You are on page 1of 12

[MPU1103U2 / BAHASA KEBANGSAAN A]

LAPORAN FORUM / ASSIGNMENT 2

Pengsyarah:
Puan. Zakiah Johar

Nama Ahli: (Group 1)


Gabriel Choo Sing Wei [2102023070055]
Lim Jing [2072022020038]
Tan Hui Xin [1082022070021]
Thivyah Nair [2132020090017]
Muhammad Shakir Azwan Bin Abdul Wahab [1092022070005]

Tajuk: Ke- 2

Tarikh Penyerahan :
20 Nov 2023
1.0-Pengenalan
1.1-Permasalahan Kajian
1.2-Objektif Kajian

2.0-Kandungan

3.0-Rumusan
3.1-Lima Kesan
3.2-Lima Harapan

1
1.0-Pengenalan

Definisi:-
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah
nama rasmi pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa
kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua
peringkat pendidikan.

Latar Belakang:-
PPSMI adalah hasil mesyuarat khas kabinet pada 19 Julai 2002 dan dilaksana pada masa 2003 di
bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia keempat.

Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan bahawa rancangan akan dilaksanakan secara


berperingkat dan bermula dari awal persekolahan pada tahun 2003, keutamaan diberikan kepada
semua murid sekolah rendah darjah satu dan semua murid Tingkatan satu serta Tingkatan enam
Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah.
Bagaimanapun, dasar PPSMI bahawa bahasa Melayu harus digantikan dengan bahasa Inggeris
sebagai mata pelajaran sains dan matematik di semua peringkat pendidikan telah menjadi isu
kontroversi.
Akhirnya, Menteri Pendidikan Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pada 8 Julai
2009 bahawa dasar itu akan dimansuhkan sepenuhnya pada 2012.
2
1.1-Permasalahan kajian PPSMI
Hasil kajian lapangan oleh kementerian mendapati murid sukar memahami mata pelajaran Sains
dan Matematik dalam BI. Guru terpaksa mengajar dalam BM supaya murid faham. Dapatan kajian
menunjukkan, kurang 5% daripada jumlah kelas di 7495 buah sekolah rendah menggunakan BI
sepenuhnya.
Manakala, di sekolah menengah, kurang 9% daripada jumlah kelas di 2192 buah sekolah
menggunakan BI. PPSMI tidak dapat dilaksanakan. Hasil kajian 2009 kerajaan mengambil
keputusan untuk memansuhkan dasar PPSMI dan menggantikan dengan MBMMBI.
Berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah diputuskan bahawa PPSMI
akan dimansuhkan secara berperingkat mulai 2012 bagi Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 4.

Tan Sri Muhyiddin Yassin: pemansuhan PPSMI akan dilakukan secara berperingkat mengikut
kaedah “soft landing” mulai 2012. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Ogos 2009 setuju
melaksanakan mekanisme “soft landing” bagi membantu pelajar mengatasi masalah peralihan
dasar.
Mekanisme “soft landing” adalah seperti berikut :Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik
boleh dilaksanakan dalam dwibahasa mulai 2010 di sekolah rendah dan menengah. Dwibahasa
bermaksud penggunaan BM dan BI dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di
sekolah kebangsaan dan sekolah menengah; dan penggunaan bahasa ibunda dan BI bagi SJK(C)
dan SJK(T). Pelaksanaan dasar ini bermula pada 2021 bagi pelajar Tahun 1, Tahun 4,Tingkatan 1
dan Tingkatan 4.
Pentaksiran UPSR akan diteruskan dalam dwibahasa sehingga 2016. PMR akan diteruskan dalam
dwibahasa sehingga 2013. SPM akan diteruskan dalam dwibahasa sehingga 2015.
Sebagai langkah untuk mempercepat proses peralihan daripada BI kepada BM di semua peringkat
persekolahan, kementerian putuskan bermula 2012, murid Tingkatan 1 akan mengikuti
Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam BM sepenuhnya. Menimbulkan
kerisauan ibu bapa. Kabinet putuskan untuk membenarkan murid sekolah rendah kohort PPSMI
untuk meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran dalam BI sepenuhnya, BM sepenuhnya atau
dalam kedua-dua bahasa apabila mereka masuk Tingkatan 1.
Dengan pendekatan soft landing, Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah
rendah akan dilaksanakan dalam BM sepenuhnya pada 2016. Manakala di sekolah menengah
pada 2021. Pemansuhan PPSMI adalah kekal. Pemansuhan PPSMI tidak bermakna kerajaan
abaikan kepentingan penguasaan BI.

