You are on page 1of 12

SPSK PK 07/3

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU


SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT TERATAI
MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-10
2014

Tarikh : 7 Mac 2014 (Sabtu)


Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dewan Sri Teratai, SK Taman Bukit Teratai

Kehadiran Ahli :
1. IBRAHIM B. ISMAIL
2. FATIMAH BT. ISMAIL
2. NORAZILA BT. RAZALLI
3. HABSAH MD. NOR
4. HUSSEN SHABEER B. ABD BASIR
5. ROHANI ABDULLAH
6. NORHANIZAR HASSAN
7. MUNIRAH MOHD ZAIN
8. ROHANA MD. DESA
9. MOO SHIAU CHIN
10. WIDYAWATI MAHMOOD
11. SHARIPAH AINI SYED ABU HASSAN
12. NURUL FAEZAH KHAIRUDIN
13. ROSELINE PAGAN
14. OMAR
15. NORLIZAH MOHD ZAIN
16. JAMIL AZIZAN
17. JAMALIAH ABDULLAH
18. WAN JASMAINI WAN IBRAHIM
19. SNEHA
20. SABARIAH MANSOR
21. MAHANI HJ MOHAMED
22. KHAIRUL FAIZAL
23. MOHD NIZAM MAT DERIS

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


02 01 NOVEMBER 2011 00
24. SIHAM MOHD IDRIS
25. SITI FATIMAH ASHAARI
26. SUZANA ROSLI
27. NORIZAN NGARIB
28. MUHAMMAD HUZAINI HUSAIN
29. HUSNIZATI MOHD HARSAD
30. MOHD ZAIDI MOHD ZAWAWI
31. MOHD HAWARI RUSLAN
32. AHMAD BUHORI
33. NORASRIZA ISMAIL
34. FAIZAHTUL ZURAIMEE ALI
35. MOHANARAJAH RAMAIAH
36. NIZAM ABD RAHMAN
37. NUR JANNAH MOHD SALIM
38. WAN ZUL HILMI WAN KAMAL
38. MOHD SHAFIE
39. MOHAMMAD HUZAINI HUSAIN
40. NOORCINDERELLA MOHD RADZI
41. TG. MUZIRAH TG. MOHAMED
42. FAIRUZ HUSIN
43. ADDRINA YUSOF
44. NOR FAIZA KHOJALI
45. NORSHILA ZETI BAJURI
46. LUKMAN ISMAIL
47. AZLINA SAAD
48. BADARIAH IHSAN
49. MASIAH MOHD. NOR
50. ROSLEHA KOSIM
51. NORHARNIMI MUSTAZA
52. SAIFFUL BAHRI HUSSIN
53. NORDIANA BINTI OTHMAN
54. NORHAFIZAH ISMAIL
55. NORA ABDUL RAHMAN
56. SYADINA CHE MOIN
57. RUSLIZA BT IBRAHIM

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


02 01 NOVEMBER 2011 00
58. IZUDDIN IBRAHIM
59. MOHD YUSAINIE YUSOFF
60. SHAHARIZAN AHMAD
61. AZRAI ABDUL HANIF
62. NORMAH YUSOFF
63. NOORLITA MOHD NOOR
64. HASMUNAH KASIMON
65. SITI NURHASYIMA MUSTAKIM
66. PUZILAH OTHMAN
67. A. KANNAGI
68. ZULKIFLI OMAR
69. MAIZURAH HAMZAH
70. NOR EFFENDY MOHD DIAH
71. JAMALLUDIN ABD JAMAL
72. ARTINI ATONG
73. PATA RAHIM DAUD
74. ZAIDOM SUBEMI
75. RUHAIDA MD TAHIR
76. SATHIABAMA A/P RAMUDU
77. HUSAINI BIN MOHD HASHIM
78. NORLEE HAZANIZA AHMAD
79. SABARUDDIN MOHD MIN
80. NORYANI ROSLAN
81. SALINA YAZID
82. OZUDIN HJ MOHD ISA
83. MANISAH MAT HUSIN @ MUSTAPHA
84. NOORHANIZA UMAR
85. RAZLINA MOHD NOOR
86. AB. KADIR AB. WAHAB
87. NOOR HASHIMAH ZAINADI
88. MAHANI MOKHTAR
89. RASHIDAH MAMAT
90. ALEM SULAIMAN
91. SANIMAH EDRUS
92. NOR SHAFINAH SAMSUDIN

