You are on page 1of 23

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS KENEGARAAN HNS 2013

TUGASAN 2: Soalan 1 Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah mengubah worldview masyarakat Melayu dalam pelbagai aspek. Bincangkan.

PENSYARAH: EN. MOHAMAD KAMAL BIN KAMARUDDIN

DISEDIAKAN OLEH: NAMA: SUZAIN BIN SELEMAN ( D 20112053013 ) SEMESTER: SEMESTER 1

SENARAI KANDUNGAN
NO.
1. 1.0 Pengenalan

PERKARA

M/S
2

2.

2.0 Kedatangan Islam ke Alam Melayu 2.1 Teori Kedatangan Islam Melalui India 2.2 Teori Kedatangan Islam Melalui China 2.3 Teori Kedatangan Islam Secara Langsung Dari Tanah Arab

3 4 4 5

3.

3.0 Kesan Kemasukan Islam ke Alam Melayu 3.1 Pengaruh Kedatangan Islam Terhadap Politik 3.1.1 Pentadbiran 3.1.2 Perundangan 3.2 Pengaruh Kedatangan Islam Terhadap Sosiobudaya 3.2.1 Pendidikan 3.2.2 Bahasa dan Kesusasteraan 3.2.3 Kesenian 3.2.4 Gaya Hidup 3.3 Pengaruh Kedatangan Islam Terhadap Ekonomi 3.3.1 Perdagangan 3.3.2 Mata Wang 3.3.3 Percukaian.

6 6 7 8 12 12 14 16 17 17 18 19 20

4.

4.0 Rumusan

21

5.

5.0 Rujukan

22

1.0 Pengenalan. Kedatangan Islam ke Alam Melayu sememangnya telah banyak membawa perubahan dari sudut pandang luaran malahan amat terkesan jika dilihat dari sudut pandang dalaman, namun ia juga banyak membawa perubahan dan pengharapan baru dalam keagungan Tamadun Melayu itu sendiri. Sebelum kita pergi lebih jauh dalam membincangkan tajuk Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah mengubah worldview masyarakat Melayu dalam pelbagai aspek ini eloklah kita terlebih dahulu berkenalan dengan makna perkataan dan frasa seperti kedatangan Islam, Alam Melayu, worldwide, nusantara dan dalam perbincangan ini juga penulis akan lebih menekankan Alam Melayu itu kepada Tanah Melayu berbanding masyarakat melayu yang berada di sekitar nusantara . Menurut Kamus dewan edisi ketiga perkataan kedatangan dipetik dari kata dasar datang yang memberi erti sampai, tiba ( si sesuatu tempat ) . Perkataan Islam pula membawa maksud suatu agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Mari kita lihat pula perkataaan alam. Alam memberi erti dunia, atau bumi manakala kata Melayu ialah nama sesuatu bangsa atau bahasa. Istilah Melayu juga membawa maksud atau pengertian yang berbeza-beza contohnya sebuah kaum atau suku yang berketurunan Austronesia1 yang berbahasa Melayu yang tinggal di nusantara. Nusantara pula ialah kepulauan Melayu yang merangkumi kawasan Asia Tenggara. Jadi apabila digabungkan kesemua kata-kata tersebut boleh kita maksudkan iaitu kedatangan suatu agama yang di bawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. ke suatu kawasan yang didiami oleh orang-orang yang bertutur, tinggal dan mengamalkan cara hidup yang disebut Melayu yang membawa perubahan dari semua sudut dan mempunyai pengaruh seterusnya menjadi suatu pusat pengembangan ajaran agama itu yang sebelum ini mengamalkan cara hidup agama Hindu dan animisme2. Dari sudut lain Nusantara ialah sepatah kata majmuk3 yang berasal daripada dua kata bahasa Jawakuno, iaitu nusa (pulau) dan antara (lain). Penggunaan kata ini sememangnya lebih tepat bagi negara di kepulauan Indonesia yang bertempat di antara dua lautan 4dan negaranegara lain. Dalam penggunaan bahasa moden, istilah "Nusantara" merujuk kepada lingkungan pengaruh kebudayaan dan linguistik5 orang Melayu yang merangkumi kepulauan Indonesia, Malaysia, Singapura, bahagian paling selatan Thailand, Filipina, Brunei, Timor-Timur dan
1

Orang Austronesia merupakan kumpulan penduduk yang terdapat di Asia Tenggara yang bercakap, atau nenek moyang mereka bercakap, satu daripada bahasa Austronesia. Orang Austronesia termasuk juga kaum asli Taiwan,kebanyakan kumpulan etnik di Timor Leste, Indinesia, Malaysia,Filipina, Leste Madagascar, New Zealand, Micronesia; Melanesia; dan Polynesia 2 Animisme adalah suatu kepercayaan bahawa setiap benda ( batu, kayu dan lain-lain ) mempunyai semangat (roh). 3 Majmuk ialah masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum ( suku bangsa ) atau bangsa. 4 dua lautan merujuk kepada Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. 5 Linguistik berkaitan dengan bahasa.

mungkin juga Taiwan, namun ia tidak melibatkan daerah Papua New Guinea. Istilah padanan untuk "Nusantara" dalam bahasa Malaysia ialah Alam Melayu dan dalam bahasa Indonesia ialah "Nusantara" (kepulauan di antara), namun istilah ini kini juga digunakan secara meluas di Malaysia.

2.0 Kedatangan Islam ke Alam Melayu. Sebelum kedatangan Islam ke Alam Melayu umumnya tahu bahawa masyarakat di rantau ini menganut agama Hindu dan Buddha. Kebanyakkan mereka tinggal dan menetap di bandarbandar 6maritim seperti Pasai, Acheh, Perlak, Melaka, Brunei, Gerisik, Terengganu, Pattani dan Makasar. Tidak ada jawapan yang tepat bagi memastikan siapakah yang pertama sekali menyebarkan Islam di Nusantara kerana tiada bukti sahih7 yang ditemui bagi memastikan bilakah tarikh kedatangan mereka dan golongan manakah yang terlebih dahulu menyebarkan Islam.Walau bagaimanapun, dengan berpandukan beberapa penemuan 8batu bersurat dan catatan sejarah yang dibaca, ahli-ahli sejarawan tempatan telah membuat pelbagai teori kedatangan Islam ke Nusantara. Terdapat juga beberapa pandangan yang perlu di ambil perhatian yang telah dikemukakan oleh para sejarawan mengenai kemasukan Islam ke Nusantara atau Kepulauan Tanah Melayu. Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah mula berlaku sekitar abad ke-13 dan ke-14. Namun ianya lebih menonjol ketika kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka di abad ke15. Terdapat beberapa teori atau pendapat bahawa dipersetujui oleh sejarawan mengenai kedatangan Islam ke rantau sebelah sini. Kedatangan Islam ke Alam Melayu bolehlah dibahagikan kepada beberapa teori iaitu:

a. Islam datang melalui India. b. Islam datang melalui China. c. Islam datang secara langsung dari Tanah Arab.

6 7

Maritim berkaitan dengan perkapalan, pelayaran . Terletak di atau berdekatan dengan laut. Sahih iaitu pasti, benar, sah, dapat diakui ( diterima ) 8 Batu bersurat iaitu batu yang merekodkan suatu peraturan atau tarikh ketibaannya .