3
1.2-Objektif Kajian
Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan
kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan
persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.

Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan
berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan
penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai
perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa
ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini. Ketika mencadangkan dasar ini, Tun Dr
Mahathir berpendapat bahawa Malaysia makin ketinggalan dalam arus globalisasi, dan
diharapkan dasar ini memberi kelebihan kompetitif kepada negara, mencontohi kejayaan
Singapura dan India yang semakin melangkah ke depan kerana kebiasaan dengan bahasa Inggeris.

4
2.0-Kandungan
1. Hasil kajian yang melibatkan 10,000 buah sekolah di seluruh negara, terutamanya di kawasan
luar bandar, menunjukkan bahawa bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa kedua dan bahasa
asing. Sains dan matematik ialah ilmu pengetahuan, sementara bahasa yang digunakan pula
sebagai bahasa pengantar. Sehubungan dengan itu, masyarakat perlu sedar tentang konsep
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan selaku bahasa ibunda. Oleh itu, bahasa Melayu
perlu digunakan dengan selesa dan ilmu dalam kedua-dua bidang tersebut juga perlu diperluas
dengan penggunaan bahasa Melayu dalam usaha mengembangkan bidang teknologi dan
maklumat di samping bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

2. Prestasi pendidikan Malaysia telah mengalami penurunan, dengan ranking Matematik berada
di peringkat ke-20 berbanding dengan peringkat ke-10 sebelum ini, dan ranking Sains pula berada
di peringkat ke-21 berbanding dengan peringkat ke-20 sebelum ini. Skor Matematik 2007 merosot
kepada 474 mata berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak
34 mata. Skor Sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan
492bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.

3. Walaupun kerajaan memberi tumpuan kepada kepentingan majoriti, ini tidak bermakna
kepentingan minoriti diabaikan. Pada tahun 2008, 518,616 pelajar sekolah rendah perintis PPSMI
menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Para pelajar diberi pilihan menjawab soalan Sains
dan Matematik dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina atau Tamil atau lebih dari satu bahasa
tersebut. Pada 13 November, keputusan rasmi dilaporkan mencatatkan hasil yang menggalakkan
dari segi penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik. Ketua Pengarah
Pendidikan Datuk Alimuddin Mohd Dom dilaporkan berkata, 159,234 orang murid (31% dari
keseluruhan pelajar) menjawab kertas Sains dalam bahasa Inggeris sementara untuk kerta
Matematik, bilangannya adalah 238,153 orang (46%).[8] Walau bagaimanapun, keputusan ini
dipertikaikan oleh sesetengah pihak. Menurut Presiden Kesatuan Guru-guru Semenanjung
Malaysia, Mohd Sabri Mohd Arshad, "sebanyak 31.1 peratus murid-murid yang menguasai
pembelajaran itu khususnya subjek sains ataupun matematik adalah dari kalangan mereka yang
tinggal di bandar dan mempunyai latar belakang keluarga berpendidikan. Mereka yang tinggal di
luar bandar masih lagi menggunakan bahasa ibunda, maka memberi kesan kepada jurang
perbezaan yang jauh," di samping menggesa kerajaan memperkasakan Bahasa Inggeris itu sendiri
dengan menambahkan waktu pembelajaran selaras dengan subjek bahasa lain.