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


02 01 NOVEMBER 2011 00
93. THANABALAN A/L RAJOO
94. AZMI SHAARI
95. NORZIMAWATI AHAMAD AZIZI
96. ABDUL WAHAB MD JANI
97. MARIAH SAMAD
98. ABDULLAH MD. ZIN
99. SALSIAH KAMARUDIN
100. HAMISATON MOHD BOHARI
101. MOHD AZHAN MOHD AMIN
102. SURIANI ABU HASSAN
103. JALIHA IBRAHIM
104. ROZITA SULAIMAN
105. CHAIRIL ANWAR KASAH
106. MAZLANI SHAM
107. ROHIDA MUSTAPA
108. MOHD SYAWAL EHASHA
109. NOOR HAFIDZAH JALALUDIN
110. SARIMAH ZAINAL
111. MOHD FIRDAUS MOHAMED
112. NIZAM MAT DERIS
113. IBRAHIM ISMAIL
114. NURHAIDA ARIF
115. ABDUL HAFIZ
116. FAIZAH MOHD SAAD
117. AHMAD ASRI HUSSIN
118. KAMILAH HUSSIN
119. ROZITA ALI
120. JUNAIDAH HAMZAH
121. SITI MARIAM
122. SHAMSUDDIN ABD. HAMID
123. SANIMAH EDRUS
124. NUR ATIKAH NIZAM
125. RASIDAH
126. SHAHARUDDIN
127. JAMALLUDIN ABD JAMAL

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


02 01 NOVEMBER 2011 00
128. NORMAH YUSOFF
129. HAMISATON
130. ABDULLAH
131. ZULKIFLI
132. FAUZI YAACOB
133. AHMAD IBRAHIM
134. MD. ALI MOHD
135. RASHIDAH MAMAT
135. MUHAMMAD ALIF
136. NUR SABRINA
137. MOHAMMAD RIDZWAN
138. NURUL IMAN MAISARAH

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


02 01 NOVEMBER 2011 00
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG:-
1.0 UCAPAN PENGERUSI (EN. MOHD FIRDAUS BIN MOHAMED)
1.1 En. Mohd Firdaus selaku pengerusi mesyuarat mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua ibu bapa yang sudi hadir dan beliau melahirkan rasa
syukur dengan komitmen ibubapa menghadirkan diri pada mesyuarat kali ini.
1.2 Tegas beliau lagi, mesyuarat ini penting untuk meneruskan agenda perjuangan
PIBG ke arah transformasi pendidikan. Pemilihan AJK yang layak dapat
dijadikan platform setiap ahli untuk meluahkan pandangan samada tersurat dan
tersirat.
1.3 Oleh itu, beliau mengharapkan pada pemilihan baru AJK PIBG tahun ini dapat
dipilih berdasarkan komitmen, dedikasi dan mempunyai visi dan misi untuk
membantu pihak sekolah.
1.4 Beliau sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG sesi 2013
kerana memberi sokongan penuh kepada PIBG walaupun terdapat kekangan
dengan tugas-tugas yang lain. Begitu juga kepada bakal AJK baru yang akan
dilantik, beliau mengucapkan tahniah dan berharap semua AJK PIBG bagi
sesi 2014 dapat menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan
baik.

2.0 UCAPAN PENASIHAT (PN. NIK AZIAH BT. NIK YUSOF)


2.1 Puan Guru Besar mengucapkan terima kasih terutama YDP dan NYDP,
barisan AJK 2013 dan ibu bapa kerana bersama-sama menjalankan
tanggungjawab terhadap aktiviti sekolah disepanjang tahun 2013 lalu.
2.2 Ujar beliau, PIBG telah didaftarkan di bawah Pendaftar Negeri Selangor.
Pelaksanaannya termaktub kepada undang-undang dan peraturan yang telah
ditetapkan. Selaku Penasihat PIBG adalah bertanggungjawab memberi nasihat
sekiranya pengurusan PIBG terkeluar dari landasan yang betul. Manakala ibu
bapa yang menjadi ahli di bawah persatuan ini terlibat memberi sokongan dan
membantu terhadap perkembangan sekolah. Sebagai ahli PIBG perlu
menyedari perkara-perkara yang berkaitan dengan sekolah.
2.3 Tegas beliau lagi, ahli persatuan perlu sedar perkara yang berkaitan dengan
urusan pentadbiran, pembelajaran dan kokurikulum tidak boleh dipengaruhi

