You are on page 1of 5

SK SERI SETIA

BATU 6 JALAN KUCHAI LAMA,


58200 KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM

PK07- LAMPIRAN 2
WBB 0101
Tel : 03-79834382
Fax : 03 79814872
E-mel : sk_seri_setia@yahoo.com
la.wbb0101@btpnkl.edu.my

BIL PERTAMA /TAHUN 2014

Tarikh

: 2.1.2014

Masa

: 8.30 Pagi

Tempat

: Bilik Mesyuarat SKSS

Pengerusi

: Pn. Wizana binti Harun (PK KOKO)

Nama Yang Hadir

1. En. Suharto Bin Baharin


2. Pn. Dawi Zubadah bt. Juperi
3. En. Sharudin bin Abd. Hadi
4. Pn. Wizana Bt. Harun
5. Pn. Norzarina bt. Hassan
6. En. Ismail bin Othman
7. En. Kamal bin Abdullah
8. En. Mohd Raduan bin Kamaruddin
9. Pn. Jamaliah binti Sharib
10. En. Abdul Hafiz bin Abd. Satar
11. En. Mohd Faizal bin Abu Bakar
12. En. Mohd Nasir bin Abdullah
13. Pn. Norihan binti Kamarulzaman
14. Pn. Norhayati binti Abd Rahman
15. En. Abdul Manaf bin Zakaria
16. En. Hakimi Bin Mohd Alim @Ab Halim
17. En. Heng Boon Yu
18. Cik Rosliliwani binti Mat
19. Pn. Norbaizura binti Abdullah
20. En. Thanabalan a/l Shanmugam
21. En. Mohd Marzuki Bin Mohamad
22. En. Rosli Bin Hassan
23. En. Ahmad Paaiz bin Che Pi
24. En. Aswandie bin Marsidi
25. En. Afandi bin Mohamed
26. Pn. Siti Zubaidah bt. Md Tammimi
27. En. Haron bin Ismail
28. En. Tuan Yahamin Tuan Sof
29. En. Supian Zainuddin
30. Pn. Hidayati binti Sanusi
31. Cik Suria Binti Abd Rashid
32. En. Nurul Sepiah Mohd Noor
33. Pn. Nor Hidayah Binti Hassan
34. Pn. Nor Hanipah Binti Sirat
Hak Cipta Terpelihara Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar & Pudu
1 Februari 2013-Keluaran 02 | Pindaan 00

(Guru Besar)
(PK T&K)
(PK HEM)
(PK KOKO)

35. Pn. Ng Mei Ling


36. Pn. Foong Poh Poh
37. Pn. Cheng Sin Thye
38. Pn. Wong Kim Lian
39. Lim Chin Oon
40. Pn. Nor Malai Binti Hitam
41. Pn. Rabiatul Adawiyah Binti Dulkarim
42. En. Sivakrisnan a/l S.Sinniah
43. Pn. Fatimah Binti Awang
44. Pn. Nageswari a/p Magiswari
45. Pn. Hilda Ilya binti Hilmi
46. Pn. Mimi Aini Binti Abd Pani
47. Pn. Wong Pei Mei
48. Pn. Azizah Binti Johari
49. En. Wan Roslan bin Wan Sulaiman
50. En. Muhd Hakiman Hanifa
51. En. Mohd Fadzil Bin Abd Wahab
52. En. Rasidi Abdul Rahman
53. Pn. Siti Salwa Abdul Majid
54. Pn. Norhayati Binti Ridzwan
55. Pn. Siti Shamsiah Binti Ab Rahman
56. Cik Suhailiyah binti Muhammad
57. Pn. Zalina bt Rifin
58. Pn. Norhafizah binti Hamdi
Nama Yang Tidak Hadir
:
1. Cik Dira Hirdayanti binti Mah Husin
2. Pn. Wan Nor Azizun Binti Wan Aziz
Turut Hadir (Jika ada)
1.

