You are on page 1of 5

PERKAITAN HAKISAN DAN JENIS PARTIKEL (SAIZ BUTIRAN)

Melalui kajian ini kami telah mengkaji hakisan di dua buah cerun yang berbeza iaitu

cerun curam dan cerun landai. Semasa kajian ini dijalankan, pengkaji telah memperolehi hasil

kajian bagi setiap cerun dan pada hari yang berbeza selepas hujan turun. Tanah bagi cerun landai

ialah tanah yang lembut dan berpasir serta berwarna coklat manakala jenis tanah di cerun curam

ialah berstruktur kasar, berwarna merah dan berbatu keras. Melalui pemerhatian kami, data yang

diperolehi bagi taburan berat sedimen berdasarkan saiz adalah berbeza antara cerun curam dan

juga cerun landai. Dengan menggunakan data yang diterima kami akan menjelaskan secara

terperinci. Berikut adalah jadual data 1 Taburan berat sedimen berdasarkan saiz yang diterima

pada hari pertama selepas turunnya hujan semasa kajian dijalankan:

SAIZ BERAT LANDAI (g) BERAT CURAM (g)


2.8 mm 1.01 1.34
2.36 mm 0.12 0.09
2.0 mm 0.27 0.05
1.0 mm 1.46 0.52
850 m 0.34 0.38
500 m 0.90 0.84
250 m 0.99 1.27
125 0.43 0.68
63 0.05 0.10
0 0.01 0.04
Jadual 1: Berat sedimen terhakis berdasarkan saiz pada 20-03-2017

Berdasarkan ujian saiz partikel melalui kaedah ayakan, kajian mendapati hasil bagi berat

sedimen di cerun curam adalah 5.31 g manakala di cerun landai pula ialah 5.58 g. Berdasarkan

pemerhatian ini dapat dilihat bahawa di cerun landai hakisan oleh air larian permukaan lebih

banyak berlaku kerana jumlah sedimen yang diperolehi lebih banyak berbanding di cerun curam.

Hal ini kerana, saiz partikel tanih di cerun landai lebih kecil manakala di cerun curam lebih besar

dan berbatu kecil iaitu saiz partikelnya besar. Hal ini juga boleh disebabkan kerana tanah di
cerun landai lebih lembut dan mudah untuk di cungkil oleh air hujan kerana saiz partikelnya

yang kecil dan keporosan tanah yang lebih kecil berbanding saiz parikel tanih di cerun curam

yang besar dan keporosan tanihnya yang besar. Oleh itu, air akan lebih terserap di cerun curam

daripada menjadi air larian permukaan dan di cerun landai tanahnya mudah tepu dan air hujan

menjadi air larian permukaan.

Berdasarkan jadual diatas juga, saiz partikel tanih 2.8 mm lebih banyak diperolehi di

cerun curam berbanding cerun landai iaitu 1.34g dan 1.01g. Hal ini terjadi disebabkan oleh tanah

di cerun landai bersifat lembut dan kurang berbatu manakala di cerun cerun pula, tanahnya lebih

berbatu keras dan tanah di kawasan tersebut juga berongga kecil dan tidak banyak menyerap air .

Seterusnya menjadi air larian permukaan dan dihakis oleh air larian permukaan. Hal ini juga

boleh disebabkan oleh keporosan tanahnya iaitu liang tanih di cerun curam lebih kecil

berbanding cerun yang landai.

Seterusnya, berdasarkan jadual diatas, saiz partikel 0, iaitu saiz partikel tanah yang paling

terkecil, berat di cerun landai lebih tinggi berbanding cerun curam iaitu 0.01g dan 0.04g Hal ini

boleh disebabkan oleh tekstur tanah yang halus di cerun landai jadi mudah dibawa oleh air larian

permukaan berbanding cerun curam.

SAIZ BERAT LANDAI (g) BERAT CURAM (g)


2.8 mm 45.46 23.22
2.36 mm 27.30 12.69
2.0 mm 26.73 18.70
1.0 mm 85.43 74.38
850 m 18.41 17.70
500 m 59.67 57.50
250 m 61.18 58.93
125 37.83 34.84
63 26.79 16.19
0 17.70 12.26
Jadual 2: Taburan berat sedimen berdasarkan saiz pada 23-03-2017

Bagi data yang kedua, kajian mendapati taburan saiz partikel tanih yang diperolehi cerun

landai lebih tinggi iaitu 406.5g berbanding cerun curam 327.4g. jumlah sedimen terkumpul ini

boleh juga dikaitkan dengan tanah di cerun curam tepu dengan air dan seterusnya keluar menjadi

air larian permukaan. Berdasarkan jadual 2 saiz partikel 2.8mm lebih banyak dihakis di cerun

landai berbanding cerun curam iaitu sebanyak 43.07g dan 21.70g . Hal ini jelas menunjukkan

bahawa tekstur tanah ni kawasan cerun landai adalah halus dan mudah terhakis oleh air hujan

dan air larian permukaan. Selain itu, ketiadaan vegetasi dalam menangani masalah hakisan juga

menjadi punca struktur tanah poros dan goyah jadi ia mudah dibawa air larian permukaan.

