You are on page 1of 38

JENIS_JENIS KURIKULUM

SAPIE BIN SABILAN

Pengenalan Jenis2 Kurikulum


Apakah Kurikulum? Kurikulum mengambarkan model penyampaian arahan (instructional delivery model) yang dipilih. Kurikulum boleh dikategorikan berdasarkan klasifikasi psikologi teori pembelajaran seperti; Teori Sosial,

Pemprosesan Maklumat, Personal, dan Tingkah laku (behavioris).

Longstreet dan Shane pula mengklasifikasikan orientasi kurikulum kepada; child-centered, society-centered, knowledge-centered, atau eclectic. Orientasi kurikulum juga dikatakan berdasarkan kepada orientasi falsafah spt Idealism, Realism, Perennialism,

Essentialism, Experimentalism, Existentialism, Constructivism, Reconstructivism dan lain2.

Jenis-jenis Kurikulum Utama yang terdapat di Institusi Pendidikan


Jenis-jenis kurikulum

Kurikulum Ideal

Kurikulum Rasmi/ Kurikulum Nyata

Kurikulum Formal

Kurikulum Tak Formal

Ko-kurikulum

Kurikulum Ideal(Ideal Curriculum)


Satu kurikulum yg digubal & dibentuk berlandaskan teori-teori ilmu pendidikan dan disyorkan oleh ahli2 profesional dan pakar2. Mengandungi komponen-komponen seperti: a)Matlamat & tujuan kurikulum b)Sukatan pelajaran & huraiannya c)Bahan-bahan pelajaran(termasuk buku panduan guru, sistem pelaksanaan & penilaian kurikulum) Biasanya digunakan utk membentuk kurikulum rasmi.

Kurikulum Rasmi/Kurikulum Nyata (Manifest Curriculum)


Dibuat oleh pakar-pakar kurikulum (spt di Kementerian Pelajaran Malaysia (PPK). 3 contoh kurikulum rasmi di Malaysia=KBSR , KSSR & KBSM. Kurikulum Rasmi mengandungi aspek-aspek yg berikut: a)ilmu pengetahuan & kemahiran b)nilai-nilai norma c)unsur-unsur kebudayaan & kepercayaan masyarakat Malaysia. Ia terdiri drpd kurikulum formal & tak formal & kokurikulum.

Kurikulum Formal
Kurikulum formal ialah rancangan di mana aktiviti pembelajaran dijalankan supaya matlamat atau objektif pendidikan dan sekolah tercapai. Ia merupakan satu set dokumen untuk dilaksanakan. Ia mengandungi hal sebenar yang berlaku dibilik darjah dan apa yang telah disediakan dan dinilai. Setiap sekolah ada kurikulum terancang iaitu satu set objektif yang berstruktur dengan kandungan dan pengalaman belajar serta hasil yang dijangkakan. Ia merupakan rancangan eksplisit dan operasional yang dihasratkan, lazimnya dikelolakan mengikut mata pelajaran dan gred, di mana peranan guru didefinisikan dengan jelas (Ornstein, A.C. & Hunkins, F, 1983)

KURIKULUM FORMAL (samb.)

Merangkumi kurikulum akademik yg dilaksanakan melalui kurikulum pengajaran & kurikulum operasi. Kurikulum pengajaran=kurikulum formal mengikut pentafsiran guru sendiri. Kurikulum operasi=kurikulum yg benar-benar dilaksanakan melalui proses P&P di bilik darjah mengikut jadual waktu yg ditetapkan. Ia terdiri drpd: a)isi P&P b)penilaian di dlm bilik darjah c)aktiviti-aktiviti kurikulum.

Kurikulum Tak Formal(Tersembunyi)


Kurikulum tersembunyi adalah sesuatu yang tidak terancang dan tidak formal. Ia juga disebut sebagai kurikulum tak rasmi atau terlindung atau tak formal. Kurikulum ini dikelolakan di luar konteks pengajaran rasmi. Ia merupakan perlakuan dan sikap yang dibawa kedalam bilik darjah dan sekolah tanpa disedari dan disebut kerana tidak dinyatakan secara eksplisit. Ia terdiri dari peraturan tidak bertulis, konvokesyen, adat resam dan nilai budaya. Ia dibentuk oleh faktor-faktor seperti status sosioekonomi dan latar belakang pengalaman guru dan murid.