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


02 01 NOVEMBER 2011 00
oleh mana-mana persatuan atau badan NGO. Mesti jelas dan diharapkan
pengurusan PIBG terus berada di landasan yang betul.
2.4 Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana terdapat hubungan baik antara
PIBG dengan pihak sekolah. Komitmen dan sumbangan dari ibu bapa terhadap
sekolah sedikit sebanyak membantu mempertingkatkan kecemerlangan bidang
pendidikan Negara.
2.5 Beliau juga memaklumkan tentang Sarana Ibu Bapa yang ditujukan khas
kepada ibu bapa dan boleh dikongsi bersama-sama ahli-ahli keluarga yang
lain. Beliau menjelaskan peranan Sarana adalah membantu ibu bapa
melaksanakan didikan terhadap anak-anak mereka. Sarana ini mengandungi
soal selidik untuk ibu bapa menganalisis sendiri atau menentukan tahap
penglibatan dalam pembelajaran anak-anak. Cadangan tindakan susulan
diberikan sebagai garis panduan kepada ibu bapa menambahbaik dalam
bidang-bidang tertentu. Usaha ini jika dipertingkatkan akan memberi kesan
yang lebih besar terhadap perubahan pembelajaran anak-anak.
2.6 Akhir ucapan, beliau mengingatkan ibu bapa dan penjaga supaya menjaga
tatasusila dalam percakapan dan tingkahlaku selama majlis berlangsung.
Begitu juga ketika sesi menyampaikan perbahasan usul hendaklah
menyampaikannya dengan cara yang baik dan professional. Oleh itu, ibu bapa
perlulah menyuarakan pendapat dalam suasana tenang agar majlis dapat
dijalankan dengan baik dan lancar.

3.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG


KE- 8
3.1 En. Mohd Firdaus selaku pengerusi mesyuarat telah meminta semua ahli
meneliti minit Mesyuarat Agung ke-8 dan seterusnya meminta pengesahan dan
sokongan. Pengesahan minit mesyuarat agung kali ke-8 telah dicadangkan
oleh En. Mohd Nizam Bin Abd Rahman dan disokong oleh Pn. Artini Bt
Atong.

4.0 LAPORAN SETIAUSAHA KEHORMAT PIBG 2013


4.1 Pn. Siham Bt Mohd Idris selaku Setiausaha Kehormat PIBG 2013 telah
membentangkan beberapa aktiviti atau program yang telah dijalankan oleh
PIBG serta pihak sekolah yang mana mendapat sokongan daripada ahli PIBG

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


02 01 NOVEMBER 2011 00
2013. Semua hadirin boleh merujuk pada lampiran (muka surat 23) bertajuk
Laporan Setiausaha PIBG 2013.

5.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN 2013


5.1 Penyata Kewangan 2013 telah dibentangkan oleh En. Huzaini Bin Husain
selaku Bendahari Kehormat PIBG 2013. Ahli mesyuarat diminta merujuk
kepada Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2013 dan Penyata
Kewangan PIBG Tahun 2014 yang berakhir pada 5 Mac 2014. Pengesahan
Penyata Kewangan bagi tahun 2013 telah dicadangkan oleh En. Khairul Faizal
Bin Jamaludalin dan disokong oleh Pn. Shahazan Bt Ahmad.

6.0 PEMBUBARAN AJK PIBG 2013


6.1 Selaku YDP PIBG dan wakil daripada semua AJK 2013 mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua ahli yang telah memberi kerjasama dan sokongan
terhadap persatuan ini. Beliau memohon maaf andai terdapat kecuaian atau
kelemahan sepanjang memegang jawatan ini. Beliau juga mengharapkan AJK
yang bakal dilantik merupakan barisan yang komited terhadap kerja.
6.2 Selaku YDP, beliau mengumumkan AJK PIBG 2013 dibubarkan.

7.0 PERLANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA


7.1 En. Hussen Shabeer mencadangkan Puan Guru Besar (Pn. Nik Aziah Bt. Nik
Yusof) dilantik sebagai pengerusi sementara. Disokong sebulat suara oleh ahli
majlis.

