You are on page 1of 3

Secara umumnya, persekitaran fizikal sekolah yang sihat dan selamat ialah keadaan sekolah yang mempunyai kemudahan

asas dan fizikal yang sentiasa bersih, ceria, sihat dan sentiasa mempunyai persekitaran yang selamat. Persekitaran tersebut berfungsi untuk: a. Mewujudkan persekitaran fizikal yang bersih dan selamat; b. Mewujudkan persekitaran yang bebas daripada risiko jangkitan penyakit; dan c. Memastikan semua kemudahan asas di sekolah mencukupi dan sentiasa dalam keadaan bersih, ceria, selamat dan sihat yang merangkumi: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. xv. xvi. xvii. xviii. Bangunan sekolah; Bilik darjah; Tandas; Bekalan air; Telefon; Kebun/landskap; Makmal; Kantin; Asrama; Klinik; Dewan; Stor; Tempat letak kereta; Pagar; Perparitan; Sistem pembuangan sisa pepejal; Pili bomba; dan Padang permainan.

Bagi memastikan persekitaran fizikal sekolah yang sempurna, beberapa perkara perlu diambil kira, iaitu: i. ii. Persekitaran yang bersih dan selamat bagi menggalakkan amalan kesihatan, mengurangkan risiko jangkitan penyakit dan kejadian kemalangan di sekolah. Kebersihan kantin, dapur asrama dan dewan makan sekolah sentiasa bersih, selamat dan mematuhi peraturan-peraturan kesihatan yang terdapat dalam Garis Panduan Kantin

Sekolah dan Pekeliling Pembangunan dan Bekalan Bil.2/1994 (Pengendalian Asrama). iii. Memastikan pengalaman, penyediaan dan pengambilan makanan berkhasiat dan bermutu oleh warga sekolah selaras dengan dasar pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia semasa. Mewujudkan kawasan sekolah sebagai kawasan bebas asap rokok dan Pengetua, Guru Besar atau guru diberikan kuasa untuk mengkompaun di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993. Memastikan sekolah bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes mengikut Buku Panduan Program Bebas Denggi di Sekolah 1994. Memastikan persekitaran sekolah bebas daripada pencemaran udara, air dan bunyi bising.

iv.

v. vi.

Pemantauan dan Penilaian Petunjuk-petunjuk yang diambil kira ialah: a. Peratus sekolah mempunyai rating > 70 peratus untuk 3K (keceriaan, keindahan dan keselamatan). b. Peratus sekolah melaksanakan program bebas denggi di sekolah. c. Peratus sekolah mencapai > 75 peratus rating bebas denggi di sekolah. d. Peratus sekolah mencapai 75 peratus rating premis makanan. e. Peratus sekolah mematuhi 100 peratus peraturan larangan merokok. f. Peratus sekolah bebas daripada kemalangan di sekolah. Kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mendapati lima juta kanak-kanak dalam kalangan bayi hinggalah yang berumur 14 tahun meninggal dunia setiap tahun di negara-negara yang sedang membangun akibat penyakit-penyakit yang berkait dengan persekitaran mereka. Alam persekitaran kanak-kanak biasanya amat selamat dan terhad pada rumah, sekolah dan komuniti. Namun persekitaran selamat ini didapati berbahaya dan menyumbang kepada jumlah kematian yang tinggi. Enam jenis persekitaran tidak sihat telah dikenal pasti memberi kesan kepada kanak-kanak iaitu:

Air minuman yang tidak selamat; Tiada kebersihan diri; Sistem pembetungan yang tidak baik;

Pencemaran udara, kawalan vektor; Kimia bahaya; dan Kemalangan.

Antara penyakit yang dikaitkan dengan alam sekitar ialah:


Jangkitan pada sistem pernafasan; Cirit-birit; Malaria; dan Keracunan

Kanak-kanak amat mudah terdedah kepada bahaya persekitaran tidak sihat berbanding orang dewasa kerana faktor semula jadi tubuh badan dan sikap mereka. Kejadian cirit-birit dan muntahmuntah akibat keracunan makanan masih lagi berlaku. Hampir setiap bulan pada musim persekolahan ada sahaja kejadian keracunan makanan di sekolah-sekolah di negara kita. Kekotoran, pencemaran bakteria dan kuman serta tiada kebersihan diri adalah merupakan sebabsebab yang utama

You might also like