Kurikulum tak formal (samb.) Meliputi segala pengalaman yg dipelajari secara tidak formal. Ia meliputi pembelajaran yg diperolehi drpd penerapan nilai-nilai murni melalui peniruan tingkah laku guru, pelbagai mata pelajaran, peraturan sekolah, aktiviti bahasa & budaya sekolah.

Ko-kurikulum
Merujuk kpd aktiviti-aktiviti tambahan yg dijalankan selepas waktu pelajaran sekolah. Aktiviti ko-kurikulum merupakan sebahagian drpd kurikulum formal yg merangkumi aktivitiaktiviti persatuan, kelab, permainan & sukan serta unit beruniform yg dijalankan di luar bilik darjah. Tidak termasuk dlm jadual waktu pengajaran mata pelajaran sekolah. Ia adalah dipilih oleh murid mengikut masa lapang mereka.

Jenis2 Kurikulum Utama (dlm Rajah)


Ideal Curriculum
Kurikulum rasmi Kurikulum formal Kurikulum pengajaran Kurikulum operasi

Kurikulum tak formal

Ko-kurikulum

Jenis Jenis Kurikulum UMUM lain

Kurikulum yang dialami/dipelajari

Kurikulum masa depan

Kurikulum yang diuji

Kurikulum sokongan

JENIS-JENIS KURIKULUM Umum

Kurikulum yang diajarkan

Kurikulum bertulis/yang dihasratkan

Cadangan kurikulum

JENIS-JENIS KURIKULUM umum


Cadangan kurikulum - Kurikulum dicadangkan oleh pakar-pakar pendidik, pertubuhan profesional, suruhanjaya pembentuk dan pembuat dasar Kurikulum bertulis/yang dihasratkan - Kurikulum yang dimuatkan dalam panduan kurikulum negeri dan daerah seperti kurikulum kebangsaan iaitu KBSR/KBSM/Kurikulum Kebangsaan Prasekolah Kurikulum sokongan - Kurikulum yang digambarkan dan dibentuk oleh sumber yang disediakan untuk menyokong atau menyampaikannya cont: sukatan pel utk kelas pemulihan.

Kurikulum yang diajarkan - Kurikulum yang didapati dalam pengajaran guru. (disediakan oleh guru) Kurikulum yang diuji - Set pembelajaran yang dinilai dalam ujian yang digubal oleh guru, ujian dibina di peringkat daerah dan ujian piawaian. (cont. sukatan tentang topik tatabahasa- diuji dalam kuiz) Kurikulum yang dialami/dipelajari - Semua perubahan pada nilai, persepsi, dan tingkah laku yang berlaku adalah hasil daripada pengalaman persekolahan

Kurikulum masa depan


Merangkumi pendekatan berpusatkan murid yang membolehkan mereka memahami kekuatan dan kelemahan masing-masing serta berupaya belajar sepanjang hayat Pengalaman belajar distruktur untuk membantu murid menyepadukan pengetahuan baru dan memurnikannya bagi melahirkan celik akal melalui banding beza, membuat induksi, deduksi dan menganalisis Pengalaman belajar memberikan murid peluang untuk menggunakan pengetahuan secara bermakna bagi membolehkan mereka membuat keputusan dan untuk membentuk pemikiran kritikal, kreatif dan futuristik serta penyelesaian masalah seperti Kajian Masa Depan. 3 pendekatan boleh digunakan untuk melaksanakan visi ini: 1. kandungan akan dibekalkan melalui pelbagai cara penyampaian dengan menggunkana pelbagai strategi. 2. kurikulum akan dibina sebagai modul dan diakses melalui rangkaian jaringan. 3. bahan, pengalaman, dan sokongan akan diperolehi daripada pelbagai sumber dan disepadukan ke dalam struktur teras kurikulum.

Jenis-Jenis Kurikulum UMUM lain menurut Wilson. L.O(2005) Grant Wiggins and Jay McTighe

Understanding by Design (1998)

Jenis-jenis Kurikulum umum lain

1. Overt, explicit, or written curriculum / kurikulum bertulis Berkaitan apa sahaja pengalaman persekolahan yang didokumentasikan. Ia boleh merujuk kepada dokumen kurikulum/ sukatan, teks, filems, dan material sokongan pengajaran yang dipilih sbg sokongan pendidikan Kurikulum bertulis ini tertakluk kepada persetujuan bertulis serta persefahaman dari pihak pengurusan, pengarah kurikulum serta guru-guru secara bersama.