Urus Setia

:-

PERUTUSAN PENGERUSI
1.1.
Pengerusi mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran
semua ahli jawatankuasa Kokurikulum kali pertama bagi tahun 2014 dan
mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah.
1.2.
Pengerusi memaklumkan bahawa aktiviti kokurikulum adalah aktiviti wajib
bagi guru dan juga murid. Guru hendaklah memastikan aktiviti yang dirancang
berjalan lancar dan pastikan tiada berlaku perkara yang tidak diingini semasa
aktiviti kokurikulum berjalan.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


Mesyuarat kali pertama.

PERKARA BERBANGKIT:

Tindakan:Makluman

Mesyuarat dijalankan kali pertama tiada perkara yang dibangkitkan.

Hak Cipta Terpelihara Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar & Pudu


1 Februari 2013-Keluaran 02 | Pindaan 00

4.

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/LAPORAN UNIT


4.1. Organisasi Kokurikulum Tahun 2014
4.1.1 Pn. Wizana Memaklumkan bahawa organisasi baru Unit Kokurikulum
serta tugasan guru-guru di bawah Unit Kokurikulum boleh dirujuk di Buku
Panduan Pengurusan Sekolah 2014. Beliau memaklumkan bahawa Unit
Kokurikulum Sekolah terbahagi kepada dua iaitu Bidang Kokurikulum dan
Bidang Sukan.
Tindakan: Makluman
4.1.2 Pn. Wizana memaklumkan bahawa senarai jawatankuasa adalah seperti
berikut :
i.
Jawatankuasa Organisasi Badan Beruniform
ii.
Jawatankuasa Organisasi Kelab & Persatuan
iii.
Jawatankuasa Sukan & Permainan
iv.
Jawatankuasa Rumah Sukan
v.
Jawatankuasa Majlis Sukan Sekolah
vi.
Jawatankuasa Jurulatih Pasukan Sekolah
vii.
Jawatankuasa Perkhemahan Badan Beruniform & Pengawas
Sekolah
viii.
Jawatankuasa Sambutan Hari Guru
ix.
Jawatankuasa Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah
x.
Jawatankuasa Sambutan Program Peringkat Sekolah
Tindakan: Makluman
4.1.3 Pn. Wizana meminta semua guru menyemak bidang tugas guru mengikut
jawatankuasa yang terdapat di dalam Buku Panduan Pengurusan Sekolah.
Tindakan: Semua Guru
4.1.4. Pn. Wizana memaklumkan bahawa Permainan Sepak Takraw akan
digantikan dengan Permainan Bola Baling.
Tindakan: Makluman
4.1.5. En. Supian meminta supaya bilangan ahli Kelab, Peratuan dan
Permainan dapat dibahagikan sama rata.
Tindakan: GPK Koko
4.2. Hari Kokurikulum.
4.2.1 Pn. Wizana menyatakan bahawa Hari Kokurikulum akan diadakan pada 6
November 2013. Aktiviti tersebut akan dijalankan sepanjang hari bermula dari
jam 7.30 pagi. Antara aktivitinya perlawanan Bola Sepak dan Bola Jaring
antara Ahli Kokurikulum Permainan, penyampaian sijil dan persembahan
murid.
Tindakan: Guru Penasihat
4.2.2 Persembahan murid akan diadakan oleh Ahli Badan Beruniform sekolah.
Guru penasihat diminta untuk melatih ahli masing-masing.
Tindakan: Guru Penasihat
4.2.3 Pn. Wizana memaklumkan bahawa murid tahun 1 & 2 akan mengikuti
pertandingan mewarna logo Badan Beruniform Sekolah pada Hari

Hak Cipta Terpelihara Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar & Pudu