5
4. Hanya 8% guru yang mempunyai keyakinan dalam mengajar mata pelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris. Masalah kekurangan guru yang mahir dalam bahasa Inggeris
untuk mengajar kedua-dua mata pelajaran ini turut dihadapi oleh sekolah. Kesatuan Guru-Guru
Melayu Malaysia Barat pernah meminta Kementerian Pelajaran mendengar permintaan daripada
golongan guru dan pelajar yang mahukan pengajaran Sains dan Matematik diajar semula dalam
bahasa Melayu.

5. Daripada masa yang diperuntukkan untuk PPSMI, hanya 58% daripadanya digunakan oleh guru
dalam pengajaran mata pelajaran sains dan matematik. Guru terpaksa terus menggunakan
bahasa Melayu selebihnya kerana pelajar menghadapi kesukaran dalam memahami dan
kehilangan minat. Guru sendiri tidak berkebolehan memberikan penjelasan dalam bahasa
Inggeris. Penggunaan komputer dan LCD hanya mencetuskan masalah dan sebenarnya tidak
membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Guru sains dan matematik berasa
risau prestasi pelajar akan merudum kerana mereka gagal memahami apa yang diajar dalam
bahasa Inggeris.

6. Sejarah menunjukkan bahawa dengan menggunakan bahasa Malaysia, pelajar mampu


menjalani pendidikan sebagai doktor dan profesional lain. Banyak doktor telah mendapatkan
pendidikan dalam bahasa Malaysia sehingga peringkat universiti, terutamanya bagi pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

7. Kajian yang dijalankan oleh UNESCO pada tahun 1958 secara jelas menunjukkan bahawa
pendidikan dalam bahasa ibunda adalah lebih efektif, dan penguasaan bahasa kedua boleh
dicapai apabila sekolah memulakan pengajaran dengan bahasa ibunda sebagai bahasa
perantaraan, dan kemudian memperkenalkan bahasa kedua sebagai subjek yang dipelajari.

8. Salah satu faktor yang menyebabkan PPSMI gagal adalah kerana guru kurang menguasai bahasa
Inggeris. Sebab mengapa ini mungkin berlaku adalah kerana guru-guru tidak memahami istilah
atau konsep dalam mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Ini boleh
menyebabkan kekurangan pemahaman terhadap mata pelajaran dalam bahasa Inggeris itu
sendiri dan juga kekurangan bahan pengajaran serta kaedah pengajaran yang tidak jelas untuk
mengajar pelajar mereka.

6
9. Salah satu sebab kegagalan PPSMI adalah kerana pelajar kurang mahir dalam bahasa Inggeris,
disebabkan kemahiran bahasa Inggeris yang terhad diperlukan oleh pelajar untuk memahami
mata pelajaran sains dan matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris. Akibatnya, pencapaian
mereka dalam mata pelajaran sains dan matematik terjejas dan menyumbang kepada kegagalan
PPSMI.

10. Desakan daripada parti politik juga dianggap sebagai salah satu faktor kegagalan PPSMI. Jenis
faktor ini berlaku disebabkan beberapa parti politik telah menyuarakan pendapat dan tuntutan
yang berbeza mengenai penggunaan Bahasa Inggeris untuk mengajar mata pelajaran Sains dan
Matematik. Sesetengah parti politik berhujah bahawa langkah ini bertujuan untuk meningkatkan
kemahiran Bahasa Inggeris pelajar dan meningkatkan daya saing mereka di peringkat
antarabangsa. Walau bagaimanapun, ada yang menyuarakan kebimbangan mengenai kesan
negatif terhadap Bahasa Melayu dan pendidikan keseluruhan pelajar di Malaysia. Oleh itu, ini
boleh menyebabkan desakan atau tuntutan yang diberikan oleh parti politik mengenai dasar
tersebut.