2.1 Teori Kedatangan Islam Melalui India. Hubungan India dengan beberapa negara di Nusantara telah lama terjalin. Maka teori yang mengatakan bahwa Islam berkembang ke Asia Tenggara adalah melalui India boleh diterima dengan beberapa fakta yang dikemukakan. Pada abad ke-13 Masihi, pada ketika itu Gujerat adalah di bawah pemerintahan Alaudin Khilji9, maka mereka menjadikan Gujerat sebagai pangkalan penting bukan sahaja sebagai pelabuhan, bahkan sebagai pusat perhubungan antara timur dengan barat. Dengan adanya kemudahan tersebut, saudagar-saudaugar Muslim dari Gujerat dikatakan sering berkunjung ke Nusantara untuk berdagang dan sekaligus menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk tempatan. Sebagai bukti batu nisan Malik al-Salih10 di Pasai yang mempunyai cirri-ciri buatan India. Bersandarkan kepada bahan bukti tersebut maka wajarlah dikatakan bahawa Islam telah disebarkan ke Kepulauan Melayu melalui pedagang dari India. Ada pendapat menyatakan kedatangan Islam ke Nusantara melalui daerah Bengal yang terletak di Malabar, India bukan Gujerat. Bengal jatuh ke tangan umat Islam pada abad ke-13 Masihi lalu dijadikan pusat pengajian dan penyebaran ajaran Islam terulung di India. Ramai pelajar yang lulus di pusat pengajian tersebut merantau ke Nusantara untuk mengembangkan ajaran Islam bermazhab Syafie11.

2.2 Teori Kedatangan Islam Melalui China. Teori12 kedua mengatakan bahawa Islam tersebar ke Asia Tenggara melalui China. Pendapat ini dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia dan S.Q Fatimi. Emanuel Gradinho Eredia mengemukankan alasan bahawa Khan Fo atau Canton atau Guang Zhou nama yang dikenali sekarang telah menjadi pusat perniagaan yang terkenal di kalangan perdagang Arab yang beragama Islam sejak abad ke-9M lagi. Jalinan dan hubungan antara pedagang dan peniaga Arab dengan China membolehkan Islam berkembang di sana dan seterusnya pedagang-pedagang China ini membawanya atau menyebarkan Islam ke alam Melayu.

Pemerintahan kedua Dinasti Khilji dalam India adalah Alauddin Khilji. Beliau adalah anak saudara dan menantu kepada Jalal-ud-Din Khilji. Semasa pemerintahan Jalal-ud-Din Khilji, alauddin Khilji telah sebagai Gabenor Awadhdan Kara. Bagaimanapun, beliau manu untuk mengukuhkan kedudukan beliau dengan menjadi pemerintah dinasti Khilji. Oleh itu beliau telah membunuh Jalal-ud-Din Khilji dan mengisytiharkan dirinya sebagai raja. 10 Sultan Malik Al-Saleh atau Malikussaleh nama asal beliau Merah Silu, [engasas Kerajaan Pasai, kerajaan Islam pertama di nusantara, Sultan Malikussaleh memerintah bermulla 1270M hingga 1279M. 11 Mazhab Syafie adalah mazhab fiqah yang dicetuskan oleh Muhammad bin Idris al-Syafii atau juga dikenali sebagai Imam Syafie. Mazhab ini kebanyakan diikuti para penduduk selatan Mesir, bahagian barat Arab Saudi, Syria, Indonesia, Semenanjung Malaysia, Pantai Koromandel, Malabar, Hadramaut (Yaman), dan Bahrain 12 Teori prinsip yang merupakan asas pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan, pendapat yang dikemukakan oleh seseorang untuk menerang sesuatu perkara.

S.Q. Fatimi menyatakan bukti bahawa berlaku perpindahan beramai-ramai pedagang Islam di Canton ke Asia Tenggara sekitar 876M. Pendapat ini disokong dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu13. Dengan penemuan ini fakta tersebut tidak dapat dinafikan lagi bahawa sudah wujud sebuah kerajaan tua yang bergantung pada perdagangan dan penyebaran Islam di Terengganu. Pendapat yang mengatakan bahawa Islam datang dari China diperkukuhkan lagi dengan terdapatnya persamaan unsur seni bina di China dengan unsur seni bina pada masjid-masjid di Nusantara seperti di Kelantan, Melaka dan Pulau Jawa. Ada juga sejarawan mengatakan Islam itu datang dari China melalui Champa.

2.3Teori Kedatangan Islam Secara Langsung Dari Tanah Arab. Berdasarkan catatan sejarah Cina yang menyebut bahawa pada abad ke-7 Masihi, orangorang Arab telah sampai ke Tanah Jawa. Pada tahun 684, mereka telah mendirikan sebuah perkampungan di pantai barat Pulau Sumatera. Menurut satu catatan lagi, pada zaman pemerintahan khalifah Al-Makmun bin Harun Ar-Rashid, seorang nakhoda telah memimpin seramai 100 orang mubaligh dengan 1 orang dari kalangan mereka berketurunan Quraish14 telah belayar menuju ke Nusantara untuk menyebarkan Islam. Apabila mereka sampai di Perlak, mereka mengadap Raja Perlak, Acheh dan berjaya mengislamkan baginda. Baginda Raja Perlak mengahwinkan puterinya itu dengan mubaligh Quraish itu tadi sementara mubaligh lain berkahwin dengan wanita biasa. Hasil perkahwinan mubaligh Quraish dengan puteri raja tersebut, Allah kurniakan mereka seorang putera lalu diberi nama Syed Abdul Aziz yang kemudian menjadi Sultan Perlak. Terdapat juga dalam satu catatan Barat menyebut bahawa pada tahun 1717 Masihi, sebuah angkatan laut Islam yang terdiri dari 35 buah kapal belayar dari Tanah Arab menuju ke China. Dalam perjalanan ke China, kapal-kapal itu telah berhenti sebentar di Sri Lanka, Srivijaya dan Palembang.bKetika mereka berhenti , mereka telah berdakwah dan menyebarkan agama Islam di situ.

13

Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yan mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1899. 14 Quraisy merupakan puak utama di Makkah al-Mukarramah.

3.0 Kesan Kemasukan Islam ke Alam Melayu. Sebelum agama Islam berkembang di Alam Melayu atau di Nusantara, masyarakat di rantau ini berpegang pada prinsip dan budaya Hindu. Pengaruh tersebut dapat dikesan secara menyeluruh dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial. Kedatangan agama Islam ke telah merubah banyak perkara di Alam Melayu. Ia telah mencorak suatu kehidupan baru yang berbeza dari zaman sebelumnya. Unsur-unsur baru yang diperkenalkan oleh ajaran Islam kekal hingga ke hari ini dan dapat dikenal pasti dalam pelbagai aspek kehidupan yang merangkumi bidang pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan, bahasa dan kebudayaan, kesenian, gaya hidup dan juga ekonomi.

