You are on page 1of 14

SCHOOL OF GEOMATIC &

GEOSPATIAL SCIENCES

SCHEME OF ANSWERS

FINAL EXAMINATION

SEMESTER I SESSION 2020/2021

SESSION JULY-NOV

MALAYSIAN STUDIES

MPU 2123 AND MPU 1113


ANSWERS:

SECTION A

1. B 16. B
2. C 17. D
3. A 18. C
4. C 19. B
5. B 20. B
6. C 21. B
7. B 22. C
8. D 23. A
9. B 24. A
10. C 25. A
11. D 26. C
12. B 27. B
13. A 28. D
14. C 29. C
15. D 30. C
SECTION B

1. Nyatakan EMPAT (4) tugas Suruhanjaya Pilihanraya. (4


markah)

a) membuat kajian dan persempadanan semula bahagian-


bahagian pilihan raya Parlimen dan negeri setiap tidak kurang
daripada lapan tahun selepas tarikh siapnya urusan kajian dan
persempadanan semula yang terdahulu.

b) menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar


pemilih.

c) mendaftarkan warganegara yang layak sebagai pemilih supaya


mereka dapat menyertai proses memilih wakil untuk
menyuarakan pendapat mereka dalam Dewan Rakyat atau
Dewan Undangan Negeri mengikut perkara 113 Perlembagaan
Persekutuan.

d) menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan


Undangan Negeri dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya
berlaku kekosongan.

e) memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi di


negara ini melalui pilihan raya yang bebas dan adil.
f) Menentukan kelayakan calon dlm perkara 119 Perlembagaan
Persekutuan.
g) Menggubal Peraturan- Peraturan Pilihan Raya

2. Berikan EMPAT (4) kuasa asing yang pernah menjajah negara


kita. (4 markah)

a) Portugis
b) Belanda
c) British
d) Jepun

3. Nyatakan DUA (2) jawatan utama dalam Kesultanan Melayu


Melaka. (2 markah)

a) Bendahara
b) Penghulu Bendahari
c) Temenggung
d) Laksamana

4. Senaraikan LIMA (5) ciri-ciri masyarakat majmuk menurut

J.S Furnivall. (5 markah)

a) Terdapat pelbagai jenis manusia (bangsa, ras, etnik) seperti


Eropah,Cina, India dan penduduk asli (bumiputera).
b) Mereka bercampur tetapi tidak bercantum atau bersatu.

c) Hidup berdekatan tapi terpisah dalam sistem unit politik yang


sama.

d) Setiap kumpulan bangsa berpegang kepada agama,


kebudayaan,bahasa, idea dan kaedah sendiri.

e) Dalam sektor pekerjaan terdapat pembahagian tenaga buruh


yang ketara mengikut kaum.

5. Beri tujuan diwujudkan perlembagaan. (5 markah)


a) Menjamin keamanan dan kestabilan negara
b) Mewujudkan satu pemerintahan yang adil dan saksama
c) Menjamin Riwayat negara bangsa
d) Sebagai alat untuk menyelesaikan masalah
e) Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah
f) Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat
SECTION C

SOALAN 1
1. Huraikan FAKTOR-FAKTOR/ SEBAB-SEBAB yang membawa
kepada peristiwa rusuhan 13 Mei 1969 yang pernah berlaku di
Malaysia.
(10 markah)

A) Perasaan tidak berpuas hati terhadap hak istimewa orang


Melayu.

 semasa kempen Pilihan Raya 1969, ahli-ahli parti


pembangkang telah membangkitkan soal-soal bangsa
Malaysia.
 berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu).
 berkaitan dengan kedudukan istimewa orang Melayu sebagai
(Bumiputera).
 hak kerakyatan orang bukan Melayu.
 sistem pendidikan pada ketika itu menggunakan sistem
vernakular dan informasi yang boleh diperolehi sangat terhad.

