You are on page 1of 4

PENGENALAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Kurikulum Permata Negara

Kurikulum PERMATA Negara digubal untuk mencapai misi nasional membangunkan modal insan
berjiwa murni dan berminda kelas pertama. Berpaksiakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, setiap
anak Malaysia hendaklah dirangsangkan perkembangannya secar holistic dan seimbangh dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Dengan berteraskan prinsip Rukun Negara, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan menegaskan bahawa Pendidikan ialah satu usaha untuk melahirkan warga
negara Malaysia yang berkualiti tinggi, berilmu dan berketrampilan serta berakhlak mulia.
Pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti berikut:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

Objektif Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan adalah:

(i) menyediakan asas kepada pembangunan potensi insan yang seimbang dan optimum
berlandaskan acuan tersendiri dengan mengambil kira nilai-nilai tempatan dan amalan
bijak antarabangsa;
(ii) (ii) menggalakkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun mendapat asuhan dan didikan
yang berkualiti bagi merangsang perkembangan awal mereka yang sesuai mengikut
kumpulan umur dari segi fizikal, bahasa, kognitif, sosio-emosi dan rohani dalam
persekitaran yang selamat, sihat dan menyeronokkan;
(iii) (iii) membangunkan kurikulum yang komprehensif bagi perkembangan awal kanak-
kanak secara menyeluruh meliputi pendidikan, pengasuhan, nutrisi dan kesihatan; (iv)
mewujudkan kemudahan infrastruktur dan persekitaran pembelajaran termasuk
peralatan pembelajaran yang berkualiti bagi membolehkan pencapaian hasil
pembelajaran yang positif;
(iv) menggalakkan penglibatan dan hubungan yang teguh antara ibu bapa, Kerajaan, pihak
swasta dan juga badan bukan kerajaan serta kumpulan masyarakat setempat di dalam
pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak;
(v) meningkatkan kesedaran awam terhadap keperluan memberikan pendidikan awal
kanak-kanak dari lahir hingga ke 4 tahun sebagai asas utama pembangunan holistik
mereka sebelum memasuki alam persekolahan formal; dan
(vi) memastikan pewujudan dan pelaksanaan sistem pemantauan dan penilaian
keberkesanan program asuhan dan didikan awal kanak-kanak.

Secara jelas, Falsafah Kurikulum PERMATA Negaraialah penyepaduan antara Falsafah


Pendidikan Kebangsaan dengan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
Kebangsaan. Terasnya ialah bahawa setiap anak yang dilahirkan di bumi ialah sebutir
PERMATA untuk negara dan jika diasuh, diajar dan diasah dengan betul akan bersinar
menerangi kegemilangan negara pada masa akan dating. Maka, lahirlah falsafah setiap
anak PERMATA Negara.

BIDANG PEMBELAJARAN PERMATA

Bidang Pembelajaran PERMATA telah dirancang untuk membantu perkembangan


kanakkanakmeliputi dalam enam aspek, iaitu:

(i) Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian


(ii) Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
(iii) Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik
(iv) Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran
(v) Perkembangan Fizikal dan Psikomotor
(vi) Perkembangan Kreativiti dan Estetika

Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian

Sahsiah bermakna keperibadian. Biasanya ia dikaitkan dengan akhlak. Dalam bahasa


Pembangunan sahsiah merujuk kepada proses pembinaan peribadi kanak-kanak – iaitu
menyediakan aktiviti pembelajaran untuk membantu kanak-kanak membina konsep
kendiri yang positif, self-esteem yang tinggi, jati diri yang berdisiplin dan baik, serta cara
berfikir yang bebas dan terbuka. Pembangunan sahsiah ialah matlamat utama Kurikulum
PERMATA Negara. Individu yang akan dilahirkan daripada Kurikulum ini ialah mereka
yang mempunyai ciri sahsiah yang sempurna, berakhlak, bertamadun, bijaksana dan
berdaya maju.

Pembangunan sahsiah merangkumi semua aspek, iaitu jasmani, rohani, emosi dan
pemikiran (intelek). Biasanya sahsiah boleh dilihat daripada tingkah laku dan sikap
kanak. Oleh itu, pembangunan sahsiah bermakna pembangunan akhlak (tingkah laku),
sikap dan perangai kanak-kanak untuk menjadi insan yang mempunyai budi pekerti
mulia, berakal, mempunyai nilai murni serta berdaya maju.

Bidang ini memberi fokus kepada pembentukan sahsiah dan kemahiran-kemahiran


sosial, interpersonal, intrapersonal, dan kerohanian kanak-kanak. Setiap kanak-kanak
mesti diberi pengalaman dan sokongan untuk membina persepsi positif terhadap diri
sendiri dan orang lain; mempunyai kemahiran sosial yang baik; bermotivasi dan serta
kompeten belajar.

Objektif pembelajaran bidang Sahsiah, Sosio-Emosi dan Kerohanian bagi kanakkanak 0


hingga 4 tahun ialah untuk membina perasaan tenteram, kebolehan mengawal emosi
dan perasaan, membina tingkahlaku yang sopan, identiti diri yang positif, self-esteem
dan keyakinan diri yang tinggi, kemahiran sosial, kebolehan mematuhi arahan,
menghayati nilainilai murni, mensyukuri kebesaran Tuhan.

Tahap-tahap perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian


Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal

You might also like