3.1 Pengaruh Kedatangan Islam Terhadap Politik. Kedatangan Islam telah membentuk pemikiran politik yang berdasarkan prinsip-prinsip ajaran Islam. Contohnya Kerajaan Melaka telah mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan China. Ketika Melaka muncul sebagai kerajaan yang tersohor, hubungan dengan kerajaan China terutama semasa pemerintahan Maharaja Yung Lo semakin erat, pada ketika itu Islam banyak memainkan peranan dalam pentadbiran. Kemunculan empayar Melaka dan Aceh telah meluaskan lagi pengaruh Islam di sekitar kepulauan Nusantara. Dari sudut politik, terdapat perubahan yang jelas apabila

wujudnya kerajaan-kerajaan Melayu-Islam yang berpunca dari gerakan dakwah Islamiah oleh mubaligh-mubaligh dan ulama-ulama ke rantau ini. Dengan pengislaman Raja Jambi yang pertama di Nusantara telah mewujudkan kerajaan yang bertukar corak menjadi kerajaan Islam yang terkenal dengan Kerajaan Sribuza Islam. Kerajaan ini tidak panjang kerana telah diserang oleh Dinasti Tang. Pada abad ke-9 M telah muncul kerajaan Islam Perlak. Raja pertamanya ialah Sultan Maulana Abdul Aziz Shah. Kemudian pada abad ke-11 M wujud pula kerajaan Samudera-Pasai. Di Semenanjung Tanah Melayu, lahir sebuah kerajaan yang terkenal dengan Kedah Darul-Aman pada kurun ke-12 M. Rajanya telah memeluk Islam dan menukar nama kepada Sultan Muzaffar Shah. Baginda telah melantik ulama sebagai guru dan penasihat kerajaan. Bagi menjamin keselamatan negara dan agama, kerajaan-kerajaan Islam pada waktunya terpaksa menjalinkan hubungan diplomatik dan persahabatan dengan kuasakuasa Islam ketika itu seperti kerajaan Turki dan India. Kerajaan Acheh misalnya mempunyai jabatan yang mempunyai tugas-tugas khas terutama dalam urusan luar

negeri. Menerusi hubungan tersebut, Acheh mendapat bekalan senjata dan penasihatpenasihat tentera. Sebagai negara yang menerima ajaran Islam, unsur-unsur politik Islam yang berbentuk sejagat, saksama, adil dan bertanggungjawab telah mempengaruhi masyarakat Nusantara. Konsep pendewaan kepada raja-raja sehingga tahap menyembah telah bertukar kepada memuliakan seseorang yang memerintah. Sultan merupakan ketua tertinggi bagi melindungi agama dan adat tetapi tidaklah dianggap sebagai peribadi yang paling suci seperti Zaman Hindu. Oleh kerana raja-raja dan pembesar-pembesar terdiri daripada orang Islam , maka Agama Islam merupakan agama rasmi negara yang mendapat berbagai-bagai keistimewaan dan kemudahan seperti kemudahan penyebaran, pentadbiran dan pelaksanaan hukum-hukum. Rata-rata struktur politik kerajaan Islam di Nusantara menggembleng tenaga seluruh rakyat bagi memperjuangkan dan mempertahan agama Islam, negara dan rakyatnya. Justeru, semangat jihad untuk berbakti kepada Allah sama ada dalam bentuk fizikal dan mental merupakan sebahagian kepada kehidupan mereka. Mari kita lihat bagaimana pentadbiran dan perundangan dijalankan dalam sesebuah kerajaan Melayu pada itu menerapkan Ajaran Islam dalam pemerintahannya.

3.1.1 Pentadbiran. Institusi beraja diubahsuai menjadi institusi kesultanan (warisan kerajaan Abbasiyah dan Turki Uthmaniyah). Sultan menjadi ketua negara, mufti menjadi penasihat sultan. Wujud juga pegawai seperti kadi, khatib, bilal. Gelaran sultan meletakkan raja setaraf dengan kerajaan Islam yang lain. Dalam Hukum Kanun Melaka raja digelar Khalifatul Mukminin (pemimpim orang mukmin), perkataan ini tercatat dalam wang syiling kerajaan Melayu. Gelaran Zillulah filAlam (bayangan Allah di dalam alam) turut digunakan oleh raja Melaka. Islam menjadi agama rasmi kerajaan Melaka, Acheh. Contoh sultan yang berpegang teguh kepada Islam Sultan Malik (Samudera Pasai), Sultan Iskandar Thani (Acheh). Nama-nama Islam digunakan seperti Acheh Darus Salam (negeri), Sultan Mahmud Syah beerti sultan terpuji. Undang-undang syariah15 yang diperkenalkan seperti kes jenayah, harta pusaka. Ia termaktub dalam
15

Syariah yakni perkataan Arab membawa maksud hukum Islam.

Hukum Kanun Melaka di Melaka dan Kanun Mahkota Alam di Acheh. Semangat jihad menentang penjajah telah diterapkan, contohnya di Acheh menetang Portugis, di Jawa menentang Portugis dan Belanda. Semangat jihad ini disebarkan melalui tulisan ulama seperti Syeikh Nurudin dan Abdul Rauf Singkel. Di Pattani Syeikh Daud menulis tentang penentangan terhadap Siam.

3.1.2 Perundangan. Institusi pemerintahan beraja memang terdapat di Asia Tenggara sebelum kedatangan Islam. Dengan kedatangan Islam beberapa pengubahsuaian telah dilakukan pada sistem ini. Pengubahsuaian yang besar ialah sistem pemerintahan berasaskan Islam. Institusi kesultanan telah diperkenalkan dan ini diwarisi daripada amalan pemerintahan kerajaan Abbasiyah di Baghdad dan kerajaan Turki Uthmaniyah. Sistem pentadbiran Islam ini meletakkan sultan sebagai ketua negara. Mufti dilantik sebagai penasihat sultan dalam hal ehwal agama Islam dan pentadbiran negara.Selain itu mufti, wujud pegawai dan petugas seperti kadi, khatib, bilal, pemungut zakat, penyelia, baitulmal, dan penjaga harta wakaf. Penggunaan gelaran sultan telah mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan Islam di Alam Melayu dan menjamin kewibawaan raja. Penyelarasan gelaran ini meletakkan mereka setaraf dengan pemerintahan kerajaan Islam lain di seluruh dunia dan memupuk semangat persaudaraan di kalangan umat Islam. Dalam hukuman kanun Melaka, raja-raja Melaka yang lain diberi gelaran Khalifatul Mukminin yang bererti pemimpin orang mukmin. Perkataan Khalifatul Mukmin juga tercata pada mata wang syiling kerajaan Melayu Melaka, Johor, Pahang, Kedah, Terengganu dan Kelantan. Selain itu, gelaran Zillulah filAlam yang bermaksud bayangan Allah di dalam alam ini juga digunakan oleh raja-raja Melaka. Islam dijadikan agama rasmi oleh kerajaan Islam di Asia Tenggara, seperti kerajaan Melayu Melaka, kerajaan Acheh dan kerajaan Brunei. Dalam sesebuah kerajaan Islam, sultan merupakan khalifah Allah atau wakil Allah di bumi dan mereka haruslah menunaikan amanah yang dikurniakan oleh Allah, iaitu memerintah dengan adil. Beberapa orang sultan yang alim berpegang teguh kepada ajaran Islam seperti Sultan Malik al-Zahir dari Samudera-Pasai, Sultan Ali Mughayat Syah, dan Sultan Iskandar Thani dari Acheh. Sultan-sultan ini telah