B) Dasar perpecahan perpaduan kaum/ Dasar Pecah dan Perintah

 Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan


perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah
menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut
ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina
tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan
 Orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau
nelayan kecil.
 Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan
dan pekerja di ladang .
 Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat
bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan.
Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi
yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka
tidak seimbang
 Kaum Cina bertapak di kawasan bandar untuk menjayakan
ekonomi TM dan lombong biji timah.

C) Sistem pendidikan yang berasingan

 Sebelum Malaysia memiliki satu sistem pendidikan Nasional, telah


wujud 4 aliran pendidikan yang berlainan di tanah Melayu iaitu
aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India yang mengambil silibus
pembelajaran yang berbeza-beza.
 Hal ini telah menyebabkan berlakunya ketidakseragaman
penggunaan bahasa, identiti dan fahaman wujud.
 Ketidakseragaman ini telah menimbulkan pelbagai masalah yang
telah memberi impak yang sangat buruk dalam pembentukan
kaum di Malaysia.
 Orang cina memegang kuasa ekonomi untuk mempunyai
kelebihan dalam pendidikan dan merupakan kaum awal yang
memonopoli pendidikan di sekolah Inggeris.
 Kebanyakkan anak-anak Melayu berskolah di sekolah Melayu,
tahap pembelajaran setakat peringkat rendah.
 Masyarakat Melayu ketinggalan daripada arus perkembangan
pendidikan.

D)    Ekonomi

 Kegiatan ekonomi yang berbeza mewujudkan jurang pendapatan


yang berbeza di antara kaum di Tanah Melayu pada masa itu.
 Hal ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kaum
dan mengakibatkan berlakunya persaingan ekonomi secara tidak
sihat.
 Perasaan cemburu dan tidak puas hati dari setiap kaum wujud
lanjuran daripada ketidakseimbangan ini.
 Orang Melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan yang
dicapai oleh orang Cina.
 Manakala orang India pula mencemburui kelebihan yang ada pada
orang Melayu kerana orang Melayu mendapat peluang
perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.

E) Membangkitkan isu sensitif pada Pilihanraya Umum 1969

 Kebanyakan parti politik pada masa tersebut telah memainkan isu-


isu sensitif.
 Isu-isu sensitif seperti kedudukan istimewa orang Melayu, soal
bahasa dan kerakyatan digunakan untuk memancing undi di
kalangan masyarakat.
 Kejayaan parti gerakan dan DAP menang majority 2/3 kerusi
berbanding parti perikatan, telah menyebabkan parti tersebut telah
berarak sambil membangkitkan soal-soal sensitif seperti keturunan
Melayu.
 Keadaan ini bertambah buruk apabila orang Melayu di bawah
anjuran UMNO bertindak balas menangkis penghinaan itu dengan
mengadakan perarakkan di jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur.
 Akibat daripada keadaan yang tidak terkawal ini telah
mencetuskan episod berdarah 13 Mei 1969.
 Peristiwa ini telah mengorbankan banyak nyawa serta merosakkan
banyak harta benda.
SOALAN 2

2. Huraikan impak kedatangan Jepun ke Tanah Melayu dari aspek


ekonomi dan sosial.

(10arkah)
A) KESAN EKONOMI

 KEGIATAN PERDAGANGAN LUMPUH


 British telah mengamalkan "bumi hangus" dimana mereka
telah merosakkan pokok-pokok getah, kilang-kilang,
lombong-lombong dan jentera perlombongan sebelum
berundur dari Tanah Melayu

 Sumber ekonomi utama –pengeluaran bijih timah dan getah


terhenti sama sekali

 Dasar Jepun yang memonopoli ekonomi Tanah Melayu


menyebabkan penderitaan kepada rakyat.

 Perlombongan dan perniagaan dikuasai oleh pihak Jepun


menyebabkan orang-orang cina dan Eropah kehilangan hak
terhadap perniagaan mereka.

 Jepun juga turut menguasai ladang kelapa sawit dan kelapa


mengawal penjualan getah menyebabkan perusahaan getah
tidak berkembang pada waktu itu.
 Beras yang menjadi makan utama juga dikawal. Jepun juga
mengamalkan dasar pintu tertutup dengan tidak menjalinkan
hubungan dengan pihak luar. Kesannya, barangan tidak
dapat dieksport dan juga dimport.

