You are on page 1of 12

PENGENALAN

Kesedaran kebangsaan atau dikenali sebagai nasionalisme merupakan titik tolak permulaan terhadap gerakan di Tanah melayu. Sebelum kita tinjau dengan lebih jauh lagi eloklah kita mengetahui pengertian bagi nasionalisme itu sendiri. Dalam penulisan sejarah, para penulis cenderung dalam memberikan pelbagai maksud atau pengertian berkenaan sesuatu perkara. Tidak ketinggalan juga dalam penafsiran berkaitan nasionalisme. Para penulis sejarah telah memberikan takrifan yang mudah dan singkat terhadap nasionalisme. Kebanyakan mereka telah menyatakan bahawa nasionalisme merupakan satu bentuk keadaan fikiran, satu bentuk kesedaran atau satu aliran idea-idea. Misalnya, Minogue telah menyifatkan nasionalisme sebagai satu aliran idea-idea, satu bentuk tindakan sendiri yang mengandungi sejenis perasaan politik yang tertentu dan boleh dialirkan dari segolongan elit kepada orang kebanyakan.1 Namun begitu, penjelasan berkenaan nasionalisme oleh Minogue itu tidak begitu jelas kerana ia lebih bersifatkan ke arah penjelasan perhubungan antara keadaan fikiran dengan tujuan atau objektif kepentingan sesuatu bangsa dan negara sahaja. Ketidak mantapan penjelasan yang telah diberika oleh Minogue itu, telah mendorong para sarjana yang lain untuk memberikan hujah-hujah mereka dalam pengertian nasionalisme ini. Antara sarjana yang terdorong untuk mengupas topik ini Hans Kohn. Sarjana Hans Kohn telah memberikan hujahnya berkenaan nasionalisme berdasarkan karyanya yang berjudul The Idea of Nationalism, Kohn telah mentafsirkan bahawa nasionalisme merupakan satu keadaan fikiran, yang menyerap masuk ke dalam jiwa sebahagian besar rakyat dan didakwa menyerap masuk ke kalangan semua anggotanya; dia mengiktiraf negara-negara bangsa sebagai bentuk organisasi politik yang unggul, dan bangsa sebagai punca bagi segala

R. Suntharalingam dan Abdul Rahman Haji Ismail, Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, Penerbit Fajar Bakti SDN. BHD. Petaling Jaya, hlm 2.

kehidupan yang membina dan punca kesejahteraan ekonomi. Oleh itu, Hans Kohn telah menyimpulkan bahawa bagi pandangan beliau nasionalisme ini merupakan fahaman yang unggul bagi manusia terhadap bangsanya yang lebih mefokuskan kepada kehidupannya sendiri yang dipercayai berdasarkan kebajikan bangsa.2 Selain itu, dalam penulisan Abdul Rahman Haji Ismail, beliau telah menjelasan bahawa nasionalisme ini merupakan gabungan antara bangsa (nation) dan negara (state) menjadi satu ungkapan iaitu negara bangsa (nation-state) yang telah menjadi asas kepada gagasan nasionalisme. Gagasan nasionalisme ini secara jelasnya telah memperlihatkan bahawa semangat nasionalisme ini adalah disebabkan mempertahankan bangsa dan negara daripada terus dijajah oleh bangsa asing.3 TANPA PENGARUH BRITISH KESEDARAAN KEBANGSAAN TIDAK MUNGKIN TERCETUS ATAU SEMARAK DALAM MASYARAKAT MELAYU PADA ZAMAN SEBELUM PENDUDUKAN JEPUN. BAHASKAN. Persoalan di atas telah menimbulkan banyak tanda tanya kepada semua individu yang peka terhadap kesedaraan kebangsaan ini. Adakah benar bahawa pengaruh British yang telah memainkan peranan penting dalam menyemarakan kesedaraan kebangsaan ini atau sebaliknya. Jika benar penyataan ini, mengapa masih lagi terdapatnya persoalan yang mempertikaikan bahawa kesedaraan kebangsaan ini telah wujud sejak penjajahan siam ke atas Tanah Melayu lagi. Bagi merungkai permasalahan ini, dapatlah saya memberikan hujah-hujah berkenaan tercetusnya kesedaraan kebangsaan dalam masyarakat Tanah Melayu pada zaman jepun yang dikatakan tercetus daripada pengaruh British.