menerapkan unsur-unsur Islam dalam pemerintahan mereka bagi menggantikan sistem pemerintahan beraja Hindu yang berasaskan konsep16 dewaraja. Selain itu, unsur-unsur Islam juga telah diterapkan pada nama negeri seperti Acheh Darus Salam. Nama raja juga menggunakan nama Islam seperti Sultan Mansur Syah yang bermaksud pemerintahan yang dibantu oleh Allah dan Sultan Mahmud Shah pula bermaksud sultan terpuji. Bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan negeri, pemimpin kerajaan Islam Asia Tenggara telah memperkenalkan undang-undang syariah. Walaupun undang-undang ini tidak dapat dijalankan sepenuhnya kerana masih terikat dengan undang-undang adat, namun, beberapa perubahan dapat dilihat. Misalnya, dalam mengedalikan kes jenayah seperti kecurian dan pembunuhan, urusan pernikahan, perniagaan, serta pembahagian harta pusaka. Kerajaan Melayu Melaka, misalnya, mempunyai undang-undang awam dan jenayahnya sendiri berdasarkan undang-undang syariah dan undang-undang adat. Undang-undang syariah ini termaktub dalam Hukum Kanun Melaka yang digubal oleh Sultan Muzzafar Syah. Pada zaman pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Syah, undangundang Islam ini dipraktikkan dengan tegas di Melaka. Di Acheh, terdapat kanun yang mempunyai cirri-ciri sebuah perlembagaan Islam yang dikenali sebagai Kanun Mahkota Alam. Kedatangan Islam juga telah mendapat gerakkan semangat jihad di kalangan rakyat tempatan untuk menentang penjajahan Barat. Di Acheh, sultan telah menggunakan semangat jihad17 untuk melindungi kesucian Islam daripada serangan Portugis. Begitu juga di Jawa, rakyat tempatan bersatu teguh dengan prinsip-prinsip Islam untuk menghalau penjajah Portugis dan Belanda. Semangat jihad ini telah disebarkan kepada rakyat tempatan Acheh menerusi penulisan ulama dalam kitab tertentu. Menerusi kitab karangan mereka, Syeikh Nurudin alRaniri dan Abdul Rauf Singkel menegaskan tentang kewajipan berjihad bagi setiap orang Islam. Menurut tulisan mereka, sesiapa yang tidak berjihad akan berdosa besar. Syeikh Daud al-Pattani juga turut memuatkan penerangan tentang kelebihan berjihad dalam kitab keterangannya. Walaupun tidak menetap di

16

Konsep adalah satu kognitif unit makna sebuah idea abstrak atau simbol mental ada kalanya dijelaskan sebagai "unit pengetahuan," dibina daripada unit lain yang bertindak sebagai ciri-ciri konsep. Sebuah konsep selalunya dikaitkan dengan perwakilan serupa dalam sesuatu bahasa atau simbologi seperti satu perkataan. 17 Jihad adalah satu bahasa Arab yang membawa maksudusaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapaikan kebaikan yang diredai Allah.

Pattani, namun, beliau sering menulis surat kepada pelajarnya di Pattani supaya menentang penjajah Siam. Sungguhpum semangat jihad ini jelas digunakan oleh rakyat tempatan untuk menentang musuh tetapi pengaruhnya dalam kehidupan tidak dapat dinafikan. Dalam Islam, jihad bukan sahaja merupakan usaha menentang musuh malah merupakan usaha menentang kemiskinan dan mencapai suatu kehidupan yang sempurna. Sistem perundangan amat penting demi menjamin keharmonian hidup sesebuah masyarakat . Masyarakat Melayu juga mempunyai peraturan hidupnya yang tersendiri. Peraturan tingkah laku yang dipersetujui ini kemudiannya telah digubal men jadi undang-undang. Undang-undang ini pula telah terbahagi kepada dua, iaitu undang-undang bertulis dan undang-undang tidak bertulis. Undangundang tidak bertulis ini juga dikenali sebagai adat. Terdapat dua jenis adat, iaitu Adat Perpatih18 dan Adat Temenggung19. Adat Perpatih diguna pakai oleh orang Melayu Minangkabau di Negeri Sembilan dan di Naning, utara Melaka. Sementara negeri-negeri lain mengamalkan Adat Temenggung. Dalam Adat Perpatih , musyawarah merupakan asas bagi pentadbiran dan penyelesaian masalah. Musyawarah20 ini dihadiri oleh perwakilan semua suku. Di Negeri Sembilan terdapat 12 suku dan setiap suku dianggap sebuah keluarga yang besar. Ahli setiap suku ini tidak dibenarkan berkahwin dengan seseorang daripada suku yang sama. Setiap suku ini mempunyai ketua adat yang dikenali sebagai Lembaga. Dari segi pemilihan ketua pula, ketua di pelbagai peringkat dilantik oleh kumpulan ketua dari peringkat bawah. Adat Perpatih ini telah diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang berasal dari Pagar Ruyung, Sumatera. Adat Perpatih juga bersifat matrilineal21, iaitu nasab22 keturunan yang

18

Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera, diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu. Tidak ada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Tetapi Adat Perpatih telah dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau Minangkabau pada abad ke 14 Masehi 19 Adat Temenggung merupakan undang-undang adat Minangkabau yang diamalkan di Negeri-Negeri Melayu (pada asalnya bermula daripada Kesultanan Melayu Melaka sebelum diwarisi turun temurun oleh negeri-negeri Melayu yang lain). Adat ini diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan (abang tiri kepada Datuk Perpatih Nan Sebatang yang mengasaskan Adat Perpatih) yang berasal dari Sumatera. 20 Musyawarah adalah satu bahasa Arab yang bermaksud perundingan dengan pihak-pihak lain untuk menyelesaikan masalah atau mencapai persetujuan 21 Bukan hubungan kekeluargaan atau keturunan menerusi garis keturunan sebelah perempuan atau sebelah ibu 22 Pertalian keluarga atau keturunan

10

lebih mengutamakan jurai23 keturunan ibu. Jadi, anak perempuan diberikan hak mewarisi harta. Adat Temenggung pula berasaskan sistem parilineal, iaitu lebih mementingkan jurai keturunan bapa , atau keturunan bapa lebih diutamakan daripada jurai keturunan ibu. Dalam pembahagian harta pusaka pula, anak lelaki lebih diutamakan anak perempuan, iaitu bertepatan dengan hokum faraid dalam Islam. Dalam soal perkahwinan pula seseorang individu bebas untuk mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihannya (termasuk sepupunya) asalkan tidak melanggar ketetapan hukum Islam. Adat Temenggung ini telah diasaskan oleh Datuk Ketumanggungan yang memerintah Palembang, Sumatera. Pada mulanya adat ini dipengaruhi oleh ajaran Hindu. Kemudian adat ini telah disesuaikan dengan ajaran Islam olh mahzab Shafie. Undang-undang bertulis pula merupakan peraturan atau hukum dalam sesebuah masyarakat seperti Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, dan sebagainya. Sebelum kedatangan Islam orang Melayu berpegang pada perundangan yang dibentuk dalam tradisi Hindu-Buddha yang disesuaikan dengan adat resam tempatan. Aspek perundangan dalam trdisi Hindu berpegang pada Hukum Kanun Manu yang secara jelas yang membezakan jenis hukuman berdasarkan kelas seseorang itu. Kedatangan Islam telah mengubah keadaan ini. Hukum-hukum Islam mula dijadikan asas undang-undang yang dikuat kuasakan. Seorang sarjan tempatan, iaitu Profesor Ahmad Ibrahim, pernah mengatakan bahawa di negeri-negeri Melayu sebelum pengaruh kerajaan Bitish, undangundang asas atau undang-undang negeri ialah undang-undang Islam dan adat Melayu. Kehadiran Islam telah memperkembangkan undang-undang bertulis sepertiyang dipaparkan melalui Undang-Undang Laut Melaka, Hkum Kanun Melaka, Undang-Undang Pahang, Undang-Undang Kedah, Undang-Undang Perak, dan Undang-Undang Johor. Kesemua kitab perundangan ini menjadi pencorak kepada perjalanan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan. Hukum Kanun Melaka, misalnya, menjelaskan tanggungjawab raja dan pembesar, pantang larang di kalangan anggota masyarakat, hukuman terhadap kesalahan jenayah, undang-undang keluarga, permasalahan ibadah, serta jenis-jenis