2. Societal curriculum/ kurikulum masyarakat Mengikut Cortes (1981) kurikulum ini merupakan kurikulum umum, berterusan dan tidak formal. Ia melibatkan keluarga, rakan sebaya, kejiranan, organisasi, pekerjaan, media dan ahli masyarakat yang mendidik sepanjang kehidupan.

3. The hidden or covert curriculum/ Kurikulum tersembunyi Mengikut Longstreet and Shane (1993) "hidden curriculum, merujuk kepada pembelajaran pelajar yang diadaptasi dari bentuk organisasi sekolah serta tingkahlaku dan sikap guru-guru serta pihak pengurusan sekolah. Contoh kurikulum tersembunyi ini termasuk mesej dan pembelajaran oleh pihak sekolah spt penekanan kepada struktur bilik darjah, mesej2 disiplin, arahan supaya pelajar beratur secara senyap dll. Kurikulum tersembunyi ini termasuk mesej2 atau nilai2 positif atau negatif (tertakluk kepada models yang disediakan serta perspektif pelajar atau pemerhati)

4. The null curriculum / kurikulum null


Kurikulum yang tidak diajarkan. Ia memberikan pelajar fahaman bahawa elemen kurikulum ini tidak penting dalam pembelajaran atau masyarakat. Kebanyakan topik atau bidang dikeluarkan atau tidak diajar di sekolah disebabkan oleh pelbagai kekangan yang dihadapi oleh pihak sekolah yang mungkin memberikan signal bahawa topik2 tersebut tidak penting untuk dipelajari oleh pelajar.

Mengikut Eisner (1985, 1994) what schools do not teach may be as important as what they do teach.

5. Phantom curriculum/ Kurikulum bayangan Nilai atau pendidikan disisipkan melalui pendedahan kepada apa sahaja jenis media. Ia memainkan peranan besar dalam menerapkan budaya-budaya yang dominan atau sesuatu sub budaya generasi masa kini.

6. Concomitant curriculum / kurikulum berkaitan Apa sahaja yang diajarkan, atau ditekankan dirumah atau pengalaman yang berkaitan dengan pengalaman dalam keluarga. Kurikulum ini mungkin dipelajari dari kelas2 keagamaan, nilai2, etika , tingkah laku positif atau pengalaman sosial berdasarkan kepada pilihan keluarga.

7. Rhetorical curriculum / kurikulum retorik Elemen kurikulum ini merangkumi idea yang diberikan oleh pembuat dasar, pegawai sekolah, pengurusan atau ahli politik. Kurikulum ini juga merangkumi penstrukturan konsep,dan perubahan kandungan atau perkara-perkara atau isu baru dalam ilmu pedagogi.

8. Curriculum-in-use/ kurikulum operasi Kurikulum operasi adalah kurikulum yang dilaksanakan dalam bilik darjah berpandukan kepada kurikulum pengajaran. 9. Received curriculum/ kurikulum yang diterima Berkaitan apa sahaja konsep atau ilmu yang pelajar benar2 pelajari dan ingat apabila keluar dari bilik darjah.

10. The internal curriculum Proses, kandungan dan ilmu yang dikombinasikan dengan pengalaman dan realiti diri pelajar bagi membina ilmu baru. Pendidik mempunyai kawalan minimum dalam kurikulum ini kerana keupayaan pelajar adalah bersifat unik bagi setiap individu

11. The electronic curriculum / kurikulum elektronik

Pelajaran yang dipelajari melalui layaran di internet dalam mencari maklumat (Wilson, 2004) Kurikulum ini boleh bersifat formal dan tidak formal. Pembelajaran boleh bersifat positive dan negativetertakluk kepada informasi yang didedahkan Implikasi kurikulum ini termasuk dalam kurikulum bertulis di mana pelajar diajar menggunakan internet sebagai sumber pendidikan. students need to learn how to be artfully discerning about the usefulness and appropriateness of certain types of information. And, like other forms of social interaction, students need to know that there are inherent lessons to be learned about appropriate and acceptable "netiquette" and online behavior, to include the differences between "fair usage" and plagiarism.

13. Aligned curriculum / Kurikulum selari Kurikulum ini menekankan bahawa kurikulum perlu diselarikan antara sukatan, kandungan, pengajaran, tugasan serta penilaian supaya kurikulum yang dipelajari oleh pelajar lebih optima.(English, 2000, p. 104). (Glatthorn, 1987, p. 4).

