You are on page 1of 5

Kekuatan Model Tyler

• Bersistematik iaitu meyediakan idea yang jelas


terhadap hasilan agar kandungan dan tatacara
dapat disepadukan serta dinilai.
• Logik dan diterima kerana kesesuaiannya dalam
penyusunan aras kurikulum yang dimulakan
dengan penetapan matlamat dan objektif
pengajaran.
• Model ini memerlukan pelajar berinteraksi dan
menyuaikan diri dalam pelbagai persekitaran
luaran kerana model ini mementingkan
pengalaman pembelajaran oleh pelajar sebagai
asas untuk menjayakan model ini.
• Di sini pelajar akan membina kemahiran berfikir,
membantu mencari maklumat dan menanam
minat dan sikap pelajar sendiri.
• Penentuan objektif sebagai rujukan yang kukuh
terdapat arahan, bimbingan dan panduan.
Mengandungi kriteria untuk menilai kejayaan
program.
• Kaedah “management by objevtive”(MOB) oleh
model ini boleh memantau sesuatu program atau
institusi dengan cara tidak formal.
• Model ini memberi penekanan kepada
penglibatan pelajar oleh itu akan melahirkan
pelajar yang berautonomi dan berdikari.
Kelemahan
(a) Terlalu tertakluk kepada objektif.
Ini kerana dalam keadaan sebenar, perkembangan
kurikulum boleh bermula dengan elemen-elemen
lain seperti menentukan kandungan atau
menetapkan kaedah. Menetapkan objektif pada
peringkat awal juga dilihat sebagai menghadkan
bilangan objektif di samping mengekang kreativiti.

(b) Menurut Stake, (1970) dan Dressel, (1960) iaitu


kelemahan Model Tyler ialah tiada pendapat yang
konsisten mengenai siapa yang patut memilih
objektif atauobjektif yang mana patut dipilih
(b) Terlalu linear.
Menggunakan model ini perlu mengikut langkah-
langkah tertentu iaitu menentukan objektif dulu,
kemudian memilih kandungan, dan seterusnya
menetapkan kaedah dan penilaian. Penilaian pula
dilakukan pada peringkat akhir atau setelah
selesai program dilaksanakan.

(c) Model ini juga dikatakan terlalu rigid apabila


terikat dengan objektif yang telah ditetapkan dan
menjejaskan elemen kreativiti.

You might also like