23

Jalur yang panjang atau lajur

11

hukuman terhadap keslahan tertentu. Oleh sebab kerajaan-kerajaan Melayu juga sangat aktif terbabit dalam aktiviti maritim dan perdagangan, maka, terdapat peraturan khas tentang hal berkaitan seperti yang dipaparkan dalam Undangundang Laut Melaka dan Undang-undang Pelabuhan di negeri Kedah. Malahan kesan daripada kekuatan agama Islam itu sendiri dapat dipaparkan melalui fasalfasal yang terdapat dalam undang-undang tersebut. Undang-undang Laut Melaka, misalnya, menerangkan bahawa seseorang nakhoda (kapten) dalam sesebuah kapal diertikan sebagai imam dan anak buah kapal sebagai makmum. Undangundang bertulis ini menjadikan perjalanan masyarakat menjadi tersusun kerana segala perlakuan telah ditentukan.

3.2 Pengaruh Kedatangan Islam Terhadap Sosiobudaya. Selain membawa perubahan dan pembaharuan terhadap sistem pentadbiran dan perundangan, kedatangan Islam ke Tanah Melayu juga telah membawa kesan yang sama terhadap cara hidup atau budaya masyarakat Alam Melayu terutamanya dalam aspek pendidikan, kesenian, bahasa dan kesusasteraan, serta adat dan nilai hidup mereka.

3.2.1 Pendidikan. Pendidikan merupakan aspek sosial yang sangat penting dalam masyarakat Melayu. Secara umum, terdapat dua jenis pendidikan yang diamalkan oleh orang Melayu, iaitu pendidikan formal dan pendidikan tidak formal. Sebelum kemunculan Islam di Asia Tenggara golongan awam tidak berpeluang mendapat pendidikan. Pendidikan fomal pada masa itu hanya terbatas kepada golongan bangsawan. Dengan kedatangan Islam, sikap terhadap kepentingan ilmu dapat ditanamkan ke dalam jiwa kesemua golongan masyarakat. Ini berasaskan seruan Islam yang mewajibkan setiap orang Islam menuntut ilmu. Sikap mementingkan ilmu ini telah menjadi titik tolak kepada perkembangan pendidikan dan kewujudan institusi pendidikan formal di Asia Tenggara seperti istana, pondok, pesantren, madrasah dan surau. Pusat pendidikan Islam formal yang terawal di Asia Tenggara muncul dalam pemerintahan karajaan Perlak di Sumatera Utara. Pusat pendidikan tersebut ialah pondok atau dayah. Salah sebuah dayah di Perak yang dikenali sebagai Dayah Bukit Ce Breek telah didirikan pada abad kesembilan Masihi. Di

12

Sumadera-Pasai, muncul pusal penterjemahan karya agama menjadi tempat rujukan kerajaan islam lain seperti kerajaan Melayu Melaka. Pendidikan pondok yang muncul pada peringkat awal ini berkembang dengan meluas ke negara Asia Tenggara yang lain sperti Pattani, Acheh, dan Jawa dengan menggunakan nama-nama tertentu. Di Pattani, pelajar yang menuntut di pondok ini terdiri daripada masyarakat tempatan dan pelajar dari negeri lain di Asia Tenggara. Dalam Kesultanan Melayu Melaka, institusi pondok masih belum wujud pada masa itu. Walau bagaimanapun, masyarakat tempatan digalakkan menuntut ilmu pengetahuan di rumah ulama, masjid dan surau. Manakala istana pula merupakan pusat pendidikan formal untuk golongan bangsawan. Acheh telah menggantikan Melaka sebagai pusat pendidikan Islam selepas Melaka dikuasai oleh Portugis. Sistem pendidikan di Acheh lebih

sistematik berbanding dengan kerajaan Perlak, Samudera-Pasai, dan kerajaan Melayu Melaka. Terdapat beberapa peringkat sistem pendidikan di Acheh, iaitu peringkat rendah (rangkang), menengah (muenasah), dan pengajian tinggi atau universiti (Jamiah Bait al-Rahman). Kepesatan perkembangan institusi

pendidikan ini telah menyebabkan ramai pelajar dari luar Acheh mendalami ilmu pengetahuan Islam di Acheh pada abad ke-16 dan ke-17 sehinggakan Acheh digelar sebagai Serambi Makkah. Pada zaman pemerintahan kerajaan Acheh, wanita juga digalakkan belajar di dayah dan diberikan peluang memegang jawatan dalam pentadbiran. Pendidikan Islam seterusnya tersebar meluas ke Pulau Jawa, Pattani, Filipina, Riau, dan Semenanjung Tanah Melayu. Ini menunjukkan bahawa telah wujud sistem pendidikan formal di Asia Tenggara sebelum kedatangan Barat. Pendidikan tidak formal pula merupakan pendidikan awal atau asuhan yang berlaku dalam institusi keluarga. Sistem ini masih tetap diamalkan oleh masyarakat Melayu hingga ke hari ini. Pendidikan ini berlaku pada peringkat keluarga dan penekanannya adalah terhadap pengajaran nilai-nilai moral serta pembelajaran melalui pendengaran,penglihatan dan pemerhatian. Kanak-kanak mempelajari kemahiran daripada ibu bapanya menerusi pemerhatian dan latihan seperti dalam bidang pertanian, perikanan, kraf tangan dan pertukangan. Ibu bapa juga mengajar anak-anak tentang hal-hal yang berhubungan dengan agama,

13

kelakuan dan adat resam, sikap bersipan santun, cara berkawan, dan menjaga maruah . Nilai-nilai budaya yang murni ini juga diserapkan melalui cerita-cerita lisan, seperti cerita binatang dan cerita jenaka. Pendidikan melalui kaedah bercerita ini merupakan kaedah yang paling berkesan dan paling digemari kanakkanak. Cerita-cerita berbentuk teladan dan pengajaran selalunya diberikan penekanan. Ini termasuklah cerita anjing dengan bayang-bayang yang memberi pengajaran agar seseorang itu tidak terlalu tamak atau cerita sang kancil menekankan hakikat bahawa kepandaian dan kebijaksanaan itu akan dapat membantu seseorang itu menyelesaikan masalah. Kanak-kanak turut mempelajari pantang larang dan adat istiadat melalui pergaulan sosial. Mereka dinasihatkan agar tunduk sambil menghulur tangan apabila lalu dihadapan orang, terutama orang yang lebih tua. Pendidikan tidak formal juga diberikan menerusi pantun, peribahasa24 dan teka-teki25. Pepatah seperti siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi pencuri; misalnya, mengajar kanak-kanak agar berkelakuan baik dan jangan sesekali bercakap bohong kerana perbuatan ini boleh membawa kepada perbuatan yang tidak baik yang lain. Galakan begini, sama ada untuk menjauhkan apa yang ditegah atau membuat apa yang disuruh, juga menerapkan unsur-unsur pengajaran.