Ibid, hlm 2-3. Abdul Rahman Haji Ismail, Azmi Arifin & Nazarudin Zainun, Nasionalisme Dan Revolusi Di Malaysia Dan Indonesia : Pengamatan Sejarah, Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, hlm 1.
3

Terdapat sesetengah para sejarahwan yang berpendapat bahawa pengaruh British telah memainkan peranan dalam pembentukan kesedaraan kebangsaan bagi masyarakat di Tanah Melayu. Hal ini dapat dibuktikan dengan pernyataan bahawa permulaan pengaruh British di negeri-negeri selat bermula sejak tahu 1786-1824. Imperialisme British di Tanah Melayu bermula dengan bertapaknya kuasa-kuasa British di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka antara tahun 1786 hingga tahun 1824. Kuasa-kuasa British ini telah berkembang di semua kawasan selat dan secara tidak langsung telah dapat mengukuhkan lagi kekuasaan British di Tanah Melayu.4 Pengukuhan kuasa British di Tanah Melayu sedikit sebanyak telah menyebabkan pelbagai perubahan telah dilakukan. Antara perubahan yang telah dilakukan oleh pihak British ialah dari segi ekonomi. Ekonomi merupakan faktor utama yang menyebabkan pengaruh British datang ke Tanah Melayu. Hal ini dapat dibuktikan dengan beberapa dasar yang telah diperkenalkan oleh mereka dalam bidang ekonomi. Antara dasar yang telah diperkenalkan oleh British ialah berkenaan melindungi jalan perdagangan antara India dengan China. Hal ini kerana, jalan perdagangan ini merupakan salah satu faktor yang memberi keuntungan yang berlipat kali ganda terhadap British di Tanah Melayu. Tindakan agresif pihak British terhadap masyarakat di Tanah Melayu telah sedikit sebanyak menyebabkan berlakunya transformasi dari segi bidang ekonomi. Transformasi ini telah membuka mata masyarakat tempatan bahawa kedatangan pihak British ke Tanah Melayu adalah disebabkan oleh keuntungan semata-mata dan bukanya untuk membantu mentamadunkan masyarakat di Tanah Melayu yang dikatakan tidak bertamadun.5 Persoalan yang bakal timbul dalam petikan ini adalah, jika benar masyarakat di Tanah Melayu tidak bertamadun mengapa pihak British tidak datang ke Tanah Melayu untuk membantu

Abdul Rahman Haji Ismail, Malaysia Sejarah Kenegaraan Dan Politik, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm 229.
5

Ibid, hlm229-230.

mentamadunkan masyarakat di Tanah Melayu dan bukannya mengambil kesempatan dalam mengunaakan sumber ekonomi semata-mata dalam penjajahannya. Selain itu, menurut K. P. Landon dan Julius A. Freed, telah mengaitkan bahawa kemunculan nasionalisme Melayu adalah disebabkan oleh pengaruh British. Maksud yang dikaitkan dengan pengaruh British dalam nasionalisme Melayu ialah semangat kesedaraan kebangsaan yang telah timbul dalam kalangan masyarakat Melayu adalah disebabkan oleh kedatangan British di Tanah Melayu. Salah satu punca munculnya kesedaraan kebangsaan ialah sistem pendidikan yang telah diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu.6 Menurut mereka, semangat kesedaraan kebangsaan adalah ciptaan orang Eropah dan ia hanya muncul setelah wujudnya proses penurunan budaya orang Eropah kepada peribumi Tanah Melayu melalui sistem pendidikan yang telah diperkenalkan oleh pihak British. Buktinya, sistem pendidikan ini telah membuka mata orang Melayu tentang pemikiran pihak British yang bersifat liberalisme, sosialisme dan Marxisme setelah mereka menyambung pelajaran di negara Eropah.7 Pemikiran itu kemudiannya telah berkembang menjadi satu bentuk kesedaraan kebangsaan yang baru kepada masyarakat di Tanah Melayu yang berpendidikan Barat. Kesan daripada pendidikan Barat ini telah menyebabkan mereka sedar bahawa mereka sedang dijajah dan didominasikan oleh orang asing. Sebagai contoh yang dapat kita lihat berkenaan kesedaraan kebangsaan yang telah ditonjolkan oleh mereka yang mendapat pendidikan Barat ialah mereka dikatakan telah mencetuskan dan memimpin pergerakan nasionalisme yang sebenarnya. Selain itu, penulis Abdul Latif Abu Bakar juga telah menyatakan perkara yang sama seperti sarjana K. P. Landon dan Julius A. Freed yang memberitahu bahawa semangat kesedaraan kebangsaan dalam kalangan masyarakat di Tanah Melayu adalah disebabkan
6