7
3.0-Rumusan
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah usaha
Malaysia yang dimulakan pada tahun 2003 supaya menggunakan Bahasa Inggeris sebagai
medium pengajaran untuk dua mata pelajaran iaitu Sains dan Matematik di peringkat pendidikan.
Selain itu, dasar tersebut telah menyebabkan kontroversi dan pemansuhan PPSMI tersebut sudah
diumumkan oleh Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada tahun 2012.

Hal ini demikian kerana, pemansuhan PPSMI sudah menyebabkan pelajar-pelajar menghadapi
kesukaran untuk memahami mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dan juga
menunjukkan guru-guru menggunakan Bahasa Melayu untuk belajar Sains dan Matematik. Oleh
itu,pengumuman daripada pemansuhan PPSMI berdasarkan keputusan kajian 2009 dengan
pelaksanaan peralihan secara berperingkat melibatkan mekanisme "soft landing"
Seterusnya, objektif utama kajian adalah untuk memahami rasional di sebalik peralihan bahasa
pengantar, dengan kerajaan Malaysia mengakui kepentingan menguasai Bahasa Inggeris untuk
persaingan global dan pembangunan sumber manusia tersebut. Walau bagaimanapun, realiti
pelaksanaan akan menyebabkan pelbagai masalah walaupun dasar tersebut diharapkan untuk
memberi kebaikan kompetitif seperti Singapura dan India yang mengalami.
Di samping itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa prestasi pendidikan Malaysia telah diturun
selepas pelaksanaan PPSMI. Punca keturunan prestasi pendidikan Malaysia kerana kekurangan
guru yang mahir megajar mata pelajaran Sains dan Matematiks dalam Bahasa Inggeris. Menurut
kajian UNESCO pada tahun 1958, kegagalan PPSMI juga disebabkan daripada bahasa ibunda lebih
berkesan dan juga akan menyebabkan pemahaman konsep dalam bahasa konsep oleh guru.
Selain itu, faktor lain melibatkan desakan politik yang berbeza, di mana sesetengah pihak
menyokong untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris pelajar tersebut manakala pihak
lain mungkin berhujah tentang kebimbingan mereka terhadap kesan negatif yang akan dibawa
kepada bahasa Melayu dan keseluruhan sistem pendidikan di Malaysia.
Akhir sekali, kajian tersebut menunjukkan bahawa laluan PPSMI yang mencerminkan
perbincangan dan cabaran yang dihadapi dalam usaha supaya meningkatkan kecekapan
pembelajaran Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematiks. Oleh sebab itu, pihak
perlu mengambil kira pendapat pelbagai pihak sebelum membuat keputusan yang
mempengaruhi pendidikan negara.

8
3.1-LIMA (5) Kesan
1. Penurunan Pemahaman dan Prestasi: Jenis kesan ini berlaku apabila pelajar menghadapi
kesulitan dalam memahami konsep sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris disebabkan oleh
halangan bahasa, yang boleh menyebabkan prestasi dan pemahaman pelajar terhadap mata
pelajaran Sains dan Matematik menjadi lemah. Contohnya, pelajar-pelajar yang tidak mahir
dalam Bahasa Inggeris mungkin menghadapi cabaran dalam memahami konsep sains dan
matematik yang diajar dalam Bahasa Inggeris.

2. Ketidaksamaan dalam Akses Pendidikan: Jenis kesan ini berlaku apabila semua pelajar
mempunyai tahap kecekapan Bahasa Inggeris yang berbeza dalam mata pelajaran Sains dan
Matematik, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam pemahaman subjek tersebut.
Contohnya, pelajar yang kurang mahir dalam Bahasa Inggeris mungkin menghadapi cabaran
besar dan akan memperluaskan jurang pendidikan antara pelajar yang mahir dalam Bahasa
Inggeris.

