You are on page 1of 3

ULASAN ARTIKEL 1 Pemansuhan Dasar PPSMI : Tinjauan daripada Persepsi Parti Politik, Ahli Akademik dan NGO serta

pengalaman sekolah. Oleh Daripada : : Juniadi Awang Besar dan Mohd Fuad Mat Jali
https://docs.google.com/file/d/0BwULvuwQ1fl6Q2NFM1VpSWRuZkk/edit

Jurnal ini ditulis bagi menyokong pemansuhan dasar PPSMI. Jurnal ini ditulis bersadarkan kepada beberapa kajian yang telah dibuat sekitar tahun 2004 2008 di sekolah-sekolah terpilih di negeri Selangor dan Terengganu. Penulisan jurnal ini dibuat dengan menyatakan beberapa pendapat dari pelbagai sektor yang berkaitan dengan bidang pendidikan. Pendapat-pendapat yang diterima disertakan dengan bukti-bukti yang diperolehi daripada kajian lapangan yang telah dijalankan.

Melalui jurnal ini juga, dinyatakan beberapa bentuk kajian ilmiah lain yang telah dijalankan oleh ahli akademik yang lain. Beberapa kajian menunjukkan perubahan bahasa pengantara dalam sesi pengajaran dan pemebelajaran memberikan kesan yang negatif terhadap pencapaian dan minat pelajar untuk mengikuti pengajian tersebut. Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Ho pada tahun 1989, perubahan bahasa pengantar di dalam pengajaran bahasa Cina dan Matematik kepada bahasa Inggeris memberikan kesan yang negatif kepada pencapaian pelajar. Pencapaian pelajarpelajar di kawasan luar bandar juga menunjukkan penuruhan tahap pencapaian pelajar apabila dasar PPSMI diperkenalkan oleh kerajaan ( Mohamad Nasir Saludin et. all , 2002).

Selain daripada permasalahan yang berlaku dari aspek pemahaman pelajar, aspek ketidupayaan guru di dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris juga menimbulkan banyak masalah semasa pelaksanaan dasar PPSMI ini. Faktor ketidaksediaan guru di dalam menjalankan proses pengajaran menggunakan bahasa Inggeris menimbulkan isu yang sangat besar. Guru-guru tidak mampu untuk berinteraksi dengan pelajar

semasa proses pengajaran dijalankan. Kedaan ini menimbulkan satu suasana yang membosankan di dalam kelas dan seterusnya mengurangkan minat pelajar untuk belajar subjek tersebut.

Pelbagai pendapat dilontarkan oleh ahli-ahli politik mengenai dasar PPSMI ini. Bagi ahli politik daripada parti UMNO yang merupakan tunjang kepada kerajaan yang memerintah, mereka menyatakan sokongan kepada dasar PPSMI ini, namun menyarakan beberapa kajian yang perlu dilakukan bagi membolehkan pelaksanaan dasar ini dijalankan dengan lebih sempurna. Begitu juga dengan parti MCA, pemimpin mereka kurang bersetuju dengan pelaksanaan dasar penggunaan bahasa Inggeris bagi pengajaran sains dan matematik di sekolah rendah aliran Cina. Mereka meminta supaya sekolah rendah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dikecualikan daripada pelaksanaan dasar ini.

Bagi parti KEADILAN, mereka menentang sekeras-kerasnya pelaksanaan dasar ini kerana bagi mereka, dasar ini akan mengakibatkan kehilangan identity bahasa Malaysia yang dijadikan bahasa rasmi mengikut peruntukan perlembagaan. Parti DAP juga turut tidak bersetuju dengan pelaksanaan dasar ini tetapi pada masa yang sama menyokong sebarang usaha daripada pihak kerajaan untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris dikalangan pelajar di negara ini. Parti PAS menyokong usaha memansuhkan dasar PPSMI kerana bagi mereka bahasa ibunda adalah basah terbaik di dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran.

Bagi ahli-ahli akademik dan badan NGO, usaha pemansuhan dasar PPSMI adalah satu usaha yang sangat baik bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar dapat berjalan dengan lebih baik dan mampu menghapuskan kesan terhadap jurang yang wujud bagi kalangan pelajar luar bandar dan pelajar bandar. Penagalaman di sekolah juga menunjukkan graf minat

mengikuti pembelajaran sains dan matematik menunjukkan penurunan yang ketara di sekolah luar bandar.

Kesimpulan yang dapat dibuat disini pemansuhan dasar PPSMI adalah sesuatu yang sangat tepat. Perubahan bahasa pengantar semasa proses pengajaran dan pembelajaran amat mengganggu pelajar dalam mengikuti pembelajaran. Pelbagai kekurangan dapat dilihat sewaktu pelaksanaan dasar PPSMI, namun usaha kerajaan di dalam meningkatkan graf pencapaian pelajar melalui pengenalan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) harus disokong sepenuhnya kerana ia dilihat sebagai medium yang terbaik di dalam memastikan pelajar kita mampu bersaing diperingkat global.

You might also like