1 Februari 2013-Keluaran 02 | Pindaan 00

Kokurikulum.
Tindakan: Makluman
4.3. Laporan & Post Morterm Akhir Tahun
4.3.1 Pn. Wizana meminta guru-guru penasihat untuk menyediakan laporan
akhir tahun dan laporan tersebut hendaklah seragam. Contoh laporan boleh
dilihat di komputer beliau.
Tindakan: Guru Penasihat
4.3.2 Pn. Wizana meminta pada tahun hadapan perlu disediakan gambar
aktiviti perjalanan kokurikulum.
Tindakan: Guru Penasihat
4.5. Perancangan 2014
4.5.1 Pn. Wizana memaklumkan 90% Ketua penasihat bagi tahun hadapan
kemungkinan tidak berubah.
Tindakan: Makluman
4.5.2 Pn. Wizana memaklumkan bahawa terdapat penubuhan kelab baharu
iaitu Kelab Doktor Muda dan Kelab Jahitan & Masakan ada dijenamakan
semula manakala Permainan Sepak Takraw digugurkan dan diganti dengan
Bola Baling.
Tindakan: Makluman
4.5.3 Pn. Wizana meminta semua ketua penasihat membuat perancangan
lebih baik bagi aktiviti kokurikulum tahun hadapan dan menyediakan surat
Perlantikan dan surat Penubuhan Kelab.
Tindakan: Makluman
4.6. Perancangan Strategik
4.6.1 Pn. Wizana meminta semua guru penasihat untuk menyediakan Pelan
Taktikal dan Pelan Operasi 2014 -2016.
Tindakan: Semua Guru Penasihat
5

HAL-HAL LAIN
5.1. Pn. Wizana meminta semua laporan aktiviti perlu dilengkapkan dan fail
hendaklah dikemaskini.
Tindakan: Semua Guru Penasihat
5.2. Pn. Wizana meminta supaya Papan Kegiatan Kokurikulum dikemaskini serta
diceriakan dari semasa kesemasa.
Tindakan: Semua Guru Penasihat
5.3. Pn. Wizana meminta kehadiran murid ke aktiviti kokurikulum ditekankan dan
Ketua guru penasihat juga menegur ahli yang tidak mengikut etika pemakaian
semasa menjalankan aktiviti kokurikulum.
Tindakan: Semua Guru Penasihat

Hak Cipta Terpelihara Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar & Pudu


1 Februari 2013-Keluaran 02 | Pindaan 00

5.4 Pn. Dawi meminta supaya guru menggalakan murid memakai pakaian Badan
Beruniform pada setiap hari Rabu dan guru juga tidak dibenarkan memakai baju
koprat pada hari tersebut. Beliau juga mencadangkan supaya setiap Kelab dan
Persatuan mengadakan satu projek khas contohnya penyedian taman bunga.
Tindakan: Semua Guru Penasihat
5.5 En. Aswandi meminta Kelab Bimbingan &Kaunseling diberi penjenamaan baharu
iaitu Kelab Pembimbing Rakan Sebaya.
Tindakan: GPK Koko
5.6 Affandi mencadangkan supya pada tahun hadapan aktiviti perkhemahan
melibatkan semua guru.
Tindakan: GPK Koko
5.7 Cik Rosliliwani mencadangkan supaya AJK Pasukan Bola Jaring Sekolah
ditambah. Selain itu, beliau juga memaklumkan bahawa garisan gelanggan bola
jaring juga sudah pudar dan beliau juga memaklumkan bahawa pasukan Bola Jaring
sekolah memerlukan Bip yang baharu kerana Bip yang lama sudah rosak.
Tindakan: GPK Koko
5.8 En. Sharudin memaklumkan bahawa untuk kenaikan gred guru perlu menunjukan
bukti penglibatan melalui sijil ataupun surat perlantikan. Diminta pihak sekolah
menyediakan sijil kepada guru-guru yang telah memberi sumbangan kepada sekolah.
Tindakan: GPK Koko
6

PENUTUP
Pn. Wizana mengucapkan terima kasih dan berharap aktiviti dibawah Unit
Kokurikulum berjalan lancar di Tahun 2014.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.20 petang.

Disediakan oleh,
..........................................

(ISMAIL BIN OTHMAN )


Setiausaha Kokurikulum

Hak Cipta Terpelihara Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar & Pudu


1 Februari 2013-Keluaran 02 | Pindaan 00

Disemak oleh,
................................

(PN. WIZANA BT HARUN )


GPK Kokurikulum

You might also like