Abdul Rahman Haji Ismail, Azmi Arifin & Nazarudin Zainun, Nasionalisme Dan Revolusi Di Malaysia Dan Indonesia : Pengamatan Sejarah, Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, hlm 31. 7 Ibid, hlm31.

sistem pendidikan Barat. Dalam penulisan Abdul Latif Abu Bakar, beliau menekankan bahawa sumbangan British terhadap kesedaraan kebangsaan di Tanah Melayu adalah disebakan pegenalan sistem pendidikan Barat. Menurut beliau, golongan pelajar Melayu yang menerima pendidikan Barat terutamanya yang belajar di negara Eropah lebih memahami tentang konsep demokrasi, kebebasan, hak asasi manusia dan kemerdekaan. 8 Selain itu, golongan pelajar ini juga mula sedar bahawa kaedah pemerintahan cara Barat yang maha adil dan demokratik itu tidak pernah dilaksanankan di negara asal mereka. Oleh tu, apabila pelajar-pelajar Melayu pulang dari menuntut ilmu di negara Eropah, mereka merupakan golongan pertama yang telah mencetuskan kesedaraan kebangsaan serta gerakan nasionalisme Melayu di seluruh Tanah Melayu. Menurut Landon juga, kesedaraan kebangsaan yang telah ditunjukkan dan telah dicetuskan oleh masyarakat di Tanah Melayu yang mendapat pendidikan Barat adalah sangat berbeza dengan kesedaraan kebangsaan yang berada di tempat lain kerana ia lebih bersifat perkauman dan tidak begitu menekankan keinginan untuk membentuk negara-bangsa dan merdeka. Selain itu, kita dapat melihat secara umum bahawa pengaruh British bukan hanya jelas terlihat di Tanah Melayu tetapi ia juga jelas memberi pengaruh di Asia Tenggara. Penyataan ini dijelaskan oleh Jan Pluvier, beliau mengatakan bahawa perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara banyak dipengaruhi oleh penyebaran idea yang diperolehi dari Barat melalui dasar pejajahannya. Beliau juga menjelaskan, walaupun penjajah dikatakan tidak berhasrat untuk memupuk kesedaraan kebangsaan ini dalam kalangan penduduk peribumi yang dijajah, namun secara tidak langsung penjajah telah menyediakan institusi yang dapat mengerakkan kesedaraan kebangsaan politik itu sendiri.9

8 9

Ibid, hlm 36. Ibid, hlm 32.

Penjajah telah megembangkan kemudahan fizikal yang baru, membawa pembaharuan politik dan kemakmuran ekonomi di negara-negara yang dijajah. Hal ini, telah menyebabkan negara-negara yang terdedah dengan pembaharuan ini sedikit sebanyak telah menerima proses pembaratan dan sekali gus menyebabakn masyarakat ini dapat menilai erti kesedaraan kebangsaan yang jauh lebih baik daripada negara yang tidak pernah dijajah. Sebagai contohnya, kita lihat perbezaan antara negara-negara yang awal dijajah dengan negara yang lewat dijajah oleh pengaruh asing yang telah memberi kesan kepada kesedaraan kebangsaan ini. Antaranya ialah penduduk Filipina dan Vietnam, dikatakan mempuyai kesedaraan kebangsaan dan pergerakan nasionalisme yang lebih awal berbanding negara Asia Tenggara yang lain kerana mereka telah menerima proses pembaratan dengan lebih pesat. Hal ini, sebaliknya berlaku ke atas Tanah Melayu iaitu orang Melayu dikatakan masih dibelenggu oleh sistem feudal dan pengaruh sosial, ekonomi serta politik tradisional yang masih jauh ketinggalan.10 Pengaruh British juga dikatakan telah memainkan peranan dalam membentuk kesedaraan kebangsaan dalam kalangan masyarakat di Tanah Melayu. Antaranya melalui sumbangan pihak British dalam proses pemodenan dan kemajuan yang dianggap telah menjadi landasan kepada tercetusnya kesedaraan kebangsaan, hak demokrasi dan kesedaraan politik dalam kalangan masyarakat di Tanah Melayu. Antara pembaharuan yang utama yang telah diberikan oleh pihak British ialah British telah memperkenalkan satu bentuk sistem pemerintahan berpusat (dengan nama British Malaya) yang membolehkan wujudnya penyatuan negeri-negeri Melayu yang dikatakan sedang berpecah belah, dan ini telah membolehkan orang Melayu buat pertama kalinya menyedari tentang keperluan untuk bersatu