Manakala di cerun curam kurang dihakis oleh air larian permukaan dan hujan adalah kerana

struktur tanahnya yang kasar dank eras berbanding tanih di cerun landai yang berpasir.

Bagi partikel tanah saiz 0, cerun landai dengan catatan 17.70g dan 12.26g bagi cerun

curam. Hal ini jelas menunjukkan tanah di cerun landai mempunyai banyak koloid daripada

cerun curam. Selain itu, berat sedimen cerun landai yang tinggi juga boleh dikaitkan dengan

tanahnya yang tepu air dan tanah tidak mampu untuk menampung air. Bagi tanah cerun landai

pula, bahan cerun yang mempunyai sifat keporosan yang tinggi dapat menyimpan air yang

banyak dan akan menambahkan daya mengganggu pada bahan cerun.

SAIZ BERAT LANDAI (g) BERAT CURAM (g)


2.8 mm 24.80 g 13.58 g
2.36 mm 11.94 g 7.51 g
2.0 mm 13.93 g 9.54 g
1.0 mm 46.76 g 39.14 g
850 m 10.93 g 9.74 g
500 m 38.56 g 30.06 g
250 m 42.54 g 32.54 g
125 24.74 g 18.65 g
63 12.41 g 7.86 g
0 4.79 g 4.18 g
Jadual 3: Taburan berat sedimen berdasarkan saiz pada 25-03-2017

Berdasarkan data ke-3 yang diperolehi dalam kajian ini. Dapat dilihat bahawa berat

sedimen cerun curam adalah lebih kurang berbanding cerun landai iaitu 172.8g dan 231.4g.

berdasarkan pemerhatian, cerun curam lebih Berdasarkan jadual di atas, saiz partikel 28mm bagi

cerun curam lebih banyak berbanding cerun landai. Hal ini kerana Keadaan cerun yang tinggi

dan bersudut besar meningkatkan tegasan ricih bahan cerun. Kadar hakisan air larian ini banyak

bergantung kepada halaju dan isipadunya selain faktor kekuatan bahan cerun iaitu darjah

luluhawa dan kehadiran satah ketakselanjaran. Kecerunan yang besar menyebabkan peningkatan

kadar hakisan air larian. Halaju air larian dikawal pula oleh geometri sesuatu cerun itu.

Melalui jadual diatas juga dapat dilihat bahawa tanah dicerun curam lebih banyak

terhakis dan jumlah sedimen saiz partikelnya yang besar juga lebih banyak berbanding cerun

landai. Hal ini dapat dikaitkan dengan luluhawa. Batuan di tanah cerun curam mungkin terhakis

akibat hujan yang lebat dan kerap. Oleh itu, maka banyaklah hakisan yang berlaku.

SAIZ BERAT LANDAI (g) BERAT CURAM (g)


2.8 mm 26.18 g 17.40 g
2.36 mm 13.54 g 10.55 g
2.0 mm 14.26 g 12.52 g
1.0 mm 46.81 g 47.36 g
850 m 10.48 g 10.76 g
500 m 30.10 g 32.53 g
250 m 23.55 g 33.50 g
125 10.25 g 18.13 g
63 3.56 g 7.35 g
0 1.77 g 5.70 g
Jadual 4: Taburan berat sedimen berdasarkan saiz pada 26-03-2017

Bagi data yang terakhir iaitu data keempat, berdasarkan jadual diatas dapat dilihat

bahawa berat sedimen cerun curam lebih berat berbanding cerun landai 195.8g dan 180.5g.

Berdasarkan pemerhatian kami, setelah melakukan proses ayakan tanih yang bersaiz 28mm di

cerun curam lebih tinggi daripada cerun landai. Manakala tanih yang bersaiz 0 pula adalah lebih

banyak di cerun landai berbanding cerun curam. Hal ini kerana tanih di cerun landai lebih

banyak koloid berbanding cerun curam.

You might also like