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


02 01 NOVEMBER 2011 00
8.0 PERLANTIKAN AJK PIBG 2014
8.1 Perlantikan ini telah disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat yang hadir.
Berikut merupakan senarai Ahli Jawatankuasa PIBG 2014:-

AJK PIBG 2014

PENASIHAT : PN. NIK AZIAH BT. NIK YUSOF


YANG DIPERTUA : EN. MOHD FIRDAUS B. MOHAMED
NAIB YANG DIPERTUA : PN. NORDIANA BT. OTHMAN
SETIAUSAHA KEHORMAT: PN. SIHAM BT. MOHD IDRIS
BENDAHARI KEHORMAT : EN. MUHAMMAD HUZAINI B. HUSAIN
AJK IBU BAPA : EN. ABDUL HAFIZ B. ARIFFIN
: EN. IZUDDIN B. IBRAHIM
: PN. NORLEE HAZANIZA BT AHMAD
: PN. SYADINA BT CHE MOIN
: PN. ARTINI BT ATONG
: PN. SANIMAH BT. EDRUS
AJK GURU : EN. WAN ZUL HILMI B. WAN KAMAL
: EN. MOHD ZAIDI B. MOHD ZAWAWI
: EN. JAMIL B. AZIZAN
: EN. MOHD NIZAM BIN MAT DERIS
: PN. NORSHILA ZETI BT. BAJURI
JURU AUDIT : EN. LUKMAN B. ISMAIL
: EN. MOHD OZUDIN BIN HJ. MOHD ISA

9.0 PERBINCANGAN USUL


9.1 Pn. Siham mencadangkan kutipan sumbangan PIBG sebanyak RM50.00
dikekalkan bagi setiap satu keluarga sepertimana yang dijalankan pada tahun
2012. Sumbangan tersebut untuk membiayai sebahagian daripada program dan
aktiviti persekolahan murid. Disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat
dengan pembayaran secara sekaligus ataupun secara ansuran (tiga kali
bayaran).

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


02 01 NOVEMBER 2011 00
9.2 En. Omar Bin Burok mencadangkan murid-murid tahun 3, 4, 5 dan 6
membayar yuran pendaftaran keahlian (Tahunan) kepada Badan Beruniform
iaitu sebanyak RM5 setiap ahli. Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara.
9.3 En. Muhammad Huzaini mencadangkan kutipan sumbangan diadakan dari ibu
bapa/ penjaga bagi murid-murid tahun 1 – 6 (yang berkenaan sahaja) mengikut
amaun yang ditetapkan. Kutipan tersebut bertujuan menampung kos perjalanan
sesuatu program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Cadangan ini mendapat
persetujuan sebulat suara.
9.4 Pn. Norazilla mencadangkan kutipan sumbangan dari ibu bapa/ penjaga
diadakan bagi murid-murid Pra-sekolah dan murid-murid tahun 1 – 6 untuk
menjalankan aktiviti seperti Perkhemahan Unit Beruniform, Kursus
Kepimpinan Pengawas/ PSS & Ketua Darjah, Bengkel AJK Tertinggi Kelab/
Persatuan, Lawatan sambil belajar dan Pengangkutan ke acara Sukan Tahunan.
Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara.
9.5 En. Mohd Zaidi mencadangkan pihak sekolah mengadakan program Hari
Mesra Niaga. Pn. Nik Aziah mengatakan cadangan tersebut telah dicadangkan
tahun lepas. Beliau bersetuju jika cadangan tersebut dijalankan pada tahun ini.
Cadangan ini mendapat persetujuan ahli.
9.6 En. Zukifli Hj. Shamsuddin mencadangkan supaya pihak kantin menyediakan
makanan sewaktu aktiviti kokurikulum (Rabu) secara pakej. Pn. Nik Aziah
menyatakan cadangan ini terbuka kepada ibu bapa / penjaga yang berminat,
jika ada boleh berhubung terus kepada pihak kantin.
9.7 En. Zulkifli sekali lagi mencadangkan ibu bapa/ penjaga memberi sumbangan
ikhlas seorang untuk membeli rak fail peribadi murid untuk diletakkan di bilik
darjah. Pn. Nik Aziah menjelaskan pihak sekolah dalam proses pembelian rak.
Bagaimanapun, perkara ini akan diambil tindakan.
9.8 Pn. Jaliha Bt Ibrahim mencadangkan Hari Terbuka (kad laporan) diadakan ada
hari Sabtu. Pn. Nik Aziah menegaskan cadangan tersebut tidak sesuai diterima
memandangkan kebiasaan terdapat program khusus seperti kelas tambahan
dan sekolah ganti. En. Firdaus mencadangkan Hari Terbuka dikekalkan pada
hari bekerja.
9.9 En. Alphonce mahu guru memberi pendedahan/ membincangkan gaya soalan
atau jawapan kepada ibu bapa supaya mereka dapat menyampaikan /
membantu anak mereka yang lemah khususnya ketika berada di rumah. Pn.