10

Ibid, hlm 32.

sebagai sebuah negara-bangsa yang baru. Menurut Cheah Boon Kheng, ini merupakan pertama kalinya semua negeri-negeri Melayu mengalami nasib di bawah penjajahan.11 Berdasarkan penyataan Cheah Boon Kheng iaitu pertama kalinya dijajah, mungkin jika proses penjajahan ini tidaka berlaku maka negeri-negeri Melayu berada dalam keadaan politik yang berasingan dan bebas serta mempunyai hak untuk menentukan sendiri hal ehwal dalam dan luar negeri. Selain itu, Cheah juga menyatakan bahawa penjajah atau pengaruh British juga telah mengenakan satu keperibadian yang sama , penderitan yang sama dan kemudiannya satu bentuk masa depan yang sama yang telah membolehkan orang Melayu menegaskan semula kebebasan dan keperibadian kebangsaan bukan sebagai satu negeri yang berasingkan dan bebas seperti dulu tetapi sebagai sebuah bangsa dan negara baru.12 Sebagai contohnya, pentadbiran British yang bermula di Terengganu pada tahun 1919 telah mendatangkan kesan-kesan yang buruk kepada kaum tani apabila undang-undang tanah yang baru telah diperkenalkan. Dalam undang-undang ini, pihak British meminta para petani mendapatkan surat kebenaran sebelum memungar tanah. Jika mereka gagal mematuhi undang-undang ini, maka pihak Britis boleh mengheret mereka ke mahkamah. Kesan daripada tindakan pihak British ini telah menyebabkan seorang tokoh agama yang terkenal dan dihormati iaitu Abdul Rahman Limbong telah berhujah kepada pihak British dan meminta penjelasan terhadap undang-undang yang telah digubal oleh pemerintah British itu. Dalam hujahnya, beliau telah menyatakan bahawa tanah adalah milik Allah dan beliau juga menyeru kepada semua rakyat supaya tidak tunduk kepada undang-undang British itu. Kesan daripada hujah yang telah diberikan oleh Abdul Rahman Limbong telah menaikkan lagi semangat kesedaraan kebangsaan dalam kalangan masyarakat Tanah Melayu dan sekali gus telah

11 12

Ibid, hlm35. Ibid, hlm35..

