You are on page 1of 13

Kerajaan-kerajaan awal

Satu Pengenalan- Kuliah 2

Penubuhan Kerajaan-kerajaan awal


Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik dan Neolitik di Nusantara. Sebelum lahirnya Kerajaan Melaka pada abad ke-15 telah wujud kerajaan-kerajaan awal sejak abad pertama di Nusantara Kewujudan kerajaan awal ini disebut dalam catatan asing terutama daripada sumber Cina, India dan Arab Jenis Maritim dan agraria
o o o o o o o

Funan Angkor Srivijaya Campa Ho-Lo-Tan Langkasuka Kataha

Pengaruh Hindu-Buddha
Pengaruh dalam aspek:o o o

Struktur pentadbiran
Piramid, konsep devaraja,daulat,tulah dll.

Kesenian
Orde Kosmos- Raja dan ibukota adalah pusat alam.

Kepercayaan
I-Tsing Srivijaya pusat Hindu-Buddha Hieraki (Raja-Brahmin-Kesastria-Awam-Paria)

Bahasa
Sanskrit-dlm.kitab-kitab , mentera

Kerajaan Funan Kerajaan Melayu tertua di Semenanjung Indochina. Muncul pada


abad pertama Masehi. Pusat kerajaan terletak di bahagian hilir dan di delta Sungai Mekong yang meluas ke Annam Tengah (Hue) dan di sebahagian besar Lembah Menam dan bahagian Utara Semenanjung Tanah Melayu Raja mereka digelar `Raja Gunung` yang bermaksud raja yang tinggi darjatnya. Menurut sumber Cina, ibu kotanya bernama Vydhapura. Ibu kota Funan ini mempunyai sebuah pelabuhan terkenal bernama Oc-Eo. Letaknya di delta Sungai Mekong. Dikatakan bahawa pelabuhan ini mempunyai rumah bertiang dan mempunyai sistem saluran air yang luasnya 200 km dan dibina oleh jurubina mahir zaman itu. Para arkeologi telah menjumpai berbagai-nagi bahan artifak yang membuktikan bahawa ekonomi Funan bersumberkan perdagangan antarabangsa dan merupakan negeri yang berciri kosmopolitan. Pemerintah pertama adalah daripada dinansti Kaundinya pada abad pertama Masihi. Raja yang paling agung bernama Jayavarman.

Samb.

Funan mempunyai bandar-bandar yang yang dipagari temboktembok dan di dalamnya terdiri istana-istana dan rumah- rumah kediaman. Penduduk-penduduknya adalah petani-petani yang bercucuk tanam secara primitif. Mereka pandai mengukir barangan perhiasan dan berhala menggunakan pahat. Perkakas masak-memasak diperbuat dariopada perak. Cukai-cukai dibayar menggunakan emas, perak, mutiara dan minyak wangi. Mereka juga mempunyai buku-buku dan arkib-arkib dan tulisan mereka seakan-akan tulisan orang India. Funan mempunayi hubungan dengan negeri China. Sumbersumber China ada menyebut bahawa beberapa utusan telah dihantar oleh pemerintah Funan seperti Jayavarman. Kegemilangan kerajaan Funan berakhir apabila negara itu telah diserang oleh Chen-la. Kesimpulannya , Funan ialah negaeri kuasa besar Melayu yang pertama dalam sejarah Asia Tenggara. Tradisi-tradisi Funan seperti pemujaan gunung dan puteri Naga dikuti oleh orang-orang Khmer. Corak seni binanya masih kekal dalam beberapa bangunan Kemboja sperti ukiran patung-patung dewa Hindu.

Kerajaan Campa
Kerajaan Melayu kedua yang tertua di Semenanjung Indochina bermula pada abad kedua sekitar 137 Masehi. Nama asalnya adalah Lin-Yi (Linggi ?) dan kemudiannya dikenali Campa pada abad ketujuh Masehi. Kerajaan Campa terletak di utara Porte d`Annam dan terletak di suatu kawasan dari pintu Gerbang Annam sampai ke Tanjung Saint Jacques di bahagian tengah dan utara Vietnam. Sebelum abad ke-15, wilayah Campa terbahagi kepada beberapa kerajaan iatu Indrapura, Amaravati, Vijaya, Kauthara dan negeri-negeri kecil yang lain. Wilayah Campa terdiri daripada pergunungan hilang autonominya pada zaman Bao Dai dan ditakluki oleh Vietnam. Daripada segi bahasa dan sastera, Campa meningglkan ratusan batu bersurat (prasasti) dalam 98 bahasa Melayu Cam, 43 bahasa Sanskrit, 29 dwibahasa dan 36 bahasa yang tidak terbaca.

Samb.

Bangsa Campa terdiri daripada dua kategori iaitu berdasarkan cara hidup dan tempat tinggalnya. Kumpulan pertama menduduki daerah pesisir pantai dan satu lagi tinggal di kawasan pergunungan (golongan orang gunung). Penduduk kawasan dataran adalah penduduk Campa yang sebenar. Negara Campa banyak mengalami peperangan dengan Vietnam sejak terdiri kerajaan itu pada abad kedua sehingga abad ke-19. Hubungan Campa dengan dunia dapat dikaji melalui teks naskah Melayu tradisi tentang Campa. Dalam buku Sejarah Melayu diceritakan kisah nakhoda Campa diberi tempat duduk istimewa di balairong Seri oleh Sultan Melaka. Dalam kisah ke-21 21 diceritakan bahawa Raja Campa bernama Pau Gelang lahir daripada mayang pinang dan mempunyai kerajaan besar di Campa. Kesimpulannya negari Campa dan rakyatnya sedikit demi sedikit kehilangan wilayah akibat kerap berperang dengan Vietnam (Dai Viet) Raja terakhir Campa, Po Cong Chan telah melarikan diri bersama rakyatnya ke Kemboja tahun 1822 kerana tidak tahan hidup tertekan di bawah kekuasaan orang-orang Vietnam yang cuba