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


02 01 NOVEMBER 2011 00
Nik Aziah menyatakan bahawa ibu bapa boleh merujuk buku teks kerana guru
juga selalu membuat soalan berdasarkan buku teks.
9.10 Erwani Mohd Lizan meminta pihak sekolah mengurangkan buku aktiviti untuk
sesuatu matapelajaran. En. Firdaus menjelaskan bahawa pihak sekolah
menyediakan buku aktiviti kepada murid berdasarkan ketetapan oleh
kementerian. Ibu bapa perlu patuh akan ketetapan tersebut.
Walaubagaimanapun, pihak sekolah juga mempunyai kuasa untuk menambah
buku aktiviti/ latihan mengikut keperluan semasa jika perlu.
9.11 Pn. Rosnidah Ahmad mencadangkan pihak sekolah menyediakan penutup
longkang terutama di kawasan tapak perhimpunan dan padang. Pn. Nik Aziah
menyatakan perkara ini di bawah bidang PPD Hulu Langat.
Walaubagaimanapun, cadangan ini akan dipanjangkan kepada pihak yang
berkenaan.
9.12 Pn. Noolita Mohd Noor mahu pihak sekolah memastikan kereta ibu bapa/
penjaga yang diletakkan di bahu jalan tidak menghalang lalu lintas. Perkara ini
akan diambil tindakan oleh pihak sekolah.
9.13 Pn. Salawati Omar Baki, Rozaini Razuki dan Abdan Mohd Yasin meminta
pihak kantin meningkatkan kualiti makanan, kebersihan dan mengenakan
harga yang berpatutan bagi setiap makanan yang dijual. Pn. Nik Aziah
menegaskan pihak sekolah sentiasa memantau dari masa ke semasa kualiti,
kebersihan dan harga makanan di kantin. Tegas beliau lagi, pihak kantin di
sekolah telah dipantau oleh pihak jabatan dan beroleh gred A. Pemantauan
berterusan akan dibuat oleh Unit HEM. Tindakan akan diambil.
9.14 Pn. Ruhaida Mohd Tahir dan Muhammad Husni Yusoff meminta pihak
sekolah menyediakan/ memastikan kemudahan di dalam tandas seperti
penyakut, getah paip dan selak kunci dalam keadaan baik. En. Ibrahim
menyatakan perkara ini akan diambil tindakan segera.
9.15 S. Saraswathy a/p Subramaniam meminta pihak seolah menyediakan takwim
tahunan di awal persekolahan murid. Pn. Norazila menyatakan penyediaan
takwim akan disediakan.
9.16 Rozaini Razuki, Rosmaini Mior dan Sharuddin meminta pemantauan terhadap
peniaga yang menjaja makanan ringan diluar pagar sekolah. Pn. Nik Aziah
menyatakan pihak sekolah telah berkali-kali menegur pihak yang berkenaan.
Notis larangan menjaja juga telah dikeluarkan. Pihak sekolah mengharapkan

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


02 01 NOVEMBER 2011 00
sokongan ibu bapa/ penjaga melarang sendiri anak-anak daripada berurusan
dengan penjaja.

10.0 HAL-HAL LAIN


10.1 En. Lukman menyatakan terdapat penjualan buku diluar pagar sekolah ketika
murid pulang sekolah. Beliau mengharapkan pihak sekolah memantau
penjualan ini.
10.2 En. Mohamad Azhan Amin meminta pihak sekolah mewujudkan saluran
hebahan seperti blog, facebook dan sebagainya untuk ibu bapa/ penjaga
memberi cadangan.

11.0 UCAPAN PENANGGUHAN YDP (EN. MOHD FIRDAUS BIN MOHAMED)


11.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada ahli mesyuarat yang telah memberi
sumbangan dan cadangan semasa sesi perbahasan usul dibentangkan. Beliau
berjanji akan melakukan yang terbaik untuk sekolah. Beliau mengharapkan
sekolah ini tiada unsur-unsur politik. Walaubagaimanapun, semua guru dan
ibu bapa perlu menyokong penuh dasar kerajaan demi memartabatkan
pendidikan negara.

Mesyuarat Agung PIBG Ke- 9 ditanggungkan pada jam 12.50 tengahari.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

……………………………. …………………………… ……………………………


(Pn. Siham Bt. Mohd Idris) (En. Mohd Firdaus B. Mohamed) (Pn. Nik Aziah Bt. Nik Yusof)
S/U Kehormat PIBG 2014 YDP PIBG 2014 Penasihat PIBG 2014
SK Taman Bukit Teratai, SK.Taman Bukit Teratai, SK Taman Bukit Teratai,
Ampang. Ampang. Ampang.

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


02 01 NOVEMBER 2011 00

You might also like