menyebabkan berlakunya pertempuran di Padang Kachong.13 Hal ini, telah menunjukkan bahawa kebangkitan semangat kesedaraan kebangsaan ini telah berlaku dengn jelasnya apabila terdapatnya beberapa penentangan yang telah dilakukan oleh sebilangan masyarakat yang peka terhadap pentingnya kemerdekaan itu. Semangat kesedaraan ini telah wujud apabila berlakunya satu susunan yang sedia ada telah diganggu gugat dan dirombak oleh pentadbiran dan pemerintahan baru iaitu pemerintahan British. Jadi, tidak hairanlah jika Asia Barat merupakan sumberilham bagi pertumbuhan kesedaraan kebangsaan yang semakin meresapi masyarakat di Tanah Melayu. Hal ini, dapat dibuktikan dengan kewujudan majalah Al-Iman (Pemimpin) pada bulan Julai 1906 yang telah memulakan penerbitannya di Singapura. Pada dasarnya, majalah ini menceritakan berkenaan agama dan hanya menyentuh serba sedikit berkenaan perubahan sosial dan politik. Tetapi selepas penubuhan persatuan-persatun seperti Persatuan Kaum Muda maka kecenderunagn dalam perbincangan yang disiarkan dalam majalah Al-Iman lebih menjurus ke arah kebebasa politik, penjajahan British dan semangat kebangsaan.14 Setelah kita tinjau berkenaan pengaruh British terhadap kesedaraan kebangsaan di Tanah Melayu, adakah kita terfikir berkenaan kebenarannya. Adakah benar tanpa pengaruh British kesedaraan kebangsaan itu tidak akan tercetus atau semarak. Jika ya kenapa masih lagi timbul persoalan dalam kalangan para sejarahwan yang masih menegakkan kebenaran teori mereka dengan hujah-hujah yang telah disertakan. Bagi merungkai persoalan ini, maka eloklah kita kaji satu persatu kekeliruan yang telah timbul. Seperti yang telah dinyatakan di atas, ia telah jelas menerangkan berkenaan pengaruh British yang telah memainkan peranan yang penting dalam mengerakkan kesedaraan kebangsaan dalam kalangan masyarakat di Tanah Melayu. Sekarag marilah kita sama-sama meninjau perkara yang sebaliknya iaitu
13

R. Suntharalingam dan Abdul Rahman Haji Ismail, Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, Penerbit Fajar Bakti SDN. BHD. Petaling Jaya, hlm 71. 14 Ibid, hlm 73.

terdapat faktor lain yang telah menyumabang kepada pengerak semangat kesedaraan kebangsaan ini. Dalam perbincangan-perbincangan seperti di atas berkenaan semangat kesedaraan kebangsaan di Tanah Melayu sering dikatakan bahawa semangat kesedaraan kebangsaan ini timbul adalah disebabkan oleh pengaruh British. Namun kita lupa bahawa semangat kesedaraan kebangsaan ini telah wujud sejak zaman kesultanan Melayu lagi. Hal ini, dapat dibuktikan dengn beberapa penyataan berkenaan penulisan sejarah Tanah Melayu. Dalam penulisan sejarah berkenaan wujudnya semangat kesedaraan kebangsaan ini terdapat beberapa perbezaan dari segi tanggapan para penulis sejarah. Antaranya ialah, terdapar persoalan yang menyatakan bahawa sekiranya penentangan terhadap kuasa penjajah dianggap sebagai ciri utama dan penentu bagi pembentukan semangat kesedaraan kebangsaan maka semangat kesedaraan ini telah wujud sejak dari Kesultanan Melaka lagi. Oleh itu, semangat kesedaraan kebangsaan ini telah wujud sebelum penaklukan Melaka oleh Portugis lagi iaitu pada tahun 1511. Maka dengan ini, kita bolehlah mempersoalkan bahawa kebenaran tempoh masa wujudnya semangat kesedaraan kebangsaan ini boleh disangkal dan ia bukan berlaku semasa kedatangan pengaruh British bahkan ia telah wujud di Tanah Melayu sejak adanya sistem Kesultanan Melayu Melaka lagi.15 Hal ini, dapat dibuktikan dengan wujudnya beberapa penentangan-penentangan secara terbuka terhadap penjajah seperti yang ternyata dari peperangan Melaka (1511), percubaanpercubaan merebut kembali Melaka dari Portugis dan kemudiaannya Belanda, percubaan mengambil kembali Pulau Pinang dari tangan Inggeris, kebangkitan-kebangkitan di Naning (1831-1832), di Pasir Salak (1875), di Pahang (1891-1895), di Kelantan (1915) dan di Terengganu (1928) serta peperangan-peperangan menentang siam menjadi terganggu dan

15

Ibid, hlm 37.