 Akibat daripada ketiadaan hubungan perdagangan dengan


kuasa luar, Tanah Melayu menghadapi dua masalah besar
iaitu masalah kekurangan makanan dan kehilangan
pertukaran mata wang asing

 EKONOMI DAN TARAF HIDUP MEROSOT

 Jepun telah memaksa penduduk Tanah Melayu bercucuk


taman seperti ubi kayu, keledek, jagung, pisang, dan
sebagainya hingga menyebabkan inflasi akibat daripada
pengedaran wang kertas yang tidak terkawal. catuan
bekalan makanan juga diperkenalkan.

 Rakyat mengalami kebuluran kerana kekurangan makanan.


Bekalan beras terpaksa diimport dari Thailand dan Burma.

 KEWUJUDAN INDUSTRI BARU

 Munculnya industri baru yang berasaskan industri tempatan.


Industri baru ini diasaskan oleh syarikat-syarikat dari Jepun.
 INFLASI
 Kadar inflasi meningkat akibat kekurangan barang keperluan
dan pengedaran wang kertas Jepun.

 Jepun turut memperkenalkan sistem ekonomi kawalan untuk


menggantikan sistem ekonomi usahaniaga bebas.

 Semasa pendudukan Jepun, Tanah Melayu mengalami


inflasi kerana pengedaran wang kertas secara tidak terkawal
dan kekurangan barang pengguna terutamanya makanan.

 Pada tahun 1945, pengedaran wang kertas di Tanah Melayu


mencecah $4000 juta sedangkan sebelum pendudukan
Jepun pengedaran wang kertas hanya $200 juta.

 orang ramai diwajibkan mendapatkan kupon dari Pejabat


Kawalan Makanan.

 Petani dan nelayan dipaksa menjual hasil pertanian dan ikan


kepada pembeli yang dilantik oleh Jepun.

B) KESAN SOSIAL

 Akibat daripada tekanan ekonomi, kesihatan rakyat turut terjejas.


 Hal ini berlaku kerana terdedah kepada pelbagai penyakit dan
amalan pemakanan yang tidak sempurna.

 Oleh itu mereka mudah dijangkiti penyakit seperti beri-beri dan


bengkak kerana terlalu banyak makan ubi kayu dan kurang makan
daging.

 Kekurangan zat makan menyebabkan jumlah kematian meningkat


secara mendadak.

 Keadaan ini diburukkan lagi apabila bekalan ubat-ubatan tidak lagi


dihantar ke klinik-klinik tetapi digunakan untuk keperluan tentera
Jepun.

 Dalam usaha untuk menjepunkan penduduk Tanah Melayu pula,


Jepun telah mengambil beberapa tindakan. Antaranya ialah
menutup sekolah Inggeris dan memberi tumpuan kepada
pelajaran Bahasa Jepun.

 Nyanyian dan muzik juga digunakan untuk menyebarkan budaya


Jepun ke atas penduduk Tanah Melayu.

 Lagu Kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo telah diajar kepada murid-


murid sekolah. Jepun juga memperkenalkan penggunaan bahasa
Jepun (Nippon-go) bagi menggantikan bahasa Inggeris.

 Bahasa ini diajarkan di sekolah-sekolah , kelab-kelab sosial dan


kilang-kilang.
 Hari-hari kelepasan am dan juga cuti umum juga dilaksanakan
mengikut kepada Negara Jepun.

 Nama-nama orang turut diubah kepada nama Jepun. Contohnya,


orang ramai tidak lagi dipanggil dengan nama Encik Ali tetapi
dipanggil Ali san.

 Semua perubahan yang diperkenalkan oleh pemerintah Jepun


menerusi dasar

 dikenakan perintah berkurung dan sekatan jalan raya

 saling mencurigai

 hukuman dera dan mati dijalankan di khalayak ramai

 penduduk tempatan dijadikan buruh paksa

 Penindasan terhadap orang Cina yang menyebabkan permusuhan


berlaku dengan orang Melayu

You might also like