14. Concept-Based curriculum / kurikulum berasaskan konsep Guru dalam kelas yg berfikir perlu faham menggunakan konsep bagi mengintegrasikan pemikiran pelajar dengan pemahaman yang lebih mendalam ilmu boleh digunakan dalam situasi dan masa berbeza.(Erickson, 2007, p. 22).

pemindahan konseptual ilmu melibatkan aplikasi konsep atau generalisasi umum merentasi masa, budaya dan situasi (Erickson, 2007, p. 129).

15. Learned kurikulum/ kurikulum dipelajari Apa yg pelajar belajar dari kurikulum pengajaran. Penilaian formatif digunakan bagi menilai prestasi / pemahaman pelajar Jurang apa yg diajarkan dgn apa yg dipelajari sama ada dirancang atau tidak adalah besar (Cuban, 1992, p. 223).

16. Purposeful curriculum / kurikulum bertujuan Many educational programs do not have clearly defined purposes (Tyler, 1949, p.1). Menekankan tujuan dan kepentingan kandungan (Tomlinson & McTighe, 2006, 6). Kurikulum ini mementingkan perancangan atau penyusunan pembelajaran bertujuan berkaitan kandungan atau topik pembelajaran bagi mencapai matlamat pendidikan (Wiggins & McTighe, 2007, p. 9).

17. Received curriculum / kurikulum diterima The received curriculum bukanlah sesuatu yang dimatlamatkan atau kurikulum pengajaran. Setiap pelajar mempunyai ilmu sedia ada dan latarbelakang berbeza yang mungkin memberi kesan kepada pandangan mereka terhadap kurikulum aligned, hidden, null, spiral, dan tested. Just because content was taught does not necessarily mean it was caught. Pemahaman mengenai kurikulum ini memerlukan pihak guru atau pengurusan membuat penilaian terhadap keberkesanan sesuatu kurikulum bagi penambahbaikan.

18. Taught curriculum / kurikulum pengajaran Apa yg diajar dalam bilik darjah

Selalunya kurikulum ini berdasarkan kepada kurikulum bertulis dan dirancang oleh guru mengikut keperluan pelajar, susunan kandungan serta kaedah yang berkesan

19. Tested curriculum / kurikulum dinilai Kurikulum dinilai ini memberi gambaran mengenai pemahaman keseluruhan pelajar terhadap kandungan, konsep dan kemahiran tertentu. Jika kurikulum ini tidak selari dengan kurikulum bertulis, guru, pelajar dan ibu bapa akan menghadapi kesukaran dalam menilai pemahaman pelajar

20. Timeless & Timely curriculum / kurikulum merentasi masa / had masa Kedua2 jenis kurikulum diperlukan dalam pendidikan. Namun Kurikulum had masa memerlukan pertimbangan dari segi apa yg perlu diteruskan dan apa yg perlu dikeluarkan dari kurikulum. (Perkins-Gough, 2003, pp. 12-17).

21. Separated subject curriculum (kurikulum mata pelajaran terpisah ). berbentuk subjek atau mata pelajaran yang terpisah satu dengan yang lainnya. Bahan pelajaran dapat disajikan secara logik, sistematik dan berkesinambungan. tiap bahan telah disusun mengikut urutan yang tepat iaitu dari yang mudah ke yang sukar, dari yang sederhana ke yang kompleks.

22. Correlated curriculum (kurikulum korelasi). Mata pelajaran dalam kurikulum ini dihubungkan dan disusun bagi menyokong satu sama lain Adanya korelasi antara pelbagai mata pelajaran bagi membantu pelajar membuat perkaitan korelasi antara berbagai mata pelajaran memungkinkan penerapan pengetahuan dan pengalaman secara fungsional.

Rumusan
Terdapat pelbagai jenis kurikulum yang boleh didapati dalam industri pendidikan dalam dan luar negara. Kewujudan jenis2 kurikulum ini dipengaruhi oleh pelbagai sumber dan faktor (keperluan pelajar, masyarakat dan negara, ilmu pengetahuan, falsafah, teori dll) Jenis-jenis kurikulum ini boleh menjadi satu pertindanan, sokongan atau gantian kepada jenis kurikulum yang lain.

You might also like