3.2.2 Bahasa dan Kesusasteraan. Dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu kedatangan Islam ke Alam Melayu telah meningkatkan mutu bahasa dan kesusasteraan Melayu . Pengaruh Islam dalam bidang bahasa dapat dikenal pasti dalam aspek tulisan khususnya dengan kewujudan tulisan jawi. Huruf dan angka dalam tulisan jawi berasal daripada tulisan arab ( tulisan al-Quran ) dan ulama tempatan telah mengubahsuai huruf Arab dalam al-Quran bagi menulis perkataan Melayu. Tulisan ini kemudiannya menjadi tulisan rasmi dalam pentadbiran kerajaan Islam sehingga berupaya mengambil tempat tulisan Palava Dewanagari yang diperkenalkan pada
24

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehariharian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu. 25 Teka-teki ialah penyataan atau soalan yang mempunyai pembayang-pembayang tertentu yang bertujuan untuk menduga akal seseorang. Kebiasaannya, sesuatu teka-teki itu mempunyai jawapan yang menarik, unik atau kelakar.

14

zaman Hindu-Buddha sebelum itu. Melalui tulisan jawi , istilah bahasa Arab telah digunakan dalam bahasa Melayu seperti sultan, syukur, masjid, berkat dan alam. Dengan huruf jawi juga, masyarakat Melayu telah boleh menggunakannya untuk membaca dan menulis. Oleh yang demikian lahirlah sasterawan tempatan seperti Tun Sri Lanang, Syamsudin al-Sumaterani dan Abdul Rauf singkel. Seterusnya, bahasa Melayu telah berkembang dan menjadi bahasa Lingua-franca26 bagi kawasan Kepulauan Melayu yang mampu bersaing dengan bahasa lain di dunia. Bahasa Melayu juga telah meningkatkan tarafnya sehingga menjadi bahasa ilmu. Sebelum kedatangan Islam, bahasa-bahasa lain tidak dapat berperanan menyampaikan ilmu dengan lebih berkesan. Kedatangan Islam juga menyebabkan bahasa Melayu menjadi lebih mantap, misalnya, cerita-cerita panji27 yang ditulis dalam bahawa jawa telah disampaikan dalam bahasa Melayu. Hasil kesusasteraan Melayu turut terpengaruh dengan gaya dan tatabahasa bahasa Arab. Begitu juga dengan bentuknya yang banyak dipengaruhi oleh bentuk sastera Islam seperti syair28, gurindam29, nazam30, dan cerita hikayat. Selain itu, fungsi sastera juga telah berubah, iaitu daripada tujuan untuk berhibur kepada tujuan untuk mengkritik. Penggunaan bahasa Melayu bukan sahaja terhad dalam bidang ilmu pengetahuan tetapi merangkumi bidang perdagangan. Kedudukan Asia Tenggara yang strategik, iaitu di persimpangan jalan perdagangan yang penting dan kebanyakan pedagang dari asia Tenggara ialah pedagang Melayu, menyebabkan bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa perantaraan di kalangan para
26 27

Bahasa perantaraan atau bahasa perhubungan antara masyarakat atau orang yang berlainan bahasa Panji (dahulunya dieja Pandji) adalah seorang putera lagenda di Jawa Timur, Indonesia. Hidipnya membentuk asas, kitaran cerita Jawa, yang bersama-sama dengan Ramayana dan Mahabharata, adalah asas pelbagai puisi dan genre wayang (bayanganpedalangan)di kenali di Jawa Timur sebagai wayang gedog (gedog ertinya topeng). [1] cerita-cerita Panji telah merebak dari Jawa Timur untuk menjadi sumber yang subur untuk sastera dan drama di seluruh Tanah Melayu, rantau yang termasuk moden Indonesia, Malaysia, Thailand, dan Kemboja. 28 Syair merupakan sejenis puisi berlagu. Ia berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam. Syair telah diubahsuaikan mengikut kesesuaian Bahasa Melayu Klasik ketika itu. Namun begitu, A. Teeuw berpendapat bahawa syair merupakan puisi Melayu lama yang telah sedia wujud tetapi namanya telah ditukar.
29

Gurindam merupakan sejenis bentuk puisi yang terdiri dari pada dua baris serangkap, menyerupai syair dua baris atau nazam. Setiap baris biasanya mengandungi tiga atau empat, enam atau lebih perkataan; dan pola rima a-a; a-b atau serima . Tiap serangkap merupakan sebahagian daripada idea yang berturutan dan biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk menyatakan keseluruhan idea.
30

Nazam merupakan salah satu jenis puisi lama yang telah wujud lebih 100 tahun yang lalu. Nazam yang seakan-akan menyerupai nasyid tetapi ia boleh didendangkan secara perseorangan atau berkumpulan secara sponton oleh kaum wanita ketika menganyam tikar, membuat ketupat, menidurkan anak dan sebagainya. Kebanyakan lirik atau senikatanya berbentuk puisi lama mengandungi pelbagai nasihat dan tunjur ajar biasanya berkaitan dengan ilmu tauhid, Fardhu Ain, Sifat Rasul, Sifat 20 dan sebagainya. Kumpulan yang mendendangkan nazam ini biasanya terdiri daripada 5 hingga 8 orang.Menurut sejarah, Nazam dikatakan berasal dari Parsi dan pada abad ke 16, nazam dibawa ke Asia Tenggara melalui pedagang dan alim ulamak.

15

pedagang dari Timur dan Barat. Pada masa itu, seseorang akan berasa kekurangan jika mereka tidak pandai bertutur dalam Bahasa Melayu.

