You are on page 1of 11

Kaedah Kos Perjalanan

Rekreasi luar boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, dan salah satu daripadanya
ialah rekreasi berasaskan sumber hutan. Di Malaysia, rekreasi hutan diketahui hanya
bermula diawal era penjajahan Inggeris, iaitu dengan pembukaan beberapa kawasan
peranginan tanah tinggi serta tempat perburuan (Wan Sabri 1987; Kumari 1994).
Dari segi ekonomi, faedah rekreasi hutan berbentuk `direct consumptive use value’
(Kumari 1994; Dixon and Sherman 1990; Duffus and Dearden 1990). Walau
bagaimanapun di dalam sesetengah kes ia boleh dianggap sebagai penggunaan
langsung seperti aktiviti perburuan atau memancing (Kumari 1994).

Ciri faedah rekreasi yang berbentuk bukan pasaran menyebabkan fungsi


permintaan terhadap rekreasi tidak dapat dianggar melalui kaedah penganggaran
permintaan biasa. Dari segi teorinya, kaedah penilaian faedah rekreasi berasaskan
kepada teori pengguna dan kriteria ekonomi kebajikan. Antara kaedah penganggaran
yang biasa diguna termasuklah Kaedah Kos Perjalanan (TCM) (Maille and
Mendelsohn 1993; Cesario 1976; Ahmad Shuib 1991; Pearce and Moran 1994; Jamal
dan Redzuan 1998; Jamal 2000), penilaian kontingen (Blamey et al 1999; Diamond
and Hausmann 1994; Hanemann 1984; Mitchell and Carson 1989; Jamal 2001),
kaedah harga hedonik (Pearce and Moran 1994), dan pemodelan pilihan (Bennett dan
Blamey 2001; Blamey and Bennett 2001; Morrison et al 1999; Rolfe et al 2002).
Walau bagaimanapun antara kaedah-kaedah yang dinyatakan, TCM merupakan yang
tertua serta paling meluas diguna untuk penilaian faedah rekreasi. Kerangka Teori
TCM dibincangkan pada bahagian seterusnya.

Di Malaysia, kebanyakan kajian dan penerbitan penilaian faedah rekreasi alam


sekitar menggunakan kaedah TCM. Antaranya termasuklah Ahmad Shuib (1991),
Willis, et. al. (1996), Jamal dan Redzuan (1998), Mohd Shahwahid dan Awang Nor
(1999) dan Jamal (2000).

i. Kerangka teori TCM


Kaedah TCM adalah satu pendekatan bagi menganggar permintaan terhadap sesuatu
tempat rekreasi dengan menggunakan variasi kos perjalanan dikalangan individu ke
tempat berkenaan (McConnell 1985). Setiap individu akan mengalami kos perjalanan
yang berlainan untuk sampai ke tempat rekreasi tertentu (Freeman 1994). Tindakbalas
masyarakat terhadap variasi harga implisit untuk lawatan dapat dijadikan asas untuk
menganggar nilai sesuatu tempat rekreasi atau perubahan kualiti yang berlaku ke atas
tempat berkenaan. Kaedah ini digunakan untuk memberi nilai ke atas sumber alam
sekitar yang tidak diperdagangkan, iaitu melalui kos yang dibayar bagi mendapatkan
perkhidmatan rekreasi sebagai wakil (proxy) harga kepada perkhidmatan yang
diterima daripada sumber alam sekitar (Hanley dan Spash 1993). Kos-kos
penggunaan ini termasuklah kos perjalanan, kos masa berada ditempat rekreasi, kos
bayaran masuk, kos perbelanjaan di tempat rekreasi dan perbelanjaan-perbelanjaan
lain seperti pembelian peralatan yang digunakan semasa berekreasi.

Secara implisitnya teori ini menggunakan dua andaian penting (Hanley dan
Spash 1993), iaitu wujudnya ciri "weak complementary" antara aset alam sekitar
dengan perbelanjaan penggunaan, dan ciri "weak separability" ke atas fungsi utiliti.
Andaian pertama membawa erti bahawa apabila perbelanjaan penggunaan bersamaan
dengan sifar, utiliti marginal aset alam sekitar tersebut juga bersamaan dengan sifar.
Andaian kedua pula membolehkan penerbitan keluk permintaan sesuatu aktiviti
rekreasi untuk menganggarkan nilai lebihan pengguna.