3. Kesiapan dan Latihan Guru: Jenis kesan ini juga boleh berlaku apabila guru mengalami
peralihan mendadak untuk mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
mungkin menyebabkan kesukaran kerana guru tidak dilatih dengan baik dan kurang mahir dalam
Bahasa Inggeris. Oleh itu, ini boleh memberi kesan kepada kualiti penyampaian pendidikan dan
juga mempengaruhi pengalaman pembelajaran dan hasil pelajar.

4. Penurunan Keyakinan dan Minat: Kesan seperti ini berlaku disebabkan sesetengah pelajar
menghadapi cabaran dalam memahami bahasa, dengan kata lain, kurang mahir dalam bahasa
Inggeris dalam bidang Sains dan Matematik. Apabila cabaran sebegini berlaku, ia boleh
menyebabkan sesetengah pelajar kehilangan motivasi atau kehilangan semangat terhadap mata
pelajaran ini.

5. Penentangan dan Rintangan dalam Masyarakat: Jenis kesan ini juga boleh berlaku apabila dasar
ini menghadapi tentangan dari pelbagai segmen masyarakat termasuk ibu bapa, pendidik, dan
pembuat dasar. Oleh itu, tentangan ini boleh mencipta persekitaran kontroversi dalam pendidikan
yang boleh mengalih perhatian dari reformasi penting lain dan menyebabkan gangguan dalam
sistem pendidikan.

9
3.2-LIMA (5) Harapan
1. Integrasi Sokongan Bahasa: Memperkenalkan program sokongan bahasa seiring dengan kelas
Sains dan Matematik untuk membantu pelajar dengan tahap kecekapan Bahasa Inggeris yang
berbeza. Program ini boleh termasuk sumber tambahan, tuisyen, atau kelas khas untuk
meningkatkan kemahiran bahasa tanpa mengorbankan pemahaman subjek. Dengan
menyediakan bantuan bahasa yang disasarkan, pelajar secara beransur-ansur dapat
meningkatkan pemahaman terhadap konsep sains dan matematik yang diajar dalam Bahasa
Inggeris.

2. Akses Saksama Terhadap Sumber: Melaksanakan inisiatif untuk menyeimbangkan tahap


kecekapan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Ini boleh melibatkan sumber tambahan yang
ditujukan untuk menyokong pelajar yang kurang mahir dalam Bahasa Inggeris, memastikan
mereka mempunyai akses kepada bahan-bahan tambahan, bimbingan tambahan, atau
pendekatan pembelajaran yang dipersonalisasi bagi menyamakan pemahaman dalam Sains dan
Matematik.

3. Latihan Guru yang Komprehensif: Menawarkan program latihan menyeluruh dan berterusan
kepada guru untuk meningkatkan kecekapan Bahasa Inggeris mereka dan melengkapi mereka
dengan strategi pengajaran yang efektif yang disesuaikan untuk mengajar Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris. Latihan ini perlu memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran
bahasa bersama pedagogi subjek untuk memastikan guru bersedia sepenuhnya untuk pengajaran
yang berkesan.

4. Kerjasama dan Persefahaman Pihak Berkepentingan: Mendorong dialog terbuka di kalangan


pembuat dasar, pendidik, ibu bapa, dan pelajar untuk membangunkan pendekatan berdasarkan
persefahaman dalam reformasi pendidikan boleh membawa kepada dasar yang lebih mampan
dan diterima secara meluas.

5. Strategi Pembelajaran Adaptif: Melaksanakan pelbagai kaedah pengajaran termasuk bantuan


visual seperti menunjukkan gambar, sesi interaktif seperti melakukan aktiviti bersama, dan
aplikasi praktikal seperti menggunakan contoh dari kehidupan sebenar. Dengan cara ini, ia boleh
memenuhi pelbagai gaya pembelajaran dan juga menyokong pelajar dalam memahami konsep
yang kompleks dengan lebih berkesan.
10
-END-

You might also like