diganggu kemudiannya oleh kebanjiran bangsa asing.16 Dari penentang-penentang dan perjanjian-perjanjian yang dibuat secara paksa dengan kuasa-kuasa penjajah serta bantahanbantahan terhadap para pemimpi yang akur dengan tekanan-tekanan yang diberikan oleh pihak penjajah secara ytiadak langsung telah menyebabkan segelintir golongan-golongan di Tanah Melayu bangkit bangun menentang kuasa-kuasa asing ini. Hal ini, telah menyebabkan masyarakat Melayu bangkit dan terbuka matanya dalam menuntut kemerdekaan atas Tanah kelahiranya sendiri tanpa membenarkan mana-mana kuasa asing menjajah. Dari konteks ini, telah menunjukkan bahawa masyarakat di Tanah Melau telah mempunyai kesedaraan kebangsaan tanpa adanya pengaruh dari British lagi. Selain itu, terdapat juga bukti yang menyangkal berkenaan pengaruh British yang memainkan peranan penting dalam semangat kesedaraan kebangsaan ini. Dalam penulisan sejarah, ada segelintir sejarahwan yang menyatakan bahawa kedatangan kuasa asing ini bukanlah penyebab kepada pembentukan semangat kesedaraan kebangsaan di Tanah Melayu. Hal ini kerana, pembentukan semangat kesedaraan kebangsaan di Tanah Melayu wujud apabila ada sesetengah pihak kuasa asing yang mula mempertikaikan maruah bangsa orang Melayu dengan serendah-rendahnya. Kesan pertikaian ini telah menyebabkan bangsa Melayu bangkit menentang pihak penjajah. Dengan kebangkitan ini maka dapat dilihat bahawa slogan Tak Melayu Hilang Di Dunia merupakan slogan yang bertepatan dengan semangat kesedaraan kebangsaan dalam kalangan masyarakt Tanah Melayu yang telah wujud sejak sebelum kedatangan pengaruh British lagi. Oleh itu, kesedaraan kebangsaan ini bukan hanya disebabkan pengaruh British tetapi adalh disebabkan sifat untuk mempertahankan negarabangsa itu sendiri yang menebal dalam kalangan setiap masyarakat di Tanah Melayu. 17

16

Abu Talib Ahmad, Cheah Boon Kheng, Isu-Isu Pensejarahan, Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, hlm 172.
17

R. Suntharalingam dan Abdul Rahman Haji Ismail, Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, Penerbit Fajar Bakti SDN. BHD. Petaling Jaya, hlm 53.

10

KESIMPULAN
Kesimpulannya, dalam perbincangan ini, secara keseluruhannya telah menunjukkan bahawa tanpa pengaruh British kesedaraan kebangsaan tidak mungkin tercetus atau semarak dalam masyarakat Melayu pada zaman sebelum pendudukan jepun lagi. Hal ini, dapat dibuktikan dengan fakta-fakta yang telah dijelaskan oleh segelintir para penulis sejarah ataupun sarjana yang telah menyatakan bahawa pembentukkan semangat kesedaraan kebngsaan ini telah timbul dalam kalangan masyarakat di Tanah Melayu adalah disebabkan oleh kedatangan penjajah Barat iaitu British yang pada awalnya untuk mentamadunkan bangsa Melayu. Tetapi pada hakikatnya, kedatangan penjajah British di Tanah Melayu adalah untuk mencari keuntungan semata-mata dalam sektor ekonomi dan ingin mengubah dasar pentadbiran masyarakat yang awalanya berteraskan kepada Kesultanan Melayu Melaka kepada dasar yang lebih bersifat kolonel. Kesan daripada tindakan penjajah British ini, secara tidak langsung telah membangkitkan semangat kesedaraan kebangsaan dalam kalangan masyarakat di Tanah Melayu yang ingin bangun menentang penindasan yang telah dilakukan oleh pihak penjajah tanpa disedari oleh sebilangan individu.

11

BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman Haji Ismail, Malaysia Sejarah Kenegaraan Dan Politik, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2007. Abdul Rahman Haji Ismail, Azmi Arifin & Nazarudin Zainun, Nasionalisme Dan Revolusi Di Malaysia Dan Indonesia : Pengamatan Sejarah, Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 2006. Abu Talib Ahmad, Cheah Boon Kheng, Isu-Isu Pensejarahan, Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 1995.. R. Suntharalingam dan Abdul Rahman Haji Ismail, Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, Penerbit Fajar Bakti SDN. BHD. Petaling Jaya, 1985.

12

You might also like