Langkah pertama untuk menganggarkan lebihan pengguna bagi sesuatu tempat


rekreasi ialah dengan membentuk Fungsi Penghasilan Lawatan atau Trip Generation
Function (TGF). Fungsi TGF boleh dibahagikan kepada dua jenis (Hanley dan Spash
1993), bergantung kepada pendekatan kajian TCM yang digunakan. Jika pendekatan
yang digunakan ialah Kos Perjalanan Individu (Individual Travel Cost), fungsi TGF
yang terhasil akan menerangkan bilangan lawatan (V) yang dilakukan oleh individu
"i" ke tempat rekreasi "j" bagi satu tempoh masa tertentu (biasanya dalam setahun).
Jika pendekatan kajian menggunakan kaedah Kos Perjalanan Mengikut Zon (Zonal
Travel Cost), fungsi TGF yang terhasil akan menerangkan bilangan lawatan yang
dilakukan oleh penduduk daripada sesuatu zon ke tempat kawasan rekreasi yang
dikaji (dalam setahun).
Harga

P*

P2

P1

0 V2 V1 Vt Bil. Lawatan (V)

RAJAH 3.2 Keluk Permintaan Lawatan (Fungsi TGF)

Sumber: Hanley dan Spash (1993)

Pembentukan fungsi TGF dapat diterangkan oleh Rajah 3.2 dengan paksi
menegak adalah paksi harga yang perlu dibayar oleh pelawat samada mengikut
individu atau zon manakala paksi mendatar adalah paksi bilangan lawatan (v) yang
dilakukan dalam sesuatu jangkamasa. Lawatan ke tempat rekreasi akan terus
dilakukan, tetapi bilangannya akan semakin berkurangan apabila harga meningkat dan
sifar apabila tingkat harga berada pada P*. Jika harga berada pada paras P2, maka
jumlah lawatan yang dilakukan ialah sebanyak V2; disebaliknya jika harga turun
kepada P1, jumlah lawatan akan meningkat kepada V1. Oleh itu fungsi TGF bertujuan
untuk menghasilkan keluk permintaan di kawasan rekreasi apabila berlaku perubahan
di dalam harga atau kos lawatan. Apabila harga meningkat sehingga P*, bilangan
lawatan akan menjadi sifar atau kurang daripada satu. Tingkat harga P* dikenali
sebagai "choke price" (Boardman, et. al. 1996) dan jumlah bilangan lawatan akan
menjadi sifar.
Fungsi TGF boleh dianggar melalui kaedah regresi berbilang (multiple
regression). Hubungan permintaan rekreasi akan dianggar melalui bilangan lawatan
dalam setahun (jika menggunakan kos perjalanan individu) atau bilangan lawatan bagi
setiap zon (jika menggunakan kos perjalanan mengikut zon). Pembolehubah-
pembolehubah exogen yang dimasukkan kepada fungsi tersebut ialah pembolehubah
sosio-ekonomi seperti pendapatan, tahap pendidikan, tingkat umur, dan
pembolehubah-pembolehubah lain (jika menggunakan kaedah pendekatan kos
perjalanan individu). Jika mengikut zon, pembolehubah exogen ialah jumlah
penduduk dan maklumat sosio-ekonomi bagi setiap zon berkenaan.

Apabila fungsi TGF dan keluk permintaan bagi sesuatu kawasan rekreasi
dikenalpasti, langkah seterus yang perlu dilakukan ialah menganggar nilai lebihan
pengguna yang terakru melalui keluk permintaan yang dihasilkan. Pada kebiasaannya
lebihan pengguna ini selalu dirujuk sebagai lebihan pengguna bagi setiap lawatan
(Hanley dan Spash 1993).

ii. Pembentukan keluk permintaan rekreasi

Penganggaran nilai lebihan pengguna menerusi kaedah TCM diasaskan kepada fungsi
permintaan tempat rekreasi dengan membentuk keluk permintaan rekreasi daripada
Fungsi Pengeluaran Isi Rumah (Household Production Function) (McConnell 1985).

Mengikut Freeman (1994) utiliti pelawat untuk datang ke sesuatu tempat


rekreasi bergantung kepada jumlah masa yang diperuntukkan dan kualiti tempat
rekreasi berkenaan, disamping kuantiti penggunaan barangan lain. Pada umumnya
fungsi utiliti bagi pelawat boleh dibentuk seperti berikut:

Max: u(X , r, q) (3.9)

Tertakluk kepada kekangan belanjawan:

M+pw .tw = X+c.r (3.10)


dan masa t* = t w + (t 1 + t 2 )r (3.11)
dengan,

X = jumlah penggunaan barangan lain


r = bilangan lawatan setahun ke tempat rekreasi
q = kualiti persekitaran di kawasan rekreasi
M = pendapatan exogenous
p w = kadar upah
c = kos kewangan per lawatan
t* = kos melepas masa
t w = jumlah jam bekerja
t 1 = masa lawatan (dua hala)
t 2 = masa di tempat rekreasi
* harga barangan lain (X), telah dinormalisasikan bersamaan dengan satu.