3.2.3 Kesenian. Kesenian Islam telah meresap dalam kehidupan masyarakat Asia Tenggara khususnya dalam seni khat, seni bina, dan seni ukir. Pengaruh Islam dalam seni khat dapat dikenal pasti pada batu nisan dan ukiran kayu. Pada batu nisan ini terdapat tulisan abjad Arab dan jawi yang mengandungi ayat-ayat al-Quran dan hukum. Usaha dan kretiviti penduduk tempatan seterusnya menjadikan hiasan pada batu nisan ini lebih menarik. Ini dapat dilihat pada batu nisan Malik Ibrahim yang dibawa dari Gujerat, yang mempunyai bentuk seperti kapal terbalik dan ini menunjukkan adanya pengaruh Parsi. Makam Naina Hisham al-Din yang meninggal dunia pada tahun 1420 M. yang ditemui di Pasai, juga mempunyai pengaruh seni Islam dari Parsi. Pada makam tersebut terdapat tulisan syair Parsi dan pada pemukaannya dilukis dengan pola hiasan daun yang mempunyai persamaan dengan hiasan permaidani Parsi. Seni khat juga merakamkan ayat suci al-Quran, hadis, dan catatan tentang sejarah sesebuah pemerintah tempatan. Selain tulisan khat pada batu nisan, terdapat juga senikhat yang diukir pada bilah mata keris. Ayat al-quran ditatah31 emas, perak dan permata. Seni khat tertua di Semenanjung terdapat pada batu bersurat yang ditemui di Terengganu bertarikh 1303 masihi. Batu ini merupakan seni khat dalam bahasa Melayu yang menggunakan huruf jawi. Unsur seni khat Islam juga terserlah pada seni ukiran kayu masyarakat Melayu Asia Tenggara. Unsur seni kaligraf ini mengambil contoh huruf Arab, ayat al-Quran dan tulisan jawi. Terdapat juga unsur seni yang dicantumkan dengan unsur tumbuh-tumbuhan . Unsur khat ini boleh dilihat pada bangunan masjid, surau, dan rumah kediaman, misalnya terdapat rangkaian kalimah syahadah dijadikan sebagai hiasan utama. Pengaruh seni bina Islam dapat dilihat pada bentuk bangunan masjid, kubah, mimbar, mihrab, dan menara azan. Bangunan masjid seperti Masjid Ubaidiyah, di Kuala Kangsar, Perak, dan Masjid Brunei merupakan seni bina yang unik dan terselah dengan kemurnian Islamnya yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia Tenggara.

31

Dihiasi dengan permata, berhias dengan permata

16

3.2.4 Gaya Hidup. Sebelum kedatangan Islam, budaya dan cara hidup masyarakat Asia Tenggara banyak dipengaruhi oleh animisme serta agama Hindu dan Buddha. Tetapi, setelah Islam bertapak dengan kukuh unsur kepercayaan lama seperti memuja semangat dan mempercayai keramat semakin beransur hilang. Dengan kedatangan Islam, cara hidup Islam diasimilasikan32 ke dalam budaya masyarakat Asia Tenggara. Dengan itu, lahirlah cara hidup yang berorientasikan Islam seperti cara berpakaian, iaitu bertudung kepala dan bersongkok. Perubahan juga dapat dilihat apabil Islam dijadikan sebagai ad-din iaitu satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh. Kedatang Islam juga telah mengubah sistem sosial masyarakat yang mempunyai kelas atau kasta semasa di bawah pengaruh Hindu- Buddha kepada konsep persaudaraan dan persamaan taraf sesama manusia. Nilai-nilai akhlak Islam telah dijadikan panduan dalam kehidupan seharian. Sifat tolongmenolong, hormat-menghormati, dan bekerjasama telah menjadi budaya masyarakat. Kemurnian Islam jelas tergambar dalam cara hidup yang diamalkan oleh orang Melayu seperti amalan gotong-royong di kampung-kampung. Ini membuatkan kerja berat menjadi ringan kerana dapat dilakukan bersama-sama. Sikap amalan bersatu padu di kalangan masyarakat kampung dapat di pupuk dan di kukuhkan. Kerja-kerja diladang yang memerlukan banyak tenaga kerja telah dapat dilakukan dengan semangat kerjasama.

3.3 Pengaruh Kedatangan Islam Terhadap Ekonomi. Selain bidang pemerintahan dan pentadbiran, Islam juga telah mempengaruhi sistem ekonomi masyarakat Asia Tenggara sejak dahulu lagi. Institusi ekonomi seperti baitulmal33 telah diperkenalkan di Acheh oleh Sultan Muda Mahkota Alam. Baitulmal ini berfungsi sebagai perbendaharaan negara dan hasilnya diperoleh daripada zakat dan sedekah. Islam menggalakkan umatnya supaya rajin bekerja dan mencari rezeki yang halal dan melarang perbuatan mengemis. Islam menggalakkan orang berdagang dan

32

Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama . 33 Baitulmal bermaksud perbendaharaan

17

mengamalkan unsur-unsur yang halal semasa berurus niaga. Amalan riba, penindasan, dan penipuan adalah dilarang. Selain itu, nilai-nilai murni dalam ekonomi turut disarankan seperti berjimat cermat dan berusaha dengan bersungguh-sungguh. Sebagai warganegara yang sentiasa menginginkan kemakmuran dan kemajuan, setiap usaha pembangunan harus dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh demi kemajuan sesebuah negara. Kemunculan Islam turut membawa kesan besar kepada orang Melayu dalam bidang ekonomi. Secara umumnya kedudukan Asia Tenggara terletak di tengah-tengah perjalanan di antara timur dan barat. Keadaan ini telah menyebabkan kawasan ini menjadi pusat persinggahan dan tumpuan pedagang. Sejak abad pertama Masihi lagi muncul kerajaan-kerajaan yang memberikan perhatian kepada aktiviti perdagangan seperti Funan, Srivijaya, Kedah Tua, dan seumpamanya. Kehadiran agama Islam telah memperlihatkan pembabitan kerajaan-kerajaan Islam seperti Melaka, Acheh, Brunei, Sulu, Johor, Kedah, Kelantan, dan Terengganu dalam arus perdagangan utara-selatan ini. Malahan, sejarah ekonomi orang Melayu antara abad ke-14 hingga abad ke-15 sering kali dikaitkan dengan perdagangan, pentadbiran negara, dan perkembangan agama Islam. Aktiviti perdagangan seperti penggunaan mata wang, percukaian, dan seumpamanya. Kesannya bukan sahaja terdapat dalam sosiobudaya, malah terdapat dalam pelbagai aspek kegiatan perekonomian.

3.3.1 Perdagangan. Sejak abad ke-12 hingga abad ke-18, aktiviti perdagangan yang membabitkan Lautan Hindi dan Laut China Selatan didominasi34 oleh pedagangan Islam. Hal ini secara langsung mempengaruhi perkembangan perdagangan di Alam Melayu. Perdagangan Melayu turut membabitkan diri secara aktif dalam rangkaian perdagangan timur dan barat ini. Perkembangan pesat sektor perdagangan di kalangan orang Melayu ini sangat berkait rapat dengan saranan Islam sendiri yang menegaskan bahawa aktiviti ini merupakan sumber rezeki yang besar, malahan Nabi Muhammad s.a.w sendiri terbabit secara langsung dalam aktiviti ini sewaktu hayat baginda. Lebih penting lagi, aktiviti perdagangan menjadi salah satu saluran penting yang memesatkan proses pengislaman di Alam Melayu. Menjelang abad ke-15, Melaka menjadi pusat perdagangan yang penting.

