari pencerahan dalam usaha ...
Tidak menjadi satu kesalahan dominan jika ...
Sudah tiba masanya ibu bapa bertindak ...
Ayat Harapan
Ayat harapan digunakan untuk menyampaikan emosi pelajar sebagai penulis dan perenung kepada sesebuah
peristiwa dan isu. Sudah tentu sesuatu masalah mahu diselesaikan atau dihapus terus. Oleh itu, harapan itu
perlulah menghala ke arah penyelesaian secara berkesan.
Pelajar boleh menggunakan penanda wacana seperti di bawah ini untuk membuat ayat harapan:
Dengan itu, diharapkan ...
Besar harapan generasi mendatang untuk ...
Kecil tapak tangan, lautan mereka hamparkan seandainya generasi kita pada hari ini dapat
menyelamatkan ...

You might also like