Kekangan masa wujud dalam dua bentuk: iaitu masa yang diperlukan untuk
tujuan perjalanan dan masa yang diperuntukkan di tempat rekreasi. Peruntukan masa
kepada kedua-dua keadaan ini akan menjadikan jumlah masa yang tinggal untuk
aktiviti lain berkurangan. Oleh itu wujud kos melepas kepada masa untuk aktiviti
rekreasi. Jika diandaikan individu bebas memilih jumlah masa yang perlu baginya
untuk bekerja, dan bekerja pula tidak menghasilkan utiliti, maka kos melepas kepada
masa untuk rekreasi adalah bersamaan dengan tingkat upah yang diperolehi daripada
pekerjaannya (Freeman 1994).

Bagi mendapatkan jumlah kos perjalanan untuk aktiviti rekreasi, kekangan


masa perlu diganti kepada kekangan belanjawan, dan boleh ditulis seperti berikut

M + p w (t* - (t 1 + t 2 )r ) = X + c.r

M + p .t* - p (t 1 + t 2 )r ) = X + c.r
w w

M + p w .t* = X + (p w (t 1 + t 2 ) + c)r
M + p .t* = X + Pr . r
w

(3.12)
dengan Pr merupakan harga atau kos penuh untuk lawatan:

Kos kewangan yang perlu ditanggung oleh pelawat untuk lawatan ke tempat
rekreasi boleh dibahagikan kepada dua; iaitu bayaran masuk, f (jika ada), dan kos
perjalanan (TC) yang bergantung kepada jarak (d) dan kos bagi setiap kilometer (p d )
atau p d . d. Oleh itu

Pr = c + p (t 1 + t 2 )
w

= f + p d . d + p w (t 1 + t 2 ) (3.13)

Persamaan 3.13, menjelaskan bahawa harga penuh bagi lawatan terdiri


daripada empat komponen: iaitu bayaran masuk (f), kos kewangan perjalanan (p d .

d), kos masa perjalanan (p . t 1 ) dan kos masa di tempat rekreasi (p . t 2 ). Bagi
w w

menerbitkan fungsi penghasilan atau permintaan lawatan (TGF), maka persamaan


(3.9) mesti dimaksimumkan tertakluk kepada kekangan kos di dalam persamaan
(3.12) untuk menghasilkan fungsi berikut:

r = r( Pr , M, Q) (3.14)

dengan;

r = bilangan lawatan
Pr = jumlah kos perjalanan

M = pendapatan
Q = pembolehubah-pembolehubah lain sosio-ekonomi seperti taraf
pendidikan, umur dan sebagainya.
Setelah fungsi TGF dapat dianggarkan, nilai ekonomi bagi sesuatu pusat
rekreasi dapat dikira melalui nilai lebihan pengguna. Nilai lebihan pengguna adalah
merupakan satu kawasan di bawahan keluk Pemintaan tetapi di atas garis harga (kos).

iii. Pengiraan lebihan pengguna

Selanjutnya pengiraan nilai lebihan pengguna (CS) diterangkan melalui Rajah 3.3
Fungsi lawatan diandaikan berbentuk linear, dan boleh ditulis seperti:
Vˆ  ˆ  ˆ1TC  ˆ 2 x  ˆ 3 w (3.15)

di mana x dan w adalah pembolehubah sosio-ekonomi seperti tingkat pendapatan dan


taraf pendidikan. Persamaan (3.15) ini boleh ditulis semula sebagai:

Vˆ  A  ˆ1TC

dimana;
A  ˆ   2 x   3 w

Oleh itu "Choke Price" atau TC* dikira dengan rumus A 


1

Kos Perjalanan

TC*

TC X

0 V Bil. Lawatan (V)

RAJAH 3.3 Terbitan Fungsi Permintaan Lawatan


_
Daripada Rajah 3.3, kawasan 0TC*X V mewakili jumlah nilai faedah yang
_
diperolehi oleh individu kerana melawat di tempat rekreasi; sementara kawasan 0 TC
_
XV , mewakili jumlah kos atau harga yang perlu dibayar oleh individu bagi
mendapatkan perkhidmatan rekreasi. Manakala lebihan pengguna ialah jumlah nilai
faedah ditolak dengan jumlah kos atau OTC * X V  OTC X V iaitu sama dengan
_
TC TC*X. Secara matematik rumus CS bagi spesifikasi model linear boleh ditulis

sebagai:

V
CS  (TC * T C ) atau ( A  T C ) V
2 1 2

A V A
Oleh kerana TC*  dan T C 
1 1

A V A V
CS  (  )
1 1 2

A V  A V
( )
1 2

V2
 (3.16)
21

Walau bagaimanapun persamaan (3.16) ialah CS untuk lawatan per individu dalam
satu jangkamasa biasanya setahun. Bagi mendapatkan CS untuk per lawatan bagi
individu, persamaan (3.16) perlu didarabkan dengan 1 / V . Oleh itu rumus CS bagi
per lawatan ialah:

V
CS 
21

Bagi spesifikasi model semi-log (pembolehubah bersandar), CS boleh dianggarkan


dengan rumus (Hanley dan Spash 1993):

CS 
V
 1
dengan CS ialah lebihan pengguna per individu per lawatan.