Kerajaan HO-LO-TAN
Terletak di utara Semenanjung Tanah Melayu dengan nama Cho-po atau She`po. Ibu negerinya adalah Ho-Lo-Tan. Ada sumber mengatakan bahawa She`po dan Ho-Lo-Tan adalah dua negeri yang wujud sezaman. Dalam sumber Cina, Sui Shu (587-618) ada disebut negara C`ih-t`u yang dianggap oleh ramai sarjana sebagai Kelantan. Kerajaan Ho-Lo-Tan pada tahun 430 telah mengirim utusan ke negeri China meminta bantuan bagi menentang musuh yang menyerangnya. Pada tahun 433, 436, 437 dan 452 Ho-Lo-Tan sering menghantar utusan dan ufti ke negeri China. Rajanya bernama Li-Fu-To-Se (Sri Bodhisattva) bersemayam di dalam sebuah kota yneg mempunyai 3 pintu gerbang. Pada setiap pintu gerbang terdapat lukisan-lukisan dewa-dewi dan tokoh keagamaan. Di dalam kota terdapat istana yang terdiri daripada berbagai-bagai jenis bangunan berbumbung dengan pintu-pintu di bahagian utara. Rajanya berpakaian warna merah dengan kalung daripada bunga-bunga emas serta memakia kalung yang dihias dengan berbagai jenis permata. Raja dikelilingi oleh emapt orang gadis di sebelah kanan dan lebih seratus orang pengawal di sebelah kiri sumber China. Mempunyai peraturan menerima tetamu mengikut protokal tertentu yang menarik terutama apabila menerima utusan daripada Raja China.

Kerajaan Langkasuka
Menurut sumber China, terdapat sebuah negeri yang terletak di laut selatan 2400 li dari Kanton, lebarnya dari timur ke barat 30 hari perjalanan dan dari selatan ke utara 20 hari perjalanan. Langkasuka menghasilkan kayu gaharu dan camphor (kapur barus). Ia mengirimkan utusan ke negeri China pada tahun 515, 523, 531 dan 568 Masehi. Pendeta buddha bernama I Tsing telah sampai ke Langkasuka dan bertemu dengan raja Langkasuka. Kerajaan Langkasuka bertahan selama 400 tahun dengan wilayahnya meluas sehingga ke hulu Perak, Patani di Teluk Siam hingga ke negeri Kedah. Catatan daripada inskripsi Tanjur (1030-1031) menyebut bahawa kerajaan Langkasuka telah diserang oleh kerajaan Chola pada tahun 1025. Negeri Langkasuka juga terletak dibawah naungan kerajaan Srivijaya. Pada tahun 1292, Marco Polo telah singgah ke Langkasuka dalam perjalanan dari negeri Cina ke Venice melalui lautan selatan.

Kerajaan Kataha (KedahTua)


Berpusat di Lembah Bujang Kedah sejak abad ke 6 hingga abad ke 13. Sumber India menyebut Kerajaan Kedah Tua sebagai Kataha, manakala sumber China pula menyebut Kedah sebagai `Chieh-cha`. Kerajaan Kedah Tua adalah sebauh kerajaan merdeka tetapi pada abad ke7, Kataha menjadi sebahagian daripada empayar Srivijaya. Kedah Tua diserang oleh kerajaan Chola pada tahun 1025 dibawah pimpinan Raha Rajenda 1 dari selatan India. Serangan itu dilakukan bagi merampas monopoli kerajaan Srivijaya di Semenanjung Tanah Melayu. Artifaks dari Lembah Bujang membuktikan bahawa Kataha adalah sebuah pelabuhan entreport pada abad ke-9 hingga abad ke-13. Artifaks itu berupa serpihan tembikar, manik-manik yang dikatakan berasal dari China, Asia Barat dan India. Artifaks dari China seperti serpihan tembikar berasal dari kerajaan T`ang dan Sung. Serpihan artifaks dari asia Barat terdiri daripada jenis bersepuh( glazed) dan berwarna dipercayai dari kerajaan Sassaniah bertarikh pada abad ke-7 dan ke-8.

Samb.
Bukti pada batu bersurat Minye Tujuh, Aceh (781-1380M) membuktikan bahawa kedatangan Islam ke Kedah Tua dan ke rantau Nusantara. Transkripsinya berbunyi; Setelah hijrah Nabi,kekasih yang telah wafat tujuh ratus lapan puluh satu tahun, bulan Zulhijjah 14 hari jumaat, Ratu iman warda rahmat Allkah bagi baginda. Daripada suku Barubadas menpunyai hak atas Kedah dan Pasai, Menaruh di laut dan darat semesta, Ya Allah ya Tuhan semesta taruhlah Ba dalam swarga Tuhan.

Perkembangan Bahasa
Srivijaya- terdapat aktiviti penterjemahan tulisan akademik bahasa Sanskrit ke bahasa Melayu (kuno) Bahasa Melayu kuno menjadi bahasa rasmi , bahasa pemerintahan, bahasa kebudayaan dan kesusasteraan dan perdagangan. Buktinya dilihat pada batu bersurat spt.
Kedukan Bukit Talang Tuwo Kota Kapur Karang Brahi

Kemerosotan
Serangan dari Kerajaan Chola (India) Persaingan dengan kerajaaan Jawa Timbul pula kerajaan Melaka pada awal kurun ke 15 ( Parameswara) yang membawa perubahan terhadap tanah Melayu dan juga rantau Asia Tenggara.

You might also like