34

Dominasi mengenai menguasai, mengenakan atau menimpakan kekuasaan

18

Meskipun Melaka tidak banyak mengeluarkan barang sperti rempah ratus (lada, bunga cengkih, dan sebagainya) yang mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pedagang, namun, kedudukannya yang sangat strategik membantu perkembangan Melaka. Kehadiran pedagang asing di Melaka telah menyebabkan kerajaan Melaka menyediakan kemudahan pentadbiran yang licin dan teratur agar aktiviti perdagangan berjalan lancar. Kerajaan Melaka telah mewujudkan jawatan laksamana35 bagi menjaga urusan kelautan dan jawatan syahbandar36 sebagai ketua pelabuhan. Undang-Undang Laut Melaka telah digubal dan menjadi landasan yang harus diikuti oleh masyarakat terutama dalam hal ehwal berkaitan dengan tugas-tugas nakhoda, jurumudi, dan seumpamanya. Kepesatan

perdagangan di Melaka dapat di buktikan dengan terdapatnya paling kurang 84 bahasa yang dipertuturkan di Melaka. Dalam aktiviti perdagangan di Melaka, suatu sistem timbang dan sukat telah diperkenalkan. Hal ehwal perdagangan termasuklah soal sukat dan timbang ini telah diletakkan di bawah tanggungjawab syahbandar. Peratusan timbang dan sukat di Melaka termasuklah emas, perak, bahan wangian dan batu permata. Untuk menimbang rempah ratus seperti lada, buah pala, bunga cengkih, bunga lawang dan sebagainya, sistem yang digunakan ialah sistem bahara, iaitu satu bahara dikira bersamaan dengan 205 kati. Timbangan ini dilakukan dengan menggunakan dacing. Dalam urusan perdagangan, dua kaedah digunakan di Melaka, iaitu kaedah pertukaran barang dan kaedah jual beli. Kejatuhan Melaka kepada Portugis tidak meruntuhkan semangat pedagang Melayu. Sebaliknya aktiviti perdagangan diteruskan dengan

menjadikan kerajaan Johor sebagai pusat dan tunjang kekuatan Melayu. Keadaan ini berterusan sepanjang abad ke-17 dan ke-18. Selain itu, negeri-negeri lain turut bergiat cergas dalam bidang perdagangan. Negeri Kedah, Kelantan, dan Terengganu juga menjadi pusat perdagangan yang penting sepanjang abad ke-17 dan ke-18.

3.3.2 Mata Wang. Penggunaan mata wang sebagai perantara nilai barangan secara langsung memudahkan urusan perdagangan dan jual beli. Sistem penggunaan mata wang
35 36

Gelaran yang tertinggi dalam angkatan tentera laut Pegawai yang mengetuai pentadbiran pelabuhan

19

ini merupakan altenatif kepada sistem pertukaran barang atau barter37. Umumnya negeri-negeri Melayu menggunakan mata wang yang diperbuat daripada timah. Mata wang timah pada zaman Melaka berbentuk bulat dan beratnya ialah satu kati38 lapan tahil39. Nama sultan yang memerintah serta tarikh Islam dicatit pada mata wang tersebut. Mata wang dari Pasai, Hormuz dan Cambay juga digunakan di Melaka serta boleh ditukarkan dengan mata wang tempatan. Di Johor juga terdapat mata wang yang diperbuat daripada timah dan dikenali sebagai wang katun. Mata wang ini berbentuk bulat dan enam segi. Mata wang ini tidak mempunyai tarikh tetapi mempunyai tulisan jawi atau Arab seperti Malik atau Sultan al-Adil.Negeri Kedah juga telah mengeluarkan mata wang timahnya sendiri sejak abad ke-17. Mata wang ini adalah kegunaan tempatan .

3.3.3 Percukaian. Salah satu aspek penting yang berlangsung seiring dengan aktiviti perdagangan ialah cukai. Cukai merupakan satu bentuk bayaran yang dikenakan oleh pihak pemerintah terhadap aktiviti perdagangan. Cukai ini di kenakan pada barangan yang dibawa atau seseorang pedagang yang tinggal di suatu tempat dalam kadar masa yang ditentukan. Sehubungan dengan kedatangan Islam telah

mempengaruhi pengambilan cukai ini . amalan riba telah tidak dibenarkan dalam bidang perniagaan di kalangan orang Islam. Penegasan amalan riba ini dijelaskan dalam Hukum Kanun Melaka dan Hukum Kanun Pahang sehubungan dengan itu satu sistem lain iaitu sistem zakat40 diperkenalkan kepada orang-orang kaya dan berkemampuan. Kutipan zakat ini akan di simpan oleh baitulmal. Badan ini berfungsi untuk menyelenggara harta kerajaan. Harta ini akan digunakan bagi kepentingan dan kemakmuran negara serta sumber bantuan yang sewajarnya kepada ahli masyarakat yang memerlukan bantuan.

37

Barter adalah kegiatan tukar-menukar barang atau perkhidmatan yang terjadi tanpaperantaraan wang. Tahap selanjutnya menghadapkan manusia pada kenyataan bahawa apa yang dihasilkan sendiri tidak cukup untuk memenuhi keperluannya. 38 Kati adalah unit ukuran berat tradisional yang sepadan dengan beban 61/4 ons. 39 Tahil adalah unit ukuran berat tradisional . 40 Zakat ialah rukun Islam yang keempat yang mewajibkan seseorang Islam mengeluarkan sebahagian hartanya kepada orang yang berhak menerimanya ( seperti fakir dan miskin ) mengikut syarat-syarat yang ditentukan.

20

4.0 Rumusan. Maka jelaslah bahawa kedatangan Islam di rantau ini telah mengubah worldview masyarakat melayu. Pengaruh yang di bawa oleh Islam itu telah membawa perubahan besar dalam aspek politik, ekonomi, dan sosial masyarakat Melayu. Kehadiran agama Islam telah mengatasi

pengaruh tradisi Hindu-Buddha yang telah lama bertapak di Alam Melayu. Sebagai agama yang praktikal Islam telah diterima dengan mudah. Kedatangan Islam di rantau ini maka lahir beberapa buah kerajaan Islam dan menjadi pusat perkembangan Islam yang terkemuka.

21

5.0 Rujukan : 1) Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman, Muhd. Yusof bin Ibrahim, Muhammad Bukhari bin Ahmad dan Rosnanaini binti Sulaiman. (2003) Sejarah Tingkatan 4. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Petaling Jaya. http://ms.wikipedia.org/wiki/Mazhab_Syafii http://ms.wikipedia.org/wiki/Melayu http://www.oocities.org/tamadunislam/islam_dari_india.htm http://www.oocities.org/tamadunislam/islam_dari_china.htm http://www.oocities.org/tamadunislam/islam_dari_tanah_arab.htm http://www.iloveindia.com/history/medieval-india/alauddin-khilji.html http://rujuknota.blogspot.com/2009/06/teori-kedatangan-islam.html http://abubakar69.blogspot.com/2010/01/titas-teori-tentang-kedatangan-islam-ke.html http://abuhilmie.blogspot.com/2010/05/kedatangan-islam-ke-alam-melayu-dan.html http://www.scribd.com/doc/36358480/Teori-Kedatangan-Islam-Ke-Alam-Melayu#archive http://cikguazid.com/nota-sejarah-ting-4/bab-7-islam-di-asia-tenggara/ http://nabawi.wordpress.com/2007/05/25/kedatangan-islam-dan-pembudayaan-alam-melayu-1/ http://ms.wikipedia.org/wiki/Kedatangan_dan_Penyebaran_Islam_di_Nusantara http://saku30.tripod.com/Bab7SEJ4.htm

22

You might also like