Bagi mendapatkan faedah aggregat bersih ekonomi hasil daripada


perkhidmatan rekreasi yang dibekalkan oleh alam sekitar, CS di atas perlu didarabkan
dengan jumlah pelawat ke tempat rekreasi tersebut untuk satu tempoh jangkamasa
tertentu biasanya setahun.
iii. Bentuk-bentuk model TCM

Mengikut Hanley dan Spash (1993), model TCM boleh dibahagikan kepada tiga
kategori iaitu Kaedah Kos Perjalanan Mengikut Zon (Zonal Travel Cost Method),
Kaedah Kos Perjalanan Individu (Individual Travel Cost Method) dan Kaedah Model
Kos Perjalanan Hedonic (Hedonic Travel Cost Method). Walau bagaimanapun jenis
TCM yang lebih meluas digunakan ialah zonal atau individual (Bhat 1996), (Hanley
1989), (Willis dan Benson 1989), (Sellar et al 1985) dan (Smith dan Desvouges
1986). Namun kedua-dua pendekatan ini hanya dapat memberi nilai keseluruhan
tetapi gagal untuk memberi nilai perubahan khusus yang berlaku terhadap sesuatu ciri
tempat rekreasi. Untuk mengatasinya Kaedah Model Hedonic TCM perlu digunakan.

a) Kaedah kos perjalanan mengikut zon (zonal travel cost method)

Melalui pendekatan ini pelawat yang membuat lawatan perlu digolongkan mengikut
zon tempat asal mereka. Andaian yang digunakan dalam kaedah ini ialah isi rumah
bagi zon yang sama adalah homogen dari segi kos perjalanan dan juga pembolehubah-
pembolehubah lain seperti citarasa, pendapatan, kos tempat gantian, serta
pembolehubah sosio-ekonomi yang lain.

Berdasarkan kepada andaian tersebut Fungsi Penghasilan Lawatan untuk


model ini boleh ditulis sebagai:

Vij = v(TC ij ,Y i , POP i , SUB j , Z i )


(3.17)
dimana:
Vij = bilangan lawatan penduduk zon "i" ke tempat rekreasi "j"
TC ij = kos perjalanan per lawatan untuk individu daripada zon "i" ke
tempat rekreasi "j"
Yi = pendapatan purata zon "i"
POP i = jumlah penduduk zon "i"
SUB j = kos lawatan untuk ke kawasan pengganti kepada kawasan rekreasi
"j"
Zi = pembolehubah sosio-ekonomi lain untuk pelawat zon "i".

b) Kaedah kos perjalanan individu (individual travel cost method)


b
Satu lagi pendekatan yang sering digunakan ialah Kaedah Kos Perjalanan Individu.
Berbeza dengan kaedah zonal, pendekatan ini menggunakan data-data pelawat
individu.

Mengikut Hanley dan Spash (1993), kos perjalanan (C) ke sesuatu tempat
rekreasi "j" bergantung kepada beberapa pembolehubah:

C ij = C (D C ij , T C ij , F j , Z i ) ; i = 1,2….n; j = 1,2…m (3.18)


dengan
C ij = bilangan lawatan yang dilakukan oleh individu "i" ke kawasan
rekreasi "j"
D C ij = kos perjalanan yang ditanggung oleh individu "i" ke kawasan
rekreasi "j"
T C ij = kos masa oleh individu "i" bagi perjalanan dan ditempat rekreasi "j"
F j = bayaran masuk ditempat rekreasi "j" jika ada
Zi = pembolehubah sosio-ekonomi lain seperti pendapatan, tahap
pendidikan dan umur bagi individu "i".

Isu-isu dalam penganggaran TCM


Kaedah TCM merupakan satu rangkakerja yang paling banyak diguna di dalam
menganggar fungsi permintaan rekreasi (Smith, et al. 1986), namun terdapat beberapa
isu spesifikasi dalam perlaksanaanya. Berikut adalah antara beberapa isu yang
dihadapi:

i) Pemilihan atau penetapan pembolehubah bersandar;


ii) Masalah tujuan lawatan yang berbagai;
iii) Masalah tempat rekreasi yang berbagai dan kawasan pengganti;
iv) Pelawat yang bercuti dan penduduk tempatan;
v) Pengiraan jarak kos;
vi) Nilai terhadap masa;

Hanley dan Spash (1993), Brown et al. (1983) Common (1988), Fletcher et al. (1990),
(Cesario 1976) telah memperincikan implikasi permasalahan di atas serta
mencadangkan beberapa kaedah untuk mengatasinya.

You might also like